BULETIN HEM
SMK VIVEKANANDA
EDISI JUN – SEPTEMBER 2021
Diterbitkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SMKV
Editor : Noorashikin binti Mohd Rejab
PROGRAM TABUNG KEBAJIKAN COVID 19
JUN 2021 : Seperti yang kita sedia maklum, beberapa orang murid
sekolah kita turut terkesan dengan pandemik Covid-19 pada masa ini.
Oleh itu, Koperasi SMK Vivekananda Berhad dengan kerjasama Unit HEM
mengambil inisiatif untuk mengumpul dana kewangan untuk disalurkan
kepada murid-murid yang memerlukan. Sumbangan yang disampaikan
adalah berbentuk wang tunai dan keperluan asas makanan.
PROGRAM SUMBANGAN VIVEKANANDA ASHRAMA
23 – 25 JULAI 2021 : Vivekananda
Ashrama telah memberikan
sumbangan dalam bentuk bahan
makanan seperti beras, biskut,
bihun, gula, susu, tepung dan
kicap. Selain itu, wang tunai juga di
berikan kepada 150 keluarga
murid di SMK Vivekananda.
Sumbangan ini dianjurkan bersama
dengan Dato’ Chua Song Lim dan
Datin Koh Sai Eng Foundation Inc.
“Yang berat sama dipikul, Yang
ringan sama dijinjing”. Semoga
sumbangan ini dapat meringankan
beban keluarga murid berkenaan.
MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN ENAM
SEMESTER 1 / 2021
22 – 23 JULAI 2021 : Seramai 120 orang murid mendaftar
untuk kemasukan Tingkatan 6 Semester 1 di SMK
Vivekananda. Minggu orientasi ini dijalankan untuk
memberi maklumat awalan kepada murid-murid baru.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu orientasi ini
seperti taklimat umum, taklimat matapelajaran dan
taklimat peperiksaan.
PROGRAM PRS PERINGKAT KEBANGSAAN
31 JULAI 2021 : Putri Nuril Qistina binti Shah Rizal Azwan
dari kelas 5 Sains di SMK Vivekananda telah mewakili
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Program PRS
Peringkat Kebangsaan. Setiap peserta dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk membincangkan topik-topik
mengenai tema “Minda Sihat” dan hasil daripada
perbincangan tersebut telah dibentangkan oleh peserta
kumpulan.
PROGRAM GEROBOK REZEKI
5-6 OGOS 2021 : Pihak NGO
dari Happy Bank telah
memberikan bantuan dari segi
keperluan makanan seperti
beras, telur, tepung, bihun,
susu dan sardin untuk murid
yang terkesan dengan isu
pendamik Covid-19. Sedikit
sebanyak bantuan ini telah
meringankan 50 orang murid
yang terlibat.
PROJEK SAYAP BAGIMU
30 OGOS : Seramai 5 orang murid SMK Vivekananda
berjaya memperolehi tablet yang disumbangkan oleh
Yayasan AEON Malaysia dan Yayasan TM. Tema yang
disampaikan adalah “Lebarkan sayap dan terbang tinggi
untuk hari esok yang lebih baik”.
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MURID
DI NORMA BAHARU
9 SEPTEMBER 2021 : Program ini bekerja sama dengan pihak MSU
Universiti. Ceramah disampaikan oleh seorang pensyarah iaitu
Encik Adly Zaihardi yang juga merupakan seorang Chef. Terdapat 3
objektif program ini dijalankan iaitu yang pertama memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang peranan sebagai seorang
pelajar. Objektif kedua iaitu menyampaikan motivasi kepada para
pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sunguh dan
cemerlang dan yang ketiga iaitu mewujudkan perasaan rajin dan
menghargai ilmu serta pelajaran dalam diri pelajar.
P.I.C.K REMAJA
24 SEPTEMBER 2021 : Semua murid
Tingkatan 4 SMK Vivekananda yang
mendaftar dalam Mysejahtera
mendapat suntikan dos pertama di
Victoria Institution. Manakala
terdapat beberapa orang guru dari
SMK Vivekananda bertugas sebagai
sukarelawan di pusat suntikan vaksin
tersebut.
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MURID
DI NORMA BAHARU
24 SEPTEMBER 2021 : Seramai 17 orang
murid dari SMK Vivekananda telah
menyertai Program Selangkah Ke Universiti
Siri 1. Panel jemputan untuk program ini
adalah dari KPM, MJII, Giat Mara dan IKM.
Terdapat hadiah cabutan bertuah untuk
murid-murid yang hadir yang ditaja oleh
DRB-HICOM Universiti. Program ini
bertujuan untuk memberi pendedahan
mengenai hala tuju selepas SPM dan STPM
kepada semua murid.
SAJAK MENUJU KEJAYAAN
Jika ingin menggapai awan,
Jika ingin mencapai kejayaan,
Aku berpegang pada janji
Tidak mungkin aku mungkiri.
Walau sengsara aku pejamkan,
Sekali aku bertekad terus kukotakan,
Sekali pun bara panas yang kugenggam,
Tidak akan kulepaskan.
Jika kejayaan menjadi harapan,
Tidak kumahu sekadar impian,
Tidak sesekali aku berganjak,
Setelah langkahku bergerak,
Akan terus aku gerakkan.
Puncak jaya yang kucitakan,
Biar apa pun di hadapan ku
Akan ku tuju dengan keyakinan,
Jangan undur nanti kecundang,
Walau berjambak rintangan yang datang...
Nukilan : Azwa