MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS,
IB WORLD SCHOOL
POLISI DAN PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)
PERATURAN PENGGUNAAN ALAT PERANTI PINTAR
1. Alat peranti pintar hendaklah didaftarkan dengan Unit ICT Maktab
2. Alat peranti pintar yang dibenarkan hanyalah terhad kepada telefon pintar dan/atau tablet
sahaja.
3. Pelajar hanya dibenarkan mendaftar/membawa/menggunakan maksimum SATU alat peranti
pintar sahaja.
4. Had penggunaan alat peranti pintar:
a. Penggunaan hanya sepanjang waktu akademik
b. Di luar waktu penggunaan yang dibenarkan, alat peranti pintar akan disimpan di loker
penyimpanan di Pusat Sumber Pembelajaran.
c. Alat peranti pintar tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa ke asrama atau di luar
kawasan Blok Akademik.
5. Penggunaan Media Sosial adalah DILARANG pada hari persekolahan (Isnin hingga Jumaat)
kecuali untuk tujuan pembelajaran dan kebenaran daripada guru.
6. Pelajar perlu menggunakan POWER BANK bagi tujuan mengecas alat peranti.
7. Pelajar TIDAK DIBENARKAN sama sekali membuat penyambungan wayar secara haram
untuk mengecas alat peranti pintar.
8. Penggunaan alat peranti pintar adalah TANGGUNGJAWAB PELAJAR SENDIRI. PIHAK
MAKTAB TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas apa-apa juga kerosakan,
kehilangan atau akibat daripada penggunaan alat peranti pintar.
9. Pihak maktab TIDAK akan bertanggungjawab, menanggung kos atau terbeban atas apa jua
jenis kemalangan atau musibah akibat daripada penggunaan peranti pintar oleh pihak pelajar.
10. Guru Homeroom TIDAK boleh memegang atau menyimpan alat peranti pintar pelajar.
11. Pihak maktab BERKUASA / BERHAK / BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN bagi
penggunaan alat peranti pintar yang difikirkan TIDAK BERMORAL atau MELANGGAR
PERATURAN. Antaranya:
a. Mengandungi unsur-unsur lucah atau tidak bermoral (Cth: black metal) samada dalam
bentuk teks / gambar / video / audio.
b. Mengandungi unsur-unsur mencaci / memalukan / menjatuhkan / mengugut / mengancam
keselamatan maktab, pihak pengurusan, guru-guru, pelajar-pelajar, pekerja-pekerja swasta
dan kakitangan.
c. Merancang untuk melanggar peraturan maktab sebagai contoh pencerobohan kawasan
larangan, perjumpaan di antara berlainan jantina atau perancangan untuk mencuri,
memukul, bergaduh, mengugut dan seumpamanya.
d. Merakam, menyalin, menyimpan dan menyebar gambar individu samada yang sama atau
berlainan jantina; atau gambar sendiri yang tidak menutup aurat / menjolok mata /
berkelakuan tidak senonoh dan tidak sopan.
e. Pihak maktab BERHAK untuk mengambil alat peranti pintar pelajar bagi tujuan
pemeriksaan atau siasatan tanpa perlu kebenaran atau dimaklumkan lebih awal atau
sebaliknya kepada pemiliknya pada bila-bila masa atau tempat yang difikirkan perlu.
f. Pemilik alat peranti adalah TERTAKLUK kepada sebarang perubahan peraturan
penggunaan alat peranti pintar dari semasa ke semasa.
g. Penguatkuasaaan peraturan-peraturan baru adalah di bawah takluk kuasa maktab.
Penguatkuasaan mana-mana peraturan yang difikirkan perlu boleh dilakukan TANPA
perlu mendapatkan persetujuan atau memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak terlibat.
h. Alat peranti pintar yang ditinggalkan tanpa pengawasan sama ada secara sengaja atau tidak
akan diramps oleh pihak maktab.
POLISI ICT (Internet and Communication Technology)
Polisi ICT ini WAJIB dipatuhi oleh pelajar. Polisi ini juga terpakai bagi mana-mana panduan
penggunaan alat peranti pintar di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens.
