MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS
IB World School
PANDUAN PEMBAYARAN WANG
CARUMAN PELAJAR SECARA ATAS TALIAN
MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS
Education Hubs,
Bt. 10, Jalan Sg. Batang,
90000 Sandakan
Sabah
MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS
IB WORLD SCHOOL
BAYARAN BALIK PINJAMAN / WANG CARUMAN MELALUI MARA E-BAYAR
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, mulai April 2005 MARA telah menyediakan
kemudahan MARA e-Bayar iaitu bayaran balik pinjaman dan sewaan MARA secara elektronik
(perbankan internet, mesin ATM, SMS dan Mobile 3G) serta melalui kaunter bank. Kemudahan ini
disediakan melalui pakatan bestari bersama beberapa bank. Bank yang terlibat adalah seperti
berikut:-
1. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
2. Malayan Banking Berhad (MBB)
3. CIMB Bank Berhad (CIMB)
4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM)
5. AmBank (M) Berhad (Ambank)
6. Public Bank Berhad (PBB)
7. RHB Bank Berhad (RHB)
8. Affin Bank Berhad (Affin Bank)
9. Bank Simpanan Nasional (BSN)
10. JomPAY
11. MARAEPS
Salah satu kemudahan yang disediakan oleh MARA e-Bayar adalah perkhidmatan perbankan internet
di mana pelanggan dapat menjalankan transaksi pembayaran mereka secara dalam talian pada bila-
bila masa walau di mana jua mereka berada tanpa perlu datang ke kaunter bayaran MARA. Pelanggan
yang berada di luar negara juga boleh membuat bayaran melalui perbankan internet sekiranya mereka
mempunyai akaun yang aktif dengan bank-bank yang disenaraikan. Ini sekaligus dapat menjimatkan
masa dan memudahkan pelanggan MARA untuk membuat pembayaran.
Caj bayaran yang dikenakan bagi setiap transaksi ialah RM 1.00 oleh BIMB, MBB, Ambank, PBB, RHB
dan BSN. CIMB dan BKRM hanya mengenakan caj sebanyak RM 0.50 sahaja untuk setiap transaksi,
manakala tiada sebarang caj dikenakan kepada pelanggan yang membuat bayaran melalui Affin Bank.
Caj bank perlu ditanggung dan dibayar oleh pelanggan MARA kepada bank.
Selain daripada kemudahan MARA e-Bayar, pelanggan MARA boleh membuat bayaran di semua
kaunter pejabat pos.
Unit Pembangunan Pelajar
MRSM TMFS
Tahun 2020
MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS
IB WORLD SCHOOL
JENIS-JENIS KAEDAH /PANDUAN PEMBAYARAN YURAN DAN
CARUMAN BULANAN PELAJAR MELALUI MARA E-BAYAR
INSTRUMEN BAYARAN
BIL BANK/POS SECARA MOBILE MOBILE
ONLINE 3G APP
PANDUAN MEMBUAT BAYARAN KAUNTER ATM SMS CAJ BANK
1 www.bankislam.biz RM1.00
2 www.maybank2u.com.my RM1.00
3 https://www.cimbclicks.com.my RM0.50
4 www.irakyat.com.my RM0.50
5 ambank.amonline.com.my/ RM1.00
6 www.pbebank.com.my RM1.00
7 www.rhbbank.com.my RM1.00
8 www.affinbank.com.my PERCUMA
9 – NIL – RM1.00
10 – NIL – PERCUMA
11 JomPAY PERCUMA
12 https://bayar.maraeps.my/ PERCUMA
NOTA PENTING :
BAYARAN DIBUAT MENGGUNAKAN NO AKAUN MARA PELAJAR
MASING-MASING.SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI NO AKAUN MARA
SENDIRI.
Unit Pembangunan Pelajar
MRSM TMFS
Tahun 2020
PEMBAYARAN
MELALUI
BANK ISLAM
MALAYSIA
BERHAD(BIMB)
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
A. BAYARAN MELALUI PERBANKAN INTERNET
1.1 Mendaftar di dalam bankislam.biz user
1.1.1 Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Islam. Pilih “Other Transaction
/ Lain-lain” kemudian pilih “Bank Islam Internet Banking
Registration” pada menu yang dipaparkan.
1.1.2 Masukkan 6 digit pilihan sebagai kata laluan. Sahkan kata laluan
tersebut dengan masukkan semula kata laluan yang dipilih.
