I
II Isi Kandungan Perkara Muka surat Biodata I Penghargaan II Isi kandungan III 1.0 Pengenalan 2.0 Iddah 2.1 Hukum Iddah 2.2 Jenis dan Tempoh Iddah 2.3 Hikmah Iddah 2.4 Batasan Hukum Semasa Iddah 2.4.1 Mendapat Nafkah 2.4.2 Larangan Menerima Pinangan 2.4.3 Kemestian Berada di Rumah 2.4.4 Berhias 3.0 Rujuk 3.1 Rukun Rujuk 3.2 Rujuk Melalui Perbuatan 3.3 Keredaan Isteri Dalam Rujuk 3.4 Kesaksian Dalam Rujuk 4.0 Kesimpulan 1 2 2-3 3-4 5 5-6 6 7 7-8 8 9-10 10-11 11 12 12 Rujukan 13-14
1 1.0 Pengenalan Perkahwinan merupakan ibadah yang menjadi asas kepada pembinaan sesebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya membentuk negara bangsa. Menurut Wan Ismail et al., (2018), perkahwinan adalah salah satu tuntutan agama yang meraikan fitrah semula jadi penciptaan manusia untuk hidup secara berpasang-pasangan sesuai seperti yang disebut dalam Al-Quran bahawa perhubungan antara suami isteri adalah disebut sebagai satu rahmat dan tanda kebesarannya. Firman Allah S.W.T: نِف ِ إ مَۡح ة َ َر ة و د َ مو ُك َيمنَ َ َجَع َل ب لَمۡيَا و ِ إ ٓوإ ُ مس ُكن تَ ِ جا ل َٰ َ أمزو ف ِسُ مك َ ُ أن َ من ُك مِ َ َق ل َ من َخل أ َ ۦ تِهِ َٰ َ إي َ من ء َمِ و وَن ُ ر َفك َتَ ي مم قَو ِ ت ل َٰ َ ي ِ َل َلأ َذَٰ Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keteranganketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Rum, 30:21) Namun demikian, dalam melayari kehidupan rumahtangga, suami isteri sering berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran seperti kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami dan isteri. Suami isteri yang gagal menangani situasi tersebut berkemungkinan menghadapi risiko berlakunya konflik atau tragedi yang membawa kepada pembubaran perkahwinan. Maka, Islam telah menyediakan beberapa aturan yang perlu dipatuhi agar perkahwinan dan pembubaran perkahwinan dapat dilaksanakan mengikut syariat Islam. Rentetan daripada itu, penulisan ini akan membincangkan tentang iddah dan rujuk dengan lebih terperinci agar dapat difahami dan diteliti dengan lebih jelas.
2 2.0 Iddah Setiap insan yang mendirikan rumahtangga sudah pasti mengharapkan pengakhiran yang indah bersama tetapi langit tidak selalunya cerah kerana tidak mustahil perkahwinan yang dibina berakhir dengan perceraian. Namun begitu, perceraian tidak selesai hanya selepas talak dilafazkan, sebaliknya terdapat satu lagi tanggungjawab yang diwajibkan ke atas wanita iaitu pelaksanaan iddah. Permasalahan mengenai iddah perlu diambil berat oleh umat Islam kerana ia melibatkan persoalan hukum syarak seperti keturunan, nafkah, perwarisan dan perwalian. Nabihah dan Che Maryam (2017) menyatakan bahawa iddah merupakan satu tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. terhadap wanita yang telah diceraikan sama ada bercerai hidup atau bercerai mata di mana tujuan utamanya adalah untuk membersihkan rahim daripada benih suami terdahulu, menzahirkan rasa sedih atas kematian suami tercinta dan sebagai tempoh masa mengabdikan seluruh jiwa kepada Allah