BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
ii. Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke
semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap
berdiam diri dan berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa usaha
akan mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah
berusaha dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan
faktor keselamatan. Semakin banyak usaha yang dilakukan semakin banyak
peluang yang akan muncul untuk mengatasi segala rintangan dan risiko yang
dihadapi.
iii. Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala
keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan
diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan menyebabkan
seseorang itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir. Keadaan ini
pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang sedang
dihadapi.
iv. Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam
pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar segala
kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan membawa
berkat. Jika tiada kesepakatan segala masalah sukar diatasi.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 50
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
MASAKAN SOLAR
1. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan
peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga
pembakar.
2. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan.
Antaranya ialah:
i. satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang
semakin terancam.
ii. mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api.
iii. mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.
iv. salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas/bahan bakar untuk memasak
makanan.
3. Cuaca yang sesuai untuk melakukan masakan solar ialah semasa musim panas
terik.
4. Bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan masakan solar ialah:
i. Alumunium foil
ii. Periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam.
iii. Kertas kadbod yang teal atau kotak besar yang kosong.
iv. Gam
v. Pelekat kertas/paper binding tape.
vi. Plastik lut sinar.
vii. Tali rafia
viii. Tiga batu kecil diletak di bawah periuk semasa memasak.
Proses menyediakan dapur solar:
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 51
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
Proses menyediakan periuk
Penyediaan menu masakan
Periuk berisi makanan dimasukkan ke dalam beg plastik lalu diikat dengan ketat.
Tiga batu yang kecil diletakkan di bawah periuk untuk mewujudkan aliran haba.
Periuk diletakkan di kawasan lapang yang ada pancaran cahaya matahari.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 52
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
MASAKAN RIMBA
1. Masakan rimba atau backwoodsman ialah satu cara memasak makanan semasa di
dalam hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak.
2. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar
namun ianya boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar
hidup semasa berkhemah.
3. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasak seperti buluh,
kerajang aluminium, tanah, buah seperti kelapa dan lain-lain.
4. Kegunaan buluh semasa perkhemahan.
a. Buluh digunakan untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan.
b. Bekas makanan/minuman .
c. Memasak makanan.
5. Cara membuat masakan rimba menggunakan buluh:
a. Pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya.
b. Pastikan buluh yang dipilih tidak retak.
c. Basuh bahagian dalam buluh hingga bersih.
d. Sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh seperti nasi atau lauk.
e. jika nasi dimasak di dalam buluh, pastikan sukatan air adalah sama banyak
dengan sukatan beras.
f. Masak nasi atau lauk dengan kaedah berikut:
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 53
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
MEMBUAT PERANGKAP
1. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
a. Perangkap atau jerat pelanduk.
b. Perangkap atau jerat ayam hutan.
c. Perangkap atau jerat hempap dan jerut.
d. Perangkap kurungan.
2. Membuat perangkap atau jerat pelanduk:
a. Bahan-bahan yang diperlukan:
Kayu pelentik.
Tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai.
Kayu cabang berbentuk “Y” yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya.
b. Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-daun
juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.
3. Membuat perangkap atau jerat ayam hutan.
a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak
yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak. Di antara bahan-bahan yang
digunakan ialah:
Sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai.
Dua batang kayu yang bercabang.
Tali pesawat.
Dua batang kayu pelepas.
Sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm.
Beberapa batang kayu pemijak.
b. Perangkap ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan tersekat oleh
kayu lengkung yang digunakan.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 54
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
4. Perangkap atau jerat hempap dan jerut.
a. Perangkap ini dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang. Perangkap jenis ini
mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. bahan-bahan yang perlu disediakan ialah:
Tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai.
Umpan.
Tali pemberat tambahan.
Batang kayu penghempap.
Dua batang kayu penghalang hadapan.
Dua batang kayu penghalang belakang.
Kayu pesawat.
Dua batang kayu pelepas.
Beberapa batang kayu pemijak.
b. Perangkap jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap
oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk mendapatkan kayu
pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu penghempap
serta kayu pemberat tambahan.