1.1.3 Layari laman web www.bankislam.biz untuk mendaftar menggunakan
kemudahan perbankan internet. Klik ikon “First Time User”. Mesej
pertanyaan sama ada nombor pin internet banking telah dimiliki
daripada mesin ATM Bank Islam akan dipaparkan. Tekan butang OK
untuk paparan menu seterusnya.
1.1.4 Syarat-syarat dan terma penggunaan kemudahan internet akan
dipaparkan. Tekan butang Yes kemudian Continue setelah membaca
syarat-syarat dengan teliti.
1.1.5 Masukkan nombor kad ATM Smart Card Bank Islam dan kata laluan
Internet Banking yang diperolehi dari mesin ATM. Tekan butang
Submit untuk meneruskan pendaftaran online.
1.1.6 Menu “Online Registration User Info” akan dipaparkan. Masukkan
user ID dan kata laluan serta maklumat peribadi. Tekan butang
Continue untuk menu berikutnya.
1.1.7 Menu “Online Registration Confirmation” akan dipaparkan untuk
mengesahkan permohonan menggunakan perkhidmatan perbankan
internet berjaya. Tekan butang Log out untuk keluar dari laman web
atau butang Continue jika ingin terus menggunakan perkhidmatan.
1.2 Membuat bayaran kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui
Perbankan Internet
1.2.1 Layari laman web www.bankislam.biz dan klik ikon login untuk
menggunakan perkhidmatan internet.
1.2.2 Masukkan No ID dan Password yang telah dipilih ketika mendaftar di
medan yang berkenaan. Tekan butang Logon.
1.2.3 Menu Internet Banking akan dipaparkan. Klik ikon “Open Bill
Payment” di bawah tajuk Bill Payments.
17
1.2.4 Menu “Open Bill Payment” akan dipaparkan untuk memasukkan
maklumat bayaran. Pilih jenis bayaran kepada MARA sama ada untuk
bayaran balik pinjaman kakitangan atau bayaran balik pinjaman /
yuran pengajian daripada senarai yang disediakan pada medan Service
Provider. Masukkan nombor akaun pinjaman dan amaun. Setelah
semua maklumat lengkap, tekan butang Pay untuk menu seterusnya.
Open Bill Payment
as of 08/06/2005 03:29 PM
Payment Details
Service Provider Majlis Amanah Rakyat(MARA)-Bayaran Balik Pinjaman/Yuran Pengajian
Loan 330404893334 View Details
Account/Student
Matrix Number
Contact Number
Source Account Savings Account 14041020297748
Amount 100.00 MYR
Details
Pay
Note: You will be charged a commission fee of RM1.00 per successful transaction.
1.2.5 Selepas itu menu “Open Bill Payment-Verification” akan
dipaparkan. Semak semua maklumat pembayaran. Setelah pasti semua
maklumat adalah betul, tekan butang Confirm mengesahkan
pembayaran.
1.2.6 Skrin untuk memaklumkan transaksi telah berjaya dibuat akan
dipaparkan. Cetak skrin tersebut untuk disimpan sebagai rujukan serta
bukti pengesahan bayaran.
1.2.7 Klik ikon “Logout” untuk keluar dari laman web setelah selesai
membuat bayaran secara online.
18
B. BAYARAN MELALUI PERKHIDMATAN ATM
1.3 Mendaftar menggunakan perkhidmatan ATM
1.3.1 Pengguna perlu mempunyai akaun bank BIMB serta kad smart ATM
BIMB dan telahpun mendaftar sebagai pengguna Internet.
Pengguna perlu mendaftarkan no.akaun pinjaman MARA melalui
laman web www.bankislam.biz seperti berikut:
a) Pilih menu Bill Payment
b) Pilih Bill Payment Maintenance
c) Pilih Add
d) Pilih Service Provider – Majlis Amanah Rakyat (Pinjaman
atau Pinjaman Kakitangan)
e) Masukkan no. akaun pinjaman MARA
f) Masukkan nama pemegang akaun bank
g) Sahkan maklumat yang dimasukkan
h) Setelah ‘Succesful message’ dipaparkan, semak
i) ‘Summary’
j) Senarai no. akaun pinjaman MARA & ‘Code Payee
Corporation’ untuk setiap akaun pinjaman akan dipaparkan
(‘Code Payee Corporation’ untuk MARA ialah 585X)
k) Guna ‘Code Payee Corporation’ untuk membuat bayaran
1.4 Membuat pembayaran kepada MARA melalui perkhidmatan ATM
1.4.1 Masukkan kad ATM BIMB dan tekan nombor PIN.
1.4.2 Pilih menu “LAIN-LAIN” kemudian menu “PEMBAYARAN
BIL”.
