INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 9)
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
(BMMB3163)
NAMA DISEDIAKAN OLEH:
NO. KAD PENGENALAN MUHAMMAD FARIZAL BIN MOHD GHAZALI
ANGKA GILIRAN 990731-03-6505
KUMPULAN 2018192340131
D7
NAMA PENSYARAH AKADEMIK DATIN PADLOM BINTI ABDUL RAHMAN
TAJUK TUGASAN PROJEK PENULISAN REFLEKTIF
TARIKH HANTAR 31.3.2022
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS Tandatangan Murid
DARIPADA PENSYARAH
Tarikh:
Tandatangan Pensyarah
Tarikh:
Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pertama dan
selamanya saya merafak syukur kepada Ilahi kerana dengan izin dan bantuan-Nya dapat
juga saya berjaya menyiapkan tugasan pada kali ini. Secara jujurnya, tugasan yang
diberikan pada kali ini memang menguji ketahanan fizikal dan mental saya dalam memikul
segala cabaran untuk menyiapkan sebuah hasil yang berkualiti. Namun, dengan usaha
dan semangat yang ada serta inspirasi daripada orang sekeliling, saya berhasil juga
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sebaiknya.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datin Padlon
Bt Abdul Rahman yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak terkira kepada
saya dan rakan seperjuangan. Segala tip dan teguran itu secara tidak langsung telah
membantu saya untuk memperbaiki segala cacat-cela yang terselit pada tugasan yang
saya lakukan kali ini. Tanpa bimbingan beliau, sudah pasti saya tidak mampu untuk
menghasilkan sebuah kerja yang cukup berkualiti.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bonda tercinta, kerana
tidak putus-putus memberi dorongan dan sokongan serta bantuan kepada anakanda
dalam menyiapkan tugasan ini dari bentuk kewangan, kelengkapan dan sebagainya.
Tanpa sokongan utuh daripada kedua-dua insan ini, sudah pasti saya akan tersungkur di
tengah perjalanan dalam melengkapkan sebuah perjuangan. Mereka banyak menasihati
saya agar melakukan semua perkara dengan penuh kesungguhan dan ikhlas dalam
melaksanakannya. Kata-kata itu akan saya pegang dan amatinya buat selama-lamanya.
Saya begitu yakin bahawa doa-doa merekalah yang memberi semangat kepada saya
untuk bermusafir mencari ilmu di muka bumi ini.
Selain itu, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih juga yang tidak terhingga
kepada rakan seperjuangan saya di kelas PISMP D7 yang telah menyumbang seribu satu
sumber dan maklumat dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa mereka jugalah sudah pasti
saya buntu dalam mencari olahan idea yang penuh kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan tugasan kali ini. Tidak dilupakan juga kepada mana-mana individu yang
bersama-sama membantu saya menyiapkan tugasan pada kali ini sama ada secara
langsung ataupun tidak. Segala bantuan kalian amatlah saya hargai dan semoga Allah
membalasnya dengan seribu kebaikan In Syaa Allah.
1.0 PENGENALAN
Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup yang tersendiri. Budaya ini muncul akibat
proses manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Hal ini demikian kerana budaya
akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahan dan percampuran antara entiti
budaya yang berbeza akan menyebabkan berlakunya proses pembudayaan. Proses
pembudayaan akan membawa keseragaman budaya. Keseragaman budaya akan membawa
pembinaan tamadun masyarakat yang diwarisi dan bersifat dinamik.
2.0 PROSES PEMBUDAYAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
Proses pembudayaan merupakan proses yang menunjukkan bagaimana sesuatu budaya
meresap dalam sesuatu kelompok masyarakat. Pada dasarnya, proses pembudayaan
dalam kalangan masyarakat. Proses pembudayaan dalam kalangan masyarkat Malaysia
telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana proses
pembudayaan ini berlaku menerusi interaksi antara satu kelompok masyarakat dengan
masyarakat yang lain. Secara amnya, proses pembudayaan dalam hidup masyarakat
Malaysia dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu asimilasi, akulturasi, akomodasi,
amalgamasi dan segresi. Proses ini menyebabkan wujudnya kepelbagaian bduaya dalam
kalanagan masyarkat majmuk di negara ini.
2.1 Asimilasi
Asimilasi merupakan proses apabila minoriti identiti kumpulannya dan diserap oleh
kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial (Mansor, Abdur Rahman dan
Mohamad Ainudin, 2007). Asimilasi terbahagi kepada dua jenis, iaitu asimilasi budaya dan
asimilasi struktur. Asimilasi budaya ialah proses di mana kumpulan minoriti mempelajari
ciri-ciri kebudayaan masyarakat setempat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Contohnya, bahasa, cara berpakaian dan adat resam. Oleh itu, walaupun hanya kumpulan
minoriti yang mempelajarinya, tidak bermakna kumpulan minoriti itu akan kehilangan
identiti etniknya.
Asimilasi struktur bermaksud kumpulan minoriti dapat menyertai kumpulan atau
institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan. Konsep asimilasi struktur
adalah diwakili oleh formula A+B+C=A. Dalam konteks pengaplikasian asimilasi ini di
Malaysia, dapat dilihat daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
harian. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan di negara ini.
2.2 Akulturasi
Akulturasi ialah satu proses di mana berlaku perubahan dan pinjam-meminjam unsur
kebudayaan (Mardianah dan Hasnah, 2003). Akulturasi daripada pelbagai kumpulan perlu
berkongsi pola kebudayaan. Sebagai contoh, seseorang individu haruslah menggunakan
bahasa yang sama agar intergrasi sosial tidak diganggu oleh perbezaan dan sempadan
kumpulan. Selain itu, berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan masyarkat kehilangan identity asal masyarakat penerima. Selain itu,
formula A+B =AB merupakan formula yang mewakili konsep asimilasi. Hal ini dikatakan
demikian kerana dalam sejarah kehidupan manusia akan berlaku pertembungan antara
dua kebudayaan yang berbeza atau lebih. Sebagai contoh, pencampuran budaya yang
berlaku di Malaysia seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan
sebagainya. Pada peringkat awal, unsur peminjaman ini digunakan secara langsung dan
kemudian peminjaman ini dijadikan unsur kebudayaan sendiri.