1. Definisi dan Jenis Alat Peranti
1.1. Alat peranti pintar didefinisikan sebagai alat komunikasi mudah alih elektronik yang
mempunyai paparan sesentuh digital dan mempunyai fungsi melebihi fungsi telefon mudah
alih ringkas seperti membuat panggilan video, mempunyai aplikasi maju seperti GPS, NFC
dan lain-lain
1.2. Alat peranti pintar yang dibenarkan untuk dibawa untuk program BYOD adalah seperti
berikut;
o Telefon Pintar (Smartphone)
o Tablet
1.3. Maksimum SATU(1) alat peranti SAHAJA untuk satu orang pelajar
2. Pendaftaran Alat Peranti Pintar
• Telefon bimbit mudah alih ringkas tidak perlu didaftarkan.
• Hanya alat komunikasi yang memenuhi definasi alat peranti pintar WAJIB di daftarkan
melalui Unit ICT Maktab
• Setiap alat peranti pintar yang didaftarkan perlulah ditampal dengan PELEKAT KHAS yang
akan diberikan semasa pendaftaran dibuat
• Pelekat khas WAJIB ditampal dan TIDAK BOLEH dipindah milik atau ditanggalkan.
• Sekiranya alat peranti pintar tiada pelekat khas, alat yang dibawa tersebut dikira sebagai alat
peranti yang tidak berdaftar dan pihak maktab berhak untuk merampas dan mengenakan
tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.
• Sekiranya pelekat khas rosak/hilang, pelajar WAJIB membeli semula pelekat tersebut.
• Jika peranti tidak daftarkan, pihak berhak merampas/menyita peranti yang dibawa.
• Semua pelajar WAJIB mengisi borang Akuan Penggunaan atau Dasar Keselamatan ICT
(DKICT)
• Pelajar TIDAK BOLEH menukar alat peranti pintar tanpa makluman dan kebenaran daripada
pihak maktab. Sekiranya pelajar bercadang untuk menukar alat peranti baharu, pelajar perlulah
membuat pendaftaran semula iaitu mengisi borang pendaftaran dan borang akur janji.
3. Sambungan Data dan Rangkaian Setempat
• Pelajar perlu digalakkan menggunakan WIFI maktab.
• Pelajar dibenarkan menggunakan “Mobile Data” ianya adalah tanggungjawab pelajar
sepenuhnya.
• Alat peranti pintar pelajar boleh disita sekiranya pelajar melakukan pencerobohan terhadap
talian internet atau rangkaian perkomputeran maktab yang lain.
• Pelajar juga boleh dikenakan hukuman jika didapati bersalah menceroboh serta menggodam
(hack) sistem ICT maktab.
4. Akta-akta yang dirujuk dalam pelaksaanaan program BYOD di MRSM Tun Mohammad
Fuad Stephens
i. Akta Berita Palsu 2018
ii. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
iii. Akta Fitnah 1957
iv. Akta Komunikasi & Multimedia 1998
v. Pelan Keselamatan ICT MARA versi 2.0
5. Keselamatan Peralatan
Bagi menjamin keselamatan penggunaan alat peranti, pelajar-pelajar perlu mematuhi perkara-perkara
berikut:
• Pelajar hendaklah menyemak dan memastikan semua peralatan ICT dibawah kawalannnya
berfungsi dengan baik
• Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas alat peranti masing-masing tidak
dibenarkan membuat sebarang pertukaran perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan
• Pelajar dilarang sama sekali menambah, menanggal atau mengganti sebarang perkakasan ICT
alat peranti yang telah ditetapkan
• Pelajar dilarang membuat pemasangan(install) sebarang perisian tambahan tanpa kebenaran
Unit 21st Learning Century.
• Pelajar mesti memastikan perisian antivirus di alat peranti mereka sentiasa aktif dan
dikemaskini disamping melakukan imbasan ke atas media storan yang digunakan.
• Pelajar mesti memastikan perisian antivirus di peranti pintar mereka sentiasa aktif dan dikemas
kini di samping melakukan imbasan ke atas media storan yang digunakan
• Penggunaan kata laluan/pattern untuk mengakses alat peranti adalah DIWAJIBKAN dan
pengguna adalah bertanggungjawan sepenuhnya terhadap katalaluan yang diberikan dan
dilarang sama sekali berkongsi atau memberi katalaluan kepada pelajar lain
• Semua alat peranti hendaklah disimpan atau diletakkan di tempat yang telah ditetapkan,
sebarang kecurian atau kehilangan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak maktab TIDAK
AKAN BERTANGGUNGJAWAB untuk membayar ganti rugi.