1.4.3 Pilih akaun bank yang ingin didebitkan kemudian masukkan Nombor
Kod Penerima (Code Payee Corporation).
1.4.4 Masukkan Amaun yang ingin dibayar.
1.4.5 Membuat pengesahan terhadap transaksi yang dibuat sebelum
mengambil slip penyata sebagai slip transaksi. Slip Transaksi akan
mengandungi :
a) Tarikh
b) Masa
c) Nama “Service Provider-MARA”
d) No Akaun Pinjaman Peminjam
e) Amaun
19
C. BAYARAN MELALUI PERKHIDMATAN SMS
1.5 Mendaftar menggunakan perkhidmatan SMS
1.5.1 Pengguna perlu mempunyai akaun bank BIMB serta kad smart ATM
BIMB dan telahpun mendaftar sebagai pengguna Internet.
1.5.2 Pergi kemana-mana mesin ATM Bank Islam. Pilih menu “LAIN-
LAIN” kemudian menu “PENDAFTARAN PERBANKAN SMS
BANK ISLAM”.
1.5.3 Masukkan 10 digit nombor telefon bimbit pengguna.
1.5.4 Setelah selesai, mesej urusniaga berjaya dikemaskini dipaparkan pada
skrin ATM.
1.5.5 BIMB akan menghantar nombor PIN (5 digit) melalui SMS kepada
pengguna. Pengguna diarahkan menukar nombor PIN tersebut.
1.5.6 Pengguna perlu menukar nombor PIN tersebut dengan menghantar
nombor PIN baru kepada BIMB melalui SMS. Nombor PIN baru
adalah mengikut pilihan pengguna (5 digit). Caranya seperti berikut:
a) Taipkan CPIN<SPACE>No PIN Lama<SPACE>No PIN
Baru<SPACE> No PIN Baru
Contohnya: CPIN 35402 56789 56789
b) Hantarkan kepada 32462
c) BIMB akan menghantar pengesahan melalui SMS bahawa
nombor PIN telah ditukar.
1.5.7 Pengguna perlu mendaftarkan No.Akaun pinjaman MARA & Kod
Penerima melalui laman web www.bankislam.biz seperti berikut :-
a) Pilih menu Bill Payment
b) Pilih Bill Payment Maintenance
c) Pilih Add
d) Pilih Service Provider – Majlis Amanah Rakyat (Pinjaman
atau Pinjaman Kakitangan)
e) Masukkan no. akaun pinjaman MARA
f) Masukkan no. telefon bimbit
g) Masukkan nama pemegang akaun bank
h) Sahkan maklumat yang dimasukkan
i) Setelah ‘Succesful message’ dipaparkan, semak
j) ‘Summary’
k) Senarai no. akaun pinjaman MARA & Kod Penerima
(Code Payee Corporation) untuk setiap akaun pinjaman
20
akan dipaparkan (Code payee corporation untuk MARA
ialah 585X)
l) Guna “Code Payee Corporation” untuk membuat bayaran
melalui SMS.
Pengguna SMS yang juga pengguna ATM tidak perlu lagi
mendaftarkan No.Akaun pinjaman MARA dan
mendapatkan Kod Penerima (Code Payee Corporation).
Sekiranya telah mendapatkan No.akaun pinjaman MARA
dalam salah satu kemudahan tersebut.
1.6 Membuat Pembayaran Melalui Perkhidmatan SMS
1.6.1 Pilih “Write Message”
1.6.2 Taip mesej mengikut format yang betul. Mesej format adalah seperti
berikut:
BPY<SPACE>FRA/C<SPACE>PAYEE<SPACE>AMT
<SPACE>PIN
Contoh:
FRA/C : 1234 (Empat digit terakhir nombor akaun simpanan / no
akaun semasa)
PAYEE : 5851 (Nombor Kod Penerima MARA)
AMT : 500.00 (Jumlah wang )
PIN : 56789 (5 digit nombor PIN pilihan)
Mesej format adalah :
BPY 1234 5851 500 56789
Format mesej SMS boleh didapati di laman web www.bankislam.biz
atau Kad Panduan SMS di mana-mana cawangan BIMB.
