Kalaulah Aku
Seekor
Rama-Rama
KISAH IBU DAN ANAK
ASIF AUZA'I
Maryam, nama seorang gadis kecil
yang sedang berteduh di bawah pokok
renang berdekatan taman bersama
ibunya, terlihat pada wajahnya murung
dan sedih. Sebagai anak yang sentiasa
riang dan mudah tersenyum setiap
masa, kesedihan ini menimbulkan
kerisauan di dalam hati sang ibu.
Ketika asyik menikmati roti sardin
buatan ibunya di bawah pokok, tiba-
tiba seekor rama-rama berwarna biru
berbintik emas bercampur hitam,
hinggap di atas bunga yang indah lalu
menghisap madu dari benang-benang
sari didalamnya. Rama-rama itu
sesekali membuka dan menutup
sayapnya yang menawan telah
menyebabkan Maryam merasa teruja
dan takjub melihatnya.
“Umi tengok tu, rama-rama itu sangat
cantik kan umi”, kata Maryam.
Wajahnya yang sebelumnya suram
berubah menjadi riang dan seakan rasa
gelisah yang dirasakannya terbawa
oleh tiupan angin sejuk petang di
taman. “Betul Maryam, rama-rama itu
sangat cantik”, balas ibunya sambil
berusaha terpukau supaya Maryam
tidak lagi bersedih apabila teringat
tentang ayahnya yang berjanji untuk
pulang pada hari ini tetapi tidak
dipenuhi.
“Maryam pun nak jadi rama-rama umi
agar Maryam bisa terbang ke tempat
kerja ayah untuk menjemput ayah
pulang”, ucap Maryam sambil meniru
gaya rama-rama terbang dengan
merentang dan mengepakkan
tangannya agar bisa terbang.
Sang ibu mengusap kepala anaknya
dengan kasih sayang sambil berkata
dengan lemah lembut, “Anakku sayang,
jika kamu ingin menjadi seekor rama-
rama, maka kamu harus menjadi ulat
dulu”, katanya sambil menunjuk sebuah
bunga yang telah diserang hama ulat
yang berwarna gelap sebesar jari
manis. Terdapat juga beberapa darinya
sudah menjadi kepompong yang
tergantung di daun-daun pokok bunga.
"Ulat itu sangat menjijikkanlah umi, INFO
Maryam tidak mahu menjadi ulat!”, ucap RINGKAS
Maryam sambil menunjukkan riak wajah
jijik apabila melihat ulat-ulat tersebut. Metamorfosis
merupakan proses
“Maryam anakku, ulat itu tidak jijik jika biologi yang berlaku
kita tidak menganggap haiwan itu pada kitaran hidup
menjijikkan. Bahkan, jika kita melihat sesuatu organisma yang
pada sudut berbeza, warna ulat itu melibatkan perubahan
terlihat menarik dan cantik bukan?. struktur badan secara
Badan gemuknya juga terlihat comel”. mendadak melalui
pertumbuhan dan
“Oh, begitu ya umi”. pembezaan sel.
“Betul anakku, lihat ulat itu, cantikkan! Sebilangan serangga,
Rama-rama itu mempunyai sayap yang amfibia, moluska dan
cantik apabila sudah bermetamorfosis”. krustasea melalui proses
metamorfosis yang
”Umi, metamorfosis itu apa?” melibatkan perubahan
“Metamorfosis adalah peralihan bentuk, pada habitat atau
ukuran, berserta bagian-bagian tubuh tingkah laku
haiwan dari satu fasa ke fasa selanjutnya.
Contoh haiwan yang mengalami Seekor pepatung
metamorfosis adalah rama-rama, lipas, sedang melakukan
dan nyamuk.” ekdisis terakhirnya,
bermetamorfosis
daripada bentuk
nimfanya
“Tapi umi, macam mana ulat boleh bertukar menjadi
rama-rama yang bersayap?” soal Maryam sambil
memandang semula rama-rama yang masih
menghisap madu di mahkota bunga. "Apabila
haiwan bermetamorfosis, ia berubah dalam rupa dan
bentuk yang lain selepas dilahirkan atau menetas. Ini
bermakna bentuk badan haiwan itu apabila dewasa
adalah sangat berbeza daripada bentuk badan
ketika dilahirkan."
