PERATURAN ASRAMA
MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS
Unit Pembangunan Pelajar
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan.
IB World School
2020
1
KANDUNGAN MUKA SURAT
BAHAGIAN I: PENGENALAN
1. Latar Belakang 3
2. Sejarah Penubuhan MRSM 3
3. Falsafah Pendidikan 3
4. Visi 3
5. Misi 4
6. Budaya MRSM 4
7. Etika Pelajar 5
8. Tanggungjawab Pelajar 6
BAHAGIAN II: PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR DI ASRAMA
1. Tujuan 8
2. Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran Asrama 8
3. Tugas Dan Peranan Ketua Guru Asrama & Guru Asrama 9
4. Jawatankuasa Pentadbiran Asrama 10
5. Garis panduan Pengaduan Kes Salah Laku Pelajar 12
6. Peraturan Pakaian 13
7. Peraturan Keluar ke Bandar 25
8. Peraturan Kelas Persediaan 26
9. Peraturan Pulang Bermalam 27
10. Peraturan Dan Tatatertib Di Asrama 28
11. Peraturan Penggunaan Kemudahan 29
12. Peraturan Keselamatan 29
13. Waktu Mengosongkan Asrama 32
14. Jadual Harian / Mingguan 32
15. Prosedur Amalan Kebersihan Asrama Pada Setiap Pagi 34
16. Jadual Bertugas Kebersihan Bilik Asrama 35
17. Contoh Carta Organisasi Asrama Untuk Satu Aras 36
18. Panduan Susun Atur Isi Loker Pelajar 36
19. Panduan Susun Atur Katil Pelajar 36
20. Panduan Penggunaan Telefon Bimbit 37
TAMAT
2
BAHAGIAN I: PENGENALAN
1. LATAR BELAKANG
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20
tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang pendidikan dan latihan.
MRSM ini ditubuhkan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra-universiti
dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai
keupayaan mental yang tinggi.
Sistem pendidikan MRSM ini bergerak atas landasan bahawa pelajar Bumiputera yang berminat dan
berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan akan mendapat pendedahan lebih
awal supaya memberi keyakinan yang lebih tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan
yang berasaskan sains dan teknologi.
Sistem pendidikan MRSM akan membiasakan pelajar dengan pendidikan berasaskan sains dan
teknologi serta unsur keusahawanan sebagai satu aspek kebudayaan Malaysia yang akan memupuk
perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Ini akan mewujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas
dan mendalam, di samping mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.
2. SEJARAH PENUBUHAN MRSM
Cadangan untuk menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bermula pada tahun 1968.
Persetujuan kerajaan kepada konsep Maktab Rendah Sains MARA yang dicadangkan ini telah
diperoleh pada tahun 1970. Pada tahun 1971 pembinaan MRSM yang pertama telah dimulakan di
Seremban, Negeri Sembilan (kini dikenali Kolej MARA Seremban) diikuti dengan pembukaan MRSM
Kota Bharu (kini dikenali sebagai MRSM Pengkalan Chepa) pada tahun 1974.
Setelah maktab-maktab ini menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam setiap penglibatan,
penubuhan MRSM kian berkembang di seluruh negara. Sehingga 2007 bilangan MRSM telah
meningkat kepada 37 buah.
3. FALSAFAH PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1988).
FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu
usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri,
masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang
sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan,
penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar
adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.
4. VISI
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
3
5. MISI
Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang sains dan teknologi.
6. BUDAYA MRSM
a. BudayaCemerlang
Cara berfikir, cara bertindak / berkelakuan pada tahap yang sangat baik. Sentiasa berusaha
mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai bidang.
b. Budaya Keusahawanan
Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko di
samping mempunyai sikap proaktif, komited, tekal dan cekal.
c. Budaya Ilmu
Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk
mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan.
d. Budaya Kepimpinan
Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin, berani, yakin, tegas,
bertanggungjawab, bijak berbahasa dan berwibawa.
e. Budaya Penyayang
Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain,
sayang harta benda dan alam sekitar.
f. Budaya Kepersisan Bahasa
Mampu berbahasa dengan bijak, tepat dan jitu. Boleh menguasai Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris dengan baik.
g. Budaya Berfikiran
Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif, proaktif dan rasional.
h. Budaya Saintifik
Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan.
i. Budaya Menghargai Masa
Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
j. Budaya Sihat
Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual dan mengamalkan gaya
hidup sihat.
4
k. Budaya Estetik
Menghayati seni dan keindahan. Boleh menghasilkan sesuatu yang indah dan dapat diterima
oleh orang lain.
l. Budaya Muafakat (Jamaie)
Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu membantu dan semangat persaudaraan (esprit
de corps).
m. Budaya Jati Diri
Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap bangsa dan
mendaulatkannya.
n. Budaya Beradab
Mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat
kehidupan (jasmani dan rohani).
o. Budaya Berdikari
Mempunyai dorongan dalaman untuk membina, mengarah dalam mencapai matlamat sendiri
(self directed).
7. ETIKA PELAJAR
a. Kepercayaan Kepada Tuhan
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang
pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang
dikurniakan.
b. Bersopan Dan Bertatasusila
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang
pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa,
guru-guru, ketua dan rakan-rakan.
c. Kepatuhan Kepada Undang-Undang
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang
pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & Undang-Undang Agama, Maktab dan
Negara.
d. Menghormati Masa Dan Tanggungjawab
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang
pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu
tugas dan tanggungjawab.
e. Mementingkan Kesihatan Dan Kebersihan
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang
pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketerampilan, mementingkan kebersihan
dan mencintai alam sekitar.
5
f. Berfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi
Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang
pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh,
berjiwa besar, patriotik, dinamik, berdaya saing dan bercita-cita tinggi.
8. TANGGUNGJAWAB PELAJAR
8.1 Tanggungjawab kepada diri sendiri
i. Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani.
ii. Bersopan, jujur dan amanah.
iii. Menghargai dan menepati masa.
iv. Berjimat cermat.
v. Bersifat sederhana dan tidak sombong.
vi. Sabar dan bertolak ansur.
vii. Menghormati hak asasi orang lain.
viii. Berani dan cekal hati.
ix. Bersikap dedikasi.
x. Bersikap berdikari.
xi. Bersifat rajin dan berusaha.
xii. Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
8.2 Tanggungjawab kepada keluarga
i. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa.
ii. Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
iii. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang berpendidikan dan bermoral
tinggi.
iv. Menjaga nama baik keluarga.
v. Menghormati sahabat/kenalan keluarga.
8.3 Tanggungjawab kepada maktab
i. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan maktab.
ii. Menghormati guru-guru dan kakitangan.
iii. Belajar bersungguh-sungguh.
Menaikkan imej maktab dalam semua bidang.
iv. Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi.
v. Bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira unit/MRSM.
vi. Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh unit dan maktab.
vii. Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh maktab/ MARA dengan baik.
8.4 Tanggungjawab kepada masyarakat
i. Tolong menolong dan bekerjasama.
ii. Menghormati orang-orang yang lebih tua.
iii. Suka bertolak ansur.
iv. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam kaum lain.
v. Bersifat toleran.
vi. Rasa bersefahaman dan sabar.
vii. Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/kebajikan.
viii. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar.
ix. Memelihara kerukunan hidup berjiran.
x. Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya.
6
8.5 Tanggungjawab kepada negara
i. Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara.
ii. Mematuhi undang-undang.
iii. Mengamalkan Prinsip Rukun Negara.
iv. Menjaga kemudahan-kemudahan awam.
v. Menjaga dan menaikkan imej negara.
vi. Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia.
vii. Memelihara dan mempertahan keindahan semula jadi negara.
8.6 Tanggungjawab kepada agama
i. Taat kepada perintah Allah S.W.T.
ii. Mempertahankan kesucian agama.
iii. Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian.
iv. Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama.
v. Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat.
7
Bahagian II: PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR
1. TUJUAN
Mewujudkan satu suasana yang selesa, tenteram, tidak terancam dan kasih sayang di kalangan
pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang.
Membina dan menyuburkan keterampilan sahsiah dan kepimpinan pelajar di asrama.
Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di asrama.
Memastikan peraturan asrama dipatuhi.
Memupuk nilai-nilai murni dikalangan pelajar.
