INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN PENULISAN AKADEMIK MPU3092 PENDIDIKAN ISLAM NAMA IKMAL FAUZI BIN ISMAIL ANGKA GILIRAN 2021082340121 NO. KP 020206070783 KUMPULAN/UNIT PISMP Ambilan Jun 2021 / Pendidikan Islam 2 KOD DAN NAMA KURUS MPU3092 / PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2021 NAMA PENSYARAH ENCIK MOHD ASRI BIN MUHAMMAD NOOR TARIKH HANTARAN 21 JUN 2023
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI) Nama: IKMAL FAUZI BIN ISMAIL Angka Giliran Pelajar : 2021082340121 Tajuk Tugasan: TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK Pensyarah: EN. MOHD ASRI BIN MUHAMMAD NOOR Subjek/ Kursus : MPU3092 / PENDIDIKAN ISLAM Tarikh Hantar : 21 JUN 2023 Tarikh Diterima : Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan: Tarikh: 21/06/2023 Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa: Moderator: (jika berkaitan) Kekuatan : Kekuatan : Aspek yang boleh diperbaiki : Tandatangan : Tarikh : Aspek yang boleh diperbaiki : Tandatangan : Tarikh : Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas yang diberi oleh pensyarah: Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberi oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan pelajar: Tarikh:
IKMAL FAUZI ISMAIL SEBUAH PENGANTAR
i HALAMAN PERAKUAN “Saya akui bahawa penulisan laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan: Nama Pelajar: IKMAL FAUZI BIN ISMAIL Tarikh: 21 JUN 2023
ii PENGHARGAAN “DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG” Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kursus MPU3092: Pendidikan Islam ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala komitmen, tunjuk ajar dan nasihat daripada semua pensyarah, khasnya Pensyarah Akademik Kursus MPU3092: Pendidikan Islam, En. Mohd Asri Bin Muhammad Noor di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang terus cekal bertugas dalam wajah PdP kelaziman baharu. Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga atas sokongan moral dan dokongan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga. Akhir sekali, buat semua rakan bakal guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insha-Allah. “KAMI BANGGA MENJADI GURU” Wassalam. Jun 2023
iii BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Perakuan Penghargaan Isi Kandungan i ii iii 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Pengenalan Definisi Politik Islam Atau Siasah Syar’iyyah Syarat-Syarat Perlantikan Ahlul Halli Wal Aqdi Konsep Syura Dalam Islam Pelaksanaan Syura Zaman Rasulullah dan Khulafa Al-Rashidin 1 1 2 3 3 6.0 Penutup Rujukan 4
1 1.0 Pengenalan Pemerintahan Islam merupakan sesuatu yang perlu dipelajari oleh semua umat Islam oleh kerana ia mengimplementasikan perintah Allah sebagai tugasan bagi manusia untuk mengurus dan menjadi khalifahAllah di muka bumi ini. Sistem pemerintahan Islam atau sistem politik Islam ini adalah seiring dengan perjuangan kepimpinan Rasulullah dalam mentadbir dan mengurus negara dalam mendaulatkan dan menegakkan hukum Allah bahkan daulah Islamiah di muka bumi. Oleh kerana agama Islam cirinya menyeluruh atau syumul, maka syariat Islam dalam politik dapat memenuhi setiap aspek keperluan kehidupan manusia. Sistem politik yang berlandaskan Islam juga dapat membantu keputusan dan keperluan dibuat berdasarkan hukum-hukum syarak dan tidak melanggar perintah Allah. Oleh itu, sistem politik Islam amat berbeza dengan sistem politik yang kita dapat lihat pada masa kini yang banyak mengamalkan fahaman liberalisme dan sekularisme. Umat Islam pada masa kini kurang didedahkan dengan politik Islam dan menganggap Islam dan politik tidak bersama walhal Islam perlu ada dalam mana-mana aspek dalam kehidupan. Islam dan politik tidak boleh dipisahkan dan politik Islam atau siasah syar’iyyah perlu diberi pendedahan kepada masyarakat