The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78446933, 2021-11-22 08:11:20

ADAB TAHUN 3 - CINTAKAN SUNNAH RASULULLAH

Pedagogi pendidikan islam sekolah rendah

adab tahun 3
CINTAKAN SUNNAH
RASULULLAH S.A.W

oleh ustazah aiesyah
dzhafiera

pimk 2073r

pedagogi pendidikan
islam sekolah rendah

TUGASAN 1:
Penghasilan Produk

Tarikh hantar:
22 November 2021

Aiesyah Dzhafiera binti Zulkifli
2021202400095

PDPP Ambilan Jun 2021
Kumpulan 2.12
Pensyarah:

Puan Norma binti Senik

penghargaan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan
saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan baik dan sempurna.

Hasil kerja ini adalah berkat dari sokongan dan bantuan yang
diterima dari pelbagai pihak. Antaranya ialah sokongan keluarga
dan rakan-rakan ipg saya. Tanpa bantuan mereka dan berkat
pertolongan dari Allah Taala, saya pasti tidak dapat
menyiapkannya dengan baik.

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Puan Norma binti Senik kerana tidak lelah
membimbing kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kami
tidak pernah dibiarkan terkontang kanting. Sering ada bahan
rujukan yang dikongsikannya.

Akhir sekali, saya berharap agar dapat mempelajari banyak
ilmu pengetahuan daripada kerja kursus ini kerana ianya
merupakan bonus buat saya dalam memperbaiki diri saya untuk
menguruskan kelas saya yang sebenar di sekolah nanti.

terima kasih daun keladi,
moga bertemu di kemudian

hari

Ustazah Aiesyah

pengenalan

RPH (Rancangan Pengajaran Harian) merupakan satu
rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.

RPH dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar
dengan lebih sistematik serta mampu untuk mencapai apa
yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
di samping menyediakan bahan bantu mengajar yang
bersumberkan teknologi agar dapat memotivasikan murid
dengan lebih baik.

Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat
menyampaikan input pembelajaran kepada murid dengan
lebih baik dan menjadi bahan bukti bahawa guru telah
menyediakan dan membuat perancangan terlebih dahulu
sebelum masuk ke kelas.

Ustazah Aiesyah

3 NUHAT BADA GNADIB cinr atasFuOklRauT HlnElBaEsAhCuHns .naa. wh

set induksi
langkah 1

langkah 2
lFaORnTgOUkRaINhG 3
langkah 4

penutup

standard kandungan

6.4 Merumus konsep mengikut sunnah Rasulullah
s.a.w dari aspek perkataan dan perbuatan dalam
kehidupan harian sebagai bukti mentaati dan
mengasihi baginda secara beradab dan istiqamah.

objektif pembelajaran

1.Menyatakan pengertian sunnah Rasulullah
dengan betul.

2.Membaca dalil naqli yang berkaitan berpegang
dengan sunnah Rasulullah dengan tepat.

3.Menerangkan sunnah Rasulullah dari aspek
perkataan dan perbuatan dengan betul.

4.Menyenaraikan kepentingan mengamalkan
sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian
dengan tepat.

set induksi

_int_kan _un_a_

ra_ulul_ah s.a.w

Lihat pada gambar di bawah dan lengkapkan huruf yang hilang
pada tajuk di atas. Tajuk ini merupakan Bidang Adab Tahun 3

bagi subjek Pendidikan Islam

Selepas itu, labelkan gambar dengan tepat mengikut jenis
sunnah sama ada ia merupakan sunnah perbuatan atau sunnah

perkataan.
bbm: kad gambar, google slide dan video youtube

set induksi

jOM nYANYI

BERSAMA USTAZAH AIESYAH

Selepas murid menyiapkan tempat kosong pada tajuk dan
melabel gambar-gambar tersebut, murid akan bertambah yakin
serta bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut tentang tajuk

hari ini apabila diperdengarkan lagu Rasulullah SAW.

https://www.youtube.com/watch?v=x7g1iGxj6SU

Guru merangsang emosi murid dengan memasang
serta memperdengarkan lagu tentang Rasulullah s.a.w
agar membantu menambahkan penghayatan murid
tentang isi pembelajaran pada langkah seterusnya.
Ustazah Aiesyah

[ nota slide : canva ]

LANGKAH 1

PENGERTIAN

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Sesuatu yang BERSUMBERKAN daripada Nabi
Muhammad S.A.W dalam bentuk

UCAPAN PERBUATAN SIFAT

serta AKHLAK yang DIBERITAKAN oleh
SAHABAT Baginda.

Soalan cetus minda:

Apakah nama sumber yang memberitakan
tentang perbuatan, perkataan dan sifat
Rasulullah tersebut?

Ya, betul. Sumbernya datang dari Hadis
yang meriwayatkan tentang kata-kata,
perbuatan dan sifat Rasulullah S.A.W

Ustazah Aiesyah

LANGKAH 1[ nota slide : canva ]

PENGERTIAN

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Apakah maksud sunnah dari segi:

PERKATAAN

Sunnah berbentuk perkataan:
Semua UCAPAN nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk

SURUHAN, LARANGAN serta GALAKAN.

Contoh sunnah perkataan [Kelebihan membaca al-Quran] :

Daripada Abu Umamah katanya, "Aku telah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda,"Hendaklah kamu semua
membaca al-Quran, sesungguhnya al-Quran itu akan
datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada
orang yang membaca dan beramal dengan hukum-
hakamnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Contoh sunnah perkataan [Jauhi sifat sombong dan bangga diri] :
Daripada Harithah bin Wahab, Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah Aku memberitahu
kepadamu siapakah ahli neraka? Mereka itu ialah orang
yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta
tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ustazah Aiesyah

LANGKAH 1[ nota slide : canva ]

PENGERTIAN

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Apakah maksud sunnah dari segi:

PERBUATAN

Sunnah berbentuk perbuatan:
Segala PERBUATAN Nabi Muhammad S.A.W yang
disampaikan oleh para sahabat Baginda.