2. PENGENALAN UNIT GURU ASRAMA MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS
a. MOTO DAN LOGO UNIT GURU ASRAMA PENYAYANG (GAP)
b. CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA
*NOTA: EN ROSLAN BIN HJ MOHAMED SALLEH
(PENGETUA)
Nisbah 50 orang pelajar = 1
orang Guru Asrama EN .MOHD FADZLI BIN
termasuk Ketua Guru MUHAMMAD
Asrama
(TIMB PENGETUA
PEMBANGUNAN PELAJAR)
EN MUHD ANDI EN NOSHAM BIN AZHAR
ARISSYAHBAN BIN ANDI
(PEN PEGAWAI TADBIR
MOHD ARIFFIN KANAN)
(KETUA GURU ASRAMA)
EN ABDUL HADI ISLAM BIN PN SALIZA BINTI KAHAR JAWATANKUASA PN RAYANI BINTI AHMAD
ABAS PEGURUSAN ASRAMA (JPA)
(PENOLONG KETUA GURU P(EMB TADBIR KANAN
(PENOLONG KETUA GURU ASRAMA (PEREMPUAN)) (ASRAMA))
ASRAMA (LELAKI))
GURU ASARAMA LELAKI GURU ASRAMA PEREMPUAN PELAJAR EN ABU BAKAR BIN
TOMPANG
PEMB TADBIR (ASRAMA)
8
3. TUGAS DAN PERANAN KETUA GURU ASRAMA & GURU ASRAMA
3.1 Ketua Guru Asrama
i. Mewakili Pengetua dalam hal-hal pentadbiran asrama selepas waktu pejabat.
ii. Menghadiri Mesyuarat Pelaksana MRSM.
iii. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan
Maktab (JPPM).
iv. Menyelia tugas Guru Asrama.
v. Menyediakan jadual tugas harian dan mingguan Guru Asrama.
vi. Memeriksa laporan harian Guru Asrama bertugas dan mengambil tindakan
yang sesuai.
vii. Mengadakan mesyuarat tindakan Guru Asrama sekurang-kurangnya sebulan
sekali. Salinan minit mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada
pihak Pengetua & Timbalan Pengetua (PPP).
viii. Bertanggungjawab terhadap semua hal kebajikan pelajar di asrama.
ix. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Timbalan
Pengetua (PP) dari semasa ke semasa.
3.2 Guru Asrama
i. Menguruskan penempatan pelajar baru ke asrama.
ii. Memastikan jadual waktu harian pelajar dipatuhi.
iii. Bertanggungjawab terhadap semua hal makanan dari segi menu, kebersihan,
kualiti, kuantiti dan spesifikasi.
iv. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan peraturan asrama dipatuhi oleh
pelajar.
v. Mengawasi keluar masuk pelajar pada masa cuti, hujung minggu dan pada
masa-masa tertentu.
vi. Melaksanakan kegiatan yang sesuai untuk perkembangan emosi, rohani,
jasmani dan sosial yang sihat dalam kalangan pelajar di asrama.
vii. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapat rawatan bagi pelajar yang
sakit.
viii. Membantu mengelola latihan kebakaran di asrama.
ix. Mengawas keselamatan diri dan harta benda pelajar di asrama.
x. Menyediakan laporan harian untuk tindakan Ketua Guru Asrama.
xi. Mengadakan gotong-royong membersihkan asrama.
9
4. JAWATANKUASA PENTADBIRANA SRAMA
4.1 BIRO KEBAJIKAN
i. Membantu pelajar hidup selesa dan harmonis.
ii. Melapor dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pelajar yang sakit dan
bermasalah.
iii. Mengurus dan menjaga bilik utiliti dan melaporkan segala kerosakan kepada
pihak pengurusan asrama.
iv. Mengurus dan mengendalikan lawatan ke hospital bagi kes tertentu.
v. Membantu pengurusan asrama menyalurkan kemudahan di asrama.
vi. Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan
kebajikan penghuni di asrama.
vii. Memberi cadangan dan pandangan tentang kebajikan pelajar kepada
pengurusan asrama.
4.2 BIRO DISIPLIN DAN KESELAMATAN
i. Memastikan penghuni asrama mematuhi jadual harian dan peraturan asrama.
ii. Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi mencegah masalah
disiplin.
iii. Membantu Guru Asrama ketika membuat ‘morning call’ dan ‘roll call’.
iv. Membantu Guru Asrama ketika pemeriksaan asrama dijalankan.
v. Bekerjasama dengan Guru Asrama ketika latihan kebakaran diadakan.
vi. Mengawasi penggunaan peralatan elektrik bagi mencegah kemalangan.
vii. Membuat laporan kepada Ketua Guru Asrama mengenai masalah disiplin.
viii. Memaklumkan kepada pelajar tentang arahan maktab dari semasa ke
semasa.
4.3 BIRO KEROHANIAN
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian dengan kelulusan pihak
pengurusan asrama.
ii. Memastikan semua pelajar solat berjemaah di surau dan Solat Jumaat bagi
pelajar lelaki.
iii. Memastikan aktiviti kerohanian di asrama berjalan dengan lancar.
iv. Membantu Guru Asrama untuk membentuk sahsiah dan peribadi yang mulia
pelajar.
v. Memastikan ikatan persaudaraan / persahabatan sesama pelajar terjalin
dengan baik.
vi. Membuat laporan sahsiah pelajar kepada Guru Asrama secara berkala.
vii. Membantu dan membimbing pelajar yang kurang kefahaman dalam
penghayatan agama.
viii. Bekerjasama dengan unit lain di maktab dalam melaksanakan aktiviti
kerohanian.
10
4.4 BIRO MAKANAN
i. Memastikan menu makanan yang ditetapkan dipatuhi.
ii. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan.
iii. Menerima dan melaporkan aduan tentang kualiti & kuantiti makanan kepada
pihak pengurusan asrama.
iv. Memastikan pelajar sakit di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai.
v. Menguruskan pelajar berpuasa dan memaklumkan kepada pengurusan
dewan makan.
vi. Memastikan dewan makan dan peralatan makanan adalah bersih dan
melaporkan sekiranya tahap kebersihan tidak memuaskan kepada pihak
pengurusan asrama.
4.5 BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
i. Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan.
ii. Memastikan semua pelajar menjaga kebersihan dan keceriaan di bilik,
tandas, bilik utiliti dan persekitaran asrama.
iii. Membuat laporan kebersihan dan keceriaan kepada Guru Asrama.
iv. Bekerjasama dengan pihak pekerja kebersihan asrama.
v. Membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu.
4.6 BIRO SUKAN
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan / riadah dengan kelulusan pihak
pengurusan asrama.
ii. Memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan.
iii. Memastikan jadual aktiviti sukan dipatuhi oleh pelajar.
iv. Memastikan keadaan gelanggang / padang dan peralatan selamat untuk
digunakan.
v. Memastikan alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu.
vi. Menguruskan rekod keluar masuk / pinjaman alatan sukan di asrama.
4.7 BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
i. Melaksanakan program yang memerlukan tindakan segera seperti:-
ii. Gotong-royong perdana sempena program tertentu.
iii. Mengadakan jamuan asrama.
iv. Menganjurkan program kebudayaan dan kesenian.
v. Demonstrasi pengurusan diri, pakaian, bilik, katil dan almari.
vi. Hari Terbuka (lawatan ke asrama)
vii. Memungut derma sempena program tertentu.
viii. Lain-lain program yang berkaitan.
11
c. GARIS PANDUAN PENGADUAN KES SALAH LAKU PELAJAR DI MRSM TMFS
PENGADUAN
ADUAN PELAJAR•Pelajar MengaduSaluran pengaduan •Jawatankuasa
TERIMA ADUANkes salah lakuboleh dilakukan melaluiPenguatkuasaan
Peraturan Maktab
SIASATAN•Sebarang kes salahsaluran berikut:(JPPM) membuat
laku pelajar di 1. makluman secara
MRSM TMFS siasatan
adalah WAJIB lisan;
diadukan ke 2. makluman melalui •Membawa kes ke
khidmat pesanan ringkas Jemaah Disiplin
pengetahuan pihak (SMS); atau Maktab (JDM)
maktab untuk 3. makluman secara untuk
dibicarakan.
diambil tindakan bertulis.
yang sewajarnya
BOLEH MENGADU
sebagaimana KEPADA:
termaktub di
dalam Buku Pengetua;
Timbalan - Timbalan
Panduan
Pengurusan Pengetua;
Disiplin Pelajar Ketua Guru Asrama;
MRSM. Guru Asrama;
Guru Penasihat
Lembaga Disiplin Pelajar;
Guru Penasihat
Homeroom
o Mangsa/Saksi dilarang sama sekali merahsiakan sesuatu kes salah laku pelajar
lain dari pengetahuan pihak maktab walaupun mangsa/saksi menerima ugutan
daripada tertuduh.
o Jaminan keselamatan akan diberikan oleh pihak maktab kepada mangsa/saksi
yang mengadu kes salah laku pelajar lain.
