SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Tel.: (603)-89486358 Fax: (603)-89482117
MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK SERI KEMBANGAN
KALI KE – 49
TARIKH : 23 APRIL 2022
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : GOOGLE MEET
PIBG SMKSK Mesyuarat Agung Kali Ke-49
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021/2022
Yang Di Pertua : Datuk Teo Geck Heng, P.J.N, P.M.C
Naib Yang Di Pertua : En. Daniel Lin For Ying
Setiausaha : Pn. Chang Shuh Nyang
Penolong Setiausaha : Pn. Heah Sow Hoon
Bendahari : Pn. Kong Hui Lan
AJK Guru
: Pn. Fang Nyok Lean
AJK Ibu Bapa Cik Low Foo Lin
Pn. Tan Jin Yin
Juruaudit Cik Fong Chee Yen (bersara pada 31/12/21)
Pn. Loo Mei Ling
: En. Wong Yoke Yun
En. Wong Siew Onn
En. Fong Fook Siong
En. Steven Koh Kwee Fook
En. Eric Ng Kah Choong
Pn. Margaret Wong Yiin Siao
: Pn. Nur Hafizah Bt Jaafar (wakil guru)
En. Tan Kian Guan (wakil ibu bapa)
23 April 2022 1
PIBG SMKSK Mesyuarat Agung Kali Ke-49
MESYUARAT AGUNG KALI KE-49
Persatuan Ibu Bapa-Guru
SMK Seri Kembangan
43300 Seri Kembangan
Aturcara Mesyuarat
10.30 pagi : Lagu Negaraku
10.35 pagi : Bacaan Doa
10.40 pagi :
11.00 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh Datuk Teo Geck Heng, P.J.N., P.M.C.
Yang Di Pertua PIBG
Ucapan dan Laporan Pn. Teo Boon Hwa
Pengetua SMK Seri Kembangan
Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada AJK PIBG
Agenda Mesyuarat
1.1 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-48 yang telah dilangsungkan pada 10 April
2021.
1.2 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2021.
1.3 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan 2021.
1.4 Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2021/2022
1.5 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG yang baharu bagi Sesi 2022 / 2023
1.6 Ucapan oleh Yang Di Pertua baru
1.7 Membentang dan membahaskan usul-usul (jika ada)
1.8 Hal-hal lain
1.9 Ucapan Penangguhan
23 April 2022 2
KAWALAN SPSK PK 07/3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SERI KEMBANGAN KALI KE-48
Tarikh : 10 April 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman rumah (Ibu Bapa / Penjaga)
Dewan PIBG (AJK PIBG, AJK Pelaksana dan Pentadbir)
Auditorium PIBG (guru-guru lain)
Pelantar : YouTube / Google Meet
Pengerusi : DATUK TEO GECK HENG, PJN, PMC.
Kehadiran(Bilangan) : 169 orang guru dan 122 orang ibu bapa
Nama Yang Hadir : Rujuk Lampiran
Nama Yang Tidak Hadir : Rujuk Lampiran
Turut Hadir (Jika ada) : --
1. Ucapan Yang Di Pertua PIBG, Datuk Teo Geck Heng, P.J.N., P.M.C.
1.1 YDP selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK hadir ke Mesyuarat
Agung PIBG Tahun 2021. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung kali ini Secara Atas Talian di rumah
kediaman masing-masing.
Tindakan: Makluman
1.2 YDP meengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa
dan berusaha untuk menjayakan dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang dijalankan
sepanjang tahun 2020/2021 secara atas talian.
Tindakan: Makluman
1.3. YDP berharap semua pihak termasuk AJK PIBG, ibu bapa, komuniti tempatan dapat
bekerjasama dalam membangunkan dan menaikkan prestasi dan imej sekolah dari segi
akademik dan kokurikulum.
Tindakan: Makluman
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
3
1.4 Yang Di Pertua PIBG merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan semua
AJK PIBG Sesi 2020/2021.
