Edisi : 3/ Mac – Jun
2022/2023
Diterbitkan oleh : Unit Hal
Ehwal Murid SMKV
Editor : Noorashikin binti
Mohd Rejab
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4
Pada 18 Mac 2022, Unit Bimbingan
dan Kaunseling telah menjalankan
Program Orientasi untuk pelajar
Tingkatan 4. Program ini bertujuan
untuk memberi pendedahan awal
kepada pelajar tentang kaedah
pembahagian aliran pembelajaran
Tingkatan 4.
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1
Pada 18 Mac 2022 juga turut di
adakan Program Orientasi untuk
murid Tingkatan 1 yang bertujuan
untuk memberi pendedahan
kepada murid mengenai alam
persekolahaan sekolah menengah.
PROGRAM ZIARAH CAKNA
Pada 12 April 2022, Program
Ziarah Cakna yang pertama telah
dijalankan oleh barisan
pentadbir serta guru Bimbingan
dan Kaunseling bagi
menyampaikan sumbangan
barangan dapur kepada keluarga
berkeperluan khas.
SUMBANGAN OLEH PERSATUAN INNER
WHEEL CLUB OF KUALA LUMPUR
Pada 18 April 2022, SMK
Vivekananda telah menerima
sumbangan wang dari
Persatuan Inner Wheel Club
Of Kuala Lumpur untuk
disampaikan kepada 10 orang
murid yang layak.
CERAMAH TALASEMIA
Pada 21 April 2022, ceramah
Talasemia telah dijalankan
secara atas talian bagi
memberi pendendahan awal
kepada murid-murid
berkaitan penyakit talasemia.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 45
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-
45 telah di adakan secara atas
talian pada 23 April 2022 bagi
memberi laluan kepada ibu bapa
untuk menyuarakan pendapat
dan cadangan bagi
meningkatkan kecemerlangan
murid.
CERAMAH KESIHATAN
Pada 20 Mei 2022, SMK
Vivekananda telah
mengadakan ceramah
kesihatan berkaitan isu rokok
dan vape. Ceramah telah
disampaikan oleh pegawai
kesihatan dari Klinik
Kesihatan Lembah Pantai.
PROGRAM ZIARAH CAKNA KALI KE 2
Pada 20 April 2022, Program
Ziarah Cakna untuk kali ke – 2
di jalankan bagi mengeratkan
siratulrahim di antara pihak
sekolah dan juga ibu bapa.
PROGRAM PENETAPAN TARGET PT3, SPM
DAN STPM TAHUN 2022
Pada 20 Mei 2022, Program
Penetapan Target tahun 2022
telah dijalankan dengan
disertai oleh semua murid
tingkatan 3, 5 dan 6 Atas.
Penglibatan ibu bapa sangat
menggalakan. Program ini
dapat membantu guru dan
ibu bapa untuk membimbing
murid-murid ke arah
kecemerlangan.
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KHAS
DI SMK VIVEKANANDA
Pada 23 Mei 2022, seramai
150 orang murid telah
menerima sijil pelantikan
watikah. Badan Khas yang
terlibat adalah Lembaga
Koperasi, COMBI, SPBT, PRS,
Ketua dan Penolong
Tingkatan.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI
SMK VIVEKANANDA BERHAD
Pada 3 Jun 2022, telah
berlangsung Mesyuarat
Agung Lembaga Koperasi
SMK Vivekananda dengan
penglibatan semua warga
SMKV. Segala keuntungan
yang di perolehi dari koperasi
diagihkan kepada ahli
koperasi.
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS
KERTAS 2
Pada 16 Jun 2022, Bengkel
Teknik Menjawab Sains
Kertas 2 telah diadakan
bertempat di dewan
Appudurai yang bertujuan
untuk memberi pendedahan
tentang cara menjawab
kertas 2 bagi mata pelajaran
sains. Program ini telah
disertai oleh seramai 120
murid tingkatan 5.
MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN
SPM 2021
Pada 16 Jun 2022, Majlis
Penyerahan Slip Keputusan
SPM 2021 bagi menghargai
semua murid yang telah
berjaya menduduki
peperiksaan SPM 2021.
PROGRAM PAMERAN KERJAYA
Unit Bimbigan dan
Kaunseling telah mengadakan
Program Pameran Kerjaya
pada 24 Jun 2022. Program
ini bertujuan memberi
maklumat tambahan kepada
murid berkaitan hala tuju
selepas tamat sekolah.
Universiti swasta telah di
jemput hadir bagi
menjayakan program ini.
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKV
Pada 25 Jun 2022, Kejohanan
Merentas Desa telah
dianjurkan oleh SMK
Vivekananda. Acara ini turut
di sertai oleh ibu bapa.
SEMINAR PEMANTAPAN
BAHASA MELAYU SPM
Satu Seminar Pemantapan SPM
telah diadakan pada 27 Jun 2022
yang bertujuan untuk memberi
pendedahan yang lebih khusus
dan terperinci bagi
memperkukuhkan penguasaan
teknik menjawab kertas Bahasa
Melayu.