The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-w010-cm2, 2021-03-18 08:55:55

SKEMA JAWAPAN MODUL TRANSISI BM 2

SKEMA JAWAPAN MODUL TRANSISI BM 2

MODUL TRANSISI
BAHASA MELAYU 2

SPM, 2021

SKEMA JAWAPAN
BAHASA MELAYU DUA

1103/2

1

MORFOLOGI

JAWAPAN SET 1

Kata sendi nama

1. Seperti - 1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~

rambut orang ...

2. kepada - Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang
membawa maksud tujuan. 1.Rakyat ..

3. ke - Digunakan untuk tempat, masa dan benda ...
4. di – kata sendi nama kata depan Digunakan untuk tempat

Kata kerja
1. operasi – pembedahan, gerakan tentera,kegiatan perniagaan, menjalankan kegiatan,

bergerak, berjalan (menerangkan cara sistem itu)
2. berjalan - 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak

dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ...

3. merujuk- berusaha supaya pasangan yg bercerai itu ~ semula. merujuk 1 melihat buku dll

utk memperoleh keterangan lanjut dll ttg sesuatu perkara: ~ kpd surat ...

4. menggesa - 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah ... mempercepat; gesaan kata-kata,

usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak .

5. Mematuhi - berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. ... mata dan pengertian
masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidakkah kita

6. Mengekang - 1. menarik tali kekang; 2. ki menyekat, menahan atau ...

[Pilih 4 ]

Contoh Ayat
Kata sendi nama
1. Saya suka makan buah-buahan seperti durian, rambutan dan manggis.
2. Ayah mengirim surat kepada abang yang sedang menuntut ilmu di England.
3. Emak ke kedai untuk membeli tepung.
4. Murid-murid sedang bermain di padang.

Kata Kerja

1. Operasi menyelamat mangsa lemas akan bersambung pada pagi esok.
2. Program Kempen Perpaduan berjalan lancar.
3. Merujuk surat saman yang diterimanya pada pagi tadi, Encik Rusli telah membayar

saman sebanyak RM150.00 kepada Polis Diraja Malaysia.
4. Adik telah menggesa emak supaya membeli peralatan melukis untuknya.
5. Mematuhi - Guru Pendidikan Jasmani telah mematuhi semua peraturan atau langkah

keselamatan demi menjaga keselamatan murid-muridnya di padang.
6. Mengekang - Pelbagai langkah telah dijalankan oleh masyarakat bagi mengekang

penularan demam denggi di kawasan perumahan

2

JAWAPAN SET 2

Kata nama terbitan

1. pertumbuhan - proses pertambahan atau pembesaran sesuatu kuantiti dengan masa. Kuantiti
itu boleh jadi fizikal (seperti peningkatan ketinggian, ...

2. kesedaran - perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik.

3. kewujudan - memperlihatkan dgn benda yg nyata. kewujudan keadaan atau hal wujudnya
.pertum

Contoh Ayat

1. Pertumbuhan - Kadar pertumbuhan pokok cili lebih cepat dan subur setelah
Pak Abu meletakkan baja organik.

2. Kesedaran - Ibu bapa mestilah memupuk kesedaran sayang akan negara kepada anak-
anak sejak kecil lagi.

3. Kewujudan - Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya lebih berhati-hati berikutan
kewujudan pendemik Covid-19 di seluruh dunia.

JAWAPAN SET 3

Kata Nama Am
1. Modal - wang atau harta benda yg digunakan sbg dasar atau asas utk berniaga atau utk

menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan

2. Insan - Insan atau manusia ialah makhluk Allah SWT yang paling istimewa kerana diberikan

akal serta boleh berfikir, berkehendak dan ..

3. Masyarakat- sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan

peraturan-peraturan tertentu: Beliau dihormati sbg ...

4. Guru - orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai

sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji ...

5. Pelajar - anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru; pelajar: ~ tua

bekas pelajar sesebuah sekolah

6. ibu bapa - orang tua iaitu emak dan ayah
7. kerajaan - organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-

undang dalam sesuatu kawasan tertentu.

8. Industri - 1 perusahaan secara besar-besaran: negara ~ negara yg mendapat hasil yg

banyak drpd industri-industrinya. 2 perusahaan kerajinan tangan atau

9. Sains - ilmu pengetahuan yang teratur. (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan

kebenarannya; cabang ilmu pengetahuan yang.

10. Minggu - hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu

telah ghaib entah ke mana; berminggu-minggu ...

11. Bulan - satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan

bersinar pd waktu malam oleh cahaya ...

12. Tahun - masa yg lamanya dua belas bulan: Umurnya belum dua belas ~. 2 angka yg

menyatakan tarikh: Saya dilahirkan dlm ~ 1970.

3

Kata Adjektif
1. Besar- 1 tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya: Rumahnya ~ lagi

cantik. 2 hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk .

