The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bidangkuasa & Perintah MTS -Pemakaian Serta Isu - MCM Nota

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dhalia Shah, 2024-03-08 22:53:48

Bidangkuasa & Perintah MTS -Pemakaian Serta Isu - MCM Nota

Bidangkuasa & Perintah MTS -Pemakaian Serta Isu - MCM Nota

Mawardi Che Man Pemakaiannya serta Isu Berkaitan BIDANGKUASA & PERINTAH MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 09 Mac 2023 De Palma Shah Alam


1 2 Pengendalian & Pengurusan Kes 4 Elemen Penting Kes Pertikaian Harta UTAMA 5 Dokumen-dokumen Hartanah Bidang Kuasa MTS Proses Memperolehi Penghakiman / Perintah Mahkamah Syariah 3 6 Tuntutan / Permohonan Berkaitan Harta di Mahkamah Syariah 7 Penguatkuasaan & Pelaksanaan Penghakiman / Perintah 8 Isu


BIDANG KUASA ✓ Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan - menyatakan hal-hal keagamaan adalah terletak di bawah Kuasa Perundangan Negeri. ✓ Senarai Kedua (II) Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia ✓ Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah bidang kuasa Negeri ✓ Bidangkuasa ke atas orang yang menganut agama Islam


BIDANG KUASA Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 – Akta 355 Seksyen 2 – Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis: Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.


Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 61(3)(b) i. Pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apaapa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri; ii. Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i); iii. Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak; iv. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian; v. Wasiat atau alang semasa marad-al-maut; vi. Alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang orang Islam; vii. Wakaf atau nazr; viii. Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat; ix. Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak; x. Pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam; xi. Pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; xii. Pentadbiran masjid-masjid; dan xiii. Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.


Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 61(3)(a) Membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [En. No. 9/1995] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. BIDANG KUASA


1. Mahkamah Rayuan Syariah 2. Mahkamah Tinggi Syariah 3. Mahkamah Rendah Syariah 4. Mahkamah Rayuan Utama (Perak) MAHKAMAH 1. Penentuan bidang kuasa hiraki Mahkamah Syariah - Seksyen 61, 62, 66, 67 & 68 EPAIS 2003 2. Penentuan bidang kuasa tempatan - isu mastautin - Seksyen 4 EUUKIS 2003 3. Penentuan bidang kuasa dalam kes penceraian - Seksyen 45 EUUKIS 2003


MRYS SEKSYEN 67 EPAIS 2003 (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya. (2) Apabila suatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran untuk diputuskan olehnya sendiri apa-apa persoalan undangundang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu. (3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah, dan yang difikirkannya adil bagi penyelesaian rayuan ini


MRYS PENGAWASAN & PENYEMAKAN – SEKSYEN 68 EPAIS 2003 (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak manamana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan. (2) Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod tentang apaapa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah tentang perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah


MTS JENAYAH - SEKSYEN 61(3)(a) EPAIS 2003 Membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [En. No. 9/1995] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. (Penjara 3 tahun &/@ Denda RM 5,000 &/@ 6 Sebatan). MAL – SEKSYEN 61(3)(b) EPAIS 2003 Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan bidangkuasa asal mal.


MTS PENGAWASAN & PENYEMAKAN – SEKSYEN 66 EPAIS 2003 (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika tampak perlu oleh Mahkamah Tinggi Syariah itu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan. (2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod sesuatu perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah tentang perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya, daripada Mahkamah Tinggi Syariah


MRS JENAYAH - SEKSYEN 62(2)(a) EPAIS 2003 Membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. MAL – SEKSYEN 62(2)(b) EPAIS 2003 Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak tiga ratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).


MAHKAMAH Seksyen 4 EUUKIS 2003 Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Negeri Selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu. Seksyen 45 EUUKIS 2003 KECUALI sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali – a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini; atau b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; dan c) jika pemastautin salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.


