KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2024 _________________________________________________________ 1.0 PENGENALAN 1.0 Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. 1.1 Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi,menyanyi, dan bersyair. 1.2 Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Oleh itu, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid berpidato secara bersahaja dan meyakinkan. 2.2. Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah penulis tempatan dan luar negara. 2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saingdalam kalangan murid. 2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 3.0 KAEDAH PELAKSANAAN 3.1 Tarikh Pelaksanaan : 22 JULAI 2024 ( ISNIN ) Tempat : Dewan Linangkit SMK. Kemburongoh, Ranau dan Makmal Bahasa SMK. Kemburongoh ( Bilik Kuarantin ) Masa Pendaftaran : Jam 7.30 – 8.30 pagi ( Sekolah yang gagal mendaftar dalam tempoh pendaftaran, penyertaan akan dibatalkan )
3.2 Penggalakan Pelibatan semua sekolah menengah ( tingkatan 1 – 6 ) dari daerah Ranau untuk menyertai pertandingan ini. 3.3 Pembangunan Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh sekolah yang dipilih sebagai pengelola dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang iaitu johan peringkat daerah bagi setiap kategori akan bertanding ke peringkat seterusnya. 3.4 Kecemerlangan Pertandingan peringkat daerah akan dikelolakan oleh Sekolah Pengelola yang telah dilantik. 4.0 KATEGORI 4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori secara individu seperti berikut: 4.1.1 Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3) ( 1 atau orang peserta ) 4.1.2 Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-5) ( 1 orang peserta ) 4.1.3 Pra U ( Tingkatan 6 ) – 1 orang peserta 4.2 Bayaran Penyertaan : RM20.00 untuk setiap kategori 5.0 PERATURAN 5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolahbantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. 5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolahdan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 5.3 Hanya pakaian seragam sekolah dibenarkan. Pakaian peserta hendaklahsopan dan sesuai seperti memakai blazer.
5.4 Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu: 5.4.1 Bahagian Pertama 5.4.1.1 Tema: Aspirasi Generasi Madani 5.4.1.2 Tajuk disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan satu temaseperti di atas. 5.4.1.3 Tajuk yang dipilih mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif,politik dan perkauman. 5.4.2 Bahagian Kedua 5.4.2.1 Tajuk spontan diberikan selepas selesai Bahagian Pertama 5.4.2.2 Peserta akan memilih nombor yang dipaparkan 5.4.2.3 Tempoh persediaan satu minit diberikan sebaik sahajatajuk dipaparkan 5.5 Tempoh masa berpidato adalah seperti berikut: 5.5.1 Bahagian Pertama 5.5.1.1 Murid Tingkatan 1-3 : tujuh minit sahaja 5.5.1.2 Murid Tingkatan 4-5 : tujuh minit sahaja 5.5.1.3 Murid Tingkatan 6 : tujuh minit sahaja 5.5.2 Bahagian Kedua 5.5.2.1 Murid Tingkatan 1-3 : tiga minit sahaja 5.5.2.2 Murid Tingkatan 4-5 : empat minit sahaja 5.5.2.3 Murid Tingkatan 6 : empat minit sahaja 5.5.3 Loceng akan dibunyikan sekali iaitu satu minit sebelum tamat dan dua kali setelah tamat masa berpidato bagi setiap bahagian. Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiapbahagian pertandingan tidak diberikan markah. 5.5.4 Masa Bahagian Pertama akan dikira sebaik sahaja peserta memulakan pidato manakala masa Bahagian Kedua akan dikirasebaik sahaja loceng dibunyikan. 5.6 Guru pembimbing dilarang memberikan sebarang bentuk bantuan atau tunjuk ajar kepada peserta yang sedang membuat persembahan.
5.7 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada Sekolah Pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan. 6.0 ASPEK PEMARKAHAN 6.1 Bahagian Pertama 6.1.1 Idea/Isi 30 markah 6.1.2 Bahasa 20 markah 6.1.3 Penyampaian dan Persembahan 50 markah 6.1.4 Jumlah 100 markah 6.2 Bahagian Kedua (Spontan) 6.2.1 Isi 40 markah 6.2.2 Bahasa 30 markah 6.2.3 Penyampaian dan Persembahan 30 markah Jumlah 100 markah 7.0 PENGHAKIMAN 7.1 Peringkat daerah dinilai oleh tiga orang hakim termasuk ketua hakimyang menilai pertandingan secara keseluruhan melalui sistem juri. 7.2 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertaskonsep. 7.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 8.0 HADIAH PERINGKAT DAERAH Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan. Senarai hadiah bagi setiap kategori seperti berikut: 8.1 Johan : Sijil dan Plaque 8.2 Naib Johan : Sijil dan Plaque 8.3 Tempat Ketiga : Sijil dan Plaque
9.0 HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN 9.1 Sekolah Pengelola berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syaratyang telah ditetapkan dalam kertas konsep. 9.2 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semuaperkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 9.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kuasa Sekolah Pengelola memerlukan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak PPD.