Contoh Ayat
Kata Nama Am

1. Encik Bahari memerlukan modal sebanyak RM100,000.00 untuk
memulakan perniagaan fabrik di Kuala Lumpur.

2. insan - Ibu bapa mestilah memberi pendidikan kepada anak-anak agar
mereka menjadi insan yang cemerlang dan mampu memajukan negara
pada masa hadapan.

3. Masyarakat harus peka akan gejala sosial dalam kalangan remaja kini.
4. Aliff telah berjaya dengan cemerlang dalam subjek matematik kerana dia

telah diajar oleh seorang guru yang mahir dalam subjek tersebut.
5. Hazman telah dilantik menjadi ketua kelas kerana dia seorang murid yang

bertanggung jawab dan berdisiplin.
6. Ibu bapa telah menghantar anak mereka ke sekolah pada awal pagi.
7. Bantuan pinjaman buku teks telah diberi oleh kerajaan kepada murid-murid

sekolah.
8. Negara Malaysia telah berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan

dalam industri perkilangan .
9. Murid-murid lebih faham subjek sains dengan melakukan eksperimen di

dalam makmal.
10. Keluarga kami akan pergi berkelah di Port Dickson pada minggu depan.

Kata Adjektif
11. Besar - Pak Kasim memerlukan guni yang lebih besar untuk mengisi ubi
keledek yang baru dituainya tadi.

4

SINTAKSIS

JAWAPAN SET 1

Jawapan:

Ayat 1 : Lintasan pejalan kaki berisyarat merupakan bahagian jalan yang berjalur-jalur kuning
dan hitam

Subjek : Lintasan pejalan kaki berisyarat

Predikat : merupakan bahagian jalan yang berjalur-jalur kuning dan hitam

Ayat 2 : Kita mestilah berhenti sebelum garisan putih apabila melintas di lintasan pejalan kaki
berisyarat.

Subjek : Kita mestilah berhenti

Predikat : sebelum garisan putih apabila melintas di lintasan pejalan kaki berisyarat.

Ayat 3 : Tekan butang pada lampu isyarat lintasan pejalan kaki.

Subjek : Tekan butang

Predikat : pada lampu isyarat lintasan pejalan kaki.

Ayat 4 : Kita harus berjalan secara pantas dan berwaspada ketika berada di lintasan pejalan kaki
berisyarat

Subjek : Kita harus berjalan

Predikat : secara pantas dan berwaspada ketika berada di lintasan pejalan kaki berisyarat

JAWAPAN SET 2 : Nama asal Taiping ialah Klian Pauh.
Jawapan: : Klian Pauh ialah nama asal Taiping.
Ayat biasa
Ayat songsang

5

Ayat biasa : Bandar ini pada mulanya hanyalah petempatan kecil sebilangan

masyarakat Melayu.

Ayat songsang : Hanyalah petempatan kecil sebilangan masyarakat Melayu. bandar
ini pada mulanya.

Ayat biasa : Nama Klian Pauh telah ditukarkan kepada Taiping bersempena

dengan tamatnya Perang Larut pada tahun 1874.

Ayat songsang : Bersempena dengan tamatnya Perang Larut pada tahun 1874,
nama Klian Pauh telah ditukarkan kepada Taiping.

Ayat biasa : Terdapat 83 buah rumah kedai dan 34 buah bangunan awam di
Taiping. : Di Taiping, terdapat 83 buah rumah kedai dan 34 buah bangunan

Ayat songsang
awam

JAWAPAN SET 3
1. Hutan bakau terletak di sempadan antara laut dan darat.
Di manakah hutan bakau terletak?
Hutan Bakau terletak di mana?

2. Manusia bergantung kepada produk hutan bakau dan sumber perikanan.
Manusia bergantung kepada produk apa?

3. Hutan bakau melindungi pantai daripada hakisan ombak.
Apakah yang melindungi pantai daripada hakisan ombak?
Pantai dilindungi daripada hakisan ombak oleh apa?

4. Hutan ini juga melindungi perubahan cuaca yang melampau.
Hutan ini juga melindungi apa?
Apakah juga yang dilindungi oleh hutan ini?

5. Hutan bakau mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk setempat dan
masyarakat lain.
Hutan bakau mempunyai banyak kepentingan kepada siapa?

6

6. Pemuliharaan Ekosistem Hutan Bakau Antarabangsa telah ditetapkan pada 26 Julai
setiap tahun.
Bilakah Pemuliharaan Ekosistem Hutan Paya Bakau telah ditetapkan?
Pemuliharaan Ekosistem Hutan Paya Bakau telah ditetapkan bila?

7. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)
selalu menjadi barisan hadapan dalam mempromosi hubungan harmoni antara manusia
dan alam semula jadi

Apakah pertubuhan yang selalu menjadi barisan hadapan dalam mempromosi
hubungan harmoni antara manusia dan alam semula jadi?

