The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Terendak 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jliana28, 2022-08-04 18:07:46

Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Terendak 2022

Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Terendak 2022

CARTA
ORGANISASI
MUAFAKAT

BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA
CAWANGAN MRSM TERENDAK SESI 2021-2023

HJ KADIR BIN DEWA

Penasihat (Pengetua)

EN MUHAMMAD HANAFI BIN HAMISAN

Pengerusi (TPPP)

EN RAZALI BIN MOHAMED @ RAMLI CIK JUHAIDA BT MUHAT ANUAR

Ex- Officio (TPPB) Ex- Officio (TPKA)

KOL MOHD RASIDI BIN MUHAMMAD

Yang Di Pertua (Ibu bapa/penjaga)

NORAZWANI BT NOOR DATIN WAN AZIZAH BT ABD RAHMAN SULIANA BT MOHD ISA

Setiausaha Kehormat (Guru) Naib Yang Di Pertua (Ibu bapa/penjaga) Bendahari Kehormat (Guru)

-- NORFAZILAH BT ABDULLAH

Penolong Setiausaha (Lantikan YDP) Juruaudit Dalaman (Guru)

NOOR RAUDHIAH BT ABU BAKAR

Juruaudit Dalaman (Ibu bapa/penjaga)

RONNY IZWAN BIN JALALUDIN@HAMZAH MOHAMMAD AZAM BIN MOKHTAR

AJK Lantikan YDP (Ibu bapa/penjaga) AJK (Guru)

SALWANI SUHAIDA BT MUKHTAR RUZANA BT MUHAMAD

AJK Lantikan YDP (Ibu bapa/penjaga) AJK (Guru)

DATIN FARAH EZORA BT ISMAIL SABARIAH BT OSMAN

AJK Lantikan YDP (Ibu bapa/penjaga) AJK (Guru)

SHAHAZAEL BIN MOHD SHAMSUDDIN FADZLIN BT MOHAMED FEDDER

AJK Lantikan YDP (Ibu bapa/penjaga) AJK (Guru)

SYARENA BT MOHAMED AZURIN HANIM BT JAMALUDDIN

AJK (Ibu bapa/penjaga) AJK (Ibu bapa/penjaga)

IRINA BT ABDUL RAHMAN BAZLI BIN MOKHTAR

AJK (Ibu bapa/penjaga) Pengerusi Tetap

IR MOHAMAD FARID BIN MUSTAFA DATO’ MOHAMED BIN IBRAHIM

AJK (Ibu bapa/penjaga) Timbalan Pengerusi Tetap

KAMARUDDIN BIN HARUN
AJK (Ibu bapa/penjaga) MOHD. AZAMRI BIN KANDARI

AJK (Ibu bapa/penjaga)

HELNA NADINA BT ABDUL HALIM

AJK (Ibu bapa/penjaga)

BIRO AJK MUAFAKAT SESI 2021/23

• Biro Keselamatan & Infrastruktur

En Shahazael, Pn Salwani & En Azamri

• Biro Multimedia

En Ronny Izwan & Datin Farah

• Biro Kebajikan

Pn Syarena & En Kamaruddin

• Biro Pengangkutan

Pn Helna Nadina & Pn Azurin Hanim

• Biro Ekonomi

Datin Wan Azizah & Ir Mohd Farid

Tel: 06- 357 3008 Fax: 06- 357 3049 e-mel: [email protected]
Facebook: OFFICIAL MUAFAKAT MRSM Terendak

MASA ATURCARA

9.30 pagi - Pendaftaran ibu bapa, para guru/ ahli berdaftar
- Kata alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa

9.45 pagi - Ucapan alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan MRSM Terendak,
Tn Kol Mohd Rasidi bin Muhammad

- Ucapan Perasmian oleh Pengetua MRSM Terendak,
Tn Hj Kadir bin Dewa

- Mesyuarat Agung Tahunan bermula

AGENDA

10.00 pgi - Ucapan Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan MRSM Terendak bagi memulakan