pada masa kini. 2.0 Definisi Politik Islam Atau Siasah Syar’iyyah Siasah ialah perkataan yang asalnya dari bahasa Arab yang bermaksud memerintah, mentadbir atau memimpin (Abdul Hadi, 2007). Menurut Ibn Manzur (1990) pula, perkataan sisah berasal dari kata dasar ‘sawasa’, ‘sasa’, ‘yasusu’ dan ‘siasatan’. Pengertiannya dari sudut bahasa ialah melakukan sesuatu yang membawa kebaikan kepada sesuatu pihak terutama yang berada dalam pemerintahannya. Dalam pemerintahan Melayu, siasah disebut sebagai politik yang berasal dari perkataan latin yang bermakna ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Politik merupakan satu struktur yang berkait rapat dengan hubungan antara pemimpin dan rakyat dan menjadi satu institusi yang mengatur masyarakat awam dan mengatur kekuasaan. Siasah atau politik pada masa kini bukan sahaja digunakan untuk kebaikan malah digunakan untuk menjatuhkan musuh politik masing-masing (Md. Saleh & Hj. Ahmad, 2006). Perkataan syar’iyyah pula berasal dari lafaz syara’a yang bermaksud jalan yang lurus. Jalan yang lurus ini ialah jalan yang membawa manusia ke arah kebaikan. Di dalam Al-Quran banyak menyebut perkataan syariah yang membawa maksud peraturan hidup yang mempunyai suruhan dan larangan daripada Allah. Oleh itu, syar’iyyah adalah jalan untuk mencapai sesuatu tujuan berpandukan arahan-arahan Allah yang bersumberkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah.
2 Apabila digabungkan kedua-dua perkataan siasah syar’iyyah, maka dapatlah didefinasikan sebagai sistem politik yang mengurus dan mentadbir kerajaan Islam dalam urusan kerajaan dan rakyat dalam pelbagai aspek mengikut kaedah pentadbiran berdasarkan nas-nas syariah iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Menurut firman Allah dalam surah Al-Sajadah ayat 24 yang bermaksud: “Dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami.” 3.0 Syarat-Syarat Perlantikan Ahlul Halli Wal Aqdi Ahlul Halli Wal Aqdi ialah satu istilah yang digunakan oleh pemerintahan Islam dahulu yang kini lebih dikenali sebagai ahli-ahli parlimen. Ahlul Halli Wal Aqdi bermaksud golongan yang memutuskan dan mengikat. Ulama fiqh pula memberi maksud Ahlul Halli Wal Aqdi sebagai orang yang memiliki kuasa untuk memutuskan dan menentukan sesuatu perkara ke atas orang bawahannya. Ringkasnya, gelaran ini diberikan kepada kelompok manusia yang menjadi wakil umat Islam untuk memberi pendapat dan pandangannya yang akan menentukan keadaan keseluruhan umat Islam. Istilah Ahlul Halli Wal Aqdi ini adalah bermula dari pemilihan empat khalifah pertama yang telah dilaksanakan perlantikannya oleh para sahabat yang mewakili golongan Muhajirin dan Ansar. Pemilihan Ahlul Halli Wal Aqdi bukan dilakukan sesuka hati namun perlulah melalui beberapa syarat. Para fuqaha berpendapat terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti bagi melayakkan diri menjadi Ahlul Halli Wal Aqdi. Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah beragama Islam. Pemimpin kepada umat Islam tidak boleh diberi kepada orang kafir. Allah telah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 144 yang bermaksud: “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?”. Orang kafir tidak mempunyai kekuasaan ke atas orang muslim kerana orang muslim tidak mentaati selain orang muslim sendiri. Syarat kedua ialah perlu mempunyai sifat al-adalah iaitu adil. Sikap adil adalah penting kerana dengan keadilan maka kekuasaannya sah dan boleh diterima segala keputusan yang dibuat oleh semua rakyat dibawahnya kerana keputusan itu adil untuk semua. Pemimpin yang adil menjadi faktor perpaduan rakyat berbilang kaum terus kukuh sepanjang masa. Sebagai contoh, jika dilihat di Malaysia sendiri yang mempunyai pelbagai kaum, dan jika pemimpin di Malaysia adil maka rakyat mendapat hak yang sama rata tanpa deskriminasi.
