The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syikin Ghazali, 2024-06-06 21:44:05

BUKU LAPORAN PIBG SMKDTHO KE-29

BUKU LAPORAN PIBG KE 29

1 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK DESA TUN HUSSEIN ONN JALAN JELATEK 54200 KUALA LUMPUR. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 29 SESI 2024/2025 TARIKH : 8 JUN 2024 HARI : SABTU MASA : 10.30 PAGI TEMPAT : LAMAN BESTARI SMK DESA TUN HUSSEIN ONN KALI KE – 26 SESI 2021/2022


2 Perkara Halaman Atur Cara Majlis 3 Kata Alu-aluan Penasihat PIBG 5 Ucapan YDP PIBG SMK Desa Tun Hussein Onn 8 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke–29 11 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke–28 13 Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 25 Laporan Kewangan Berakhir Pada 31 Disember 2023 37 Cadangan Sumbangan PIBG Tahun 2024/2025 48 Lampiran Senarai Kehadiran Ibu Bapa dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-28 50 Senarai Kehadiran tetamu dan Guru dalam Mesyaurat Agung Kali Ke-28 52 Laporan Kurikulum Sekolah 55 Laporan Aktiviti dan Pencapaian Hal Ehwal Murid 59 Laporan Aktiviti dan Pencapaian Kokurikulum 91 Usul/Cadangan 101 ISI KANDUNGAN


3 10.00 pagi - 10.30 pagi Jamuan Tetamu Kehormat Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru 10.30 pagi Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa Ucapan Pengetua Persembahan Multimedia Penyampaian Sijil Dan Cenderamata AJK PIBG Sesi 2023/2024 11.15 pagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-29 • Ucapan Alu-aluan YDP PIBG - Lt. Kol. Dr. Saiful Azuwar bin Abdul Halim • Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-28 • Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2023/2024 • Membentang, Menerima Dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 • Perbahasan Usul/Cadangan • Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 • Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 • Pemilhan Juru Audit Dalaman • Ucapan Penangguhan • Cabutan Bertuah 12.30 tengah hari Bersurai ATUR CARA MAJLIS


4 KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG


5 PUAN DAHANUM BINTI SOYONO PENASIHAT PIBG SMK DESA TUN HUSSEIN ONN Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Sejahtera. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan Jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa Kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merealisasikan Mesyuarat Agung pada hari ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan semua ibu bapa yang dapat hadir Mesyuarat Agung PIBG ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat pada hari ini jelas membuktikan komitmen dan iltizam tuan-tuan dan puan-puan yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam PIBG SMK Desa Tun Hussein Onn. Semoga dalam mesyuarat ini, idea-idea baharu dapat diperoleh bagi tujuan pembangunan akademik dan modal insan anak-anak SMK Desa Tun Hussein Onn. Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring. Oleh itu,saya menyeru supaya kita bersamasama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK DesaTun Hussein Onn. Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang membanggakan. Saya juga berharap agar para ibu bapa dapat berkongsi idea mengenai usaha dan harapan kita bersama demi melahirkan murid-murid yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan di negara kita. Semoga SMK Desa Tun Hussein Onn dapat melakarkan sejarah kegemilangan dalam kalangan sekolah-sekolah terbaik di peringkat Zon Keramat, Negeri dan seterusnya Kebangsaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” dan “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Sesungguhnya, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Justeru, pihak sekolah sangat berharap agar ibu bapa dapat bersama-sama


6 berganding bahu dan menyokong usaha pihak sekolah dan guru-guru untuk memastikan kejayaan buat anak-anak yang kita kasihi. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas kepada PIBG sekolah ini yang diterajui oleh Lt. Kol. Dr. Saiful Azuwar bin Abd Halim atas komitmen dan usaha-usaha yang ditunjukkan dalam membantu pihak sekolah melancarkan pengurusan sekolah terutamanya berkaitan dengan kewangan. Kami sangat menghargai khidmat bakti yang dicurah dan idea yang dikongsi sepanjang setahun bersama-sama kami warga pendidik SMK Desa Tun Hussein Onn. Kejayaan anak-anak adalah simbol kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara guru dan ibu bapa. Mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi akan dapat dikekalkan supaya sekolah akan mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih.


7 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SMK DESA TUN HUSSEIN ONN


8 LT KOL DR SAIFUL AZUWAR BIN ABD HALIM YANG DIPERTUA PIBG SMK DESA TUN HUSSEIN ONN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat AGUNG PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan organisasi yang telah diwartakan dalam Akta Pendidikan sebagai menyokong usaha sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Melalui Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), banyak aktiviti yang telah dirancang khusus membantu pihak sekolah meneruskan misi dan visi sekolah. Sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga dan buah fikiran telah menghasilkan impak terhadap kemajuan sekolah. Oleh itu, sumbangan sebegini akan diteruskan demi kelangsungan organisasi PIBG dalam merencana hala tuju sekolah. Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada di sini untuk mengalungkan ucapan terima kasih terutama sekali kepada Pengetua, Puan Dahanum binti Soyono kerana beliau telah berjaya menerajui SMK Desa Tun Hussein Onn ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta pemantapan sahsiah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dari jasmani, emosi dan rohani. Dengan kredibiliti pengetua dan guru-guru, saya percaya sekolah kita dapat mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih baik pada masa akan datang. Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), saya dan barisan AJK telah berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik-baik mungkin walaupun berdepan pelbagai cabaran. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik walaupun kadangkala berdepan kesukaran terutamanya masalah kewangan dan


9 kekangan masa. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan sumbangan PIBG kerana sumbangan ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi memastikan kelangsungan pembelajaran anak-anak berjalan lancar agar tidak keciciran dalam apa-apa situasi. Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah dan belajar secara berterusan. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa inilah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu, saya menyeru ibu bapa agar lebih cakna dan peka dalam membantu anak-anak mengikuti proses pembelajaran mereka dengan berkesan. Pihak PIBG juga amat berbesar hati atas keprihatinan ibu bapa yang memberikan komitmen padu dalam memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah pada setiap hari. Hal ini secara langsung atau tidak langsung akan membantu pihak sekolah mengharumkan nama SMK Desa Tun Hussein Onn dari segi akademik, kokurikulum mahupun pembentukan sahsiah anak-anak yang terpuji. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Desa Tun Hussein Onn terus melakar kejayaan yang lebih gemilang dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi membantu pihak sekolah untuk terus cemerlang dalam pelbagai aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Sekian, terima kasih.


