The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KKB KALI KE-17 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Erin, 2019-04-12 09:51:39

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KKB KALI KE-17 2019

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KKB KALI KE-17 2019

MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT
CAWANGAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA

KUALA KUBU BHARU
KALI KE-17, 2019

13 APRIL 2019 (AHAD)
8:30 PETANG

DEWAN AL-GHAZALI
MRSM KUALA KUBU BHARU

DIRASMIKAN OLEH:
YBhg. Datuk Sulaiman Daud

‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’’

ISI KANDUNGAN BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT
CAWANGAN MRSM KUALA KUBU BHARU KALI KE-17, 2019

Bil Perkara Muka
Surat
1 Isi Kandungan
1
2 Notis Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu Kali Ke-17, 2
2019
3
3 Atur Cara Majlis 4

4 Agenda Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu Kali Ke- 5
17, 2019
6-13
5 Senarai Ahli Jawatankuasa Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu Sesi
2017/2019 14-15
16-17
5 Minit Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu Kali Ke-6,
2018 18-19

6 Laporan Tahunan Setiausaha 2018/2019 20-21

7 Penyata Penerimaan dan Pembayaran Akaun Muafakat Bagi Tahun Berakhir 31 22
Disember 2018
23-27
8 Anggaran Penerimaan dan Pembayaran Akaun Muafakat Bagi Tahun Berakhir 31 Dis
2019 28
29
9 Penyata Penerimaan dan Pembayaran Akaun Dana Muafakat Bagi Tahun Berakhir 31
Disember 2018

10 Anggaran Penerimaan dan Pembayaran Akaun Dana Muafakat Bagi Tahun Berakhir
31 Dis 2019

11 Usul/Cadangan Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu
Kali Ke-7, 2019

12 Pencapaian SPM 2018

13 Sekalung Budi

1

MUAFAKAT CAWANGAN MRSM Tel:03-60643907/46
KUALA KUBU BHARU Fax: 03-60643949
Km 8,Jalan Ampang Pecah, Website:www.mrsmkkb.edu.my
44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan

Rujukan Kami: MRSMKKB/HEP/601/2 (3)
11 Mac 2019

Kepada,

Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
Semua Ibu bapa /Penjaga
Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu
Dan Para Pendidik Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu

Yang Berbahagia
Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KUALA KUBU BHARU,
KALI KE -17

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM Kuala
Kubu Bharu Kali Ke-17 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 April 2019 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Besar Al-Ghazali, MRSM KKB
Atur cara : Seperti lampiran 1

2. Sehubungan dengan itu, Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke Mesyuarat ini.
Bersama-sama ini disertakan atur cara dan agenda majlis untuk makluman Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan.

3. Adalah diharapkan juga Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat mengemukakan usul untuk
dibahaskan dalam Mesyuarat Agung berkenaan. Borang maklum balas kehadiran dan usul/cadangan
boleh diisi secara atas talian di alamat https://bit.do/eKvaB atau dengan mengimbas kod ini.

4 Borang tersebut hendaklah diisi sebelum atau pada 23 Mac 2019 (Jumaat). Sebarang pertanyaan
boleh hubungi S/U Muafakat Cawangan MRSM KKB: Pn. Norazerin Binti Norzali di talian pejabat
03:60643907/3944.

5. Kehadiran Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah amat dialukan-alukan.

Sekian. Terima Kasih

NORAZERIN BINTI NORZALI
Setiausaha, MUAFAKAT,
Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu.

MUAFAKAT CAWANGAN
MRSM KUALA KUBU BHARU

2

Lampiran I

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT
CAWANGAN MRSM KUALA KUBU BHARU
KALI KE-17,2019

8:30 pagi : Pendaftaran
9:00 pagi
: Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan oleh Ybhg. Datuk Hj. Mat Nadzari B Ahmad Dahlan
YDP Muafakat Cawangan MRSM KKB

: Ucapan Tn. Hj. A Bakar B A Rahim
Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu

: Ucapan perasmian oleh Ybhg. Datuk Sulaiman Daud
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad.
Pengerusi Taisei Lamick Sdn. Bhd

: Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu Kali
Ke-17, 2019

: Bersurai

3

Lampiran II

AGENDA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT
CAWANGAN MRSM KUALA KUBU BHARU

KALI KE-17

Tarikh : 13 April 2019 (Sabtu)

Di Dewan Besar Al-Ghazali, MRSM KKB

1. Ucapan Pengerusi.
2. Membentang dan menerima Peringatan Mesyuarat Agung 2018 yang lalu.
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan bagi Tahun 2018.
4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan (yang telah diaudit).
5. Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2017/2019 dan Pemilihan Jawatankuasa bagi Sesi

2019/2021.
6. Pemilihan untuk 2 orang Juruaudit Dalaman.
7. Memilih 3 orang wakil ke Mesyuarat Agung Kebangsaan (YDP/ Wakil : Wajib).
8. Menerima dan membahas usul-usul yang akan dibawa ke Muafakat Kebangsaan.
9. Hal-hal lain.
10. Ucapan Penangguhan.