PROSES PENGENDALIAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH PENYEMPURNAAN PLIDING ▪ Afidavit Sokongan / Jawapan / Balasan @ ▪ Pernyataan Tuntutan / Pembelaan & Tuntutan Balas ▪ Jawapan Kpd Pembelaan & Pembelaan Tuntutan Balas ▪ Jawapan Kpd Pembelaan Tuntutan Balas Pra Bicara Bicara Hujahan Keputusan PERTIMBANGAN ▪ Fakta dan isu ▪ Pembuktian menepati kehendak meri kes ▪ Pemberian Kos ▪ Penggunaan sumpah (jika perlu) KETERANGAN & PEMBUKTIAN ▪ Keterangan Pihak –Pihak & Saksi ▪ Pembuktian Dokumentasi ▪ Penggunaan Afidavit Keterangan Pihak-Pihak & Afidavit Sokongan Saksi RUMUSAN / KONKLUSI ▪ Merujuk kepada isu yang dipertikaikan & yang dipersetujui ▪ Pandangan Syarak ▪ Rujukan kes-kes ▪ Rujukan kepada fatwa / Majlis Penasihat Syarak dll ▪ Pandangan Peguam terhadap setiap isu ▪ Hujahan kos kepada Responden The Law


Pihak-Pihak 1 Perintah 4 Pliding 3 Pembuktian 5 Punca Kuasa 2 Penghujahan 6 Pelaksanaan 7


PROSES MEMPEROLEHI PENGHAKIMAN / PERINTAH MAHKAMAH SYARIAH PERLU FAHAMI DAN HADAM– ❖ Konsep dakwaan di Mahkamah Syariah – Sohihah, Fasidah, Batilah @ Hisbah ❖ Pemakaian pendapat mazhab. ❖ Tempoh masa berhubung dakwaan dan pembuktian. ❖ Pliding / kertas kausa adalah nyawa kes. ❖ Bahasa dalam prosiding dan dokumen. ❖ Pembuktian di Mahkamah Syariah.


ELEMEN PENTING KES PERTIKAIAN HARTA PLIDING ✓ Guna borang gazet yang betul mengikut lokasi. ✓ Jelas dan nyata. ✓ Plid fakta yang matan bukan keterangan. ✓ Pihak-pihak terikat dengan pliding masingmasing. ✓ Sediakan pliding mengikut tertib rukun & syarat (kes tertentu). ✓ Kausa tindakan utama dan/atau yang bersampingan dengannya. ✓ Penjelasan terperinci mengenai harta yang dituntut / dipohon. ✓ Keperluan penjelasan pemakaian mazhab. ✓ Mencari YA dalam pembelaan atau pembelaan tuntutan balas. ✓ Elak tuntutan / permohonan PRA-MATANG.


ELEMEN PENTING KES PERTIKAIAN HARTA PERJANJIAN PERSETUJUAN ✓ Tidak melangkaui had kausa tindakan. ✓ Tidak menghalalkan yang haram tidak mengharamkan yang halal. ✓ Penjaga Al-Litem / Wali Mal tidak membuat persetujuan yang TIDAK MERUGIKAN anak / kanak-kanak. ✓ Bagi kes yang mempunyai rukun & syarat, persetujuan bukan suatu penyelesaian. ✓ Pihak-pihak &/@ ahli waris boleh melaksanakan MAQSAD TUNTUTAN / PERMOHONAN melalui persetujuan. SULH


ELEMEN PENTING KES PERTIKAIAN HARTA PENGHAKIMAN / PERINTAH ✓ Tuntutan / permohonan dalam lingkungan bidangkuasa sedia ada. ✓ Jelas kausa tindakan tuntutan / permohonan. ✓ Tuntutan / permohonan TIDAK disertakan dengan tindakan penguatkuasaan atau pelaksanaan. ✓ Bab hartanah - mengikut kehendak KTN. ✓ Meletakkan terma pecahan syer (1/2, 1/3 dll) berbanding peratusan (%). ✓ Meletakkan tempoh masa untuk melaksanakan penghakiman / perintah. ✓ Kos tindakan prosiding. ✓ Kes HSP – Arahan Amalan 6/2007 – Butiran Perintah Harta Sepencarian Berbentuk Hartanah