10 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SESI 2024/2025


11 • Ucapan Alu-aluan YDP PIBG - Lt. Kol. Dr. Saiful Azuwar bin Abdul Halim • Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-28 • Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2023/2024 • Membentang, Menerima Dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 • Perbahasan Usul/Cadangan • Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 • Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 • Pemilhan Juru Audit Dalaman • Ucapan Penangguhan • Cabutan Bertuah AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-29 SESI 2023/2024


12 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 28


13 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK DESA TUN HUSSEIN ONN KALI KE-28 SESI AKADEMIK 2023/2024 Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : SMK Desa Tun Hussein Onn / Lokasi masing-masing (Google Meet) Jumlah kehadiran : 219 orang Agenda : 1.0 Ucapan Penasihat PIBG 1.1 Pn Noraizah bt Shaharuddin selaku penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sesi 2023/2024 mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada ibu bapa kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 dan menggambarkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah. Beliau mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan tahniah kepada semua jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa kerja yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tugasan masing-masing bagi memastikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini berjalan dengan lancar. 1.2 Penasihat berbesar hati berkongsi berita gembira berkenaan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang meningkat dengan Gred Purata Sekolah(GPS) sekolah mengecil serta peratus lulus meningkat berbanding SPM 2021. Syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan guruguru atas kejayaan SPM 2022. 1.3 Penasihat merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan LTAT yang telah menyuntik dana bagi peningkatan prestasi kepada murid Tingkatan 5 2022. 1.4 Penasihat menyatakan bahawa kecemerlangan yang sebenar bukan sahaja dari segi kurikulum tetapi bidang Hal Ehwal murid dan kokurikulum juga.


14 1.5 Penasihat mengucapkan syabas dan tahniah kepada PIBG SMKDTHO yang diterajui oleh YDP PIBG iaitu Lt Kol Dr Saiful Azwar bin Abdul Halim dan semua AJK atas komitmen , sumbangan, dan idea terhadap pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak SMK DTHO. Pihak sekolah sangat menghargai khidmat bakti yang dicurah dan idea yang dikongsi sepanjang setahun bersama-sama warga pendidik SMK Desa Tun Hussein Onn. 2.0 Ucapan Yang Di-Pertua PIBG 2.1 Lt. Kol Dr Saiful Azwar bin Abdul Halim selaku Yang Dipertua PIBG memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dapat berkumpul bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 pada tahun ini. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat PIBG kali ini dijalankan secara dalam talian disebabkan oleh pertembungan beberapa mesyuarat agung PIBG antara sekolah terdekat. Seterusnya mesyuarat secara dalam talian juga dapat memudahkan ibu bapa yang tidak dapat hadir disebabkan oleh kekangan tugas dan jarak dapat hadir secara maya. Beliau turut merakamkan penghargaan dan penghormatan bagi pihak semua AJK PIBG sesi 2022/2023 kerana diberi kepercayaan untuk menerajui PIBG di sekolah ini bagi kepentingan bersama. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. 2.2 YDP memaklumkan bahawa PIBG merupakan sebuah organisasi yang sah dan ada aktanya yang tersendiri. Sekiranya ibu bapa ada sebarang pertikaian, perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan. Begitu juga sekiranya ibu bapa mempunyai idea bolehlah dibincangkan bersama AJK PIBG dan pihak sekolah. YDP juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan membenarkan wang PIBG disalurkan kepada perkara yang tidak berkaitan dengan peningkatan prestasi akademik murid-murid. 2.3 Beliau juga mengambil kesempatan mengalungkan ucapan terima kasih terutama sekali kepada Pengetua, Puan Noraizah binti Shaharuddin, atas kejayaan beliau menerajui SMK Desa Tun Hussein Onn ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta kemantapan sahsiah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dari segenap aspek. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pendidik yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan anakanak di sekolah ini. Dengan aura kredibiliti pengetua dan guru-guru, beliau menaruh kepercayaan


15 bahawa pihak sekolah dapat mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih baik pada masa akan datang. 2.4 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid SPM 2022 atas pencapaian yang baik dengan usahasama banyak pihak terutama guru-guru yang terlibat. Kejayaan ini akan membantu pihak sekolah mengharumkan nama SMK Desa Tun Hussein Onn dari segi akademik, kokurikulum mahupun pembentukan sahsiah anak-anak yang terpuji. Beliau amat berterima kasih kepada YBhg Dato’ Nizar iaitu CEO Yayasan LTAT yang telah banyak memberi sumbangan kepada SMKDTHO bagi kecemerlangan akademik Tingkatan 5. 2.5 Beliau menyatakan bahawa sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), beliau dan barisan AJK telah berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan sumbangan PIBG kerana sumbangan ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi memastikan kelangsungan pembelajaran anak-anak berjalan lancar. 2.8 Beliau turut menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Desa Tun Hussein Onn terus melakar kejayaan yang lebih gemilang. Beliau juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. 3.0 Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 Sesi 2022/2023 3.1 Setiausaha meminta ahli mesyuarat yang hadir merujuk muka surat 14 hingga 29 dalam Buku Pelaporan Mesyuarat Agung PIBG sesi 2022/2023 dan meneliti minit mesyuarat tersebut. 3.2 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 dicadangkan untuk diterima dan disahkan oleh En Mohammad Aizad Daniel bin Kannan dan disokong oleh En Mohamad Farid bin Abdul Sadir.