5. Perangkap atau jerat kurungan.
a. Perangkap jenis ini digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-hidup.
Perangkap ini kurang popular dan tidak praktikal kerana ia mengambil masa yang agak
lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga. Bahan-bahan yang diperlukan
untuk membuat perangkap jenis ini adalah:
Batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding, kayu alang, tiang
pintu dan sebagainya.
Umpan.
Gelang rotan.
Kayu pesawat.
Tali pesawat.
b. Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan perangkap
atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 55
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
MALAM KEBUDAYAAN
1. Tujuan
Menghilangkan rasa bosan selepas penat berkhemah.
Melatih bertatatertib.
Taat dan mengikut perintah.
Mencungkil bakat terpendam.
Bekerjasama dan tolong-menolong.
Latihan mengukur masa.
Tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain.
Menghilangkan rasa malu untuk berhadapan dengan khalayak ramai.
Memupuk keyakinan dan percaya kepada diri sendiri.
2. Prosedur malam kebudayaan
Dirasmikan oleh Ketua Pemimpin atau individu yang sesuai.
Menyanyikan beberapa lagu rancak secara beramai-ramai selepas perasmian.
Pertunjukan secara selang seli oleh peserta perkhemahan seperti nyanyian
kumpulan, tarian, nyanyian “round sound”, stunt dan sebagainya.
Diselitkan juga persembahan cerita pendek yang bertemakan nasihat.
Penutup dilaksanakan dengan lagu Negaraku.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 56
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
PERMAINAN PENGAKAP
i. Permainan Pengakap adalah salah satu aktiviti dalam bidang kepengakapan khususnya
dalam unit PKK.
ii. Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat
kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen keseronokan ahli.
ii. Aktiviti dalam permainan pengakap terbahagi kepada dua jenis iaitu aktiviti dalam dan
aktiviti luar.
AKTIVITI DALAM – diadakan di dalam bilik yang sesuai.
1. Lakonan Bisu
Alatan: Kertas (tuliskan pelbagai pekerjaan atau sesuatu gerak kerja yang perlu dilakukan
oleh ahli Pengakap).
Cara permainan: Seorang patrol menghantar wakil dan dikehendaki mencabut satu
kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan
mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.
2. Simpulan
Alatan: Tali dan bangku.
Cara permainan: Pengakap dikehendaki membuat simpulan yang ditetapkan. Misalnya,
ketua patrol memulakan simpulan dengan Simpul Belit di bangku, Simpul Buku Sila dan
diakhiri dengan Simpul Tindih Kasih. Aktiviti ini boleh diubah suai mengikut kreativiti atau
kebolehan masing-masing. Ahli Pengakap akan disuruh menutup mata dengan skarf dan
apabila satu nama simpulan diberi, mereka dikehendaki membuat simpulan dengan pantas
dan apabila sudah siap, angkat tangan dan tunjukkan simpulan tersebut. Markah akan
diberikan kepada simpulan yang betul.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 57
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
3. ”Baloo” di mana kamu.
Alatan: Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung.
Cara permainan: Ahli Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih;
seorang menjadi “Baloo” (beruang) dan seorang lagi “Mowgli”. Mowgli akan diberikan
surat khabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup
dengan skarf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa
pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya,
“Baloo, di mana kamu?” dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar sebanyak 3
kali sahaja. Baloo hanya menjawab “Di sini” setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli.
Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya.
4. Kiri – Kanan.
Alatan: Topi dan skarf Pengakap.
Cara permainan: Pengakap berdiri/duduk dalam bulatan dengan rapat. Bila terdengar
arahan “Kiri”, mereka akan merebut topi/skarf Pengakap yang berdiri/duduk disebelah kiri
mereka. “Kiri – Kanan” boleh diganti dengan perkataan lain seperti Kiri – Perak; Kanan –
Perlis untuk mengelirukan ahli Pengakap yang mengambil bahagian.