S.W.T. 2.1 Hukum Iddah Terdapat beberapa dalil daripada Al-Quran yang mensyariatkan kewajipan iddah. Antara dalildalil tersebut ialah: ُّلل ِ ف َق أ َ م َن َما َخل تم مكُ َ أن ي َ ن ُ ه َ ل ل َليََِي َ و ُ و ء ر ُ ثََة ق َٰ َ ن ثَل ف ِسهِ ُ ن َ مص َن ِبأ ََتَب َ ُت ي َٰ قَ َطل ُ م م ل أ َ و ٓوإ د إ ُ َ أر َ من ِ ِ َل إ ن ِفيَذَٰ دِ ِه َ ق ِبر َح أ َ ن ُتُ عولَُ ُُ ب َ ِخ ِر و أ لم أ ِ مم َو ي م ل أ َ و ّللِ نيِبأ ُمؤمِ ن ي ن كُ ِ ن إ هِ مرَحامِ أ َ ي ز َحِكم م ُّلل َعِزي أ َ يو َ َجة ن َدر مِۡي َ ِ َجا ِل عَل لر ِ ل َ ِف و و ُ َ معر م م ل ن ِبأ مِۡي َ َّلِي عَل ثم ُل أ ن مِ ُ ه َ ل َ يو حا َٰ َ مصل ِ إ Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Baqarah, 2:228)
3 َل م ُ مك ب َ َّلل ر أ قوإ ُ ت أ َ و م دَة عِ م ل أ صوإ ُ مح أ َ َ ن و دِِِت عِ ِ ن ل ه ُ قو ُ ِ فَ َطل َ ء َسا لن ِ أ تُ مقُ َذإ َطل ِ إ ِب لن ُّيَا أ َ أ َٰ َ ي د َتََع َ َمن ي و ّللِ د أ ُ دو ُ ح ُ ِملَ ت َ و ة َ ِن ي َ مب ِحَش ة َٰ َي ِبَف ِ ت م َأأ أن ي ل َ ِ ُ مجَن إ َل َمَير َ نيو وِِِت ُ ي ُ ن ب ن مِ ه ُ جو ُ ِر ُُتم رإ أمم ِ َل َ َمعَد َذَٰ ث ب ُ ُمَيِد َّلل ل أ َع َ َل تَمدِري ل هۥ َسُ نَمف يفَقَ مد َظَلَ ّللِ دوَد أ ُ ح ُ Maksudnya: Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan `iddahnya, dan hitunglah masa `iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturanaturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain). (Surah al-Talaq, 65:1) 2.2 Jenis dan Tempoh Iddah Islam merupakan agama yang syumul, oleh itu, segala perkara telah diperincikan oleh Allah S.W.T. seperti firman Allah dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang boleh dijadikan rujukan mengenai permasalahan tempoh masa iddah yang perlu dipatuhi. يََِيمض َن م م َ ِي ل أ َٰ ل أ َ يو ر ُ أ مشه ة َ ُ ثَ َٰ َ ن ثَل ُ ِت ُ د فَعِ تم مرتَبمُ ِن أ ِ ِ ُ مك إ ئ َسا ِحي ِض مِن ن ِ َ م م ل َن أ مس َن مِ ِ َئ ِي ي أ َٰ ل أ َ و ۡسإ ُ م ۦ ي أممِرهِ َ من َّلُ ۥ مِ َّلليَمَيَعلي ِق أ َت َ َمني ي و ن ُ ه َ َضمع َن َمۡحل َ أن ي َ ن ُ ه ُ َجل أ َ مَۡحا ِل َ لم ُت أ َٰ َ ول أ ُ َ و Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. (Surah al-Talaq, 65:4)
4 Pembahagian iddah terdiri daripada dua bahagian utama iaitu iddah perceraian dan iddah kematian suami. Jenis dan tempoh iddah dapat diwakilkan seperti rajah berikut: Terdapat juga kes khas selain daripada perceraian dan kematian pasangan seperti kehilangan (mafqud) suami dalam tempoh masa yang lama yang mewajibkan pelaksanaan iddah terhadap isteri. Mafqud bermaksud orang yang hilang dan boleh ditakrifkan sebagai orang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya (Mohamed Hadi, 2020). Sebagai contoh, kes mengenai kehilangan pesawat MH370 yang telah menggemparkan dunia pada 8 Mac 2014. Menurut Abdul Rahman Osman (2014), isteri kepada penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut perlu menjalani tempoh iddah selama empat tahun dan setelah selesai tempoh empat tahun, isteri tersebut perlu menyambung iddah selama empat bulan sepuluh hari sebagai tempoh berkabung seperti kematian (Mahmasani, 2009).
