11.23 Terangkan empat kesan buruk pergaulan bebas.
Empat kesan buruk pergaulan bebas.
1. Merosakkan jiwa dan akhlak
2. Menyuburkan perzinaan
3. Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara
4. Membawa kepada kemurkaan Allah SWT
11.24 Jelaskan empat cara mengatasi masalah pergaulan bebas.
Empat cara mengatasi masalah pergaulan bebas.
1. Menambahkan ilmu agama dengan sentiasa mendengar ceramah agama
2. Mengamalkan cara hidup Islam
3. Pandai memilih kawan yang beriman kepada Allah SWT
4. Sentiasa mengawal diri daripada perlakuan yang melanggar hukum Islam
PELAJARAN 12 : HIBURAN MENURUT ISLAM
3.4.1 : KONSEP HIBURAN MENURUT ISLAM
12.1 Terangkan maksud hiburan menurut Islam.
Maksud hiburan menurut Islam.
Ialah sesuatu perkara yang dapat menghiburkan dan mengembirakan hati seseorang
yang selari dengan kehendak syarak.
12.2 Terangkan empat ciri hiburan yang dibenarkan dalam Islam.
Empat ciri hiburan yang dibenarkan dalam Islam.
1. Bertujuan untuk mengagungkan Allah SWT dan mendidik jiwa
2. Hiburan yang tidak bercanggah dengan kehendak syariah Islam
3. Meliputi aspek iman dan akhlak
4. Hiburan sebagai memenuhi tututan fitrah semula jadi manusia
12.3 Jelaskan dalil harus berhibur menurut Islam
Dalil harus berhibur menurut Islam:
Maksudnya: Suatu hari Abu Bakar r.a datang melawatnya pada hari Raya Aidilfitri
atau Aidiladha, dan Nabi Muhammad SAW ada bersamanya pada hari
92
itu. Bersama Aisyah juga ada dua orang penyanyi wanita yang sedang
menyanyikan lagu kaum Ansar tentang hari Bu’ath. Maka Abu Bakar
pun berkata “seruling syaitan” sebanyak dua kali. Maka Nabi SAW pun
berkata “biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi
setiap kaum ada hari perayaan, dan hari ini merupakan hari raya bagi
kita.” (Sahih al-Bukhari (3931) dan Sahih Muslim (892))
12.4 Jelaskan empat konsep hiburan dalam Islam.
Empat konsep hiburan dalam Islam.
1. Hiburan yang berteraskan nilai akhlak Islam
2. Hiburan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak
3. Hiburan yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT
4. Sentiasa memelihara ibadah ketika berhibur.
12.5 Nyatakan empat jenis hiburan dalam Islam.
Empat jenis hiburan dalam Islam..
1. Alunan zikir
2. Bersukan yang menepati syarak
3. Membaca al-Quran
4. Alunan nasyhid yang menepati syarak
3.4.2 : ADAB DAN ETIKA DALAM BERHIBUR MENURUT ISLAM
12.6 Jelaskan empat adab dan etika berhibur menurut Islam.
Empat adab dan etika berhibur menurut Islam.
1. Menjaga batas pergaulan ketika berhibur
2. Memakai pakaian yang menutup aurat
3. Acara hiburan tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak
4. Hiburan tersebut tidak sampai menggangu ketenteraman awam
3.4.3 : KEPENTINGAN ADAB DAN ETIKA BERHIBUR MENURUT ISLAM
12.7 Terangkan empat kepentingan adab dan etika berhibur menurut Islam.
Empat kepentingan adab dan etika berhibur menurut Islam.
1. Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Alalh SWT
2. Mengetahui batasan dalam berhibur
3. Dapat menjaga jiwa dan maruah diri seseorang
4. Akan menghasilkan hiburan yang selari dengan nilai akhlak Islam
93
12.8 Jelaskan tiga kebaikan hiburan kepada seseorang individu.
Tiga kebaikan hiburan kepada seseorang individu.
1. Dapat menenangkan jiwa.
2. Dapat mendidik jiwa dan mengagungkan Allah SWT.
3. Dapat memenuhi fitrah semulajadi manusia yang sukakan hiburan.
4. Dapat membina akhlak yang mulia.
12.9 Jelaskan empat sebab Islam mementingkan etika dan adab dalam berhibur
Empat sebab Islam mementingkan etika dan adab dalam berhibur
1. Untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
2. Untuk menjaga batasan dan akhlak Islam semasa berhibur
3. Untuk memastikan hiburan tersebut selaras dengan kehendak syarak
4. Memastikan akidah terjaga walaupun berhibur
3.4.4 : HIBURAN DALAM KEHIDUPAN
12.10 Nyatakan tiga ciri hiburan yang dilarang dalam Islam
Tiga ciri hiburan yang dilarang dalam Islam
1. Hiburan yang melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT
2. Hiburan yang mengagung-agungkan manusia
3. Hiburan yang mendorong kepada maksiat
4. Hiburan yang merosakkan akidah seseorang
12.11 Jelaskan tiga cara hiburan yang negetif meresap masuk kedalam pemikiran
umat Islam
Tiga cara hiburan yang negetif meresap masuk kedalam pemikiran umat Islam
1. Melalui lirik-lirik lagu yang mengagung-agungkan manusia
2. Melalui gaya persembahan yang boleh mengundang maksiat
3. Melalui pergaulan bebas yang di terapkan dalam hiburan tersebut
12.12 Nyatakan empat bentuk hiburan yang melampau
Empat bentuk hiburan yang melampau
1. Hiburan yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup duniawi
semata-mata.
2. Hiburan yang mencemari nilai-nilai murni kesopanan dan kesusilaan
sesebuah masyarakat
3. Hiburan yang boleh menimbulkan angkara negatif seperti pergaulan bebas
4. Hiburan yang merugikan masa, tenaga dan wang ringgit.
94
12.13 Jelaskan empat punca berlakunya hiburan yang melampau.
Empat punca berlakunya hiburan yang melampau.
1. Kurangnya didikan agama yang sempurna.
2. Sikap masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri.
3. Terpengaruh dengan budaya hendonisme yang mementingkan keseronakan
dan hiburan semata-mata.
4. Kemunculan teknologi yang memudahkan manusia berhibur seperti internet dan
sebagainya.
12.14 Nyatakan empat kesan buruk hiburan yang melampau
Empat kesan buruk hiburan yang melampau.
1. Melahirkan masyarakat yang sukakan keseronakan dan berhibur semata-mata
2. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia
3. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
4. Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan
dan berilmu pengetahuan
3.4.5 : APLIKASI HIBURAN SEBAGAI IBADAH
12.15 Nyatakan penghayatan dalam berhibur menurut Islam
Tiga penghayatan dalam berhibur menurut Islam
1. Berhibur secara sederhana dan tidak melampaui batas
2. Tidak menggangu dan menzalimi orang lain
3. Hiburan yang tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah
dan mengundang maksiat.
4. Sentiasa menghormati dan mengutamakan waktu beribadah
PELAJARAN 13 : KESENIAN MENURUT ISLAM
3.5.1 : KONSEP KESENIAN ISLAM
13.1 Terangkan maksud kesenian menurut Islam.
Maksud kesenian menurut Islam.
Ialah aktiviti seni atau hasil karya yang dicipta dengan menggunakan bakat dan
kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak
13.2 Jelaskan dalil Islam mengharuskan karya seni
Dalil Islam mengharuskan karya seni
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu cantik, dan suka akan kecantikan.
Hadis Sahih Muslim (91)
95
13.3 Terangkan empat ciri kesenian yang dibenarkan menurut Islam.
Empat ciri kesenian yang dibenarkan menurut Islam.
1. Kesenian yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
SWT
2. Kesenian yang mementingkan akhlak dan kebenaran
3. Kesenian yang tidak mengandungi unsur maksiat kepada Allah SWT
4. Kesenian yang tidak merosakkan akidah Islam
13.4 Jelaskan empat konsep kesenian dalam Islam.
Empat konsep kesenian dalam Islam.
1. Kesenian yang mengagungkan Allah SWT
2. Kesenian yang berteraskan syariah Islam
3. Kesenian yang meliputi aspek iman dan akhlak
4. Kesenian yang bersifat menyeluruh yang meliputi fizikal dan kerohanian
13.5 Nyatakan Empat bentuk kesenian dalam Islam.
Empat jenis hiburan dalam Islam..
1. Tulisan (Khat) – segala tulisan yang cantik untuk hiasan
2. Penulisan – seni kesusasteraan
3. Lukisan dan arca – Lukisan keindahan alam yang tidak termasuk benda-benda
yang bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, manusia atau patung
4. Gambar fotografi – fotografi yang tidak mendedahkan aurat dan menghairahkan.
13.6 Jelaskan empat matlamat kesenian menurut Islam.
Empat matlamat kesenian menurut Islam.
1. Dapat memberi ketenangan kepada jiwa manusia
2. Dapat meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT
3. Dapat meningkatkan daya intelek dan emosi manusia kearah yang lebih baik
4. Dapat memenuhi fitrah semulajadi manusia yang sukakan kepada sesuatu yang
indah
13.7 Terangkan empat bentuk kesenian yang diharamkan dalam Islam.
Empat bentuk kesenian yang diharamkan dalamIslam
1. Kesenian yang mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada berhala
2. Kesenian yang mengandungi unsur maksiat
3. Kesenian yang boleh merosakkan akidah
4. Kesenian yang boleh melalaikan seseorang daripada mengingati Allah SWT
96
3.5.2 : ADAB DAN ETIKA KESENIAN MENURUT ISLAM
13.8 Jelaskan maksud adab dan etika kesenian dalam Islam.
Maksud adab dan etika kesenian dalam Islam
Menjaga peraturan dan tata cara kesenian yang dipersembahkan agar selaras
dengan hukum syarak dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT serta dapat
memberi ketenangan jiwa.
13.9 Nyatakan empat adab dan etika kesenian dalam Islam
Empat adab dan etika kesenian dalam Islam
1. Menghasilkan kesenian yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT
2. Hasil seni yang tidak bercanggah dengan syariah Islam
3. Kesenian yang berteraskan nilai dan akhlak Islam
4. Hasil seni yang tidak merosakkan akidah dan maksiat kepada Allah SWT
13.10 Jelaskan tiga cara menerapkan adab dan etika kesenian Islam dalam
kehidupan seharian
Tiga cara menerapkan adab dan etika kesenian Islam dalam kehidupan
seharian
1. Memberi panduan kepada masyarakat dalam menghasilkan kerja seni agar
menepati nilai-nilai seni Islam
2. Sentiasa mengambil kira asas dan batasan akidah semasa berkarya
3. Sentiasa mengambil kira akhlak Islam semasa berkarya
13.11 Nyatakan tiga halangan yang dihadapi dalam menerapkan etika dan adab
kesenian Islam dalam kehidupan seharian
Tiga halangan yang dihadapi dalam menerapkan etika dan adab kesenian
Islam dalam kehidupan seharian
1. Tiadanya garis panduan yang jelas daripada pihak berkuasa mengenai adab
dan etika kesenian dalam Islam.
2. Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai kesenian Islam.
3. Masyarakat lebih mengkagumi dan menghargai kesenian bukan Islam .
13.12 Jelaskan cara menjadikan kesenian Islam sebagai asas kesenian individu
Cara menjadikan kesenian Islam sebagai asas kesenian individu
1. Menyediakan garis panduan yang jelas mengenai kesenian Islam
2. Memberi pendidikan dan pengetahuan kepada masyarakat tentang kesenian
Islam
3. Memberi ganjaran yang sesuai kepada pengiat seni Islam
97
13.13 Terangkan tiga perbezaan antara adab dan etika kesenian Islam dengan
bukan Islam.
