MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
SESI 2: 2021/2022
TUGASAN BERASASKAN MASALAH
TAJUK TUGASAN 7: KESAN DAN PERANAN AR-RAHNU
DALAM MENINGKATKAN EKONOMI UMAT ISLAM
LECTURER NAME : PUAN NURSOBRIAH BINTI ABU BAKAR
NAME MATRIK NUMBER
MUHAMMAD FAUZAN BIN ABD RAZAK 03DAT21F1081
MUHAMMAD IMAN AMANI BIN ABD MALIK 03DAT21F1102
03DAT21F1043
LUQMAN HAQEEM BIN MOHD NOR
MAKSUD AR-RAHNU
• Dari segi bahasa ia bermaksud tetap. Ada juga yang memberi maksud menahan.
• Dalam Bahasa Malaysia, ar-Rahn ialah gadaian yang bermaksud pinjaman wang
dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (Kamus
Dewan, 1993).
• Dalam istilah fiqh, ar-Rahn bermaksud menjadikan sesuatu harta sebagai cagaran
atau gadaian atas sesuatu hutang untuk menjamin pembayaran balik hutang
tersebut.
MAKSUD MARHUN
• Marhun bermaksud barang yang digadai. Sesuatu gadaian tidak akan
berlaku jika tidak wujudnya marhun atau barang yang bernilai dan boleh
digadaikan. Barang yang hendak digadai ini mestilah milik sendiri dan bukan
barang yang dirampas atau barang yang dipinjam kerana gadaian ke atas
kedua-dua jenis barangan tersebut adalah tidak sah.
• Islam menetapkan bahawa menerima marhun adalah satu rukun akad Rahn.
Oleh itu gadaian tidak dikira berlaku sehingga barang yang digadaikan itu
belum diterima oleh orang yang menerima gadaian.
SYARAT-SYARAT BARANG GADAIAN
1. Suci dari segi syara’.
2. Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah
kepada manusia.
3. Barang yang hendak digadai adalah hakmilik penggadai.
4. Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan
ketika berlakunya aqad atau sighah.
5. Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya.
6. Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.
MAKSUD PENGGADAI DAN PENERIMA GADAIAN
PENGGADAI PENERIMA GADAIAN
• Penggadai (Rahin) adalah orang • Penerima gadaian (Murtahin)
yang menggadaikan barangan adalah orang atau pihak yang
(marhun). Gadaian tidak akan memberi pinjaman kepada
berlaku dan tidak dianggap sah jika penggadai atas nilai marhun yang
tidak ada penggadai. digadaikan.
SYARAT-SYARAT PENGGADAI DAN PENERIMA
GADAIAN
1. Berakal.
2. Baligh.
3. Cerdik.
4. Tidak dipaksa.
5. Berkuasa penuh ke atas diri dan hartanya.
HUKUM BERGADAI
• Hukum bergadai adalah diharuskan. Para fuqaha bersepakat mengharuskan
gadaian, sama ada dalam keadaan musafir atau tidak. Ini berbeza dengan
pendapat mujahid dan Ulamak Zahiriyyah yang memandang pensyariatan
secara am di dalam Al-Sunnah.
• Bergadai adalah sesuatu yang disyariatkan di dalam Islam sebagaimana yang
dinyatakan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 283.
• “Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang dan memberi
hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka
hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang-orang yang
memberi hutang…)”
KONSEP PELAKSANAAN AR-RAHNU
Ar-Rahnu menggabungkan tiga konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu, Al-
Wadiah Yad Dhamanah dan Al-Ujrah:
1. Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga
dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh
dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
2. Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga
dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
3. Al-Ujrah merujuk pemajak dibenarkan mengenakan upah kerana
menyimpan barang gadaian dengan baik dan selamat.
TUJUAN AR-RAHNU
• Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada
mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.
• Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan
membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi
unsur-unsur riba.
• Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini
mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar yang
dikenakan oleh kedai pajak konvensional iaitu 24 peratus.
• Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-
unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai
pajak gadai konvensional.