PENYUNTINGAN

JAWAPAN SET 1 Pembetulan
ialah
Bil Kesalahan bahasa dengan
1 adalah persada
2 oleh dalam
3 pesada Pelbagai / berbagai-bagai
4 di dalam khususnya
5 pelbagai-bagai kepada
6 kursusnya antara
7 pada fiksyen sains
8 di antara semua murid / murid-murid
9 sains fiksyen
10 semua murid-murid

7

JAWAPAN SET 2 Pembetulan
pergerakan
Bil Kesalahan bahasa sejak / dari
1 bergerak masakan
2 sejak dari rendang daging
3 masakkan restoran
4 daging rendang rempah ratus
5 restaurant apabila
6 rempah ratos dikunyah
7 bila cita rasa
8 mengunyah. khasiat
9 citarasa
10 kasiat

JAWAPAN SET 3 Pembetulan

Bil Kesalahan bahasa adalah

1 ialah dalam

2 di dalam menuntut
Ketagihan
3 mentuntut belas kasihan
4 Ketagih taasub
5 kasihan belas negatifnya
6 taksub menghilangkan
7 negetifnya manfaat
8 membuangkan kreativiti
9 manafaat
10 kretiviti.

8

BAHASA MELAYU STANDARD

SET 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai
ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata , “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu
bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU STANDARD

Setelah sudah Kertala Sari datang ke Setelah Kertala Sari tiba ke rumahnya,
rumahnya, maka ia pun bertanya kepada dia bertanya kepada ibunya,

ibunya,

“Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada “Wahai ibuku, di manakah bapa pergi,

aku lihat ini?” aku tidak nampak?”

Setelah sudah ibunya mendengar kata Setelah ibunya mendengar kata-kata
anaknya demikian itu, anaknya itu,

maka ibunya pun menangis, seraya berkata, Ibunya terus menangis sambil berkata,

“Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati “Wahai anakku, seorang Melayu bernama

dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka telah

Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” telah membunuh bapa kamu.”

JAWAPAN LENGKAP SET 1

Setelah Kertala Sari tiba ke rumahnya, dia bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, di manakah
bapa pergi, aku tidak nampak?”

Setelah ibunya mendengar kata-kata anaknya itu, Ibunya terus menangis sambil berkata,
“Wahai anakku, seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka telah telah
membunuh bapa kamu.”

9

SET 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh
Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah
akan Kertala Sari datang itu

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU STANDARD

Sebermula maka Laksamana pun memakai Setelah itu Laksamana memakai pakaian
pakaian penjurit. Maka Laksamana pun perajurit lalu berjalan.
berjalanlah.

Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun Pada malam itu, suasana menjadi kelam-

rintik-rintik. kabut dan hujan turun rintik-rintik.

Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Kertala Sari berjalan masuk ke kota.

Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu Laksamana berbaring di tengah pasar itu.

Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari Laksamana mendengar bunyi tapak kaki

itu terlalu gemuruh bahananya. Kertala Sari yang sangat kuat.

Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari Laksamana tahu bahawa yang datang itu

datang itu. ialah Kertala Sari.

JAWAPAN LENGKAP SET 2

Setelah itu Laksamana memakai pakaian perajurit lalu berjalan. Pada malam itu, suasana
menjadi kelam-kabut dan hujan turun rintik-rintik. Kertala Sari berjalan masuk ke kota.
Laksamana berbaring di tengah pasar itu. Laksamana mendengar bunyi tapak kaki Kertala Sari
yang sangat kuat. Laksamana tahu bahawa yang datang itu ialah Kertala Sari.

10

SET 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama
orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun
Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun
orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali.
Mengapakah maka demikian fiil tuan?”

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada

Dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU STANDARD

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak Pada suatu hari Tun Perak datang

datang menghadap, duduk di tanah sama- menghadap sambil duduk di tanah bersama-

sama orang banyak. sama orang kebanyakan.

Maka kata bentara yang bergelar Seri Bentara yang bergelar Seri Amerta

Amerta kepada Tun Perak, menyatakan kepada Tun Perak,

“Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini “Tuan Tun Perak, semua orang Kelang
menghadap baginda mengadukan halnya ke mengadu kepada Duli Yang Dipertuan.
bawah Duli Yang Dipertuan.

Adapun orang teluk rantau yang lain Semua lelaki sahaja yang datang dari teluk

semuanya menghadap laki-laki juga; rantau

adapun orang Kelang ini menghadap dibawa namun Tun Perak membawa lelaki dan

Tun Perak dengan membawa perempuan perempuan dari Kelang untuk menghadap

sekali. Duli Yang Dipertuan

Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Mengapakah Tuan Perak bertindak
demikian?”