Tiga perbezaan antara adab dan etika kesenian Islam dengan bukan Islam
Bil Adab dan Etika Kesenian Islam Adab dan Etika Kesenian Bukan
Islam
1. Kesenian yang boleh meningkatkan
ketakwaan dan keimanan kepada Tidak mementingkan keimanan
Allah SWT dan ketakwaan kepada Allah SWT
2. Berteraskan nilai akhlak Islam Berteraskan nilai dan adat
masyarakat setempat
3. Bebas daripada unsur maksiat Mengandungi unsur maksiat
kepada Allah SWT kepada Allah SWT
3.5.3 : KEPENTINGAN ADAB DAN ETIKA KESENIAN MENURUT ISLAM
13.14 Jelaskan kepentingan adab dan etika kesenian kepada individu, masyarakat
dan negara
Kepentingan adab dan etika kesenian kepada individu, masyarakat dan
negara
1. Individu
1. Melahirkan individu yang taatkan kepada perintah Allah SWT
2. Menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
3. Dapat memberi ketenangan jiwa
4. Dapat memupuk bakat dan minat kepada kesenian Islam
2. Masyarakat
1. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat
2. Melahirkan masyarakat yang beriman dan berakwa kepada Allah SWT
3. Melahirkan masyarakat yang menghargai seni
4. Menyebabkan masyarakat memahami dan berminat dengan kesenian Islam
3. Negara
1. Melahirkan negara yang mempunyai ketamadunan dan kesenian yang
berasakan Islam
2. Syiar Islam dapat ditegakkan dalam negara
3. Melahirkan negara yang aman dan harmoni
4. Melahirkan sebuah negara yang berseni
98
13.15 Terangkan keburukan tidak mengamalkan adab dan etika kesenian Islam
Keburukan tidak mengamalkan adab dan etika kesenian Islam
1. Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri
2. Melahirkan golongan artis yang tidak mempunyai akhlak Islam
3. Karya yang dihasilkan gagal mendekatkan masyarakat kepada ajaran Islam
13.16 Terangkan empat sebab kesenian barat yang boleh merosakkan kesenian
Islam
Empat sebab kesenian barat yang boleh merosakkan kesenian Islam
1. Kesenian barat mementingkan aspek keindahan tanpa menekankan aspek
moral dan akhlak
2. Kesenian barat tidak mengambilkira hukum halal dan haram dalam berkarya
3. Konsep kesenian barat, hanya menekankan nilai-nilai estetika yang tinggi
yang mampu memberi kepuasan, kegembiraan dan keselesaan kepada naluri
manusia sahaja.
4. Kesenian barat akan menyebabkan seseorang semakin jauh daripada Allah
SWT.
3.5.4 : KESENIAN DALAM KEHIDUPAN
13.17 Jelaskan cara memertabatkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
Cara memertabatkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
1. Menerapkan kesenian Islam dalam sistem persekolahan
2. Memberi ganjaran yang sewajarnya kepada pengiat seni Islam
3. Menjadikan kesenian Islam sebagai kesenian negara
3.5.5 : APLIKASI KESENIAN SEBAGAI IBADAH
13.18 Jelaskan tiga cara menerapkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
Tiga cara menerapkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
1. Mengamalkan adab dan etika kesenian Islam dalam menghasilkan karya seni
2. Sentiasa mengambil kira hukum halal dan haram semasa berkarya
3. Sentiasa menjadikan penghasilan karya seni sebagai ibadah kepada Allah SWT
13.19 Jelaskan cara anda mengaplikasikan kesenian Islam dalam kehidupan
Cara saya mengaplikasikan kesenian Islam dalam kehidupan seharian.
1. Saya sentiasa menyukai kesenian yang bermotifkan alam sekitar
2. Saya sentiasa menghiasi kediaman saya dengan khat dari ayat-ayat al-Quran
dan hadis nabawi.
3. Saya suka mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan lagu-lagu yang
berunsurkan nasihat.
99
TINGKATAN 5
TEMA 1 : SISTEM EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM
PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.1 KONSEP ASAS SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1 Apakah maksud ekonomi secara umum
Maksud ekonomi secara umum
ialah ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-
barang dan perkhidmatan serta isu-isu kewangan yang bersangkutan dengannya
1.2 Jelaskan pengertian sistem ekonomi Islam
Pengertian sistem ekonomi Islam
ialah ilmu yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan ekonomi individu
dan masyarakat berteraskan aturan syariat Islam serta mencegah ketidakadilan
dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam.
1.3 Berikan dalil keharusan melaksanakan sistem ekonomi Islam
Dalil keharusan melaksanakan sistem ekonomi Islam
Maksudnya : Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-
kapal belayar padanya dengan perintahNya dan supaya kamu mencari
rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur. Dan
Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian)
daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda
(yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang
memikirkannya dengan teliti. (Surah al-Jathiyah 45 : 12 - 13)
1.4 Jelaskan hukum pelaksanaan sistem ekonomi Islam
Hukum pelaksanaan sistem ekonomi Islam
Hukum pelaksanaan sistem ekonomi Islam berdasarkan dalil nakli dan akli.
Wajib - kerana sistem ekonomi Islam adalah berteraskan akidah Islamiyah, maka
dengan akidah inilah, sistem ekonomi Islam dapat terlaksana ngan sempurna dan
memaksimumkan manfaatnya.
100
1.5 Terangkan tiga ciri sistem ekonomi Islam.
Tiga ciri sistem ekonomi Islam ialah
1. Mengiktiraf pemilikan harta oleh individu sebagai pemegang amanah kepada
sumber harta yang telah disediakan oleh Allah SWT
2. Mengagihkan harta dalam kalangan masyarakat dengan adil sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT
3. Mengelola harta yang dimiliki menurut syarak
1.6 Jelaskan empat sumber ekonomi Islam
Empat sumber ekonomi Islam
1. Al-Quran - Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui
perantaraan Malaikat Jibril atau secara langsung untuk membimbing manusia
ke jalan yang benar demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat
2. Hadis - sesuatu yang diterima daripada Rasulullah SAW sama ada perkataan,
perbuatan atau pengakuan baginda.
3. Al-Ijmak - Persepakatan para ulamak mujtahid tentang sesuatu perkara yang
tidak jelas hukumnya di dalam al Quran dan al Hadis
4. Al-Qias : Menyandarkan hukum bagi sesuatu perkara baru kepada sesuatu
perkara yang telah termaktub hukumnya di dalam al Quran dan al Sunnah
kerana persamaan dari segi sebabnya atau Illat. Contoh : Pengharaman tuak
diqiaskan dengan pengharaman arak.
1.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS SISTEM EKONOMI ISLAM
1.7 Berikan prinsip asas sistem ekonomi Islam satu persatu
Prinsip asas sistem ekonomi Islam satu persatu
1. Akidah, syariah dan akhlak Islam sebagai teras
2. Manusia sebagai khalifah
3. Pekerjaan dan ganjaran
4. Keuntungan dan kerugian
5. Keadilan sosial
6. Larangan kerosakan dan kezaliman
1.8 Jelaskan maksud akidah, syariah dan akhlak Islam sebagai teras sistem
ekonomi Islam.
Maksud akidah, syariah dan akhlak Islam sebagai teras sistem ekonomi Islam
Akidah : ialah kepercayaan dan keyakinan kepada keesaan Allah SWT dengan
menyakini bahawa segala sumber alam sebagai asas ekonomi ini adalah
merupakan ciptaan dan kurniaan Allah SWT kepada manusia.
101
Syariah : ialah undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
keatas manusia. Sistem ekonomi Islam adalah tertakluk kepada peraturan
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan hadis
Akhlak Islam : Sifat atau sikap keperibadian yang membentuk kehidupan yang
sempurna berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Sistem ekonomi Islam sentiasa menjaga tatacara perlakuan manusia dalam
urusan ekonomi seperti larangan menipu, menindas dan sebagainya.
1.9 Terangkan maksud prinsip asas ekonomi Islam dan kepentingannya
Maksud prinsip asas ekonomi Islam dan kepentingannya
Asas Prinsip Maksud Kepentingan
Bil Ekonomi
Islam
Ekonomi Islam adalah Hubungan ekonomi
1. Akidah, berdasarkan kepada dengan akidah dan
syariah dan keesaan Allah SWT syariah dan akhlak
akhlak Islam dan mengambil kira menjadikan aktiviti
kepentingan hukum dan ekonomi dalam islam
akhlak semasa berurusan menjadi ibadah
Manusia Manusia hanya sebagai Manusia akan
2. sebagai pengurus dan pemegang menguruskan ekonomi
amanah kepada sumber dengan cara yang telah
khalifah harta yang diberikan oleh ditetapkan oleh Allah SWT
Allah SWT
Setiap pekerjaan manusia Manusia mesti melakukan
3. Pekerjaan akan diberikan ganjaran pekerjaan yang halal
dan ganjaran berdasarkan kepada usaha untuk mendapat
yang diberikan keberkatan hidup
Keuntungan dan kerugian Manusia kan sentiasa
4. Keuntungan adalah berdasarkan bersyukur dengan hasil
dan kerugian kepada rezeki yang telah yang diberikan oleh Allah
ditetapkan oleh Allah SWT SWT
5. Keadilan Islam sentiasa menjaga Manusia akan sentiasa
sosial hak asasi manusia dan memberikan hak orang
kepentingan orang yang miskin yang terdapat
kurang bernasib baik dalam harta mereka
dengan mewajibkan zakat
dan sebagainya
102
Islam melarang manusia Manusia akan sentiasa
6. Larangan daripada melakukan menjaga peraturan
kerosakan kerosakan kepada semasa melakukan aktiviti
dan kezaliman manusia lain dan alam ekonomi.
semasa mendapatkan
harta
1.10 Terangkan tiga kesan pengabaian prinsip asas ekonomi Islam
Tiga kesan pengabaian prinsip asas ekonomi Islam.
1. Manusia akan cuba mencari kekayaan tanpa mengira hukum dan peraturan
agama.
2. Manusia akan merasai bahawa semua harta yang ada di muka bumi ini adalah
haknya melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri.
3. Manusia sanggup bekerja mencari harta tanpa mengambil kira hukum halal dan
haram
4. Keuntungan dan kerugian hanyalah semata-mata bergantung kepada usaha
dan kepintaran manusia dalam melakukan urusan perniagaan tanpa mengira
kuasa dan perancangan daripada Allah SWT.
5. Keadilan sosial dan hak asasi manusia akan terabai dimana golongan kaya
akan mengaut sebanyak mungkin kekayaan tanpa mengira nasib golongan
yang kurang bernasib baik.
6. Manusia akan mencari harta dengan rakus tanpa mengira kerosakan dan
kezaliman yang mereka lakukan kepada manusia lain dan alam sekitar.
1.1.3 KONSEP PEMILIKAN HARTA DAN MATLAMATNYA
1.11 Berikan pengertian harta menurut Islam.
Pengertian harta menurut Islam.
Harta merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia. Harta boleh dimiliki oleh
setiap manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri.
1.12 Berikan dalil harta adalah milik Allah SWT.
Dalil harta adalah milik Allah SWT.
Maksudnya : “ Berimanlah kepada Allah dan rasul-Nya dan belanjakanlah (pada
jalan Allah) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang
kamu menguasainya sebagai wakil. Maka, orang yang beriman dalam
kalangan kamu akan membelanjakan (harta benda) mereka mendapat
pahala yang besar.” (Surah al-Hadid 57:7)
103
1.13 Nyatakan pembahagian harta
Pembahagian harta
1. Harta boleh alih - Harta yang boleh di ubah kedudukan dan boleh di alihkan
ketempat lain. Contohnya kereta, wang dan sebagainya
2. Harta tidak boleh alih - Harta yang tetap kedudukan dan tidak boleh di alihkan
ketempat lain. Contohnya tanah, bangunan, rumah dan
sebagainya.
