The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erhanjumatil, 2022-03-06 07:31:04

Ke+Tu+K

Ke+Tu+K

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Menjawab Karangan Bahagian B

(Karangan Domain Awam - Siri 1)

oleh En. Erhan bin Jumatil

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Menggunakan Teknik
Mengarang

Ke+Tu+K

(kepala, tubuh, kaki)

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Format Instrumen SPM
Mata Pelajaran Bahasa Melayu (1103)

i. Kertas 1 (1103/1) Ujian bertulis (100 markah)
ii. Kertas 2 (1103/2) Ujian bertulis (100 markah)
iii. Kertas 3 (1103/3) Ujian bertutur (70 markah)
iv. Kertas 4 (1103/4) Ujian mendengar (30 markah)

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Format Instrumen SPM
Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1)

 Ujian bertulis. Terdapat 2 bahagian yang

 Masa: 2 jam. perlu dijawab, iaitu Bahagian
A dan Bahagian B.
 Jenis item:
i. Subjektif respons terhad.
ii. Subjektif respons terbuka.

 Jumlah markah: 100 markah.

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Karangan Bahagian B (Respons Terbuka)
[70 markah]

 Masa dicadangkan 1 jam 30 minit.
 Empat soalan dikemukakan dan calon pilih satu soalan sahaja.
 Karangan berformat dan tidak berformat dikemukakan.
 Soalan dikemukakan berdasarkan domain pembelajaran yang terdapat dalam

DSKP (m/s 31).
 Murid perlu menulis karangan 350 hingga 500 patah perkataan.

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Contoh soalan karangan domain awam

Soalan 3

Mengubah sikap kepada mencintai alam sekitar memerlukan kefahaman dan kecintaan yang mendalam terhadap
sumber alam semula jadi. Rakyat Malaysia di negara ini perlu mencontohi sikap rakyat Jepun dan Korea dalam
menjaga alam sekitar. Kebersihan bagi rakyat Jepun merupakan budaya dan jati diri mereka dan mereka percaya
jati diri yang baik bukan sahaja membolehkan mereka berjaya malah membolehkan bangsa mereka dikagumi di
seluruh dunia.

(Sumber: Dewan Masyarakat, Bil. 8, 2019)

Berdasarkan petikan di atas, sikap menjaga kebersihan alam sekitar sangat penting dalam masyarakat. Namun
demikian, masyarakat hari ini semakin tidak peka akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

Huraikan langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar.

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Cara menjawab soalan karangan domain
awam: usaha/langkah/cara/peranan

i. Langkah 1: analisis soalan terlebih dahulu. (sebelum menulis karangan)

ii. Langkah 2: menulis perenggan pendahuluan. Ke (Kepala)
iii. Langkah 3: menulis perenggan isi. (3 perenggan) +
iv. Langkah 4: menulis perenggan penutup. Tu (Tubuh)
+
K (Kaki)

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Langkah 1: Menganalisis soalan
(Teknik KeKwaT)

Huraikan langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar.

Kata kunci (keyword) : langkah-langkah

Kata kerja : menjaga

Tema : Kebersihan alam sekitar

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Langkah 2: Menulis perenggan pendahuluan
(Ke: Kepala)

(tema) merupakan isu yang relevan untuk dititikberatkan mutakhir ini. Bertitik
tolak daripada hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa isu ini tidak harus dipandang
remeh oleh setiap golongan masyarakat. Perkara yang berkaitan dengan (tema)
turut menjadi buah mulut setiap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia, bahkan
menjadi topik hangat di surat khabar, kaca televisyen, dan laman media sosial
seperti Facebook. Persoalannya kini, apakah (kata kunci+kata kerja+tema)? Oleh itu,
persoalan tentang (kata kunci+kata kerja+tema) akan dikupas dengan lebih
terperinci sehingga ke akar umbi dalam wacana ini.

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Langkah 3: Menulis perenggan isi
(Tu: Tubuh)

Formula menyusun isi topik dengan jelas dan matang bagi karangan domain awam

IMemangMahukanKau

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

I: Ibu bapa

Usaha (kata kerja + tema) dianggap lebih efektif jika ibu bapa menyemai nilai ...
ke dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana usaha
pemupukan nilai yang dilakukan seawal usia anak-anak lebih mudah berbanding
setelah mereka dewasa. Menerusi usaha ini, ibu bapa sebaik-baiknya memberikan
nasihat kepada anak-anak tentang kepentingan (kata kerja + tema) dalam
kehidupan. Nasihat yang diberikan dapat dijadikan pelita hidup oleh anak-anak
untuk menjadi orang yang lebih mengutamakan (tema) apabila mereka dewasa
kelak. Jelas terbukti bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
usaha (kata kerja + tema), sejajar dengan maksud peribahasa Melayu, ‘melentur
buluh biarlah dari rebungnya’.