MAT 2022

- Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT kali ke-20

bagi tahun 2021

- Hal-hal berbangkit

- Pembentangan laporan dan pengesahan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT bagi tahun

2021/2022

- Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan MUAFAKAT bagi tahun

berakhir 31 Disember 2021

- Pemilihan tiga orang Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan

- Pembentangan Usul dan cadangan bertulis bagi tahun 2022

- Hal-hal lain

- Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan oleh YDP

- Sesi bergambar

12.00 - Majlis bersurai

tengahari

MINIT MESYUARAT AGUNG
BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TERENDAK

KALI KE-20 (2021)

Tarikh : Sabtu 13 November 2021
: 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Masa
: Dewan Budiman, MRSM Terendak Melaka/ Google Meet
Tempat
: Rujuk Lampiran 1
Kehadiran
AJK : (1) Ucapan Aluan dan Perasmian
Agenda (2) Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19 2020
(3) Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT 2020/21
(4) Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan MUAFAKAT oleh
Bendahari
(5) Pembubaran Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT sesi 2019/2021 Cawangan MRSM
Terendak
(6) Perlantikan Pengerusi Sementara bagi AGM
(7) Perlantikan Pengerusi Tetap & Timbalan Pengerusi Tetap
(8) Perlantikan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT sesi 2021/2023 Cawangan MRSM
Terendak
(9) Perlantikan Juruaudit-juruaudit
(10) Pemilihan 3 orang Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan
(11) Pembentangan Usul dan cadangan bertulis 2021
(12) Hal-hal berbangkit
(13) Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan oleh YDP

Item Perkara

1.0 Ucapan Aluan dan Perasmian

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En Mohamad Sahiran bin Sharif. Bacaan doa disempurnakan oleh
Ustaz Muhamad Huzairin bin Mokhtar. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 129 orang ahli mesyuarat
yang terdiri di kalangan AJK,guru dan ibu bapa.

1.2 Ucapan salam dan alu-aluan oleh Tn Kol Mohd Rasidi bin Muhammad, YDP MUAFAKAT MRSM
Terendak.

YDP MUAFAKAT turut merakamkan:
(i) Ucapan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan semua AJK, para guru dan ibu bapa yang
sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT
MRSM Terendak kali ke-20 2021.
(ii) Meluahkan rasa teruja kerana kali pertama melangsungkan MAT secara hibrid iaitu secara
bersemuka dan atas talian melalui aplikasi Google Meet.
(iii) Mohon agar segala isu dan usul dibincangkan secara kekeluargaan.

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

Item Perkara
1.3 Ucapan alu-aluan dan perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Kadir bin Hj Dewa, Pengetua MRSM
Terendak, Penasihat MUAFAKAT MRSM Terendak.

Tn Pengetua turut merakamkan:
(i) Ucapan terima kasih dan mengalu-alukan para hadirin ke Mesyuarat Agung Badan
MUAFAKAT MRSM Terendak kali ke-20 2021.
(ii) Memaklumkan tentang kerja naik taraf di maktab termasuk Pejabat, Dewan Budiman
(pentas), Bilik Gerakan, Studio dan juga asrama.
(iii) Perancangan untuk membesarkan pintu masuk utama maktab bagi menyelesaiakan
masalah kesesakan.
(iv) Proses menggantikan saluran paip bawah tanah dan kerja pembersihan tangki utama akan
dijalankan.
(v) Makmal akan dinaik taraf mengikut fasa bermula Januari 2022.
(vi) Membentangkan analisis SPM 2019 dengan ringkas dan padat.
(vii) Merasmikan Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT MRSM Terendak kali ke-20 bagi tahun
2021.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19 bagi tahun 2020

2.1 Tn YDP dan Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Agung ke-19 bagi tahun 2020.

2.2 Pn Sulina bt Yahaya mencadangkan agar minit mesyuarat Agung ke-19 lalu diterima dan
diluluskan. Cadangan ini disokong oleh Datin Farah Ezora.