1.14 Jelaskan konsep harta menurut Islam
Konsep harta menurut Islam
1. Harta merupakan milik mutlak Allah SWT
2. Harta adalah amanah Allah SWT kepada manusia untuk digunakan dengan cara
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
3. Harta menjadi ujian kepada manusia untuk menentukan tahap keimanan
manusia
4. Harta mesti dicari dan dibelanjakan secara halal.
5. Harta yang cukup syarat-syaratnya mestilah dikeluarkan zakat.
1.15 Terangkan maksud harta amanah Allah SWT
Maksud harta amanah Allah SWT
Harta merupakan pemberian Allah SWT kepada manusia yang bersifat sementara.
Ianya merupakan ujian Allah SWT kepada manusia bagi menentukan tahap
keimanan mereka. Manusia akan dipersoalkan mengenai cara mereka mendapat dan
membelanjakan harta yang dimilikinya. Manusia mesti mendapat dan mebelanjakan
harta dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
1.16 Nyatakan tiga sebab harta adalah amanah Allah SWT.
Tiga sebab harta adalah amanah Allah SWT
1. Supaya manusia menguruskan sumber harta dengan sebaik-baiknya, seperti
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
2. Supaya manusia tidak terlalu sombong dengan harta yang dimilikinya
3. Supaya manusia tidak menggunakan harta yang di miliki secara membazir dan
sia-sia
4. Supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari harta bagi
kesenangan hidup mereka di dunia dan akhirat.
1.17 Terangkan tiga cara mencari harta yang halal
Tiga cara mencari harta yang halal
1. Melalui pekerjaan yang halal samada dalam sektor kerajaan atau swasta seperti
makan gaji atau bekerja sendiri
104
2. Melalui perniagaan yang dibenarkan oleh syarak
3. Melalui hasil pertanian, penternakan dan perikanan
1.18 Bincangkan tiga cara menguruskan harta menurut Islam
Tiga cara menguruskan harta menurut Islam
1. Menunaikan hak yang wajib terhadap harta seperti zakat dan menafkahkan
harta kepada ibu bapa dan keluarga
2. Memanfaatkan harta untuk kepentingan orang ramai seperti membina
kemudahan awam
3. Melaksanakan tanggungjawab sosial yang dapat mewujudkan perpaduan
dalam kalangan manusia seperti sedekah, derma dan wakaf
4. Membelanjakan harta untuk beribadat kepada Allah SWT seperti mengerjakan
haji
1.19 Terangkan tiga bentuk ujian Allah SWT kepada pemilik harta
Tiga bentuk ujian Allah SWT kepada pemilik harta
1. Allah menguji mereka dengan ditimpa bencana seperti bencana alam , kebakaran
dan lain-lain yang memusnahkan harta mereka
2. Harta yang dimiliki menjadikan mereka sombong dan angkuh dengan
masyarakat
3. Mereka membelanjakan harta secara batil dan kepada perkara yang tidak
diredhai seperti berjudi dan sebagainya
4. Allah SWT memudahkan lagi jalan untuk mendapatkan harta dengan senang
dan banyak
5. Kesibukan mencari harta hingga mereka lupa kepada tanggungjawab terhadap
Allah SWT seperti solat, zakat dan sebagainya.
1.20 Berikan dalil kewajipan mencari harta secara halal.
Dalil kewajipan mencari harta secara halal.
Maksudnya : “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang
terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah saitan;
karena sesungguhnya saitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
(Surah al-Baqarah 2: 168)
105
1.21 Terangkan tiga sumber harta yang halal dan haram.
Tiga sumber harta yang halal dan haram.
1. Sumber harta yang halal dan contoh
1. Harta yang diperoleh melalui perniagaan yang dibenarkan oleh syarak dan
undang-undang negara dan tidak mengandungi unsur-unsur penipuan,
perjudian, penganiayaan dan rasuah.
2. Harta yang diperolehi daripada hasil pertanian, penternakan, dan perikanan
yang dihalalkan
3. Harta yang diperolehi melalui hasil pertukangan dan seni yang tidak bercanggah
dengan ajaran Islam.
2. Sumber harta yang haram dan contoh
1. Harta yang diperoleh melalui perniagaan yang mengandungi unsur-unsur
penipuan, perjudian, penganiayaan seperti rasuah dan sebagainya
2. Harta yang diperolehi secara zalim dan kekerasan, seperti merompak, mencuri
dan sebagainya
3. Harta yang diperolehi melalui penindasan keatas orang lain, seperti melalui
riba, pecah amanah dan sebagainya
1.22. Jelaskan tiga langkah mencari harta secara halal dan haram.
Tiga langkah mencari harta secara halal dan haram.
1. Langkah mencari harta yang halal dan contoh
1. Melakukan pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT
2. Menceburi bidang pekerjaan yang halal seperti bekerja sebagai peniaga
3. Menjaga ibadat semasa melakukan pekerjaan dengan sentiasa menjaga
batasan aurat.
2. Langkah mencari harta yang haram dan contoh
1. Melakukan pekerjaan yang diharamkan oleh syarak seperti mencuri
2. Melakukan kezaliman dan penindasan keatas orang lain semasa bekerja seperti
riba
3. Pekerjaan yang boleh membahayakan nyawa diri sendiri atau orang lain.
1.23 Terangkan tiga kesan memperolehi harta secara halal dan haram.
Tiga kesan memperolehi harta secara halal dan haram.
1. Kesan memperolehi harta secara Halal
1. Hidup akan menjadi bahagia kerana tidak terlibat dengan perkara yang
diharamkan oleh Allah SWT.
2. Jiwa manusia akan sentiasa tenang kerana hartanya akan diberkati oleh Allah
SWT
3. Akan di kasihi dan dihormati oleh anggota masyarakat mencari harta yang halal
106
2. Kesan memperolehi harta secara haram
1. Harta tidak diberkati oleh Allah SWT kerana melakukan perbuatan mungkar
2. Hidup tidak tenang kerana melanggar perintah Allah SWT
3. Di sisih oleh masyarakat kerana melakukan larangan Allah SWT
1.24. Terangkan tiga cara membelanjakan harta menurut Islam
Tiga cara membelanjakan harta menurut Islam
1. Menyumbang harta untuk kebajikan umum seperti menderma sejumlah wang
dalam bentuk zakat atau sedekah
2. Membantu institusi masyarakat seperti menyumbang dana kepada masjid
3. Meringankan beban orang yang ditimpa musibah seperti mangsa banjir
1.25. Jelaskan tiga kepentingan harta kepada pembangunan negara
Tiga kepentingan harta kepada pembangunan negara
1. Harta dapat digunakan untuk memajukan sektor ekonomi dalam negara seperti
membina pusat-pusat perniagaan
2. Harta dapat digunakan untuk membantu golongan yang ingin memulakan
perniagaan melalui sumbangan modal perniagaan.
3. Dapat menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang ingin
melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan modal insan yang sempurna.
1.26 Jelaskan pengertian hak milik menurut Islam.
Pengertian hak milik menurut Islam.
Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya untuk di miliki
dan dimanfaatkan seperti, rumah, tanah, wang ringgit dan sebagainya.
1.27 Terangkan tiga asas pemilikan harta menurut Islam.
Tiga asas pemilikan harta menurut Islam.
1. Allah SWT pemilik sebenar harta yang menganugerahkannya dan
mengamanahkannya kepada manusia
2. Allah SWT telah menetapkan cara pemilikan harta yang sah seperti jual beli dan
wasiat serta mengharamkan riba
3. Allah SWT memerintahkan manusia berusaha untuk memiliki harta bagi
memenuhi keperluan asasi kehidupan mereka
1.28 Jelaskan tiga jenis pemilikan harta dalam Islam
Tiga jenis pemilikan harta dalam Islam
1. Hak milik individu - hak milik yang dikhususkan bagi sesorang individu, seperti
rumah, kereta dan sebagainya
2. Hak milik Umum / awam - Hak milik yang dikhususkan untuk kepentingan awam
dan orang ramai seperti jalan raya, sungai, dan sebagainya.
107
3. Hak milik negara - Iaitu harta yang menjadi hak milik semua warganegara
secara bersama seperti sekolah, pejabat kerajaan, hospital dan sebagainya
1.29 Nyatakan tiga peraturan dalam pemilikan harta
Tiga peraturan dalam pemilikan harta
1. Membelanjakan harta yang dimiliki dengan berhemah dan bijak serta tidak
membazir seperti untuk membeli keperluan hidup
2. Mengembangkan harta tersebut mengikut syariat seperti melabur dalam saham-
saham yang dibenarkan oleh syarak
3. Mengeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya
1.30 Terangkan tiga matlamat pemilikan harta menurut Islam. dengan
Tiga matlamat pemilikan harta menurut Islam.
1. Untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat daripada Alllah SWT
melaksanakan segala peraturan Allah semasa mendapatkan harta.
2. Untuk menjamin keselamatan hidup di dunia dan di akhirat
3. Untuk membangunkan ekonomi umat Islam
1.31 Bincangkan tiga batasan dalam pemilikan harta menurut Islam
Tiga batasan dalam pemilikan harta menurut Islam
1. Harta yang di miliki mestilah diperolehi dengan cara yang tidak bertentangan
dengan kepentingan awam seperti merompak, mencuri rasuah dan sebagainya
2. Harta yang di miliki mestilah di perolehi dengan cara yang halal dan di akui oleh
syarak samada dengan bekerja sendiri atau makan gaji
3. Harta yang menjadi milik awam tidak boleh dijadikan milik peribadi seperti
sungai, pantai, udara dan sebagainya.
1.32 Jelaskan tiga sebab manusia diberikan kebebasan dalam pemilikan harta.
Tiga sebab manusia diberikan kebebasan dalam pemilikan harta.
1. Supaya mendorong manusia berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk
mendapatkan harta
2. Untuk mengetahui kemampuan dan penguasaan seseorang terhadap harta
yang dicarinya
3. Manusia dapat menguruskan harta yang di miliki mengikut kehendak mereka
sendiri tanpa perlu meminta izin daripada sesiapa.
1.33 Nyatakan tiga peranan harta
Tiga peranan harta
1. Harta sebagai alat untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Contohnya
dengan mengeluarkan sedekah atau derma akan mengeratkan hubungan
108
antara golongan miskin dengan kaya
2. Harta sebagai alat untuk beribadat kepada Allah SWT seperti menunaikan
ibadat haji, zakat dan sedekah
3. Harta sebagai alat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan memenuhi
segala keperluan hidup dengan sempurna
1.34 Jelaskan tiga kebaikan menunaikan tanggungjawab terhadap harta
Tiga kebaikan menunaikan tanggungjawab terhadap harta
1. Harta semakin berkembang dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
2. Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
3. Dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
1.35 Tiga keburukan mengabaikan tanggungjawab terhadap harta.
Tiga keburukan mengabaikan tanggungjawab terhadap harta.
1. Sering mengalami kesempitan wang dan kesempitan hidup
2. Terhapusnya sifat tolong menolong dalam kalangan masyarakat
3. Nasib golongan miskin dan kurang bernasib baik akan terabai
1.36 Berikan pengertian pencerobohan hak milik
Pengertian pencerobohan hak milik
Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi syarak. Contohnya
mencuri, rasuah dan sebagainya.
1.37 Dalil larangan melanggar peraturan hak milik
Dalil larangan melanggar peraturan hak milik
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara
suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan
sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu”
(Surah Annisa 2: 29)
1.38 Berikan tiga bentuk pencerobohan hak milik
Tiga bentuk pencerobohan hak milik.