5 2.3 Hikmah Iddah Khitam (2020) menyatakan terdapat tiga hikmah utama dalam pensyariatan iddah kepada wanita Islam. Pertama, iddah dilaksanakan untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu sebelum mengahwini suami baharu agar tidak berlaku percampuran benih. Kedua, tempoh iddah menjadi ruang kepada suami isteri untuk berfikir dan menilai semula tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan agar dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepada isteri. Ketiga, iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi wanita yang kematian suaminya bagi menghormati arwah suaminya. Ia juga sebagai tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. 2.4 Batasan Hukum Semasa Iddah 2.4.1 Mendapat nafkah Sepanjang tempoh iddah raji’e, terdapat beberapa hukum dan kewajipan yang mesti dilaksanakan iaitu merangkumi tiga perkara yang turut melibatkan bekas suami. Pertama, wanita yang telah dicerai raji’e sama ada hamil atau tidak, berhak mendapat nafkah sepanjang tempoh iddah di mana bekas suami perlu menyediakan nafkah seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya (Mastura et. al., 2020). Hal ini kerana menurut Mustafa al-Khin et. al., (2005) wanita tersebut masih berada di bawah penguasaan dan pengawalan suami dan boleh dirujuk selagi dia berada dalam iddah sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 6 : ن ن كُ ِ إ َ و ن مِۡي َ عَل قوإ ُ ِ ت َضي ُ ِ ن ل ه ُ رو ُ َضا َليت َ ُ مجِدكُم و ت مِنيو ُ َس َكن ثي ُ م من َحي ن مِ ه ُ و ُ مس ِكن أ َ ن ه ُ َ جور ُ أ ُ ن ه ُ و ُ ات َ ُ مكيفَـ َ مرَضمع َن ل أ َ من ِ يفَا ن ُ ه َ َضمع َن َمۡحل َ ي ّتى ن َح مِۡي َ عَل قوإ نفُِ َ ِت َمۡح ليفَأ َٰ َ ول أ ُ َ ىى أ مخر ُ ع ََّلُ ۥ ِضُ َتم َسُ ُتم فَ َعا َ مَس نيتَ ِ إ َ م ف و و ُ َ معر ُك ِبم َيمنَ ب وإ ُ ِمر تَ م أأ َ و Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. (Surah at-Talaq, 65:6)
6 Namun demikian, keadaan ini berbeza dengan wanita iddah talak bain iaitu mereka tidak berhak mendapat sebarang bentuk nafkah kecuali tempat tinggal sekiranya tidak hamil ketika diceraikan. Walaupun begitu, mereka berhak mendapat semua jenis nafkah sekiranya mereka hamil ketika diceraikan sepanjang iddahnya. Terdapat satu peristiwa yang berlaku kepada Fatimah binti Qais yang telah diceraikan talak tiga oleh suaminya lalu nabi bersabda “Kamu tidak mempunyai hak nafkah kecuali jika kamu hamil” (Riwayat Abu Daud). 2.4.2 Larangan Menerima Pinangan Batasan semasa iddah seterusnya ialah wanita dalam iddah raji’e haram menerima pinangan dan berkahwin dengan lelaki ajnabi kerana wanita beriddah raji’e masih di bawah kawalan suaminya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 228 yang menerangkan bahawa suami boleh merujuk dengan bekas isteri selama masih dalam tempoh iddah dan berdamai demi memperbaiki hubungan. ُّلل ِ ف َق أ َ م َن َما َخل تم مكُ َ أن ي َ ن ُ ه َ ل ل َليََِي َ و ُ و ء ر ُ ثََة ق َٰ َ ن ثَل ف ِسهِ ُ ن َ مص َن ِبأ ََتَب َ ُت ي َٰ قَ َطل ُ م م ل أ َ و ٓوإ د إ ُ َ أر َ من ِ ِ َل إ ن ِفيَذَٰ دِ ِه َ ق ِبر َح أ َ ن ُتُ عولَُ ُُ ب َ ِخ ِر و أ لم أ ِ مم َو ي م ل أ َ و ّللِ نيِبأ ُمؤمِ ن ي ن كُ ِ ن إ هِ مرَحامِ أ َ ي ز َحِكم م ُّلل َعِزي أ َ يو َ َجة ن َدر مِۡي َ ِ َجا ِل عَل لر ِ ل َ ِف و و ُ َ معر م م ل ن ِبأ مِۡي َ َّلِي عَل ثم ُل أ ن مِ ُ ه َ ل َ يو حا َٰ َ مصل ِ إ Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Baqarah, 2:228) Maka, jika perkahwinan dilaksanakan dalam tempoh idah, pernikahan tersebut adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
