E-MINI TESIS :
KAJIAN TENTANG KEUNIKAN DAN KETERBEZAAN SESEBUAH NOVEL
Nama: Amyra Rusydina Binti Abdul Karim
Kelas: 4 Khazin
No.Maktab: PB180065
H.room: Siti Raudzah Binti Syed Rabii
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Latar belakang
Menurut Rahman Shaari, novel ialah karya fiksyen yang panjang. Di dalamnya terdapat
watak, latar, plot dan unsur-unsur fiksyen yang lain. Ceritanya mengandungi konflik,
percubaan menyelesaikan konflik, klimaks dan peleraian. Selain itu, novel juga merupakan
karangan berbentuk fiksyen atau cerita rekaan. Novel juga ialah cerita panjang yang ditulis
dan dikarang dalam bentuk prosa. Novel dikategorikan sebagai prosa naratif yang sama
seperti cerpen.
Sebahagian besarnya, novel didedikasikan untuk menceritakan pengalaman watak
masing- masing, mencipta potret watak-watak dan dunia yang lebih dekat dan kompleks yang
mereka jalani. Perasaan dan pemikiran dalaman, serta idea atau nilai yang kompleks, bahkan
bertentangan biasanya diterokai dalam novel, lebih-lebih lagi daripada bentuk sastera
sebelumnya. Bukan hanya kisah-kisah itu sendiri yang lebih bersifat peribadi, tetapi juga
pengalaman membacanya. Di mana puisi epik dan bentuk penceritaan serupa dirancang untuk
dibaca atau dimakan secara terbuka sebagai khalayak, novel lebih ditujukan kepada pembaca
individu.
Terdapat beberapa sifat yang mesti ada untuk karya yang dianggap sebagai novel.
Sebagai contoh, ditulis dalam prosa dan berbanding ayat. Pencerita mungkin mempunyai
tahap pengetahuan yang berbeza atau sudut pandangan yang berbeza (orang pertama
berbanding orang ketiga dan sebagainya). Walaupun novel bergaya seperti novel epistolari
memang wujud, perbezaan utama di sini adalah antara prosa dan ayat. Selain itu, jumlah
panjang atau jumlah perkataan. Tidak ada penghitungan kata khusus yang secara automatik
menjadikan sebuah karya sebagai novel, tetapi secara umum, sebuah novel pendek akan
dianggap sebagai novel, dan bahkan lebih pendek daripada itu adalah fiksyen pendek.
1.2 Novel Fiksyen dan Bukan Fiksyen
Fiksyen ialah karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita
pendek atau cereka. Di dalamnya terdapat watak, latar, plot dan unsur-unsur fiksyen yang
lain. Ceritanya mengandungi konflik, percubaan menyelesaikan konflik, puncak dan
peleraian. Selain itu, novel juga merupakan karangan berbentuk fiksyen atau cereka, iaitu
cerita rekaan. Sebarang bentuk naratif yang berkaitan dengan peristiwa, yang tidak faktual.
Watak-watak itu adalah khayalan dan hanya ciptaan penulis. Terdapat banyak karya sastera
fiksyen yang digunakan dalam teater, filem, dan muzik.
Bukan fiksyen ialah kandungan dokumen atau media yang bertujuan, dengan niat
baik, hanya untuk menyampaikan kebenaran dan ketepatan mengenai maklumat, peristiwa,
atau orang. Kandungan bukan fiksyen dapat disampaikan sama ada secara objektif atau
subjektif. Contoh-contoh bahan bacaan bukan fiksyen adalah seperti pensejarahan, biografi,
geografi, pengetahuan am dan buku-buku falsafah.
1.3 penyataan masalah
Novel yang didedahkan oleh para guru kepada pelajar haruslah berkait rapat dengan
kehidupan para pelajar agar mereka lebih menjiwai dan memahami watak-watak yang
terdapat di dalam novel. Novel yang hendak dijadikan sebagai bahan sastera kepada para
pelajar hendaklah bersesuaian dengan umur mereka demi mengelakkan kesilapan mentafsir
mesej yang hendak disampaikan di dalam novel. Para pelajar juga haruslah didedahkan
dengan manfaat yang bakal diperoleh apabila membaca novel agar mereka lebih minat dan
tertarik untuk membacanya.