1. Mendapatkan harta dengan cara yang zalim dan tidak sah. Contohnya mencuri,
menipu dan merompak
2. Mengabaikan hak-hak yang wajib keatas harta seperti tidak mengeluarkan zakat
3. Mendapatkan harta dengan cara pecah amanah. Contohnya penyalahgunaan
kuasa, memberi dan menerima rasuah
109
1.39. Jelaskan tiga keburukan pencerobohan hak milik
Tiga keburukan pencerobohan hak milik
1. Akan melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan
nasib orang lain
2. Akan menghilangkan perasaan belas kasihan, kasih sayang dan bertimbangrasa
dalam masyarakat
3. Akan menjejaskan ekonomi negara kerana rakyatnya melakukan pembaziran
dengan perkara yang tidak berfaedah
1.40 Bincangkan tiga punca berlakunya pencerobohan hak milik
Tiga punca berlakunya pencerobohan hak milik
1. Terpengaruh dengan kemewahan dunia
2. Mengenepikan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian
3. Wujudnya perasaan tamak dan ingin cepat kaya tanpa melakukan usaha yang
lebih
1.41 Terangkan tiga langkah membendung pencerobohan hak milik
Tiga langkah membendung pencerobohan hak milik
1. Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada masyarakat untuk
memantapkan iman secara berterusan
2. Menguatkuasakan undang-undang pencerobohan harta dengan mengenakan
hukuman yang berat kepada penceroboh harta
3. Memberi penerangan yang berterusan akan keburukan pencerobohan harta
kepada masyarakat melalui kuliah, ceramah, kempen dan sebagainya
1.42 Nyatakan tiga sebab Islam melarang pencerobohan hak milik
Tiga sebab Islam melarang pencerobohan hak milik
1. Akan melahirkan individu yang malas bekerja
2. Akan berlakunya perbuatan zalim keatas orang yang tidak bersalah
3. Terhapusnya sikap tolong menolong dan ukhuwah
1.1.4 PERANAN PEKERJAAN
1.43 Nyatakan pengertian pekerjaan menurut Islam.
Pengertian pekerjaan menurut Islam.
Bekerja menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan wang
atau harta dengan cara yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
110
1.44 Dalil kewajipan bekerja menurut Islam
Dalil kewajipan bekerja menurut Islam
Maksudnya: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di
muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah
apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah
banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia
dan di akhirat). (Surah al-Jumaah, 62:10)
1.45 Jelaskan tiga tuntutan bekerja dalam Islam
Tiga tuntutan bekerja dalam Islam
1. Bekerja merupakan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi keperluan
peribadi seperti menyara diri sendiri, keluarga dan tuntutan sosial seperti
membangunkan ekonomi negara
2. Bekerja merupakan ibadat dalam Islam kerana, orang yang bekerja dikira telah
menunaikan satu keperluan fardu ain, iaitu menyara kaum keluarga
3. Bekerja akan memudahkan umat Islam menunaikan ibadat kepada Allah SWT
melalui harta, seperti zakat, bersedekah dan menderma.
1.46 Nyatakan tiga matlamat bekerja
Tiga matlamat bekerja
1. Bekerja untuk menyara diri dan keluarga
2. Supaya dapat mengerjakan ibadat wajib dan beramal jariah melalui pekerjaan
3. Untuk membangunkan ekonomi keluarga dan umat.
1.47 Berikan tiga kebaikan bekerja.
Tiga kebaikan bekerja.
1. Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.
2. Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.
3. Mampu berdikari tanpa perlu meminta belas ihsan daripada orang lain.
4. Meningkatkan taraf hidup kerana memiliki sumber pendapatan sendiri
1.48 Nyatakan tiga ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam
Tiga ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam
1. Pekerjaan yang halal dan tidak melanggar peraturan syarak seperti perniagaan
yang halal.
2. Pekerjaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak mencemarkan
alam sekitar seperti bertani.
111
3. Pekerjaan yang tidak membahayakan diri sendiri dan orang ramai seperti
menternak
1.49 Nyatakan tiga sebab Islam menyuruh umatnya bekerja
Tiga sebab Islam menyuruh umatnya bekerja
1. Bekerja merupakan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi keperluan
peribadi seperti menyara diri sendiri, keluarga dan tuntutan sosial seperti
membangunkan ekonomi negara
2. Bekerja merupakan ibadat dalam Islam kerana, orang yang bekerja dikira telah
menunaikan satu keperluan fardu ain, iaitu menyara kaum keluarga
3. Bekerja akan memudahkan umat Islam menunaikan ibadat kepada Allah SWT
melalui harta, seperti zakat, bersedekah dan menderma.
4. Orang yang bekerja dipandang mulia dan disukai oleh Allah SWT dan RasulNya.
1.50 Nyatakan tiga perbezaan antara makan gaji dengan bekerja sendiri
Tiga perbezaan antara makan gaji dengan bekerja sendiri
Bil Makan Gaji Kerja Sendiri
1. Produktiviti atas tanggungan sendiri Produktiviti dipikul secara bersama
2. Risiko untung rugi ditanggung sendiri Risiko untung rugi ditanggung
bersama
3. Bebas membuat keputusan sendiri Keputusan berdasarkan arahan
daripada pihak majikan
1.51 Terangkan tiga kesan pekerjaan yang halal
Tiga kesan pekerjaan yang halal
1. Diberkati Allah SWT kerana melakukan pekerjaan yang bertepatan dengan
syarak
2. Dihormati oleh masyarakat kerana melakukan pekerjaan yang baik.
3. Masyarakat dan negara aman sejahtera kerana kehidupan mereka diberkati
oleh Allah SWT
1.52 Jelaskan tiga kesan pekerjaan yang haram
Tiga kesan pekerjaan yang haram
1. Hidupnya dilaknat oleh Allah SWT kerana melakukan pekerjaan yang
bercanggah dengan syarak
2. Dibenci oleh masyarakat kerana melakukan pekerjaan yang buruk
3. Masyarakat dan negara huru hara kerana kehidupan mereka di laknat oleh
Allah SWT
112
1.53 Jelaskan tiga kepentingan bekerja kepada pembangunan negara
Tiga kepentingan bekerja kepada pembangunan negara
1. Dapat menghasilkan produktiviti yang bermutu.
2. Dapat menyumbangkan kepada perkembangan ekonomi negara.
3. Dapat mengurangkan kadar kemiskinan negara
4. Dapat menyediakan peluang pekerjaan
1.54 Terangkan tiga kesan buruk pengangguran kepada individu.
Tiga kesan buruk pengangguran kepada individu.
1. Akan mengalami kesempitan hidup kerana tidak mempunyai wang untuk
memenuhi keperluan hidup
2. Terpaksa meminta-minta dan mengemis serta menyusahkan orang lain
mengakibatkan dirinya dibenci oleh masyarakat
3. Mudah terlibat dengan gejala sosial seperti melepak kerana mempunyai masa
yang terluang
4. Terdorong untuk melakukan jenayah seperti mencuri untuk mendapatkan wang
5. Tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab seperti memberi nafkah kepada
keluarga
1.55 Apakah maksud bekerja kerana Allah SWT
Maksud bekerja kerana Allah SWT
Bekerja kerana Allah SWT ialah mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri di
dalam kegiatan tertentu secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah SWT
1.56 Jelaskan dalil bekerja kerana Allah SWT
Dalil bekerja kerana Allah SWT
Maksudnya : “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala
yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang
yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang
ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa
yang kamu telah kerjakan”. (Surah at-Taubah, 9:105)
113
1.57 Nyatakan tiga cara bekerja sebagai pelaksanaan amanah Allah SWT
Tiga cara bekerja sebagai pelaksanaan amanah Allah SWT
1. Melakukan pelbagai pekerjaan mengikut kepakaran masing-masing seperti
berniaga, bertani dan menternak
2. Melakukan pelbagai penyelidikan dan penemuan sains seperti penyelidikan
dalam bidang perubatan, astronomi dan kejuruteraan
3. Bekerja dalam bidang perusahaan untuk mencipta peralatan baharu seperti
dalam industri perkilangan dan pembuatan.
1.58 Terangkan tiga syarat pekerjaan menjadi ibadah
Tiga syarat pekerjaan menjadi ibadah
1. Bekerja dengan niat untuk mencari rezeki yang halal
2. Bekerja untuk menyara diri dan keluarga
3. Pekerjaan yang membolehkan seseorang itu mengerjakan ibadat wajib dan
beramal jariah melalui pekerjaan
4. Pekerjaan yang boleh membangunkan ekonomi keluarga dan umat.
5. Bekerja untuk mencari keredaan Allah SWT
1.59 Nyatakan tiga etika kerja Islam
Tiga etika kerja Islam
1. Bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT
2. Sentiasa amanah ketika bekerja
3. Bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh
1.60 Nayatakan Lima budaya kerja Islam
Lima budaya kerja Islam
1. Mempunyai strategi yang betul semasa bekerja
2. Bekerja kerana Allah SWT
3. Patuh kepada arahan organisasi
4. Berdisiplin dan menepati masa semasa bekerja
5. Mempunyai perancangan yang lengkap dalam bekerja
6. Memaksimakan produktaviti yang berkualiti
1.61 Jelaskan tiga langkah meningkatkan kualiti kerja
Tiga langkah meningkatkan kualiti kerja
1. Berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh
2. Ikhlas bekerja kerana Allah SWT
3. Istiqamah dalam sesuatu pekerjaan
4. Sentiasa bertawakal kepada Allah SWT
5. Memaksimumkan produktiviti yang berkualiti
114
1.62 Terangkan tiga kelebihan bekerja kerana Allah SWT.
Tiga kelebihan bekerja kerana Allah SWT.
1. Melahirkan pekerja yang bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT
2. Melahirkan pekerja yang amanah dalam melakukan pekerjaan
3. Melahirkan pekerja yang cekap dan bekerja dengan bersungguh-sungguh
4. Melahirkan pekerja yang bermotivasi tinggi dalam menyahut cabaran
1.1.5 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN EKONOMI ISLAM
1.63. Jelaskan tiga keistimewaan sistem ekonomi Islam.
Tiga keistimewaan sistem ekonomi Islam.
1. Satu sistem yang lengkap dan menyeluruh yang merangkumi semua aspek
kehidupan manusia samada di dunia dan di akhirat.
2. Berpandukan ajaran dan wahyu Allah SWT
3. Bermotifkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
4. Sistem ekonomi Islam menggabungkan antara aktiviti ekonomi dengan akidah
Islam
5. Memberi keutamaan kepada pengeluaran barangan asas (daruriyyat) dan
keperluan (hajiyyat) berbanding barangan mewah (tahsiniyyat).
6. Berteraskan nilai dan akhlak Islam.
1.64 Jelaskan tiga kesan pengabaian sistem ekonomi Islam
Tiga kesan pengabaian sistem ekonomi Islam
1. Penindasan seperti amalan riba akan berleluasa menyebabkan golongan
pemodal semakin kaya manakala golongan miskin semakin tertindas.
2. Nilai-nilai moral dan tolong menolong semakin terhakis menyebabkan gejala
rasuah, pecah amanah dan penipuan berleluasa dalam masyarakat.
3. Agihan kekayaan hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja.
4. Keharmonian hidup masyarakat akan terjejas dan ekonomi negara tidak stabil
115
1.65. Nyatakan contoh sistem ekonomi konvensional
Contoh sistem ekonomi konvensional
Bil Sistem Ekonomi Maksud Ciri-Ciri
Konvensional
1. Kapitalis Sistem ekonomi di Mengamalkan sistem
mana perdagangan, pasaran bebas
industri dan pengeluaran
dikendalikan oleh pemilik Peranan kerajaan adalah
swasta dengan tujuan amat terhad dalam
memperoleh keuntungan mengawal pasaran
dalam ekonomi dengan
keuntungan sebesar- Pengeluar bebas
besarnya. mengeluarkan produk
berasaskan kepada
permintaan pasaran.
2. Komunis Sistem ekonomi di mana Semua keputusan ekonomi
pemerintah sebagai di buat oleh pemerintah
pengatur seluruh
sumber-sumber kegiatan Pemilikan individu atas
perekonomian. Rakyat faktor pengeluaran tidak
tidak boleh memiliki dibenarkan
kekayaan pribadi.
Semua perniagaan Seluruh kegiatan ekonomi
dimiliki oleh pemerintah. harus diusahakan bersama.