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT 2020/21

3.1 Tn YDP membentangkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dengan jayanya (sebelum PKP) antaranya
Gotong-royong perdana, aqiqah dan iftar perdana, goodies kudapan untuk slot gemilang SPM & PT3,
Program Motivasi Anda Hebat dan sumbangan langsir untuk kelas. Namun begitu, beberapa aktiviti
yang dirancang terpaksa ditangguhkan setelah negara dilanda pandemik Covid-19.

3.2 En Shahazael bin Mohd Shamsuddin mencadangkan agar laporan aktiviti tahunan MUAFAKAT yang
lalu diterima dan diluluskan. Cadangan ini disokong oleh Pn Norhazan bt Abd Rahman.

4.0 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan MUAFAKAT 2020 oleh Bendahari
4.1 En. Firdause bin Ab Razak selaku Bendahari, membentangkan Laporan Kewangan dengan pendapatan

dan perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir pada 31-Dis-2020.

4.2 En. Fairos bin Othman mencadangkan agar Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember
2020 diterima dan diluluskan. Cadangan ini disokong oleh En Zainudin bin Mihat.

5.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT sesi 2019/2021 Cawangan MRSM Terendak

5.1 Tn Kol Mohd Rasidi bin Muhammad, YDP MUAFAKAT beserta AJK MUAFAKAT sesi 2019/2021 akan
menyerah tugas kepada AJK terkini yang akan dilantik.

6.0 Perlantikan Pengerusi Sementara

6.1 En Muhamad Huzairin bin Mokhtar mencadangkan En Mohamad Sahiran bin Sharif dilantik sebagai
Pengerusi Sementara bagi MAT 2021. Cadangan ini disokong oleh En Tajul Aarif bin Husin. Terdapat
satu sahaja nama yang dicalonkan bagi maka calon diistiharkan menang tanpa bertanding.

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

Item Perkara
7.0 Perlantikan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
7.1
7.2 En Shahazael bin Mohd Shamsuddin mencadangkan En Ahmad Bazli bin Mokhtar dilantik sebagai
7.3 Pengerusi Tetap. Cadangan ini disokong oleh En Saharudin bin Ahmad.
Datin Hjh Wan Azizah bt Hj Abd Rahman mencadangkan Dato’ Muhamed bin Ibrahim dilantik
8.0 sebagai Timbalan Pengerusi Tetap. Cadangan ini disokong oleh En Ahmad Bazli bin Mokhtar.
8.1 Bagi kedua-dua jawatan ini, terdapat satu sahaja nama yang dicalonkan bagi setiap satu jawatan
maka calon-calon diistiharkan menang tanpa bertanding.
8.2
Perlantikan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT sesi 2021/2023 Cawangan MRSM Terendak

Terdapat empat pencalonan bagi jawatan Yang Dipertua dengan undian tertinggi jatuh kepada Tn
Kol Mohd Rasidi Bin Muhammad. Pn Nor Aminah bt Abdul Manan mencadangkan cadangan
ditutup. Cadangan disokong oleh Pn Norhazan bt Abd Rahman.

Terdapat lima pencalonan bagi jawatan Naib Yang Dipertua dengan undian tertinggi jatuh kepada
Datin Hjh Wan Azizah bt Hj Abd Rahman. Datin Farah Ezora bt Ismail mencadangkan cadangan
ditutup. Cadangan disokong oleh Pn Nor Aminah bt Abdul Manan.

8.3 Bagi jawatan AJK Ibu bapa, terdapat sembilan pencalonan. Setelah proses pengundian berlangsung,
tujuh orang AJK Ibu bapa yang terpilih adalah:
I. Pn Syarena bt Mohamed
II. Pn Azurin Hanim bt Jamaluddin
III. Pn Irina bt Abdul Rahman
IV. IR Mohamad Farid b Hj Mustafa
V. En Kamaruddin b Harun
VI. Mohd Azamri B Kandari
VII. Pn Helna Nadina Bt Abdul Halim
Datin Hjh Wan Azizah bt Hj Abd Rahman mengesahkan senarai AJK tersebut. Pengesahan disokong
oleh Tn Kol Mohd Rasidi bin Muhammad.