7 2.4.3 Kemestian Berada di Rumah Seterusnya, jumhur ulama dari mazhab sepakat bahawa isteri wajib berada di rumahnya sepanjang tempoh iddah dan dilarang meninggalkannya melainkan keperluan mendesak (Ibn Qudamah, 1999). Hal ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud “Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata...” (Surah al-Talaq, 65:1). Namun begitu, wanita masa kini perlu keluar dari rumah untuk bekerja, menanggung urusan perbelanjaan keluarga, menguruskan hal ehwal rumah tangga, mencari makanan, menguruskan persekolahan anak-anak dan sebagainya (Syh Noorul Madihah dan Raihanah, 2010). Oleh itu, menurut sebahagian besar ulama iaitu mazhab HaMbali, Syafi’i, ath-Thauri dan Ibn Qudamah menjelaskan wanita iddah dibolehkan keluar pada siang hari bagi memenuhi keperluan seperti mencari keperluan asas harian, bekerja dan sebagainya dengan syarat keperluan itu benar-benar dihajatinya (Wahbah alZuhayli, 1997 & Muhammad Bakar, 2008). 2.4.4 Berhias Selain itu, terdapat larangan berhias atau ihdad sepanjang tempoh iddah. Al-Mawardi (1999) menyatakan bahawa ihdad menurut syarak ialah menahan diri dari memakai perhiasan atau pakaian yang menarik perhatian lelaki. Menurut Abd Moqsith Ghazali (2009), ihdad adalah sebagai tanda menzahirkan perasaan sedih atas kematian suami. Oleh itu, isteri yang kehilangan suami, tidak dibenarkan memakai bau-bauan, mengenakan perhiasan diri seperti bersolek dan memakai celak, memakai barangan kemas atau pemakaian pakaian yang mempunyai daya penarik tersendiri seperti berwarna cerah (Syh Noorul Madihah, 2009). Larangan ini adalah merupakan satu kaedah pencegahan bagi mengelakkan wanita mempamerkan diri kepada kaum ajnabi dan timbulnya perasaan minat golongan lelaki terhadap wanita berkenaan dan kehendak wanita itu sendiri yang akhirnya boleh membawa kepada perasaan ingin berkahwin dalam tempoh iddah (Syh Noorul Madihah dan Raihanah, 2010). Namun sebaliknya bagi wanita dalam iddah talak raji’e di mana ulama sepakat mengatakan bahawa tidak wajib bagi mereka melakukan ihdad kerana wanita tersebut dan bekas suami masih berada dalam status perkahwinan sepanjang tempoh iddah (Muhamad Isna Wahyudi, 2016). Wanita digalakkan berhias pada masa iddah untuk menarik perhatian dan minat bekas suami untuk kembali rujuk (Abd Moqsith Ghazali, 2009) kerana lumrah lelaki, akan terpikat dengan kecantikan wanita secara zahir yang turut merupakan salah satu kriteria pemilihan calon isteri. Iddah dalam talak raji’e merupakan
8 tempoh bagi suami dan isteri untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka dalam meneruskan perkahwinan mereka atau menamatkannya. Walaubagaimanapun, berhias bagi wanita dalam iddah talak raji’e hendaklah tidak berlebihan dan dilarang berhias dengan tujuan menarik perhatian lelaki lain selain daripada bekas suaminya yang masih berhak terhadapnya. 