1.4. objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji data dan menganalisis novel-novel di tingkatan 4 dan
tingkatan 5. Kajian ini juga dijalankan agar para pelajar dapat menguasai kemahiran
membaca dan memahami, menjana idea, menulis dan berfikir aras tinggi.
1.5. Skop Penyelidikan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 dan 5 iaitu Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini
Matdarin, Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya Abdul Latip Talib, Songket Berbenang
Emas hasil karya Khairuddin Ayip, Bimasakti Menari hasil karya Sri Rahayu Mohd. Yusop,
Silir Daksina hasil karya Nizar Parman, Tirani hasil karya Beb Sabariah, Pantai Kasih hasil
karya Azmah Nordin dan Di Sebalik Dinara hasil karya Dayang Noor.
1.6. Hipotesis Awal
Setiap novel mempunyai tajuk dan muka hadapan yang dapat menarik perhatian dan minat
para pelajar. Novel juga mempunyai jalan cerita yang menarik agar pelajar tidak berasa bosan
ketika membaca novel tersebut.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kerana soalan yang akan diuji pada Kertas Peperiksaan Bahasa Melayu
Soalan 4 Bahagian D Kertas 1 menguji pemahaman pelajar tentang novel yang telah mereka
pelajari. Kajian ini juga penting supaya pelajar boleh mendapatkan markah yang cemerlang
dalam menghasilkan karangan novel yang memenuhi arahan soalan. Di samping itu, kajian
ini penting agar dapat dijadikan sebagai teladan dan pedoman untuk masyarakat mendidik
generasi muda masa kini.
BAB 2: Tinjauan Bacaan
2.1. Biografi setiap penulis
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Mendapat
pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit,
pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan
konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh
masa program budaya Asean 2012-2013.
Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata
menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa
yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya
untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur
hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat
negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan
Sabah.
Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara
karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan setiap bulan bermula
bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi & Snek Sastera Malaysia -
sejak Oktober 2020. Penikmat kopi, pencinta kucing dan pengagum Marquez. Beliau
menyukai tempat-tempat sunyi dan tenang. Kurang menyukai kebisingan namun kebisingan
sering memberi ilham kepada proses penulisannya. Karya yang dihasilkan termasuklah novel
Jendela Menghadap Jalan, 2009 – Utusan Publication/ (tempat kedua HSKU 2009) Cetakan
semula untuk teks Komsas pada tahun 2015-2020.
Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa
Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan nama panggilan Pak Latip dilahirkan
di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di
Jelebu Negeri Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen,
rencana, drama televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan
dewasa telah diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan pada penulisan
novel sejarah dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih 30 buah novel telah dihasilkan.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur
Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan
Puisi Negeri Sembilan, Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis
novel sejarah Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat
Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.
Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau
menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku
beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang
Benar, Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih
sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top
10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit'.
Selain terlibat dalam bidang penulisan, Pak Latip juga aktif dalam kerja-kerja
kebajikan dan kemanusiaan. Beliau gigih dalam kempen membantu masyarakat Islam
Kemboja yang daif. Melalui laman Facebook beliau, Pak Latip berusaha meminta masyarakat
dan peminat beliau untuk menyumbangkan wang bagi membantu minoriti Muslim Kemboja.
Antara bantuan yang dihulurkan melalui dana yang dikumpul adalah bantuan persekolahan,
elaun kepada guru-guru, menderma naskhah-naskhah Al-Quran serta membina perigi di
kampung Trapiang Bralit dan Ratanatkiri, Kemboja.
Novel : Songket Berbenang Emas
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar.
Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam
bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas
sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut,
beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember
1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam.
Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan
Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra
Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam,
Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches
(SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan.
Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat
berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui
kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu
mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya
banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak
menteri, kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau
melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur.
Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak
langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan.
Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca buku
dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya
Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada
tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian
semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi
rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan
SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight Publising
dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya dalam bidang
penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-
tra Publishing pada tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP, beliau menggarap novel
Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang berjaya mendapat
tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982.
Beliau semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui minat
beliau. Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama radio dan drama
pentas.
Novel : Bimasakti Menari
Nama penuh beliau Sri Rahayu binti Mohd Yusop. Tempat lahir Tanjong Karang,
Selangor. Tarikh lahir 18 Jun 1976. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9,
Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor
Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras;
University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-
1999). Karier beliau telah menjadi Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong
Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Novel : Silir Daksina
Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos
1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri
Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992.