Tindakan: Makluman
2. Ucapan dan Laporan Pengetua SMKSK, Pn. Teo Boon Hwa
2.1 Pengetua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan para ibu
bapa yang hadir bersama di pelantar YouTube dan Google Meet bagi melangsungkan
Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 mengikut norma baharu iaitu
secara talian dan disempurnakan dengan luar talian menggunakan Telegram. Ucapan
jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG yang telah bertugas sebelum, semasa dan selepas majlis ini berlangsung
pada 10 April 2021. Sumbangan dan komitmen anda menjayakan majlis didahului
dengan jutaan terima kasih.
Tindakan: Makluman
2.2 Pengetua juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang memberi maklum balas
dalam Google Form tentang kehadiran secara dalam talian pada Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke-48. Seramai 199 orang ibu bapa memberi maklum balas akan hadir
secara talian.
Tindakan: Makluman
2.3 Pihak sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga
murid atas sokongan dan penglibatan mereka sepanjang tahun 2020 dalam menjayakan
aktiviti dan program sekolah. Sumbangan mereka yang berbentuk kewangan, khidmat
bantuan dan khidmat nasihat kepada sekolah telah membolehkan sekolah beroperasi
dengan lancar susulan penutupan sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengawal penularan
penyakit Covid-19.
Tindakan: Makluman
2.4 Mengikut arahan bahawa sekolah yang dibawah PKPB, pelaksanaan AGM hanya dapat
dilaksanakan secara dalam talian. Pihak sekolah setelah berbincang dengan AJK PIBG
2020/2021, bersetuju untuk melaksanakan AGM kali ke-48 secara dalam talian pada
bulan April 2021 dan tidak menangguh pelaksanaannya.
Pelaksanaan AGM kali ini adalah berpandukan Garis Panduan yang diberikan oleh
KPM dan mengutamakan pematuhan SOP dan mengikuti Perlembagaan Pertubuhan
PIBG. Mohon kerjasama semua ibu bapa untuk memberi sokongan dan keyakinan
kepada pihak sekolah agar majlis ini dapat berjalan lancar dengan pematuhan SOP
daripada KKM, KPM serta berlandaskan Perlembagaan Pertubuhan PIBG.
Tindakan: Makluman
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
4
2.5 Norma Baharu 2020
2.5.1 PDPR 2020
Sepanjang PKP dan PKPB, pengajaran dan pembelajaran tidak bersemuka
berlangsung secara dalam talian dan luar talian mengikut hari persekolahan
yang ditetapkan oleh KPM. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari rumah dengan
pelbagai kaedah penyampaian dan strategi untuk menggalakkan murid
mengikut pembelajaran. Dapatan data Januari hingga Mac 2021
menunjukkan peratusan murid log masuk mengikut PdPr secara dalam talian
adalah menggalakkan, iaitu sebanyak 70-75%, walaupun kesukaran
mendapat peranti dan data internet merupakan isu dan cabaran bagi
sebahagian murid-murid SMKSK.
Jutaan terima kasih juga kepada semua ibu bapa/penjaga murid yang
mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak mereka dengan
memastikan anak-anak mereka melaksanakan Pentaksiran Akhir Tahun 2020
pada bulan November 2020 apabila sekolah ditutup susulan Perintah
Pergerakan Kawalan Pemulihan (PKPP) yang bermula Oktober 2020.
Didapati 86.3% murid kelas peralihan , 95.27% murid Tingkatan 1, 93.0%
murid Tingkatan 2, 94.85% murid Tingkatan 3 dan 94.38% murid Tingkatan
5 telah mengambil dan menyerah skrip jawapan.
Pelibatan Ibu Bapa/ Penjaga melalui PIBG dan KSIB dapat meningkatkan
kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19. Ramai
ibu bapa di SMKSK telah memantau pembelajaran anak-anak di rumah,
menghantar buku latihan/ kerja rumah serta penyerahan dan pengambilan
buku teks sekolah.
