The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alimukhlis205, 2023-04-21 03:06:31

TEKNOLOGI DAN INDUSTRI PEMBUATAN

TEKNOLOGI DAN INDUSTRI PEMBUATAN

TEKNOLOGI DAN INDUSTRI PEMBUATAN MPU23052: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM NAME: MUHAMMAD IZZAZ AMRU BIN SUFFIAN (01DAD22F1080) ALIMUKHLIS BIN AIDY ALDAHAR (01DAD22F1072) MUHAMMAD ZARIF ISKANDAR BIN ZAMRI (01DAD22F1059) MUHAMMAD IRFANHAFIZD BIN MD AMIN (01DAD22F1054) CLASS: DAD2B LECTURER: PUAN SITI ZAHARAH


PENGENALAN Kami akan membincangkan tentang teknologi pembuatan di Negara. Saya dan ahli kumpulan yang lain memilih teknologi pembuatan sebagai tajuk perbincangan kerana ia merupakan salah satu industry terbesar di dalam Negara. Didalam folio ini , akan dibincangkan tentang latar belakang teknologi dan inovasi pembuatan didalam Negara kita dan bagaimana prinsip syariah , maqasid syariah, etika islam dan kaedah fiqah boleh diterapkan. Folio ini telah kami lengkapkan bersama sama dengan bimbingan pensyarah sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam kami iaitu Puan Siti Zaharah. Beberapa sumber juga dirujuk melalui internet dan buku


LATAR BELAKANG Teknologi pembuatan telah menjadi bidang yang sangat penting di Malaysia dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit. Maksud teknologi pembuatan adalah teknologi yang sangat penting dalam dunia perindustrian moden iaitu membincangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan cara membuat produk yang cekap dan berkesan. Aspek-aspek ini terdiri daripada perancangan, reka bentuk, hingga pengeluaran besar-besaran. Pelbagai bidang sains seperti kejuruteraan elektrik, mekanikal, perindustrian dan bahan terlibat dalam teknologi pembuatan. Ini menunjukkan kepentingan integrasi dan kerjasama dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi. Dengan teknologi pembuatan yang baik, syarikat boleh menghasilkan produk dengan cepat, dapat mengurangkan kos pengeluaran, dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Teknologi pembuatan di Malaysia merujuk kepada pelbagai teknologi dan kaedah yang digunakan dalam proses pengeluaran yang cekap dan berkesan. Teknologi ini telah berkembang pesat dan memberi banyak manfaat kepada syarikat-syarikat di Malaysia.


Industri teknologi pembuatan memberi tumpuan kepada sektor pembuatan, yang merangkumi pelbagai subsektor seperti automotif, elektronik, farmaseutikal, tekstil, dan lainlain. Di samping itu, teknologi pembuatan juga termasuk penggunaan teknologi digital, automasi, dan robotik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Dengan perkembangan teknologi pembuatan, ia dijangka membawa impak positif kepada ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan.


PRINSIP SYARIAH DALAM INDUSTRI PEMBUATAN Prinsip syariah amatlah penting di dalam kehidupan kita kerana tanpa syariat , manusia akan sesat. Prinsip syariah perlu dipatuhi bagi kesempuranaan hidup di dunia dan di akhirat . oleh itu, di dalam industri pembuatan prinsip syariat perlu diterapkan . Antara prinsip syariat yang perlu diterapkan dalam industri pembuatan ialah prinsip tauhid dan akhlak. Tauhid dan akhlak ataupun manusia sebagai khalifah dan produk yang berkualiti boleh dilihat dalam aspek hukum hakamnya yang tetap untuk semua zaman dan umat. Contohnya , jika inovasi baru hendak dicipta ia perlulah mengelakkan dari mengamalkan unsur unsuur yang haram seperti mengamalkan hukum riba. Walaubagaimanapun , pengharamannya boleh dikecualikan seandainya ada keperluan yang syar’I untuk menggunakannya.