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan
Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of
Malaysia.
Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau
terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan
Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan
meminjam buku di perpustakaan.
Bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto Terakhir, Rimba Harapan,
Seorang Tua di Kaki Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala, beliau mula terfikir, sampai
bilakah harus membaca karya orang lain? Lantaran pertanyaan itu, beliau mula
memberanikan diri menulis puisi dan kemudiannya cerpen. Karyanya berupa cerpen, puisi,
dan rencana tersiar dalam pelbagai media, seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan
Malaysia, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita dan URTV. Beliau
juga menulis novel. Isu dan tema yang ingin disampaikan dan menjadi keutamaan dalam
karya beliau ialah kisah kehidupan masyarakat di luar bandar dan marhaen. Baginya,
kelompok ini cukup penting untuk mengimbangi sosiobudaya masyarakat di negara kita.
Seperti kebanyakan penulis, ketika berkarya, Nizar Parman memilih untuk menulis dalam
suasana yang cukup aman dan tenang. Lantaran itulah beliau memilih waktu menulis pada
larut malam, iaitu dari jam 12.00 tengah malam hingga dinihari.
Sebelum berkarya, Nizar Parman lazimnya banyak melakukan perkara yang
digemarinya, seperti bergaul dengan kelompok masyarakat sama ada dalam majlis keramaian
seperti kenduri-kendara ataupun di warung. Baginya, cerita atau perbualan dengan rakan atau
sesiapa sahaja yang dikenalinya banyak memberikan ilham dalam penulisan. Namun begitu,
ada masanya juga Nizar Parman mengakui bahawa beliau lebih gemar menyendiri untuk
mencari idea, terutama pada saat-saat yang kritikal sehingga tidak menghiraukan orang lain.
Ditanya mengenai konsep atau slogan penulisannya, Nizar Parman menyatakan, “Hidup
sebagai pengarang atau penulis ialah perjuangan yang tidak akan berakhir. Malah, saya cukup
terkesan dengan kata-kata seorang teman, iaitu ‘sastera itu berkeringat’.”
Nizar Parman juga mengaku bahawa bengkel penulisan yang disertainya pada
peringkat awal hanyalah setelah beliau melanjutkan pengajian di MPKI. Di sana, dalam satu
program Bahasa Melayu, beliau telah dibimbing secara peribadi oleh pensyarah yang juga
dianggap mentor olehnya, iaitu Allahyarham Raja Sabaruddin Abdullah. Beliau mengaku
bahawa Raja Sabaruddin, yang juga pensyarah Bahasa Melayu di MPKI, bertanggungjawab
membuka ruang untuknya dalam bidang penulisan ini. Kemudian, selepas bergelar
pengarang, Nizar Parman berpeluang mengikuti beberapa bengkel penulisan yang lain. Setiap
bengkel ini, menurut Nizar Parman, meninggalkan kesan yang positif kepadanya kerana
setiap fasilitator yang dikenali melalui setiap bengkel itu membawa gaya atau cara penulisan
yang tersendiri.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan sejak tahun 1995 sehingga kini,
Nizar Parman telah menghasilkan puluhan puisi dan cerpen yang tersiar dalam pelbagai
media cetak. Beliau juga telah menghasilkan dua buah novel, iaitu Silir Daksina (2009)
terbitan Utusan Publication and Distributors.
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen,
puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah
adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan
Sastera Sarawak). Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu
KEPEZI SATU, KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi)
dan Memori Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-
Bandar Raya 2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000,
Pelagus-Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.
Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan
Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak
serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita. Beliau juga penerima Anugerah
Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre
puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006
dari bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.
Mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke-
XX tahun 2007. Kini bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama berjudul Tirani kini di
pasaran. Dalam proses penerbitan adalah sebuah kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta.
Novel : Pantai Kasih
Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau menerima
pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada
tahun 1973 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam
penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal
tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
Azmah sangat aktif menghasilkan karya. Banyak karyanya yang telah terbit dan
memenangi hadiah. Antara kejayaan yang telah dicapainya termasuklah Hadiah Sastera
Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton, Hadiah Kedua
Sayembara ESSO-GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah
Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome.