2.5.2 Kokurikulum 2020/Sukan 2020
Dalam bidang kokurikulum, banyak kejayaan dicapai dari Januari-Mac 2020
dan semasa PKP dan PKPB dari April hingga November 2020. Kejayaan
sepanjang tahun adalah seperti berikut: Kejohanan Badminton MSSD dan
MSSS, Olahraga MSSD, Bola Tampar MSSD dan MSSS, Gimrama MSSD
dan MSSS, Kejayaan Kadet Polis, Pasukan St. John Ambulans, Pertandingan
Kaligrafi Cina, Penulisan Kreatif Bahasa Cina, Pertandingan Komputer
dalam Beaver Computational Thinking Competition, National Scratch
Competition, Singapore dan Asian Schools Maths Olympiad, Singapore
International Mathematics Olympiad (SASMO), Kuiz Sejarah Perdana.
Ucapan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga murid berkenaan kerana
berjaya membimbing anak-anak mereka ke arah kejayaan.
Banyak aktiviti sukan dan kokurikulum juga telah dijalankan secara tidak
bersemuka melalui pautan Google Meet dari bulan Oktober hingga Disember
2020 kerana SOP pandemik COVID-19.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected] 5
2.5.3 HEM 2020
Sepanjang 2020 hingga March 2021, Unit HEM telah memainkan peranan
secara aktif menangani isu-isu disiplin, menghasilkan kemenjadian murid
dan pemupukan sahsiah unggul dalam kalangan murid. Usaha diambil secara
berterusan membantu murid dan keluarga murid yang kehilangan punca
pendapatan dan masalah kewangan kesan daripada PKP dan PKPB. Ucapan
terima kasih kepada penyumbang-penyumbang individu, ibu bapa murid,
AJK PIBG, Ahli Majlis MBSJ dan NGO seperti One United dan Alice Smith
International School.
Tindakan: Makluman
2.6 Cabaran dan isu utama yang dihadapi oleh sekolah dan masih berlanjutan sehingga
hari ini ialah enrolmen murid yang sangat tinggi justeru menjadi sekolah yang paling
padat di Petaling Perdana.
Tindakan: Makluman
2.7 SMK Seri Kembangan adalah sekolah yang 100% dalam Dual Language Program
(DLP) untuk mata pelajaran Sains dan Matematik di semua tingkatan. Namun
demikian, tahap penguasaan Bahasa Inggeris oleh murid masih rendah. Tahap
penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam kalangan murid perlu
dipertingkatkan.
Tindakan: Makluman
2.8 Cabaran – Kesesakan lalu lintas, kekurangan bilik darjah, kekurangan guru,
pembaikan dan naik taraf prasarana sekolah, kekurangan prasarana asas.
Statistik Murid 2019-2021
Tahun Bilangan Kelas Sesi Pagi Sesi Petang Jumlah Murid
2019 94 49 45 3492
2020 95 49 46 3563
2021 93 49 44 3607
Tindakan: Makluman
2.9 Kerjasama, komitmen dan penglibatan ibu bapa yang berterusan adalah penting dan
dapat membantu dalam pengoperasian sekolah. Penglibatan ibu bapa dalam Sarana
Ibu Bapa adalah sekitar 75%.
Tindakan: Makluman
2.10 Ucapan terima kasih kepada PIBG 2020/2021 yang dipimpin oleh Datuk Teo, bekas
murid dan ibu bapa yang sentiasa membantu semasa PKP, PKPB dan PKPP
sepanjang tahun 2020.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
6
Sumbangan-sumbangan PIBG :
2.10.1 Pembaikan dan naiktaraf bilik darjah di Blok B yang berumur 56 tahun
2.10.2 Water Dispenser (sumbangan En. Wong Yoke Yun dan En. Wong Siew Onn)
untuk kegunaan pelajar-pelajar di Dataran Ilmu.
2.10.3 Printer (sumbangan PIBG)
- untuk kegunaan guru-guru di bilik guru
- dibeli oleh SU PIBG sebelum PKP dan dipasang di bilik guru oleh
Cik Hong Jinghann pada 14 Julai 2020.