4

SENARAI AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT CAWANGAN MRSM
KUALA KUBU BHARU SESI 2017/2019

Jawatan Nama
Penasihat Tn. Hj. A Bakar B A Rahim
Yang DiPertua YBhg. Datuk Hj. Mat Nadzari B Ahmad Dahlan
Naib Yang DiPertua YHM Dato’ Raja Munir Shah B Raja Haji Mustapha
Setiausaha Pn. Norazerin Binti Norzali
Naib Setiausaha Pn. Noor Adlin Bt Saroni
Bendahari Pn. Nurainie Binti Shamsudin
AJK Guru Pn. Annies Yus Umaimah Binti Yusof
En. Ahmad Sofi B Abdullah
AJK Ibu Bapa En. Faizal Bin Hamid
En. Shah Rihan Mat Amin
Juruaudit Ust. Azharudin Bin Mohd Isa
Juruaudit Dalaman Pn. Nurul Huda Bt Ramlan
Pn. Farhana Binti Abd Halim
Ustz. Maizatul Akmal Bin Mohamed
En. Izwan Hafiz B A. Halim
En. Chanderasekaran Arunasalam
En. Shahrizan Noor B. Abd Aziz
Dr. Laila Mastura Bt. Ahmad Apandi
Dr. Shuzlina Binti Abdul Rahman
Datin Zarita Azlin Bt Ibrahim
Pn. Nor Akmar Binti Mohd Ali
Pn. Nasira Banu Bt Rahim Khan
Pn. Nurzalizah Kartina Bt Abdullah

5

MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KUALA
KUBU BHARU KALI KE-6, 2018

Tarikh : 22 April 2018 (Ahad)
Tempat : Dewan Besar Al-Ghazali, MRSM KKB
Masa : 2:00 petang
Kehadiran : 201 orang

1.0 Ucapan Aluan daripada Pengerusi : Ucapan oleh YHM. Dato’ Raja Munir
Shah B Raja Haji Mustapha (NYDP Muafakat Cawangan MRSM KKB)

1.1.1 NYDP menyampaikan ucap salam daripada YB Datuk YDP yang tidak dapat hadir
ke Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM KKB kerana mempunyai
komitmen luar yang tidak dapat dielakkan.

1.1.2 NYDP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa dan guru-
guru yang hadir ke Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM KKB Kali Ke-
16, 2018.

1.1.3 NYDP menyatakan bahawa mesyuarat ini merupakan platform untuk ibu bapa
dan guru mengusulkan perkara-perkara yang ingin disampaikan kepada pihak
maktab.

NYDP juga menjelaskan bahawa Jawatankuasa Usul mendapati terdapat usul
1.1.4 yang berulang dan telahpun diambil tindakan oleh pihak maktab. Maka, usul

tersebut tidak akan dibangkitkan dalam mesyuarat pada kali ini.

2.0 Ucapan daripada Pengetua : Tn. Hj. A Bakar B A Rahim

2.1.1 Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru
atas komitmen untuk menghadiri Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM
KKB Kali Ke-16, 2018 bagi membincangkan hal anak-anak MRSM KKB.

2.1.2 Pengetua memaklumkan bahawa kedudukan MRSM KKB bagi Peperiksaan SPM
2017 adalah di tangga 21/51, manakala bagi Peperiksaan IGCSE 2017, MRSM
KKB menduduki tangga ke 3/14.

2.1.3 Pengetua menetapkan sasaran untuk mendapat kedudukan 10 teratas bagi
Peperiksaan SPM 2018. Perkara ini dapat dicapai dengan adanya kerjasama

6

pihak maktab dan pihak muafakat dengan syarat tingkah laku pelajar mestilah
baik dan timbalan-timbalan pengetua memainkan peranan dengan baik.
2.1.4 Menyentuh kepada usul, Jawatankuasa usul telah meneliti setiap usul yang
diutarakan. Sebahagian daripada usul tersebut telahpun diambil tindakan. Ada
beberapa usul yang diambil perhatian dan ditambah baik.
2.1.5 Pengetua memaklumkan bahawa beliau mengamalkan dasar pintu terbuka
untuk menyelesaikan permasalahan dan kemusykilan supaya tidak berlakunya
syak wasangka. Sekiranya ada permasalahan disiplin, pihak maktab akan
menjalankan prosedur mengikut ketetapan yang telah digariskan di dalam buku
peraturan.
2.1.6 Pengetua juga memaklumkan ada ibu bapa yang menerima surat peringatan
tentang kehadiran anak-anak yang tidak berjemaah pada waktu subuh. Salah
satu faktor perkara ini berlaku adalah kerana penggunaan gajet sehingga lewat
malam. Sokongan daripada pihak maktab dan muafakat mungkin boleh
mengatasi masalah ini.