12
d. PERATURAN PAKAIAN
PELAJAR LELAKI
1. BAJU PELAJAR LELAKI
Semua BAJU pelajar TIDAK mempamerkan unsur-unsur/imej/perkataan/melambang
pertubuhan/organisasi yang tidak sesuai/ganas/lucah/gangsterisme/provokasi dan yang menyalahi
peraturan dan Undang-undang Negara Malaysia.
*ilustrasi dibawah ini diambil dari internet bagi meningkatkan kefahaman pelajar.
Baju T tidak berkolar hanya Baju yang mepamerkan
dibenarkan untuk aktiviti imej/perkataan yang tidah
bersukan/riadah dan ketika berada di bersesuaian adalah tidak
asrama sahaja dibenarkan.
Baju panas (sweater) yang tiada Pemakaian semua jenis jacket
dibenarkan dalam keadaan tertentu TIDAK DIBENARKAN pada
sahaja. waktu akademik/sebarang aktiviti
rasmi maktab.
Baju kemeja berkolar potongan
biasa sama ada berlengan panjang Lain-lain jenis baju seperti baju T
atau pendek dibenarkan. berkolar, baju T sukan atau
seumpamanya DIBENARKAN.
Baju hendaklah disisipkan (Tuck in)
ke dalam seluar. Baju yang dipakai hendak
disisipkan ke dalam seluar (Tuck
Baju kemeja berlengan panjang in) menampilkan imej pelajar
hendaklah dibutangkan di yang kemas dan bersesuaian
pergelangan tangan dan TIDAK dengan aktiviti yang dijalankan.
DIBENARKAN dilipat
Baju yang berjenama TIDAK
DIBENARKAN dibawa ke
maktab.
13
o Seluar
2. SELUAR PELAJAR PUTERA
Semua SELUAR pelajar TIDAK mempamerkan unsur-unsur/imej/perkataan/melambang
pertubuhan/organisasi yang tidak sesuai/ganas/lucah/gangsterisme/provokasi dan yang menyalahi
peraturan dan Undang-undang Negara Malaysia.
*ilustrasi dibawah ini diambil dari internet bagi meningkatkan kefahaman pelajar.
Kain seluar slack yang Pemakaian
dibenarkan semua jenis
menggunakan fabrik jenis jeans, cotton,
polyster sahaja. Selain itu khaki slack dan
seluar daripada jenis cargo pant TIDAK
Denim, PVC, Corduroy DIBENARKAN.
atau Kulit TIDAK
DIBENARKAN.
Paras kaki seluar Fesyen seluar
hendaklah melepasi slack yang terlalu
bawah buku lali dan ukur ketat atau terlalu
lilit kaki seluar hendaklah longgar, baggy,
diantara 34 cm-45 cm. slimfit, skinny dan
berkaki singkat
TIDAK
DIBENARKAN.
o Tali Pinggang
TALI PINGGANG PELAJAR PUTERA
Semua tali pinggang pelajar TIDAK mempamerkan unsur-unsur/imej/perkataan/melambang
pertubuhan/organisasi yang tidak sesuai/ganas/lucah/gangsterisme/provokasi dan yang menyalahi
peraturan dan Undang-undang Negara Malaysia.
*ilustrasi dibawah ini diambil dari internet bagi meningkatkan kefahaman pelajar.
Tali pinggang hendaklah dari jenis KULIT atau PVC SAHAJA.
Lebar tali pinggang hendaklah di antara 2.5 cm – 3.0 cm dan
berwarna hitam atau coklat tua.
Kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar dan tidak
mempunyai lambang yang tidak sesuai, seperti lambang binatang
atau tulisan yang tidak bermoral.
Tali pinggang yang berwarna-warni dan berbelang TIDAK
DIBENARKAN.
14
o Kasut dan Stoking
PEMAKAIAN KASUT KETIKA SESI AKADEMIK
Kasut hendaklah dari jenis kulit atau PVC
berwarna hitam.
Warna stoking hendaklah berwarna hitam dan
tidak berbelang-belang atau berwarna-warni.
Stoking hendaklah menutupi buku lali.
Kasut sukan dibenarkan pada waktu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
Selipar, sandal, boot, semi boot, atau lain-lain
kasut yang berwarna-warni dan bercorak
TIDAK DIBENARKAN ke kawasan akademik
dan pentadbiran.
PEMAKAIAN KASUT KETIKA PREP/KE PEMAKAIAN KASUT KETIKA
SURAU SUKAN/RIADAH
Sandal yang menutupi Kasut sukan yang
bahagian depan dan bersesuaian
belakang kaki. dengan aktiviti
sukan/riadah
berstoking
PEMAKAIAN JENIS KASUT YANG TIDAK DIBENARKAN
15
o Tali Leher dan Tag Nama
Tali leher rasmi maktab sahaja yang dibenarkan.
Tali leher hendaklah dipakai semasa kelas
akademik, perhimpunan, majlis makan rasmi dan
lain-lain majlis yang dirasakan perlu.
Pemakaian tag nama adalah WAJIB.
PANDUAN MEMAKAI TALI LEHER
o Tutup Kepala
Hanya songkok berwarna hitam sahaja DIBENARKAN pada
waktu akademik.
Kopiah dan serban TIDAK DIBENARKAN kecuali untuk tujuan
menunaikan solat sahaja.
16
PELAJAR PUTERI
o Baju dan Kain
Pelajar hanya dibenarkan memakai baju kurung untuk ke
kawasan akademik dan pentadbiran.
Pelajar bukan Islam digalakkan memakai baju kurung dan
dibenarkan memakai blaus berlengan panjang serta skirt labuh
melebihi paras lutut.
Baju dan kain hendaklah tidak ketat dan jarang serta
menampakkan susuk badan.
o Tudung
Tudung hendaklah berbentuk segi tiga depan dan belakang
serta dijahit di bahagian depan.
Tudung dan anak tudung berwarna putih sahaja
dibenarkan pada waktu akademik.
Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak serta
menutupi bahagian dada.
Tudung warna hitam sahaja dibenarkan di luar waktu
akademik.
Pelajar muslim sahaja
o Kasut
PEMAKAIAN KASUT KETIKA SESI AKADEMIK PEMAKAIAN KASUT KETIKA SUKAN/RIADAH
Kasut sukan yang
Kasut berwarna hitam dan tidak bersesuaian dengan
bercorak dari jenis kanvas / aktiviti sukan/riadah.
getah/ kulit yang bersarung dan Berstoking.
bukan dari jenis selipar atau
sandal. PEMAKAIAN KASUT KETIKA PREP/ KE
SURAU
Warna stoking hendaklah Pelajar perempuan memakai kasut/sandal
berwarna hitam dan tidak
berbelang-belang atau ketika waktu prep/ke surau
berwarna-warni.
Stoking hendaklah menutupi
buku lali.
Ketinggian tumit kasut tidak
melebihi 2.5 cm.
PEMAKAIAN JENIS KASUT/STOKING YANG TIDAK DIBENARKAN
Stoking berwarna- Kasut berwarna-warni Kasut bertumit tinggi Kasut berfesyen
warni
17
PAKAIAN LARANGAN
o Pada bila-bila masa di dalam kawasan maktab, pelajar dilarang
memakai/memiliki/menyimpan pakaian seperti berikut:
Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai menjolok mata atau pakaian yang
mendedahkan aurat mengikut tafsiran Islam atau pakaian ketat yang memperlihatkan
raut anggota atau tubuh badan pemakainya, atau pakaian yang ditafsirkan sebagai
seksi/berfesyen keterlaluan atau bertentangan nilai-nilai budaya dan moral
masyarakat.