3.0 Rujuk Rujuk dalam perkahwinan merupakan istilah yang saling berkait rapat dengan iddah dan cerai. Hubungan antara ketiga-tiga istilah ini lebih mudah difahami bahawa rujuk dalam perkahwinan berlaku selepas terjadinya perceraian, manakala iddah merupakan tempoh untuk rujuk semasa dalam tempoh perceraian. Perceraian ialah perpisahan antara pasangan suami isteri yang telah terjalin dengan suatu upacara akad nikah. Perceraian akan berlaku selepas suami melafazkan talaq. Islam membenarkan perceraian tetapi perceraian merupakan perkara halal yang paling dibenci oleh Allah, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W: اَل ق لاى َّّللا الطَّ اح اَل ل إ ْ بْغا ض ال ا أ Maksudnya: Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talaq. (Riwayat Abu Daud) Namun begitu, perceraian yang membawa putusnya aqad pernikahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu perceraian yang boleh dirujuk (talaq raji’e) dan perceraian yang tidak boleh dirujuk (talaq bain). Talaq raji’e ialah talaq yang boleh dirujuk selagi isteri yang diceraikan sama ada talaq satu atau dua masih berada dalam tempoh iddah. Suami boleh kembali semula kepada isterinya dengan hanya mengucapkan lafaz rujuk dengan syarat-syarat tertentu dan tidak memerlukan aqad pernikahan yang baru untuk meneruskan kehidupan rumahtangga yang baru. Seterunya, talak bain ialah perceraian yang tidak membolehkan suami kembali rujuk kepada isterinya walaupun dalam tempoh iddah dan memerlukan aqad pernikahan yang baharu. Terdapat dua jenis talaq bain iaitu talaq bain sughra dan kubra. Talaq bain sughra berlaku apabila isteri diceraikan dengan talaq satu atau dua sebelum berlaku persetubuhan (janda berhias) kerana tidak mempunyai tempoh iddah dan isteri diceraikan dengan talaq satu atau dua selepas persetubuhan tetapi iddahnya telah berakhir. Kedua ialah talaq bain kubra yang terjadi apabila isteri diceraikan dengan talaq tiga sama ada sebelum atau selepas persetubuhan. Rujuk merupakan ruang bagi suami dan isteri yang bercerai untuk kembali bersama sebagai pasangan suami isteri. Rujuk merupakan satu terminologi fiqh yang dapat difahami melalui ayat alQuran berikut:
9 َٰن محَس ِ ِِب ي ُ م ِۡس تَ م أو َ و ف ُ َ معر ِبم َسا ُك مم ِ ن فَا ََتِم ق َمر ُ َٰ َ ل طل أ Maksudnya: Talak yang dapat dirujuk dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. (Surah al-Baqarah, 2:229) Ayat tersebut membawa pengertian bahawa Allah S.W.T memberi ruang dan hak kepada suami untuk merujuk isterinya setelah berlaku perceraian kali pertama dan kali kedua dengan jalan yang ditetapkan berdasarkan syarat-syarat tertentu iaitu isterinya mestilah masih di dalam tempoh iddah. 3.1 Rukun Rujuk Menurut Haji Mohd Salleh (2009), terdapat tiga rukun rujuk yang disepakati oleh para fuqaha iaitu suami yang melakukan rujuk, isteri yang dirujuk dan lafaz rujuk. Bagi rukun suami yang melakukan rujuk, beliau mestilah orang yang mempunyai kelayakan berkahwin dengan sendiri iaitu seorang yang berakal, baligh, waras (Abu Zakaria dan Sharaf al-Naawi, 2003) serta tidak mabuk. Oleh itu, tidak sah rujuk seorang yang gila, kanak-kanak, orang yang dipaksa merujuk isterinya dan murtad. Rukun isteri yang dirujuk pula mempunyai beberapa syarat iaitu isteri yang diceraikan mestilah berada dalam talaq raji’e. Selain itu, isteri tidak diceraikan dengan talak bain serta tidak murtad. Hal ini kerana, tidak sah rujuk sekiranya isteri telah murtad.