2.3 Akomodasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing (Syamsul Amri, 2007). Formula A+B+C=A+B+C+A. A, B dan C di
sini merujuk kepada budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana akomodasi akan
menyebabkan kesemua kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara
satu sama lain. Selain itu, akomodasi pada peringkat pemerintahan kerajaan pusat akan
dapat membolehkan setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan
pendidikan serta akan saling bergantung. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa konsep ini
diamalkan secara meluas di Malaysia. Perkara ini disebabkan setiap etnik di Malaysia
bebas mengamalkan budata mereka dalam keadaan harmoni. Oleh sebab itu, dapat
dikatakan bahawa masyarakat majmuk di Malaysia dapat mengamalkan budaya mereka.
Hal ini kerana, rakyat di negara ini mempunyai perasaan hormat-menghormati antara satu
sama lain, walaupun mereka mempunyai perbezaan latar belakang yang berbeza.
2.4 Amalgamasi
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru (Syamsul Amri, 2007). Perkahwinan
Csampur antara dua kumpulan etnik merupakan cara terbaik untuk menentukan proses
amalgamasi. Hal ini dikatakan demikian kerana formula A+B+C=D mewakili konsep
amalgamasi dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi satu
kumpulan baru yang terhasildaripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-
kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur dengan ertnik lain,
perkara ini akan dapat membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa menuruti
budaya asal mereka. Hal ini dapat dikatakan demikian kerana dalam konteks Malaysia,
Amalgamasi dapat dilihat menerusi kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya yang
terhasil daripada perkahwinan masyarakat Melayu dan masyarakat Cina.
2.5 Segresi
Segrasi merupakan pengasingan atau penyatuan antara satu kumpulan etnik dengan
satu kumpulan etnik yang lain. Pengasingan ini berlaku di atas sebab agama, ras,
kebudayaan dan ciri-ciri lain. Pengasingan ini berlaku dalam beberapa keadaan, iaitu
jenis pekerjaan, tempat tinggal, penerbitan akhbar dan sistem pekerjaan. Sebagai
contoh, Sekoalh Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Kebangsaan (SK) dan .
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Oleh sebab itu, kewujudan sistem pendidikan
secara Vernakular telah menyebabkan kaum-kaum utama di Malaysia dipisahkan
mengikut kelompok etnik masing-masing.
3.0 KAITAN DENGAN USAHA MEMBINA PERADABAN BAGI MEREALISASIKAN DASAR
PERPADUAN NEGARA
Perkaitan pertama yang dapat dilihat adalah mengukuhkan perpaduan dan integrasi
nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Hal ini kerana
perpaduan dan integrasi nasional penting untuk memupuk, mengukuh dan memelihatra
perpaduan dalam kalangan rakyat bagi melahirkan keharmonian dalam kalangan
masyarakat majmuk di negara ini. Selain itu, perpaduan akan dapat membantu kerajaan
untuk mencipta satu masyarakat yang adil din mana kemakmuran negara. sekiranya kita
berpecah atau bertelingkahanatara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini
akan mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang
menyebabkan pembangunan negara. Oleh itu, perkaitan yang dapat dilihat adalah
mengukuhkan perpaduan nasional yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara penting bagi mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha mencapai
matlamat untuk membina satu peradaban negara maju serta dapat memastikan
pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
Selain itu, membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin,
toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab merupakan perkaitan kedua yang
dapat dilihat. Hal ini dikatakan demikian kerana membentuk identiti nasional penting
kerana identiti nasional bukan milik dan tanggungjawab satu pihal. Identiti nasional adalah
milik semua yang seharusnya bertanggungjawab membina dan mempertahankan
kedaulatan negara dan dapat memelihara kehramonian yang telah lama wujud dalam
kalangan masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat Melayu perlu berpegang
kepada identiti nasional kerana semua prindip adalah berteraskan bangsa dan agamanya.
Bagi bangsa dan kaum lain, mereka hendaklah lebih terbuka dalam menerima identiti
nasional. Hal ini kerana bagi membina keharmonian yang utuh, seluruh masyarakat
Malaysia haruslah membuka sedikit ruang untuk menerima prinsip kenegaraan dan identiti
nasional yang seharusnya menjadi payung kepada pembinaan negara bangsa. Oleh itu,
membentuk identiti nasional dapat dikatakan perkaitan proses kebudayaan dengan usaha
membina peradaban yang berteraskan Dasar Perpaduan Negara.
4.0 KESIMPULAN
Proses Pembudayaan mencerminkan bagaimana golongan minoriti menjadi sebahagian daripada
masyarakat utama. Hal ini kerana proses pembudayaan mempunyai keperlbagaian budaya. Selain
itu, melalui proses akomodasi yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia atau masyarakat
dapat dikatakan bahawa masyarakat di negara ini telah bersatu padu. Selain itu, keadaan intergrasi
yang sebenar hanya dapat dicapai bermula dengan berlakunya proses akulturasi, asimilasi dan
akhirnya mengalami prose amalgamasi.
RUJUKAN
Mansor, Abdur Rahman & Mohamad Ainudin. (2007). Hubungan etnik di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mardianah & Hasnah. (2003). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Syamsul Amri. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Upena.