Baju atau pakaian yang ada gambar orang atau kumpulan seperti penyanyi, pemimpin,
ahli sukan dan sebagainya atau gambar-gambar lucah atau gambar-gambar yang
bertentangan dengan akidah Islam atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya
bangsa dan Negara.
Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran lucah, ganas atau
bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya bangsa dan negara.
Semua jenis jeans dan cotton slacks.
Tali pinggang berkepala besar, rugged, berwarna-warni dengan tulisan atau lakaran
atau reka bentuk binatang, lucah, ganas dan sebagainya.
Mini telekung (tudung bulat labuh) untuk pelajar perempuan.
Tidak memakai baju, memakai baju menampakkan pusat, berkemban, memakai tuala
mandi sahaja dan berkaki ayam.
Memakai sebarang jenis pakaian yang dianggap tidak sesuai/tidak wajar dipakai oleh
pelajar sekolah.
Memakai baju T tidak berkolar.
Memakai baju yang menyerupai tentera, polis, atau agensi-agensi keselamatan lain
(kecuali semasa sesi kokurikulum).
Memakai pakaian yang selekeh, kotor, koyak, berbau busuk atau bertampal.
Berpakaian separuh bogel iaitu tidak memakai baju, berkemban atau memakai tuala
mandi sahaja.
Berkaki ayam dan tidak memakai alas kaki/kasut kecuali dalam bilik mandi/asrama
atau tempat-tempat yang dilarang memakai kasut.
18
PERATURAN PAKAIAN UNTUK AKTIVITI MAKTAB
o Kod Pakaian
19
20
21
RINGKASAN KOD PAKAIAN MENGIKUT AKTIVITI
BIL AKTIVITI KOD PAKAIAN
PUTERA PUTERI
Hari Akademik
Isnin KP01 KP01
KP02 KP02
1 Selasa Badan Uniform Badan Uniform
Rabu KP03 KP03
Khamis
Jumaat KP05 KP01
2 Perhimpunan Rasmi KP01
3 Kelas Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan KP04
(Praktikal)
Pakaian sukan yang memenuhi
4 Sukan & Permainan asas KP04. Baju T tidak berkolar
yang bersesuaian dibenarkan.
5 Keluar Bandar/Pulang Bermalam/Kembali ke Maktab KP03
6 Berkelah di luar
7 Kerja luar mengikut guru (Fieldwork) KP04
8 Lawatan Rasmi
9 Lawatan Tidak Rasmi KP03
10 Solat Jumaat
KP03
KP04
KP05 KP01
KP03 atau lain-lain pakaian
11 Majlis/Jamuan Rasmi berdasarkan ketetapan pihak
penganjur
12 Mengikuti pertandingan di luar KP03
13 Mengikuti pertandingan sukan di luar
Pakaian sukan yang memenuhi
asas KP04.
14 Program Khidmat Masyarakat KP03 / KP04 / Pakaian yang
disediakan
DEWAN SELERA KELAS TAMBAHAN/GANTIAN
Hari Persekolahan: Hari Persekolahan:
o Pakaian adalah seperti ke kelas o Pakaian adalah seperti ke kelas.
akademik.
Malam / Hujung Minggu/Cuti Am:
Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: o Pakaian mestilah kemas dan bersih.
o Pakaian mestilah kemas dan bersih.
o Pemakaian baju T tidak berkolar tidak
dibenarkan di kalangan pelajar lelaki.
KELAB DAN PERSATUAN SURAU
Pakaian seragam atau pakaian ke kelas persediaan Hari Persekolahan:
(petang). o Pakaian adalah seperti ke kelas
persediaan (malam).
Malam / Hujung Minggu/Cuti Am:
Pakaian mestilah kemas dan bersih.
BADAN BERUNIFORM BADAN KEPIMPINAN PELAJAR
Pakaian yang ditetapkan oleh pihak maktab.
Pakaian seragam atau pakaian yang ditetapkan
oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum.
22
RUPA/PENAMPILAN DIRI
PELAJAR LELAKI
o Rambut
Rambut mestilah sentiasa pendek, tidak tebal dan tidak mencecah kolar baju.
Pelajar digalakkan memotong rambut no 2.
Rambut mestilah bersih dan disikat.
Membotakkan kepala TIDAK DIBENARKAN.
Mewarnakan rambut TIDAK DIBENARKAN.
Stail rambut yang keterlaluan seperti ‘punk’, ‘trojan’, ‘skin head’, ‘bross’ dan lain-lain
TIDAK DIBENARKAN.
Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor rambut TIDAK DIBENARKAN.
Menggunakan gel, pengeras rambut atau minyak rambut yang berbau tengik TIDAK
DIBENARKAN.
PANDUAN POTONGAN RAMBUT PELAJAR LELAKI
(1 : 2 : 4)
PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI PANDANGAN BELAKANG
1. Panjang rambut tidak 1. Panjang rambut tidak 1. Panjang rambut tidak
melebihi satu inci. melebihi satu inci. melebihi satu inci.
2. Rambut jatuh tidak 2. Rambut jatuh tidak 2. Rambut jatuh tidak melebihi
menutup 1/3 bahagian menutup 1/3 bahagian cuping telinga atau
dahi. telinga. menyentuh kolar baju.
3. Sideburn tidak melebihi
garisan tengah hidung.
o Misai, Janggut & Jambang
Menyimpan misai dan janggut TIDAK DIBENARKAN.
Jambang atau ekor pipit yang dibenarkan adalah 2 cm sahaja.
o Cermin Mata / Kanta Lekap
TIDAK DIBENARKAN memakai cermin mata hitam / kanta lekap kecuali atas nasihat
doktor.
Cermin mata hendaklah tidak berbingkai besar atau terlalu kecil dan tidak berfesyen.
Cermin mata berwarna / kanta lekap berwarna hanya dibenarkan setelah mendapat
kebenaran doktor sahaja.
o Kuku
Menyimpan kuku panjang TIDAK DIBENARKAN.
Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional TIDAK DIBENARKAN.
Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.
23
o Pemakaian Aksesori / Barang Kemas
Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai
lambang keagamaan TIDAK DIBENARKAN.
Bertindik, bertatu, dan berinai TIDAK DIBENARKAN.
PELAJAR PEREMPUAN
o Rambut
Rambut hendaklah pendek, jika panjang mestilah diikat/didandan dengan riben
hitam/putih atau biru.
Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka.
Rambut yang berfesyen dan berwarna TIDAK DIBENARKAN.
Rambut mestilah kemas dan bersih.
Pemakaian tudung adalah WAJIB bagi pelajar muslimah.
PANDUAN RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN NON MUSLIM
PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI PANDANGAN BELAKANG
o Muka
Memakai alat solek seperti gincu, celak dan lain-lain TIDAK DIBENARKAN.
Mencukur bulu kening atau mencabutnya TIDAK DIBENARKAN.
o Kuku
Menyimpan kuku panjang TIDAK DIBENARKAN.
Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional TIDAK DIBENARKAN.
Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.
o Cermin Mata/Kanta Lekap
TIDAK DIBENARKAN memakai cermin mata/kanta lekap kecuali atas nasihat doktor.
Cermin mata hendaklah tidak berbingkai besar atau terlalu kecil dan tidak berfesyen.
Cermin mata berwarna/kanta lekap berwarna hanya dibenarkan setelah mendapat
kebenaran doktor sahaja.
o Pemakaian Aksesori/Barang Kemas
Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai
lambang keagamaan TIDAK DIBENARKAN.
Bertindik, bertatu, dan berinai TIDAK DIBENARKAN.
Sumber rujukan:
Surat Pekeliling Iktisas No.2/1976 (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Surat Pekeliling Iktisas No.3/1983 (Kementerian Pendidikan Malaysia)
24
KELUAR KE BANDAR
KELUAR KE BANDAR PADA HUJUNG MINGGU/CUTI AM
o Pelajar dibenarkan keluar ke Bandar Batu Enam (Pasaraya Giant) atau Bandar Batu Lapan
(Pasaraya Servay) mengikut Jadual Outing (lelaki/perempuan) yang telah ditetapkan oleh
pihak maktab.
o Masa outing ialah pada hari Ahad jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (tertakluk kepada
perubahan jika melibatkan cuti am).
o Pelajar perlu mendapatkan tandatangan Guru Asrama bertugas pada Buku Outing.
o Pelajar DIWAJIBKAN menggunakan pengangkutan bas yang telah disediakan kecuali pelajar
yang keluar ke bandar bersama dengan ibu bapa/waris/penjaga.
o Pelajar dikehendaki memakai baju Batik Maktab (pakaian kod KP03).
o Ibu bapa/waris/penjaga perlu menunjukkan kad pelawat kepada Pengawal Keselamatan dan
Guru Asrama bertugas untuk mengesahkan pengenalan diri ibu bapa/waris/penjaga pelajar.