16 4.0 Membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 4.1 Setiausaha PIBG 2022/2023 iaitu Puan Nurmazyyah binti Masilin membentangkan laporan aktiviti PIBG sesi 2022/2023 kepada ahli mesyuarat dengan merujuk Buku Pelaporan Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 pada muka surat 14 hingga 29. 5.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir Pada 31 Disember 2022 5.1 Bendahari PIBG sesi 2022/2023 Puan Fatahiyah binti Halim membentangkan laporan kewangan kepada ahli mesyuarat dengan merujuk Buku Pelaporan Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 pada muka 43 hingga 53. 5.2 Laporan kewangan dicadangkan untuk diterima dan disahkan oleh Syaidatulazla bt Abdul Malik dan disokong oleh En Mohammad Aizad Daniel bin Kannan. 5.3 Perkara berbangkit kewangan : 5.3.1 Jumlah ibu bapa yang membuat sumbangan PIBG bagi sesi 2022/2023 Dibangkitkan oleh En Mohamad Farid bin Abdul Sadir. Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa sebanyak 85% ibu bapa yang membuat sumbangan PIBG bagi sesi 2022/23. YDP berharap agar semua ibu bapa membuat sumbangan PIBG kerana manfaat yang sama akan diperoleh oleh murid-murid sama ada mereka menyumbang ataupun tidak menyumbang. 5.3.2 Penggunaan makmal komputer oleh murid-murid Dibangkitkan oleh En Mohamad Farid bin Abdul Sadir Pn Pengetua memaklumkan bahawa semua guru ada jadual penggunaan makmal komputer dari semasa ke semasa. Sekiranya murid-murid ingin menggunakan komputer, murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru bertugas ICT. Murid-murid dibenarkan menggunakan komputer di makmal komputer sekiranya pada waktu tersebut tiada kelas yang menggunakannya.


17 5.3.3 Cadangan mewujudkan kelas Byod diteruskan dari sekolah rendah ke sekolah menengah.Dibangkitkan oleh En Mohammad Aizad Daniel bin Kannan Pn Pengetua memaklumkan bahawa program Byod merupakan program dari Jabatan dan PPD. Makluman kepada semua ibu bapa program Byod ini diteruskan dar sekolah rendah ke sekolah menengah dan program ini akan dimulakan pada minggu hadapan. Apabila program ini dilaksanakan, pihak sekolah perlu meneliti dan menilai tentang keselamatan dan penyimpanan peranti. Pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan kepakaran dan kewangan daripada ibu bapa berkaitan perkara ini seperti menyediakan tempat penyimpan peranti murid-murid. 5.3.4 Cadangan diadakan kelas tambahan Matematik bagi kelas 3 Gigih Dibangkitkan oleh Pn Marea Binti Abu Othman. Pn Pengetua memaklumkan bahawa kelas tambahan Matematik tingkatan 3 sedang dalam perancangan. 5.3.5 Faedah saham koperasi Dibangkitkan oleh En Mohamad Farid bin Abdul Sadir Pn Pengetua memaklumkan bahawa kutipan saham koperasi tidak boleh dimasukkan dalam penyata PIBG kerana kutipan tersebut di bawah seliaan koperasi. Saham ini tidak diwajibkan tetapi pihak sekolah menggalakkan murid-murid membeli saham koperasi. Sekiranya murid berpindah atau tamat persekolahan, maka saham mereka akan dipulangkan besama dividen. 6.0 Membahaskan Usul 6.1 Latihan yang diberikan oleh guru kepada murid hendaklah diberikan disekolah bukan melalui aplikasi whatsap semata-mata. 6.1.1 Usul dikemukakan oleh En Burhan bin Mohd Nor iaitu latihan yang diberikan oleh guru kepada murid harus diberikan di sekolah dan bukan diberikan melalui whatssap. Hal ini bertujuan supaya murid tidak menggunakan telefon bimbit semata-mata. 6.1.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.2 Gotong royong di luar bilik darjah. 6.2.1 Usul dikemukakan oleh Puan Nur Azlinda binti Zakaria 6.2.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir.


18 6.3 Faedah atau tempoh pulangan saham koperasi kepada murid yang sedia ada, bertukar atau tamat. 6.3.1 Usul dikemukakan oleh Puan Nur Rifah Syahirah binti Sharum 6.3.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.4 Banyak lampu yang tidak berfungsi di Laman Bestari. 6.4.1 Usul dikemukakan oleh Mohamad Farid bin Abdul Sadir iaitu banyak lampu yang tidak berfungsi di Laman Bestari terutamanya ketika majlis berbuka puasa 2023.. 6.4.2 Pengetua memaklumkan bahawa masalah lampu dan kipas yang tidak berfungsi ini sudah lama berlaku. Pihak sekolah telah membuat permohonan kepada UPKAT pada 15 Februari 2023 dan pada bulan Mac, pihak UPKAT telah memajukan permohonan tersebut kepada Jabatan Arah Pendidikan ATM. Pihak UPKAT telah datang dan memberikan tumpuan terhadap penyelenggaraan bahagian lain yang lebih memerlukan. Namun pada majlis berbuka puasa tempoh hari, pihak sekolah telah mengambil inisiatif memasang lampu kalimantang dengan pendawaian di tarik dari tempat lain. 6.5 Pertimbangkan semula masa masuk sekolah tidak terlalu awal dan paling lewat pada jam 7.30 pagi dan 12.30 untuk sesi petang. 6.5.1 Usul dikemukakan oleh Puan Norafeda Hanim bt Osman iaitu memohn pertimbangkan semula masa masuk sekolah tidak terlalu awal dn paling lewat pada jam 7.30 pagi dan 12.30 untuk sesi petang. 6.5.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.6 Mohon guru maklumkan melalui group whatsap ibu bapa sekiranya pada hari-hari tertentu waktu balik sekolah dilewatkan. 6.6.1 Usul dikemukakan oleh En Mohd Rosdi bin Rasid iaitu memohn pertimbangkan agar guru maklumkan dalam group whatsap ibu bapa sekiranya pada hari-hari tertentu waktu balik sekolah dilewatkan. 6.6.2 Pn Pengetua memaklumkan bahawa sekiranya sekolah mengadakan majlis besar, waktu balik akan ada perubahan. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa menggunakan surat dan diedarkan kepada ibu bapa melalui anak-anak.