10 Seterusnya adalah lafaz rujuk yang terbahagi kepada dia iaitu lafaz soreh dan lafaz kinayah. Lafaz soreh tidak akan menimbulkan sebarang keraguan terhadap sabitan rujuk kerana ia merupakan lafaz yang terang dan jelas membawa maksud kepada rujuk. Sebagai contoh, lafaz yang boleh digunakan ialah “Aku rujuk akan kamu” atau “Aku rujukkan kau semula” atau mana-mana lafaz yang jelas menyatakan bahawa suami ingin merujuk kembali dengan isteri. Sekiranya lafaz soreh dilafazkan, ia merupakan lafaz yang sah walaupun tanpa niat. Lafaz kinayah pula merupakan lafaz kiasan yang boleh mendatangkan keraguan kepada rujuk. Lafaz ini perlu dibuktikan dengan niat yang jelas sama ada suami mahu merujuk kembali kepada isteri atau tidak. Contoh lafaz kinayah adalah seperti “Kamu isteriku” atau “Marilah engkau kepadaku” atau “ Marilah kamu bersamaku”. 3.2 Rujuk Melalui Perbuatan Fuqaha telah berselisih pendapat mengenai rujuk melalui perbuatan. Hal ini kerana, berdasarkan rukun rujuk, hanya lafaz rujuk sahaja yang diterima. Walaubagaimanapun, terdapat dua pendapat utama berkenaan rujuk melalui perbuatan iaitu pendapat yang membenarkan dan pendapat yang menolak rujuk melalui perbuatan. Pendapat pertama adalah pendapat dari Mazhab Syafie yang menyatakan bahawa rujuk hendaklah dilaksanakan secara lafaz dan tidak boleh melakukan rujuk secara perbuatan seperti mengucup isteri, bercumbu-cumbuan, bersetubuh (Al-Nawawi, 2003), atau sebagainya kerana perbuatan tersebut tidak menzahirkan rujuk secara jelas bahkan menjadikan hukumnya haram kerana talaq menghilangkan ikatan perkahwinan (Haji Mohd Saleh, 2009). Pendapat kedua telah membenarkan rujuk melalui perbuatan iaitu daripada Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali. Sebahagian fuqaha Mazhab Hambali membenarkan rujuk melalui perbuatan hanya melalui persetubuhan iaitu merujuk kepada persetubuhan sebenar, bukan hanya berciuman dan bersentuhan walaupun melihat faraj (Ibn Qudamah, 1997). Rujuk melalui perbuatan dibolehkan tanpa niat dan tanpa saksi. Seterusnya adalah melalui Mazhab Maliki di mana sebahagian fuqaha mazhab tersebut membenarkan rujuk dengan perbuatan tetapi niat rujuk mestilah disertakan sekali bersama perbuatan tertentu seperti persetubuhan, menyentuh atau melihat faraj isteri (Abu Muhammad. 1999). Manakala, Mazhab Hanafi mempunyai pandangan yang agak terbuka berkenaan rujuk melalui perbuatan iaitu ia dibenarkan dengan cara persetubuhan, berciuman, bersentuhan atau melihat faraj isteri dengan perasaan (Muhd Fauzi Muhammad, 2003).
