BAB 2 :
PENGELUARAN
2.1 SKOP DAN PERANAN PENGELUARAN
FZ/SMKKID
2.1.1 DEFINISI & PERANAN
DEFINISI PENGELUARAN :
• Pengeluaran ialah suatu fungsi perniagaan yang mengubah input
untuk menghasilkan output sama ada barang atau perkhidmatan
melalui aktiviti penambahan nilai.
• Setiap reka bentuk produk yang dihasilkan akan menentukan prestasi
kemajuan sesebuah perniagaaan.
• Pengurusan pengeluaran merupakan pelaksanaan aktiviti pengurusan
yang terdiri daripada perancangan , pengendalian , pengawalan dan
penyenggaraan sesuatu operasi bagi tujuan menghasilkan barang dan
perkhidmatan yang memerlukan penglibatan semua pihak di dalam
organisasi.
Menghasilkan Memenuhi
barang & kehendak &
perkhidmatan keperluan
PERANAN Memaksimumkan
PENGELUARAN : keuntungan
Penukaran input
kepada output
Menghasilkan barang dan perkhidmatan
• Pengeluaran berperanan menghasilkan barang dan perkhidmatan mengikut standard
kualiti yang telah ditetapkan.
Penukaran input kepada output
• Pengeluaran merujuk operasi sesebuah organisasi yang melibatkan penukaran input
kepada output.
• Apabila sesuatu operasi berjalan seperti yang dirancang , input akan melalui proses
tranformasi untuk menghasilkan output.
Memenuhi kehendak & keperluan
• Output yang dihasilkan pula terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang akan
dipasarkan kepada pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
• Pengeluaran melibatkan aktiviti mengeluarkan mencipta dan menyiapkan bahan
mentah atau memberi perkhidmatan untuk memuaskan keperluan pengguna.
Memaksimumkan keuntungan
• Pengeluaran berperanan memaksimumkan keuntungan organisasi dengan
meminimumkan kos pengeluaran tanpa menjejaskan kualiti produk yang
dikeluarkan.
EVOLUSI PENGELUARAN
• 1. REVOLUSI INDUSTRI
• 2. PENDEKATAN SAINTIFIK
• 3. HUBUNGAN MANUSIA
• 4.PENYELIDIKAN OPERASI
• 5. KUALITI
• 6. GLOBALISASI
• 7. REVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [ ICT]
2.1.2 EVOLUSI
[ BERMULA DENGAN REVOLUSI INDUSTRI – HUBUNGAN MANUSIA]
Evolusi industri :
• 1760-an : Revolusi perindustrian di
England
• James Watt - mencetuskan idea baharu
dalam pengeluaran melalui penciptaan
enjin stim.
• 1776-an
• Adam Smith – mengutarakan konsep
pembahagian kerja kepada unit yang
lebih khusus dalam sesebuah organisasi.
Pendekatan saintifik
• 1790 :
• Eli Whitney – penciptaan mesin
baharu yang mempunyai gantian.
• 1911 :
• Frederick W.Taylor –
memperkenalkan prinsip
pengurusan saintifik.
• Objektif utama : memaksimumkan
kekayaan majikan yang boleh
digunakan untuk meningkatkan
taraf hidup pekerja
• Kaedah pembayarn upah
mengikut jumlah keluaran
Hubungan manusia :
• 1930
• Elton Mayo – menjalankan kajian
Hawthorne yang membawa kepada
kewujudan Pendekatan Hubungan
Kemanusiaan.
• Bekerja dalam berkumpulan dan
berpendapat, manusia akan
bekerjasama apabila keperluan social
mereka dipenuhi
• 1939
• Roethlisberger dan Dickson –
menyambung Kajian Hawthorne
berpandukan arahan yang telah diberi
oleh Mayo.
Soalan tahun tahun lepas
1. BERIKAN EMPAT EVOLUSI PENGELUARAN [4] – STPM 2020
2. BERIKAN MAKSUD PENGURUSAN PENGELUARAN DA NYATAKAN
3 PERANANNYA KEPADA ORGANISASI PERNIAGAAN [ 4]- STPM
2018