19 6.7 Naik taraf keselesaan murid di dalam kelas. Keadaan kipas di dalam kelas sangat perlahan dan tidak selesa 6.7.1 Usul dikemukakan oleh Pn Siti Norrahuda bt Deraman iaitu beliau memohon Naik taraf keselesaan murid di dalam kelas. Keadaan kipas di dalam kelas sangat perlahan dan tidak selesa 6.7.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.8 Tambahan kipas angin untuk semua kelas 6.8.1 Usul dikemukakan oleh Pn Siti Noorsyaiful Hisyam bin Mohd Noor iaitu beliau memohon tambahan kipas angin untuk semua kelas 6.8.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.9 Mohon perhatian terhadap kebersihan tandas dan kelengkapan di dalam tandas tersebut. Kesian kepada anak-anak yang perlu membuang air di sekolah tetapi terpaksa bertahan kerana masalah kebersihan tempat tersebut. 6.9.1 Usul dikemukakan oleh Cik Siti Fatimah 6.9.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.10 Mohon diadakan kelas tambahan untuk persediaan melangkah kaki ke tingkatan 4. 6.10.1 Usul dikemukakan oleh Pn Marea bt Abu Othman 6.8.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.11 Mohon guru memperbanyak latihan di rumah. 6.11.1 Usul dikemukakan oleh Pn Miki anak Arif 6.11.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.12 Cadangan mengadakan anugerah guru terbaik setiap tahun. 6.12.1 Usul dikemukakan oleh Pn Juhairiani bt Johari. 6.12.2 Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 6.13 Cadangan menggantikan modul fotostat atau riso kepada penggunaan buku aktiviti/kerja. Cadangan AJK PIBG Ibu bapa dikekalkan jawatan tersebut selama 2 tahun barulah boleh diadakan pembubaran AJK. 6.13.1 Usul dikemukakan oleh Pn Arijah bt Che Hassan.


20 6.13.2 Pn Pengetua memaklumkan bahawa penggunaan buku kerja tidak dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan atas dasar tidak mahu membebankan ibu bapa. Namun jika ibu bapa bersetuju untuk membeli buku kerja, pihak sekolah tidak menghalang. Walau bagaimanapun penggunaan buku kerja ini tidak boleh meluas. 6.13.3 YDP berpendapat bahawa jawatan AJK PIBG Ibu bapa kurang wajar dikekalkan selama 2 tahun untuk sekolah dalam kem. Hal ini kerana sifat tentera ini akan berpindah-randah. Jadi tidak sesuai jawatan tersebut dikekalkan untuk 2 tahun. 7.0 Pembentangan Cadangan Sumbangan PIBG Tahun 2023/2024 7.1 YDP PIBG merujuk kepada cadangan sumbangan PIBG untuk tahun 2023/2024 di dalam Buku Pelaporan Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 pada muka 54 hingga 55. CADANGAN SUMBANGAN PEMBENTANGAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG SMKDTHO SESI 2023/2024 BIL PERKARA T1 T2 T3 T4 T5 1 Sumbangan PIBG* 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 2 Pembangunan ICT 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 3 Pembangunan Sahsiah 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 4 Pembangunan Kokurikulum 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 5 Program Peningkatan Prestasi 30.00 30.00 30.00 30.00 - 6 Program Peningkatan Prestasi PT3 - - - - - 7 Program Peningkatan Prestasi SPM - - - - 80.00 8 Majlis Graduasi - - - - 120.00 JUMLAH 130.00 130.00 130.00 130.00 300.00 9 Majalah* (Bukan PIBG) 27.00 27.00 27.00 27.00 27.00 JUMLAH 157.00 157.00 157.00 157.00 327.00 *Dibayar anak termuda dan tidak mempunyai adik beradik di SMKDTHO


21 7.2 Beliau memaklumkan bahawa jumlah kutipan sumbangan untuk tahun 2023/2024 mengikut tingkatan, dengan bayaran tambahan bagi pelajar Tingkatan 5 sebanyak RM120.00 untuk majlis graduasi (tidak termasuk pengangkutan). 7.3 Beliau juga memaklumkan bahawa bayaran untuk majalah sekolah sebanyak RM27.00 senaskhah bagi setiap keluarga adalah atas dasar pilihan (optional). 7.4 Pengetua memaklumkan bahawa bayaran majalah mesti dimasukkan ke dalam akaun sekolah yang akan diaudit dan bukan dimasukkan ke dalam tabung PIBG. 7.5 YDP PIBG memaklumkan bahawa sumbangan PIBG boleh dibuat secara ansuran. Walau bagaimanapun, resit rasmi hanya boleh dikeluarkan setelah bayaran selesai dibuat. 7.6 Encik Mohd Farid bin Abdul Sadir mencadangkan supaya sumbangan PIBG untuk tahun 2023/2024 seperti yang dibentangkan diterima dan disahkan. Cadangan ini disokong oleh Nadiatul Shima binti Salleh. Tiada bantahan daripada ahli mesyuarat. 8.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022 dan Pelantikan AJK Sesi 2023/2024 8.1 YDP PIBG membubarkan AJK PIBG sesi 2022/2023 Lt Kol Dr Saiful Azuwar bin Abdul Halim telah dilantik sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan majlis pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024. 8.2 Berikut adalah pencalonan AJK PIBG Sesi 2023/2024 Yang Di-Pertua : Lt Kol Dr Saiful Azuwar bin Abdul Halim Naib Yang Di-Pertua : Kdr Mohd Nizam bin Othman En Mohd Rosdi bin Rashid Lt Kol Ali Zakafri bin Ab Aziz AJK PIBG (Ibu bapa) : Lt Kol Ali Zakafri bin Ab Aziz PW II Mohd Arzle bin Khalid PW 1 TLR (KS) Tc Mohd Shah Rizal bin Abd Razak PW II Mohamad Aizad Daniel bin Kannan Puan Hasrina binti Sanusi Puan Syaidatul Azla binti Abdul Malek Mejar Denis Kueh bin Abdullah Puan Fauziah bt Shaari Encik Mohd Suhaimi bin Sulaiman