11 Rentetan daripada itu, sebagai negara yang bermazhab syafie (Abdullah et.al., 2022), kita perlu memastikan setiap amalan yang dilakukan adalah berdasarkan aturan yang telah ditetapkan kerana pandangan mazhab syafie merupakan pandangan yang tidak akan mewujudkan sebarang kesangsian. Seperti isu rujuk melalui perbuatan, lafaz rujuk adalah penting kerana lafaz merupakan suatu kaedah yang tidak dapat dipertikaikan kerana ia adalah jelas, selamat dan dapat mengelakkan dari sebarang penipuan yang boleh dibangkitkan oleh pihak suami. Oleh itu, sekiranya suami ingin merujuk semula kepada isterinya, maka dia perlu melafazkan rujuknya sebagaimana dia telah melafazkan cerai. Hal ini kerana, lafaz rujuk merupakan garis pemisah di antara keadaan yang mengharamkan perhubungan kelamin (talaq) dengan hidup kembali sebagai suami isteri (rujuk). 3.3 Keredaan Isteri Dalam Rujuk Menurut Mazhab Syafie, rujuk kembali kepada isteri walaupun tanpa keredaan isterinya adalah sah, berdasarkan kepada ayat berikut: ن ُتُ عولَُ ُُ ب ن َ دِه ق ِ َح أ َ ِبر يِف ِ َل َ و ن َذَٰ ِ إ ٓوإ د إ ُ َ أر ا َ ح ى ًۭ َ صل ِ إ Maksudnya: Dan suami berhak merujukinya dalam masa menanti itu. Jika mereka (para suami) menghendaki islah (perdamaian). (Surah al-Baqarah, 2:228) Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa rujuk adalah hak suami selagi isteri yang dicerainya dengan talak raji’e masih berada di dalam iddah. Walaupun pandangan mazhab-mazhab muktabar menyatakan bahawa keredaan isteri adalah tidak perlu dalam hal rujuk tetapi perlu dipastikan bahawa rujuk yang dilakukan adalah bertepatan dengan kehendak Islam iaitu tidak mendatangkan kemudaratan kepada isteri dan memberi maslahah kepada pasangan. Hal ini adalah berdasarkan ayat: َل ن َ ه ُ ِس ُك و و م ي إ ُ ر ت ًۭ َإ دوإ ِِض تَ عتَ ُ ِ ي ل Maksudnya: Dan janganlah kamu rujuk kepada mereka (isteri-isteri) untuk memberi kemudaratan, kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka. (Surah al-Baqarah, 2:231)
12 3.4 Kesaksian Dalam Rujuk Kesaksian dalam rujuk tidak menjadi syarat sah dalam rujuk namun ia merupakan perkara yang sunat berdasarkan kenyataan kebanyakan fuqaha tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan kesaksian adalah perkara yang dituntut. Rasional sunat dipersaksikan rujuk adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana dibimbangi isteri akan mengingkari rujuk selepas tamat tempoh iddah. Seterusnya untuk mengelak dari fitnah kerana kembali bersekedudukan dengan isterinya. Caranya adalah dengan suami mengatakan kepada dua orang saksi, “anda saksikanlah aku, sesungguhnya aku merujuk isteriku” atau “aku rujukkan isteriku kepada talaqku yang dijatuhkan ke atasnya”. 4.0 Kesimpulan Islam merupakan agama yang lengkap daripada segenap sudut. Di dalam konteks ini, Islam sangat memelihara hak-hak wanita dan telah dibuktikan dengan pelbagai hukum hakam yang telah ditetapkan dalam perkahwinan sehingga terbubarnya sebuah perkahwinan. Pensyariatan iddah untuk wanita yang diceraikan adalah lambang pengabdian kepada Allah S.W.T dan demi menjamin kesucian nasab sekiranya wanita tersebut hamil dalam tempoh iddah. Seterusnya, iddah tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk kongkongan hidup namun ia perlu dilihat sebagai satu proses untuk pasangan bercerai memperbaiki hubungan mereka agar dapat diselamatkan melalui rujuk. Walaupun rujuk adalah hak suami, namun Islam menegah suami untuk merujuk kembali kepada isteri dengan niat untuk menganiaya isteri. Ini membuktikan Islam sangat mementingkan hubungan kekeluargaan yang telah dibina dan menyediakan wasilah untuk mengelakkan dari terlerainya sebuah ikatan.