8.4 Barisan Pengurusan telah melantik calon bagi jawatan Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan AJK
guru iaitu:
I. Pn Norazwani bt Noor selaku Setiausaha Agung
II. Pn Suliana bt Mohd Isa selaku Bendahari Agung
III. En Muhammad Nor Hakim bin Bahrim (AJK)
IV. Pn Ruzana bt Muhamad (AJK)
V. Pn Sabariah bt Osman (AJK)
VI. Pn Haniza bt Mat Hassan (AJK)

Pn Norhazan bt Abd Rahman mengesahkan senarai AJK tersebut. Pengesahan disokong oleh En
Shahazael bin Mohd Shamsuddin.

8.5 Berikut adalah AJK lantikan YDP bagi AJK Ibu bapa:
I. En Ronny Izwan Bin Jalaludin @Hamzah
II. Pn Salwani Suhaida bt Mukhtar

III. Datin Farah Ezora bt Ismail
IV. En Shahazael bin Mohd Shamsuddin

Pn Faridah bt Abd Majid mengesahkan senarai AJK tersebut. Pengesahan disokong oleh En. Fairos
bin Othman

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

Item Perkara
9.0
Perlantikan Juruaudit-juruaudit

9.1 Bagi jawatan juruaudit, calon diistiharkan menang tanpa bertanding disebabkan tiada pencalonan.
Juruaudit 1 yang dilantik adalah Pn Noor Raudhiah bt Abu Bakar dan Juruaudit 2 ialah Pn
Norfazilah bt Abdullah.

10.0 Perlantikan Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan

10.1 Berikut adalah nama yang diputuskan sebagai perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT
Kebangsaan:
Tn Kol Mohd Rasidi bin Muhammad (YDP)
Datin Hjh Wan Azizah bt Hj Abd Rahman (NYDP)
Pn Norazwani bt Noor (SUC)

Pn Rohasilamiah bt Mohamed mengesahkan senarai AJK tersebut. Pengesahan disokong oleh
En Saharudin bin Ahmad.

11.0 Pembentangan Usul dan Cadangan Bertulis 2021

11.1 MUAFAKAT menerima usul-usul dan cadangan bertulis seperti yang berikut untuk dibentangkan dalam
MAT kali ini:

USUL/CADANGAN 1: Cadangan untuk meningkatkan keselamatan akibat ancaman monyet dan
kebersihan di dewan makan.

Pencadang:
En Mohd Zulhairni Bin Ibrahim (Nur Delisya Liyana Binti Mohd Zulhairni 1A1)/
En Mohd Zolzamzuri Hasan (Fatin Nadia Binti Mohd Zolzamzuri 1A2)

USUL/CADANGAN 2: Kemudahan pengeluaran wang serta e-wallet di Koperasi MRSM Terendak.
Pencadang:
Pn Farah Sahira Binti Abdul Wahid (Nur Aisya Dania Binti Mohd Roslan, 2A3)/
En Muhammad Najib Bin Jaafar (Muhammad Naiman Bin Muhammad Najib, 5A2)

USUL/CADANGAN 3: Sentiasa mengemaskini maklumat di Portal Rasmi/Laman rasmi Facebook.
Pencadang:
En Muhammad Najib Bin Jaafar (Muhammad Naiman Bin Muhammad Najib, 5A2)

USUL/CADANGAN 4: Mengawal penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar.
Pencadang:
En. Shahrani b. Sapiee (Alya Batrisyia bt Shahrani, 1B3)

USUL/CADANGAN 5: Bincang pencapaian pelajar dengan mereka dan mengadakan career talk.
Pencadang:
Pn Sevi Krisnawati binti Kamil (Sarah binti Madzri , 5A1)
Pn Nor Hidayaty Mohd Nor (Hannah Safiah binti Ahmad Muhaimin, 4A1)