22 8.3 Berikut adalah AJK PIBG Sesi 2023/2024 : Penasihat : Puan Noraizah binti Shaharuddin Yang Di-Pertua : Lt Kol Dr Saiful Azuwar bin Abdul Halim Naib Yang Di-Pertua : Kdr Mohd Nizam bin Othman Setiausaha : Puan Wecella anak Gerunsing Naib Setiausaha : Puan Rahimah bt Saad Bendahari : Puan Umi Salmah binti Mohd Hussein Naib Bendahari : Puan Hamida Aisyah bt Wan Azam AJK Ibu Bapa : Lt Kol Ali Zakafri bin Ab Aziz Mejar Denis Kueh bin Abdullah PW II Mohd Arzle bin Khalid PW II Mohamad Aizad Daniel bin Kannan Puan Hasrina binti Sanusi Puan Syaidatul Azla binti Abdul Malek Encik Mohd Suhaimi bin Sulaiman Puan Fauziah bt Shaari AJK Guru : Puan Sairah bt Ag Sabudin En Abdul Muhaimin bin Abirerah Puan Suzeniwati bt Tuah Encik Muhammad Azlan bin Mohamad Cik Suhaida bt Ibrahim Juruaudit Dalaman : En Wan Mohamad bin Wan Shafei (Guru) En Mohamad Farid bin Abdul Sadir (Ibu bapa) 8.4 Pemilihan AJK PIBG 2023/2024 merupakan hasil sokongan ahli mesyuarat yang hadir dan pelantikan AJK dalam kalangan guru dipilih oleh Puan Noraizah binti Shaharuddin selaku penasihat PIBG.


23 9.0 Hal-hal Lain 9.1 Tiada hal-hal lain 10.0 Ucapan Penangguhan 10.1 YDP PIBG sesi 2023/2024 Lt Kol Dr Saiful Azuwar bin Abdul Halim mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir. Beliau mengharapkan agar barisan AJK baharu akan meneruskan kesinambungan PIBG dan sentiasa memberi bantuan kepada pihak sekolah dalam memacu kecemerlangan sekolah. 10.2 YDP PIBG sesi 2023/2024 Lt Kol Dr Saiful Azuwar bin Abdul Halim mengucapkan terima kasih kepada Puan Noraizah binti Shaharuddin selaku Pengetua, barisan AJK PIBG sesi 2023/2024, dan ibu bapa yang hadir. Tahniah kepada AJK PIBG yang terpilih pada hari ini dan kepada calon yang tidak terpilih tetap dialu-alukan menyumbang tenaga dan idea untuk memantapkan lagi PIBG SMKDTHO. Pengalaman YDP PIBG sebagai YDP PIBG sesi lepas dan di beberapa sekolah sebelum ini sedikit sebanyak dapat membantu dan YDP PIBG juga berharap akan mendapat bantuan daripada AJK PIBG yang lain. Perbincangan bersama penasihat PIBG dan AJK PIBG perlu diadakan bagi membincangkan perkara-perkara yang tertangguh dan aktivitiaktiviti yang akan dijalankan. YDP PIBG juga berharap agar dapat dimaklumkan lebih awal sekiranya ada perjumpaan kerana kekangan kerja. Disediakan oleh: (NORIZAH BINTI ABDULLAH) Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Desa Tun Hussein Onn Disahkan oleh: (LT. KOL DR.SAIFUL AZUWAR BIN ABDUL HALIM) YDP PIBG SMK Desa Tun Hussein Onn


24 APORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024


25 LAPORAN PROGRAM ANUGERAH BINTANG HEM Murid merupakan aset penting masa depan negara yang perlu diberi perhatian , dijaga, dibimbing, dihargai kewujudan, disayangi setiap masa dan boleh dibangunkan potensi mereka. Justeru, berteraskan prinsip ini, Unit HalEhwal SMK Desa Tun Hussein Onn mengambil inisiatif mengadakan anugerah bintang sahsiah khusus untuk memberikan penghargaan kepada murid yang mempunyai sahsiah terpuji. Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk menghargai murid-murid yang menunjukkan peribadi yang cemerlang atau perubahan sikap dari negative kepada positif. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk memilih murid contoh dalam kalangan mereka serta membuat penilaian kendiri. Berikut adalah perincian program. Maklumat program Tarikh : 19 Jun 2023 ( Isnin ) , 4 September 2023 ( Isnin ) dan 2 Februari 2024 ( Jumaat ) Masa : Sesi pagi ( 7.20 am – 8.00 am ) Sesi petang ( 12.20 tpm – 1.00 pm ) Laporan Bergambar


26 LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR ( AMALAN GURU PENYAYANG ) Program Sambutan Hari Lahir merupakan salah satu Program Sekolah Penyayang. Program ini bertujuan untuk membudayakan aktiviti menghargai hari lahir dan meningkatkan penghargaan kendiri murid. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan rasa dihargai oleh murid – murid. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina ikatan kasih saying antara murid dan guru sekaligus membuatkan murid bersemangat untuk hadir ke sekolah setiap hari. Berikut adalah perincian program. Maklumat Program Tarikh : Slot 1 : Jan – Mei ( 6 Julai 2023 ) Slot 2 : Jun – Disember ( 14 Disember 2023 ) Masa : Waktu rehat Sasaran : Semua murid SMk Desa Tun Hussein Onn LAPORAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK Hari Anugerah Cemerlang diadakan setiap tahun bagi memberi penghargaan kepada pelajar – pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman dan awam dan jga kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi dalam usaha mencari ilmu pengetahuan untuk mengembangkan potensi masing-masing. Berikut adalah perincian program. Maklumat program Tarikh : 19 Ogos 2023 Hari : Sabtu Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Laman Bestari SMK Desa Tun Hussein Onn