3.0 Membentang dan Menerima Peringatan Mesyuarat Agung 2017
3.1.1 Pn. Norazerin Binti Norzali membentangkan Peringatan Mesyuarat Agung
Muafakat MRSMKKB Kali ke-15 dari muka surat 8-14.
3.1.2 Mesyuarat sebulat suara menerima Peringatan Mesyuarat Agung 2017.
Pencadang : En. Ahmad Zakir Bin Abdul Rahman
Disokong : Pn. Norjan Younus

4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan (laporan setiausaha) bagi
tahun 2017

4.1.1 Pn. Norazerin Binti Norzali membentangkan Laporan Tahunan (laporan
setiausaha) bagi tahun 2017 dari muka surat 15 - 16.

4.1.2 Mesyuarat sebulat suara menerima Laporan Tahunan (Laporan Setiausaha)
bagi Tahun 2017.

7

5.0 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan (yang telah
diaudit dan berakhir pada 31 Disember 2017)

5.1.1 Pn. Nurainie Bt Shamsudin membentangkan Penyata Kewangan Tahunan (yang
telah diaudit dan berakhir pada 31 Disember 2017) pada Lampiran A.

5.1.2 Mesyuarat sebulat suara menerima Penyata Kewangan Tahunan (yang telah
diaudit dan berakhir pada 31 Disember 2017).

6.0 Membentang Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2018

6.1.1 Pn. Nurainie Bt Shamsudin membentangkan Anggaran Pendapatan dan
Perbelanjaan bagi tahun 2018 pada Lampiran B.
Mesyuarat sebulat suara menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi

6.1.2
tahun 2018.

7.0 Perbahasan Usul

7.1.1 Menambah mesin pengering baju untuk perkhidmatan dobi kerana kadang kala
baju tidak dikeringkan.
- Pembawa Usul : Pn. Elea Nor Binti Zainal.
- Jawapan : Pengerusi memaklumkan bahawa mesin pembasuh dan
pengering layan diri akan dipasang di asrama. Pihak KEMUDI akan
berbincang dengan pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

7.1.2 Membenarkan semula pemakaian t-shirt sukan semasa riadah.
- Pembawa Usul : Pn. Azlin Norain Bt Abd. Aizz.
- Jawapan : Etika berpakaian adalah mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan.

7.1.3 Tempat menunggu bas untuk ke masjid Darul Quran sewaktu hari Jumaat di
Dewan Besar Al-Ghazali.
- Pembawa Usul : En. Ahmad Sabry Mohamad
- Jawapan : Sekiranya hujan, bas akan bersedia di Dewan Besar Al-Ghazali.

7.1.4 Mengurangkan kes-kes kecurian yang sering berlaku di asrama.
- Pembawa Usul : En. Santhasivam Bavani
- Jawapan : Pihak maktab mengadakan kerjasama dengan pihak polis
sebagai salah satu langkah mengatasi isu ini

8

8.0 Memilih 3 orang wakil ke Mesyuarat Agung Kebangsaan

8.1.1 Ahli mesyuarat bersetuju untuk menghantar wakil ke Mesyuarat Agung
Kebangsaan seperti berikut:

- YDP Muafakat Cawangan MRSM KKB.
- Pn. Norazerin Binti Norzali (Wakil guru).
- En. Ahmad Zakir Bin Abdul Rahman (Wakil ibu bapa).

9.0 Ucapan Penangguhan

9.1.1 Isu Dana Kecemerlangan yang perlu dibayar oleh pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5.
(Oleh: En. Antari Bin Mohd Nor)

- En. Antari Bin Mohd Nor bertanya tentang status kutipan Dana
Kecemerlangan Tingkatan 3,4 dan 5 sama ada wajib dibayar ataupun tidak
kerana di dalam surat telah dinyatakan ‘sumbangan tambahan untuk dana
program kecemerlangan Tingkatan 3, 4 dan 5’.

- TPKA memaklumkan bahawa bayaran bagi Dana Kecemerlangan Tingkatan
3,4 dan 5 wajib dibayar untuk program tambahan selain daripada program
rasmi pihak maktab. Pembetulan akan dibuat untuk surat makluman
pembayaran Dana Kecemerlangan Tingkatan 3,4 dan 5 pada masa akan
datang daripada ‘sumbangan’ kepada ‘yuran wajib dibayar’.

- Pengerusi memaklumkan bahawa sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai
masalah untuk menyelesaikan yuran Dana Kecemerlangan Tingkatan 3,4
dan 5, ibu bapa boleh berurusan terus dengan Pengetua ataupun TPKA
untuk mencari jalan penyelesaian.

- En. Antari Bin Mohd Nor bertanya tentang program akademik yang
dijalankan sesuai ataupun tidak kepada pelajar selari dengan kutipan Dana
Kecemerlangan Tingkatan 3,4 dan 5.

- TPKA menjelaskan bahawa beliau akan meneliti kertas kerja sebelum
program dijalankan.

9.1.2 Program kecemerlangan bagi pelajar Tingkatan 2, 2018 (Oleh: En. Roshihan
Annuar Bin Yub)

- En. Roshihan Annuar Bin Yub memohon penjelasan daripada pihak maktab
berkenan program kecemerlangan bagi pelajar Tingkatan 2, 2018.

- Pn. Nurul Huda Binti Ramlan selaku Penyelaras Tingkatan 2, 2018
memaklumkan bahawa program bagi pelajar Tingkatan 2, 2018 lebih
tertumpu kepada program sahsiah.