"Umi, bolehkah Maryam berubah seperti rama-
rama?", tanya Maryam dengan perasaan teruja.
"Tentu boleh sayang, kelak Maryam akan membesar
menjadi seorang gadis yang cantik, secantik rama-
rama apabila dewasa. Ada sifat-sifat dan teladan
yang baik, serta menjadi seorang yang penyabar,
kuat dan menyayangi binatang”.
Setelah mendengar penjelasan ibunya, Maryam mula
faham jika ulat mahu menjadi rama-rama, ulat perlu
sabar menunggu sehingga dewasa, berpuasa dalam
kepompongnya untuk jangka masa yang lama, dan
ikhlas apabila diejek jika badannya tidak sempurna.
“Tapi Maryam tetap tak nak jadi ulat, Maryam cuma
nak jadi manusia,” katanya dengan nada lemah
bercampur duka kerana keinginannya untuk terbang
bebas seperti rama-rama tidak kesampaian
Maryam rindu ayah umi! Boleh tak kita jemput ayah
tanpa sayap?" sambungnya sambil merenung langit
mendung di kejauhan.
"Ya sayang! Kalau kita naik kapal terbang," kata
ibunya sambil memandang ke langit.
"Tapi kenapa ayah belum sampai dengan kapal
terbang. Kapal terbang apa yang tak boleh terbang
sepantas rama-rama, umi" tanya Maryam sambil
memandang ibunya.
Tiba-tiba angin bertiup dan menyentuh pipi mereka
dengan lembut. Daun-daun mula berguguran,
seolah-olah angin sedang membisikkan sesuatu.
Tidak lama kemudian, suara panggilan kedengaran,
memotong pandangan masing-masing.
“Assalamualaikum Puan Aliya...” sambil menangis
ibu Maryam lalu memeluk anaknya dengan erat, air
matanya membasahi pipi.
Entah kenapa, Maryam turut berasa sedih, tetapi dia
tidak boleh menangis
“Umi, umi kenapa?, kenapa umi menangis?” tanya
Maryam dengan mata yang mulai berkaca-kaca.
“Jom Maryam, kita akan jemput ayah di lapangan
terbang” sambil mengelap air matanya, lalu Puan
Aliya berdiri
“Ayah dah pulang ke belum!” tanya Maryam gembira, dia
sangat merindui ayahnya. Dia sangat menanti-nanti hadiah
yang telah lama dijanjikan oleh ayah untuk diberi
kepadanya.
Ibunya tidak menjawab, hanya tersenyum dan
menggenggam tangan kecil anaknya yang tersayang lalu
pergi. Beberapa minit kemudian, mereka telah tiba di
lapangan terbang, dan terdapat begitu ramai orang
sehingga hampir penuh.
“Kenapa semua orang menangis, umi?” soal Maryam
kepada ibunya.
"Maryam sayang, ayah telah pergi buat selama-lamanya.
Kapal terbang ayah telah terhempas, Maryam jangan sedih,
Maryam mesti jadi anak yang kuat ya" kata ibunya sambil
menahan esakan yang akan pecah lagi.
"Pesawat ayah terhempas... dan Maryam sepatutnya
menjadi rama-rama untuk menyelamatkan ayah. Maryam
boleh bawa ayah pulang, atau Maryam tidak perlu
menunggu terlalu lama untuk orang meminjam sayapnya.
Kalaulah Maryam seekor rama-rama, pasti Maryam dapat
selamatkan ayah dengan sayap Maryam.” bisik Maryam
dalam hati, tidak sedar air matanya telah menenggelamkan
wajahnya yang merah padam kesedihan. Gadis kecil itu
memeluk erat ibunya yang merupakan satu-satunya tiang
yang tinggal dalam keluarga mereka untuk dia bergantung
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)
NAMA: ASIF AUZA’I BIN KHAIRI ANUAR
ANGKA GILIRAN: 2021192310030
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030414-08-1283
NAMA PENSYARAH: DR IZANI BIN IBRAHIM
KUMPULAN: PPISMP AMBILAN JUN 2021H2