Muka surat 2 / 3

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

Item Perkara
USUL/CADANGAN 6: Cadangan memperbanyakkan tempat perjumpaan semasa pelawat datang.
Pencadang:
En Azizul b. Mohamad (Dhia Irdina binti Azizul, 2B1)

USUL/CADANGAN 7: Menambah bilangan mesin basuh di asrama.
Pencadang:
Pn Nabeelah binti Rusli (Muhammad Riezqee Adha bin Dzul Azmie , 1A2)

USUL/CADANGAN 8: Jangan terlalu banyak kerja sekolah untuk memberi ruang bagi anak-anak
membuat latih tubi dan tidur secukupnya.

Pencadang:
En Zaini bin Kasan (Putri Nur Amna Nafeesa binti Zaini, 5B2)

USUL/CADANGAN 9: Menaik taraf dan membaiki kerosakan tandas.
Pencadang:
Pn Nur Sarah Abdullah (Mikail Mirza bin Nor Azlan, 1A2)

USUL/CADANGAN 10: Adakan minggu bahasa dan kelas bahasa asing untuk para pelajar.
Pencadang:
Pn Farah Deba Fuad ('Izz Muhammad bin Kamarulzaman, 1B2)
Sila rujuk Lampiran 2 untuk dapatan terhadap usul yang dibahaskan serta huraian yang lebih
terperinci.
11.2 Terdapat beberapa usul tambahan yang telah di usulkan semasa MAT berlangsung. Pembentangan
usul diterima baik dan perbahasan usul telah diselesaikan dengan sepakat. Sila rujuk Lampiran 2.

12.0 Hal-hal berbangkit
12.1 YDP memohon jasa baik ibu bapa merujuk masa bagi tingkatan anak-anak untuk kembali ke maktab.

Diingatkan supaya mematuhi jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakkan (perlu patuh
SOP).
12.2 Ujian swab akan dijalankan di Dewan Budiman. Hanya seorang ibu/bapa/penjaga sahaja yang
dibenarkan untuk bersama dengan pelajar.
13.0 Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung
13.1 Tn YDP merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada
barisan AJK MUAFAKAT baharu. Tidak dilupakan kerja keras dan komitmen yang diberikan oleh
semua AJK MUAFAKAT sesi terdahulu. Sokongan pengurusan dan semua pihak telah membantu
untuk menjayakan aktiviti maktab demi kegemilangan anak-anak serta MRSM Terendak.

Muka surat 3 / 3

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

Item Perkara
13.2 Mesyuarat Agung ditangguhkan pada jam 12.25 tengah hari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

NORAZWANI BT NOOR TN KOL MOHD RASIDI BIN MUHAMMAD
Setiausaha Yang DiPertua
Badan MUAFAKAT MRSM Terendak Badan MUAFAKAT MRSM Terendak

Muka surat 4 / 3

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

LAMPIRAN 1

SENARAI KEHADIRAN AJK:

Hadir: 1) Tn Kol Mohd Rasidi bin Muhammad - YDP
2) Pn Hjh Wan Azizah Abdul Rahman - NYDP
3) Tn Haji Kadir bin Haji Dewa - Pengetua (Penasihat)
4) Cik Juhaida bt Muhat Anuar - TPKA
5) En Razali bin Mohamed @ Ramli - TPPP
6) En Muhammad Hanafi bin Hamsan - TPPB
7) Pn Norazwani bt Noor - Setiausaha
- Bendahari
8) Pn Suliana bt Mohd Isa
9) En Ronny Izwan bin Jalaludin @ Hamzah - AJK Ibubapa
10) En Fairos bin Othman
11) Pn Salwani Suhaida binti Mukhtar - AJK Ibubapa
12) En Zainuddin bin Mihat
13) Datin Farah Ezora binti Ismail - AJK Ibubapa
14) En Shahazael bin Mohd Shamsuddin
15) En Muhammad Nor Hakim - AJK Ibubapa