KELUAR KE BANDAR PADA HARI-HARI PERSEKOLAHAN/PADA WAKTU-WAKTU LAIN
o Pelajar dikehendaki menghantar surat permohonan kepada Pengetua/Timbalan Pengetua
(PP) semasa waktu pejabat.
o Pelajar dikehendaki menghantar surat permohonan kepada Ketua Guru Asrama selepas waktu
pejabat.
o Dalam kedua-dua perkara di atas pelajar hendaklah berurusan dengan Ketua Guru
Asrama/Guru Asrama bertugas untuk tujuan mendapatkan tanda tangan pada kad keluar
kampus pelajar.
PERATURAN AM KELUAR KE BANDAR
o Para pelajar hendaklah mematuhi giliran keluar ke bandar sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh pihak pentadbiran asrama.
o Kad kebenaran keluar kampus hendaklah dipenuhi dengan lengkap dan ditandatangani oleh
guru asrama sebelum diserahkan di pondok pengawal.
o Para pelajar hendaklah memakai baju kod KP03 seperti yang dikehendaki dalam peraturan
mengenai pakaian.
o Pelajar DILARANG menukar pakaian selain yang ditetapkan sepanjang berada diluar kawasan
sekolah.
o Para pelajar dikehendaki keluar dalam kumpulan berdua atau lebih dan daripada jantina yang
sama.
o Pelajar dilarang mengunjungi tempat tempat seperti di bawah:
Pusat-pusat permainan hiburan yang memiliki alat permainan “billiard”, Mesin “pin-
ball”, “video games”, Snooker dan seumpamanya.
Semua tempat permainan “bowling”
Semua kelab malam, bar, disko, pusat karaoke dan seumpamanya.
Semua tempat pelacuran atau pusat pusat kesihatan yang bertujuan seumpamanya.
o Pelajar-pelajar mestilah menunjukkan kelakuan yang baik semasa berada di luar kawasan
maktab untuk menjamin keselamatan diri sendiri dan sentiasa menjaga nama maktab.
o Pelajar tidak dbenarkan membawa sebarang jenis beg.
25
KELAS PERSEDIAAN (PREPARATORY CLASS(PREP))
WAKTU KELAS PERSEDIAAN (PREP)
HARI PETANG MALAM
Isnin *8.00 mlm – 9.30 mlm
Selasa Tiada
Rabu (Homeroom / Perhimpunan)
PREP(2.30 pm – 3.30 pm) atau
Khamis
Aktiviti SEM
Tiada
(Kokurikulum)
Kelas Akademik
atau
PREP (2.30 pm – 3.30 pm)
Jumaat PREP (2.00 pm – 3.30 pm) Tiada
Sabtu 10.00 pg – 12.00 tgh Tiada
Ahad Tiada *7.00 mlm – 9.30 mlm
**8.00 mlm – 9.30 mlm
Catatan:
*Waktu mula prep malam pelajar muslim bergantung kepada waktu isyak.
PERATURAN
o Pelajar WAJIB hadir pada waktu kelas persediaan.
o Kelas persediaan adalah di kelas yang telah ditetap.
o Pelajar DILARANG mengganggu suasana belajar di kawasan asrama semasa kelas
persediaan berjalan.
o Elakkan pembaziran tenaga elektrik ketika anda prep di tempat yang disediakan.
o Gunakan lampu dan kipas mengikut bilangan yang berpatutan. Matikan suis elektrik apabila
tidak digunakan.
o Pelajar DILARANG mengguna sebarang set permainan, radio, telefon bimbit, Ipad, tablet,
sebarang alatan IT, majalah atau bahan bahan bukan akademik semasa kelas persediaan
berjalan.
o Pelajar dibenarkan untuk menggunakan earphone untuk mendengar muzik.
o Para pelajar MESTI berada di dalam kelas yang telah ditetapkan pada waktu kelas persediaan.
o Aktiviti-aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan TIDAK
DIBENARKAN diadakan pada waktu kelas persediaan kecuali mendapat kebenaran daripada
Timbalan Pengetua (PP) semasa waktu pejabat atau Ketua Guru Asrama di luar waktu pejabat.
o Pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik sakit dengan kebenaran daripada Timbalan
Pengetua (PP) semasa waktu pejabat atau Ketua Guru Asrama/Guru Asrama di luar waktu
pejabat.
o Pelajar muslimah yang datang haid dikehendaki ke prep malam mengikut masa prep pelajar
non muslim.
26
PULANG BERMALAM
JENIS-JENIS PULANG BERMALAM
o Terdapat 3 jenis pulang bermalam iaitu:
Pulang bermalam wajib;
Pulang bermalam pilihan;
Pulang bermalam kecemasan; dan
Pulang bermalam kebenaran khas.
PULANG BERMALAM WAJIB
o Pulang bermalam wajib merupakan pulang bermalam yang telah dijadualkan oleh pihak
maktab.
o Pelajar DIWAJIBKAN untuk pulang bermalam dan ibu bapa PERLU membuat permohonan
pulang kepada pihak maktab. Berikut adalah contoh pulang bermalam wajib iaitu:
Cuti pertengahan semester;
Cuti semester; dan
Cuti sempena perayaan. (Tertakluk kepada perayaan tertentu).
PULANG BERMALAM PILIHAN
o Semua waktu pulang bermalam ditetapkan dan dijadualkan Pulang bermalam pilihan
merupakan pulang bermalam yang telah dijadualkan oleh pihak maktab.
o Pelajar TIDAK DIWAJIBKAN untuk pulang bermalam.
o Pelajar TIDAK DIBENARKAN pulang ke rumah rakan tanpa kebenaran.
o Ibu bapa perlu membuat permohonan pulang pihak maktab melalui penasihat homeroom
/email/pos.
o Dengan adanya permohonan dan kebenaran daripada ibu bapa, maka pihak maktab akan
mempertimbangkan untuk membenarkan para pelajar pulang bermalam.
o Berikut merupakan tatacara permohonan pulang bermalam pilihan:
Ibu bapa memberikan kebenaran untuk pelajar pulang bermalam pilihan dengan
menghantar sms/ whatsapp/ telegram kepada penasihat homeroom.
Penasihat homeroom mencetak kebenaran ibubapa untuk dikepilkan pada borang
pulang bermalam pilihan.
Penasihat homeroom menandatangani bagi pihak ibu bapa pada borang pulang
bermalam pilihan.
Pelajar menghantar borang pulang bermalam pilihan ke pejabat (Pembantu Tadbir
Asrama).
Pembantu Tadbir Asrama akan merekod dan menyerahkan borang pulang bermalam
pilihan untuk kelulusan Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar(TPPP).
Borang pulang bermalam pilihan yang telah diluluskan akan diserahkan kepada Ketua
Guru Asrama.
Pelajar perlu membawa kad outing untuk mendapatkan tandatangan Guru Asrama.
Guru Asrama hanya akan menurunkan tandatangan berdasarkan borang pulang
bermalam pilihan yang telah diluluskan.
PULANG BERMALAM KECEMASAN (PBK)
o Pulang bermalam kecemasan (PBK) merupakan pulang bermalam yang dipohon oleh ibu bapa
atas sebab-sebab kecemasan seperti:
kematian;
ahli keluarga sakit tenat;
dan lain-lain urusan yang dirasakan sesuai.
o Untuk permohonan PBK, ibu bapa/penjaga perlu menghubungi Timbalan Pengetua (PP)/Ketua
Guru Asrama.
PULANG BERMALAM KEBENARAN KHAS
o Pulang bermalam kebenaran khas merupakan pulang bermalam yang dipohon oleh ibu
bapa/penjaga pada waktu yang tidak ditetapkan sebagai pulang bermalam pilihan atas sebab-
sebab tertentu.
o Kelulusan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak MRSM.
27
PERKARA PENTING.
o Ibu bapa perlu membuat permohonan awal dan elakkan membuat permohonan di saat-saat
terakhir (kecuali kes KECEMASAN sahaja).
o Tempoh permohonan perlulah seminggu lebih awal daripada tarikh pulang bermalam.