JAWAPAN LENGKAP SET 3

Pada suatu hari, Tun Perak datang menghadap dan duduk di tanah bersama-sama orang
kebanyakan. Bentara yang bergelar Seri Amerta menyatakan kepada Tun Perak, “Tuan Tun
Perak, semua orang Kelang mengadu kepada Duli Yang Dipertuan. Semua kaum lelaki sahaja
yang datang dari teluk rantau namun Tun Perak membawa lelaki dan perempuan dari Kelang
untuk menghadap Duli Yang Dipertuan. Mengapakah Tuan Perak bertindak demikian?”

11

PERIBAHASA

JAWAPAN SET 1

PETIKAN 1
 Bagai isi dengan kuku
 Mulut tempayan
 Rambut sama hitam hati lain-lain.
 Nasi sudah menjadi bubur

PETIKAN 2
 Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
 Genggam bara api biar sampai menjadi arang
 Alang–alang berminyak biarlah licin
 Alang–alang mandi biarlah basah
 Alang-alang berdakwat biarlah hitam
 Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

JAWAPAN SET 2

 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni / bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat

 Bagai dakwat dengan kertas / bagai isi dengan kuku
 Antan patah lesung hilang

JAWAPAN SET 3

 anak ayam kehilangan ibu
 layang-layang terputus tali
 sudah patah dahan berpaut
 sudah jatuh ditimpa tangga
 Bagai Belanda dapat tanah
 Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga
 Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak -jika ingin hidup mewah, mestilah

berusaha
 Buang yang keruh, ambil yang jernih
 Air dicencang tidak akan putus

12

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

PETIKAN UMUM – SET 1 : SKEMA

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud kompetensi remaja. [2 markah]

 Maksud kompetensi remaja adalah kecekapan/kelebihan belia/anak muda.

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan peranan kerajaan dan peranan pihak sekolah

untuk menjadikan belia sebagai harapan negara. [3 markah]

 Peranan kerajaan ialah kerajaan perlu menjaga kepentingan belia, malah harus juga

memahami kehendak mereka dengan memberikan bimbingan supaya generasi pelapis

ini dapat menjadi pemimpin yang baik pada masa depan. Peranan pihak sekolah pula

perlu mengadakan program latihan kepimpinan dalam kalangan remaja kerana terdapat

pemimpin yang memiliki bakat semula jadi, namun sudah pasti banyak juga yang

memerlukan program terancang untuk mencungkil bakat tersebut.

(iii) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui program latihan kepimpinan dalam kalangan remaja
banyak memberikan faedah kepada remaja.

Pada pendapat anda, apakah faedah – faedah tersebut? [3 markah]

 Pada pendapat saya, faedah-faedah tersebut ialah remaja dapat melatih diri dalam

membuat keputusan, berdikari dan mampu menyelesaikan situasi dalam pelbagai cara.

Maka bakal pemimpin berwibawa dapat dipupuk dalam diri mereka hasil dapatan

program latihan kepimpinan yang dijalani oleh mereka.

(iv) Segelintir remaja lepasan sekolah yang tiada hala tuju banyak menghabiskan masa dengan
melepak dan bermain alat peranti masing-masing. Satu program akan dijalankan oleh pihak
sekolah khusus untuk murid Tingkatan Lima untuk membantu mereka. Cadangkan program
tersebut dan langkah-langkah untuk memastikan program itu berjaya.
[4 markah]
 Program yang saya cadangkan ialah Bina Insan. Program ini bertujuan membina sahsiah
diri yang baik dan memupuk remaja supaya matang berfikir kesan jangka masa pendek
dan kesan jangka masa panjang dalam merancang masa depan mereka. Langkah-
langkah untuk memastikan program itu berjaya ialah pihak sekolah melibatkan kerjasama
antara guru, PIBG, Unit Kaunseling dan penceramah yang hebat sebagai moderator
program. Program tersebut juga mestilah mencapai objektif dan tidak membosankan
murid-murid yang mengikutinya.

PETIKAN UMUM – SET 2 : SKEMA

(i) Maksud pelbagai kelebihan ialah bermacam-macam manfaat / keistimewaan.

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, manfaat tumbuhan herba ialah sebagai pokok hiasan,
boleh dimakan sama ada dijadikan ulam atau digunakan dalam masakan, mahupun sebagai
perubatan tradisional, bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan makanan tambahan
untuk menguatkan tenaga.

13

(iii) Langkah-langkah untuk memajukan industri herba di negara ini ialah
 Kerajaan hendaklah memberikan peruntukan dan sokongan kepada usahawan yang
berminat dalam industri tanaman herba supaya Malaysia menjadi tumpuan negara lain
untuk mendapatkan herba yang boleh digunakan dalam perubatan.
 Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pakar tumbuhan herba terlatih di dalam dan
luar negara bersama saintis perubatan tempatan perlu menjalankan kajian tentang
khasiat ubatan tradisional secara lebih serius.
 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan
Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) memiliki tanah beribu hektar di negara ini
boleh mengusahakan tanaman herba yang semakin mendapat permintaan tinggi.
 Kempen menggalakkan rakyat menanam tanaman herba di rumah.