5. Kepala dan ekor.
Cara permainan: Setiap pasukan berbaris mengikut barisan masing-masing di hadapan
pemimpin. Apabila pemimpin menyebut “Kepala”, Pengakap yang di hadapan tidak
bergerak tetapi kawan-kawan yang lain dalam barisan masing-masing akan berlari ke
hadapan sambil berpusing mengelilingi Pengakap yang di hadapan tadi dan balik semula
ke tempat masing-masing. Begitu juga sebaliknya jika pemimpin menyebur “Ekor”.
Pasuka yang pertama sampai serta berbaris dengan lurus, akan diisytiharkan sebagai
pemenang.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 58
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
AKTIVITI LUAR – Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. Berikut adalah
beberapa contoh permainan luar.
Nama aktiviti Cara melaksanakannya
1. Lembu kena Ahli patrol memegang tangan membuat satu bulatan. Seorang Pengakap
kepung. menjadi “Lembu” dan berdiri dalam bulatan. Lembu itu cuba berlari dari bulatan
dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yang membuat
2. Komando bulatan pula sedaya upaya menahan “lembu” daripada keluar daripada bulatan.
lawan Komunis. Jika “lembu dapat keluar daripada kepungan itu, tukarkan ahli Pengakap lain
sebagai “lembu” dan seterusnya.
3. Waterloo. Ahli Pengakap dibahagikan kepada dua pasukan; Komando dan Komunis.
“Nyawa” mereka ialah skarf yang diikatkan di kepala mereka. Mereka
4. Mengelak dikehendaki merebut skarf yang ada di kepala musuh mereka. Komunis diberi
pukulan masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan menari mereka. Apabila
“Nyawa” dicabut, mereka diisytiharkan “mati” dan terkeluar daripada permainan.
5. Tampar lutut. Pemain yang “mati” tidak boleh bermain lagi. Pemimpin bertugas perlu
memastikan tiada sebarang pergaduhan seperti bertumbuk tidak berlaku.
Apabila wisel penamat dibunyikan, pemain akan berkumpul dan kiraan mata
dilakukan untuk mengetahui pemenangnya.
Ahli pengakap dibahagikan kepada dua kumpulan. Mereka akan diberikan
plastik/belon yang berisi air berwarna sebagai peluru. Setiap seorang diberikan
3-5 belon air. Pemain yang terkena tembakan (badannya basah) tidak dapat
berlawan lagi atau dikira “mati”. Permainan ini boleh dimainkan pada waktu
malam supaya boleh bersembunyi atau melarikan diri jika diserang.
Gunakan pemukul atau alatan yang lembut seperti bantal dan tandakan
kawasan menggunakan tali. Ahli Pengakap boleh bergerak dengan bebas dalam
kawasan bertali tersebut dalam keadaan duduk. Apabila isyarat mula diberikan
(wisel), setiap ahli Pengakap akan cuba memukul pihak lawan lain semasa
duduk. Ahli Pengakap akan terkeluar daripada permainan sekiranya
diisytiharkan “mati” akibat terkena pukulan.
Pasangan Pengakap akan duduk berhadapan (menghadap antara satu sama
lain) menghadap lawan. Mereka akan saling cuba menampar lutu lawannya.
Masa akan diberikan dan jumlah tamparan yang tertinggi dan paling rendah
mengelak adalah dikira sebagai pemenang.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 59
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
1. JALAN LASAK
1. Tujuan
Untuk melatih kecekapan pancaindera membaca tanda, simbol dan sebagainya.
Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan.
Menikmati keindahan alam di hutan.
Memberikan pengalaman baharu.
Mendisiplinkan ahli Pengakap untuk patuh kepada arahan.
2. Peraturan dan persediaan Jalan Lasak
Melakukan peninjauan kawasan sebelum aktiviti jalan lasak dijalankan untuk
memastikan kawasan sesuai dan selamat untuk ahli Pengakap.
Dapatkan kebenaran daripada pelbagai pihak yang berkenaan seperti pesuruhjaya
pengakap, sekolah dan ibu bapa.
Maklumkan kepada pihak hospital terdekat agar segala urusan kemalangan dapat
diutamakan.