3 Selain itu, syarat yang perlu dipatuhi ialah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan lengkap. Ahlul Halli Wal Aqdi perlu dari kalangan yang mengetahui permasalahan umatnya, perundangan yang perlu dibuat serta mempunyai ilmu yang banyak untuk menyelesaikan masalah dengan adil. Syarat ini perlu kerana untuk membantunya memilih khalifah dalam menyelesaikan masalah umat (Abdul Manan, 2016) Akhir sekali, syarat untuk pemilihan Ahlul Halli Wal Aqdi ialah mempunyai pandangan dan hikmah yakni dia pandai dalam memilih anggato bawahan sebagai pembantu yang berupaya mentadbir untuk kepentingan umat. Pandangan dan pemilihan yang dibuat adalah melalui pertimbangan yang banyak dan berhikmah. 4.0 Konsep Syura Dalam Islam Konsep syura digunakan dalam menentukan sesuau keputusan dalam pemerintahan Islam dan menjadi salah satu faktor utama kejayaan politik Islam. Perkataan syura berasal dari kata syawara yang bermaksud menjelaskan, menyatakan atau mengajukan. Oleh itu syura atau musyawarah adalah penjelasan dan perundingan antara satu sama lain dalam menukar pendapat mengenai sesuatu perkara. Konsep syura menjadikan pemimpin bekerjasama dengan rakyat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Betapa besarnya kepentingan syura ini sehingga Allah menurunkan surah Asy-Syura yang membahaskan sifatsifat orang mukmin yang berdiri di atas konsep asas syura dalam urusan mereka. 5.0 Pelaksanaan Syura Zaman Rasulullah dan Khulafa Al-Rashidin Syura telah lama dilaksanakan oleh rasulullah sendiri sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat ketika perang uhud untuk menyusun strategi perang yang terbaik bagi mengalahkan musuh Islam. Rasulullah berpendapat untuk bertahan di madinah namun seorang sahabat muda berpendapat sebaliknya. Pendapat pemuda itu disokong oleh ramai orang maka pendapatnya diambil dan dipersetujui rasulullah. Walaupun keputusan dari menerima pendapat pemuda itu menyebabkan 70 orang sahabat terbunuh tetapi Allah tidak menyalahkan rasulullah kerana Allah sendiri menggalakkan rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat. Syura pada zaman Khulafa Al-Rashidin juga terus dilaksanakan seperti perlantikan khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar melalui musyawarah di saqifah Bani Sarah. Syura juga dilaksanakan untuk perlantikan khalifah seterusnya. Namun buat pertama kalinya sistem musyawarah diangkat tinggi dalam urusan kenegaraan dalam Islam apabila terbentuknya
4 majlis syura pada zaman Umar Al-Khattab. Tugas-tugas ahli syura pada zaman ini ialah memilih, melantik atau melucutkan jawatan khalifah ataupun berijtihad dalam sesuatu permasalahan baru yang timbul. 6.0 Penutup Sebagai kesimpulan, siasah syar’iyyah adalah perkara yang penting dalam pemerintahan negara Islam kerana pemerintahan Islam mampu menjamin kepentingan umat Islam berada pada tahap yang terpelihara dan dipertahankan. Jika kesemua umat Islam mengikuti siasah syar’iyyah yang tepat, maka kegemilangan Islam dari pelbagai aspek dapat dikembalikan. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilaksanakan supaya umat Islam memiliki daya upaya untuk mengisi keperluan negara yang berlandaskan syariat Islam. Rujukan Al-Quran Al-Karim Abdul Manan (2016), Perbandingan Politik Hukum Islam dan Barat. Indonesia: Prenadamedia Group. Abdul Hadi Awang (2007), Islam dan Demokrasi, Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ibn Manzur (1990), Lisan al-‘Arab, juz 6, Beirut hlm. 108 Md. Saleh Hj. Md. & Hj. Ahmad (2006), Hukum Islam dan Budaya Tempatan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm.388