9

- Pengetua memaklumkan bahawa Checkpoint hanyalah penilaian untuk
mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar. Ibu bapa tidak perlu terlalu
bimbang akan status Checkpoint dan menganggap bahawa Checkpoint ialah
peperiksaan yang penting.

- Pn. Laila Mastura Apandi memaklumkan bahawa pada tahun 2017, pihak
maktab ada memberi penerangan berkenaan Checkpoint. Bajet untuk
Tingkatan 2 juga adalah tidak besar kerana Checkpoint hanyalah penilaian
untuk melihat kecenderungan pelajar. Satu program usahasama dengan
pihak UPM telah dirancang dan telah dibincangkan dengan Penyelaras
Tingkatan 2.

9.1.3 Isu Disiplin (Oleh: En. Norsyahdi Syamzi Bin Shooryadi)

- En. Norsyahdi Syamzi Bin Shooryadi menyatakan bahawa masalah disiplin
amat membimbangkan. En. Norsyahdi Syamzi Bin Shooryadi bertanya
tentang tindakan yang diambil oleh pihak maktab untuk mengatasi isu ini.

- TPPP memaklumkan bahawa pihak maktab ada berkolaborasi dengan pihak
polis melalui Program Polis Angkat. Pertemuan bersama pihak polis juga
agak kerap diadakan untuk memantau perkara yang berlaku di MRSM KKB.
Pihak maktab juga mengadakan program kesedaran kepada pelajar secara
berterusan seperti Kempen Antibuli dan Kem Sahsiah dan Jati Diri.
Sekiranya terdapat masalah disiplin, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)
akan bersidang mengikut prosedur dan ketetapan yang telah ditetapkan.

- TPPP turut memaklumkan bahawa kes kecurian berlaku adalah disebabkan
oleh faktor berikut:
1) Kecuaian pelajar.
2) Kawalan penggunaan barangan branded.
3) Duit yang dimiliki oleh pelajar melebihi ketetapan yang telah
ditetapkan iaitu sebanyak RM20.00.

- En. Ahmad Zakir Bin Abdul Rahman memberi cadangan agar satu
jawatankuasa khas yang melibatkan ibu bapa ditubuhkan untuk mengatasi
isu disiplin.

- Pengerusi bersetuju dengan pendapat En. Ahmad Zakir Bin Abdul Rahman.
Jawatankuasa Khas Disiplin akan diketuai oleh YHM Dato’ Raja Munir Shah
B Raja Haji Mustapha selaku NYDP Muafakat Cawangan MRSM KKB. Ibu
bapa yang berminat untuk menyertai Jawatankuasa Khas Disiplin boleh
memberi nama kepada Setiausaha Muafakat Cawangan MRSM KKB.

- Pengerusi akan membawa usul ke peringkat kebangsaan berkenaan
pembiayaan warden sepenuh masa ke ibu pejabat MARA.

10

9.1.4 Isu roll-call (Oleh: En. Mokhtazul Haizad Bin Mokhtaram)

- En. Mokhtazul Haizad Bin Mokhtaram bertanya tentang individu yang
memantau roll-call yang dijalankan pada waktu pagi dan malam.

- TPPP menjelaskan bahawa roll-call pagi dijalankan pada jam 7:00 pagi
untuk pemeriksaan kebersihan dan kekemasan bilik dan dilaksanakan oleh
Badan Kepimpinan Pelajar serta dipantau oleh Guru Asrama. Roll-call
malam pula dijalankan untuk bacaan Al-Mulk. Roll-call malam tidak boleh
diadakan selepas jam 11:30 malam sekiranya tidak mendapat kebenaran
daripada pihak pengurusan ataupun Guru Asrama.

9.1.5 Isu kecurian (Oleh: Pn. Noorhariaty Aziz)

- Pn. Noorhariaty Aziz meminta maklum balas pihak pengurusan berkenaan
jaminan keselamatan pelajar terutama pelajar baharu.

- Pengetua menjelaskan bahawa pihak maktab menjalankan beberapa
tindakan berikut untuk mengatasi isu ini:
1) Solat Hajat sekiranya berlaku kecurian.
2) Tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM).
3) Merit-Demerit.

- TPPP memaklumkan bahawa pagar asrama dikunci pada jam 7:30 pagi
hingga 4:40 petang dan 7:30 malam hingga 10:30 malam. Menjawab
kepada pertanyaan kunci bilik, TPPP memaklumkan bahawa pihak bomba
tidak membenarkan bilik dikunci atas faktor keselamatan.

9.1.6 Peperiksaan bagi Pelajar tingkatan 1 (Oleh: Pn. Ganthe Mathee A/P Nadason)

- Pn. Ganthe Mathee A/p Nadason bertanya tentang peperiksaan yang akan
diduduki oleh pelajar Tingkatan 1 untuk melihat pencapaian mereka.