16) Pn Sabariah bt Osman - AJK Ibubapa

- AJK Guru

- AJK Guru

Tidak Hadir 1) Pn Haniza bt Mat Hassan - AJK Guru
dengan Izin: 2) Pn. Ruzana bt Muhammad - AJK Guru

LAMPIRAN 1 Muka surat L1-1 -1

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

Usul LAMPIRAN 2

1.0 DAPATAN USUL MESYUARAT AGM KE-20 (2021)
Masalah Monyet dan
kebersihan Dewan Dapatan
Makan Kebersihan Dewan Makan dan penyediaan makanan sentiasa dipantau
oleh pihak pengurusan serta Kementerian Kesihatan.

Guru-guru dan warden sentiasa mengingatkan pelajar agar menutup
pintu dewan setiap kali masuk dan keluar.

Nota:
i. Mohon ibubapa juga sentiasa ingatkan anak-anak untuk tutup
tingkap dan pintu dengan rapat setiap kali keluar dari bilik asrama.

2.0 Koperasi MRSM Terendak adalah agen Bank Rakyat dan kemudahan
Servis e- pengeluaran wang turut disediakan. Para pelajar perlu buka akaun Bank
wallet di Rakyat bagi menggunakan perkhidmatan ini.
Koperasi

3.0 Aktiviti dan program maktab sentiasa dikemaskini. Boleh dapatkan
Mengemaskini maklumat terkini di saluran berikut:
Portal
Rasmi/laman a) Laman Web Rasmi MRSM Terendak
Facebook maktab http://terendak.mrsm.edu.my

4.0 b) Laman Facebook Official MUAFAKAT MRSM Terendak
Penggunaan
telefon pintar Peraturan penggunaan telefon pintar telah dikemaskini dan taklimat
sudah disampaikan kepada guru dan pelajar. Peraturan tersebut akan
dikongsikan ke kumpulan Whatsapp Ibu bapa.

Nota: Pihak Pengurusan sentiasa mengingatkan para pelajar agar
i. tidak menyalahguna kemudahan ini. Penggunaan telefon
pintar sepatutnya digunakan sebaiknya untuk membantu
pembelajaran.

LAMPIRAN 2 Muka surat L2-1-4

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

Usul Dapatan

5.0 a) Para guru dan Kaunselor sentiasa bersedia untuk membimbing para
Perbincangan guru- pelajar.
pelajar dan bimbingan
kerjaya b) Data headcount dan sasaran turut dikongsi dengan pelajar untuk
memastikan mereka menunjukkan peningkatan.

c) Pelbagai program pembangunan pelajar disediakan bagi
menyiapkan pelajar untk menghadapi SPM dan dunia kerjaya nanti.

Nota:

i. Beberapa program seperti Mock Interview, Rundingcara
Akademik dan lain-lain tertangguh akibat PKP.

6.0 Tn. Pengetua menyambut baik cadangan ini. Beliau mencadangkan
Adakan kutipan derma MUAFAKAT melancarkan Tabung Wakaf Gazebo bagi memudahkan
untuk membeli kerusi kutipan sumbangan.
taman/perbanyakkan
tempat perjumpaan Nota:
ketika ibu bapa
melawat i. Sumbangan dari semua pihak amat dialu-alukan.

7.0 Ruang yang sempit menghadkan bilangan basuh untuk ditempatkan di
Manambah bilangan blok-blok asrama.
mesin basuh layan diri
di asrama Nota:

i. Pihak pengurusan akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk
memudahkan urusan anak-anak di asrama.

