The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOONRAZAK, 2021-02-05 03:27:54

PROGRAM KAMPUS ASTRO

PANDUAN PENGURUSAN

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN(BTP)
BIL ITEM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 Pengenalan
PROGRAM KAMPUS ASTRO
BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

PANDUAN PENGURUSAN
PROGRAM KAMPUS ASTRO
BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

MAKLUMAT

1.1 Projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)
merupakan projek tanggungjawab sosial korporat atau Corporate
Social Responsibility (CSR) Yayasan Astro Kasih yang bertujuan
menyokong matlamat dan usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk membawa kandungan dan pengalaman
pembelajaran yang holistik kepada pelajar-pelajar sekolah
kerajaan seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan
sokongan tambahan kepada guru-guru.

1.2 Projek KABKS ini menyokong pembelajaran di sekolah melalui
kandungan pendidikan tempatan dan antarabangsa Astro,
sumbangan teknologi Astro, dan tenaga serta kemahiran pekerja
Astro.

1.3 Projek KABKS ini melibatkan Bahagian Teknologi Pendidikan
(BTP), 15 buah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN),
13 buah Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), 367 buah
Pusat Kegiatan Guru (PKG), 505 buah sekolah untuk
pemasangan baharu, dan 9,522 buah sekolah untuk
penyelenggaraan peralatan KABKS sedia ada.

1.4 Program KABKS ini menyediakan 17 buah saluran pendidikan
dan informasi seperti berikut:

1) 101 RTM 1
2) 102 RTM 2
3) 501 Astro Awani
4) 611 Astro Ceria
5) 801 Astro Arena
6) 601 Astro Tutor TV UPSR
7) 602 Astro Tutor TV PT3
8) 603 Astro Tutor TV SPM
9) 325 Astro Xiao Tai Yang
10) 610 Astro TVIQ
11) 553 National Geographic Channel
12) 554 Discovery Science Channel
13) 615 Disney Channel
14) 502 Bernama TV
15) 555 History Channel
16) 551 Discovery Channel
17) 556 Animal Planet Channel



SULIT

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BIL ITEM
2 Tujuan dan KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Objektif
PROGRAM KAMPUS ASTRO
3 Kriteria BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)
Pelaksanaan
MAKLUMAT

2.1 Bagi menyokong matlamat dan usaha KPM untuk membawa
kandungan dan pengalaman holistik kepada murid-murid seluruh
Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan
kepada guru-guru.

3.1 Pra Syarat

3.1.1 Semua bahan bagi program KABKS ini dibekalkan untuk
pemasangan pertama sahaja oleh pihak Yayasan yang
terdiri daripada:

a) Nombor akaun Astro;
b) Kad pintar;
c) Nombor kad pintar;
d) Set Dekoder Astro;
e) Nombor dekoder Astro;
f) Televisyen; dan
g) Out Door Unit (ODU)

3.1.2 Segala kos pemasangan dan penyelenggaraan ini akan

ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan tanpa
sebarang implikasi kewangan kepada KPM.

3.1.3 Kerja-kerja pemasangan peralatan bagi program KABKS
ini mestilah beserta wakil KPM/institusi pendidikan

berkenaan.

3.1.4 Pihak Yayasan akan hanya menyelenggara Set Dekoder
Astro sahaja sepanjang tempoh projek CSR ini iaitu tiga
tahun dari tarikh pemasangan pertama untuk keseluruhan
projek ini.

3.1.5 Yayasan berhak untuk mengambil semula Set Dekoder
Astro dalam apa juga keadaan semasa, sama ada masih
berfungsi ataupun tidak, atas kos sendiri, dengan syarat
tempoh notis empat belas (14) hari berkerja diberikan
kepada kerajaan untuk tujuan yang tersebut.

3.1.6 Sebarang permasalahan teknikal akan diuruskan
sepenuhnya oleh pihak Yayasan melalui One Stop Centre
School Support. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini,
sila rujuk item 10:Perkhidmatan Bantuan & Sokongan
Teknikal Program.