Novelnya yang pernah memenangi hadiah ialah Kukui (1986), Noor Ainku Sayang (1987)
dan Dukanya Abadi (1988/89). Selain itu, novelnya, Dari Dalam Cermin (1992) telah dipilih
untuk memenangi tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989
sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia
1992/93. Sehingga kini Azmah masih aktif berkarya.
Novel : Di Sebalik Dinara
Nama sebenar Noor Aziza binti Sulaiman. Beliau telah mendapat Ijazah Kejuruteraan
(Elektronik dan Komputer) UPM. Kerjayanya selama 15 tahun pengalaman bekerja dalam
bidang IT. Sejarah Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang dan sekolah
menengah di Tun Fatimah, Johor Bahru (aliran sains).
2.2 Sinopsis Setiap 8 Novel
Sinopsis Novel Jendela Menghadap Jalan
Tingkatan 4
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan
bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-
sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi
disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama
datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka
yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada
ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan
ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari
bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak
diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan
anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.
Sinopsis Leftenan Adnan Wira Bangsa
Tingkatan 4
Pak Said dan Mak Miah membesarkan tiga orang anakya iaitu Adnan, Ahmad dan
Amarullah. Pak Said amat mengambil berat tentang sejarah tanahair. Dia mahu anak-anaknya
berbakti kepada bangsa, agama dan negara. Dia turut merahsiakan keturunannya demi
keselamatan keluarganya. Adnan bersekolah di sekolah Inggeris yang akhirnyaberjaya
mencapai cita-citanya untuk menjadi askar. Adnan menyertai Regimen askar Melayu dan
berkahwin dengan Sophia serta dikurniakan dua orang anak. Adnan membawa keluarganya
tinggal di Singapura. Pada tahun 1941 Jepun mendarat ke Tanah Melayu. Batalion kedua
Askar Melayu tidak mampu membendung serangan Jepun dan mereka diarahkan berundur
dari medan pertempuran. Perang dunia kedua telah tercetus. Leftenan Adnan dan
kumpulannya diarahkan ke Pasir panjang dan Bukit Candu bagi menyekat kemaraan tentera
Jepun. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang
tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Kedatangan semula pasukan tentera
Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang
bermati-matian. Malngnya, tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan. Tentera
Jepun kemudiannya menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan
pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga
mayatnya hancur. Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman
Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah
dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai
Ramal.Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas
Tingkatan 5
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi
oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
Sinopsis Novel Bimasakti Menari
Tingkatan 5
Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3.
Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari
Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit
Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik
dan kajian falak, Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa
bertugas.
Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi
judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion
Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita
perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir
(bapa Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin),
Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor
(tidak disebut nama).
Novel Bima Sakti Menari - Komsas Tingkatan 5Konflik / pergolakan bermula dengan
kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran
Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri
Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa.
Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar
perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga orang samseng.
Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar
keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam)
yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-
apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik.
Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan.
Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang
tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah,
Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima
dengan senang hati.
Sinopsis Novel Silir Daksina
Tingkatan 5
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi
melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal,
Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan
dihurung kerinduan terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti
arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat
disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya
melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang
yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid,
dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan
telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
menari.
Sinopsis Novel Tirani
Tingkatan 5
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadisyang mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin
mengecapi kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai seorang
isteri. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan
melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan
yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan
rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit
jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang
tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya,
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan Chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya, mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid
terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
Sinopsis Novel Pantai Kasih
Tingkatan 4
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan
dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung
wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu,
selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara
Tingkatan 4
Novel ini berkisah tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula
mengenali Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur.
Selepas itu, Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika
mereka bertemu dengan Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium.
Setelah bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang
dibantu oleh Aqram, Khairul Anwar dan Alia. Dr. Maxi menawarkan Rm1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
sebulan. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana manakala Farisha akan
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Shida merupakan pelan sandaran yang
terakhir.
Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah usus.
Dr. Maxi mengetuai Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip telepati yang
dapat berhubung terus dengan Karl. Semua perbulan Farisha dengan Karl dapat dilihat oleh
Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha kurang stabil. Shida pula
dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama Medina dipadamkan dari sejarah
syarikat Soft Lab.
Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena serangan jantung serta
mengetahui hakikat bahawa dia anak angkat dalam keluarga Azraai. Keesokannya, Farisha
pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi merancang Paln B untuk
menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar untuk
berkomunikasi dengan Karl. Farisha mengalami mimpi bertemu dengan ibunya, Medina
(Marilyn). Farisha memberitahu Azraai bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan
Azraai membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke selatan. Farisha telah diculik oleh
pembantu-pembantu Medina di Hentian Pagoh.
Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu
kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada pukul 7.00 malam.
2.3 Tarikan setiap novel
Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat
pembaca dalam kesemua 8 novel. Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah
peristiwa Kak Mimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis. Che Jah bersetuju
membuat laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya Seman
terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya ditangkap oleh penduduk
kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Hal ini supaya suaminya itu dapat dipulihkan.
Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana atas bantuan Kak Mimah penderitaan yang
dihadapi oleh Che Jah sekeluarga dapat diselesaikan. (Jendela Menghadap Jalan)
Peristiwa yang dapat menjadi teladan ialah peristiwa Penghulu Deraman bersama-
sama anak buahnya yang terdiri daripada pengawal kampung datang bertemu dengan
Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu
pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Penduduk kampung sangat prihatin
bahawa Rejimen Askar Melayu kekurangan anggota dan sanggup menawarkan khidmat
mereka demi mencapai kemenangan melawan tentera Jepun. Hal ini menunjukkan bahawa
semangat patriotik dalam kalangan orang Melayu dalam menentang musuh dapat diteladani
oleh generasi pada masa ini. (Leftenan Adnan Wira Bangsa)
Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, terdapat
beberapa nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca ialah nilai belas
kasihan. Contohnya, Tauke Lim bersimpati terhadap nasib Embong yang berhadapan dengan
pelbagai masalah, iaitu masalah kesihatan isterinya, masalah anak lelaki tunggalnya yang
menjadi kutu rayau, dan masalah ibu mentuanya yang bersikap prejudis terhadap dirinya
sekeluarga.
Pada bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah peristiwa
sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah rendah Kichihimahigashi, Hiroshima Jepun duduk di
kerusi di atas platform melengkung mengelilingi kubah balai cerap yang terletak di lereng
Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kanak-kanak ini kecewa kerana tidak dapat melihat
bintang-bintang di langit semasa lawatan tersebut. Peristiwa ini menarik minat saya kerana
saya ingin mengetahui sebab kanak-kanak dari jepun tersebut tidak dapat melihat bintang-
bintang di langit apabila mencerap di balai Cerap Sultan Salahuddin sedangkan Kuala
Selangor terkenal dengan bintang-bintang yang dapat dilihat melalui balai cerap tersebut.
(Bimasakti Menari)
Antara peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Silir Daksina, ialah peristiwa
dimana Umi melihat persembahan tarian zapin. Haiqal bersedia untuk mempersembahkan
tarian zapin dengan See Hwa. Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya,
Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai
kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula
pejuangan ayahnya. Peristiwa ini menunjukkan teladan kepada saya bahawa kita haruslah
menyokong hasrat ahli keluarga yang lain walaupun fikiran berbeza. Tambahan pula,
peristiwa ini menunjukkan keunikkan kaum di Malaysia apabila See Hwa yang berbangsa
Cina mengikuti Haiqal dalam membuat persembahan Zapin.