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Memang: Media massa

Di samping itu, peranan media massa sebagai penyalur informasi yang cekap
kepada rakyat sejagat amat signifikan bagi memastikan matlamat (kata kerja + tema)
dapat direalisasikan. Hal ini dianggap demikian akibat perkembangan media massa
yang sangat cepat menyebabkan informasi yang disalur lebih mudah diakses oleh
orang awam menerusi pelbagai sumber media. Dalam hal ini, unit penyiaran seelok-
eloknya menyebarkan infografik yang menarik tentang usaha (kata kerja + tema)
melalui kempen (tema) di laman media sosial, seperti Facebook, Instagram, dan
TikTok. Infografik yang menarik mudah mempengaruhi orang ramai untuk
menyahut kempen sekaligus menyokong usaha ini. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa media massa turut berperanan sebagai agen penting dalam usaha (kata
kerja + tema).

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Mahukan: Masyarakat

Selain itu, kesedaran orang awam agar sentiasa mengambil berat terhadap
(tema) juga merupakan kayu ukur kepada hasrat (kata kerja + tema), sama ada
dapat dicapai atau tidak. Hal ini amat penting kerana ketidakpekaan dan sikap acuh
tak acuh dalam kalangan masyarakat hakikatnya akan menyebabkan masalah (tema)
tidak dapat diselesaikan. Melalui perkara ini, masyarakat perlu memberikan
sokongan yang kuat terhadap usaha (kata kerja + tema) dengan menyahut kempen
yang telah diuar-uarkan menerusi pelbagai platform media massa. Sokongan kuat
yang diberikan oleh masyarakat sedikit sebanyak dapat melancarkan lagi usaha
pihak yang berperanan untuk menjayakan hasrat (kata kerja + tema). Berdasarkan
perbincangan ini, jelas bahawa sikap masyarakat juga harus diambil kira dalam
usaha (kata kerja + tema).

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Kau: Kerajaan

Sementelahan itu, pihak kerajaan yang berperanan sebagai badan
perundangan dan eksekutif juga dilihat sebagai jentera penting untuk memastikan
usaha (kata kerja + tema) tercapai. Hal ini disebabkan oleh objektif kerajaan
merupakan gagasan utama bagi mendukung visi yang melibatkan isu ini selari
dengan misi pemimpin negara. Menerusi hal ini, ahli kabinet Malaysia sayugia
mencari kesepakatan dalam usaha menggubal atau meminda dasar yang berkaitan
dengan (kata kerja + tema) untuk diperkenalkan kepada golongan rakyat. Secara
tidak langsung, dasar yang diperkenalkan mampu dijadikan panduan oleh rakyat
untuk sentiasa peka terhadap usaha (kata kerja + tema). Tegasnya, melalui
perbincangan ini, sekali lagi dasar kerajaan dianggap sebagai ‘akar’ yang menunjang
usaha (kata kerja + tema) di bawah payung falsafah pemimpin negara.

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Langkah 4: Menulis perenggan penutup
(K: Kaki)

Secara keseluruhan, usaha (kata kerja + tema) dapat dikupas secara lebih
mendalam menerusi rentetan benua idea ini. Berdasarkan hujah-hujah yang telah
dinyatakan, jelas bahawa usaha ini tidak hanya terletak di atas pundak (I / Me / Ma /
K) semata-mata kerana perbuatan bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Oleh yang demikian, semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang
tinggi untuk (kata kerja + tema), sesuai dengan maksud peribahasa Melayu, kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kesimpulannya, sokongan dan
usaha yang giat daripada pelbagai pihak untuk menghadapi isu ini dapat melahirkan
generasi yang ... bahkan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Rumusan Pembelajaran

Perengan pendahuluan Kepala - Ibu bapa I
Perenggan isi Tubuh - Media massa Memang
- Masyarakat Mahukan
- Kerajaan Kau

Perenggan penutup Kaki

http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/erhanjumatil/

Nota ini merupakan bahan yang diguna pakai dalam

Program Gempur SPM 2022
(Fasa 1)

5hb. Mac 2022 (Sabtu)


Click to View FlipBook Version