- TPKA menjelaskan bahawa pelajar Tingkatan 1 tidak ada peperiksaan
sepanjang Semester 1, 2018 dan berfokus kepada KAT 1. Beliau juga
memaklumkan bahawa pelajar Tingkatan 1 akan menduduki peperiksaan
pada Semester 2, 2018.

9.1.7 Isu kerosakan di tandas, isu makanan di Dewan Selera (DS) yang kurang sihat
dan isu penyertaan pertandingan hoki yang dibatalkan penyertaan (Oleh: Pn.
Azlita Nor Binti Hj. Ahmad)

- Pn. Azlita Nor Binti Hj. Ahmad memaklumkan bahawa tandas lelaki di Blok
F tersumbat dan ada yang tiada pintu.

- Pengetua menjelaskan bahawa pihak maktab telah melabur banyak wang
untuk tujuan selenggaraan, tetapi kerosakan masih berlaku akibat daripada
perbuatan pelajar. Pengetua meminta jasa baik ibu bapa untuk menasihati

11

anak-anak untuk menjaga kemudahan dan harta benda pihak maktab.
- Pn. Azlita Nor Binti Hj. Ahmad memaklumkan bahawa makanan di DS

berminyak dan tidak sihat.
- Pengetua mengambil maklum isu ini.
- Pn. Azlita Nor Binti Hj. Ahmad memaklumkan bahawa anaknya tidak dapat

menyertai perlawanan persahabatan hoki kerana ketiadaan bas di maktab
pada ketika itu. Segala keperluan untuk perlawanan tersebut telahpun
disediakan dan isu ini telah mengakibatkan pasukan hoki kehilangan
semangat dan kecewa.
- Pengetua menjelaskan bahawa bas maktab tiada pada ketika itu dan pihak
maktab mempunyai kekangan untuk menyewa bas pada ketika itu.
9.1.8 Isu prep malam di bilik bagi pelajar aspuri (Oleh: En. Ganga Tharan A/L
Shanmugam)

- En. Ganga Tharan A/L Shanmugam memohon pihak pengurusan menukar
tempat prep malam bagi pelajar aspuri dari bilik ke kelas.

- Pengetua menjelaskan bahawa pihak maktab menetapkan ketentuan prep
malam bagi pelajar aspuri di bilik untuk melatih pelajar mengatur masa
mereka. Pengetua turut menyatakan bahawa ketetapan ini adalah bertujuan
untuk mengelakkan masalah disiplin berlaku seperti berdating dan
pergerakan pelajar yang lambat untuk prep di kelas.

9.1.9 Tindakan daripada MUAFAKAT untuk menjana kewangan (Oleh: En. Norzaini B
Khalid)

- En. Norzaini B Khalid bertanya tentang langkah yang akan diambil oleh
MUAFAKAT untuk menjana kewangan.

- Pengerusi mencadangkan agar satu majlis makan malam amal diadakan
untuk menambah dana MUAFAKAT. Perkara ini akan diperhalusi dalam
mesyuarat jawatankuasa.

9.2.0 Isu telefon pintar dan Program Mini Ulul Albab (Oleh: Pn. Siti Nurbaya Bt Sharir)

- Pn. Siti Nurbaya Bt Sharir bertanya tentang penggunaan telefon pintar sama
ada pihak pengurusan mengekalkan ketetapan sedia ada ataupun mahu
menarik balik kemudahan ini.

- Pengetua menjelaskan bahawa MARA telah membenarkan penggunaan
telefon pintar dan pihak maktab akur dengan ketetapan tersebut.

- Pengerusi memaklumkan bahawa isu ini telahpun dibangkitkan dalam
mesyuarat agung yang lepas dan mesyuarat telah bersetuju untuk
membenarkan penggunaan telefon pintar di MRSM KKB.

12

- Pn. Siti Nurbaya Bt Sharir bertanya tentang perjalanan Program Mini Ulul
Albab.

- TPPP menjelaskan bahawa pelajar perlu menghafal ayat hafazan yang
dipantau oleh guru agama. Pelajar perlu menghabiskan ayat hafazan
tersebut dan akan baca di hadapan guru agama mereka.

9.2.1 Tindakan yang boleh diambil untuk kecemerlangan pada masa akan datang
(Oleh: En. Shariman B Salleh)

- En. Shariman B Salleh mencadangkan pihak maktab berkolaborasi dengan
alumni untuk memberi sumbangan tenaga dan kepakaran mereka. En.
Shariman B Salleh turut memberi cadangan agar pihak MUAFAKAT
mengadakan sukan antara ibu bapa dan warga maktab bagi mengeratkan
hubungan antara ibu bapa dan guru.

- Pengerusi mengambil maklum perkara ini dan mengalu-alukan ibu bapa
yang mempunyai kepakaran untuk berkolaborasi dengan pihak maktab
untuk kecemerlangan MRSM KKB.

10.0 Penutup

10.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan
berharap agar semua ibu bapa sama-sama berganding bahu untuk
kecemerlangan anak-anak.