SULIT

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BIL ITEM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM KAMPUS ASTRO
BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

MAKLUMAT

3.2 Syarat Program

3.2.1 Pihak KPM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
kerosakan dan kehilangan bahan bagi set KABKS.

3.2.2 Sebarang kehilangan/kerosakan bahan bagi set KABKS
ini akibat kecuaian pihak institusi pendidikan tidak akan
ditanggung oleh pihak Yayasan. Penggantian akan hanya
dibuat jika kehilangan/kerosakan tersebut adalah di luar
kawalan pihak institusi pendidikan dan perlu disertakan
dengan laporan polis.

3.2.3 Pihak institusi pendidikan mestilah memastikan bahan
bagi set KABKS dilengkapi dengan alat kelengkapan
keselamatan untuk memastikan bahan tersebut terjamin
keselamatannya dan memudahkan pihak institusi
pendidikan untuk menjaganya.

3.2.4 Tempoh penggantian akan dilakukan seperti berikut:

a) Kawasan bandar (urban dan sub-urban) yang
mempunyai akses melalui jalan raya memerlukan
masa 5 – 7 hari bekerja;

b) Kawasan luar bandar (rural dan remote) yang
memerlukan pengangkutan pelbagai cara melalui air
dan udara memerlukan masa 7 – 10 hari bekerja; dan

c) Port congestion terutama di kawasan pedalaman
Sabah dan Sarawak boleh menyebabkan kelewatan
tambahan sebanyak 7 hari.

3.2.5 Pihak Yayasan tidak dibenarkan untuk menggunakan
sebarang logo berkaitan KPM dan perakuan atau
penyataan yang mengaitkan KPM dengan program ini
termasuk:

a) Pihak Yayasan tidak dibenarkan untuk menemubual
dan membuat tinjauan ke atas guru-guru dan murid-
murid yang terlibat;

b) Pihak Yayasan tidak dibenarkan melakukan
pemantauan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak
KPM; dan

c) KPM tiada obligasi untuk menawarkan apa-apa
kontrak baharu kepada Yayasan.

SULIT

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BIL ITEM
4 Skop KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pelaksanaan
PROGRAM KAMPUS ASTRO
BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

MAKLUMAT

Program ini melibatkan organisasi yang berdaftar di bawah KPM yang
berikut:

4.1 Kategori Sekolah, Institusi Pendidikan dan Bahagian KPM
(seperti dalam MoU)
4.1.1 Sekolah Rendah
- SK (Sekolah Kebangsaan )
- SK (Sekolah Kebangsaan Asli)
- SK(Khas) (Sekolah Kebangsaan Khas)
- SK (Sekolah Kebangsaan )
- SJK(C) (Sekolah Kebangsaan Cina)
- SJK(T) (Sekolah Kebangsaan Tamil)
- SR Agama (SABK) (Sekolah Rendah Agama)
- SR Model Khas Komprehensif K9 (Sekolah Rendah
Agama Model Khas Komprehensif K9)

4.1.2 Sekolah Menengah
- SM Agama (SABK)(Sekolah Menengah Agama)
- SMK Agama(Sekolah Menengah Kebagsaan Agama)
- SM Khas (Sekolah Menengah Khas)
- SM Teknik (Sekolah Menengah Teknik)
- SM Berasrama Penuh(Sekolah Menengah

Berasrama Penuh)
- SM+SR (Model Khas) (Sekolah Menengah+Sekolah

Rendah (Model Khas)

4.1.3 Sekolah lain
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni

4.1.4 Institusi Pengajian
- Kolej Vokasional

4.1.5 Bahagian KPM
- Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN)
- Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian(PTPB)
- Pusat kegiatan Guru (PKG)

SULIT

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM KAMPUS ASTRO
BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

BIL ITEM MAKLUMAT

5 Jangkamasa Program ini bermula pada 20 April 2016. Pelaksanaan program ini

Pelaksanaan berdasarkan timeline yang dikemukakan oleh pihak Astro seperti

*timeline Astro berikut: Peringkat Pra-pelaksanaan
5.1

• Peringkat Pra-pelaksanaan dimulakan pada 6
hingga 13 Jun 2016 di peringkat dalaman KPM
iaitu proses persediaan awal pemakluman Program
KABKS kepada sekolah-sekolah dan institusi
pendidikan KPM yang terlibat.