27 Laporan Bergambar : LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA SMK DESA TUN HUSSEIN ONN Kejohanan ini merupakan suatu acara wajib yang perlu diadakan setiap tahun. Penglibatan dan penyertaan semua lapisan warga sekolah menonjolkan komitmen dalam institusi sesebuah sekolah. Oleh itu, selian daripada menyahut seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam memperlengkapkan diri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, kejohanan ini juga diharapkan dapat menyatukan dan mengeratkan silaturahim warga sekoalh melalui penganjuran dan aktiviti sekolah. Berikut adalah perincian program. Maklumat program Tarikh : 9 September 2023 ( Sabtu ) Tempat : Stadium Saidina Hamzah UIAM Sasaran : Semua murid SMK Desa Tun Hussein Onn


28 Laporan Bergambar :


29 LAPORAN PROGRAM RIMUP JALINAN ZSAMBUTAN HARI RAYA, HARI GAWAI, PESTA KAAMATAN DAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2023 Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat perpaduan antara kaum melalui aktiviti menganjurkan jamuan Hari Raya, hari Gawai dan Pesta Kaamatan di stesen masing-masing. Berikut adalah perincian program. Maklumat Program : Tarikh : 24 Mei 2023 ( Rabu ) Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang ( sesi pagi ) 4.00 petang – 5.00 petang ( sesi petang ) Tempat : Kelas masing-masing Laporan Bergambar :


30 LAPORAN PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAN Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan pebagai program khas sepanjang bulan Ramadan sepanjang bulan Ramadan bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Objektif program ini adalah untuk mencetuskan rasa bangga dan bersyukur dengan rahmat Allah dengan tibanya Ramadan al-Mubarak. Berikut adalah perincian aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti Majlis Perasmian Ambang Ramadan Tarikh : 23 Mac 2023 Hari : Khamis Tempat : Laman Bestari SMK Desa Tun Hussein Onn Laporan Bergambar


31 AKTIVITI IFTAR RAMADAN DAN SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN Tarikh : 7 April 2023 Hari : Jumaat Tempat : Laman Bestari SMK Desa Tun Hussein Onn


32 AKTIVITI MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA Tarikh : 18 April 2023 Hari : Selasa Tempat : Laman Bestari SMK Desa Tun Hussein Onn


33 LAPORAN PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM 2023 Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan permuafakatan antara ibu bapa atau penjaga agar dapat memberi peluang kepada penyelesaian masalah pembelajaran murid. Selainitu, program ini juga bertujuan untuk menunjukkan kepekaan ibu bapa atau penjaga terhadap bidang akademik dan sahsiah murid. Maklumat program Tarikh : 26 Mei 2023 Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Peperiksaan SMK Desa Tun Hussein Onn


34 LAPORAN KARNIVAL AKADEMIK DESTHO Karnival Akademik dianjurkan sabagai salah satu aktiviti akademik yang bertujuan untuk memupuk minat dan manjalin silaturrahim dalam kalangan warga murid dan warga pendidik di sekolah ini. Karnival ini bermatlamat untuk melahirkan murid yang cemerlang dan berketrampilan dalam bidang akademik di samping memuouk sahsiah yang murni. Maklumat Program Tarikh : 21 Jun 2023 Hari : Rabu Tempat : SMK Desa Tun Hussein Onn


35 LAPORAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/2023M Maal Hijrah dari sudut bahasa ialah sama-sama berpindah manakala dari segi istilah pula ialah berpindah dari perkara yang negative kepada yang positif. Sambutan Maal Hijrah di sekolah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang surah Rasullah s.a.w yang berkaitan dengan peristiwa Maal Hijrah. Maklumat Program Tarikh : 18 Julai 2023 Hari : Selasa Masa : 8.00 – 9.50 pagi ( sesi pagi) 4.00 – 6.20 petang ( sesi petang)


36 LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023


37 PIBG SMK DESA TUN HUSSEIN ONN BAKI AKAUN PIBG TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023 BIL PERKARA RM 1 PIBG* 77,569.81 2 Pembangunan ICT* 38,574.31 3 Pembangunan Sahsiah* 3,883.85 4 Pembangunan Kokurikulum* 5,307.80 5 Peningkatan Prestasi T1 2023* 2,148.60 6 Peningkatan Prestasi T2 2023* 3,405.60 7 Peningkatan Prestasi T3 2023* 10,276.20 8 Peningkatan Prestasi T4 2023* 12,710.20 0 12,710.20 9 Peningkatan Prestasi T5 2023* 13,418.70 10 Peningkatan Prestasi T5 2022* 0.00 11 Graduasi* 11,330.00 12 Cek Tumpang 5,445.01 13 Baitulmal 19,051.00 14 Tabung Kebajikan I 5,936.00 15 Tabung Prihatin Covid-19 1,803.01 JUMLAH DI BANK 210,860.09 16 Panjar Wang Runcit 113.45 JUMLAH BESAR TERMASUK PWR 210,973.54 Nota: Tabung yang bertanda * adalah wang sumbangan Ibu Bapa dan Badan Korporat Disediakan oleh, (UMI SALMAH BINTI MOHD HUSSIN) Bendahari PIBG Sesi 2023/2024 SMK Desa Tun Hussein Onn Disahkan oleh, (LT KOL DR SAIFUL AZUWAR BIN ABD HALIM) Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 SMK Desa Tun Hussein Onn