(iv) Sekiranya saya diberi tanggungjawab untuk menguruskan perusahaan tersebut, saya akan
 Memastikan produk yang dihasilkan mendapat kelulusan pihak berwajib
 Memastikan produk yang dihasilkan dibungkus dengan baik, seperti ubat-ubatan
moden yang lain.
 Produk berasaskan herba tersebut akan dipasarkan secara meluas agar pengguna
mudah mendapatkannya.
 Kempen ubat-ubatan tradisional perlu diuar-uarkan di media massa untuk memberi
kesedaran dan meyakinkan pengguna tentang kelebihan produk berasaskan herba yang
dihasilkan.

PETIKAN UMUM – SET 3 : SKEMA

(i) Rangkai kata semakin kompetitif bermaksud bertambah persaingan/daya saing

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, punca-punca pengangguran dalam kalangan siswazah
ialah....
 Sikap terlalu memilih kerjaya
 sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah
 Kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan
 Siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa
kedua.
 IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran kerja.
 Pembangunan teknologi tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor
pengeluaran.
 Tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka
 Kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan.
 Kebanjiran siswazah-siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta
yang begitu banyak sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama
rata.
 Taraf pendidikan atau piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah yang
agak rendah

14

(iii) Pada pendapat saya.....

 Berupaya bersaing pada peringkat global yang semakin mencabar.
 Dapat berinteraksi dengan rakan sekerja dari luar negara untuk memudahkan urusan

kerja.
 Mudah diambil bekerja oleh syarikat swasta yang memerlukan pekerja yang

berkemahiran pelbagai bahasa untuk memudakan komunikasi dengan pelanggan.

(iv) Cadangan saya .....
 Bekerja sambilan seperti mengajar di pusat tuisyen.
 Memberi galakan agar dia berniaga secara kecil-kecilan/perniagaan dalam talian.
 Membantu ibu bapa di rumah / di luar rumah.
 Mengikuti kursus-kursus jangka pendek untuk meningkatakan kemahiran seperti
belajar bahasa.

PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA

JAWAPAN SET 1 2
2
Soalan (i) 1
1
(i) Maksud rangkai kata tampangnya muncul

P1 Wajah /muka dia timbul
P2 Wajah /muka dia tampil
P3 Wajah /muka dia muncul
P4 Tampangnya timbul / tampil

Soalan (ii)
(ii) harapan mereka tentang kemerdekaan yang dikecapi.

B1 meraikan merdeka dengan dua matlamat: rezeki dan 2
ibadat.

B2 moga gemilang sepanjang zaman 2

Soalan (iii)

(iii) cara-cara untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam
kalangan anak muda.

Menghadiri kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah 1

15

bertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada 1
golongan remaja. 1

Menganjurkan program sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di
sekolah mahupun institusi pengajian yang lain.

Mengunjungi pameran-pameran tentang sejarah kemerdekaan,
darurat, campur tangan asing dan peperangan yang berlaku di
negara kita.

(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)

Soalan (iv) 1
(iv) Kaedah lain yang dapat digunakan selain peperangan 1
1
Perundingan meja bulat 1
Jalinkan kerjasama yang baik dalam politik dan ekonomi
Tidak mencampuri urusan negara lain
Menganggotai dan terlibat secara aktif dalam setiap persidangan
antarabangsa
(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)

JAWAPAN SET 2 2
Soalan (i)
(i) Maksud rangkai kata mengerinjing sahaja kakinya

Hanya menggoyangkan kakinya

Soalan (ii)
(ii) penganiayaan terhadap haiwan berlaku dalam bahan

B1 Habislah dipijak-pijak anak memerang itu, ada yang patah 2
kaki tangannya dan luka kepalanya, habis mati semuanya. 2

B2 - dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut

- hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya

16

Soalan (iii) 1
1
(iii) langkah-langkah untuk memastikan haiwan peliharaan anda
berada dalam keadaan yang baik 1
menjaga kebersihan kandang atau tempat tinggal haiwan
menjaga kesihatan dan mendapat rawatan doktor haiwan jika
haiwan berkenaan diserang sakit.