5.2 Peringkat Pelaksanaan

• Penyerahan peralatan set TV KABKS kepada wakil
Astro di peringkat kawasan-kawasan yang telah
ditetapkan pada 13 hingga 30 Jun 2016.

• Mewujudkan akaun ASTRO bagi 470 buah
sekolah/institusi pendidikan dari 13 Jun hingga 8 Julai
2016.

• Pemasangan di 470 buah sekolah/institusi pendidikan
pada 15 Jun hingga 22 Julai 2016.

5.3 Peringkat Pasca Pelaksanaan:

• Penyediaan instrumen dan pengumpulan data
penggunaan Program KABKS.

• Data dan laporan disediakan oleh PKG, PTPB dan
BTPN.

Jenis Laporan Kekerapan Penglibatan
Laporan pemasangan 1 Bulan
peralatan Astro Sekali • Astro
• BTP
Laporan kerosakan (sehingga • BTPN
perkakasan dan 100% • PTPB
gangguan siaran Astro • PKG
pemasangan)
Laporan tempoh baik • Astro
pulih peralatan yang Berkala (3 • BTP
rosak Bulan Sekali) • BTPN
• PTPB
Berkala (3 • PKG
Bulan Sekali)
• Astro
• BTP
• BTPN
• PTPB
• PKG

SULIT

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BIL ITEM
6 Kos KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pelaksanaan
PROGRAM KAMPUS ASTRO
7 Pelaksanaan BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)
Program
MAKLUMAT

Kos pelaksanaan, pengukuhan dan/atau promosi akan ditanggung
sepenuhnya oleh pihak Yayasan tanpa dikenakan sebarang kos
kepada KPM dan tidak boleh mengikat KPM dalam apa jua
keadaan.

7.1 Pra-pelaksanaan
7.1.1 Penyediaan instrumen pemantauan oleh BTP KPM
i) Instrumen Pemantauan Pemasangan Baharu
ii) Instrumen Pemantauan Penyelenggaraan

BTPN/PTPB/PKG perlu membuat pengisian di
http://gg.gg/kampus_astro_instrumen secara atas talian.

7.1.2 Penyediaan Surat Akuan Penerimaan (SAP)/Astro

Reception Equipment Acknowledgement Form oleh
pihak Yayasan.

7.1.3 Pemilihan lokasi / ruang / bilik yang selamat dan terkawal

yang dipersetujui oleh wakil rasmi KPM/institusi
pendidikan dan pihak Yayasan sebelum pemasangan.

7.1.4 Pihak institusi/KPM perlu menyediakan sebuah meja
bersaiz 37” (T) x 33” (L) x 24” (P) untuk meletakkan

perkakasan ini.

7.1.5 Pihak institusi/KPM perlu menyediakan 1 AC power
point untuk sambungan ke perkakasan.

7.1.6 Lokasi pemasangan Out Door Unit (ODU) hendaklah
dipasang di tempat yang sesuai dengan mengambil kira

aspek keselamatan guru, murid, pegawai, kakitangan dan

juga peralatan ODU. Cadangan tentang lokasi
pemasangan adalah sepert berikut:

a) Bumbung bangunan atau;
b) Sekurang-kurangnya di tingkat 2 bagi bangunan yang

melebihi 2 tingkat; atau
c) Mana-mana kawasan selamat yang dipersetujui oleh

wakil rasmi KPM/institusi pendidikan

7.1.7 Makluman kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah yang akan dilibatkan
melalui urusan surat-menyurat oleh BTP.

SULIT

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BIL ITEM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM KAMPUS ASTRO
BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

7.1.8 MAKLUMAT

Makluman kepada pihak pentadbiran sekolah, murid dan
guru yang akan dilibatkan melalui taklimat pelaksanaan
oleh pihak Yayasan di bawah pemantauan pihak BTP.

7.2 Pelaksanaan Sebenar

7.2.1 Pelaksanaan program ke atas BTP, BTPN, PTPB, PKG
dan sekolah-sekolah yang dilibatkan.

7.2.2 SAP akan dihantar kepada BTPN, PTPB dan PKG
melalui emel. Dokumen/butiran SAP disediakan oleh
pihak Yayasan Astro Kasih/Astro.