Antara contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini ialah perisitiwa Waheeda
diceraikan oleh Zahid. Suami Waheeda Zahid merupakan seseorang yang panas baran dan
kuat cemburu. Oleh itu, Zahid telah menuduh Waheeda bahawa dia telah berlaku curang
dengan lelaki yang lain. Ini menyebabkan Zahid mengesyaki bahawa Izzati bukan anak
kandungnya dan menceraikan Waheeda. Peristiwa ini tidak disangka oleh pembaca kerana
Zahid sangat cinta akan Waheeda sebelumnya. (Tirani)
Pada bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah semasa Dr
Raiha bersimpati dengan nasib Unong Siron yang telah dibedah oleh Dr Uwang sebanyak
lima kali tetapi masih belum sembuh. Peristiwa ini menarik minat saya untuk mengetahui
sebab Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan tulang sendi pinggul sebanyak lima kali
tetapi masih belum sembuh. Saya juga ingin mengetahui nasib Unong Siron sama ada akan
sembuh atau tidak pada penghujung cerita novel ini. (Pantai Kasih)
Akhir sekali, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam
pelbagai jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius. Menurut Medina, Karl
ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila. Peristiwa ini dianggap menarik
kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan
teknologi dalam kehidupan manusia. (Di Sebalik Dinara)
Bab 3: Metodologi Kajian Novel
3.1 Jenis Novel
Tajuk Novel Fiksyen atau Bukan Fiksyen
Jendela Menghadap Jalan Fiksyen
Leftenan Adnan Wira Bangsa Fiksyen
Songket Berbenang Emas Fiksyen
Fiksyen
Bimasakti Menari Fiksyen
Tirani Fiksyen
Fiksyen
Pantai Kasih Fiksyen
Silir Daksina
Di Sebalik Dinara
3.2. Proses Pengumpulan Data
Rujukan:
Link:
• https://lamankomsas.blogspot.com/2015/05/sinopsis-novel-leftenan-adnan-wira.html -
sinopsis novel Leftenan Adnan Wira
• https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html - sinopsis novel
Songket Berbenang Emas
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html -
sinopsis novel Bimasakti Menari
• https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html - sinopsis novel Tirani
• https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-
keseluruhan.html - sinopsis novel Pantai Kasih
• https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/novel-silir-daksina-tingkatan-5-spm.html -
sinopsis novel Silir Daksina
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html -
sinopsis novel Di Sebalik Dinara
• https://ms.weblogographic.com/difference-between-fiction-and-non-fiction-231400 -
apa itu novel fiksyen dan bukan fiksyen
• http://writersyaza.blogspot.com/2014/11/penulisan-fiksyen-dan-non-fiksyen.html -
contoh-contoh karya fiksyen dan bukan fiksyen
Buku:
• Pintar KOMSAS TINGKATAN 4
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul dan Novel Jendela Menghadap Jalan oleh
Saleh Ahmad dan Mohd Isham Embong – merujuk sinopsis Jendela Menghadap Jalan
3.3. Tema Setiap Novel
Tema novel Di Sebalik Dinara:
Persaingan dalam dunia sains. Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan
sains dan teknologi sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat
menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan
Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila.
Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya
untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan
virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
Tema novel Silir Daksina:
Tema yang dibawa dalam novel ini adalah tema kekeluargaan. Haiqal yang mengalami
konflik keluarga berpunca daripada penceraian ibu dan bapanya sehingga menyebabkan dia
dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandung, Abdullah Kayan.
Tema novel Pantai Kasih:
Tema novel Pantai Kasih ialah ketabahan hati seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan
dalam menempuh kehidupnya.
Tema novel Tirani:
Novel ini membawa tema kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki
seseorang dapat melindungi kelemahan diri.
Tema novel Bimasakti Menari:
Karya penulisan ini mengetengahkan tema kegigihan anak muda dalam usaha untuk
melestarikan alam sekitar.
Tema novel Songket Berbenang Emas:
Tema novel ini ialah kecekalan seorang remaja, Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun
dalam menempuh cabaran hidup.
Tema novel Leftenan Adnan Wira Bangsa:
Tema novel ini ialah semangat kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air
daripada dijajah oleh orang asing.
Tema novel Jendela Menghadap Jalan:
Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan.
3.4. Keunikan Dalam Novel
Novel Bimasakti Menari mengetengahkan tentang kehidupan yang hampir pupus seperti
kelip-kelip yang jarang dijumpai di kota. Bahkan di kampung juga hanya sesetengah tempat
sahaja yang ada.
Selain itu, Novel di sebalik dinara mengetengahkan tema sains dan teknologi. Genre yang
diletakkan juga fantasi yang mampu menarik minat pembaca dengan lebih mendalam untuk
membaca karya ini.
3.5. Persamaan
Novel Tirani, novel Songket Berbenang Emas dan juga novel Pantai Kasih mengangkat darjat
watak seorang wanita sebagai ranjang utama dan menampakkan kekuatan dan juga
kecekalan seorang wanita dalam mengharungi dugaan demi dugaan tanpa mengalah malah
terus berusaha sehingga peroleh hasilnya.
Novel Jendela Menghadap Jalan dan juga novel Silir Daksina mempunyai persamaan di mana
kedua-dua buah novel ini mengisahkan tentang sejarah kekeluargaan mereka dan masing-
masing ingin tahu sejarah disebalik kisah yang mereka tidak ketahui.