10.1.2 Mesyuarat Agung Muafakat MRSMKKB Kali ke- 16 ditamatkan pada jam 6:35
petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

--------------------------------------- -----------------------------------------

NORAZERIN BINTI NORZALI YHM DATO’ RAJA MUNIR SHAH B RAJA HAJI
MUSTAPHA
SETIAUSAHA NAIB YANG DIPERTUA
MUAFAKAT CAWANGAN MRSMKKB MUAFAKAT CAWANGAN MRSM KKB

13

LAPORAN TAHUNAN SETIAUSAHA 2018/2019

Kekerapan Mesyuarat AJK Muafakat adalah seperti berikut: Tarikh
9 Mac 2018
Bil Perkara 10 Ogos 2018
1 Mac 2019
1 Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Cawangan MRSM KKB 8 April 2019
Kali Kelima.

2 Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Cawangan MRSM KKB
Kali Keenam.

3 Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Cawangan MRSM KKB
Kali Ketujuh.

4 Mesyuarat Jawatankuasa Khas Muafakat Cawangan MRSM
KKB.

Senarai aktiviti dan sumbangan Muafakat sepanjang tahun 2018/2019 adalah seperti di
bawah:-

Bil Aktiviti Atau Sumbangan Tarikh
1 Program Charity Groceries Januari – Oktober 2018
2 Program Kelas Pengkayaan Mac – November 2018

3 Sumbangan Hari Anugerah dan Apresiasi MRSM 16 Mac 2018
KKB 2018

4 Insentif Kecemerlangan IGCSE Tingkatan 4, 2017 Mac 2018

5 Bayaran Yuran IGCSE/Checkpoint 2018 Julai 2018
6 Program Keceriaan Kelas Mac – April 2018
7 Sewaan Mesin Fotostat di Bilik Guru Januari – Disember 2018

8 Sumbangan Majlis Mohon Restu dan Solat hajat bagi 21 September 2018
Pelajar Tingkatan 3, IGCSE dan SPM 2018

9 Perkhidmatan Watercooler Hijrah Sepanjang tahun

10 Tandas Muafakat Sepanjang tahun

11 Perkhidmatan Bas semasa Pulang Bermalam Semester 1, 2019

12 Insentif Kecemerlangan SPM 2018 Mac 2019

14

13 Pembelian Sparring Mattress sebagai gelanggang Mac 2019
silat Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) Mac 2019
MRSM KKB

14 Pembelian Set Baju Gamelan

15

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN AKAUN
MUAFAKAT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

16

17

ANGGARAN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN AKAUN
MUAFAKAT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS 2019

18

19

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN DANA
WAKAF BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

20

21

ANGGARAN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN DANA
WAKAF BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS 2019

22

Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Kuala Kubu Bharu
Kali Ke-17, 2019

Kategori : Isu Kebajikan

Bil Nama Waris Nama Anak Usul/Cadangan Maklum Balas

1 Zaibeenorsari Antasyea Asrama perlulah dilengkapi Pihak maktab telahpun

Binti Nordin Sofeeya Binti dengan CCTV di setiap aras memasang 25 unit CCTV di
kawasan asrama, pondok

Mohd Hakeem bagi mengatasi masalah pengawal dan bilik guru.

Tingkatan 1 kecurian yang semakin

menjadi-jadi.

Badrul Hisham Bardridz Bin

Bin Hassin Badrul Hisham

Tingkatan 1

2 Zaibeenorsari Antasyea Bilik pelajar perlu dilengkapi Perkara ini bergantung kepada
Binti Nordin Sofeeya Binti USB port agar pelajar dapat polisi yang ditetapkan oleh
Mohd Hakeem mengecas telefon bimbit di pihak MARA dan juga kos
Tingkatan 1 bilik masing-masing. yang diperlukan untuk
menyediakan kemudahan ini.

Badrul Hisham Penggunaan elektrik juga dapat

Bin Hassin Bardridz Bin dijimatkan.

Badrul Hisham

Tingkatan 1

Rozila Md Riz Eddin
Repin
Rakimi

Tingkatan 1

3 Zaibeenorsari Antasyea Penggunaan telefon pintar juga Ibu bapa yang membenarkan
Binti Nordin Sofeeya Binti perlu dikekalkan bagi pelajar
Mohd Hakeem IGCSE. anak membawa telefon pintar
Tingkatan 1
diwajibkan mempunyai

aplikasi Nanny Apps. Jika tidak,

pelajar hanya boleh

menggunakan telefon bimbit

biasa sahaja. Ibu bapa

23

Nasirudin Bin Aleesha Bishree Penggunaan telefon pintar bertanggungjawab memantau
Mohammed bt Nasirudin dalam kalangan pelajar ada penggunaan telefon pintar
Sihat Tingkatan 2 baik dan buruknya. Banya salah dalam kalangan anak-anak.

laku didapati seperti melayari

web yang tidak sepatutnya.

Rozila Md Riz Eddin Apakah tindakan maktab untuk

Repin Rakimi menyekat gejala yang tidak

Tingkatan 1 sihat ini?

Penggunaan telefon pintar
diketatkan seperti tidak boleh
dibawa di kelas dan ketika prep.

