BORANG SINOPSIS BUKU
1. Nama Murid Muhammad Syafiq Izzuddin bin Abdullah
2. Judul Katak Yang Jahat 3. Jenis: Fiksyen
3. Bilangan Mukasurat 15 mukasurat 5. Bahasa Melayu
6. Tempat pembentangan Secara atas talian
7. Sinopsis:
Buku ini mengisahkan mengenai katak yang mempunyai niat yang jahat terhadap
tikus. Tikus meminta tolong katak untuk menyeberangi sungai, namun katak
mempermainkan tikus dan membawa tikus menyelam kedalam sungai. Tikus
menjadi lemah dan akhirnya mati lemas. Seekor helang terbang dan melihat
bangkai tikus. Helang terus menyambar bangkai tikus namun katak turut dibawa
bersama kerana kakinya terikat dengan tikus. Akhirnya, katak turut mati dimakan
oleh helang.
Nilai murni:
• Kita jangan berbuat atau berniat jahat terhadap orang lain kerana akan
menerima balasan yang setimpal. Bak kata pepatah melayu, buat baik
dibalas baik dan buat jahat akan mendapat balasan yang sama.
• Kita hendaklah sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan agar
nanti urusan kita juga akan dipermudahkan.