1.6.3 Tekan butang “Send”
1.6.4 Masukkan kod 32462
1.6.5 Tekan butang “OK”
1.6.6 Untuk setiap transaksi yang berjaya, BIMB akan menghantar
pengesahan melalui SMS seperti berikut:
Transaction Successful. Bill Payment – MARA amount RM 500
from 1234. Your 1234 balance is RM XXX.XX
Ref: xxxxxx.bankislam.SMS
21
KAEDAH
PEMBAYARAN
MELALUI
MALAYAN BANKING
BERHAD (MAYBANK)
PANDUAN MENGGUNA SISTEM PUNGUTAN AGENSI LUAR (SPAL)
1. MAYBANK BERHAD
INTERNET
1.1 Mendaftar di dalam Maybank2u.com
1.1.1 Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank atau Mayban Finance
1.1.2 Pilih Maybank2u Services di menu utama
1.1.3 Pilih Maybank2u Application.
1.1.4 Masukkan 6 angka nombor PIN Maybank2u.com
1.1.5 Masukkan sekali lagi nombor PIN Maybank2u.com untuk pengesahan. Sebagai langkah
keselamatan, nombor PIN tidak akan dicetak ke atas resit.
1.1.6 Setelah mendapatkan nombor PIN dari mesin ATM, layari laman web Maybank2u.com di
www.maybank2u.com
1.1.7 Pilih ikon First Time Login di laman web. Menu terma dan syarat-syarat akan dipaparkan.
Pastikan syarat-syarat dibaca dengan teliti sebelum menekan butang Accept yang terdapat di
bawah paparan tema dan syarat-syarat pendaftaran
Member Services
Login>
First Time
Login>
1.1.8 Menu selamat datang akan dipaparkan. Pada paparan menu tersebut, masukkan nombor kad
ATM Maybank di medan Access Number.
Kad ATM adalah kad yang digunakan untuk memohon nombor PIN Maybank2u.com.
Masukkan 6 digit nombor PIN Maybank2u.com sebelum menekan butang Activate
Welcome
Please enter your Access Number and PIN to access Maybank2u.com
Online Financial Services
Access No :
PIN :
1.1.9 Skrin login yang baru akan dipaparkan. Masukkan nama pengguna dan kod laluan pilihan di
medan Username dan Password. Masukkan kata laluan sekali lagi untuk pengesahan sebelum
menekan butang Confirm. Pastikan nama dan kata laluan tersebut digunakan pada masa
hadapan.
Welcome
Please enter your Username and Password to access Maybank2u.com Online
Financial Services
Username : Demo
New Password :
Confirm
Password :
Clear Confirm
1.1.10 Skrin borang maklumat peribadi akan dipaparkan. Lengkapkanmaklumat didalam borang
tersebut. Kemudian klik butang Submit untuk menghantar maklumat secara online.
1.2 Membuat bayaran kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Internet
1.2.1 Layari laman web Maybank2u.com di www.maybank2u.com. Klik ikon Login. Masukkan
nama pengguna dan kod laluan di medan yang berkenaan sebelum menekan butang login
1.2.2 Klik ikon Accounts & Banking. Seterusnya klik Bill Payment dan kemudian Make a one-off
payment sebagaimana paparan berikut:
1.2.3 Klik Education & Education Loans* dan seterusnya pilih Majlis Amanah Rakyat (MARA).
*Semua jenis pinjaman MARA (pinjaman pelajaran/pendahuluan/usahawan dll) diletakkan di
bawah kategori Education & Education Loans.
1.2.4 Masukkan Amaun (Amount), Nombor Akaun MARA (MARA Account No.)*, Tarikh bayaran
hendak dibuat (Effective Date) dan Nombor Kad Pengenalan (IC No.) dalam medan yang
berkenaan. Tekan butang Continue untuk langkah seterusnya.
*Nombor Akaun MARA adalah 12 digit nombor akaun pinjaman dengan MARA yang
bermula sama ada digit 33/34/35/60/61/63/69/82/89/90/91/94/95/96/97/98/99 (rujuk contoh di
bawah) bergantung kepada jenis pinjaman dengan MARA. Sebagai contoh, bagi pinjaman
pelajaran Nombor Akaun MARA bermula dari digit 33 dan diikuti 10 digit nombor
seterusnya, bagi pembiayaan usahawan Nombor Akaun MARA bermula dari digit 60 dan
diikuti 10 digit nombor seterusnya.