Kegagalan mematuhi akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
o Keselamatan perjalanan pelajar-pelajar yang pulang ke kampung bersendirian atas permintaan
ibu bapa/penjaga adalah atas tanggungjawab ibu bapa/penjaga sendiri.
o Pelajar mesti membawa kad keluar kampus untuk ditandatangani oleh ketua guru asrama/guru
asrama pada setiap kali ingin pulang.
o Kad keluar kampus yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh Ketua Guru Asrama/guru
asrama hendaklah diserahkan kepada Pengawal keselamatan sebelum balik kampung.
o Pelajar-pelajar hendaklah kembali ke maktab selewat lewatnya pada pukul 4.00 petang pada
hari terakhir cuti.
o Ibubapa/Penjaga/Wakil hendaklah datang mengambil pelajar di maktab, pelajar tidak
dibenarkan balik sendiri kecuali langkah-langkah keselamatan telah disempurnakan dan
mendapat keizinan daripada ibubapa/penjaga.
PERATURAN DAN TATATERTIB DI ASRAMA
PENEMPATAN PELAJAR
o Para pelajar yang telah ditempatkan di tempat yang disediakan pada hari pendaftaran tidak
dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Ketua Guru Asrama.
o Semasa penyerahan alatan kepada pelajar pada hari pendaftaran, setiap alatan tersebut
hendaklah diperiksa dan ditandakan dalam senarai borang penyerahan alatan oleh pelajar.
Sebarang kerosakan pada alatan tersebut setelah pemeriksaan semula akan dibiayai kos
pembaikan/perolehan oleh pelajar.
o Segala kerosakan asrama dan alat kelengkapan lain yang disebabkan oleh pelajar akan
dikenakan bayaran gantirugi. Jika tidak diketahui pelajar yang merosakkannya, semua pelajar
di dalam asrama berkenaan mesti bertanggungjawab menggantikannya atau membayar
gantirugi.
KEBERSIHAN BILIK
o Bilik mestilah kemas dan sentiasa bersih.
o “Locker tag” mesti dilekatkan pada “Locker” / pintu masuk kiub.
o Barang-barang seperti buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas.
o Sampah sarap dibuang di tempat yang disediakan.
o Gambar dan poster yang dibenarkan oleh pihak maktab sahaja boleh ditampal di dinding
dengan menggunakan “glue tack”.
o Cadar dan sarung bantal maktab hendaklah sentiasa dipasang dengan kemas.
o Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil.
o Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan dalam almari.
o Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama.
o Barang-barang seperti beg, kotak kasut tidak dibenarkan diletakkan di atas almari.
o Dilarang meletak buku, kain basahan dan baju di tingkap-tingkap asrama pada sebarang
waktu.
o Kasut hendaklah disimpan di tempat yang disediakan.
o Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering. Pakaian yang jatuh
hendaklah diambil segera. Pakaian yang terbiar atau tidak diambil akan dibuang.
o Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari pada jam 6.00 pagi.
PERATURAN AM PENGINAPAN PELAJAR
o Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berada di tapak morning roll call asrama
pada jam 6.00 pagi - 6.45 pagi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat manakala hendaklah berada
di tapak morning roll call akademik pada hari Selasa dan Khamis pada waktu yang sama.
o Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik termasuk waktu rehat.
o Pelajar hendaklah menyusun dan mengemaskan bilik dan tempat tidur sebelum keluar ke
kawasan akademik pada setiap masa.
28
o Para pelajar hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan tempat tinggal, bilik tidur, surau, bilik
air dan kawasan persekitaran asrama. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bekas
sampah yang disediakan.
o Para pelajar dilarang sama sekali membawa balik ke asrama makanan atau peralatan dapur.
Hanya makanan kering sahaja dibenarkan dibawa balik ke asrama.
o Para pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki barang barang berbahaya seperti
pisau, cangkul, racun, asid, mancis, pemetik api dan sebagainya di asrama.
o Barang berharga seperti emas, permata dan seumpamanya tidak dibenarkan.
o Pelajar-pelajar diharamkan memiliki atau menyimpan atau mengedar rokok atau merokok.
Pelajar juga diharamkan memiliki/menyalahgunakan dadah serta menyimpan/meminum
minuman keras.
o Sebarang bahan lucah diharamkan dibawa ke asrama/maktab.
o Pelajar lelaki tidak dibenarkan ke kawasan asrama perempuan atau sebaliknya.
o Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di dalam asrama.
o Pelajar hendaklah memastikan semua suis elektrik seperti lampu dan kipas dimatikan sebelum
meninggalkan asrama.
o Para pelajar yang sakit mestilah berehat di bilik sakit dan tidak dibenarkan berada di asrama
sehingga dibenarkan oleh Pengetua/Timbalan Pengetua HEP/Ketua Guru Asrama/Guru
Asrama.
o Semasa cuti semester/tamat pengajian, semua almari dan bilik asrama hendaklah dibersih dan
dikosongkan.
o Jimatkanlah penggunaan air di asrama. Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas
digunakan.
o Semua pelajar mesti berada di asrama masing-masing pada pukul 10.30 malam sehingga
waktu subuh.
o Para pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja-pekerja di asrama.
o Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari dan alatan lain tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pengetua, Timbalan Pengetua HEP,Ketua Guru Asrama dan Guru Asrama di blok
masing-masing.
PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK DI ASRAMA
o Sambungan elektrik secara haram sama sekali dilarang.
o Pastikan semua suis dimatikan dan tanggalkan palam (plug) dari soket setelah digunakan.
o Jangan menggunakan sebarang peralatan elektrik semasa kilat.
o Seterika elektrik boleh digunakan di bilik yang dikhaskan sahaja.
o Setiap peralatan elektrik yang hendak digunakan di asrama hendaklah didaftarkan terlebih
dahulu. Dapatkan borang pendaftaran elektrik dari Bilik Gerakan guru asrama. Peralatan yang
tidak didaftarkan akan dirampas.
o Jangan sekali-kali menggunakan alat elektrik yang telah rosak.
o Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada guru
asrama. Jangan cuba membaiki sendiri.
o Jangan menyentuh sebarang alat elektrik yang sedang digunakan jika tangan anda basah.
PERATURAN KESELAMATAN DIRI/HARTA BENDA SEMASA KEBAKARAN
o Apabila anda mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau asap, perkara pertama
yang mesti dilakukan ialah menyelamatkan nyawa anda dan rakan anda.
o Segera memberi amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin perkataan
Api...Api...Api...
o Sila hubungi bomba. (Sandakan: 089 - 214 444 / 2174144)
o Selamatkan barang-barang berharga kepunyaan anda seperti kad pengenalan, sijil-sijil
penting, buku buku dan wang jika anda berupaya membawanya dengan mudah. Jika
kebakaran sudah marak, lupakan barang-barang tadi. Anda perlu selamatkan nyawa anda
dahulu.
o Jika mengetahui ada rakan anda tidak berupaya untuk bergerak keluar dari asrama disebabkan
pengsan, cedera dan sebagainya, bantulah beramai ramai dengan membawanya keluar.
o Keluarlah dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang berhampiran dengan anda (seperti
dalam pelan setiap asrama).
o Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju ke padang kawad
untuk berkumpul.
29
KESELAMATAN WANG DI ASRAMA
o Pelajar tidak dibenarkan menyimpan sendiri (wang tunai) lebih dari RM 20.00.
o Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam bank atau dengan penasihat homeroom
yang berkenaan.
o Semua kad ATM mesti disimpan di tempat yang selamat. Pelajar digalakkan menyimpan kad
ATM dengan penasihat homeroom.
o Jika ingin mengeluarkan wang dengan kad ATM, bolehlah meminta bantuan penasihat
homeroom.
o Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera
kepada penasihat homeroom atau guru asrama.
KESELAMATAN UMUM
o Setiap penghuni asrama mesti melalui “Fire Drill” sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
o Penggunaan lingkaran ubat nyamuk, pelita dan lilin tidak dibenarkan.
o Setiap penghuni asrama seharusnya tahu menggunakan alat pemadam api semasa berlaku
kebakaran.
o Jika berlaku kecemasan sila hubungi Ketua Guru Asrama/Guru Asrama/Pengawal
Keselamatan dengan segera.
o Kemudahan “first-aid” boleh didapati daripada Guru Asrama/Bilik Rawatan/Bilik Gerakan Guru
Asrama/Ketua Guru Asrama/Pondok Pengawal.