2.10.4 Bantuan kepada 10 keluarga yang miskin sewaktu PKP pada bulan Mei
(sumbangan PIBG dan Unit Bimbingan & Kaunseling)
2.10.5 Penyerahan Barangan Keperluan Wabak Covid-19 (sumbangan Alumni
Association) kepada pihak sekolah pada 13 Julai 2020
i. Face Mask – 260 boxes
ii. Disinfectant – 2 units
iii. Fogging Machine – 2 units
iv. Fogging Liquid – 2 units
v. Hand Sanitiser Stand – 2 units
2.10.6 Projek keceriaan sekolah [sumbangan Wong Yoke Yun (RM3600),
Koh Liang Tian (RM1300), Lew Chee Wei (RM1300), Ho Choo Khiang
(RM1300) dan Chin Kei Yun (RM1000).
2.10.7 Bantuan untuk pembangunan sekolah yang melibatkan kerja-kerja
penyelenggaraan bumbung Kabin A, Kabin B dan Kabin C (sumbangan
Wong Siew Onn, Kan Wing Hoong dan Chin Chee Onn )
2.10.8 40 kotak face mask (sumbangan En. Daniel Lin For Ying, Naib YDP PIBG)
kepada pelajar yang berkeperluan yang dipilih oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling.
2.10.9 100 kotak face mask (sumbangan En. Wong Yoke Yun, AJK PIBG dan
En. Koh Liang Tian, Alumni SMKSK) kepada pelajar-pelajar yang
berkeperluan.
Tindakan: Makluman
3. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-47 yang telah dilangsungkan pada
22 Februari 2020
3.1 Penasihat PIBG, Pn. Teo Boon Hwa telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG Kali Ke-47 bagi Sesi 2020/2021.
Tindakan: Makluman
3.2 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-47 telah disahkan dengan pindaan oleh En. Steven
Koh Kwee Fook dan disokong oleh En. Low Kuet Leong.
Tindakan: Makluman
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected] 7
4. Membentang Dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020
4.1 Pn. Chang Shuh Nyang, selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan
Aktiviti Tahunan PIBG 2020.
Tindakan: Makluman
4.2 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG telah disahkan oleh Pn. Er Yann Sin dan disokong
oleh Pn. Vivien Leong.
Tindakan: Makluman
5. Membentang Dan Menerima Laporan Bendahari 2020
5.1 Pn. Kong Hui Lan, selaku Bendahari PIBG telah membentangkan Laporan Penyata
Kewangan yang berakhir pada 28 Februari 2021.
Tindakan: Makluman
5.2 Pn. Punitha A/P Ganesan mengesahkan Laporan Penyata Kewangan bagi tahun 2020
dan disokong oleh Pn. Chia Siang Thing.
Tindakan: Makluman
6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2020/2021
6.1 Yang Di Pertua dengan rasminya mengumumkan pembubarkan Jawatankuasa PIBG
bagi sesi 2020/2021.
Tindakan: Makluman
7. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
7.1 Perlantikan AJK PIBG sesi 2021/2022 dijalankan melalui Google Form. Link
pengundian telah diberi dalam WhatsApp Grup Ibu Bapa yang hadir dalam Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG 2021, YouTube dan Grup Telegram Guru-guru. Masa
pengundian yang diberikan adalah selama 10 minit.