• Pelajar dilarang sama sekali mengubah kata laluan bagi pentadbir (administrator
password) yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Sistem ICT
Pemilihan, penggunaan dan pengurusan kata laluan sebagai laluan utama bagi mencapai
maklumat dan data dalam sistem mestilah mematuhi amalan terbaik serta prosedur yang
ditetapkan oleh Unit 21st Learning Century seperti yang berikut:
• Dalam apa jua keadaan dan sebab, kata laluan hendaklah dilindungi dan tidak boleh dikongsi
dengan sesiapa pun;
• Pengguna hendaklah menukar kata laluan apabila disyaki berlakunya kebocoran kata laluan
atau dikompromi;
• Panjang kata laluan mestilah sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan
aksara, angka atau aksara khusus;
• Kata laluan hendaklah diingat dan TIDAK BOLEH dicatat, disimpan atau didedahkan dengan
apa cara sekalipun;
• Kata laluan windows dan screen saver hendaklah diaktifkan terutamanya pada komputer
yang terletak di ruang guna sama;
• Kata laluan hendaklah tidak dipaparkan semasa input, dalam laporan atau media lain dan
tidak boleh dikodkan di dalam program;
• Kuatkuasakan pertukaran kata laluan semasa login kali pertama atau selepas login kali
pertama atau selepas kata laluan diset semula;
• Kata laluan hendaklah berlainan daripada pengenalan identiti pengguna.
PANDUAN PENGGUNAAN ALAT PERANTI DI BLOK AKADEMIK
Waktu penggunaan alat peranti adalah seprti berikut:
1. Penggunaan alat peranti hanya dibenarkan pada waktu Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc)
dengan pemantauan guru sahaja.
2. Penggunaan alat peranti hanya DIBENARKAN untuk kegunaan berdasarkan Pdpc sahaja.
Penggunaan aplikasi bukan akademik seperti MEDIA SOSIAL, APLIKASI PERMAINAN,
MEMBUAT PANGGILAN, dan MENGGUNAKAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS
(SMS) adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali KECUALI dengan kebenaran/pemantauan
guru.
3. Pelajar TIDAK DIBENARKAN sama sekali mengecas alat peranti di kawasan blok akademik,
Pusat Sumber Pembelajaran, Makmal, dan kawasan-kawasan lain selain daripada bilik sendiri di
asrama.
4. Penggunan Penggunaan alat peranti pada waktu rehat DIBENARKAN di kawasan ‘ZON BYOD’
SAHAJA iaitu di;
a) Interactive Path
b) Ruang menunggu
c) Pusat Pembelajaran Pelajar (PSP)
d) Science Park
5. Perkongsian data sesama pelajar TIDAK DIBENARKAN.
6. Tempat untuk mengecas alat peranti di kawasan blok pentadbiran, blok akademik, surau, dewan,
wisma pelajar dan Pusat Pembelajaran Pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN. Pelajar hanya
boleh mengecas alat peranti dengan menggunakan Power Bank sahaja dan wajib mematuhi panduan
pengecasan alat peranti yang telah ditetapkan.
7. Pelajar TIDAK DIBENARKAN merakam / menyalin / mengambil / menyimpan gambar semasa
proses PdPc tanpa kebenaran guru.
8. Sekiranya guru tidak membenarkan penggunaan alat peranti dalam proses pembelajaran, pelajar
perlu meletakkannya masing-masing di dalam kotak yang disediakan.
9. Penggunaan pada waktu Program Gemilang Bestari (PGB) TIDAK DIBENARKAN kecuali
dengan kebenaran dan pemantauan Guru
10. Pihak maktab berkuasa/berhak/boleh mengambil tindakan bagi penggunaan telefon bimbit yang
difikirkan TIDAK BERMORAL atau MELANGGAR SYARAT dan peraturan penggunaan telefon
bimbit maktab
11. Pihak Maktab BERHAK untuk mengambil alat peranti pelajar bagi tujuan pemeriksaan tanpa perlu
kebenaran atau dimaklumkan atau sebaliknya kepada pemiliknya pada bila-bila masa atau
tempat yang difikirkan perlu.