Dokumen Utama ✓ Wakalah ✓ Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Plaintif ✓ Borang Pengesahan Pemastautinan (jika alamat dalam K/P bukan dalam bidang kuasa Mahkamah) @ Bil Elektrik / Air @ Surat Pengesahan Majikan (Polis @ Tentera) Lain-Lain Dokumen ✓ Salinan Kad Pengenalan Defenden / Responden. ✓ Salinan Kad Pengenalan Ahli Waris / manamana orang. ✓ Salinan Sijil Kelahiran Anak/ Kad Pengenalan Anak. ✓ Salinan Surat Perakuan Nikah / Ruju’ / Cerai. ✓ Salinan Sijil Kematian / Permit Mengubur / Perintah Anggapan Kematian. ✓ Salinan apa-apa perintah berkaitan. ✓ Salinan dokumen berkaitan Ttuntutan / permohonan. ✓ Salinan dokumen harta (geran dll). ✓ Salinan apa-apa dokumen lain yang berkaitan. Salinan Dokumen ✓ Kes Saman – sekadar menjadi lampiran dokumen bagi pliding yang tiada dikenakan fi pendaftaran. ✓ Kes Permohonan – salinan menjadi EKSHIBIT yang dikenalpasti dan diangkat sumpah di hadapan Hakim @ Pendaftar serta dikenakan fi bagi setiap satu salinan. DOKUMEN –DOKUMEN SELARI DENGAN PLIDING / KERTAS KAUSA


DOKUMEN–DOKUMEN HARTANAH Dokumentasi – Distemkan @ Tak ✓ Dokumen Wasiat Terakhir. ✓ Suratan Hibah / Surat Ikatan Hibah. ✓ Surat Ikatan Amanah. ✓ Surat Izin Penggunaan (Consent Letter) ✓ Borang PMT 14A. ✓ POA / PA – Power of Attorney (Surat Kuasa Wakil). ✓ Borang Kaveat. ✓ DOA – Deed of Assignment (Surat Ikatan Serahan Hak). ✓ DOG – Deed of Gift (Surat Ikatan Pemberian) ✓ Resit Cukai Pintu / Tanah / Indah Water/ Syabas / TNB ARAHAN AMALAN NO. 5 TAHUN 2023 Keperluan Untuk Mengemukakan Carian Rasmi/ Persendirian Geran Hak Milik Terkini Semasa Pendaftaran Dan Pada Mana-mana Peringkat Prosiding Sebelum Penghakiman Bagi Tuntutan/ Permohonan Harta Tak Alih ARAHAN AMALAN


PENGURUSAN HARTA ORANG ISLAM & MAHKAMAH SYARIAH ✓ Permohonan Pengesahan Nikah (isbath nikah). ✓ Tuntutan pengesahan cerai. ✓ Permohonan Perintah Faraid. ➢ Permohonan Perubahan Perintah Faraid / Pusaka. ✓ Permohonan Pengesahan Sabitan Nasab / Ahli Waris. ✓ Tuntutan Harta Sepencarian. ✓ Tuntutan / Permohonan Pengesahan Hibah. ✓ Permohonan Pengesahan Wasiat. ✓ Tuntutan Pengesahan Wakaf. ✓ Tuntutan Pengisytiharan Status Agama. ✓ Permohonan Perintah Interim Injunksi (ex-parte &/@ inter-parte)


❖ Pengesahan nikah (isbath nikah) & pendaftaran nikah sama ada berdasarkan- ✓ Seksyen 12(2) EUUKIS - [tidak menjejaskan seksyen 40(2) EUUKIS] ; @ ✓ Seksyen 23(2) EUUKIS – [tertakluk kepada seksyen 124 EUUKIS]. ❖ Arahan Amalan yang terpakai secara khusus - 8/2001, 14/2006, 4/2007, 5/2007 & 9/2007. ❖ Terdapat isu pendakwaan yang perlu dipenuhi dahulu dan mengikat sepenuhnya sebelum tindakan pendaftaran nikah dibuat. Permohonan Pengesahan Nikah ❖ Status Perkahwinan- ✓ Tidak mengikut undang-undang ✓ Sorok perkahwinan ✓ Sindiket


