P R A K T I K A L P E N Y E D I A A N D O K U M E N T A S I HIBAH DAN WASIAT PROFESIONAL Oleh: Ahmad Termizi Abdullah
KATEGORI HIBAH Hibah Hartanah Mutlak Pindahmilik Amanah Dengan Syarat ‘Umra Ruqba Dalam Gadaian Bebas Hutang Tunai Mutlak Hibah Amanah TH Ruqba Hibah Takaful Hibah Amanah ASNB
HIBAH BERSYARAT Hibah ‘umra • Penerima hibah memanfaatkan harta hibah selama mana pemberi hibah hidup dan/atau penerima hibah hidup. Hibah ruqba • Pindahmilik harta hibah kepada penerima hibah selepas pemberi hibah meninggal dunia. Jika penerima hibah mati terlebih dahulu, harta hibah kembali kepada pemberi hibah.
AKTA PROFESSION GUAMAN 1976 Seksyen 37(2): Hanya Peguamcara yang berkelayakan menyediakan dokumen berkaitan harta tak alih dan pengamanahan. Seksyen 38: Pengecualian kepada Peguam Negara, Syarikat Amanah, Jabatan Insolvensi, tujuan akademik, perkeranian di firma guaman, dll. Seksyen 37 tidak terpakai untuk dokumentasi wasiat. Sesiapa sahaja dibenarkan untuk menyediakan instrumen wasiat.
AMALAN TERBAIK DOKUMENTASI HIBAH Dokumen Induk Surat Pengisytihar an Hibah Dokumen Tambahan Borang 14A Surat Ikatan Penyerahan Hak Surat Ikatan Amanah Surat Kuasa Wakil
INSTRUMEN HIBAH HARTANAH Hibah Hartanah Mutlak 14A KTN Surat Ikatan Penyerahan Hak Ruqba Pengakuan Ruqba Amanah S. 344 KTN Wakalah Wisoyah Hartanah Dalam Gadaian
DOKUMENTASI HIBAH AMANAH HARTANAH Dokumentasi 1. Suratcara Hibah Amanah Mutlak & 2. Surat Ikatan Amanah Melantik Diri Sendiri (S.344 KTN); atau Melantik Pihak Ketiga (S.344 KTN) 14A KTN; atau Surat Ikatan Penyerahan Hak (hak milik induk)
DOKUMENTASI HIBAH RUQBA Dibuat pada dokumen berasingan selepas selesai ijab kabul tanpa syarat. “Penghibahan Pemberi Hibah ini adalah bersifat ruqba di mana sekiranya Pemberi Hibah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum saya, maka harta-harta hibah tersebut akan hanya dipindahmilik dan ditukarmilik kepada saya sepenuhnya.” “Sekiranya saya meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah, maka harta-harta hibah tersebut akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah secara serta merta dan ditadbirkan sepenuhnya oleh Pemberi Hibah.” “Harta-harta hibah tersebut di atas tidak boleh dituntut oleh mana-mana waris saya kecuali Pemberi Hibah.”
DOKUMENTASI HIBAH HARTANAH DALAM GADAIAN Saya memahami bahawa hibah ini adalah hibah yang dikenali sebagai hibah hartanah dalam gadaian memandangkan Harta Hibah masih tertakluk kepada gadaian kepada Hong Leong Islamic Bank Berhad (No. Syarikat: 686191-W) sebagai pemegang gadaian. Kesahihan hibah ini juga adalah tertakluk kepada pembayaran tebus hutang ke atas Harta Hibah, sama ada melalui bayaran takaful atau apa-apa bayaran bagi pihak Pemberi Hibah ke atas Harta Hibah. Kesediaan pihak pemegang gadaian menerima pembayaran hutang ke atas Harta Hibah hendaklah dianggap sebagai keizinan secara tersirat dari pemegang gadaian terhadap pengisytiharan hibah ini. Dengan penebusan hutang, maka syarat pelaksanaan akad hibah hendaklah dikira sebagai sempurna. Saya telah diterangkan oleh Peguam saya yang menyaksikan akad hibah ini bahawa terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tentang hukum hibah hartanah dalam gadaian. Walau bagaimanapun, selaku penduduk di Selangor, saya berpegang kepada perkara no. 9 dalam Fatwa Hibah Negeri Selangor 2021 yang membenarkan hibah harta dalam gadaian sekiranya ia dilindungi oleh takaful atau mendapat izin dari pemegang gadaian. Saya juga berharap agar semua waris saya menghormati Fatwa Hibah Negeri Selangor 2021 tersebut, dan tidak mempertikaikan kesahihan surat pengisytiharan hibah ini.
HIBAH AMANAH TUNAI 1. Surat Pengisytiharan Hibah 2. Surat Ikatan Amanah 3. Surat Kuasa Wakil
DOKUMENTASI HIBAH AMANAH TUNAI Penerima Hibah melantik Penghibah sebagai Pemegang Amanah Utama bagi harta hibah tersebut bagi pihak Penerima Hibah. Penghibah dengan ini bersetuju dilantik sebagai Pemegang Amanah Utama kepada Penarima Hibah dan Penghibah dengan suci hati dan sukarela menerima untuk dipertanggungjawabkan sebagai Pemegang Amanah Utama kepada Harta demi menjaga kepentingan Penerima Hibah sehingga tempoh matang iaitu kematian Penghibah. ”Pemegang Amanah Utama (penghibah) bersetuju memegang dan mentadbir Harta Hibah tersebut sehingga kematian Pemegang Amanah Utama (penghibah).