1.2.5 Pada paparan menu berikutnya, semak semua maklumat adalah betul. Setelah memastikan
semuanya betul, tekan butang Confirm untuk mengesahkan bayaran yang dibuat.
1.2.6 Setelah selesai, klik ikon Log Out untuk keluar dari laman web.
1.3 Membuat bayaran secara berulang/ bayaran tetap secara bulanan.
1.3.1 Pilih Add recurring payment
1.3.2 Pilih agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA)
1.3.3 Masukkan amaun yang hendak dibayar setiap bulan, No Akaun MARA, No Kad Pengenalan
dan Tarikh mula dan akhir bayaran yang hendak dibuat.
PERBANKAN INTERNET MELALUI TELEFON MUDAH ALIH (M2U MOBILE)
2.1. Mendaftar sebagai pengguna M2U Mobile
2.1.1. Daftar di Maybank2u.com atau pergi ke ATM Kawanku.
2.1.2. Muat turun M2U Mobile dari sms yang diterima.
2.1.3. Short form penggunaan M2U Mobile adalah seperti berikut :-
Simbol atau Perkataan Keterangan
Cr atau + Kredit - Kemasukan wang atau
Dr atau - dipindahkan ke Akaun Pelanggan
Tranx Debit – Pengeluaran wang atau pindahan
Desc dari Akaun Pelanggan
Transaksi
Keterangan bayaran
2.1.4. Pilih menu Continue.
2.1.5. Skrin pendaftaran M2U Mobile akan dipaparkan. Masukkan 6 digit Activation Key.
2.1.6. Pilih menu Activate
2.1.7. Skrin berikutnya akan dipaparkan. Masukkan katalaluan bagi kemasukan ke M2U Mobile
iaitu 8 – 12 digit. Pastikan nama dan kata laluan tersebut digunakan pada masa hadapan.
2.1.8. Pilih menu Activate
2.2. Membuat bayaran kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui M2U Mobile
2.2.1. Pilih menu Bill Payment dan pilih menu Go.
2.2.2. Seterusnya pilih menu Registered Bill. Jika anda belum mendaftarkan MARA sebagai
‘Registered Bill’, sila buat pendaftaran melalui maybank2u.com terlebih dahulu sebelum
membuat bayaran melalui M2UMobile. Kemudian pilih menu Go.
2.2.3. Pilih MARA dan menu Go.
2.2.4. Pilih Akaun yang hendak didebitkan, masukkan Amaun yang hendak dibayar dan pilih menu
Go.
2.2.5. Skrin Preview akan dipaparkan. Semak maklumat yang dipaparkan dan pilih menu Confirm
jika maklumat adalah betul. Jika mahu meminda maklumat, pilih menu Back.
2.2.6. Skrin pengesahan bayaran akan dipaparkan. Pilih Exit jika tiada bayaran /transaksi lain atau
Main Menu jika mahu membuat bayaran / transaksi lain.
KAEDAH
PEMBAYARAN
MELALUI
CIMB BANK BERHAD
1. CIMB BANK
INTERNET
1.1 Mendaftar di dalam Cimb Clicks
1.1.1 Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB
1.1.2 Pilih “Others / Lain-lain” di menu utama
1.1.3 Pilih “Clicks e” pada menu seterusnya.
1.1.4 Masukkan 6 digit kata laluan. Kata laluan mestilah selain dari kata
laluan kad ATM
1.1.5 Masukkan sekali lagi kata laluan untuk pengesahan. Jika berjaya, mesej
“Clicks e-PIN accepted” akan dipaparkan
1.1.6 Cetak resit. Untuk keselamatan, kata laluan tidak akan dicetak diatas
resit.
1.1.7 Setelah mendapatkan nombor PIN dari mesin ATM, layari laman web
CIMB di www.cimbclicks.com.my
1.1.8 Klik ikon “FirstTime Login” di laman web. Masukkan nombor kad
ATM dan e-Pin yang diperolehi dari mesin ATM serta butir-buitr lain
yang diperlukan.
1.1.9 Klik butang Accept yang terdapat di bawah bahagian “Terms and
Conditions”. Klik butang Submit untuk menghantar borang on-line.