TELEVISYEN
o Kemudahan televisyen disediakan di Dewan Selera dan Asrama.
o Berikut adalah jadual penggunaannya:
HARI PETANG MALAM
Isnin
Selasa 5.00 ptg – 5.30 ptg 9.30 mlm – 10.30 mlm
Rabu Dewan Selera Dewan Selera
Khamis
Jumaat 12.00 tgh – 1.30 ptg 8.30 mlm – 10.30 mlm
Asrama Asrama
Sabtu
10.30 pg – 5.30 ptg 9.30 mlm – 10.30 mlm
Ahad Asrama Dewan Selera
[Jadual ini tertakluk kepada pindaan ]
BILIK UTILITI
o Penggunaan alatan elektrik seperti seterika.
o Kebersihan bilik ini adalah tanggungjawab pelajar bersama.
o Pastikan suis alatan tersebut ditutup (Switched off) dan ditanggalkan dari “Socket” selepas
digunakan.
o Alatan tersebut hendaklah sentiasa berada di bilik utiliti dan menjadi satu kesalahan mana-
mana pelajar yang cuba meletakkan/menggunakan alatan ini di bilik penempatan pelajar.
BILIK KOSONG/ TIADA PENGHUNI
o Setiap bilik yang tiada penghuni ditegah daripada menggunakannya.
o Setiap peralatan di bilik ini jika berlaku kerosakan adalah tanggungjawab semua pelajar.
o Para pelajar dilarang menyidai sebarang pakaian kering/basah di dalam bilik kosong.
o Kebersihan bilik hendaklah dijaga bersama oleh pelajar.
TATATERTIB DI DEWAN SELERA
o Beratur semasa mengambil makanan. Dilarang memotong barisan.
o Sistem tempahan (booking) tidak dibenarkan.
o Sentiasa menjaga kebersihan dewan selera. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat
yang disediakan.
30
o Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan.
o Pakaian di dewan selera mestilah mengikut seperti yang ditetapkan dalam peraturan pakaian.
o Pelajar hendaklah memakai kasut atau sandal apabila ke Dewan Selera. Pemakaian Selipar
TIDAK dibenarkan.
o Pelajar-pelajar dilarang membawa keluar makanan, barang-barang atau alatan dari dewan
selera.
o Tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kawasan dalam kaunter agihan makanan.
o Pelajar mesti mematuhi waktu makan seperti dalam jadual harian/mingguan kehidupan
asrama.
BILIK SAKIT
o Pelajar yang sakit hendaklah melapor diri kepada Guru Asrama/Pembantu Tadbir Asrama dan
mengambil surat kebenaran untuk ke hospital.
o Pelajar yang sakit tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu-waktu persekolahan.
o Pelajar yang hendak keluar dari bilik ini wajib memberitahu Pembantu Tadbir Asrama jika waktu
persekolahan dan kepada Guru Asrama jika selepas waktu persekolahan.
o Kebersihan dan kekemasan bilik ini hendaklah sentiasa dijaga.
o Jangka masa tinggal di bilik rawatan tertakluk kepada keperluan dan jenis penyakit.
o Pelajar yang mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua dan Timbalan Pengetua untuk
berehat di bilik sakit akan dikecualikan daripada menghadiri kelas formal.
o Penyakit berjangkit pelajar berkenaan dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat
pengesahan dan rawatan daripada doktor atau mendapat kebenaran Pengetua/Timbalan
Pengetua Atau Ketua Guru Asrama.
o Waktu penggunaan bilik sakit pada hari persekolahan lelaki dan perempuan: Jam 8.00 pg
hingga 3.30 ptg.
o (Selepas Jam 3.30 ptg hendaklah mendapat kelulusan Ketua Guru Asrama/guru asrama)
o Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik sakit selepas jam 10.30 malam
o Jadual kenderaan (van) ke hospital:
HARI PAGI PETANG MALAM
Isnin 8.00 am
Selasa Kes kecemasan, 2.30 pm 7.00 pm
Rabu temu janji doktor Tempat menunggu: Kes kecemasan
Khamis dan pergigian. Pejabat Pentadbiran
sahaja
Jumaat Tempat menunggu:
Pejabat Tempat menunggu:
Depan Surau
Pentadbiran
KELUAR UNTUK SOLAT JUMAAT
o Pelajar hendaklah mematuhi masa pergi dan balik yang telah ditetapkan oleh pihak Maktab.
o Pelajar hendaklah mematuhi peraturan Pakaian solat jumaat.
o Pelajar hendaklah menjaga tertib dan adab semasa di masjid.
PERATURAN TAMBAHAN (UNTUK PELAJAR BUKAN ISLAM)
o Segala jenis aktiviti keagamaan tidak dibenarkan di kawasan maktab.
o Sebarang bentuk lambang keagamaan tidak dibenarkan dipamerkan di kawasan maktab.
o Segala bentuk tingkah laku dan percakapan yang boleh menyinggung sensitiviti agama,
bangsa dan kaum adalah dilarang sama sekali di Maktab.
o Segala jenis makanan yang tidak halal tidak dibenarkan di bawa ke maktab.
o Sebarang amalan keagamaan pada hujung minggu yang boleh menghalang pelajar daripada
menyertai aktiviti maktab adalah perlu dimaklumkan kepada Timbalan Pengetua (PP).
o Pelajar bukan islam boleh menghadiri upacara keagamaan di luar Maktab, tetapi pihak maktab
tidak bertanggungjawab menyediakan kemudahan seperti pengangkutan dan sebagainya.
31
WAKTU PELAJAR MENGOSONGKAN ASRAMA
Hari Pagi Petang
Isnin 6.30 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 9.30 malam
Selasa 6.00 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 9.30 malam
Rabu 6.30 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 9.30 malam
Khamis 6.00 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 9.30 malam
Jumaat 6.30 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 8.00 malam (Free Night)
Sabtu 10.00 pagi – 12.00 tgh 5.50 petang – 8.00 malam (Free Night)
Ahad 5.50 petang – 9.30 malam
-
JADUAL HARIAN
BILIK PELAJAR
o Ada identiti pelajar pada setiap bilik.
o Sifar sampah, habuk & sarang labah-labah.
o Tingkap bilik berkilat & tiada sebarang alatan/barangan diletakkan ditingkap
o Buku-buku /Peralatan disusun kemas.
o Dinding ceria & tidak dibenarkan menampal poster atau gambar yang tidak berkenaan.
o Tiada tuala mandi pelajar bergantungan dalam bilik/cube pada masa sesi persekolahan
berlangsung.
KIPAS DAN LAMPU
o Terdapat petunjuk pengecaman suis kipas & lampu
o Kipas & lampu berfungsi dengan baik
o Kipas bersih (tiada habuk & sarang labah-labah)
o Lampu Bersih (tiada habuk & sarang labah-labah)
KATIL DAN TILAM
o Katil berkeadaan selamat digunakan.
o Katil tersusun rapi.
o Keseragaman katil.
o Tilam berkeadaan baik dan tersusun.
o Tilam bercadar maktab.
CADAR, BANTAL & SELIMUT
o Ada cadar maktab pada tilam.
o Ada bantal dan sarung bantal maktab.
o Keseragaman warna cadar.
o Keseragaman warna sarung bantal.
o Cadar & bantal bersih dan kemas disusun.
o Selimut dilipat dengan elok di hujung katil.
ALMARI
o Ada ditampal kad identiti pelajar pada setiap almari pelajar.
o Almari berkeadaan baik.
o Almari boleh berkunci.
o Keseragaman susunan almari.
PAKAIAN DI DALAM ALMARI
o Pakaian yang berlipat, disusun dengan kemas.
o Pakaian yang digantung, tersusun rapi.
o Tiada pakaian kotor/berbau busuk dalam almari.
o Peralatan lain-lain tersusun rapi.
BILIK AIR [TANDAS,TEMPAT MEMBASUH,SINKI]
o Tiada sampah di lantai/mangkuk tandas/sink.
o Lantai bilik air bersih & tidak berlumut.
