Bil Perkara Muka Surat 1 Ucapan Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Puan Maizatul Arzia binti Omar 1 2 Ucapan Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Putrajaya 2 3 Atur cara Majlis Perasmian Penutupan 3 4 Ikrar Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) Putrajaya 4 5 Jawatankuasa Induk Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) Putrajaya 5 6 Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) Putrajaya 6 7 Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) Putrajaya 7 8 Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) Putrajaya 8-9 9 Jadual Pertandingan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) Putrajaya 10-17 10 Penghargaan 18 11 Autograf 19 -20 ISI KANDUNGAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-nya selepas empat hari kita bertungkus-lumus mengerah tenaga yang ada dan bersaing antara satu sama lain, dapat juga kita bersama-sama berkumpul di majlis perasmian penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada petang yang penuh barokah ini Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung yang telah melaksanakan tanggungjawab dan mengendalikan kejohanan ini dengan lancar dan jayanya. Sesungguhnya kejayaan penganjuran kejohanan olahraga pada tahun ini adalah hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh semua di pelbagai peringkat kerana kejohanan seperti ini menuntut komitmen yang padu, pengorbanan serta kebersamaan semua pihak. Kejohanan seperti ini merupakan wadah untuk memupuk budaya semangat kesukanan serta dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan murid dan kita semua yang berada di stadium uniten ini. Saya berharap kejohanan ini dapat membentuk karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid selaras dengan tema Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 iaitu sukan nadi anak yang baik lagi cerdik (ABC). Akhir bicara, saya mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan para peserta yang sentiasa berusaha gigih demi menaikkan nama sekolah masing-masing seterusnya bakal menyerlahkan nama putrajaya di kejohanan mssm pula. Saya berharap agar pemain yang bakal mewakili putrajaya akan dapat memberi komitmen dan seterusnya berusaha mendapatkan pingat untuk putrajaya. Billy bowerman ada mengatakan “kemenangan adalah melakukan yang terbaik. Jika anda telah melakukan yang terbaik, anda menang." Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t. PUAN MAIZATUL ARZIA BINTI OMAR Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya KATA ALU-ALUAN 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya zahirkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya saya dapat berada di sini selaku Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Putrajaya. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana pada petang yang berbahagia ini, kita semua dapat berkumpul untuk meraikan para peserta yang bertuah dan bakal menerima pingat serta sijil penyertaan dan membanggakan semua pihak, khususnya Putrajaya. Berkat usaha gigih semua Ahli Jawatankuasa Kerja dan Teknikal telah membuahkan hasil yang berjaya menguji tahap kreativiti dan kebolehupayaan semua peserta. Jelas, objektif kejohanan olahraga yang dilaksanakan demi kelangsungan pencarian bakat, dan potensi yang dicungkil daripada murid-murid sekolah rendah dan menengah sekitar Putrajaya telah tercapai. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru pembimbing dan jurulatih yang keringat dan jasa bakti Tuan/Puan semua amat dihargai serta disanjung tinggi. Pelaksanaan kejohanan ini mampu memberikan peluang kepada generasi muda memperkembangkan potensi diri dalam aktiviti sukan. Dalam konteks ini, implikasi yang diharapkan adalah untuk setiap atlet membentuk ciri-ciri keperibadian yang tinggi dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu bersaing dalam aktiviti yang bakal disertai dalam apa jua arena sukan yang diceburi. Dalam konteks ini, semua murid yang berada dalam kategori atlet harapan yang akan mampu berdikari dengan berbekalkan idea dan pengalaman yang dilalui, serta bakat yang telah digilap dan diserlahkan. Akhir kalam, sebelum mengundur diri, Saya, ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada seluruh warga Putrajaya, khasnya semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan yang telah bertungkus -lumus demi memartabatkan sukan olahraga. TUAN HAJI JAMALUDDIN BIN YUSOFF Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Putrajaya KATA ALU-ALUAN 2
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN (MSSWP) PUTRAJAYA 2023 3
Bahawasanya Kami Peserta-peserta Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya Berikrar akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2023 dengan ikhlas, patuh kepada undang-undang dan akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan bagi meninggikan mutu sukan Negara. IKRAR KEJOHANAN 4
JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN (MSSWP) PUTRAJAYA 2023 5
JAWATANKUASA PELAKSANA KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN (MSSWP) PUTRAJAYA 2023 6
JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN (MSSWP) PUTRAJAYA TAHUN 2023 7
JAWATANKUASA PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN (MSSWP) PUTRAJAYA TAHUN 2023 8
JAWATANKUASA PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN (MSSWP) PUTRAJAYA TAHUN 2023 9
JADUAL PERTANDINGAN 4 SEPTEMBER 2023 (ISNIN) 10
JADUAL PERTANDINGAN 4 SEPTEMBER 2023 (ISNIN) 11
JADUAL PERTANDINGAN 4 SEPTEMBER 2023 (ISNIN) 12
JADUAL PERTANDINGAN 5 SEPTEMBER 2023 (SELASA) 13
JADUAL PERTANDINGAN 5 SEPTEMBER 2023 (SELASA) 14
JADUAL PERTANDINGAN 6 SEPTEMBER 2023 (RABU) 15
JADUAL PERTANDINGAN 6 SEPTEMBER 2023 (RABU) 16
JADUAL PERTANDINGAN 7 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS) 17
18 PENGHARGAAN Pengerusi dan jawatankuasa kejohanan olahraga dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga MSSWP Putrajaya tahun 2023. Tidak lupa juga kepada semua peserta yang bertanding dalam kejohanan ini. Sekian,Terima Kasih. LAMAN RASMI
19 AUTOGRAF
20 AUTOGRAF