Tindakan: Makluman
7.2 Perlantikan AJK PIBG Sesi 2021/2022 adalah seperti berikut:
Penasihat : Pn. Teo Boon Hwa
Datuk Teo Geck Heng, PJN, PMC
Yang Dipertua PIBG : En. Daniel Lin For Ying
Pn. Chang Shuh Nyang
NYDP PIBG : Pn. Kong Hui Lan
Pn. Fang Nyok Lean
Setiausaha Kehormat : Cik Low Foo Lin
Pn. Tan Jin Yin
Bendahari Kehormat : Cik Fong Chee Yen
Pn. Loo Mei Ling
AJK (guru) :
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
8
AJK (ibu bapa) : En. Wong Yoke Yun
En. Fong Fook Siong
En. Wong Siew Onn
En. Steven Koh Kwee Fook
En. Ng Kah Choong
Pn. Margaret Wong Yiin Siao
Juruaudit : Pn. Nur Hafizah Bt Jaafar (wakil guru)
En. Tan Kian Guan (wakil ibu bapa)
Tindakan: Makluman
8. Ucapan Yang Di Pertua Baharu 2021
8.1 Datuk Teo Geck Heng, PJN, PMC, Yang Di Pertua baharu mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru dan ibu bapa kerana masih menyokong dan memilih beliau sebagai
YDP PIBG bagi tahun 2021/2022. Beliau berjanji akan terus memberi sumbangan dan
berusaha memajukan SMK Seri Kembangan. YDP PIBG juga mengucapkan tahniah
kepada semua AJK PIBG yang baharu dilantik.
Tindakan: Makluman
8.2 Beliau berharap agar jalinan kerjasama antara AJK PIBG, warga sekolah dan ibu bapa
bertambah erat pada tahun ini serta dapat menjadikan PIBG sebagai wadah dan
platform antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
Tindakan: Makluman
8.3 Beliau juga berharap semua warga SMK Seri Kembangan akan terus mencipta
kejayaan yang lebih gemilang sekaligus menaikkan nama baik sekolah.
Tindakan: Makluman
9. Membentang dan Membahaskan Usul-usul
9.1 Pengetua mengucapkan tahniah kepada Datuk Teo Geck Heng kerana berjaya
mendapat sokongan padu daripada guru-guru dan ibu bapa serta mendapat undian
majoriti sebagai Yang Di Pertua PIBG Sesi 2021/2022.
Tindakan: Makluman
9.2 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2020 kerana telah
memberikan sokongan yang penuh kepada pihak sekolah.
Tindakan: Makluman
9.3 Pengetua membentangkan 3 usul untuk kelulusan dalam Mesyuarat Agung PIBG 2021.
3 usul itu adalah seperti berikut:
9.3.1 Mengekalkan Sumbangan PIBG 2021 sebanyak RM100 sekeluarga.
Sebagai makluman , pengutipan sumbangan RM100 ini telah diluluskan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada tahun 2020. Daripada sumbangan ini,
RM70 adalah untuk membiayai aktiviti-aktiviti di sekolah manakala RM30
adalah untuk menanggung kos pengurusan e-disiplin, e-perpustakaan,
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
9
9.3.2 bayaran guru ganti dari luar serta elaun tambahan bagi pekerja-pekerja
9.3.3 pembersihan sekolah.
Mengutip bayaran majalah sekolah sebanyak RM15 sekeluarga.
Memohon kebenaran dan sokongan ibu bapa terhadap penggunaan buku kerja
bagi mata pelajaran yang memerlukannya.
Usul-usul di atas diterima dan disokong dengan sebulat suara oleh semua yang
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 2021.
Tindakan: Makluman
10. Hal-hal Lain
10.1 En. Choo Choon Chait bertanya tentang isu kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah.
Pengetua memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibangkitkan oleh ibu bapa di
Google Meet. Pihak sekolah telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah
lalu lintas di hadapan sekolah.
Tindakan: Makluman
10.2 Pn. Chong Lei Mei bertanya tentang tetapan jalan satu hala di depan pintu sekolah.
Pengetua mengatakan bahawa ini memerlukan kerjasama ibu bapa mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Gambar dan tindakan akan
diambil terhadap ibu bapa yang tidak mematuhi peraturan jalan satu hala di depan pintu
sekolah.
Tindakan: Makluman
10.3 Dalam Google Meet, En. Low Kuet Leong mencadangkan bahawa pihak sekolah
mengupah RELA untuk mengawal keadaan lalu lintas di depan sekolah.