4 Anita bt Muhammad Pertanyaan tentang penggunaan Kemudahan WiFi boleh
hashim
Aiman Bin WiFi yang disediaakn oleh digunakan selepas pelajar
mendaftar gajet mereka
Abdul Mukmin pihak maktab. Bilakah pelajar bermula 15 April 2019.

boleh menggunakan

Tingkatan 1 perkhidmatan tersebut?

5 Shajahan Bin Nur Afiqah Mutu pemakanan perlu Menu ditetapkan oleh Bahagian

Mohd Firzanah Binti diperbaiki supaya anak-anak Aset dan Perolehan (BAP).
Mobarak Pihak maktab mempunyai
Shajahan tidak membazirkan makanan kuasa untuk memantau

Tingkatan 1 yang disediakan. kebersihan DS dan kualiti

masakan.

6 Shajahan Bin Nur Afiqah Tandas di asrama perempuan Untuk isu kerosakan dan

Mohd Firzanah Binti perlu diperbaiki. Ada flush kehilangan, pelajar boleh
Mobarak
membuat aduan dengan
Shajahan yang tidak boleh berfungsi. mengisi borang kerosakan dan

Tingkatan 1 Kipas dan tingkap yang rosak kehilangan di Bilik Penyelia

dan lama di bilik asrama Asrama (di Dewan Selera).
perempuan perlu diperbaiki Borang tersebut kemudiannya
atau ditukar untuk keselamatan akan diserahkan kepada pihak
teknikal untuk tujuan

anak-anak. senggaraan yang mengambil
masa 3 hari bekerja.

24

7 Mohd Nur Masalah air dalam kawasan Masalah ini telah ditangani oleh

Shariman Bin Rihhadatulnisa' maktab perlu diselesaikan pihak maktab.

Omar Aqilah Binti dengan segera.

Mohd Shariman

Tingkatan 4

8 Siti Fauziah Nurfariha Izzati Cadangan supaya setiap tingkat Perkara ini dalam perhatian dan

Binti Basar Binti Zamanhuri blok asrama disediakan mesin tindakan jawatankuasa

Tingkatan 1 penapis air coway. Hal ini muafakat.

bertujuan untuk kemudahan

pelajar jika memerlukan air

minum pada waktu malam atau

waktu yang diperlukan.

9 Suhaily Binti Wan Cadangan mengadakan sistem Perkara ini akan

Baharin Muhammad 'cashless' menggunakan 'ID dipertimbangkan dan

diperhalusi dalam mesyuarat
Daniel bin Wan card' atau e-wallet bagi jawatankuasa.

Hasran mengelakkan kecurian.

Tingkatan 2

Saravanan Rohinesh
Tingkatan 2

Kategori : Isu Pendidikan dan Kecemerlangan Akademik

Bil Nama Waris Nama Anak Usul/Cadangan Maklum Balas

1 Badrul Hisham Bardridz Bin Makluman tentang kemajuan Ibu bapa boleh berjumpa

Bin Hassin Badrul Hisham pelajar dan mengadakan satu dengan guru subjek secara
Tingkatan 1 hari untuk perjumpaan ibu individu dengan membuat janji
bapa dengan guru kelas anak temu.

Sharifah Muhamad untuk mengetahui prestasi Untuk tujuan ini, maktab juga
juhanna bt Haiqal Danial pelajaran anak di maktab. mengadakan Hari Akademik
Syed bakhtiar Bin Faizal (bagi pelajar yang berkenaan
sahaja) dan Hari Anugerah dan

Tingkatan 2 Apresiasi.

25

2 Laila Mastura Sakinah Mohd Memohon pihak maktab Pihak maktab memberi

Ahmad Apandi Kamal memberi kelonggaran untuk kelonggaran untuk pelajar yang
Tingkatan 3 mengambil dua subjek

pelajar yang ingin mengambil tambahan bagi IGCSE.

dua subjek IGCSE tambahan

dengan memberi kebenaran

keluar outing awal terutamanya

pada hari Ahad.

3 Mohd hafis bin Muhammad Menganjurkan kelas hafazan Program Pensijilan Khatam Al-

sahak Hasanul Hadi untuk pelajar yang berminat Quran secara Talaqqi Bersanad
Menulis dan Mentafsir 30

bin Mohd hafis menghafal Al Quran, mungkin Juzuk AL-Quran oleh Pusat

Tingkatan 2 MRSM KKB boleh Pembelajaran Berterusan

bekerjasama dengan Darul UIAM dengan tajaan Celcom
Quran untuk tenaga pengajar.
Bayaran yuran berpatutan juga Axiata Malaysia.

- Program selama 2 tahun.

- Pemilihan daripada

mungkin boleh kalangan pelajar Tingkatan

dipertimbangkan. 1 dan Tingkatan 2 seramai
40 orang yang berminat dan

mempunyai bacaan Al-

Quran yang baik.

- Pemilihan telah dibuat oleh

guru-guru subjek

Pendidikan Islam.