38LAPORAN KEWANGANPIBG SMK DESA TUN HUSSEIN ONN PADATABUNGPENERIMAAN RM Baki b/b 34,328.55 Majlis IftaKutipan Sumbangan PIBG 32,100.00 Hadiah PeSumbangan Parlimen Setiawangsa 20,000.00 Makanan Sumbangan Yayasan LTAT 55,365.00 SumbangPemulangan Cek (Program Memori Jalinan Kasih) 1,500.00 TempahaGantian Bayaran Stop Payment Cheque 10.00 Bayaran SSumbangan Program Gotong Royong KPM 5,800.00 Makanan Pemindahan Baki Tabung Prestasi Ting.5 2022/2023 16.02 Token GuCenderahMinggu AProgram Belanja MLADAP GPenceramHari AnugTransformHadiah PeTeknik MeBuku ResPempamePembeliaBayaran PProgram SentuhanServis SaTeknik MePembeliaBayaran SSolat HajaCaj Bank Jumlah PemBaki h/b 149,119.57


8 N MENGIKUT TABUNG A TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 G PIBG PEMBAYARAN RM ar & Nuzul Al-Quran 5,490.00 ersaraan Cikgu Rosmislia 200.00 Program Klinik SPM 2022/23 II 2,746.50 gan kepada murid Hari Raya & Majlis Khatam AL-Quran 4,500.00 an Buku Cek PIBG 15.00 Sewa Tapak LADAP Guru 500.00 & Banner Hari Orientasi Ting.1 23/24 1,770.00 uru SPM 600.00 hati AJK PIBG Sesi 2022 720.00 Antidadah dan Rasuah 785.00 Bantu Membaca dan Menulis 630.00 Makan Mesyuarat PIBG (3 kali) 974.00 Guru 350.00 mah LADAP Guru 600.00 gerah Cemerlang 3,750.00 masi Bilik UBK 6,000.00 ersaraan Cikgu Faziatun 200.00 enjawab Sejarah (2 kali) 800.00 sit PIBG 475.00 er Hari Terbuka PPD Keramat 3,995.00 n Aircond PSS (2 unit) 5,520.00 Penukaran Tandatangan AJK PIBG 10.00 Memori Jalinan Kasih 3,000.00 n Elit SPM 17,142.90 anicare Hygiene Jan-Dis 2023 945.36 enjawab Matematik 300.00 n Pakaian Pertandingan Bicara Berirama 1,470.00 Stop Payment Cheque 10.00 at Perdana 7,990.00 (Jan-Dis 2023) 61.00 mbayaran 71,549.76 77,569.81 Jumlah 149,119.57


39TABUNG PEMBAPENERIMAAN RM Baki b/b 28,809.01 PembeliaKutipan Sumbangan ICT 24,030.00 Bil Unifi JProgram PembeliaJumlah PBaki h/b 52,839.01 TABUNG PEMBANGPENERIMAAN RM Baki b/b 11,025.85 Majlis AnuKutipan Sumbangan Sahsiah 8,150.00 CenderahPembeliaMinggu HAnugerahSambutanJumlah PBaki h/b 19,175.85


9 ANGUNAN ICT PEMBAYARAN RM n & Pemasangan Alatan PA sistem 11,000.00 an & Feb 2023 Makmal PIBG 527.90 BYODS 2,367.80 n Peralatan ICT Makmal Komputer 369.00 Pembayaran 14,264.70 38,574.31 52,839.01 GUNAN SAHSIAH PEMBAYARAN RM ugerah Sahsiah & Kokurikulum 1,840.00 hati PRS 450.00 n Barang Hiasan Kelas-Kelas 2,250.00 HEM 990.00 h Bintang HEM 8,342.00 n Hari Lahir Murid 1,420.00 Pembayaran 15,292.00 3,883.85 19,175.85


40TABUNG PEMBANGUNPENERIMAAN RM Baki b/b 8,426.80 Majlis AnuKutipan Sumbangan Kokurikulum 8,170.00 Program Larian e-MKursus InKejohanaPertandinProgram Jumlah PBaki h/b 16,596.80 TABUNG PENINGKATAN PRESTPENERIMAAN RM Baki b/b 0.00 Karnival AKutipan Sumbangan Prestasi Ting 1 6,120.00 Green ScProgram Desa IlmuJumlah PBaki h/b 6,120.00 TABUNG PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 2 2023/2024 PENERIMAAN RM Baki b/b 5,310.00 Bayaran PKutipan Sumbangan Prestasi Ting 2 4,440.00 Program Program Karnival AProgram Hari AnugDesa IlmuJumlah PBaki h/b 9,750.00


0 NAN KOKURIKULUM PEMBAYARAN RM ugerah Sahsiah & Kokurikulum 2,720.00 RIMUP 2,250.00 Merentas Desa 140.00 duk Co-curricular Leadership 780.00 an Olahraga 3,209.00 ngan Kawad Kaki 350.00 Bersepadu Eksplorasi Alam 1,840.00 Pembayaran 11,289.00 5,307.80 16,596.80 TASI TINGKATAN 1 2023/2024 PEMBAYARAN RM Akademi 378.40 creen Studio (BYODS) 498.00 In-Saff 2,245.00 u 850.00 Pembayaran 3,971.40 2,148.60 6,120.00 PEMBAYARAN RM Penceramah Program Teknik Belajar : Smartstudy Giga Memo 500.00 Sentuhan Hati Dan Minda 126.00 Akhir Semester Tingkatan 1 & 2 Sesi 2022/2023 1,160.00 Akademi 378.40 In-Saff 2,245.00 gerah Cemerlang 1,085.00 u 850.00 Pembayaran 6,344.40 3,405.60 9,750.00