1.2 Membuat bayaran kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui
internet
1.2.1 Layari laman web CIMB di www.cimbclicks.com.my
Klik ikon Login. Masukkan User ID dan Password. Kemudian klik
butang Submit untuk paparan menu seterusnya.
1.2.2 Klik ikon “Pay Bills” untuk paparan menu seterusnya seperti berikut:
1.2.3 Pilih akaun yang hendak membuat bayaran daripada pilihan yang
disediakan di medan From. Kemudian pada medan To, klik ikon
Finance & Loan Repayments untuk mendapatkan senarai penerima
bayaran dan pilih Majlis Amanah Rakyat (MARA) daripada senarai.
1.2.4 Masukkan Nombor Akaun Mara, Nombor Kad Pengenalan dan
Amaun di medan yang berkenaan. Medan-medan berikut wajib diisi
sebelum menekan butang Submit
1.2.5 Kemudian semak pembayaran yang ingin dibuat. Pastikan semua
maklumat adalah betul. Setelah pasti mengenai pembayaran yang ingin
dibuat, masukkan nombor TAC dan tekan butang Confirm untuk
mengesahkan pembayaran.
1.2.6 Skrin “Bill Payment Acknowledgement” akan dipaparkan untuk
memaklumkan transaksi telah berjaya dibuat. Tekan butang Print untuk
mencetak skrin untuk disimpan sebagai rujukan.
1.2.7 Setelah membuat pembayaran, keluar dari laman web dengan menekan
ikon log out pada atas sebelah kanan menu.
KAEDAH
PEMBAYARAN
MELALUI
BANK KERJASAMA
RAKYAT MALAYSIA
(BKRM)
BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT)
1. INTERNET
1.1. Mendaftar didalam irakyat.com.my
1.1.1. Lawat mana-mana ATM Bank Rakyat yang berhampiran.
Masukkan kad dan tekan nombor PIN ATM anda. Skrin
"Sila Pilih Transaksi Anda" akan dipaparkan. Pilih
menu "Lain-lain".
1.1.2. Seterusnya pilih "T-PIN Perbankan Internet".
1.1.3. Masukkan 6 digit nombor T-PIN Sementara pilihan anda.
Masukkan semula T-PIN tersebut untuk pengesahan.
Anda diingatkan untuk menghafal nombor T-PIN anda.
Untuk tujuan keselamatan, T-PIN tidak akan dicetak
pada mana-mana resit ATM.
1.1.4. Layari laman web www.bankrakyat.com.my dan pilih ikon
irakyat untuk mendaftar menggunakan kemudahan
perbankan internet. Klik ikon “First Time Login User” .
Mesej pertanyaan samada katalaluan internet banking
telah dimiliki. Tekan butang OK untuk paparan menu
seterusnya.
1.1.5. Klik ikon ‘For first time login user, please click here
to register”. Masukkan nombor kad ATM dan nombor T-
Pin anda. (Nombor T-PIN boleh diperolehi melalui mesin
ATM Bank Rakyat) dan ikut arahan seterusnya yang
diberikan.
1.1.6. Sekiranya proses pendaftaran anda tidak berjaya, sila
hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat (BRCC) di talian
603-2117 9000 (waktu pejabat).
1.1.7. Layari laman web www.bankrakyat.com.my dan klik ikon
irakyat untuk menggunakan perkhidmatan internet.
1.1.8. Masukkan Username dan Password yang telah dipilih
ketika mendaftar di medan yang berkenaan. Tekan
butang Logon.
1.2. Pendaftaran Agensi Pembayaran Bil
1.2.1. Sila pilih menu “Request TAC” ataupun “Permohonan
Kod Pengesahan Transaksi (TAC) dan tekan “Confirm”
ataupun “Hantar”. Kod TAC akan dihantar melalui SMS ke
telefon bimbit anda.
1.2.2. Pilih menu “Payment Services/ Perkhidmatan
Pembayaran”. Pilih menu “Register Bill Payee” ataupun
“Pendaftaran Penerima Bil”. Pilih “MARA” sebagai “Bill
Payee” dan masukkan nombor rujukan akaun di MARA di
“Bill Account No.” Klik “Submit” ataupun “Hantar”
apabila selesai dan skrin akan menunjukkan status
seperti dibawah.
