BY CIKGU NADIA ALGORITMA TINGKATAN 1
APA ITU ALGORITMA? Algoritma adalah urutan langkah logik untuk menyelesaikan masalah yang disediakan secara sistematik dan logik atau diberi makna lain sebagai menyelesaikan masalah dengan melaksanakan satu siri tindakan mengikut urutan yang tertentu. Algoritma merupakan pengaturcaraan komputer yang menyatakan dengan jelas urutan langkah atau tindakan yang perlu dilaksanakan.
Perkara-perkara penting semasa menulis algoritma Menggunakan bahasa yang mudah difahami. 1 2 3 Urutan langkah hendaklah dinyatakan dengan betul. Setiap langkah yang perlu dilaksanakan mesti dihuraikan dengan jelas. 4 Mempunyai kesudahan tertentu dalam suatu tempoh masa.
Perwakilan Algoritma Diwakili oleh dua cara iaitu : 1) Carta Alir 2) Pseudokod
Pseudokod Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa pertuturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Set aturan ini menunjukkan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat.
Carta Alir & Makna Simbol Kaedah grafik yang menunjukkan langkahlangkah bagi penyelesaian masalah dan hubung kait antara satu sama lain. Carta alir mengandungi simbol geometri yang dihubungkan menggunakan anak panah. Aktiviti ini akan dilaksanakan mengikut turutan dari atas ke bawah.
Satu langkah yang memecahkan aliran algoritma kepada dua atau lebih cabang. Setiap cabang ada set langkah yang berlainan untuk dilaksanakan. Langkah yang dilaksanakan bergantung kepada syarat-syarat tertentu Struktur kawalan pilihan terdiri daripada tiga jenis iaitu : 1) Pilihan Tunggal (Single Selection) 2) Dwipilihan (Double Selection) 3) Pelbagai Pilihan (Multi Selection) Struktur Kawalan Pilhan
Struktur Kawalan Pilihan Tunggal JIKA plag tidak dipalam ke dalam soket PALAMKAN plag ke dalam soket TAMAT JIKA HANYA MEMPUNYAI SATU PILIHAN UNTUK MELAKSANAKAN SETIAP TINDAKAN YANG TERTENTU. JIKA SATU SYARAT YANG DIUJI DIDAPATI BENAR MAKA SATU TINDAKAN AKAN DILAKSANAKAN.
Struktur Kawalan Dwipilihan JIKA memenuhi syarat LAKSANAKAN Set tindakan A JIKA TIDAK LAKSANAKAN Set Tindakan B TAMAT JIKA IALAH MEMILIH DI ANTARA DUA TINDAKAN ATAU DUA SET TINDAKAN UNTUK DILAKSANAKAN. IA BERGANTUNG KEPADA SAMA ADA SATU SYARAT DIPENUHI ATAU TIDAK.
Struktur Kawalan Pelbagai Pilihan JIKA skor ≥ 80 Gred ialah A JIKA skor ≥ 70 Gred ialah B JIKA skor ≥60 Gred ialah C TAMAT JIKA IALAH STRUKTUR KAWALAN YANG MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA DUA SET TINDAKAN YANG BERLAINAN SEBAGAI PILIHAN UNTUK DILAKSANAKAN. SET TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN BERGANTUNG KEPADA PILIHAN SYARAT YANG DIDAPATI BENAR.
Langkah-langkah algoritma yang dilaksanakan perlu dilakukan secara berulang kali. Bahagian algoritma yang mengandungi langkah-langkah berulang dikenali sebagai gelung (loop). Setiap gelung ulangan dipanggil lelaran (iteration). Tiga jenis struktur kawalan ulangan : 1) UNTUK (FOR) 2) SELAGI (WHILE) 3)ULANG-SEHINGGA (REPEAT-UNTIL)
SETKAN pembilang kepada 1 UNTUK pembilang = 1 HINGGA n LAKSANAKAN set tindakan A TAMBAH 1 kepada pembilang PSEUDOKOD CARTA ALIR Struktur kawalan ulangan UNTUK akan melaksanakan satu langkah atau satu set langkah berdasarkan pembilangan yang telah ditetapkan.
1. MULA 2.SETKAN nilai n kepada 1 SELAGI lampu isyarat menyala 3.PAPARKAN nilai n TAMBAH nilai n sebanyak 1 4.TAMAT SELAGI 5.TAMAT PSEUDOKOD CARTA ALIR Struktur kawalan ulangan SELAGI akan melaksanakan satu langkah atau satu set langkah selagi satu syarat yang diuji adalah benar.
1.MULA 2.SETKAN nilai n =1 ULANG 3.PAPARKAN nilai n 4.TAMBAHKAN nilai n sebanyak 1 5.SEHINGGA lampu isyarat dipadamkan 6.TAMAT PSEUDOKOD CARTA ALIR Struktur kawalan ULANG–SEHINGGA melaksanakan satu langkah atau satu set langkah secara berulang-ulang sehingga syarat yang diuji adalah benar.
Maksud Ralat ialah kesilapan atau kesalahan yang menyebabkan sesuatu algortima atau atur cara tidak berfungsi sepetri yang diharapkan atau telah mengeluarkan output yang salah. Setelah suatu algoritma disiapkan, semakan semula (semakan kualiti) harus dijalankan. Terdapat dua cara semakan semula iaitu : a) Teknik Semakan Meja | Desk Check) iaitu satu teknik manual untuk menyemak logik setiap langkah serta logik aliran langkah-langkah algoritma dengan menggunakan satu sampel input dan memproses data secara manual mengikut langkah-langkah algoritma. b) Teknik Langkah Demi Langkah (Step Through) iaitu memeriksa logik algoritma secara langkah demi langkah mengikut urutan dalam algoritma tanpa menggunakan sampel data input.