12. Sekiranya alat peranti didapati disalahgunakan, pihak maktab berhak merampas dan tidak
dibenarkan diambil semula serta akan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)
13. Pelanggaran peraturan seperti menggunakan alat peranti di luar masa penggunaan dan di luar
kawasan yang dibenarkan akan dikenakan tindakan seperti;
i. Kesalahan kali pertama
Pelajar perlu membuat surat rayuan dan berjumpa dengan guru homeroom
ii. Kesalahan kali kedua
Pelajar berjumpa dengan Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
iii. Kesalahan kali ketiga
Pelajar dan ibu bapa akan berjumpa dengan Pengetua
iv. Kesalahan kali keempat
Pelajar akan hilang kelayakan BYOD dan kesalahan akan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin
Maktab
PANDUAN PENGECASAN POWER BANK DI ASRAMA
Pengecasan Power Bank
i. Tempat untuk mengecas DI DALAM BILIK MASING-MASING SAHAJA. Pelajar TIDAK
DIBENARKAN untuk mengecas di blok pentadbiran, akademik, surau, dewan, kiosk PUM,
Pusat Sumber Pembelajaran, dan kawaan-kawasan lain selain daripada kawasan asrama.
ii. Pelajar TIDAK DIBENARKAN sama sekali membuat penyambungan wayar secara haram
pada alat kelengkapan elektrik untuk tujuan mengecas peranti.
iii. Pelajar perlu memastikan alat pengecas dimatikan serta ditanggalkan selepas selesai
menggunakannya. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan alat pengecas pada plug tanpa
digunakan. Sekiranya ingkar, alat pengecas tersebut boleh diambil oleh pihak Guru Asrama
iv. Pelajar juga TIDAK DIBENARKAN mengecas alat peranti tanpa pengawasan sendiri.
PANDUAN IBU BAPA
Program Bring Your Own Device (BYOD) merupakan amalan yang membenarkan pelajar untuk
membawa alat peranti mereka ke sekolah. Program ini dijangkakan akan meningkatkan jumlah
teknologi sedia ada yang terdapat di bilik darjah serta memberikan peluang kepada pelajar untuk
melakukan aktiviti praktikal (hands-on) yang melibatkan teknologi di dalam proses pembelajaran.
A. PENGENALAN DAN PENDAFTARAN
1. Siapa pelajar yang dibenarkan untuk membawa alat peranti untuk program BYOD?
Semua pelajar dibenarkan untuk membawa alat peranti untuk program BYOD.
2. Adakah pelajar WAJIB untuk membawa alat peranti untuk program ini?
Pelajar TIDAK WAJIB membawa alat peranti untuk program ini dan program BYOD adalah pilihan.
Pihak maktab juga TIDAK MEWAJIBKAN atau MEMINTA ibu bapa/penjaga untuk membeli alat
peranti baharu untuk kegunaan pelajar bagi program ini.
3. Apakah alat peranti yang dibenarkan untuk dibawa ke sekolah?
Pelajar HANYA dibenarkan untuk membawa alat peranti seperti telefon pintar (smartphone) dan tablets
sahaja. Alat permainan digital TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
4. Apakah yang ibu bapa/penjaga perlu lakukan sebelum membenarkan anak/jagaan mereka
membawa alat peranti ke sekolah?
Surat makluman mengenai BYOD akan diedarkan kepada ibu bapa. Selain itu, borang kebenaran,
pendaftaran, dan akur janji juga akan diberikan untuk dibaca dan difahami. Selain itu, ibu bapa perlu
menyatakan pendirian sama ada membenarkan atau tidak membenarkan anak/jagaan masing-masing
untuk membawa alat peranti ke sekolah. Borang-borang ini perlu diserahkan semasa pendaftaran alat
peranti bersama dengan bayaran yang telah ditetapkan.