Pengetua memberi penerangan bahawa pihak sekolah sedang berbincang dengan pihak
polis untuk menghantar polis ke sekolah pada masa tengahari untuk mengawal
kesesakan lalu lintas di hadapan pintu sekolah.
Tindakan: Makluman
10.4 En. Low Kuet Leong bertanya samada pihak sekolah boleh menambah keselesaan
dalam kelas dengan membuat penambahbaikan di dalam bilik darjah, contohnya
dengan menambahkan bilangan kipas. Ini adalah kerana kipas yang dipasang pada
tahap 5 pun sebenarnya berpusing pada tahap 1 sahaja.
Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membaiki kipas-kipas di Blok B
dan akan diteruskan ke blok-blok yang lain. Selain kipas, penyelenggaraan lampu,
pintu dan tingkap juga dilaksanakan.
Tindakan: Makluman
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
10
10.5 Pn. Chong Lai Ping bertanya tentang penyelenggaraan laci meja yang rosak.
Pengetua memberi penjelasan bahawa meja murid memang tidak ada laci untuk
menyimpan barangan mereka. Walau bagaimanapun, kemudahan loker boleh
disediakan tetapi perlu disewa dan dibuat bayaran.
Tindakan: Makluman
10.6 Pn. Joyce Evelyn bertanya tentang kelas-kelas terapung. Menurut beliau, isu ini
berlanjutan daripada tahun lepas disebabkan oleh pengambilan murid yang terlalu
ramai oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana (PPD PP). Beliau
mencadangkan bahawa pihak sekolah memaklumkan kepada PPD PP tentang
kekurangan bilik darjah untuk menampung murid-murid yang ramai ini. Beliau juga
berkata disebabkan kekurangan bilik darjah, 7 daripada 19 buah kelas tingkatan 3 yang
sepatutnya berada di sesi pagi telah ditempatkan di sesi petang. Ini menyebabkan
banyak rungutan daripada ibu bapa.
Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berbincang dengan PPD PP,
tetapi bilangan murid setiap tahun masih tidak berkurang. Beliau juga menegaskan
bahawa bilangan bilik darjah sememangnya tidak mencukupi untuk menempatkan
semua murid tingkatan 3 di sesi pagi. Selain itu, pihak sekolah tidak boleh menolak
murid-murid yang dihantar oleh PPD PP. Pengetua memaklumkan bahawa PPD PP
boleh menerima pandangan ibu bapa melalui surat-menyurat. Jadi ibu bapa boleh
berhubung dengan PPD PP secara bertulis untuk menyuarakan pandangan mereka
terhadap isu ini.
Tindakan: Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.20 tengah hari.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
…………………… …………………………………… …………………
Chang Shuh Nyang Datuk Teo Geck Heng, P.J.N, P.M.C. Teo Boon Hwa
Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG Penasihat PIBG
SMK Seri Kembangan SMK Seri Kembangan SMK Seri Kembangan
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02
01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected] 11
PIBG SMKSK Mesyuarat Agung Kali Ke-49
Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 2021/2022
Bil Nama AJK 24/04/2021 10/12/2021 08/04/2022 Jumlah
/ / / 3/3
1 Pn. Teo Boon Hwa
Pengetua - Penasihat
2 Datuk Teo Geck Heng, PJN, PMC / / / 3/3
Yang Di Pertua
3 En. Daniel Lin For Ying / / / 3/3
Naib Yang Di Pertua
4 Pn. Chang Shuh Nyang / / / 3/3
Setiausaha
5 Pn. Heah Sow Hoon - / / 2/2
Penolong Setiausaha
6 Pn. Kong Hui Lan / / / 3/3
Bendahari
7 Cik Fong Chee Yen / / - 2/2
AJK