Tuntutan Pengesahan Cerai ❖ Jenis Talak (Cerai – Seksyen 57 EUUKIS) ✓ Talak Raj’ie ✓ Talak Battah ✓ Talak Bain ✓ Bain Kubra ✓ Bain Sughra ✓ Menjatuhkan Talak 3 Sekaligus ✓ Talak Sunni ✓ Talak Bid’ie ❖ Jenis Iddah (Cerai Hidup) ✓ 3 kali suci ✓ 3 bulan ✓ Iddah hamil ✓ Tiada Iddah ❖ Jenis Iddah (Cerai Mati) ✓ 4 bulan 10 hari ✓ Iddah hamil ❖ Jenis Rujuk ✓ Dengan Lafaz ✓ Dengan Perbuatan ❖ Arahan Amalan yang terpakai secara khusus – 14/2003, 8/2011, 8/2015, 6/2021. ❖ Ada isu pendakwaan yang perlu dipenuhi.


Tuntutan Perintah Faraid ✓ Penentuan orang yang berhak dan bahagian – i. Seksyen 61(3)(b) EPAIS / Seksyen 11 (3)(b) EMS – (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak; ii. Seksyen 65 EPAIS / Seksyen 15 EMS – Perakuan Pewarisan (Penentuan Orang Berhak & Bahagian Terhadap Harta Pusaka). ✓ Proses siasatan – adalah bab yang susah dan mencabar. Silap siasat maka silap kiraan faraidnya. ✓ Proses pengiraan – yang menjadi masalah adalah asal masalah. • Asal Masalah Gabungan – isu khunsa, isu anak dalam kandungan dan mafqut. ✓ Wasiat wajibah – • 6 negeri yang mempunyai enakmen wasiat iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan dan Sabah. • Tiada penjelasan terperinci kaedah pelaksanaannya sama ada ia adalah bersifat automatik atau melalui permohonan.


Tuntutan Perintah Faraid ✓ Arahan Amalan yang terpakai secara khusus – 2/2003, 1/2007, 3/2010, 7/2011, 5/2012, 9/2016, 14/2021. ✓ Agensi utama yang terlibat berkaitan dengan pusaka / faraid- ✓ Mahkamah Syariah. ✓ Unit Pembahagian Pusaka Kecil – 2 / 5 juta ke bawah. ✓ Mahkamah Tinggi Sivil – atas 2/ 5 juta. ✓ Majlis Agama Islam – Pemegang Amanah, Baitul-Mal. ✓ Amanah Raya Berhad – RM 600k ke bawah. ✓ Perintah Faraid boleh diubah melalui Permohonan Ubah Perintah Faraid – Kod 066 biasa atas sebab tertinggal ahli waris, sembunyi ahli waris @ salah pengiraan. ✓ Tiada keperluan untuk memfailkan semakan atas isu di atas. ✓ Rujukan Kes – ✓ Azizurahman Bin Ismail lwn. Omar Yee Bin Abdullah, Kes Mal (Semakan) Wilayah Persekutuan No.: 14000-003-0034-2018. ✓ Noraini Binti Hassan, Kes Mal (Semakan) Melaka No.: 04000- 003-0002-2013. ✓ Ashari Bin Yunus, Kes Mal (Semakan) Selangor No.: 10000-003- 0019-2011. Permohonan Perubahan Perintah Pusaka / Faraid