Contoh sunnah perbuatan [Mengutamakan anggota kanan]:

Diriwayatkan daripada Aisyah R.A bahawa beliau berkata:
Sesungguhnya Rasulullah SAW suka memulakan dengan
anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci.
(Muttafaqun Alaih)

Contoh sunnah perbuatan [Merendah diri]:

Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah SAW
sentiasa merendah diri dan terlebih dahulu memberi salam

kepada sesiapa yang dijumpai walaupun kanak-kanak.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ustazah Aiesyah

[ aplikasi audio dan youtube ]

LANGKAH 2

DALIL NAQLI

YANG BERKAITAN TENTANG BERPEGANG
DENGAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Audio Bacaan Ayat:

Surah al-Hasyr: 7:59

link youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=T-caVWQUooA

Ustazah Aiesyah

[ nota slide : canva ]

HUKUM

CINTAKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Sebagai seorang Muslim, WAJIB kita mencintai Nabi Muhammad
SAW melebihi diri kita dan manusia lain sama ada ibu bapa, isteri,
suami, anak, kaum kerabat dan kawan. Allah SWT berfirman dalam
Surah al-Ahzab, ayat 6 yang bermaksud: “Nabi itu hendaklah lebih

utama bagi orang beriman melebihi diri mereka sendiri.”

Seseorang mencintai Nabi SAW akan semakin mentaati dan
mengikuti petunjuk Nabi. Antara kelebihan orang menyintai
Baginda berbanding yang lain ialah mereka dianugerahi
kemanisan iman.

Orang yang merasai kemanisan iman mudah beribadat serta
melalui kehidupan dengan penuh keceriaan dan ketenangan.
Sekiranya mendapat kesusahan, dia mampu bersabar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Anta ma’a man
ahbabta. (Kamu akan bersama orang yang kamu cintai).” (Hadis
Riwayat Bukhari)

Untuk membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW, kita
hendaklah mengikut ajarannya dan beramal dengan sunnahnya.

Ustazah Aiesyah

LANGKAH 3: nota slide: prezi

contoh-contoh

amalan sunnah rasulullah s.a.w

Ustazah Aiesyah

LANGKAH 4

pentaksiran
dan uji kefahaman murid
murid menjawab soalan guru untuk tujuan
pentaksiran dan menyiapkan lembaran kerja

yang diberikan

- Ustazah Aiesyah

baca nota dahulu kemudian jawab soalan

kepentingan

MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Menjadi bukti kecintaan Mendapat syafaat
kepada Rasulullah S.A.W Rasulullah S.A.W di akhirat

Terhindar daripada Membentuk umat yang
melakukan perkara yang berperibadi mulia.
dimurkai Allah.

Menjadikan diri lebih
istiqamah dalam beribadah.

"Orang yang beramal dengan
sunnah Rasulullah S.A.W akan
membuatkan dirinya menjadi lebih
mulia."

- Ustazah Aiesyah

APLIKASI JAMBOARD

kepentingan

MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

APLIKASI JAMBOARD

kepentingan

MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

URL JAMBOARD:
https://jamboard.google.com/d/17lF8qrCLFDRpwLIUR

fV17Lg_gq6xkeVuj71URICYqC0/edit?usp=sharing

APLIKASI JAMBOARD

kepentingan

MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

URL JAMBOARD:
https://jamboard.google.com/d/17lF8qrCLFDRpwLIUR

fV17Lg_gq6xkeVuj71URICYqC0/edit?usp=sharing

liveworksheet

CINTAKAN

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

CINTAKAN

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

wordwall

lembaran kerja

CINTAKAN

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

lembaran kerja

pengertian

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

lembaran kerja

dalil naqli

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

lembaran kerja

contoh perbuatan
SUNNAH RASULULLAH S.A.W

lembaran kerja

contoh perbuatan
SUNNAH RASULULLAH S.A.W

lembaran kerja

bezakan perbuatan
SUNNAH RASULULLAH S.A.W

lembaran kerja

kepentingan

MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

PENUTUP

KEFAHAMAN TAJUK CINTAKAN SUNNAH
RASULULLAH S.A.W

latihan diberikan kepada murid bagi
tujuan:

PEMULIHAN
PENGUKUHAN
PENGGAYAAN

REFLEKSI

PENILAIAN

KEFAHAMAN TAJUK CINTAKAN SUNNAH
RASULULLAH S.A.W

parking lot melalui padlet

SURVEY FORM: TINJAUAN KEPADA MURID

kesimpulan

Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan
tugasan penghasilan produk bagi subjek Pedagogi
Pendidikan Islam Sekolah Rendah PIMK2073R. Melalui kerja
kursus ini banyak ilmu pengetahuan baharu yang saya
perolehi. Tanpa melakukan tugasan ini, sudah tentu saya
tidak mengetahui tentangnya.
Antara pengetahuan yang saya perolehi ialah saya dapat
menggunakan bahan secara lebih efektif dan proaktif. Saya
dapat mengurus kelas PdP saya dengan lebih teratur dan
kemas. Yang paling utama sekali, saya dapat menerapkan
elemen interaktif dalam sesi kelas saya.

Kesimpulannya, saya berharap agar dapat meningkatkan
lagi prestasi saya dalam melaksanakan tanggungjawab saya
sebagai seorang guru melalui apa yang saya pelajari melalui
kursus ini pada masa akan datang.

AIESYAH DZHAFIERA BINTI
ZULKIFLI
KELAS 2.12


Click to View FlipBook Version