5. Nyatakan empat kesan buruk hiburan yang melampau
Empat kesan buruk hiburan yang melampau.
1. Melahirkan masyarakat yang sukakan keseronakan dan berhibur semata-mata
2. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia
3. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
4. Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan
dan berilmu pengetahuan
3.4.5 : Aplikasi Hiburan Sebagai Ibadah
1. Nyatakan penghayatan dalam berhibur menurut Islam
Tiga penghayatan dalam berhibur menurut Islam
1. Berhibur secara sederhana dan tidak melampaui batas
2. Tidak menggangu dan menzalimi orang lain
3. Hiburan yang tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah
dan mengundang maksiat.
4. Sentiasa menghormati dan mengutamakan waktu beribadah
PELAJARAN 13 : KESENIAN MENURUT ISLAM
3.5.1 : Konsep Kesenian Islam
1. Terangkan maksud kesenian menurut Islam.
Maksud kesenian menurut Islam.
Ialah aktiviti seni atau hasil karya yang dicipta dengan menggunakan bakat dan
kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak
2. Jelaskan dalil Islam mengharuskan karya seni
Dalil Islam mengharuskan karya seni
ِإ َّن الَّلَ َج ِمي ٌل يُ ِح ُّب ا ْل َج َما َل
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu cantik, dan suka akan kecantikan.
Hadis Sahih Muslim (91)
3. Terangkan empat ciri kesenian yang dibenarkan menurut Islam.
Empat ciri kesenian yang dibenarkan menurut Islam.
1. Kesenian yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
2. Mementingkan akhlak dan kebenaran
3. Kesenian yang tidak mengandungi unsur maksiat kepada Allah SWT
4. Kesenian yang tidak merosakkan akidah Islam
Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria 94 Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 KSSM
4. Jelaskan empat konsep kesenian dalam Islam.
Empat konsep kesenian dalam Islam.
1. Kesenian yang mengagungkan Allah SWT
2. Kesenian yang berteraskan syariah Islam
3. Kesenian yang meliputi aspek iman dan akhlak
4. Kesenian yang bersifat menyeluruh yang meliputi fizikal dan kerohanian
5. Nyatakan Empat bentuk kesenian dalam Islam.
Empat jenis hiburan dalam Islam..
1. Tulisan (Khat) – segala tulisan yang cantik untuk hiasan
2. Penulisan – seni kesusasteraan
3. Lukisan dan arca – Lukisan keindahan alam yang tidak termasuk benda-benda
yang bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, manusia atau patung
4. Gambar fotografi – fotografi yang tidak mendedahkan aurat dan menghairahkan.
6. Jelaskan empat matlamat kesenian menurut Islam.
Empat matlamat kesenian menurut Islam.
1. Dapat memberi ketenangan kepada jiwa manusia
2. Dapat meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT
3. Dapat meningkatkan daya intelek dan emosi manusia kearah yang lebih baik
4. Dapat memenuhi fitrah semulajadi manusia yang sukakan kepada sesuatu yang
indah
7. Terangkan empat bentuk kesenian yang diharamkan dalam Islam.
Empat bentuk kesenian yang diharamkan dalamIslam
1. Kesenian yang mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada berhala
2. Kesenian yang mengandungi unsur maksiat
3. Kesenian yang boleh merosakkan akidah
4. Kesenian yang boleh melalaikan seseorang daripada mengingati Allah SW
3.5.2 : Adab dan Etika Kesenian Menurut Islam
1. Jelaskan maksud adab dan etika kesenian dalam Islam.
Maksud adab dan etika kesenian dalam Islam
Menjaga peraturan dan tata cara kesenian yang dipersembahkan agar selaras dengan
hukum syarak dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT serta dapat memberi
ketenangan jiwa.
2. Nyatakan empat adab dan etika kesenian dalam Islam
Empat adab dan etika kesenian dalam Islam
1. Menghasilkan kesenian yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT
2. Hasil seni yang tidak bercanggah dengan syariah Islam
3. Kesenian yang berteraskan nilai dan akhlak Islam
Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria 95 Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 KSSM
4. Hasil seni yang tidak merosakkan akidah dan maksiat kepada Allah SWT
3. Jelaskan tiga cara menerapkan adab dan etika kesenian Islam dalam kehidupan
seharian
Tiga cara menerapkan adab dan etika kesenian Islam dalam kehidupan seharian
1. Memberi panduan kepada masyarakat dalam menghasilkan kerja seni agar
menepati nilai-nilai seni Islam
2. Sentiasa mengambil kira asas dan batasan akidah semasa berkarya
3. Sentiasa mengambil kira akhlak Islam semasa berkarya
4. Nyatakan tiga halangan yang dihadapi dalam menerapkan etika dan adab
kesenian Islam dalam kehidupan seharian
Tiga halangan yang dihadapi dalam menerapkan etika dan adab kesenian Islam
dalam kehidupan seharian
1. Tiadanya garis panduan yang jelas daripada pihak berkuasa mengenai adab dan
etika kesenian dalam Islam.
2. Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai kesenian Islam.
3. Masyarakat lebih mengkagumi dan menghargai kesenian bukan Islam .
5. Jelaskan cara menjadikan kesenian Islam sebagai asas kesenian individu
Cara menjadikan kesenian Islam sebagai asas kesenian individu
1. Menyediakan garis panduan yang jelas mengenai kesenian Islam
2. Memberi pendidikan dan pengetahuan kepada masyarakat tentang kesenian
Islam
3. Memberi ganjaran yang sesuai kepada pengiat seni Islam
6. Terangkan tiga perbezaan antara adab dan etika kesenian Islam dengan bukan
Islam.
Tiga perbezaan antara adab dan etika kesenian Islam dengan bukan Islam
Bil Adab dan etika kesenian Islam Adab dan etika kesenian bukan
Islam
1. Kesenian yang boleh meningkatkan
ketakwaan dan keimanan kepada Tidak mementingkan keimanan dan
Allah SWT ketakwaan kepada Allah SWT
2. Berteraskan nilai akhlak Islam Berteraskan nilai dan adat
masyarakat setempat
3. Bebas daripada unsur maksiat Mengandungi unsur maksiat
kepada Allah SWT kepada Alalh SWT
Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria 96 Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 KSSM
3.5.3 : Kepentingan Adab dan Etika Kesenian Menurut Islam
1. Jelaskan kepentingan adab dan etika kesenian kepada individu, masyarakat dan
negara
Kepentingan adab dan etika kesenian kepada individu, masyarakat dan negara
i. Individu
1. Melahirkan individu yang taatkan kepada perintah Allah SWT
2. Menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
3. Dapat memberi ketenangan jiwa
4. Dapat memupuk bakat dan minat kepada kesenian Islam
5. Membentuk individu yang bermoral dan seimbang daripada segi jasmani dan
rohani.
ii. Masyarakat
1. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat
2. Melahirkan masyarakat yang beriman dan berakwa kepada Allah SWT
3. Melahirkan masyarakat yang menghargai seni
4. Menyebabkan masyarakat memahami dan berminat dengan kesenian Islam
5. Dapat memupuk amalan keagamaan dalam masyarakat
iii. negara
1. Melahirkan negara yang mempunyai ketamadunan dan kesenian yang berasakan
Islam
2. Syiar Islam dapat ditegakkan dalam negara
3. Melahirkan negara yang aman dan harmoni
4. Melahirkan sebuah negara yang berseni
5. Amalan keagamaan dapat dilaksanakan dalam negara
2. Terangkan keburukan tidak mengamalkan adab dan etika kesenian Islam
Keburukan tidak mengamalkan adab dan etika kesenian Islam
1. Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri
2. Melahirkan golongan artis yang tidak mempunyai akhlak Islam
3. Karya yang dihasilkan gagal mendekatkan masyarakat kepada ajaran Islam
3.4. Terangkan empat sebab kesenian barat yang boleh merosakkan kesenian Islam
Empat sebab kesenian barat yang boleh merosakkan kesenian Islam
1. Kesenian barat mementingkan aspek keindahan tanpa menekankan aspek moral
dan akhlak
2. Kesenian barat tidak mengambilkira hukum halal dan haram dalam berkarya
3. Konsep kesenian barat, hanya menekankan nilai-nilai estetika yang tinggi yang
Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria 97 Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 KSSM
mampu memberi kepuasan, kegembiraan dan keselesaan kepada naluri manusia
sahaja.
4. Kesenian barat akan menyebabkan seseorang semakin jauh daripada Allah SWT.
3.5.4 : Kesenian Dalam Kehidupan
1. Jelaskan cara memertabatkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
Cara memertabatkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
1. Menerapkan kesenian Islam dalam sistem persekolahan
2. Memberi ganjaran yang sewajarnya kepada pengiat seni Islam
3. Menjadikan kesenian Islam sebagai kesenian negara
3.5.5 : Aplikasi Kesenian Sebagai Ibadah
1. Jelaskan tiga cara menerapkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
Tiga cara menerapkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
1. Mengamalkan adab dan etika kesenian Islam dalam menghasilkan karya seni
2. Sentiasa mengambil kira hukum halal dan haram semasa berkarya
3. Sentiasa menjadikan penghasilan karya seni sebagai ibadah kepada Allah SWT
2. Jelaskan cara anda mengaplikasikan kesenian Islam dalam kehidupan seharian
Cara dsaya mengaplikasikan kesenian Islam dalam kehidupan seharian.
1. Saya sentiasa menyukai kesenian yang bermotifkan alam sekitar
2. Saya sentiasa menghiasi kediaman saya dengan khat dari ayat-ayat al-Quran
dan hadis nabawi.
3. Saya suka mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan lagu-lagu yang berunsurkan
nasihat.
4. Saya mengemari novel dan filem-filem yang memberi motivasi dan mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria 98 Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 KSSM