❖ Arahan Amalan yang terpakai – 2/2022 & rujukan kes – ❖ Md Suhaimi Bin Mahmood lwn. Juliana Binti Mahmood, JH 36 (2). ❖ Harun Bin Mohamad Raus lwn. Masliana Binti Mohd Saem, JH 36 (2). ❖ Re Nor Farah Ain Sahzlin Binti Mohd Zamri, JH 44 (1). ❖ Penafian Nasab ❖ Jika penafian itu tidak dilakukan dalam tempoh masa yang dibenarkan (lian), maka anak tersebut adalah anak yang dinasabkan kepada lelaki itu (suami). ❖ Tempoh - Dalam tempoh 7 hari kelahiran / tempoh nifas (40 hari) – Hanafi, sebaik sahaja mengetahui isteri hamil @ melahirkan anak – Maliki, serta-merta sebaik anak dilahirkan – Syafie. Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab / Ahli Waris Tidak sabit nasab si anak kepada ayahnya melainkan dengan cara perkahwinan yang sah ataupun perkahwinan yang fasid ataupun persetubuhan syubhah ataupun iqrar dengan nasab tersebut. ❖ Keperluan pengesahan nasab berpunca- ✓ Status perkahwinan. ✓ Status kelahiran anak – sah taraf dengan 6B2L. Nasab anak kepada ibunya tetap sabit pada semua keadaan kelahiran sama ada secara syarie atau tidak” ✓ Status anak – anak angkat.


❖ Penilaian kadar adalah berdasarkan takat sumbangan – sek. 122 (2) dan sek. 122 (4). ❖ Prinsip harta sepencarian berdasarkan seksyen 122 EUUKIS – Perolehan harta dalam tempoh perkahwinan @ sebelum perkahwinan yang diusaha sebahagian besar dalam tempoh perkahwinan. ❖ Konsep perolehan harta sepencarian berdasarkan seksyen 122 EUUKIS- ✓ Dalam Tempoh Perkahwinan Dari Usaha Bersama - Sek. 122 (1). ✓ Dalam Tempoh Perkahwinan Dari Usaha Tunggal - Sek. 122 (3). ✓ Sebelum Perkahwinan & Dimajukan Dalam Tempoh Perkahwinan Dari Usaha Tunggal @ Bersama – Sek. 122 (5). Tuntutan Harta Sepencarian ❖ Boleh melaksanakan forensik harta sepencarian. ❖ Arahan Amalan yang terpakai secara khusus – 2/2002, 5/2003, 6/2003, 6/2006, 14/2006, 6/2007, 4/2016 & 8/2021.


✓ Hibah adalah isu ijtihadi dan terdapat perkara khilafiah. ✓ Selagimana hibah tidak ditaqninkan sebagai undang-undang khusus, maka wujudnya ketidakseragaman & ketidaklarasan dalam keputusan yang dikeluarkan. ✓ Mahkamah BERIJTIHAD dengan pandangan Mazhab yang diikuti secara individu dalam memutuskan pertikaian hibah............. TIADA KESERAGAMAN. Tuntutan / Permohonan Pengesahan Hibah ❖ Kewujudan Fatwa Hibah di Negeri Selangor - dibuat pada 12 Januari 2021 dan diwartakan pada 18 April 2021 (pindaan 13 Mei 2021) - Ada 14 perenggan dan 10 sub-topik. ✓ Pewujudan undang-undang khusus hibah di Malaysia pasti berdepan dengan pelbagai rintangan– ➢ Telah wujud mix-law (Sivil vs. Syariah) dalam pelaksanaan hibah sekarang. Ia telah berMUTASI dengan baik dalam sistem perundangan Malaysia. ➢ Keperluan adaptasi satu pandangan mazhab tertentu @ mixmazhab mengikut kesesuaian. Penilaian hibah adalah melalui Rukun Hibah ❖ Enakmen Hibah Negeri Kelantan 2022 - dibuat pada 10 November 2022 dan BELUM dikuatkuasakan - Ada 29 kaedah .