Novel Bimasakti Menari dan juga novel novel Di Sebalik Dinara memasukkan elemen lain
yang sepadan dengan beberapa edaran manusia zaman ini.Kecanggihan dan juga
keistimewaan setiap teknologi juga diceritakan di dalam cerita tersebut.
3.6. Keterbezaan
Novel DiSebalik Dinara dan juga novel Silir Daksina mempunyai persamaan dimana kedua-
dua watak utama di dalam cerita ini mempunyai matlamat dimana mereka mencari salasilah
keluarga mereka.Keterbezaan kisah ini adalah di mana novel Di Sebalik
Dinara mengetengahkan ilmu sains mengikut beberapa peredaran zaman serta
memperkenalkan teknologi sains terbaham kepada anak muda.Novel Silir Daksina
mengetengahkan isu tarian zapin yang sudah tidak di kenali ramai oleh ramai remaja zaman
sekarang.
3.7. Banding Beza Novel Malaysia dan Novel Luar Negara
Novel Malaysia selalunya sering mengetengahkan genre romantic dan ada juga
sesetengahnya yang mengetengahkan karya kisah kehidupan seseorang. Novel luar negara
pula, para penulis selalu mengetengahkan karya fantasi dan walaupun ada juga sesetengah
novel Melayu yang mula mengikut jejak langkah ini, Novel luar negara yang selalu menjadi
pilihan ramai.
3.8. Novel dan Kehidupan
Novel Silir Daksina dan novel DiSebalik Dinara mempunyai nilai kasih sayang dimana
kedua-dua watak ingin mengetahui siapa salasilah keluarga mereka.
Novel Tirani dan novel Songket Berbenang Emas mengetengahkan nilai ketabahan seorang
wanita dalam mengharungi cabaran dan juga dugaan hidup.
Novel Leftenan Adnan pula mengetengahkan nilai patriotism terhadap pahlawan yang tidak
gentar melawan komunis demi kesejahteraan dan keharmonian negara.
3.9. Kedudukan Novel Rating Novel
Tajuk Novel 1
2
Tirani 3
Bimasakti Menari 4
Jendela Menghadap Jalan 5
Leftenan Adnan Wira Bangsa 6
Songket Berbenang Emas 7
8
Pantai Kasih
Silir Daksina
Di Sebalik Dinara
3.10. Kesimpulan
Terdapat pelbagai keistimewaan serta keunikan yang ada di dalam setiap novel.Semuanya
begitu menarik dengan kepelbagaian genre yang diselitkan dalam kisah tersebut.Tidak
dilupakan juga nilai dan pengajaran yang wajar dicontohi dalam setiap novel tersebut.
BAB 4: PENUTUP
4.1. Rumusan Kajian
Secara rumusnya, setelah melakukan pelbagai kajian di atas novel ini,kita dapat mengetahui
pelbagai jenis bahan bacaan yang menarik serta novel yang dapat menambah ilmu
pengetahuan terhadap sesuatu perkara seperti mengetahui ilmu sains.Selain itu,kita dapat
mengetahui minat pelajar terhadap novel.
4.2. Implikasi dan Cadangan
Bagi saya, para penulis boleh mengetengahkan lagi genre yang lebih menarik dan juga
menambah baik tahap penceritaan. Bagi saya juga, penulis perlu menulis kisah yang
mengikut kemajuan sekarang untuk menarik minat pelajar untuk lebih mendalami ilmu yang
mereka pelajari daripada hasil bacaan tersebut.
4.3 Hipotesis Terakhir
Sudah terbukti lagikan jelas dimana genre sesebuah bahan bacaan mampu mempengaruhi
minat membaca dan sikap ingin tahu terhadap para pelajar.
4.4 Penutup
Kesimpulannya, setiap novel yang diletakkan di dalam silibus Kementerian
Pendidikan Malaysia sudah mencapai target mereka dimana mereka ingin remaja mengetahui
nilai, sikap dan juga pengajaran yang baik yang diceritakan oleh penulis sendiri. Melalui
novel yang diletakkan di dalam silibus ini, pelajar dapat menerokai kepelbagaian genre
seperti fantasi, kisah sejarah dan lain-lain lagi. Jadinya, novel komsas bagus untuk dijadikan
sebagai bahan bacaan namun para penulis sebaiknya menambahbaikkan dari segi jalan cerita
kerana ada sesetengahnya yang kurang menarik dan agak mengelirukan.