NAMA PENSYARAH : PUAN MARHAYU NAMA KUMPULAN : NURUL ATHIRAH BT MOHD ZAKARIA (2011) NUR ELLYSHA ZULAIKHA BT NOR AZMAN (2037) NUR FARZANA BT MOHAMMAD 'AZMI (2031) NURULSHAHIRAH BT NORAZMI (2035)
AMALAN MENJUAL BELI DI ATAS TALIAN SEPERTI SHOPEE MENURUT KAEDAH FIQH DALAM ISLAM
1 PENGENALAN DAN DALIL 2 KONSEP JUAL BELI ATAS TALIAN DARI PERSPEKTIF FIQH ISLAM 3 RUKUN JUAL BELI ATAS TALIAN 4 SYARAT JUAL BELI ATAS TALIAN 5 CIRI CIRI JUAL BELI ATAS TALIAN 6 KESIMPULAN 7 SUMBER RUJUKAN
PENGENALAN Perniagaan jual beli di atas talian adalah keperluan hidup masyarakat sejak dahulu.walaupun sejarah kehidupan manusia telah berubah, namun kehendak dan keperluan hidup kepada perniagaan adalah masih kekal sehingga hari ini. Perubahan yang berlaku hanyalah pada barangan serta kaedah transaksi yang dilaksanakan.
KONSEP JUAL BELI ATAS TALIAN DARI PERSPEKTIF FIQH ISLAM Perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebagai atas talian merupakan salah satu medium perniagaan terkini yang banyak diaplikasikan oleh para peniaga pada masa kini. Jual beli atas talian juga merupakann sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat, terutamanya telekomunikasi yang canggih dan talian internet untuk berurusan dengan pelanggan.
Secara umumnya, hukum jual beli dalam islam adalah harus, hali ini adalah berdasrkan firman Allah swt didalam surah Al-baqarah ayat 275: Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan "Bahwa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba" padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
RUKUN JUAL BELI ATAS TALIAN Peraturan jual beli dalam Islam sudah diatur dengan jelas, namun seiring perkembangan zaman saat akan melakukannya perlu adanya pengkajian ulang dari sumber terpercaya agar transaksi yang dilakukan sah. Secara umum terdapat beberapa rukunnya berikut ulasannya. 1) Barang atau jasa yang akan diperjual belikan. 2) Pihak penjual dan pembeli yang melakukan transaksi. 3) Harga dapat diukur dengan nilai wang atau alat pembayaran lain yang berlaku di suatu daerah. 4)Serah terima atau ijab qobul.
SYARAT JUAL BELI ATAS TALIAN AQIDANI orang yang memesan dan orang yang menerima pesanan dan mendapat persetujuan kedua dua belah pihak SIGHAT Adalah ijab dan qabul iaitu sesuai dengan kehendak syariat yang berlaku pada objek tersebut.kehendak syariat mestilah dipatuhi untuk mengelakkan transaksi riba, penipuan dan lain lain.
OBJEK TRANSAKSI iaitu harga dan barang yang dipesan mestilah jelas dan mengetahui tempoh penyerahannya. harga dalam jual beli mestilah jelas serta diserahkan pada waktu yang ditetapkan AL-SALAM iaitu membuat pembayaran dahulu dan barangan dihantar kemudian dengan syarat mengetahui sukatan, timbangan dan tempoh penghantaran yang ditetapkan
CIRI-CIRI JUAL BELI DALAM TALIAN PEMBELI DAN PENJUAL TIDAK BERSEMUKA SECARA FIZIKAL Urusan jual beli dilakukan secara maya. Penjual memasukkan maklumat berkaitan dengan barangan yang hendak dijual, dimana-mana laman web atau media sosial. Maklumat biasanya dalam bentuk gambar, penyataan ciri-ciri barang dan kelebihan-kelebihan barang yang dapat menarik minat pembeli.
CIRI-CIRI JUAL BELI DALAM TALIAN BARANG DIHANTAR KEPADA PEMBELI MELALUI AGEN PENGHANTARAN Tugas penghantaran barang diuruskan oleh penjual yang dilakukan oleh agen penghantaran. Pembeli hanya menerimanya di tempat ditetapkan dalam urusan jual beli. Kos penghantaran akan dijelaskan dalam laman web sama ada ditanggung oleh pembeli atau penjual. Jika dinyatakan kos ditanggung oleh pembeli, maka sejumlah bayaran perlu dibayar atau ditambah dari jumlah harga barang.
CIRI-CIRI JUAL BELI DALAM TALIAN KEWUJUDAN BARANG Pembeli boleh memeriksa atau menilai sendiri barang yang ingin dibeli. Pembeli boleh buat penilaian secara fizikal seperti menyentuhnya, menyentuhnya, melihat dan perkara lain yang boleh dilakukan seadanya apabila barang berada di hadapan mata.
CIRI-CIRI JUAL BELI DALAM TALIAN BENTUK AKAD Dari segi akad, jualan biasa memperlihatkan sighah akad sama ada melalui perkataan, pembuatan atau secara berdiam diri. Namun, akad jualan atas talian berlangsung secara berasingan. Peniaga menyatakan kesediaan menjual, mungkin telah beberapa bulan lalu ketika meletakkan iklan hendak menjual, sedangkan pembeli baru menyatakan persetujuan hendak membeli. Ini ternyata tidak menepati syarat menetapkan ungkapan qabul hendaklah saing berkaitan dan ada kesinambungan seperti ungkapan ijab, yakni perkara itu berlaku dalam satu majlis, serta kedua-dua pihak saling memahami ungkapan dikeluarkan
CIRI-CIRI JUAL BELI DALAM TALIAN TEMPOH SERAHAN Elemen boleh diserah yang menjadi satu lagi syarat jualan ternyata jelas dalam akad jual beli secara biasa. Ini kerana penjual dan pembeli secara langsung dapat mengambil keputusan berkaitan penyerahan itu. Bagaimanapun, dalam jual beli dalam talian,barang tersebut tidak boleh diserah serta merta, perlu melalui proses panjang dan rumit. Ini kerana ia melibatkan jarak yang jauh dan perlu melalui beberapa proses lain yang mungkin ada berlaku halangan untuk dihantar segera
CIRI-CIRI JUAL BELI DALAM TALIAN PRODUK TERLIBAT Produk yang digambarnya dipaparkan di laman sesawang tidak semesti dihantar kepada pembeli. Ini untuk barang yang 'sama ' yang tidak ada perbezaan yang dibuat di kilang. Hanya satu gambar yang sama bagi melambangkan barang yang sebenarnya berjumlah ribu hendak dipasarkan. Sebagai contohnya, setiap buku dengan judul buku yang sama tidak perlu dipamerkan imejnya di dalam iklan semata-mata untuk menjelaskan bahawa semua buku itu ingin dijual dan pembeli perlu memilih mana satu.
KESIMPULAN Kecanggihan dunia teknologi pada hari ini telah menyaksikan pelbagai aplikasi bagi memudahkan masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian. Justeru itu, kemodenan telah mewujudkan perniagaan secara atas talian dengan pelbagai barangan yang disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna. Jual beli atas talian mampu meningkatkan jualan dan mengurangkan kos yang tertentu serta dapat berinteraksi dengan pengguna secara langsung. Walaupun tidak terdapat hukum asal dalam perlaksanaan dan pembentukannya, namun fuqaha telah menetapkan asas-asas hukum dan teori secara jelas berkaitan dengan urusan jual beli.