Permohonan Pengesahan Terdapat 6 negeri yang mempunyai undang-undang berkaitan dengan wasiat iaitu – 1. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 (Pindaan 2016). 2. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. 3. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005. 4. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Kelantan) 2009. 5. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Pahang) 2017. 6. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sabah) 2018. Penilaian hibah adalah melalui Rukun Hibah Isu-isu wasiat – ❖ Wasiat kepada ahli waris. ❖ Penentuan kadar 1/3. ❖ Wasiat wajibah.


Tuntutan Pengisytiharan Status Agama ✓ Tuntutan untuk pengisytiharan- ❖ bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam – sek. 49(3)(b)(x); atau ❖ pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya – sek. 49(3)(b)(xi). ✓ Tuntutan dibuat bagi penentuan kelayakan ahli waris yang berhak mewarisi harta Si Mati. ✓ Arahan Amalan yang terpakai secara khusus – 3/2015.


TUNTUTAN KE ATAS HARTA SI MATI ✓ Arahan Amalan No. 7/2022 - Keperluan Menjadikan Semua Ahli Waris Yang Berhak Dan Berkepentingan Sebagai Pihak-Pihak Di Dalam Kes-Kes Yang Melibatkan Tuntutan Ke Atas Harta Si Mati. ✓ Arahan Amalan No. 8/2021 - Keperluan Penyelesaian Kes Harta Sepencarian Terlebih Dahulu Sebelum Perbicaraan Hibah, Wasiat & Pusaka Yang Melibatkan Harta Yang Sama & Pihak Yang Berkepentingan


PERINTAH & PENGHAKIMAN MAHKAMAH SYARIAH ✓ Permohonan Pengesahan Nikah - pengesahan nikah dan pendaftaran nikah. ✓ Tuntutan pengesahan cerai – pengesahan cerai, bilangan talak dan tempoh iddah. ✓ Permohonan Perintah Faraid – penentuan ahli waris dan bahagian ahli waris yang layak diterima. ➢ Permohonan Perubahan Perintah Faraid / Pusaka – pembatalan perintah faraid, penentuan ahli waris dan bahagian ahli waris yang layak diterima. ✓ Permohonan Pengesahan Sabitan Nasab / Ahli Waris – pengesahan sabitan nasab kepada bapa atau sabitan ahli waris. ✓ Tuntutan Harta Sepencarian – pengisytiharan sesuatu harta sepencarian dan bahagian masing-masing. ✓ Tuntutan / Permohonan Pengesahan Hibah – pengesahan hibah. ✓ Permohonan Pengesahan Wasiat – pengesahan wasiat. ✓ Tuntutan Pengesahan Wakaf – pengesahan wakaf. ✓ Tuntutan Pengisytiharan Status Agama – pengisytiharan sama ada seseorang Islam atau bukan lagi seorang Islam atau bukan Islam. KEPUTUSAN


Keputusan - termasuklah perintah atau penghakiman – Seksyen 138 ETMMS ✓ Seksyen 132 ETMMS … “terma sesuatu penghakiman atau perintah…” ✓ Seksyen 135 ETMMS … “tiap-tiap perintah atau penghakiman …” Apa perbezaan perintah penghakiman ?? KEPUTUSAN


PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN / PERINTAH ✓ Penguatkuasaan penghakiman, dsb. bagi pembayaran wang – Seksyen 148 ETMMS a. Perintah sita dan jual; b. Hiwalah; @ c. Pengkomitan ✓ Penguatkuasaan penghakiman bagi pemilikan harta tak alih – Seksyen 149 ETMMS a. Perintah Pemilikan; @ b. Pengkomitan ✓ Penguatkuasaan penghakiman bagi penghantarserahan harta alih – Seksyen 150 ETMMS a. Perintah Perserahan ; @ b. Pengkomitan ✓ Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan – Seksyen 151 ETMMS – Pengkomitan


✓ Peruntukan Khas - Saman Penghutang Penghakiman (SPP) – Seksyen 175 - 185 ETMMS PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN / PERINTAH ✓ Penghinaan Mahkamah – Seksyen 229 ETMMS a. Dalam Mahkamah; @ b. Luar Mahkamah – termasuk tidak melaksanakan perintah Mahkamah