DOKUMENTASI HIBAH HARTA SEPENCARIAN Mendapatkan keizinan bertulis daripada pasangan masing-masing terlebih dahulu sebelum dokumentasi hibah boleh disempurnakan. Harta suami isteri adalah harta al-musyak. Pemilikan bercampur tidak boleh dikenalpasti ukuran atau jumlahnya. Syarat milk al-tam pemberi hibah akan dibangkitkan oleh defendan jika hal ini tidak diperhatikan.
HIBAH HARTA SEPENCARIAN Akad & Dokumentasi Disempurnakan Persetujuan Pasangan Direkodkan Surat Kebenaran Deklarasi / Persetujuan Bersama Dapatkan Persetujuan Pasangan (Rundingan) Pasangan Menolak Hak Penentuan Bahagian Harta
KABUL OLEH PENJAGA HARTA Penerima hibah dalam kategori mahjur ‘alaihi. Pelantikan penjaga harta terlebih dahulu sebelum kabul. “Saya dengan ini melantik isteri saya __________ (No. K/P: _________________) sebagai penjaga harta (wali mal) bagi pihak Penerima Hibah untuk menerima Harta Hibah bagi pihak Penerima Hibah.” Isu timbul tentang kes hibah daripada ibu kepada anak yang mana penjaga harta adalah bekas suami.
PENYAKSIAN 2 orang lelaki muslim 1 orang lelaki muslim bersamaan dengan 2 perempuan muslimah Surah an-Nisa’ (4) : 15 “Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari kalangan lelaki kamu. Maka sekiranya tiada dua orang saksi lelaki, cukuplah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari kalangan saksi-saksi yang kamu redhai.”
PENYETEMAN Duti setem ad valorem. S. 16 Akta Setem 1949, pindahmilik kasih sayang dikira sebagai ‘conveyance’ seakan-akan satu jual beli. Pengecualian 100% antara suami isteri, ibu/bapa kepada anak-anak. Tidak disetemkan tidaklah menjadikan dokumen tidak sah, namun tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.
HIBAH TIDAK BOLEH MENGECEWAKAN STATUT Hibah Hartanah Mutlak: Tiada 14A, Tiada Surat Ikatan Amanah, Tiada Perintah Pengesahan Hibah, dll. Hibah Amanah Hartanah: Tiada Pendaftaran S. 344, Tiada Wakalah, Tiada Wisoyah Hibah Tanah Felda tanpa izin Felda. Hibah Hartanah Hak Milik Induk: Tiada Surat Ikatan Penyerahan Hak. Surat Kuasa Wakil secara terus antara pemberi hibah dan penerima hibah. Hibah Hartanah Rezab Melayu kepada bukan melayu. Hibah kepada bukan warganegara yang tidak berkelayakan. Hibah Hartanah Kos Rendah kepada yang tidak berkelayakan. Hibah Tunai KWSP.
DOKUMENTASI WASIAT 1. Tiada wasiat kepada waris. 2. Wasiat kepada waris dengan izin waris. 3. Wasiat kepada waris pada kadar 1/3 walaupun tanpa izin waris.
WASIAT KEPADA WARIS DENGAN IZIN WARIS Walaupun peruntukan di klausa ____ wasiat ini, pemberian dan pembahagian wasiat saya ini hanya akan terpakai dan dilaksanakan selepas kematian saya sekiranya mendapat persetujuan dan keredhaan semua waris-waris saya. Tetapi sekiranya ada di antara waris-waris saya yang menentang pembahagian yang dibuat dalam wasiat ini, maka hendaklah dibahagikan kepada beliau/mereka hak mengikut Hukum Faraid. Sekiranya semua waris saya menentang pembahagian yang dibuat dalam wasiat ini, maka harta saya hendaklah dibahagikan mengikut Hukum Faraid.
WASIAT KEPADA WARIS WALAU TANPA IZIN WARIS Tanpa menafikan hakikat Hukum Faraid sebagai cara pembahagian pusaka yang ditentukan oleh Allah SWT DAN saya sedar perbezaan pendapat ulama’ berkenaan pembahagian secara wasiat kepada ahli waris DAN bersandarkan dan berpegang kepada peruntukan Seksyen 26 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Kelantan) 2009, saya DENGAN INI MEMBERIKAN DAN MEMBAHAGIKAN Satu Per Tiga (1/3) daripada harta pusaka saya setelah ditolak segala perbelanjaan yang dinyatakan di dalam Klausa ____ di atas kepada __________________ (No. K/P: ________________)
PENUTUP Mahir kedua-dua disiplin ilmu. (Peguam ‘dua alam’) Peguam Syarie hendaklah sentiasa bersedia untuk menambah ilmu tentang guaman hartanah. Peguamcara hendaklah sentiasa bersedia untuk menambah ilmu tentang aspek syariah. Kedua-duanya hendaklah saling membantu.