8 Pn. Fang Nyok Lean / / / 3/3
AJK
9 Cik Low Foo Lin / / / 3/3
AJK
10 Pn. Tan Jin Yin / / / 3/3
AJK
11 Pn. Loo Mei Ling / / / 3/3
AJK
12 En. Wong Yoke Yun / / / 3/3
AJK
13 En. Wong Siew Onn / / / 3/3
AJK
14 En. Fong Fook Siong / / 0 2/3
AJK Bersebab
15 En. Steven Koh Kwee Fok / / / 3/3
AJK
16 En. Eric Ng Kah Choong / 0 / 2/3
AJK Bersebab 2/3
17 Pn. Margaret Wong Yiin Siao / 0 /
AJK Bersebab
Disediakan oleh, 12
_____________________
(CHANG SHUH NYANG)
Setiausaha PIBG
SMK Seri Kembangan
23 April 2022
PIBG SMKSK Mesyuarat Agung Kali Ke-49
LAPORAN PIBG SMKSK 2021
PIBG SMK Seri Kembangan telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-48 pada 10 April 2021 jam
10.00 pagi dengan kaedah Hybrid iaitu gabungan di antara rumah kediaman (ibu bapa @ penjaga murid),
Dewan PIBG (AJK PIBG, AJK Pelaksana dan Pentadbir) dan Auditorium (guru-guru lain). Selain itu,
Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 secara atas talian ini telah dijalankan secara Sesi Live Streaming melalui
Pelantar Youtube dan Google Meet, disempurnakan dengan luar talian menggunakan WhatsApp dan Telegram.
Dalam mesyuarat tersebut, pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi Sesi 2021/2022 telah diadakan.
Datuk Teo Geck Heng, PJN, PMC mendapat sokongan kuat daripada majoriti hadirin dan sekali lagi
memegang teraju pimpinan PIBG SMKSK. Naib Yang Di Pertua pula dimenangi oleh En. Daniel Lin.
Bagi membolehkan aktiviti PIBG berjalan lancar, beberapa Biro telah dibentuk seperti di bawah:
1 Biro Kokurikulum : i Pn. Tan Jin Yin (K)
ii En. Wong Siew Onn
2 Biro Perhubungan Luar : i En. Ng Kah Choong (K)
ii Pn. Chang Shuh Nyang
3 Biro Disiplin : i Cik Low Foo Lin (K)
ii Pn. Loo Mei Ling
4 Biro Pembangunan Sekolah : i En. Daniel Lin (K)
ii En. Steven Koh Kwee Fook
iii En. Fong Fook Siong
5 Biro Kebajikan Pelajar : i En. Wong Yoke Yun (K)
ii Pn. Fang Nyok Lean
6 Biro Kewangan : i Datuk Teo Geck Heng (K)
ii En. Daniel Lin
iii Pn. Kong Hui Lan
iv Pn. Heah Sow Hoon
v En. Wong Yoke Yun
7 Biro Akademik : i Pn. Margaret Wong Yiin Siao (K)
ii Pn. Chang Shuh Nyang
Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali setahun seperti tarikh berikut:
Mesyuarat PIBG Kali Pertama : 24 April 2021
Mesyuarat PIBG Kali Kedua : 10 Disember 2021
Mesyuarat PIBG Kali Ketiga : 8 April 2022
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) sebagai tindakan
pencegahan telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19)
mulai 1 Jun 2021 hingga 2 Julai 2021. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan
mulai 3 Julai hingga 16 Julai 2021. Manakala Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan PPN Fasa 2 telah
dilaksanakan mulai 17 Julai dan 11 September 2021. Semua institusi pendidikan di Malaysia adalah ditutup
semasa PKP, PKPD dan PPN Fasa 1 dan PPN Fasa 2.
Susulan PKP akibat pandemik COVID-19 12 Mei 2021, semua pelajar di sekolah rendah dan
menengah hanya menggunakan pendekatan “Home-Based Learning” bagi meneruskan pembelajaran. Majlis
Penyerahan Laptop atas sumbangan Alice Smith International School telah diadakan pada 5 Mac 2021. 14
orang murid yang terpilih oleh Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) telah diberikan Laptop Apple untuk
mengikuti PdPr online di rumah.