Menyediakan tempat berteduh yang selesa dengan ciri
keselamatan
(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)

Soalan (iv) 1
(iv) Kaedah lain yang dapat digunakan selain peperangan 1
1
Perundingan meja bulat 1
Jalinkan kerjasama yang baik dalam politik dan ekonomi
Tidak mencampuri urusan negara lain
Menganggotai dan terlibat secara aktif dalam setiap persidangan
antarabangsa
(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)

JAWAPAN SET 3

i. Berdasarkan Bahan 1, gelanggang pertumpahan darah bermaksud tempat berlakunya
peristiwa yang banyak mengorbankan nyawa.

ii. Pada pendapat saya, negara yang menghadapi masalah perpaduan dalam kalangan
rakyatnya akan kucar-kacir dan sukar untuk mencapai kemajuan. Oleh itu, usaha-usaha
untuk menyemaikan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia adalah seperti ….

-pihak kerajaan perlu menggubal dasar supaya rakyat menjaga tatasusila melalui kempen
perpaduan.

-media massa harus menjadi medium antara kerajaan dengan rakyat untuk memupuk
perpaduan antara kaum .

-guru-guru perlu menerangkan kepentingan perpaduan kaum kepada murid-murid melalui
kurikulum pendidikan.

-ibu bapa harus mendidik anak-anak agar bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai
kaum sejak kecil.

iii. Bardasarkan bahan 1 dan bahan 2, dua pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua petikan
tersebut ialah..

17

-kita hendaklah belajar daripada sejarah supaya perkara buruk yang berlaku pada zaman silam
tidak berulang lagi. Contohnya, bonda berpesan kepada anaknya, Mel supaya anaknya sedar
akan kepentingan perpaduan kaum.
-kita hendaklah mengambil iktibar daripada peristiwa berdarah yang berlaku pada zaman dahulu.
Contohnya peristiwa 13 Mei 1969 hampir menghancurkan negara ini kerana rakyatnya yang
mengadakan rusuhan menyebabkan negara tidak aman.
-kita hendaklah sedar bahawa sikap perkauman tidak membawa kebaikan. Contohnya, sikap
perkauman menyebabkan tiga bangsa utama negara ini bersengketa.(bahan 2)
iv-Pada pendapat saya, langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan peristiwa 13 Mei
1969 tersebut tidak berulang ialah…
-kita haruslah sentiasa menghormati agama dan budaya kaum lain di negara kita.
-kita hendaklah berbuat baik terhadap orng lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna
kulitnya.
-kita tidak harus membangkitkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum lain.
-kita harus mengamalkan nilai-nilai murni seperti dalam Rukun Negara.

PEMAHAMAN NOVEL

SKEMA NOVEL SET 1

i) Ciri-ciri wanita yang ingin berjaya :
- harus lebih berketerampilan.
- harus mempunyai kesedaran diri,
- bijak mengubah sikap,
- bijak membangunkan organisasi
- harus besedia memindahkan kemahiran orang lain yang terbukti bekesan

ii) dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan :
Novel Leftenan Adnan
Pernyataan : peristiwa perjuangan menentang musuh negara.
Contoh peristiwa : peristiwa askar Melayu menentang Jepun di Bukit Candu hingga
kehabisan peluru namun mereka tidak berundur. Adnan rela dirinya
dibunuh dan disiksa.
Penegasan (Teladan): kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara

18

Pernyataan : peristiwa kesanggupan / keberanian menyahut cabaran
Contoh peristiwa : Adnan menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan bahas

bahasa Inggeris walaupun diejek kerana tidak fasih berbahasa
Inggeris. Dia berlatih bersungguh-sungguh hingga menjadi johan.
Penegasan (Teladan) : kita hendaklah mempunyai keberanian dan kesungguhan untuk

mencapai kejayaan

Novel Tirani
Pernyataan : peristiwa kebijaksanaan dalam menegakkan kebenaran
Contoh peristiwa : Waheeda mengambil keputusan bijak untuk membuktikan Izzati

anak kandung Zahid dengan menjalankan ujian DNA ke atas
anaknya.
Penegasan (Teladan) : kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan /

menyelesaikan masalah

Pernyataan : peristiwa keberanian mengambil risiko demi mencapai kejayaan
Contoh peristiwa : Waheeda berani mengambil risiko untuk membesarkan

perniagaannya dengan mengambil alih Chalet Iwana Iwani yang
hampir muflis semata-mata kerana chalet ini terletak di kawasan
peranginan terkenal, dan dengan harapan chalet ini berpotensi
untuk dimajukan. Ternyata chalet yang telah ditukarkan namanya
kepada Aya Sajinah ini amat terkenal dan sering dikunjungi
pelancong dari luar negara.
Penegasan (Teladan) : kita hendaklah berani mencuba sekiranya ingin berjaya

SKEMA NOVEL SET 2
i) kunci rahsia kejayaan pengusaha pusat pelancongan :

- pengusaha perkhidmatan pelancongan perlu sentiasa mesra pelanggan
- memberikan layanan sebaiknya
- mengetengahkan produk yang unik yang tidak terdapat di tempat lain.