Semua perusahaan adalah
milik negara sehingga tidak
ada perusahaan swasta.
3. Sosialis Sistem ekonomi Semua sumber ekonomi
berpusat. dimana semua dimiliki dan dikuasai oleh
kegiatan ekonomi di negara.
uruskan oleh pemerintah
dan di kawal oleh Semua kegiatan ekonomi
kerajaan. Pemeritahlah mesti diusahakan bersama.
yang menguasai seluruh Semua perusahaan milik
kegiatan ekonomi. negara sehingga tidak ada
perusahaan swasta.
Segala suatu keputusan
mengenai jumlah dan jenis
barang ditentukan oleh
pemerintah.
116
4. Campuran Ekonomi campuran Kerajaan dan pihak swasta
adalah sistem ekonomi bekerjasama dalam
yang menggabungkan menjalankan segala bentuk
lebih dari satu aspek kegiatan ekonomi.
sistem ekonomi.
Lazimnya, ekonomi Kerajaan memberi
campuran mengandungi kebebasan kepada pihak
unsur kapitalisme dan swasta untuk melakukan
sosialisme kegiatan ekonomi, namun
dengan kawalan yang
tertentu
Pihak pemerintah dan
swasta memiliki peranan
yang sama dalam kegiatan
ekonomi. .
1.66. Jelaskan tga perbezaan antara sietem ekonomi Islam dengan konvensional
Tiga perbezaan antara sietem ekonomi Islam dengan konvensional
Bil Sistem Ekonomi Islam Sistem Ekonomi Konvensional
1. Bebas daripada riba dan penindasan Berasaskan kepada sistem riba
2. Melaksanakan syariah Islam dalam Hukum halal dan haram tidak di
urusan perniagaan ambil kira
Menggalakkan manusia supaya Lebih mengutamakan
keuntungan semata-mata
3. melakukan kebajikan seperti
bersedekah, menderma dan
sebagainya
1.67. Nyatakan bentuk ketidakadilan dalam ekonomi konvensional.
Bentuk ketidakadilan dalam ekonomi konvensional.
Bil Bentuk Maksud Keburukan
Ketidakadilan
1. Riba Lebihan bayaran yang Berlakunya penindasan
dikenakan keatas hutang terhadap golongan yang
kerana lambat membayar lemah
balik hutang tersebut
daripada tempoh yang telah Melahirkan masyarakat
ditetapkan. mementingkan diri
sendiri dan kemewahan
dalam hidup
117
2. Manipulasi Mengggunakan kemahiran Berlakunya penindasan,
3. Rasuah untuk memperolehi pergaduhan dan
4. Monopoli keuntungan peribadi secara persengketaan dalam
5. Menciplak tidak sah, contohnya masyarakat.
menggurangkan timbangan
dalam urusan jual beli. Pengguna akan
teraniaya kerana
Memberi atau menerima berlakunya penipuan
sesuatu yang berharga dalam urusan jual beli
seperti wang, harta atau
perkhidmatan daripada Berlakunya penindasan
seseorang dengan tujuan dan kezaliman dimana
untuk mendapatkan sesuatu keadilan tidak dapat
atau dilepaskan daripada ditegakkan dalam
dikenakan tindakan dengan masyarakat
cara yang salah.
Sesebuah negara akan
menjadi mundur serta
matlamat negara tidak
akan tercapai
Pengguasaan sepenuhnya Mengikis sifat amanah
terhadap sesuatu barangan, dan tolong menolong
perdagangan, perkhidmatan dalam muamalah
dan sebagainya dalam kerana peniaga
pasaran tertentu oleh lebih mementingkan
seseorang atau firma tertentu keuntungan semata-
atau menyorok barang mata
keperluan untuk dijual
dengan harga yang mahal Barangan menjadi lebih
apabila sangat diperlukan mahal kerana dikuasai
oleh satu pihak sahaja
Perbuatan meniru atau Perbuatan yang tidak
mengutip sebahagian beretika kerana serupa
atau keseluruhan karya dengan mencuri
orang lain tanpa izin atau
memaklumkan nama Menghakis dan
pengkarya berkenaan dan membunuh usaha
menggunakannya sebagai melahirkan golongan
karyanya sendiri akademik yang
berwibawa
118
6. Mencuri / ialah mengambil, Satu bentuk
Merompak merampas harta orang pencerobohan harta
lain tanpa kebenaran benda orang lain
7. Pecah Amanah daripada pemiliknya yang
sah Boleh menimbulkan
Enggan pergaduhan dan
8. Mengeluarkan Menyalahgunakan kuasa perbalahan dalam
atau menggunakan masyarakat
Zakat pengaruh atau kedudukan
bagi memperolehi Hilang kepercayaan
kepentingan peribadi dan keyakinan terhadap
secara salah seseorang.
Enggan mengeluarkan Mewujudkan sifat
zakat walaupun harta yang pentingkan diri sendiri
dimilki telah memenuhi
syarat diwajibkan berzakat Golongan asnaf akan
terbiar
Harta hanya berlegar
dalam kalangan orang
yang kaya sahaja
1.1.6 : TINDAKAN KEPADA PENYELESAIAN PERSOALAN EKONOMI UMAT ISLAM
1.68. Jelaskan tiga langkah menyelesaikan permasalahan ekonomi umat Islam.
Tiga langkah menyelesaikan permasalahan ekonomi umat Islam.
1. Melaksanakan ekonomi Islam dalam sistem ekonomi negara.
2. Islam mewajibkan umatnya menurut tertib dalam tindakan mereka bagi mencapai
kehendak masing-masing. Kehendak daruriyyat mestilah didahulukan sebelum
kehendak hijahiyyat dan tahsiniyyat.
3. Islam memelihara kepentingan umum di samping turut mengiktiraf kepentingan
individu.
4. Islam mengimbangkan di antara kepentingan dunia dan kepentingan akhirat.
Justeru itu ekonomi Islam tidak menindas golongan lemah dalam masyarakat.
1.69 Terangkan tiga kesan baik penyelesaian persoalan ekonomi umat Islam
Tiga kesan baik penyelesaian persoalan ekonomi umat Islam
1. Golongan miskin dan kurang bernasib baik akan terbela,melalui zakat atau
derma.
2. Keseimbangan ekonomi di antara anggota masyarakat akan terpelihara.
3. Manusia akan menyedari bahawa pemilik sebenar sumber-sumber ekonomi
ialah Allah SWT
119
PELAJARAN 2 : SISTEM KEWANGAN ISLAM
1.2.1 : KONSEP ASAS MUAMALAT DALAM ISLAM
2.1 Berikan pengertian muamalat
Pengertian muamalat
Hubungan antara manusia dengan manusia lain dalam segenap aspek kehidupan
yang merangkumi kekeluargaan, ekonomi, politik, pemerintahan, jenayah dan
sebagainya
2.2 Jelaskan pengertian muamalat dalam sistem kewangan Islam.
Pengertian muamalat dalam sistem kewangan Islam.
Tatacara urusan harian sesama manusia dalam memenuhi keperluan masing-
masing yang melibatkan transaksi kewangan berlandaskan syariat Islam
2.3 Berikan dalil wajib bermuamalat secara Islam
Dalil wajib bermuamalat secara Islam
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi
dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-
bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani
kamu” (Surah al-Nisa’ 4: 29)
2.4 Senaraikan empat ciri-ciri muamalat Islam.
Empat ciri-ciri muamalat Islam.
1. Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis
2. Saling reda meredai antara kedua-dua pihak
3. Adil dan mendatangkan manfaat
4. Bersih daripada sebarang penipuan dan penindasan
2.5 Nyatakan empat etika muamalat Islam
Empat etika muamalat Islam.
1. Bersikap jujur dan amanah dalam semua urusan
2. Tekun dan tabah semasa melaksanakan urusan
3. Rajin dan bersungguh-sungguh dalam bekerja
4. Bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT
120
2.6 Jelaskan prinsip muamalat Islam
Prinsip muamalat Islam.
1. Kerelaan dalam berurus niaga
2. Bersih daripada elemen yang diharamkan seperti riba, gharar dan judi
3. Urus niaga yang memberi kebaikan kepada struktur ekonomi dan sosial
masyarakat.
4. Menjadikan harta sebagai alat unruk mendekatkan diri kepada Allah SWT
2.7 Nyatakan tiga matlamat muamalat Islam.
Tiga matlamat muamalat Islam.
1. Untuk mengawal manusia dalam menguruskan sistem ekonomi dan kewangan
mereka agar lahir masyarakat yang bersatu padu, harmoni, saling menghormati
dan aman
2. Memudahkan manusia untuk menikmati segala kurniaan Allah SWT dengan
cara yang betul dan diredaiNya
3. Mempereratkan hubungan persaudaraan dan hubungan silaturahim serta sifat
tolong menolong sesama manusia melalui proses transaksi yang dijalankan.
2.8 Bincangkan empat syarat sah muamalat secara am
Empat syarat sah muamalat secara am
1. Barangan yang hendak dijual mestilah mikli sah penjual
2. Transaksi yang dijalankan mestilah bersih daripada unsur gharar, riba, penipuan
dan judi.
3. Pihak yang menjalankan transaksi mestilah waras dan sempurna akalnya
4. Mestilah mendapat persetujuan kedua belah pihak yang menjalankan transaksi
melalui ijab dan kabul.
2.9 Berikan empat contoh muamalat yang tidak sah menurut Islam
Empat contoh muamalat yang tidak sah menurut Islam
1. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penipuan seperti manipulasi
2. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penindasan, seperti riba dan
monopoli.
3. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur barangan yang tidak suci dan
najis, seperti berniaga arak
4. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur perjudian seperti nombor ekor
5. Urusan perniagaan yang belum pasti barangan jualan, seperti menjual ikan di
lautan, burung di angkasa, anak lembu yang masih dalam kandungan ibunya
atau buah buahan yang belum nampak putiknya
121
1.2.2 JENIS-JENIS MUAMALAT ISLAM DAN CARA-CARA PELAKSANAANNYA
2.10 Berikan pengertian jenis muamalat Islam dan pengaplikasiannya dalam
sistem kewangan :
1. Al-Wadiah 2. Al-Mudharabah 3. Al-Murabahah
4. Al-Musyarakah 5. Al-Rahnu 6. Al-Ijarah
7. Al-Bai’ Bithaman Ajil 8. Takaful
Pengertian Jenis Muamalat berikut.
1. Al-Wadiah : ialah meninggalkan atau mewakilkan sesuatu barangan
(Simpanan) yang berharga kepada seseorang untuk disimpan dan dijaga.
Barangan terebut boleh diambil pada bila-bila masa yang
dikehendakinya Pengaplikasian dalam sistem perbankan Islam
ialah dikenali sebagai akaun simpanan, dimana pendeposit
menyimpan wang dalam akaun simpanan dan pendeposit boleh
mendapatkan wang yang disimpan itu pada bila-bila masa yang
dikehendakinya.
2. Al-Mudharabah : Sistem pelaburan secara Islam iaitu sesuatu kontrak
(Pelaburan) perkongsian peniagaan diantara pemodal dan pengusaha
dimana keuntungannya dibahagikan mengikut persetujuan
bersama. Pengaplikasian dalam sistem perbankan Islam
dikenali sebagai akaun semasa, dimana pendeposit melaburkan
wangnya kepada bank pada tempoh masa yang tertentu. Wang
dan keuntungan hanya boleh dikeluarkan apabila cukup tempoh
masa tersebut.
3. Al-Murabahah : Kontrak jual beli sesuatu barangan dengan keuntungan
(Jualan yang dikehendaki diketahui dan dipersetujui bersama dan
Penambahan pembeli membayar harga tersebut secara beransur-ansur.