23 April 2022 13
PIBG SMKSK Mesyuarat Agung Kali Ke-49
Majlis Perasmian Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 8 April 2021. YDP PIBG, Datuk Teo,
NYDP PIBG dan En. Daniel Lin ttelah dijemput untuk merasmikan Perpustakaan SMKSK. Program Cerdik
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Penyerahan Peranti Komputer Secara Drive-Thru telah
diadakan pada 17 Jun 2021. Murid-murid Tingkatan 3 dari keluarga miskin yang terpilih oleh KPM menerima
Ipad untuk mengikuti Kelas Online di rumah.
PIBG telah bekerjasama dengan UBK supaya membantu keluarga yang miskin sewaktu tempoh PKPD.
Penyerahan Barang-barangan Makanan Food Bank SMKSK telah diadakan pada 15 ~ 17 Julai 2021. Sebanyak
155 buah keluarga telah dipilih untuk menerima barangan makanan di Kedai Ubat Fook Yau Sdn Bhd dari
pukul 1.00 hingga 5.00pm. Sumbangan barang-barang makanan untuk keluarga miskin tersebut adalah YDP
PIBG Datuk Teo, NYDP PIBG En. Daniel Lin, AJK PIBG En. Wong Yoke Yun, En. Huang Guan Xiu dan
En. Raymond Chin.
Perjumpaan dengan Ibu Bapa / Penjaga Murid Tingkatan 5 bersama Pengetua dan AJK PIBG telah
diadakan di Google Meet pada 27 Ogos 2021. Tujuan diadakan program tersebut adalah meningkatkan
kesedaran ibu bapa tentang tanggungjawab dalam memastikan murid belajar dan sentiasa mengikuti Kelas
PDPR serta peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memantau persediaan murid untuk menduduki
SPM.
PIBG telah menyediakan cenderahati dan hadiah untuk guru yang bersara berdasarkan bilangan tahun
yang mereka berkhidmat di SMKSK dan jawatan atau tugas yang mereka pegang. Majlis Persaraan yang
sempat diadakan pada tahun 2021 adalah seperti berikut:
(a) Majlis Persaraan Penolong Kanan KoKurikulum, Pn. Hajjah Norizah (23 April 2021)
(b) Majlis Persaraan Cik Fong Chee Yen (10 Disember 2021)
(c) Majlis Persaraan Pn. Cho Choon Hwa (1 April 2022)
Majlis Penyampaian Cenderahati telah diadakan untuk 3 orang guru yang telah lama berkhidmat di
SMK Seri Kembangan dan bersara sewaktu PKP pada 8 Disember 2021, iaitu Pn. Shuguna (15 tahun), Pn.
Sarimah (32 tahun) dan Pn. Liew Choong Ying (18 tahun).
Aktiviti-aktiviti kokurikulum merupakan sesuatu yang penting dalam proses pembelajaran para pelajar.
Memandangkan hakikat ini, PIBG telah menyumbangkan sebahagian daripada perbelanjaan kepada persatuan ,
kelab dan badan unit beruniform sekolah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti mereka seperti kem dan lawatan
sambil belajar. Akan tetapi, banyak aktiviti yang telah dirancang sudah dibatalkan sewaktu tempoh PKP dan
PKPD.
PIBG juga sentiasa menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Majlis Perasmian
Pusat Sumber. Selain itu, aktiviti secara atas talian juga turut disertai AJK PIBG untuk menjalinkan hubungan
yang baik dengan pihak sekolah seperti RIMUP Tahun Baru Cina, RIMUP Hari Raya dan Hari Guru, Majlis
Apresiasi PDPR SMKSK, Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM, RIMUP Deepavali dan Hari Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum.
PIBG sentiasa berusaha ke arah kemajuan sekolah. Diharapkan para ibu bapa dan guru dapat
memberikan sokongan dan kerjasama kepada PIBG untuk sama-sama merealisasikan wawasan PIBG. Sekian,
terima kasih.
Disediakan oleh, 14
___________________
CHANG SHUH NYANG
Setiausaha PIBG
SMK Seri Kembangan
23 April 2022
15
16