41TABUNG PENINGKATAN PRESTPENERIMAAN RM Baki b/b 8,764.60 6,440.00 Bayaran PKutipan Sumbangan Prestasi Ting 3 Program Program Karnival AHari AnugJumlah PBaki h/b 15,204.60 TABUNG PENINGKATAN PRESTPENERIMAAN RM Baki b/b 10,084.60 Program Kutipan Sumbangan Prestasi Ting 4 4,020.00 Program Karnival AHari AnugJumlah PBaki h/b 14,104.60 TABUNG PENINGKATAN PRESTPENERIMAAN RM Baki b/b 10,561.10 Program Kutipan Sumbangan Prestasi Ting 5 7,690.00 Program Karnival AHari AnugChembudDesa IlmuBengkel PBengkel SSolat HajaBengkel SJumlah PBaki h/b 18,251.10


TASI TINGKATAN 3 2023/2024 PEMBAYARAN RM Penceramah Program Teknik Belajar : Smartstudy Giga Memo 500.00 Sentuhan Hati Dan Minda 140.00 Akhir Semester Tingkatan 1 & 2 Sesi 2022/2023 2,440.00 Akademi 378.40 gerah Cemerlang 1,470.00 Pembayaran 4,928.40 10,276.20 15,204.60 TASI TINGKATAN 4 2023/2024 PEMBAYARAN RM Sentuhan Hati Dan Minda 126.00 Selepas Peperiksaan Tingkatan 3 & 4 Sesi 2022/23 400.00 Akademi 378.40 gerah Cemerlang 490.00 Perbayaran 1,394.40 12,710.20 14,104.60 TASI TINGKATAN 5 2023/2024 PEMBAYARAN RM Sentuhan Hati Dan Minda 98.00 Selepas Peperiksaan Tingkatan 3 & 4 2022/23 570.00 Akademi 378.40 gerah Cemerlang 1,365.00 ddy Kimia 360.00 u SPM Sains 300.00 Pemantapan SPM Reka Cipta 361.00 SPM Sains 100.00 at Perdana 1,000.00 SPM Prinsip Akaun 300.00 Pembayaran 4,832.40 13,418.70 18,251.10


42TABUNG PENINGKATAN PRESTPENERIMAAN RM Baki b/b 13,658.02 PembeliaProgram Makanan Hari AnugBawa Ke Jumlah PBaki h/b 13,658.02 TABUNG GPENERIMAAN RM Baki b/b 0.00 Bayaran HKutipan Sumbangan Graduasi Sesi 2022/2023 7,880.00 Majlis AspSumb. Tishas Food - Majlis Aspresiasi Sesi 2022/2023 1,000.00 Bayaran PKutipan Graduasi Sesi 2023/2024 11,280.00 Sumbangan Graduasi Sesi 2023/2024 1,050.00 Jumlah PBaki h/b 21,210.00 TABUNG WANPENERIMAAN RM Baki b/b 42,321.01 Bayaran PSumbangan Yayasan LTAT (Kemasukan Ke-2) 20,364.00 Makanan Sumbangan untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling 700.00 Solat HajaSumbangan Pembelian Jersi Sekolah 1,250.00 Makanan Perkhemahan Bersepadu 5,100.00 PengeluaPembayaPembeliaPembeliaPengelua


2 TASI TINGKATAN 5 2022/2023 PEMBAYARAN RM n Fail Keras Calon SPM 2022/2023 4,720.00 Sentuhan Hati Dan Minda 1,248.00 Murid Semasa SPM 6,874.00 gerah Cemerlang 800.00 Tabung PIBG 16.02 Pembayaran 13,658.02 0.00 13,658.02 RADUASI PEMBAYARAN RM Hotel Majlis Aspresiasi Sesi 2022/2023 8,525.00 presiasi SPM Sesi 2022/2023 355.00 Pendahuluan Hotel Majlis Apresiasi SPM Sesi 2023/2024 1,000.00 Pembayaran 9,880.00 11,330.00 21,210.00 G TUMPANG PEMBAYARAN RM Penceramah Teknik Menjawab Fizik SPM 250.00 Program Klinik SPM Sesi 2022/2023 (3 kali) 5,980.00 at & Bacan Yassin 5,000.00 Program Gegar SPM Sesi 2022/2023 (3 kali) 14,030.00 aran Wang Tumpang Hi-Tea Kelab Guru 2,100.00 aran Pemasangan Penapis Air 15,000.00 n Peralatan Sekolah 15,580.00 n Jersi Sukan Sekolah 1,250.00 aran Wang Tumpang Perkhemahan Bersepadu 5,100.00


43Jumlah PBaki h/b 69,735.01 TABUNG SUMBANGAN DPENERIMAAN RM Baki b/b 4,466.00 SumbangPemberian Bantuan Zakat Khas MAIWP 30,000.00 SambutanKlinik IbadSolat HajaJumlah PBaki h/b 34,466.00 TABUNG KEPENERIMAAN RM Baki b/b 11,736.00 Kupon MaJumlah PBaki h/b 11,736.00 TABUNG SUMBANGANPENERIMAAN RM Baki b/b 1,803.01 Baki h/b 1,803.01


3 Pembayaran 64,290.00 5,445.01 69,735.01 DARIPADA BAITULMAL PEMBAYARAN RM gan Murid Sempena Hari Raya & Majlis Khatam AL-Quran 13,375.00 n Maulidur Rasul 1,050.00 dat Solat 1.0 240.00 at Perdana 750.00 Pembayaran 15,415.00 19,051.00 34,466.00 EBAJIKAN I PEMBAYARAN RM akanan Murid Asnaf (4 kali) 5,800.00 Pembayaran 5,800.00 5,936.00 11,736.00 N PRIHATIN COVID-19 PEMBAYARAN RM 1,803.01 1,803.01


4PANJAR WAPENERIMAAN RM Baki b/b 172.45 PembeliaPembeliaJumlah PBaki h/b 172.45 Disediakan oleh, ________________________________ (UMI SALMAH BT MOHD HUSSIN) Bendahari PIBG Sesi 2023/2024 SMK Desa Tun Hussein Onn Disahkan oleh, _______________________________________ (LT. KOL. DR. SAIFUL AZUWAR B. ABD HALIM) Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 SMK Desa Tun Hussein


Click to View FlipBook Version