1.2.3. Masukkan Kod Pengenalan Transaksi (Transaction
Authentication Code) dan klik ikon “Confirm”. Mesej
pendaftaran penerima bil telah berjaya dibuat akan
dikeluarkan.
1.3. Membuat bayaran kepada Majlis Amanah Rakyat
(MARA) melalui internet
1.3.1. Pilih menu “Payment Services”. Selepas itu pilih menu
“Bill Payment” dan skrin di atas akan dipaparkan untuk
memasukkan maklumat bayaran. Pilih akaun anda pada
ruangan “Transfer From”. Pilih MARA di ruangan “Pay
To” dan masukan Nombor Kad Pengenalan di ruangan
“Bill Reference No.”. Kemudian masukkan amaun yang
akan dibayar kepada MARA di ruangan “Amount”.
1.3.2. Semak semua maklumat pembayaran. Setelah pasti
semua maklumat adalah betul, tekan butang “Submit”
bagi mengesahkan pembayaran tersebut. Sila cetak slip
transaksi apabila selesai proses pembayaran sebagai
bukti bayaran telah dibuat.
2. PEMBAYARAN MELALUI MESIN ATM:
NOTA: Pembayaran melalui mesin ATM hanya disediakan untuk
pemegang akaun Bank Rakyat sahaja.
2.1. Mendaftar sebagai Pengguna Mesin ATM:
2.1.1. Pelanggan perlu mendaftar di kaunter bagi agensi-agensi
yang diingini dengan menggunakan Borang Permohonan
/ Penyelenggaraan Perkhidmatan Perbankan Elektronik.
Isi maklumat di ruangan Butiran Pelanggan dan ruangan
Pendaftaran Bayaran Bil Setempat. Di ruangan
Pendaftaran Bayaran Bil Setempat, tuliskan Nama
Agensi adalah MARA dan Nombor Akaun adalah
Nombor rujukan akaun di MARA. Contoh Borang
Permohonan / Penyelenggaraan Perkhidmatan Perbankan
Elektronik adalah seperti dibawah:
2.2. Membuat bayaran kepada Majlis Amanah Rakyat
(MARA) melalui mesin ATM
2.2.1. Kunjungi mana-mana mesin ATM Bank Rakyat.
2.2.2. Masukkan kad ATM anda dan pilih menu “Bayaran Bil”.
2.2.3. Pilih nombor akaun simpanan yang dipaparkan.
2.2.4. Pilih Nama agensi yang diingini iaitu MARA.
2.2.5. Pilih Nombor Akaun yang terlibat iaitu Nombor Akaun
Rujukan di MARA yang ingin dibayar.
2.2.6. Masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar dan pilih
“Tekan Jika Betul”.
2.2.7. Transaksi selesai. Semak ‘Pay Slip’ yang dikeluarkan oleh
mesin ATM.
KAEDAH
PEMBAYARAN
MELALUI
AMBANK(M)
BERHAD (AMBANK)
How to activate your AmOnline
ATM/Credit Card Holders/Prepaid Card Holders
1. Apply for an AmBank ATM / Credit Card / Prepaid Card
2. Go to ambankgroup.com and select AmOnline . Click 'First Time Login' and register yourself.
Note:
Use your ATM Card PIN or Credit Card TPIN to complete the registration process.
Transaction Authorization Code (TAC) will be sent to your mobile phone when you
register your mobile phone number at any AmBank ATMs. You can also obtain TAC from
AmBank Contact Centre (03- 2178 8888).
New Security Feature:
The security image in AmOnline is to help customers identify fake / scam sites (phishing
sites). Customers are required to choose an image and set it as their Security Image. The
next time the customer logs into the account, he/she has to ensure that the image they
have chosen appears before they key in their password.
For more information, please call our Contact Centre at 03-2178 8888 or email to
[email protected].
1
AmOnline Login Page
- To key in the login ID and password
2
To pay Bills and Dues for MARA as Registered Payee
-Choose option menu from the list on the left
3
1 Add and view payee in Manage My Bills and Dues
Add payee characters for payee name preferred for MARA
Verify adding payee to the system
Payee successfully added characters for Card Number
4
2 After added, view payee in drop down list
Payee has been listed inside ‘My Registered Bills and Dues’
a) My Registered for single transaction
Add transaction to list - Pay from SA
5
Submit Transaction
Confirm the transaction
Verify the transaction.