Menyediakan peralatan persendirian untuk kecemasan seperti kotak first aids.
3. Prosedur jalan lasak
Melakukan pemeriksaan kesihatan peserta.
Memastikan pergerakan peserta sentiasa dalam pengawasan.
Menyediakan alatan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti jalan lasak.
4. Persediaan alatan
i. Titik kawalan (Control point)
Suatu tanda kedudukan yang tekah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
Titik kawalan bukan “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.
ii. Penanda kawalan
Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
Suatu objek yang dibuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 60
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
iii. Kad kawalan
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
Kad ini akan mencatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia
petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat
masa penamat.
iv. Peta utama
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi dalam
bentuk kod/gambar rajah.
vi. Landasan
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama
dan akan disalin oleh peserta.
Tanda yang berkenaan landasan adalah:
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
- „Leg‟ adalah perjalanan di antara 2 titik kawalan.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 61
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
2. Penggunaan kompas
Digunakan untuk menentukan arah.
Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan.
Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.
Perkara-perkara penting semasa menggunakan kompas:
- Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.
- Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendal dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau
batu besar yang berada di persekitaran.
Langkah-langkah mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:
- Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
- Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan
B.
- Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Hal ini dapat dilakukan dengan
melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
- Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
- Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.
Kompas digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti:
- Mengenal arah mata angin.
- Mencari arah mata angin.
- Mencari arah kiblat.
- Menggunakan peta.
- Merintis hutan.
- Pertandingan mencari bearing di hutan.
- Mencari harta karun.
- Aktiviti orienteering atau pandu arah.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 62
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
3. Peta topografi
Peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan yang dapat dilihat dari
udara.
Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur serta titik
pertemuannya akan menghasilkan koordinat.
Peta ialah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.
Peta perlu mempunyai tajuk, skala, petunjuk, kod warna dan semua ciri yang perlu ada
pada sebuah peta untuk mewakili rupa bumi di kawasan berkenaan.
KHIDMAT KESUKARELAWAN
1. Sukarelawan ialah seorang yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti yang
bertujuan membantu orang lain dan terlibat dalam kegiatan kesukarelawan.
2. Sukarelawan tidak mengharapkan ganjaran tetapi melakukannya dengan setulus hati.
3. Kesukarelawan ialah konsep perkhidmatan, perkongsian, proses pendidikan atau
pengalaman pembelajaran dan penglibatan aktif warganegara dalam isu kemasyarakatan.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 63
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
SIMPULAN DAN IKATAN
Simpulan dilakukan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Simpulan
digunakan untuk menyimpul dan mengikat benda-benda yang kecil dan sederhana.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital,
mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.
Contoh-contoh simpulan:
Simpul Manuk
Simpul Buku Sila
Simpul Tindih Kasih
Simpul Bunga Geti
Simpul Balak
Simpul Belit
SIMPUL MANUK
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.
Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya,
ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan
untuk membuat gajet (permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan di atas tadi).
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 64
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
Fungsi Simpul Manuk
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik
Mulakan simpul pada kayu
Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi
Tarik hujung tali
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 65
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
SIMPUL BUKU SILA
Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. Ia digunakan untuk mengikat
benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada
anduh, dan mengikat khemah yang dilipat. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut
senang dibuka semula.
Fungsi:
Untuk menyambung dua tali yang sama saiz
Untuk mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas
Teknik:
Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain
Masukkan hujung A di bawah B
Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawahnya
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 66
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
SIMPUL TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat ikatan pada leher binatang supaya tidak boleh
mencerut. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan cara
mengikatkan tali pada pinggang.
Fungsi:
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut
Menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa
Teknik:
Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan
tersebut.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 67
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
SIMPULAN BUNGA GETI
Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan
jenisnya. Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera
dalam flag break, atau menyambung tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi:
Menyambung dua tali yang tidak sama saiz
Mengikat tali ke suatu tanjul
Teknik:
Mulakan simpul
Kemudian, masukkan hujung tali b supaya bersilang untuk membentuk simpul
Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 68
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
SIMPUL BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang
besar supaya mudah ditarik dan tidak licin. Ikatan ini merupakan permulaan kepada
ikatan serong. (Ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet
selain ikatan manuk)
Fungsi:
Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah
Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan
Untuk memulakan ikatan serong
Untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak
Teknik: 69
Gunakan tali dengan mengelilingi kayu
Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
PISMP SEM 3 TESL MPU3062
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang, atau mengikat tali khemah pada
pasaknya, atau untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah
dibuka semula serta tidak mudah tertanggal.