Keuntungan) Pengaplikasian dalam sistem perbankan Islam ialah dengan
pihak bank membeli sesuatu harta seperti rumah dan menjual
kepada pihak ketiga dengan dinyatakan keuntungan yang
dikehendaki. Pembeli akan membayar harga tersebut secara
asuran selama masa yang telah dipersetujui bersama
4. Al-Musyarakah : Sistem perkongsian perniagaan secara Islam iaitu satu
(Syarikat) perjanjian usaha sama antara beberapa orang pemilik modal
untuk berniaga. Keuntungan dan kerugian dalam perniagaan
tersebut di kongsi secara bersama mengikut kadar modal yang
dilaburkan. Pengaplikasian dalam sistem perbankan Islam ialah
dimana pihak bank memberikan modal kepada seseorang
122
atau syarikat untuk memulakan perniagaan dengan perjanjian
bahawa segala keuntungan dan kerugian ditanggung bersama.
5. Al-Rahnu : Sistem gadaian secara Islam iaitu mencagarkan sesuatu
(Gadaian) barangan berharga di atas pinjaman yang dibuat. Barangan
tersebut akan dijual jika pengadai tidak dapat membayar hutang
tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Pemegang gadai
hanya akan mengambil jumlah hutang sahaja, manakala lebihan
daripada penjualan barang tersebut akan dipulangkan kepada
pengadai. Pengaplikasian dalam sistem perbankan Islam ialah
pihak bank memberikan pinjaman kepada seseorang dengan
menjadikan barangan yang berharga milik peminjam sebagai
cagaran.
6. Al-Ijarah : Kontrak atau perjanjian yang membolehkan seseorang
(Sewaan) mengambil manfaat daripada hak milik orang lain dengan
kadar bayaran tertentu atau sistem sewaan secara Islam.
Pengaplikasian dalam sistem perbankan Islam ialah
dengan penyewa menyewa rumah dengan membayar sejumlah
wang dengan syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama
7. Al-Bai Bithaman Ajil : Kontrak jual beli dengan bayaran tertangguh atau bayaran
(Jualan secara ansuran mengikut tempuh masa yang dipersetujui
dengan bersama terlebih dahulu. Pengaplikasian dalam sistem
bayaran perbankan Islam ialah pembeli membeli sebuah kereta dari
tertangguh) pihak bank dengan pembeli membayar harga kereta tersebut
secara ansuran selama tempoh masa yang telah di persetujui
bersama.
8. (IAnls-TuarkaanfuIsl lam) : Sistem insuran secara Islam iaitu sekumpulan pencarum
bekerjasama dalam lindung-melindungi dan tolong-menolong
antara satu sama lain untuk memperolehi perlindungan apabila
salah seorang ahli menghadapi malapetaka dan bencana.
Pengaplikasian dalam sistem perbankan Islam ialah dengan
peserta menyertai skim takaful tertentu dengan membayar
sejumlah wang dan sebahagian daripada wang tersebut akan
disumbangkan kepada peserta lain yang ditimpa musiabah.
123
2.11. Nyatakan perbezaan dan persamaan antara jenis muamalat tersebut
Perbezaan dan persamaan antara jenis muamalat tersebut
Jenis Muamalat Perbezaan Persamaan
Al-Wadiah Simpanan dijamin oleh pihak bank dan Satu bentuk
Al-Mudarabah tiada sebarang keuntungan dijanjikan simpanan dan
pelaburan wang
Pemodal berpotensi menerima
keuntungan dan kerugian yang tinggi
Al-Musyarakah Prestasi syarikat akan menentukan
keuntungan dan kerugian yang akan
diperolehi
Jenis Perbezaan Persamaan
Muamalat
Penjualan barangan dengan Kontrak jual beli
Al-Murabahah dinyatakan kos dan keuntungan yang barangan dengan
dikehendaki bayaran secara
Al-Bai Penjualan barangan dengan bayaran tertangguh
Bithaman Ajil secara ansuran
Jenis Muamalat Perbezaan Persamaan
Al-Rahnu
Al-Ijarah Pinjaman wang dengan mencagarkan Membantu orang
sesuatu barangan yang berharga yang memerlukan
Al-Takaful pembiayaan
Pemilikan manfaat sesuatu harta atau tunai ketika
pihak lain dengan bayaran tertentu diperlukan
Mendepositkan sejumlah wang untuk
mendapatkan sesuatu manfaat ketika
di timpa musibah di masa hadapan
2.12. Jelaskan tujuan kepelbagaian jenis muamalat tersebut
Tujuan kepelbagaian jenis muamalah tersebut
1. Untuk mengajar manusia supaya sentiasa hidup bersatu padu, tolong-menolong,
dan bekerjasama dalam mengembangkan ekonomi melalui sistem muamalah
Islam seperti musyarakah, ijarah dan jual beli.
2. Untuk memastikan kehidupan manusia sentiasa berperaturan dan
menghindarkan perbuatan zalim, penganiayaan dan penindasan ke atas
golongan yang lemah seperti riba, penipuan, merampas hak orang lain, dan
sebagainya.
3. Untuk keselesaan dan kemudahan manusia memilih cara bermuamalah
124
yang terbaik mengikut keperluan mereka. Contohnya orang kaya boleh
mengembangkan hartanya melalui mudharabah manakala orang miskin pula
boleh menambahkan modal perniagaan mereka melalui murabahah dan
sebagainya.
4. Untuk memberi peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi
mereka dengan lebih berkesan dan tidak hanya bergantung pada jenis
muamalah tertentu sahaja. Contohnya manusia boleh melakukan pelbagai
aktiviti perniagaan untuk mendapatkan wang seperti ijarah, ar-Rahn dan al-bai
bithaman ajil dan sebagainya.
5. Untuk memastikan setiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan
hidup mengikut kemampuan hidup mereka. Contohnya orang miskin dapat
memiliki sesuatu barangan yang diperlukan oleh mereka melalui ijarah atau
al-bai bithaman ajil.
6. Untuk menggalakkan orang yang mempunyai harta yang banyak membantu
golongan yang kurang berharta di samping dapat mengembangkan lagi harta
tersebut melalui aktiviti ekonomi yang dibenarkan oleh syarak seperti ar-Rahn,
Ijarah dan sebagainya.
2.13. Jelaskan kesan kepelbagaian jenis muamalah
Kesan kepelbagaian jenis muamalah
1. Dapat melahirkan semangat tolong-menolong di kalangan anggota masyarakat,.
Contohnya orang kaya boleh menolong orang miskin memulakan perniagaan
dengan melakukan mudharabah.
2. Masyarakat akan hidup dengan aman dan harmoni kerana setiap orang dapat
menikmati kemajuan ekonomi dengan cara mereka sendiri.
3. Masyarakat dapat menikmati ekonomi negara dengan lebih teratur dan tersusun
kerana setiap urusan mereka dikawal oleh sistem muamalah yang pelbagai.
1.2.3 PERANAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DALAM MENGURUSKAN
MUAMALAT ISLAM
2.14. Berikan pengertian Institusi kewangan Islam.
Pengertian Institusi kewangan Islam.
Badan atau agensi milik kerajaan atau swasta yang mengutip dan menyimpan
sumber-sumber kewangan dan mengagihkannya mengikut syarat dan muamalat
Islam.
125
2.15 Berikan contoh institusi kewangan Islam di Malaysia dan peranannya dalam
membangunkan ekonomi umat Islam.
Contoh institusi kewangan Islam di Malaysia dan peranannya.
Perbankan Pengertian Perbankan Islam merujuk institusi yang
Islam diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan perbankan kepada umat Islam
Peranan dalam pengurusan wang yang berdasarkan
syariat-syariat Islam
Pengertian
Menyediakan urusan kewangan Islam yang
Tabung Haji patuh syariah
Peranan
Sebuah badan berkanun yang ditubuhkan
Takaful Pengertian untuk menguruskan tabungan umat Islam bagi
Peranan menunaikan ibadat haji
Zakat Pengertian Membolehkan orang-orang Islam menyimpan
Peranan secara beransur-ansur bagi memenuhi
perbelanjaan menunaikan fardhu Haji atau lain-
Wakaf Pengertian lain perbelanjaan bermanfaat;
Peranan
Pakatan satu kumpulan untuk saling jamin
menjamin dan bantu membantu antara satu
sama lain ketika para peserta kumpulan
tersebut ditimpa sesuatu musibah
Instrumen untuk membantu golongan yang
tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah
selaras dengan hukum syarak
Mengeluarkan sebahagian daripada harta
tertentu untuk diberikan kepada golongan
tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Membantu golongan miskin dan golongan yang
kurang bernasib baik dalam masyarakat
Menyerahkan harta yang kita miliki untuk
kegunaan masyarakat Islam dengan niat
sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita
kepada Allah SWT.
Membolehkan masyarakat melakukan amal
jariah untuk membantu meringankan bebanan
kerajaan dalam menyediakan kemudahan
kepada umat Islam
126
Baitulmal Pengertian Institusi kewangan harta dalam Islam yang
Peranan menerima sesuatu harta dan menyimpannya
untuk diagihkan untuk kepentingan masyarakat
dan negara.
Menerima pelbagai sumber kewangan
dan harta secara terkumpul oleh negara
seperti zakat, wakaf, cukai dan lain-lain dan
mengagihkanya kepada asnaf zakat.
2.16 Jelaskan perbezaan antara Institusi ekonomi Islam dengan konvensional
Perbezaan antara Institusi ekonomi Islam dengan konvensional.
Bil Institusi Ekonomi Islam Institusi Ekonomi Konvensional
1. Ciptaan Allah SWT Ciptaan manusia
2. Rujukannya adalah al-Quran dan Rujukannya adalah berdasarkan
hadis nabi pemikiran manusia
3. Lengkap dan merangkumi dunia dan Hanya mengenai kehidupan di
akhirat dunia sahaja
1.2.4 KEPENTINGAN PELAKSANAAN MUAMALAT ISLAM DAN PENGURUSAN
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN
2.17 Nyatakan tiga kepentingan pelaksanaan muamalat Islam dalam kehidupan
seharian kepada individu, masyarakat dan negara.
Tiga kepentingan pelaksanaan muamalat Islam dalam kehidupan seharian
kepada individu, masyarakat dan negara.
Mendapat pahala kerana melaksanakan muamalat Islam
Individu Memperolehi jaminan keadilan dalam sistem kewangan Islam
Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan seharian
Dapat saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim
Masyarakat Masyarakat akan hidup dalam suasana bantu membantu melalui
sistem ta’awun dan tabarru’
Memupuk sifat jujur dan amanah dalam masyarakat
Ekonomi negara dalam keadaan baik dan diredai Allah SWT
Pendapatan dan pengagihan harta negara dapat dilaksanakan
Negara dengan berkesan
Menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan
dengan harta dalam negara
127
2.18 Terangkan tiga kesan muamalat Islam dalam mempertingkatkan kualiti
kehidupan manusia
Tiga kesan muamalat Islam dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan
manusia
1. Mengajar manusia supaya sentiasa hidup bersatu padu, tolong menolong dan
bekerjasama dalam mengembangkan ekonomi melalui sistem muamalah Islam
seperti al-ijarah, jual beli dan sebagainya.
2. Memastikan kehidupan manusia sentiasa berperaturan dan menghindarkan
perbuatan zalim. penganiayaan dan penindasan ke atas golongan lemah
seperti pengharaman riba, penipuan, merampas hak orang lain dan sebagainya.
3. Keselesaan dan kemudahan manusia memilih cara bermuamalah yang terbaik
mengikut keperluan mereka. contohnya orang kaya boleh mengembangkan
hartanya melalui al-Mudharabah, manakala orang miskin pula boleh memenuhi
keperluan hidup mereka memiliki barangan melalui konsep al-Ijarah.