5. Adakah pelajar dibenarkan untuk menggunakan alat peranti pada bila-bila masa?
TIDAK. Masa dan kawasan penggunaan alat peranti telah ditetapkan oleh pihak maktab berpandukan
kepada panduan yang terdapat di dalam Polisi BYOD.
B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR
1. Apakah tanggungjawab pelajar dalam menggunakan alat peranti di maktab?
Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap alat peranti masing-masing termasuklah penjagaan
keselamatan, penggunaan alat peranti dan sebagainya.
Contoh perbuatan yang tidak bertanggungjawab semasa menggunakan alat peranti di maktab;
- Meninggalkan/membiarkan alat peranti tanpa pengawasan
- Menggunakan telefon bimbit untuk tujuan tidak bermoral seperti menonton video lucah
- Tidak memasang perisian Anti-virus yang aktif di dalam alat peranti sendiri
2. Apakah yang akan dilakukan oleh pihak maktab sekiranya berlaku kehilangan atau salah
laku yang melibatkan penggunaan alat peranti?
Pihak maktab akan mengambil langkah yang sepatutnya mengikut panduan pengurusan disiplin pelajar.
Namun demikian, Pihak maktab tidak akan bertanggungjawab untuk membuat sebarang ganti rugi
sebarang kecuaian, kehilangan, dan kerosakan yang berlaku terhadap alat peranti.
3. Apakah contoh kaedah yang boleh dilakukan untuk menjamin keselamatan alat peranti?
Berikut adalah merupakan contoh kaedah yang boleh dilakukan untuk menjamin keselamatan alat
peranti;
- Memastikan loker berfungsi dengan baik termasuklah pintu loker mempunyai alat pengunci
yang berfungsi dengan baik.
- Melabel alat peranti agar mudah dikenalpasti
- Melindungi alat peranti dengan peralatan tambahan yang sesuai seperti cover, bag yang
bersesuaian dan sebagainya.
- Mempertimbangkan untuk memasang perisian atau aplikasi jejak alat peranti (Device Tracking
Software) agar memudahkan urusan pencarian telefon sekiranya berlaku kehilangan.
4. Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi panduan dan
polisi ICT yang telah ditetapkan oleh pihak maktab?
Sekiranya pelajar ingkar terhadap panduan dan polisi BYOD yang yang ditetapkan, pelajar akan
berhadapan dengan tindakan disiplin maktab termasuklah;
- Dirujuk kepada pihak pengurusan tertinggi MRSM
- Hilang kelayakan untuk membawa ala peranti
- Alat peranti akan diambil oleh guru/kakitangan atau pihak pengurusan
- Dirujuk kepada Penguatkuasa undang-undang
C. INTERNET
1. Adakah pihak maktab akan menyediakan sambungan internet (WIFI) kepada pelajar dalam
menggunakan alat peranti individu?
TIDAK. Pihak maktab TIDAK akan menyediakan sambungan internet (WIFI) kepada pelajar.
Pelajar perlukan menggunakan Mobile Data atau Modem Broadband sendiri untuk menggunakan
internet.
D. PERANAN IBU BAPA
Sebelum anak membawa alat peranti ke maktab
1. Membaca polisi dan panduan pelaksanaan program Bring Your Own Device (BYOD)
2. Mengisi borang kebenaran dan akur janji serta menyatakan pendirian sama ada membenarkan
atau tidak membenarkan anak/jagaan untuk membawa alat peranti ke maktab
3. Berbincang dengan anak/jagaan mengenai panduan dan poilis pelaksanaan BYOD
4. Menasihati anak/jagaan agar tidak melakukan perkara yang boleh mengakibatkan anak/jagaan
dikenakan tindakan disiplin
5. Memastikan alat peranti berfungsi dengan baik
6. Berbincang dengan anak/jagaan mengenai etika penggunaan alat peranti
7. Berbincang dan menasihat anak/jagaan mengenai perkara-perkara lain yang difikirkan perlu
Semasa pelaksanaan BYOD
1. Mengikuti dan mengambil tahu perkembangan penggunaan alat peranti oleh anak-anak
2. Sentiasa peka dengan perubahan polisi ataupun garis panduan pengguaan alat peranti.
3. Menasihati anak/jagaan mengenai etika penggunaan alat peranti