4 Saravanan Rohinesh Mohon pihak muafakat Sekiranya jumlah ibu bapa yang

Tingkatan 2 menganjurkan taklimat bagi ingin hadir ke sesi taklimat ini
mencecah 100 orang bagi setiap

memberi penjelasan berhubung batch, pihak maktab akan

dgn IGCSE kerana ramai ibu mempertimbangkan perkara

bapa masih kurang faham ini.

berkenaan program ini.

Kategori : Isu DIsiplin

Bil Nama Waris Nama Anak Usul/Cadangan Maklum Balas

1 Maszilla Binti Muhammad Pertanyaan berkenaan cara Tindakan pihak maktab

Ab Latif Danial Hakim mengatasi isu kecurian dan sekiranya berlaku kes kecurian:
1. Laporan secara bertulis
Bin Shazli cadangan supaya pihak
kepada Ketua Guru Asrama

Tingkatan 1 pengurusan MRSM (KGA) atau Guru Asrama

yang bertugas.

26

Noor Aznita Muhammad mengadakan lebih banyak 2. Siasatan dibuat dengan

Binti Abu Haikal Bin program peningkatan sahsiah mengadakan spotcheck
Talib Suhaimi
bilik asrama.
agar kes- kes kecurian dan buli 3. Sekiranya terdapat bukti

Tingkatan 1 dapat dikurangkan. dan pengakuan, pelajar

yang didapati bersalah akan

Burhanuddin Imran Hakimi dihadapkan ke
bin Abdul bin Jawatankuasa Displin
Maktab (JDM).

Wahab Burhanuddin 4. Tindakan diambil
Tingkatan 1
berdasarkan Buku Panduan

Pengurusan Disiplin Pelajar

MRSM.

Nurul Zamina Sumayyah 5. Mengadakan bacaan Yasiin

Binti Humaira Binti dan solat hajat.

Mohamad Saipul Ezam Sebagai peringatan:
Munir Tingkatan 1
1. Ibu bapa tidak digalakkan

memberi duit dalam nilai

Rozila Md Riz Eddin yang tinggi kepada anak-
Repin
anak. Cadangan maksimum

Rakimi RM20 untuk seminggu.

Tingkatan 1 2. Para pelajar akan adanya

sikap prihatin akan

penjagaan barangan

Noorjimi Bin Arifbillah masing-masing. Jangan

Kharudin Tingkatan 2 memberi ruang dan peluang

kepada berlakunya kes

kecurian.

27

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2018 GPM
MAKTAB RENDAH SAINS MARA 1.48
1.52
Pencapaian Mengikut Gred Purata Maktab (GPM) 1.60
1.72
BIL MRSM 1.79
1 TUN GHAFAR BABA 1.87
2 LANGKAWI 2.03
3 TAIPING 2.09
4 KUANTAN 2.12
5 KUBANG PASU 2.16
6 KUALA KUBU BHARU 2.18
7 KUALA KLAWANG 2.18
8 PENGKALAN CHEPA 2.18
9 TUMPAT 2.18
10 KEPALA BATAS 2.19
11 BALING 2.24
12 PASIR SALAK 2.25
13 PENGKALAN HULU 2.28
14 SERTING 2.34
15 ALOR GAJAH 2.34
16 TUN DR. ISMAIL 2.35
17 SUNGAI BESAR 2.37
18 PARIT 2.37
19 IMTIAZ YT KETENGAH 2.41
20 MUADZAM SHAH 2.41
21 GEMENCHEH 2.46
22 BATU PAHAT 2.47
23 JOHOR BAHRU 2.49
24 SULTAN AZLAN SHAH 2.62
25 TUN ABDUL RAZAK 2.66
26 PDRM KULIM 2.67
27 KOTA PUTRA 2.67
28 BENTONG 2.68
29 BALIK PULAU 2.71
30 MERSING 2.78
31 KOTA KINABALU 2.86
32 MERBOK 2.88
33 TRANSKRIAN 2.91
34 KUALA BERANG 2.92
35 KUCHING 2.92
36 GERIK 2.93
37 KUALA TERENGGANU 2.99
38 TUN GHAZALI SHAFIE 3.01
39 ARAU 3.06
40 FELDA JAYA 3.10
41 TERENDAK 3.11
42 MUAR 3.17
43 PENDANG 3.18
44 BETONG 3.29
45 BESERI 3.30
46 TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 3.41
47 KUALA KRAI 3.52
48 LENGGONG 3.57
49 BESUT 2.46
50 MUKAH
51 PASIR TUMBOH
52 JELI
53 TUN MUSTAPHA
KESELURUHAN

28

PENGHARGAAN
&

JUTAAN TERIMA KASIH

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti menjadi taruhan,

Akan dikenang setiap waktu.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada:

Tn. Hj. A Bakar Bin A Rahim
Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu
YB Datuk Hj. Mat Nadzari B Ahmad Dahlan
YDP Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu
Ahli-ahli Jawatankuasa Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu
Para pendidik, staf sokongan dan para ibu bapa

serta
Semua pihak yang sentiasa menyumbang idea dan kepakaran dalam
memacu kecemerlangan pelajar serta menyokong aktiviti Muafakat

dan
Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu Kali

Ke-17 Tahun 2019

29


Click to View FlipBook Version