2.19 Nyatakan tiga kesan pengabaian muamalat Islam kepada individu, masyarakat
dan negara
Tiga kesan pengabaian muamalat Islam kepada individu, masyarakat dan
negara
Individu Dilaknat oleh Allah SWT kerana mengingkari suruhan Allah
Masyarakat SWT
Dibenci oleh masyarakat kerana melakukan penindasan
Melahirkan individu yang tamak kerana mementingkan diri
sendiri
Masyarakat berpecah belah kerana hilangnya semangat
tolong menolong
Masyarakat huru hara kerana berlakunya permusuhan
Negara Masyarakat akan bersikap prejudis antara satu sama lain
Ekonomi akan merosot kerana kerana dilaknat oleh Allah
SWT
Negara akan terjebak dalam krisis hutang akibat
mengamalkan sistem riba
Para pelabur kurang yakin untuk melabur dalam negara.
128
1.2.5 AMALAN MUAMALAT DAN AKTIVITI KEWANGAN ISLAM
2.20 Jelaskan amalan muamalat Islam dalam kehidupan seharian.
Amalan muamalat Islam dalam kehidupan seharian.
Bil Amalan Cara pelaksanaannya
Muamalat Islam
1 Jual beli Berjual beli dengan jujur dan amanah
2 Sewaan Melakukan kontrak sewaan yang dipersetujui
bersama antara penyewa dan pemberi sewa
3 Arrahnu Mendapatkan pembiayaan dengan menyerahkan
barangan yang berharga sebagai cagaran kepada
hutang.
4 Al-wadiah Membuka akaun simpanan untuk menyimpan wang
dengan menggunakan sistem perbankan Islam
5 Takaful Menggunakan produk takaful bagi menjamin ahli
takaful yang ditimpa musibah
6 Al-Mudharabah Melaburkan sejumlah wang dalam skim pelaburan
yang patuh syariah
2.21 Jelaskan tiga langkah menggalakan masyarakat bermuamalat dengan
muamalat Islam
Tiga langkah menggalakan masyarakat bermuamalat dengan muamalat Islam
1. Memberikan didikan agama khususnya yang berkaitan dengan ekonomi dan
kewangan Islam dalam sistem pendidikan negara
2. Memberikan penerangan tentang kebaikan muamalat Islam kepada masyarakat
melalui media massa
3. Mengemaskinikan sistem muamalat Islam supaya dapat melicinkan pengurusan
dan perjalanan sistem muamalat Islam dan dapat menarik minat masyarakat
kepada sistem ekonomi Islam.
2.22 Terangkan tiga keperluan muamalat Islam dalam kehidupan manusia
Tiga keperluan muamalat Islam dalam kehidupan manusia.
1. Sedekah merupakan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan
memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan mereka.
2. Jual beli merupakan kemudahan yang disediakan untuk orang ramai
mendapatkan keperluan hidup mereka
3. Al-wadiah bagi kemudahan orang ramai menyimpan dan melaburkan wang
mereka dalam bank.
4. Arrahnu kemudahan yang disediakan oleh Islam dalam keadaan terdesak.
dengan mencagarkan harta bernilai untuk mendapatkan wang tunai segera
129
2.23 Bincangkan tiga keistimewaan bermuamalat secara Islam
Tiga keistimewaan bermuamalat secara Islam
1. Muamalah Islam menjadikan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT, dengan menunaikan beberapa ibadat melalui harta seperti, berzakat
dan menunaikan haji.
2. Muamalah Islam menggalakkan manusia melakukan kebajikan melalui harta
yang dimiliki, seperti bersedekah, menolong orang yang memerlukan dan
menderma.
3. Muamalah Islam melarang manusia daripada mengumpulkan harta dengan
cara yang bertentangan dengan hukum syarak, penindasan dan perbuatan
zalim, seperti menipu, rasuah dan mencuri.
4. Muamalah Islam melarang manusia daripada menggunakan harta kepada jalan
yang salah dan tidak memberi faedah kepada kehidupan manusia, seperti
membazir atau terlalu kedekut.
PELAJARAN 3 : SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
2.1.1 KONSEP ASAS SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
3.1 Nyatakan pengertian perundangan Islam
Pengertian perundangan Islam
Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang
merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak dan sebagainya demi kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat.
3.2 Berikan dalil perundangan Islam.
Dalil perundangan Islam
Maksudnya : “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan
engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-
hukum agama; maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut
hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”
(Surah al-Jathiyah 45:18)
3.3 Nyatakan tiga asas sistem perundangan Islam
Tiga asas sistem perundangan Islam
1. Pencegahan - Hukuman yang dikenakan kepada penjenayah adalah sebagai
satu unsur yang bertujuan untuk mencegah berulangnya
perbuatan jenayah tersebut dan untuk memberi amaran kepda
130
orang lain yang mempunyai niat untuk melakukan kesalahan
yang sama.
2. Pembalasan - Hukuman yang dikenakan adalah sebagai satu pembalasan yang
adil dan setimpal dengan perbuatan salah yang dilakukannya
serta untuk mengelakkan perasaan dendam antara satu sama
lain.
3. Pemulihan - Hukuman yang dikenakan adalah sebagai satu cara menginsafkan
penjenayah daripada kesalaha yang telah dilakukannya dan
kembali bertaubat serta mentaati ajaran agama.
3.4 Nyatakan empat sumber perundangan Islam
Empat sumber perundangan Islam
1. Al-Quran 2. Al-Hadis
3. Al-Ijmak 4. Al-Qias
3.5 Tiga sebab al-Quran dan al-Hadis menjadi sumber perundangan Islam
Sebab al-Quran dan al-Hadis menjadi sumber perundangan Islam
1. Bersifat Rabbaniyyah iaitu datangnya daripada Allah SWT untuk dijadikan
sebagai panduan hidup manusia
2. Bersifat waqi’iyyah dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia tanpa mengira
bangsa dan keturunan
3. Kebenarannya adalah mutlak dan tidak mengalami perubahan sehingga ke hari
kiamat kerana ia adalah wahyu Allah SWT
3.6 Berikan pengertian qadha dan contoh
Pengertian qadha dan contoh
Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam
sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang jelas. Contohnya hakim
memutuskan hukuman supaya suami menceraikan isterinya, setelah terbukti suami
telah mengabaikan isterinya
3.7 Berikan pengertian fikah dan contoh
Pengertian fikah dan contoh
Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid, yang diambil
daripada dalil-dalil syarak. Contohnya bersentuhan kulit antara lelaki dengan
perempuan ajnabi membatalkan wuduk menurut mazhab Syafi’i
3.8 Berikan pengertian ijtihad
Pengertian ijtihad
Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan
penetapan sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.
131
3.9 Berikan pengertian fatwa dan contoh
Pengertian fatwa dan contoh
Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh majlis fatwa yang telah diwartakan
berhubung dengan sesuatu hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa.
Contohnya hukum harus menderma organ badan manusia
3.10 Bincangkan tiga kepentingan qadha, fikah, ijtihad, fatwa
Tiga kepentingan qadha, fikah, ijtihad, fatwa.
Hukum Kepentingan
Qadha
Fikah Untuk menyelesaikan pertelingkahan antara kedua belah pihak
Ijtihad yang bertelagah
Fatwa Untuk memastikan pihak yang bertelagah menghormati
keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah
Untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan setimpal dan adil
kepada semua pihak
Untuk menentukan hukum Allah SWT sesuai dilaksanakan pada
setiap tempat, waktu dan keadaan
Untuk memastikan umat Islam dapat mematuhi peraturan-
peraturan yang terkandung dalam hukum agama
Untuk memudahkan umat Islam berpegang teguh dengan
hukum agama
Untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan umat
Islam dengan sempurna
Untuk menggalakkan umat Islam (para ulama) berfikir untuk
mencari hukum yang baru
Untuk memastikan hukum Islam sentiasa berkembang selaras
dengan perkembangan manusia.
Untuk menyelesaikan masalah semasa yang tidak terdapat
hukum secara nyata dalam al-quran dan al-hadis seperti hukum
menderma darah dan sebagainya
Untuk mengelakkan masyarakat berpegang kepada hukum yang
dikeluarkan oleh individu agar tidak timbul sebarang keraguan
Untuk menghilangkan keraguan masyarakat terhadap sesuatu
hukum supaya tidak menjatuhkan imej Islam
132
2.1.2 KEUNGGULAN SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
3.11 Nyatakan tiga keunggulan sistem perundangan Islam.
Tiga keunggulan sistem perundangan Islam.
1. Ciptaan Allah SWT yang bersih daripada sebarang kelemahan, kekurangan dan
dorongan hawa nafsu.
2. Lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia damada di dunia
dan akhirat.
3. Hukumannya adalah adil tanpa mengira pangkat, keturunan dan warna kulit
seseorang.
4. Hukumannya bersifat memberi pengajaran supaya penjenayah tidak mengulangi
kesalahan yang sama
3.12 Jelaskan tiga cara melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan
Tiga cara melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan
1. Melaksanakan perundangan Islam dalam mengadili kes-kes jenayah yang
berlaku dalam negara
2. Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa beramal dengan segala hukum Islam
yang diturunkan oleh Allah SWT
3. Mengharamkan semua perbuatan keji dan mungkar daripada berlaku dalam
negara.
3.13 Nyatakan tiga keperluan perundangan Islam kepada individu, masyarakat
dan negara
Tiga keperluan perundangan Islam kepada individu, masyarakat dan negara
i. Individu
1. Mengukuhkan hubungan silaturahim tanpa mengira agama dan budaya
2. Jiwa dan harta akan terjaga
3. Kehidupan akan menjadi aman dan sejahtera
ii. Masyarakat
1. Mengelakkan daripada perpecahan dan pergaduhan dalam masyarakat
2. Harta benda dan jiwa masyarakat terpelihara
3. Masyarakat bebas melakukan aktiviti seharian
iii. Negara
1. Jenayah berkurangan dalam negara
2. Negara menjadi aman dan harmoni
3. Negara dihormati dan di sanjung oleh negara lain
133
3.14 Tiga faedah mengamalkan perundangan Islam
Tiga faedah mengamalkan perundangan Islam
1. Mendapat keredaan Allah SWT kerana melaksanakan perundangan yang telah
disyariatkan oleh Allah
2. Masalah sosial dan jenayah akan dapat diselesaikan
3. Perpaduan dan hubungan silaturahim dapat diperkukuhkan dalam masyarakat
3.15 Tiga perbezaan antara perundangan Islam dengan konvensional
Bil Perundangan Islam Perundangan Konvensional
1. Ciptaan Allah SWT Ciptaan manusia
2. Bersifat universal Bersifat setempat
3. Lengkap dan merangkumi sunia dan Hanya mengenai kehidupan di
akhirat dunia sahaja
2.1.3 MATLAMAT SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
3.16 Nyatakan matlamat sistem perundangan Islam
Matlamat sistem perundangan Islam
1. Memelihara agama 4. Memelihara keturunan
2. Memelihara nyawa 5. Memelihara harta
3. Memelihara akal
3.17 Jelaskan tiga kepentingan melaksanakan perundangan Islam dalam
kehidupan
Tiga kepentingan melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan
1. Menjaga akidah umat Islam daripada terpesong seprti tiada unsur-unsur syirik,
kufur dan sebagainya
2. Menjamin keselamatan diri daripada perbuatan yang membahayakan nyawa.
3. Memastikan akal manusia terpelihara daripada perkara-perkara yang
merosakkan pemikiran.
4. Melahirkan zuriat yang halal hasil daripada perkahwinan yang mengikut syarak
5. Memperoleh harta secara halal tanpa berlaku pencerobohan harta.
134
3.18 Jelaskan tiga cara perundangan Islam memelihara agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta
Tiga cara perundangan Islam memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan
harta
Matlamat Cara
Perundangan
1. Mewajibkan umat Islam menjaga akidah daripada perkara
Islam yang merosakan seperti khurafat, syirik dan sebagainya
Memelihara
2. Menyuburkan pelbagai disiplin ilmu supaya kefahaman
agama mengenai Islam meningkat dalam masyarakat.