Fungsi:
Digunakan bagi mengikat tali pada tiang
Boleh juga digunakan untuk mengikat tali khemah pada pasaknya
Teknik:
Mulakan simpul seperti dalam rajah
Kemudian lakukan dua lengkungan
Tarik bahagian b untuk kemaskan simpul
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 70
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat
jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan unit
beruniform, beberapa ikatan digunakan.
Contoh-contoh ikatan:
Ikatan Seraya
Ikatan Serong
Ikatan Lilit Kacang
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 71
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet,
menara, tiang, bendera dan lain-lain. Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk.
Kemudian lilit dengan kemas dan ketat, akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk
Fungsi:
Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
Teknik:
Dimulakan dengan simpul manuk
Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
Seterusnya dililit dicelah kayu.
Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 72
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
IKATAN SERONG/SILANG
Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan
dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur
kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manuk.
Fungsi:
Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang
Digunakan untuk membina jambatan, menara, gajet dan pioneering
Teknik:
Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang
Kemudian belitkan membujur dan melintang
Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas
Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 73
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
IKATAN LILIT KACANG
Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk
sesuatu gajet/binaan. Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri
dengan simpul manuk juga – contoh: meja makan
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 74
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
Fungsi:
Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet
Teknik:
Mulakan dengan menggunakan simpul manuk atau lilit balak
Ikat selang seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang hingga selesai
ASAS KAWAD KAKI
Pengenalan
i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Persatuan Pengakap melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan secara serentak
mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah berjalan dengan
rentak kaki yang sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan
yang diberikan oleh ketua.
ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan yang
bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping itu,
kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi,
berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.
iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
a. Latihan bahasa hukuman/perintah kawad
b. Latihan pergerakan.
iv. Objektif kawad kaki adalah untuk:
Membentuk peribadi individu
Menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah
Menanam perasaan yakin
Membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia
Membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib
Menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan berhemah
tinggi.
v. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
a. Kawad Statik.
b. Kawad Dinamik.
c. Kawad Asas.
d. Kawad Formasi.
e. Kawalan Kehormatan.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 75
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
BAHASA HUKUMAN KAWAD
i. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Ingatan
Memberi peringatan kepada patrol apa yang akan mereka buat.
b. Harkat/Amaran
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh
patrol.
c. Perbuatan
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh patrol (dilafazkan dengan suara yang amat
nyaring oleh komander/pemimpin kawad.
ii. Contoh bahasa hukuman kawad
Bahasa Hukuman Kawad Tindakan
BERGERAK KE KANAN INGATAN
KE KANAN… HARKAT/AMARAN
PUSING PERBUATAN
iii. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
Masuk baris
Paraskan skuad
Sedia
Luruskan barisan
Senang diri
Rehatkan diri
Keluar baris
Pusing ke kanan
Pusing ke kiri
Pusing/menghadap ke belakang
Pusing/menghadap ke hadapan
Berhenti semasa Berkawad/jalan kaki
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 76
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
KAWAD STATIK DAN DINAMIK
i. Latihan kawad statik dan dinamik.
a. Masuk baris:
Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak
dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.
Arahan:
“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN TIGA BARISAN DI
HADAPAN SAYA, SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA
BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”
“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
MASUK BARIS …… GERAK!
b. Paraskan skuad:
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan
YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU BARISAN ……
GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS dan terus
membentuk satu barisan panjang di hadapan pemimpin.)
NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring bermula dari sebelah
kanan.)
NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU LANGKAH
KE BELAKANG …… GERAK!
ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali sebagai PENANDA
KANAN.)
NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN, KANAN DAN KIRI
…… PUSING!
JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di barisan tengah,
belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.)
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 77
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
c. Luruskan Barisan:
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan
KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati bahu kiri
rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan
berhenti sebaik barisan telah diluruskan.)
PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan kembali
dalam kedudukan SEDIA.)
d. Senang diri:
Arahan
(Diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA)
SENANG.......DIRI!
(Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI)
BARIS! (Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri)
e. Rehatkan diri:
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.
Arahan:
REHATKAN.....DIRI!
f. Sedia
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
BARIS …… SEDIA!
Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI: KEDUDUKAN SEDIA
Arahan:
BARIS …… SEDIA!
g. Buka Barisan
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan
BUKA BARISAN …… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan. Barisan belakang
akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 78
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
h. Tutup Barisan
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan
TUTUP BARISAN……… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang. Barisan belakang
akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)
i. Pusing ke kanan
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
j. Pusing ke kiri
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
k. Pusing / menghadap ke belakang
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG
KE BELAKANG……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 79
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
l. Kawad jalan kaki.
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan (bergantung kepada penanda)
DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!
atau
DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)
m. Berhenti semasa berkawad atau jalan kaki
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD JALAN KAKI
atau HENTAK KAKI.
Arahan
BARIS, BERHEN……… TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut sebaik sahaja
kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)
n. Keluar baris
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Hukuman keluar baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada perbarisan,
kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.
Arahan
KELUAR …… BARIS!
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 80
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Definisi dan konsep
i. Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum
ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor
di tempat kejadian.
ii. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan awal
yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek
sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa
dihantar ke hospital.
Tujuan pertolongan cemas
i. Selamatkan nyawa – Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam
situasi yang mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.
ii. Mengelakkan daripada bertambah buruk – Memberikan rawatan pertolongan cemas yang
betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah
buruk.
iii. Mengurangkan kesakitan – Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
iv. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor – Memudahkan tugas doktor untuk
merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.
Prinsip pertolongan cemas
i. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
ii. Dapatkan tindak balas mangsa.
iii. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
iv. Periksa pernafasan mangsa.
v. Periksa peredaran darah (Carotid – Nadi tepi leher/brachial – lengan atas)
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 81
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
ANDUH DAN BALUTAN
Anduh
i. Anduh bermaksud ampu atau ambin; sejenis kain yang digunakan untuk mengampu
anggota badan yang cedera.
ii. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas
kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh
yang baik berukuran satu meter.
iii. Antara kegunaan kain anduh ialah:
Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
Menghenti atau menahan pendarahan.
Menetapkan bahagian yang cedera.
Dapat digunakan sebagai pengipas.
Menutup tempat yang luka atau cedera.
Sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais)
iv. Jenis-jenis anduh:
a. Anduh besar (large arm sling)
Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b. Anduh tiga segi atau Anduh St. John‟s (triangular sling)
Menahan pendarahan anggota atas.
Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula,
Mengampu anggota atas yang cedera.
c. Anduh kecil (smal sling)
Mengampu kecederaan di bahagian bahu.
Mengampu tulang klavikal yang cedera.
Mengampu anggota atas yang cedera.
d. Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
Mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 82
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
Balutan
i. Pembebatan (Dressing)
Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka
dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
Tujuan
- Mengurangkan kesakitan.
- Menggalakkan penyembuhan luka.
- Mengawal penyebaran bakteria.
- Mengawal kontaminasi luka.
- Memberi tekanan pada tempat tercedera.
- Mengawal pendarahan
- Mengawal kecederaan lanjut.
Pembebatan ada tiga jenis;
- Pembebatan medan – bagi kegunaan pasukan keselamatan.
- Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka.
- Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 x 10 mm.
ii. Pembalut atau balutan
Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan
pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu
pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan
pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.
Pembalut atau balutan ada dua jenis;
- Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu, mengipas
dan pengikat gelung cincin.
- Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiral
dan balutan padi.
Tujuan dan fungsi pembalut
- Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
- Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
- Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.
- Mencegah dan menyerap kotoran seperti darah, dan nanah.
iii. Peraturan Am membebat dan membalut luka.