PELAKSANAAN PERINTAH / PENGHAKIMAN Seksyen 154 ETMMS Kebenaran mengeluarkan Perintah Pelaksanaan TIDAK BOLEH dikeluarkan ✓ Jika Perintah / Penghakiman tertakluk kepada apa-apa syarat @ kontingensi; ✓ Jika berlalu 6 tahun Perintah / Penghakiman; ✓ Jika berlaku perubahan disebabkan kematian, serah hak @ selainnya pada pihak yang berhak @ yang boleh dikenakan pelaksanaan; ✓ Jika Pemiutang Penghakiman berhasrat menguatkuasakan penghakiman terhadap mana-mana orang selain Penghutang Penghakiman; ✓ Jika Perintah Pengkomitan masih berkuatkuasa; ✓ Jika Perintah pembayaran secara ansuran masih berkuatkuasa; @ ✓ Jika pelaksanaan telah digantung oleh Mahkamah.


JENIS PELAKSANAAN Berkaitan tindakan oleh BAILIF ✓ Penyitaan & penjualan harta alih Penghutang Penghakiman – Seksyen 159(1)(a) ETMMS. ✓ Menahan harta alih Penghutang Penghakiman yang berada dalam milikan @ kawalan Pihak Ketiga @ hutang yang kena bayar kepada Penghutang Penghakiman (Hiwalah) – Seksyen 159(1)(b) ETMMS. ✓ Penyitaan & menghantarserah apa-apa barang Penghutang Penghakiman – Seksyen 159(1)(c) ETMMS. ✓ Menahan pendapatan Penghutang Penghakiman – Seksyen 159(1)(d) ETMMS.


MASA PELAKSANAAN & PENGUATKUASAAN Seksyen 135 ETMMS - Penghakiman, Dsb. Yang Menghendaki Perbuatan Dilakukan ; MASA UNTUK MELAKUKANNYA “Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, dan jika masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu” Seksyen 147 ETMMS – Kewajipan Mematuhi 1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman supaya melakukan apa-apa perbuatan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan tidaklah perlu disampaikan kepadanya penghakiman itu atau apa-apa notis penghakiman itu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 135(3). 2) Seseorang penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir dan kegagalan mematuhi kehendak subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penghinaan Mahkamah.


MASA PELAKSANAAN & PENGUATKUASAAN Seksyen 135 (3) ETMMS Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu yang diendorskan dengan notis dalam Borang MS 28, telah disampaikan kepadanya Tindakan pelaksanaan & penguatkuasaan hanya wajar dimulakan selepas tempoh 30 hari sesuatu perintah / penghakiman diputuskan, atas sebab – ✓ Rayuan – iaitu 14 hari dari tarikh perintah atau penghakiman tersebut – Sek. 135(3) & sek. 139(4) ETMMS; ✓ Semakan - iaitu 30 hari dari tarikh perintah atau penghakiman tersebut - Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 7/2014 dan sek. 66 & 68 EPAIS (sek. 7 & 14 EMS 2008) ; atau ✓ Kebenaran Merayu– iaitu 30 hari dari tarikh perintah atau penghakiman tersebut - Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 4/2017 dan sek. 67(2) EPAIS (sek. 6(2) EMS 2008).


PERMOHONAN PENETAPAN MASA Seksyen 152 ETMMS Penghakiman / Perintah Menghendaki Melakukan Sesuatu Perbuatan Seksyen 152(1) – ETMMS Jika masa telah ditetapkan – Mahkamah boleh memerintahkan perbuatan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan tersebut 1 2 Seksyen 152(2) – ETMMS Jika masa tidak ditetapkan – Mahkamah boleh memerintahkan perbuatan dilaksanakan dalam 3 tempoh masa yang diperintahkan Permohonan melalui Borang MS 34