7.2.3 Pihak Yayasan akan menghubungi pentadbir institusi
pendidikan terlebih dahulu sebelum sebarang
penghantaran atau pemasangan dibuat. Pemasangan
hanya dibenarkan pada waktu persekolahan, hari bekerja
atau waktu lain yang dipersetujui dan diawasi oleh
pentadbir/wakil institusi pendidikan.

7.2.4 Status peralatan di bawah projek ini adalah hak milik
Astro. Pihak institusi pendidikan hendaklah melabelkan
”Hak Milik Yayasan Astro Kasih” pada semua peralatan
KABKS yang dibekalkan.

7.2.5 Penyelenggaraan serta baik pulih Set Dekoder Astro akan
dilakukan oleh Yayasan untuk tempoh tiga (3) tahun dari

tarikh pemasangan pertama untuk keseluruhan projek ini.

7.2.6 Bagi pemasangan baharu, Set Dekoder Astro mempunyai
jaminan pengeluar selama dua belas (12) bulan dan
berkuatkuasa dari tarikh pertama pengaktifan.

8 Sesi 8.1 BTP dan rangkaian akan menjalankan pemantauan sepanjang
Pemantauan tempoh pelaksanaan program.

8.2 Rekod penggunaan:
Pihak sekolah/ institusi pendidikan hendaklah menyediakan buku
log penggunaan Program KABKS.

8.3 Pihak Astro akan memantau penggunaan saluran di bawah projek
ini dengan mengutip data dari buku log yang perlu diisikan oleh
guru-guru sekolah/institusi berkaitan.

SULIT

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM KAMPUS ASTRO
BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

BIL ITEM MAKLUMAT

9 Instrumen Instrumen pemantauan disediakan oleh panel penilai yang ditentukan
oleh BTP.
10 Perkhidmatan
Bantuan & 10.1 Sebarang permasalahan penggunaan dan aduan teknikal akan
Sokongan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Yayasan melalui One Stop
Teknikal Centre School Support iaitu:
Program
a) Talian 1-300-82-0001; atau
b) Faks ke 03-9543 6868; atau
c) Emel ke [email protected]; atau

[email protected]
d) Pihak KPM atau institusi pendidikan berkenaan

menyediakan surat rasmi kepada pihak Yayasan yang
bersertakan butiran berikut:

- Nama sekolah dan alamat sekolah
- Nombor akaun Astro
- Nombor kad pintar
- Nombor dekoder Astro
- Nama penuh Guru Penyelaras Media (GPM) dan

nombor telefon

Surat tersebut boleh dihantar sama ada melalui faks, emel
atau pos ke alamat:

All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

10.2 Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dengan melayari laman
web http://www.astro.com.my/kampusastro

10.3 Sebarang permasalahan set peralatan KABKS hendaklah
dilaporkan kepada Astro dengan segera untuk tindakan
penyelenggaraan. Setiap penyelenggaraan akan dilampirkan
bersama-sama borang ”Technical Complaint Order” yang perlu
disahkan dan disimpan oleh Pentadbir institusi pendidikan atau
Wakil Rasmi.

10.4 Alat Set Dekoder Astro tidak boleh dipindah dari tempat asal
untuk digunapakai di tempat lain.

10.5 Sebarang penggunaan diluar dari cara penggunaan alat Set
Dekoder Astro yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan.

SULIT

SULIT SEKTOR PEMBANGUNAN e- PEMBELAJARAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BIL ITEM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
11 Outcome
Utama PROGRAM KAMPUS ASTRO
BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

MAKLUMAT

10.6 Bahan-bahan yang telah dirakam hanya boleh digunakan
melalui alat Set Dekoder Astro sahaja kerana Astro mempunyai
perjanjian copyright untuk menyiarkan saluran program melalui
Set Dekoder Astro sahaja.

11.1 Mempelbagaikan dan mempertingkatkan kualiti P&P di institusi
pendidikan.

11.2 Merapatkan jurang penyebaran maklumat antara institusi
pendidikan luar bandar dan bandar.

11.3 Merangsang minat dan memotivasikan murid dalam
mempertingkatkan P&P secara berkesan.

SULIT


Click to View FlipBook Version