8.0 Guru-guru akan cuba menyelaraskan tugasan dan kerja agar bersesuaian
Pelajar perlu ruang dengan ruang masa yang ada bagi setiap pelajar.
masa untuk
menyiapkan diri untuk
menghadapi SPM
(Homework jangan
terlalu banyak)

9.0 Tuan Pengetua sentiasa prihatin dengan kebajikan anak-anak. Kerja
Menaik taraf dan pembaikkan dan naik taraf sentiasa dibuat, sedikit demi sedikit.
memantau kerosakkan
tandas

LAMPIRAN 2 Muka surat L2-2-4

Usul Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

10.0 Dapatan
Wujudkan
minggu Bahasa MRSM Terendak menawarkan kelas Bahasa kepada semua pelajar.
dan kelas Selain itu, kelas Bahasa asing juga ditawarkan (berasaskan
Bahasa asing kelab/persatuan) seperti Kelab Mandarin. Pihak maktab menyambut
cadangan baik mengadakan English Week/ Arabic Week di peringkat
maktab.

USUL TAMBAHAN

Usul Tambahan Dapatan

1.0 Pelajar sememangnya mempunyai peraturan dan tatacara penggunaan
Penggunaan telefon telefon. Mohon ibu bapa sentiasa mengingatkan anak-anak agar
pintar ketika mematuhinya. Waktu padam lampu di asrama pada jam 11 malam mesti
memerlukan sahaja. dipatuhi dan mereka sepatutnya tidur selepas itu.
ika di asrama, hadkan
sehingga jam 11 Nota:
malam) i. Sila rujuk dapatan usul 4.0
(Pn Pn Nabeelah binti
Rusli, Muhammad
Riezqee Adha bin Dzul
Azmie, 1A2)

2.0 Usaha untuk mewujudkan KURM (Kelab Udara dan Renang Malaysia)
Perkenalkan sedang diusahakan di mana individu terlatih akan dilantik selaku
Kelab Renang jurulatih Kelab tersebut. Guru kita, Pn Rozinah bt Jamaludin juga
(Pn Farah bersedia menjadi guru penasihat bagi kelab tersebut.
Deba bt
Fuad, ‘Izz
Muhammad
bin Kamarul
zaman, 1B2)

LAMPIRAN 2 Muka surat L2-3-4

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-20 (2021)

3.0 Untuk tujuan keselamatan, kemudahan Charging port disediakan di
Adakah Charge telefon Koperasi dengan bayaran serendah RM1 bagi sekali penggunaan. Pelajar
bimbit tidak dibenarkan dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini di Koperasi pada:
di asrama? (Pn Hasniza a) Waktu rehat pada hari persekolahan, pelajar boleh ambil semula
Shaari)
selepas pulang dari sekolah
b) Di antara jam 2 hingga 5 petang pada hari persekolahan
c) Jam 8.00am-12.30 tengahari pada hari Sabtu

4.0 Sukan Taekwando dan beberapa lagi yang disebutkan memang ada dan
Adakan sukan bola sentiasa bergerak aktif sebelum dan juga semasa pandemic (secara atas
lisut, T-ball dan talian). Cadangan tersebut di sambut baik dan akan dipertimbangkan bagi
Taekwando di maktab yang mewujudkan sukan/permainan yang belum ada di maktab.
(Pn Faizura Fuad)

5.0 Penjualan baju/ kemeja-T yang tidak berkaitan dengan program maktab
Jualan baju yang tidak memang tidak dibenarkan. Penjualan yang bukan dari pihak maktab
berkaitan dengan sepatutnya tidak berlaku
program maktab
membebankan ibu Nota:
bapa (Pn Azizah bt
Basrom) i. Pihak maktab memohon kerjasama ibu bapa untuk
memantau dan melaporkan dengan segera untuk maktab
bertindak sekiranya perkara sebegini berulang.

6.0 MARA telah melancarkan program menu baharu di setiap MRSM bermula
Sediakan menu Januari 2022, dimana:
makan malam a) Menu disesuaikan mengikut selera setempat mengikut zon di seluruh
yang lebih
mengenyangkan Malaysia
(Pn Harlizah bt b) Disemak dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Abdul Rahman) c) Menu makan malam seperti mee rojak digantikan dengan nasi berlauk

atau pilihan makanan yang lebih mengenyangkan.

LAMPIRAN 2 Muka surat L2-4-4






Click to View FlipBook Version