32
o Tiada saluran air tersumbat yang menyebabkan lantai bilik air bertakung.
o Sinki air tiada sampah,bersih dan tidak tersumbat.
o Pintu tandas berada dalam keadaan baik.
o Mangkuk tandas bersih.
o Dinding bilik air bersih & tidak berlumut.
o Tempat membasuh pakaian bersih.
o Peralatan mandi & membasuh pakaian diletakkan di suatu tempat khas & disusun kemas.
BILIK UTILITI
o Alat elektrik di susun kemas dan suis alatan dicabut plug selepas digunakan.
o Bilik berkeadaan bersih & ceria.
o Tiada peralatan ‘personal’ di bilik utiliti.
o Dinding bersih & tiada sarang labah-labah.
TONG SANITARI (ASRAMA PUTERI SAHAJA)
o Ada tong sanitari.
o Tong sanitari adalah mencukupi.
o Tong sanitari tersusun kemas & berlabel jelas.
o Pad pelajar tidak bersepah di luar tong sanitari.
RAK KASUT DAN KASUT
o Ada rak kasut untuk pelajar.
o Rak kasut mencukupi untuk pelajar.
o Rak kasut disusun kemas.
o Kasut-kasut disusun kemas pada rak kasut.
JADUAL BERTUGAS PELAJAR
o Ada carta organisasi asrama ditampal (nama ketua asrama, timbalan, bendahari,s/u & lain-
lain).
o Jadual bertugas membersih tandas oleh pelajar hendaklah ditampal di dinding luar bilik air.
o Jadual berugas membersih bilik utiliti oleh pelajar hendaklah ditampal di dinding bilik utiliti.
o Ada jadual bertugas kebersihan asrama (kipas, lampu, tingkap & lain-lain).
PERSEKITARAN BANGUNAN ASRAMA
o Tiada sampah.
o Ceria.
o Tong sampah berkeadaan baik.
o Longkang asrama bersih.
LANGSIR
o Bersih.
o Ceria.
o Seragam.
o Digantung dengan kemas.
AMPAIAN
o Ampaian berkeadaan elok.
o Tiada pakaian terbiar terjatuh dikawasan ampaian.
o Ada peraturan ampaian ditampal.
o Ampaian hendaklah dikosongkan sebelum jam 7.00 ptg.
o Persekitaran ampaian bersih.
33
PROSEDUR AMALAN KEBERSIHAN ASRAMA PADA SETIAP PAGI
ISNIN - JUMAAT
o Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar yang bertugas harian
iaitu:
Mengosongkan tong sampah;
Membersihkan tandas;
Mengemas bilik utiliti;
Membersihkan kawasan sekitar asrama; dan
Menyidai semula pakaian yang jatuh dari ampaian.
o Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh semua pelajar.
Mengemas katil, tilam dan loker;
Membawa keluar baldi yang diisi dengan pakaian kotor ke kawasan yang dikhaskan;
Memastikan tiada pakaian/peralatan yang digantung;
Menyusun kasut di rak kasut yang disediakan;
Menyapu lantai serta memastikan tiada sebarang peralatan di atas lantai; dan
Lain-lain tugas yang dirasakan sesuai dari masa ke semasa.
o Pemeriksaan kekemasan dan kebersihan asrama dilakukan oleh pihak JPA pada jam 6.00
pagi. Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan perlu
dipanggil oleh pihak JPA untuk mengemas semula.
SABTU
o Gotong-royong dijalankan meliputi perkara-perkara berikut:
Membersihkan kipas & lampu;
Membersihkan tingkap;
Mengemop lantai;
Membuang sawang dan sarang labah-labah;
Membersihkan longkang;
Membersihkan kawasan sekitar asrama;
Membersihkan tandas;
Mengemas bilik utiliti;
Mengosongkan tong sampah;
Mengemas katil, tilam dan loker;
Mengemas dan membersihkan kawasan ampaian baju;
Mengemaskan rak kasut; dan
Lain-lain tugas yang dirasakan sesuai dari masa ke semasa.
o Taklimat gotong-royong akan diberikan oleh pihak Guru Asrama bertugas pada jam 1.00
petang.
o Pemeriksaan kekemasan dan kebersihan asrama dilakukan oleh pihak JPA dan Guru Asrama
pada jam 4.30 petang.
o Semua pelajar dikehendaki berdiri di tepi katil masing-masing semasa pemeriksaan kebersihan
oleh pihak JPA. Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi piawaian kebersihan yang
ditetapkan perlu diarahkan untuk mengemas semula.
34
JADUAL BERTUGAS KEBERSIHAN BILIK ASRAMA
HARI MENGELAP MENYAPU MENGELAP MENYUSUN
ISNIN TINGKAP LANTAI KIPAS KASUT
Katil A & B Katil C & D Katil E & F Katil G & H
SELASA Katil C & D Katil E & F Katil G & H Katil A & B
RABU Katil E & F Katil G & H Katil A & B Katil C & D
KHAMIS Katil G & H Katil A & B Katil C & D Katil E & F
JUMAAT Katil A & B Katil C & D Katil E & F Katil G & H
SABTU Gotong-royong
AHAD Gotong-royong Gotong-royong Gotong-royong
Bilik Bilik Bilik Bilik
Katil A & B
Katil C & D Katil E & F Katil G & H
CONTOH CARTA ORGANISASI ASRAMA UNTUK SATU
ARAS
Guru Asrama Aras
|
Ketua Aras
|
Ketua Wing
|
Setiausaha
|
Bendahari
|
Jawatankuasa
|
Kebersihan kerohanian Kebajikan Kerosakan MQS
&STRIM
35
36
PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT
PEMILIKAN TELEFON BIMBIT
o Hanya satu telefon bimbit yang asas (smartphone atau telefon bimbit yang mempunyai kamera
atau boleh menyimpan data tidak dibenarkan).
KAEDAH PENGGUNAAN
o Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sewaktu sesi akademik, kelas
persediaan, program rasmi maktab dan program kerohanian kecuali dengan kebenaran pihak
maktab.
o Penggunaan telefon bimbit hanya di dalam kawasan asrama sahaja.
PENYALAHGUNAAN
o Penggunaan telefon perlulah selari dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.
o Kesalahan penggunaan telefon bimbit adalah seperti berikut :
Menghantar/menyimpan/melayari/memiliki/menjual/mengedar/membeli/bahan
berunsur porno/lucah dan seumpamanya
Menganggu pelajar lain (gangguan seksual )
Membuat ancaman, ugutan, memfitnah dan menghasut
Memburukkan mana-mana pelajar/kakitangan MRSM
Sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imej MARA
o Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi mana-mana
peraturan yang telah ditetapkan.
o Sebarang penyalahgunaan akan diambil tindakan tertakluk kepada Buku Peraturan
Pengurusan Disiplin Maktab 2016.
RAMPASAN/SIMPANAN/PEMULANGAN
o Sekiranya perkara yang berlaku sepertimana yang ditakrifkan mengikut kaedah penggunaan
dan penyalahgunaan, tindakan rampasan boleh dilakukan oleh pihak maktab.
o Setiap barang rampasan perlu di rekod dan dilabelkan berdasarkan nama pelajar, no. maktab,
kelas, tarikh rampasan, homeroom dan penasihat serta nama pelapor.
o Satu salinan pengesahan rampasan perlu diberikan kepada pelajar dan dikemukakan semasa
membuat tuntutan.
o Barang rampasan hendaklah disimpan di pejabat pentadbiran dibawah penyeliaan Timbalan
Pengetua (PP) dan mempunyai peti keselamatan yang berkunci setiap masa.
o Setiap pemulangan barang rampasan akan dikawal selia oleh Timbalan Pengetua (PP)
dengan kerjasama unit pengurusan asrama.
o Pemulangan hanya akan diberikan kepada pemilik asal melalui penjaga yang sah.
KEHILANGAN/KEROSAKAN/KESELAMATAN
o Pihak maktab tidak dipertanggungjawabkan atau/dan dipersalahkan sekiranya berlaku
sebarang kehilangan, kerosakan dan keselamatan barang rampasan sekiranya langkah-
langkah yang perlu telah diambil.
o Ibubapa/Penjaga tidak boleh menuntut gantirugi atau/dan mendakwa pihak maktab di
mahkamah di atas sebarang kehilangan dan kerosakan barang rampasan sekiranya langkah-
langkah yang perlu telah diambil untuk mengelakkannya berlaku atau berlaku bencana atau
kebakaran di tempat penyimpanan.
TAMAT
37
38