6
b) My Registered for multiple transactions
Add transaction to list - Pay from CA and SA
Adding first and second transaction – Pay from CA and SA
Submit the transaction
7
Confirm the transaction
Verify the transaction
Oneoff Bills and Dues for MARA as non-registered payee
8
Add transaction in list – pay from Current Acct
Confirm the transaction
Verify the transaction
For Future Payment – for registered payee
9
Select registered payee, choose pay fromacc, key in Bill Acct No and IC, amount to pay, choose the
effective date and frequency of payment
Confirm the transaction
Verify the transaction
10
Payment summary listed after log out from AmOnline System.
11
KAEDAH
PEMBAYARAN
MELALUI
PUBLIC BANK
BERHAD(PBB)
DRAFT
PANDUAN MENGGUNA SISTEM PUNGUTAN AGENSI LUAR (SPAL)
1. PUBLIC BANK BERHAD
INTERNET
1.1 Mendaftar di dalam PBeBank.com menerusi ATM
Ikut langkah-langkah yang dinyatakan seperti berikut :-
3. PBeBank.com Registration via ATM
You may now register for our Internet Banking service via any of our Automated Teller Machines (ATMs) nationwide. All you need
is your PR BankCard to obtain your First-Time Login UserID and Password.
With these simple steps, you can gain access to PBeBank.com immediately!
At the ATM Menu:
Enter your preferred 6 digit PIN Number for PBeBank.com and we will provide you with the First-Time User ID on the
ATM slip. Log-on to PBeBank.com and click on "Login here" to begin your Internet Banking experience. You will be required to
change both your UserID as well as your password.
So apply now for "PBeBank.com" Internet Banking service at your nearest PBB ATM!
1.2 Mendaftar di dalam PBeBank.com di mana-mana cawangan Public Bank
Berhad yang berhampiran
Ikut langkah-langkah yang dinyatakan seperti berikut :-
4. PBeBank.com Registration via Branches
Applying for this service is easy. Simply fill out the appropriate form below and submit it with the relevant documents to your
closest branch.
Application form for Individual/Joint/Sole Proprietor
Application form for Partnership/Company/Organisation
For further information, please feel free to contact PBeBank.com Customer Support at 603-2179 5000 or e-mail us at
[email protected].
1.2.1 Setelah mendapatkan nombor PIN dari mesin ATM atau dari
cawangan Public Bank yang berkenaan, layari laman web
PBeBank.com di www.pbebank.com
1.2.2 Pilih ikon Login Here di laman web. Masukkan ID Pengguna dan
Kata Laluan.Menu terma dan syarat-syarat akan dipaparkan. Pastikan
syarat-syarat dibaca dengan teliti sebelum menekan butang Accept
yang terdapat dibawah paparan tema dan syarat-syarat pendaftaran.
Untuk login kali pertama, tukar ID Pengguna dan Kata laluan, pilih
‘memorable question’ dan masukkan jawapannnya, masukkan alamat
e-mail dan klik butang ‘submit’.
1.2.3 Menu ‘Congratulation Page’ akan dipaparkan. Klik butang “login’.
1.2.4 Skrin login yang baru akan dipaparkan. Masukkan ID pengguna dan
Kata laluan di medan ‘Username’ dan ‘Password’. ‘Welcome Page’
akan tertera.
1.2.5 Skrin login yang baru akan dipaparkan. Masukkan nama pengguna dan
kod laluan pilihan dimedan Username dan Password. Masukkan kata
laluan sekali lagi untuk pengesahan sebelum menekan butang
Confirm. Pastikan nama dan kata laluan tersebut digunakan pada
masa hadapan.
1.2.6 Skrin borang maklumat peribadi akan dipaparkan. Lengkapkan
maklumat didalam borang tersebut. Kemudian klik butang Submit
untuk menghantar maklumat secara online.
1.3 Membuat bayaran kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui
Internet
1.3.1 Layari laman web PBeBank.com di www2.pbebank.com. Klik ikon
Login. Masukkan nama pengguna dan kod laluan di medan yang
berkenaan sebelum menekan butang login.
1.3.2 Sila ikuti langkah-langkah seperti dinyatakan di skrin ini.
1.3.3 Pilih Majlis Amanah Rakyat (MARA) daripada senarai di dalam
medan Corporation Name. Kemudian tekan butang Next untuk
paparan menu seterusnya.