13 Rujukan Al-Quran. Abdul Rahman Osman. (2014). “Isteri Perlu Tunggu Empat Tahun – Mufti,” http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140424/dn_06/Isteriperlutung guempattahunMufti Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf al-Nawawi (2003), Rawdah al-Talibin, j. 6, Beirut: Dar ‘Alam al-Kutub, h. 190. Abdullah, M. A., Mohd Subri, I., Ibrahim, M. L., & Abdul Ghani, M. A. (2022). Malaysia sebagai Negara yang Bermazhab: Satu Diskusi Awal. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 3(1), 161 - 184. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/225 Abu Muhammad ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman Abi Zayd al-Qayrawani (1999), al-Nawadir wa alZiyadat, j. 5. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami, h. 227. Abd Moqsith Ghazali. (2009). Fiqh Iddah: Klasik Dan Kontemporer. Yogyakarta: Pustaka Pesantren. al-Mawardi. (1999). al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Madhhab al-Imam al-Syafi‘i. j. 11. Beirut: Dar al-Kutub al‘Alamiyyah. al-Zuhayli. (1997). al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. j. 9. c. 4. Damsyiq: Dar al-Fikr Ibn Qudamah. (1999). al-Mughni li Ibn Qudamah. j. 11. c. 4. al-Mamlukah al-‘Arabiyyah alSa‘udiyyah: Dar ‘Alam al-Kutub. Khitam, H. (2020). Nafkah dan Iddah: Perspektif Hukum Islam. Az-Zarqa': Jurnal Hukum Bisnis Islam, 12(2). Mahmasani Rajab Subhi. (2009). Kes-Kes Kehakiman Berkaitan Jenayah Hudud, Qisas Dan Kekeluargaan Di Zaman Al-Khulafā’ Al-Rashidin, Terj. Md. Som Sujimon (Kuala Lumpur: IIUM Press, 2009), 176. Mastura Razali, Nurhanisah Hadigunawan & Atiratun Nabilah Jamil. (2020). Analisa Hukum Berkaitan Aktviti Wanita Dalam Iddah Talak Raji’e Menurut Pandangan Fuqaha. Jurnal Islam dan masyarakat Kotemporari. 21(2), 11-21. Muhd. Fauzi Muhamad (2003), Pembubaran Keluarga: Undang-Undang Keluarga Islam Dalam Empat Mazhab, j. 2. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd. Muhamad Isna Wahyudi. (2016). Kajian Kritis Ketentuan Waktu Tunggu (Iddah) Dalam Ruu Hmpa Bidang Perkawinan. Jurnal Hukum dan Peradilan, 5 (1), 19 – 34. Mohamed Hadi bin Abd Hamid. (2020). Anggapan kematian al-Mafqud menurut undang-undang sivil dan syariah: Satu penilaian semasa. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 26(1), 26-37. Muhammad Bakar Ismail. (2008). al-Fiqh al-Wadih Fiqah Lengkap. j. 2. Selangor: Berlian Publication.
14 Nabihah Hasinah Abdul Halim & Che Maryam Ahmad. (2017). Kefahaman Mengenai Iddah di Kalangan Pelajar Wanita Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Malaysia. Al-Banjari. 16, 84-98. Syh Noorul Madihah Syed Husin dan Raihanah Azahari. (2010). Pendekatan Islam Dalam Memelihara Maslahah Wanita Selepas Kematian Suami. Jurnal Syariah, 18(3), 479- 506. Syh Noorul Madihah. (2009). Kefahaman tentang Ihdad di Kalangan Wanita Muslim Bandar Dungu. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 2, 103-126. Wan Ismail, W. A. F., Hashim, H., Abdul Shukor, S., & Harun, A. (2018). Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan (Judicial Separation of Illegal Marriage in Negeri Sembilan). International Journal of Islamic Thought (IJIT), 13, 124-134.