Bersihkan tangan terlebih dahulu.
Digalakkan memakai sarung tangan.
Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka. Saiz
kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan
pembalutan.
Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 83
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
i. Merawat luka
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya
pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan
disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Pendarahan ada tiga jenis;
1. Pendarahan luaran (external)
Luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau
Luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai
Luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul
Luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan
tembakan.
2. Pendarahan dalaman (internal)
Perut – muntah berdarah
Rahim – tumpah darah
Tali usus – darah pada dubur
Buah pinggang – kencing berdarah
Paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah
Tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
3. Pendarahan dalaman tanpa kesan
Limpa dan hati pecah
Pendarahan dalam otak
c. Luka terbahagi kepada dua kategori;
Luka terbuka – luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjatan dan jangkitan kuman.
Luka tertutup – kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan
darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi
lebam.
d. Cara merawat luka terbuka.
Luka-luka kecil
- Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.
- Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
- Langkah-langkah rawatan.
1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
3. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
4. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang telah disterilkan.
5. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
6. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
7. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 84
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
Luka-luka kecil yang ada benda asing
- Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca
atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana
dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
- Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah;
1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
3. Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman
4. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tuala atau tisu yang
sudah disterilkan.
5. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan
yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau persekitaran objek.
6. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko
jangkitan kuman.
7. Buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan
objek.
8. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
ii. Merawat gigitan
a. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan
kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan
binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
b. Kaedah rawatan;
Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
Balut dengan pembalut steril.
Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.
c. Jika digigit anjing
Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
Cuci luka secara menyeluruh dengan sir dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 85
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
MELECUR, PITAM DAN PATAH.
i. Melecur dan terbakar
a. Melecur
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan
yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b. Terbakar
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia
atau arus elektrik.
c. Ketenatan mangsa bergantung kepada
Luas permukaan yang cedera.
Tempat yang terbakar atau melecur.
Tahap terbakar.
Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d. Jenis terbakar atau melecur.
Luar – terbakar pada bahagian kulit
Dalam – terbakar dalam rongga atau perut.
e. Sebab-sebab terbakar atau melecur.
Jenis Sebab-sebab
Panas kering Bahan api atau api.
Terkena objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok.
Geseran.
Panas Wap.
lembab Cecair panas seperti teh, kopi atau minyak.
Bahan kimia
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Radiasi Kimia domestik seperti peluncur cat, racun rumput atau alkali.
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra-violet).
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Elektrik Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
Kilat dan petir.
**terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua tempat
luka sahaja.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 86
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
f. Tahap kecederaan;
Tahap pertama (superficial burn)
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan
bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerah-merahan.
Tahap kedua (intermediate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan
kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
Tahap ketiga (deep burn)
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.
Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g. Tanda-tanda terbakar atau melecur;
Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal, merah
gelap, lepuh dan menggelembung pada tahap kedua.
Pengaliran keluar plasma.
Renjatan.
h. Tindakan yang perlu diambil;
Tindakan “3B”
- Burning stop – Padamkan
- Breathing mantain – Periksa pernafasan
- Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.
Tindakan “3C”
- Cool – Sejukkan
- Cover – Tutup bahagian yang terbakar
- Carry – Bawa ke tempat selamat/Hantar ke hospital
Pengendalian am
- Hentikan kebakaran – air
- Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan)
- Pastikan mangsa bernafas.
- Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit
sehingga kesakitan berkurangan.
- Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku
renjatan.
- Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
- Beri rawatan renjatan, jika perlu. Hantar ke hospital dengan segera.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 87
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
ii. Pitam
a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini
terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
- Kekurangan darah di dalam otak;
- Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
- Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c. Cara merawat:
- Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
- Longgarkan pakaian ketat.
- Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum
ammonia
- Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
- Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh
panas.
iii. Patah:
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung,
misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya
tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan
bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
- Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
- Bengkak dan lebam.
- Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
- Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah
berlaku di tulang paha atau pelvis.
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di
sekeliling tempat yang terlibat .
d. Cara merawat:
- Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya
dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
- Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan.