Proses Pelaksanaan Penghakiman & Perintah Mahkamah Syariah - Isu 1. Kefahaman terhadap Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) – Pihak Bertikai, Peguam Syarie dan Hakim Bicara) ✓ Kuasa yang diberikan oleh KTN kepada Mahkamah Syariah - Seksyen 421A – pengiktirafan Mahkamah Syariah terhadap seksyen 417 (autoriti am Mahkamah) dan seksyen 420 (pendaftaran perintah perletakhakan (vesting order). ✓ Pihak bertikai / Peguam Syarie gagal mengemukakan prayer yang bersesuaian di dalam pliding / kertas kausa. ✓ Terma perintah / penghakiman tidak selari dengan kehendak KTN – Contoh penggunaan terma peratusan (%). KTN menyatakan dalam syer atau pecahan ½, 1/3, ¼, 1/5 dll.


2. Halangan dalam KTN yang tidak diberi perhatian – Pihak Bertikai, Peguam Syarie dan Hakim Bicara) ✓ Tanah Rezab Melayu. ✓ Tanah Felda – GSA. ✓ Rumah Kos Rendah. ✓ Tanah Pertanian – 1 ekar. ✓ Warganegara. ✓ Daftar Borang 14A selepas kematian. ✓ Status pemilik yang tidak ahliah. ❖ Bawah Umur – Age of majority. ❖ Akal tidak waras. ❖ Janin. Proses Pelaksanaan Penghakiman & Perintah Mahkamah Syariah - Isu


3. Undang-undang yang berdampingan dengan KTN perlu dihadam bersekali undang-undang lain dalam membuat penghakiman perintah. Undang-undang lain yang mengatasi KTN (sek. 4) adalah- ✓ Enakmen Rizab Melayu . ✓ Terengganu Settlement Enacment 1856. ✓ Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967. ✓ Group Settlement Area Act 1960. ✓ Tanah Pemegang Adat. ✓ Tanah Lombong. ✓ Tanah Kesultanan. ✓ Tanah Wakaf@ Baitulmal. Proses Pelaksanaan Penghakiman & Perintah Mahkamah Syariah - Isu


4. Kuasa pelaksana penghakiman / perintah Mahkamah Syariah – kewujudan ?????? ❖ Peranan Pentadbir Tanah terhadap Vesting Order Mahkamah Syariah ✓ Ada yang tidak memberi pengiktirafan – peruntukan seksyen 229 ETMMS (Penghinaan Mahkamah) menunggu digunapakai. ✓ Hanya menerima vesting order dalam situasi pihakpihak yang masih hidup. ✓ Tidak menerima vesting order dalam keadaan yang melibatkan kematian (timbul isu probet). Proses Pelaksanaan Penghakiman & Perintah Mahkamah Syariah - Isu


4. Kuasa pelaksana penghakiman /perintah Mahkamah Syariah ….sambungan ❖ Kuasa Ketua Pendaftar / Pendaftar Mahkamah Tinggi / Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah untuk menandatangani Borang PMT 14A bagi ketika wujud keengganan yang nyata dari mana-mana pihak. ✓ Contoh Pekeliling Pengarah Tanah & Galian Johor – Bil. 12/2019 – suatu INOVASI MADANI yang terbaik. Proses Pelaksanaan Penghakiman & Perintah Mahkamah Syariah - Isu


5. Kenalpasti MAZHAB ANUTAN KLIEN …. ✓ Peguam tak tahu mazhab klien. ✓ Pliding / Dokumen dideraf berlawanan dengan mazhab klien. ✓ Berhujah supaya pertimbangan Mahkamah mengikut mazhab yang dipakai. SYAFIE VS. HANAFI Hanbali Maliki Proses Pelaksanaan Penghakiman & Perintah Mahkamah Syariah - Isu


TANBIH(Peringatan) JANGAN TERLALU TERUJA / SERONOK / GELOJOH DALAM MELAKSANAKAN TUNTUTAN / PERMOHONAN JANGAN LARI DARI MASALAH YANG ANDA SENDIRI LAKUKAN


Daun Selasih Daun Kayu Terima Kasih Thank You Mawardi CM +60192740610 mawardi17


Click to View FlipBook Version