19

ii) dua peristiwa yang memberi kesedaran kepada pembaca :
Novel Leftenan Adnan :

Pernyataan : Peristiwa yang menunjukkan keberanian berhadapan dengan musuh
negara

Contoh peristiwa : Adnan dan askar melayu berani mempertahankan Bukit
Candu daripada serangan tentera Jepun. Walaupun kehabisan
peluru, mereka tidak berundur sehinggalah Adnan ditangkap dan
digantung pada pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi hingga mati.

Penegasan / Alasan: peristiwa ini dapat memupuk rasa cinta akan negara.

Pernyataan: Peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan membuat keputusan demi
masa depan anak

Contoh peristiwa: Pak Saidi tetap menghantar anaknya, Adnan ke Sekolah Inggeris
walaupun ditentan oleh orang kampung kerana banyak ilmu dapat
dipelajari di situ demi masa depan Adnan.

Penegasan / Alasan: Seorang ayah perlu memikirkan perkara yang terbaik untuk anak

Novel Tirani:
Pernyataan: Peristiwa yang menunjukkan kegigihan untuk mencapai kejayaan
Contoh peristiwa: Waheeda berjaya memajukan syarikat pelancongan Chalet Tajau

Emas di Sarawaj dan Aya-Sajihah di Cameron Highlands bersama
anaknya, Izzati sehingga menarik pelancong dari Jepun, Eropah
dan Timur Tengah.
Penegasan / Alasan: kegigihan pasti membawa kejayaan

Pernyataan : Peristiwa yang menunjukkan ketabahan menghadapi dugaan hidup
Contoh peristiwa: Walaupun diceraikan suami, Waheeda tabah membesarkan dan

memberi pendidikan kepada anaknya, Izzati sehingga menjadi
seorang yang berbudi bahasa dan berpelajaran tinggi.
Penegasan / Alasan: Ibu bapa perlu bertanggungjawab memberikan pendidikan yang
terbaik kepada anak-anak walau dalam keadaan bagaimana
sekalipun.

20

SKEMA NOVEL SET 3

i) Kelebihan penubuhan Pasukan Askar Melayu :
- peluang anak-anak muda Melayu menjadi askar.
- Mereka akan dilatih menggunakan senjata seperti pistol, senapang, dan meriam.
- Dengan kemahiran itu nanti, askar Melayu boleh mempertahankan tanah air apabila
diserang musuh

ii) peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca :

Novel Leftenan Adnan :

Pernyataan : peristiwa keberanian menentang musuh bagi mempertahankan negara.
Contoh peristiwa : Adnan dan pasukannya bematian-matian mempertahankan Bukit
Candu daripada serangan tentera Jepun. Walaupun kehabisan peluru, Adnan tidak
berundur sehinggalah beliau ditangkap, dibunuh dengan menggunakan bayonet,
digantung pada pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi.
Penegasan / Alasan : Peristiwa ini dapat menanam semangat cinta akan negara

kepada pembaca.

Pernyataan : peristiwa kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran di alam
persekolahan.

Contoh peristiwa : Adnan tabah apabila diejek oleh Nizam ketika dia hendak menyertai
pertandingan pidato bahasa Inggeris kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris. Oleh itu,
Adnan gigih membuat latihan bercakap dalam bahasa Inggeris dan akhirnya, Adnan
memenangi pertandingan tersebut.
Penegasan / Alasan : Sekiranya kita tabah menghadapi ujian pasti kejayaan menanti di
hadapan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada usaha.

21

Novel Tirani :

Pernyataan : ketabahan dan kebijaksanaan dalam menghadapi dugaan berumah

tangga.

Contoh peristiwa : Waheeda tabah menghadapi krisis rumah tangga dengan

suaminya, Zahid. Apabila Zahid menuduh anak yang dikandung

Waheeda bukan anaknya, Waheeda mengambil keputusan bijak

dengan menjalani ujian DNA atas anaknya bagi membuktikan

Izzati ialah anak Zahid.

Penegasan / Alasan : Peristiwa ini meninggalkan kesan mendalam kepada

pembaca supaya kita tabah dan bijak bertindak dalam

menyelesaikan sesuatu masalah.

Pernyataan : peristiwa kegigihan dalam mengembangkan sayap perniagaan.
Contoh peristiwa : Waheeda gigih memajukan perusahaan chaletnya dengan membuka

sebuah cawangan di Cameron Highlands, iaitu Aya Sajinah sehingga
berjaya menarik pelancong dari Jepun, Eropah dan dari Timur
Tengah.
Penegasan / Alasan : Peristiwa ini meninggalkan kesan kepada pembaca supaya

gigih berusaha jika ingin berjaya dalam hidup.

Pernyataan : peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian termasuklah keberanian
mengambil risiko dalam perniagaan.