MAQASID SYARIAH DIDALAM INDUSTRI PEMBUATAN Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada perkataan maqsad yang diambil dari kata kerja ( قصد ( yang membawa maksud; pegangan, punca, sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan. Dengan lain perkataan, istilah ini merujuk kepada maksud ‘objektif’ yang membawa erti berasaskan kenyataan atau fakta sebenar. Maqasid syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini semestinya berlandaskan nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas bagi memastikan ianya berada di dalam kerangka syariat. Antara maqasid syariah yang perlu ikut dalam industri pembuatan ialah menjaga jiwa dan nyawa . pensyariat hukum dalam islam adalah mengambil berat nyawa manusia . Oleh itu, perlu mengadakan sesuatu cara membuat kerja dengan selamat agar tidak memudaratkan nyawa perkerja. Contohnya, menunjukkan cara menggunakan mesin di kilang. Selain itu, individu yang membeli, atau yang diberikan kepadanya, mengguna, menyelenggara, melupuskan produk dan perkhidmatan dalam bentuk terakhir (final form), dalam usaha mereka untuk mencapai tahap kepuasan yang maksimum dengan pendapatan yang terhad. Contohnya, menggunakan bahan and cara yang halal dan betul.


ETIKA ISLAM DALAM BIDANG PERBUATAN Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang Bahagia. Ia juga panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik. Etika islam ialah amat penting sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja mereka.Membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukan Sains juga tidak terlepas dari syariat Menjaga kepentingan manusia dari kerakusan sains yang mengancam keselamatan manusia. Antaranya, dapat melahirkan saintis dan teknokrat yang berdisiplin tinggi supaya tiada yang lalai apabila membuat produk. Contohnya, produk berkualiti. Selain itu,dapat mempastikan penggunaan teknologi secara berhemah agar tiada pekerja yang tercedera dan memudaratkan nyawanya.Contohnya, membuat kerja menggunakan mesin atau teknologi yang bahaya atau rosak.


KAEDAH FIQH DI DALAM INDUSTRI PEMBUATAN Kaedah Fiqh Dalam Idustri Pembuatan merupakan suatu topik dalam subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (MPU23052). Kursus ini merupakan subjek wajib bagi pelajar muslim semester dua di seluruh Politeknik Malaysia. E-Book yang disediakan ini membincangkan pengertian dan peranan kaedah fiqh dalam industri pembuatan serta menjelaskan kaedah-kaedah asas dalam kaedah fiqh yang terdiri daripada lima kaedah asas. Antara lima kaedah asas dalam kaedah fiqh ialah setiap amalan berdasarkan niat, perkara yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak, kesukaran membawa kepada keringanan, kemudaratan perlu dihindarkan dan adat boleh dijadikan sumber hukum. Semua kaedah ini menjadi sumber rujukan terhadap perkembangan sains teknologi masa kini yang semakin canggih seiring dengan peredaran zaman. Perbincangan 5 kaedah fiqh ini telah disesuaikan dengan menghubungkaitkan permasalahan kotemporari dan isu semasa dalam mendepani cabaran pada abad kini. Contohnya,pembuatan yang dihasilkan perlulah dibuat dengan sangat baik dan tekun bagi menghasilkan satu barang atau benda itu dapat digunakan dengan baik yang tidak memudaratkan pengguna.


-CADANGANCadangan kami untuk penambahbaikan di dalam industri pembuatan adalah menambahkan kualiti teknologi terkini di dalam kilang. contohnya mesin yang dapat memudahkan pekerja membuat kerja dan keselamatan pekerja. Dengan wujudnya mesin seperti itu kite dapat menjaga dan meringankan beban pekerja daripada memudaratkan kesihatan


KESIMPULAN Penggunaan kaedah fiqah,prinsip syariah,maqasid syariah dalam industri pembuatan merupakan sesuatu yang perlu diambil kira oleh setiap orang ataupun pekerja.Pengaplikasian industri pembuatan oleh manusia perlu dilihat terlebih dahulu kesan langsung dan sampingan ketika perlaksanaannya.Pemakaian kaedah fiqah dalam industri pembuatan juga haruslah didasari dengan kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu kaedah yang akan diguna pakai.Hal ini perlu bagi memastikan segala kajian dan tindakan yang dilakukan menepati kaedah syarak dan tidak bertentangan dengan tujuan syariat,iaitu untuk memlihara agama,nyawa,akal,keturunan dan harta serta kemaslahatan lain.


RUJUKAN 1.http://haazizul.blogspot.com/ 2.https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.p hp/jimk/article/download/262/190/ 3.https://ms.facts-news.org/definisi-industripembuatan 4.https://www.mais.gov.my/maqasid-syariah/


Click to View FlipBook Version