Memelihara 3. Mengambil tindakan yang tegas keatas mereka yang
nyawa menyelewengkan ajaran Islam seperti menjatuhkan
hukuman hudud kepada orang yang murtad
Memelihara akal
1. Mewajibkan umat Islam menjaga kebersihan dan
keselamatan diri sendiri dan orang lain seperti memakan
makanan yang berzat, bersih dan halal
2. Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri
atau orang lain
3. Islam mewajibkan umatnya menjauhkan diri daripada
perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaaan
seperti memandu secara berbahaya dan terlibat dengan
perlumbaan haram.
1. Mewajibkan umat Islam menjauhi perkara yang boleh
merosakkan akal seperti minum arak, mengambil dadah,
pil khayal dan sebagainya
2. Islam mewajibkan umatnya supaya sentiasa melakukan
ibadat, membaca buku-buku yang berfaedah, melakukan
riadah dan sebagainya
3. Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa berfikiran rasional
dan melarang daripada memikirkan perkara-perkara yang
boleh merosakkan akal manusia.
135
Memelihara 1. Islam mewajibkan umatnya supaya menjauhi perbuatan
keturunan yang boleh merosakkan keturunan manusia seperti zina,
liwat, homoseks dan lesbian
Memelihara
harta 2. Mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan
manusia yang sempurna
3. Islam mengenakan hukuman Hudud seperti sebat atau
rejam keatas orang yang berzina.
1. Islam mengenakan hukuman hudud seperti potong tangan
di pergelangan tangan keatas orang yang mencuri
2. Islam mewajibkan umat Islam mencari dan membelanjakan
harta secara halal
3. Islam mewajibkan dikeluarkan zakat keatas orang yang
mampu dan cukup syarat-syaratnya.
3.19 Nyatakan kepentingan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Kepentingan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Matlamat Kepentingan
Perundangan
Islam
1. Untuk menjaga akidah umat Islam daripada terpesong
Memelihara 2. Untuk menjaga kesucian agama Islam
agama
3. Untuk memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada
Memelihara Allah SWT
nyawa
1. Supaya kehidupan manusia berada dalam keadaan
selamat dan sejahtera
2. Untuk menjamin kehidupan supaya lebih sempurna
3. Menjamin keselamatan diri daripada perbuatan yang
membahayakan nyawa
1. Untuk memastikan pemikiran manusia sentiasa waras
Memelihara 2. Untuk memastikan kewarasan akal sentiasa terpelihara
akal
3. Untuk memastikan akal manusia tidak terpesong daripada
ajaran Islam
136
Memelihara 1. Untuk melahirkan zuriat yang bersih
keturunan
2. Untuk memantapkan institusi kekeluargaan
Memelihara 3. Untuk melahirkan zuriat yang halal hasil daripada
harta
perkahwinan yang mengikut syarak
1. Supaya mal nusia mencari dan memiliki harta secara halal
2. Untuk memastikan agihan harta dilakukan secara halal
3. Untuk memastikan harta manusia tidak dicerobohi
sewenang-wenangnya
3.20 Jelaskan tiga kesan pencapaian matlamat perundangan Islam
Tiga kesan pencapaian matlamat perundangan Islam
1. Mewujudkan keamanan dan keharmonian hidup kepada masyarakat dan negara
2. Menghindarkan masyarakat daripada melakukan jenayah
3. Dapat mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran Islam
2.1.4 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN SISTEM PERUNDANGAN ISLAM DALAM
KEHIDUPAN
3.21 Terangkan tiga cara merealisasikan sistem perundangan Islam dalam
kehidupan.
Tiga cara merealisasikan sistem perundangan Islam dalam kehidupan.
1. Dengan sentiasa menjaga akidah dengan beriman kepada semua rukun iman
seperti berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT
2. Dengan sentiasa melaksana segala rukun Islam seperti mendirikan solat dan
sebagainya.
3. Melaksanakan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian seperti menutup
aurat dan sebagainya.
4. Melaksanakan perundangan Islam seperti hukum hudud, qisas dan sebagainya
dalam kehidupan bernegara.
3.22 Nyatakan tiga sebab umat Islam wajib melaksanakan perundangan Islam
dalam kehidupan.
Tiga sebab umat Islam wajib melaksanakan perundangan Islam dalam
kehidupan.
1. Hukum-hukum tersebut bersumberkan kepada dalil-dalil yang benar dan sahih
iaitu al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan al-Qias
137
2. Perundangan Islam mampu menangani semua masalah yang wujud dalam
kalangan umat Islam
3. Perundangan Islam sentiasa berkembang mengikut perkembangan semasa
3.23 Jelaskan tiga kesan pengabaian pelaksanaan sistem perundangan Islam.
Tiga kesan pengabaian pelaksanaan sistem perundangan Islam.
1. Akan merosakkan akidah kerana berlakunya perkara syirik, kufur dan sebagainya
2. Akan mengancam keselamatan nyawa seperti berlakunya jenayah pembunuhan
dalam masyarakat.
3. Akan merosakkan akal melalui perbuatan minum arak dan pengambilan dadah
4. Akan merosakkan keturunan manusia kerana berleluasanya perbuatan zina
yang akan menyebabkan kelahiran anak luar nikah.
5. Akan menyemarakan sistem ekonomi yang berasaskan riba, rasuah dan
penindasan dalam negara
2.1.5 TINDAKAN PEMATUHAN PERUNDANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN
3.24 Tiga tindakan pematuhan perundangan Islam
Tiga tindakan pematuhan perundangan Islam
1. Mempelajari ilmu agama yang berguna akan memantapkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT.
2. Memakan makanan yang baik lagi halal akan membentuk akal dan minda
yang cergas serta dapat menjamin kesihatan tubuh badan daripada jangkitan
penyakit.
3. Mengamalkan muamalat Islam dalam kehidupan seharian akan memperolehi
harta yang halal dan dapat mengelakkan amalan rasuah dan pecah amanah
dalam masyarakat.
4. Menjaga maruah diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat, disamping
dapat menjauhkan diri daripada maksiat dan perbuatan mungkar
3.25 Jelaskan tiga kesan pematuhan kepada perundangan Islam kepada individu,
masyarakat dan negara
Tiga kesan pematuhan kepada perundangan Islam kepada individu,
masyarakat dan negara.
i. Individu
1. Menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT
2. Kehidupan akan diberkati oleh Allah SWT
3. Kehidupan akan lebih berjaya di dunia dan di akhirat
138
ii. Masyarakat
1. Masyarakat akan hidup dalam keadaan aman dan damai
2. Persaudaraan Islam akan bertambah kukuh dan erat
3. Masyarakat akan sentiasa bekerjasama
iii. Negara
1. Negara dalam keadaan aman dan damai
2. Negara akan bertambah maju dan makmur
3. Negara akan dihormati dan diteladani oelh negara luar
PELAJARAN 4 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.1 KONSEP ASAS SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
4.1 Berikan pengertian kehakiman Islam.
Pengertian kehakiman Islam.
Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan antara dua pihak atau lebih melalui proses
undang-undang berdasarkan hukum syarak atau suatu keputusan daripada
pemerintah atau badan kehakiman dalam suatu perbicaraan di mahkamah atau
menyampaikan hukum syarak secara penepatan
4.2 Senaraikan empat sumber sistem kehakiman Islam
Empat sumber sistem kehakiman Islam
1. Al-Quran 3. Al-Ijmak
2. Al-Hadis 4. Al-Qias
4.3 Nyatakan tiga ciri kehakiman Islam.
Tiga ciri kehakiman Islam.
1. Dasar kehakiman dan perundangan nya adalah ciptaan Allah SWT
2. Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mendidik jiwa manusia kearah
yang lebih baik.
3. Kehakiman Islam menyediakan hukuman dan ganjaran di dunia dan di akhirat.
4.4 Terangkan tiga prinsip kehakiman Islam
Tiga prinsip kehakiman Islam
1. Bersifat Rabani, iaitu datangnya daripada Allah SWT yang bersumberkan al-
Quran dan hadis
2. Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman dalam masyarakat agar
hidup lebih aman dan selesa
3. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan.
139
4. Mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik sesama
manusia dan mahkluk Allah SWT yang lain.
2.2.2 MATLAMAT SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
4.5 Nyatakan tiga matlamat sistem kehakiman Islam.
Tiga matlamat sistem kehakiman Islam.
1. Menegakkan keadilan dengan menyeluruh kepada semua rakyat tanpa mengira
kedudukan dan pangkat seseorang
2. Menentang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman keatas penjenayah
supaya tiada orang yang teraniaya
3. Membela orang yang dizalimi agar mereka mendapat keadilan yang sewajarnya
4. Melaksanakan undang-undang Allah SWT secara menyeluruh dalam negara
4.6 Jelaskan tiga kepentingan institusi kehakiman Islam.
Tiga kepentingan institusi kehakiman Islam.
1. Menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan
pangkat seseorang supaya masyarakat hidup dengan aman
2. Menjatuhkan hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan.
3. Menjatuhkan hukuman tanpa sebarang keraguan agar keadilan dapat ditegakkan
4. Memastikan hak asasi manusia terpelihara agar wujud kebaikan kepada semua
pihak yang terlibat
4.7 Terangkan tiga keistimewaan sistem kehakiman Islam.
Tiga keistimewaan sistem kehakiman Islam.
1. Menjatuhkan hukuman berlandaskan al-Quran dan hadis
2. Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan
keturunan seseorang
3. Menjatuhkan hukuman tanpa ragu terhadap pesalah.
4. Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan dalam kes
2.2.3 JENIS KESALAHAN JENAYAH DAN HUKUMANNYA
4.8 Berikan pengertian jenayah menurut Islam
Pengertian jenayah menurut Islam
Melakukan sesuatu perbuatan yang ditegah dan di larang oleh Allah SWT seperti
meninggalkan solat, tidak berpuasa pada bulan ramadhan dan sebagainya
4.9 Nyatakan tiga contoh perlakuan jenayah menurut Islam
Tiga contoh perlakuan jenayah menurut Islam
1. Meninggalkan perbuatan yang disuruh oleh Alalh SWT seperti meninggalkan
140
solat dengan sengaja
2. Melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT seperti berzina
3. Mengabaikan perjanjian yang telah dipersetujui bersama seperti pecah amanah.
4.10 Terangkan tiga konsep pembalasan terhadap penjenayah
Tiga konsep pembalasan terhadap penjenayah
1. Konsep pembalasan dalam perundangan Islam adalah merangkumi dunia dan
akhirat.
2. Pembalasan dalam perundangan Islam adalah adil dan setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan
3. Pembalasan dalam perundangan Islam adalah bertujuan untuk mendidik dan
menginsafkan manusia agar tidak mengunlangi lagi kesalan yang sama. Seperti
hukuman potong tangan keatas orang yang mencuri
4.11 Jelaskan Jenis hukum jenayah menurut Islam.
Jenis hukum jenayah menurut Islam.
1. Hudud 3. Takzir
2. Qisas 4. Diat
4.12 Berikan pengertian hudud, qisas, takzir dan diat
Pengertian hudud, qisas, takzir dan diat
Jenis Pengertian
Bil Kesalahan
Jenayah
1. Hudud Jenis kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh
Allah dalam al-Quran dan hadis yang mesti dilaksanakan
oleh manusia berhubung dengan kesalahan yang
melibatkan hak Allah SWT. Contohnya hukuman potong
tangan kepada orang yang mencuri
2. Qisas Jenis kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh
Allah dalam al-Quran dan hadis yang mesti dilaksanakan
oleh manusia berhubung dengan kesalahan yang
melibatkan hak manusia. Contohnya bunuh dibalas
dengan bunuh.
3. Takzir Jenis kesalahan yang tidak termasuk di bawah hukum
hudud dan qisas atau kesalahan-kesalahan yang termasuk
di bawah ketegori hudud dan qisas tetapi tidak cukup
syarat untuk disabitkan kesalahannya seperti kesalahan
mencuri yang tidak cukup syaratnya.
141