BORANG PENYERTAAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2024 A. MAKLUMAT PESERTA Gambar peserta Nama peserta : No. kad pengenalan : Tarikh lahir : Umur : Jantina Bangsa No. telefon bimbit (jika ada) : Tahap/Tingkatan : Nama sekolah : Alamat sekolah : Tajuk Bahagian Pertama : B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING Nama guru pembimbing : No. telefon bimbit : E-mel : C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar. Tandatangan Guru Besar/Pengetua : Cap sekolah : No. Telefon :
BORANG PEMARKAHAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2024 (BAHAGIAN PERTAMA) Nombor giliran peserta: ………… Idea/Isi (30 markah) Bilangan Idea/Isi Idea/Isi (2 markah) Huraian (4 markah) Contoh/Data (3 markah) Jumlah Peserta akan diadili dari segi: -idea/isi yang bernas -huraian yang jelas -data/contoh yang tepat/logik -Maksimum 3 idea/isi Idea/Isi 1 Idea/Isi 2 Idea/Isi 3 Kematangan isi Markah maksimum 3 Jumlah markah idea/isi Bahasa (20 markah) Peserta akan diadili dari segi: - bahasa yang jelas - bahasa baku - gaya bahasa yang berkesan/ tepat Tatabahasa (10 markah) Gaya bahasa yang berkesan (5 markah) Bahasa baku (5 markah) Jumlah markah bahasa Penyampaian dan persembahan (50 markah) Peserta akan diadili dari segi: - kepetahan - kelancaran - intonasi suara - gaya yang menarik/berkeyakinan - dapat mempengaruhi/menarik perhatian Audiens - susunan idea/isi Adab Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika; - menyentuh isu sensitif -menggunakan bahasa yang kurang sopan - tidak sempat membuat kesimpulan Bonus Peserta akan diadili dari segi persembahan keseluruhan, kesopanan dan penampilan diri serta ketepatan masa Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara (10 markah) Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah) Susunan idea/isi (10 markah) Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian audiens(10 markah) Adab (5 markah) Bonus (5 markah) Jumlah markah persembahan, penyampaian, adab dan bonus Jumlah markah keseluruhan (100) Pengesahan oleh hakim …………………….. ( Nama )
BORANG PEMARKAHAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2024 (BAHAGIAN KEDUA) Nombor giliran peserta: ………… Isi (40 markah) Bilangan Idea/isi Idea/Isi (5 markah) Huraian (10 markah) Contoh/Data (4 markah) Jumlah Peserta akan diadili dari segi: - idea/isi yang bernas - huraian yang jelas - data/contoh yang tepat/logik - maksimum 2 idea/isi Isi 1 Isi 2 Kematangan Isi Markah maksimum 2 Jumlah markah idea/isI Bahasa (30 markah) Peserta akan diadili dari segi: - bahasa yang jelas - bahasa baku - gaya bahasa yang berkesan/ tepat Tatabahasa (10 markah) Gaya bahasa yang berkesan (10 markah) Sebutan bahasa (10 markah) Jumlah markah bahasa Penyampaian dan persembahan (30 markah) Peserta akan diadili dari segi: - kepetahan - kelancaran - intonasi suara - gaya yang menarik/berkeyakinan - dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens - susunan idea/isi Adab Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika: - menyentuh isu sensitif - menggunakan bahasa yang kurang sopan - tidak sempat membuat kesimpulan Bonus Peserta akan diadili dari segi persembahan keseluruhan, kesopanan dan penampilan diri serta ketepatan masa Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara menyakinkan (5 markah) Gaya yang menarik (5 markah) Isi yang tertib (5 markah) Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah) Adab (5 markah) Bonus (5 markah) Jumlah markah persembahan, penyampaian, adab dan bonus Jumlah markah keseluruhan (100) Pengesahan oleh hakim ………………… ( Nama )
BORANG RUMUSAN MARKAH PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2024 Kategori: …………........................... Giliran Peserta Markah Pidato Bahagian Pertama Markah Pidato Bahagian Kedua Jumlah Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 . Pengesahan oleh hakim …………………… ( Nama )
BORANG RUMUSAN HAKIM PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2024 Kategori: …………........................... Giliran Peserta Kedudukan peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Catatan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Pengesahan oleh Ketua Hakim …………………… ( Nama )
BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2024 Kategori: …………........................... Keputusan Giliran peserta Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima Pengesahan Peranan Nama Tandatangan Ketua Hakim Hakim 2 Hakim 3 Pengesahan oleh Ketua Hakim ………………… ( Nama )
SENARAI TAJUK PIDATO TEMA ASPIRASI GENERASI MADANI ( BAHAGIAN PERTAMA / PIDATO UMUM ) 1. Peranan Generasi Madani dalam Pembangunan Negara 2. Membudayakan Etika dan Moral : Asas Masyarakat Madani 3. Membangun Kesedaran Sosial : Cabaran dan Peluang Generasi Madani 4. Inovasi dan Kreativiti Membentuk Aspirasi Generasi Madani 5. Pengaruh Teknologi Terhadap Pembentukan Masyarakat Madani 6. Kepimpinan Belia : Tonggak Aspirasi Masyarakat Madani 7. Membangun Jati Diri : Identiti Generasi Madani 8. Kesepaduan dalam Kepelbagaian : Nilai Aspirasi Generasi Madani 9. Kelestarian Alam dan Tanggungjawab Generasi Madani 10. Transformasi Pendidikan Menuju Masyarakat Madani : Cabaran dan Harapan 11. Perpaduan Teguh Citra Madani 12. Membina Generasi Madani : Ke arah Peradaban Gemilang
SENARAI TAJUK PIDATO TEMA ASPIRASI GENERASI MADANI ( BAHAGIAN KEDUA / PIDATO SPONTAN) 1. Impak Laman Sosial Terhadap Kehidupan Manusia 2. Rakyat Berintegriti Malaysia Cemerlang 3. Hargai Anugerah Masa 4. Keluarga Bahagia 5. Peranan Generasi Muda Mengekalkan Kestabilan Negara