Contoh peristiwa : Waheeda berani mengambil risiko untuk membeli chalet Iwana Iwani
yang hampir muflis di Cameron Highlands. Dia terpaksa
melangsaikan semua hutang pemilik asal Chalet tersebut, iaitu Encik
Abdul Aziz. Chalet itu kemudiannya ditukarkan namanya kepada Aya
Sajinah.

22

RUMUSAN

JAWAPAN SET 1 : OBESITI
Pendahuluan
Rumusan membincangkan punca obesiti ( focus 1) dan langkah mencegah obesiti (focus 2).

Isi:
Fokus 1 : Bahan 1 ( Punca obesiti)

1. kurang mengamalkan aktiviti bersenam.
2. tekanan juga merupakan penyumbang utama masalah obesiti.
3. Pengambilan makanan kekacang dan minuman ringan secara berlebihan punca
4. Pengambilan makanan segera secara kerap dan banyak
Fokus 2 : Bahan1 (langkah mencegah obesiti)
1. kita haruslah mengambil Langkah proaktif
2. kita mestilah mengambil makanan mengikut kuantiti yang telah dicadangkan
3. ibu bapa wajarlah memantau pemakanan anak-anak
Fokus 2 : bahan 2 (langkah mencegah obesiti)
1. Ibu bapa dan anak-anak perlu banyakkan pengambilan sayur, buah dan bijiran penuh
2. Ambil sarapan setiap hari
3. Aktif secara fizikal
4. Hadkan makanan dan minuman yang tinggi gula dan lemak
5. Makan hidangan berkhasiat Bersama keluarga sekepar mungkin
6. Sayangi keluarga anda dan berikan sokongan
Kesimpulan:
Kesimpulannya Obesiti perlu dielak/ ditangani agar kehidupan masyarakat lebih sejahtera/ lebih
sihat.

JAWAPAN SET 2: PENDIDIKAN MAYA
Pendahuluan
Rumusan membincangkan kebaikan/ kelebihan Pendidikan Maya dan penambahbaikan yang
perlu dilakukan.

23

Fokus 1: Bahan 1– Kebaikan Pendidikan Maya

1. Dapat memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut jadual.
2. Para pelajar juga tidak akan ketinggalan dalam mengejar sukatan pelajaran bagi sesuatu

subjek.
3. Pelajar juga dapat bertanyakan soalan secara langsung kepada guru atau pensyarah.
4. Pembelajaran secara maya juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran dan

pengajaran yang lebih komprehensif dan menarik

Fokus 1 :Bahan 2 -Kelebihan Pendidikan Maya
1. Proses pembelajaran yang lebih pendek
2. Kos yang rendah
3. Memudahkan ulang kaji
4. Masa, keberkesanan dan tempat yang fleksibel
5. Kaedah yang tiada had

Fokus 2 : Bahan 1– Penambahbaikan yang perlu dilakukan
1. Rangkaian internet perlu diperluas capaiannya
2. Mental dan motivasi pelajar juga perlu persiap
3. Institusi pendidikan seharusnya melakukan kajian tentang penerimaan pelajar

Kesimpulan
Kesimpulannya pendidikan maya perlu disokong agar/ supaya pelajar mendapat manfaat

JAWAPAN SET 3 - BERIADAH
Fokus 1; Bahan 1- Kebaikan/ kepentingan Riadah bersukan

1. Dapat dapat melahirkan individu yang sihat.
2. Amalan bersukan pada setiap petang akan membakar lemak yang berlebihan dalam

badan.
3. Tekanan yang dihadapi oleh pelajar juga dapat dikurangkan
4. Masa tidur pelajar juga akan terjaga rapi dan menjadi lebih nyenyak kerana mereka

sudah keletihan
5. Membentuk serta memantapkan disiplin yang terpuji dalam diri pelajar.
6. Amalan bersukan juga dapat membentuk individu berfikiran positif.

24

Fokus : Bahan 2- Kebaikan/ Kepentingan Riadah
1. Mengisi masa lapang
2. Memastikan kesihatan diri terjaga
3. Mengeratkan hubungan sesame rakan dan keluarga
4. Menjadi medium penyatuan rakyat
5. Mencabar kemampuan diri
6. Menambah keyakinan dan motivasi diri
7.

Fokus 2; Bahan 1- Kesan tidak beriadah
1. kita akan mudah dijangkiti oleh penyakit kerana sistem imunisasi badan tidak cukup kuat
2. Kesannya, sistem kekebalan tubuh kita yang lemah tidak dapat mengidentifikasikan dan

meneutralkan benda asing
3. Peningkatan kes obesity
Kesimpulannya ; Amalan riadah bersukan perlu dilakukan oleh setiap orang supaya/ agar
mengekalkan kesihatan diri/ dijauhi penyakit/ mendapat kehidupan yang lebih sihat.

SKEMA MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU (2) SPM TAMAT

25


Click to View FlipBook Version