- Ikat pembalut dengan kuat untuk mencegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat
kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.
- Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya.
- Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 88
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
KERACUNAN DAN TERSELIUH
i. Keracunan
a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik
(bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan
penderitaan sementara atau berkekalan.
b. Tanda-tanda terkena keracunan:
- Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
- Mangsa mengalami sakit abdomen.
- Cirit birit mungkin terjadi.
- Tanda-tanda terkejut.
- Mungkin tidak sedarkan diri.
c. Arahan merawat:
- Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
- Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
- Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
- Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
- Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
d. Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
- Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
- Rawatan kecemasan:
Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
Hirup udara segar di ruang terbuka.
Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak.
Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 89
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
ii. Terseliuh
a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu
penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan,
terkoyak atau terputus.
b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain).
Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya
melibatkan kecederaan pada ligamen.
c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur
ligamen.
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang
melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan
asal.
e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:
(i) Sakit-sakit.
(ii) Bengkak.
(iii) Bertambah sakit apabila bergerak.
(iv) Pergerakan yang terhad.
f. Cara-cara merawat terseliuh:
(i) Hadkan pergerakan anggota.
(ii) Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang
cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
(ii) Dapatkan bantuan perubatan.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 90
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
PEMULIHAN PERNAFASAN ATAU CARDIO-PULMONARY
RESUSCITATION (CPR):
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih
pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya
berterusan.
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara :
Pastikan saluran udara terbuka.
P- Pernafasan :
Bernafas untuk pesakit
mengoksigenkan darah. dengan mengembungkan paru-parunya dan
P - Peredaran:
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.
iii. Cara-caranya:
S - Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan
tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 91
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
P - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke
dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah
seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa
menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang
tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala
dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba
sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya
dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing
daripada tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang
pesakit itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan
baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak
kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan
perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas rawan
dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan…
Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa
dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
(d) Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan
dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 92
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
BUKU LOG PENGAKAP
BAHAGIAN E
LAGU PATRIOTIK DAN
LAGU PENGAKAP
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 93
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
LAGU-LAGU PATRIOTIK
INILAH BARISAN KITA
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 94
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 95
BAHTERA MERDEKA
Bunda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra-putri sayang
Putra-putri sayang sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyingsing membawa harapan
Tanah semenanjung
Tanah semenanjung permata nilam
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai Ibu Pertiwi
Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan sumpah dan janji
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai Ibu Pertiwi
Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan sumpah dan janji
PISMP SEM 3 TESL MPU3062
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
GEMURUH SUARA
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.
Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!
Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!
Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 96
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
MALAYSIA PRIHATIN
Kedamaian milik kita bersama
Amanah bangsa junjung selamanya
Abadikanlah jiwa dan raga mu
Teguh sinar cahaya satukan jiwa
Semarakkan api cinta di hati
Pada setiap insan kita gapai kan
Agar gemilang mekar di persada
Satu langkah satu hati untuk mu pertiwi
Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung
Kita gunungkan semangat sejiwa
Walau di mana saja berada
Makmurnya seiringan
Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan
Malaysia Prihatin selamanya
Negara bangsa diutamakan
Khidmat diberi dengan penuh rela
Tanah air yang tercinta
Nama mu harum di puncak dunia
Payung mahkota teras pertiwi
Di persada nan gemilang.
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 97
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
WARISAN
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
c/o Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Cinta ini
Betapa di bumi ini 'ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat
Kujejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 98
BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
LAGU-LAGU PENGAKAP
PENGAKAP MALAYSIA
Kami Pengakap Malaysia Berbudi, bersaudara
Harapan nusa dan bangsa Taat, menurut perintah
Berikrar setia Kami bangga junjung cita-cita
Pada pertiwi tercinta Pengakap Malaysia
Melatih generasi muda Kami bangga junjung cita-cita
Menjadi insan yang berguna Pengakap, Pengakap Malaysia
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudi
kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, berjima
Suci fikiran
Suci perkataan
Suci perbuatan
PISMP SEM 3 TESL MPU3062 99