PERBEZAAN ANTARA PAJAK GADAI
KONVENSIONAL DAN AR-RAHNU
PAJAK GADAI KONVENSIONAL AR-RAHNU
• Pajak gadai yang menjalankan • Pajak gadai Islam membawa konsep
operasinya yang tidak mengikut pinjaman tanpa faedah berasaskan
hukum syara’. prinsip Qard Al-Hassan, dengan
tujuan perkhidmatan kepada
• Pajak gadai konvensional golongan yang memerlukan
berasaskan kadar faedah dan bantuan.
beroperasi demi keuntungan
semata-mata. • Penggadai dikenakan upah
menyimpan ke atas nilai barang
gadaian (marhun).
KELEMAHAN PAJAK GADAI KONVENSIONAL
• Nilai gadaian merosot. • Melelong gadaian bernilai lebih
• Mengenakan kadar faedah yang
RM100 tanpa memberitahu penggadai.
berlebihan.
• Wang lebih gadaian tidak
• Memberi nilai gadaian yang rendah.
• Tiket gadaian sukar dibaca atau dipulangkan.
difahami. • Pemberitahu upacara lelong tidak
• Mengenakan bayaran terhadap salinan disebarkan seluasnya.
tiket gadaian. • Pemegang pajak gadai menuntut wang
pendahuluan.
PERANAN AR-RAHNU DALAM PEMBANGUNAN
SOSIAL EKONOMI
1. Sebagai modal bagi perniagaan kecil.
• Cepat dan sistem yang lebih mudah berbanding prosedur perbankan biasa.
2. Sebagai Sumber Keperluan Kewangan Pendidikan.
• Terutamanya pada awal penggal persekolahan atau bergantung pada masa
pendaftaran.
3. Pembangunan Agrikultur & Industri Kampung.
• Mereka yang menjalankan projek agrikultur dan juga industri kecil juga
memerlukan modal pusingan.
4. Sebagai Khidmat Masyarakat.
• Memenuhi keperluan masyaratkat berpendapat rendah. Untuk mengelakkan mereka
terjebak dengan skim yang tidak sah.
• Secara amnya, semua skim pinjaman haram, mengenakan bunga yang tinggi,
memanipulasi penggadai, kehidupan diancam dan ada penggadai yang membunuh
diri.
Dengan skim Ar-Rahnu boleh meminimakan semua risiko di atas.
5. Ar-Rahnu Sebagai Asas Menggalakkan Simpanan dan Pelaburan.
• Simpan duit dahulu untuk membeli barang kemas.
• Aktiviti membeli dan menjual emas adalah satu jenis pelaburan, menggandakan
untung melalui perbezaan harga emas, dan meneruskan perniagaan menggunakan
pinjaman di bawah skim Ar-Rahnu.
PERANAN AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER MODAL
Kesukaran mendapatkan pinjaman mikro kredit dari institusi kewangan biasanya
dihadapi oleh peniaga kecil disebabkan:
1. Isu Cagaran
• Biasanya tiada aset yang boleh dicagarkan. Bank pula tidak menerima emas sebagai
cagaran. Ar-Rahnu menerima emas sebagai cagaran.
2. Isu Penjamin
• Bank akan meminta penjamin yang biasanya sukar didapati. Dalam skim pajak gadai
Ar-Rahnu, barang gadaian itu adalah jaminan.
3. Ciri-ciri Kelulusan
Bagi meluluskan pinjaman, bank akan meminta beberapa maklumat mengenai
perniagaan. ArRahnu pula hanya memerlukan maklumat minimum dan juga maklumat
barang gadaian sahaja.
KEISTIMEWAAN AR-RAHNU SEBAGAI PROGRAM
MIKRO KREDIT
• Mekanisme pemberian kredit yang cepat (tanpa kerenah biroraksi).
• Kos pemberian kredit yang relatifnya murah (berbanding dengan skim-skim
mikro kredit semasa).
• Pembayaran balik pinjaman tidak lagi merupakan masalah. (barang emas
dijadikan sandaran kepada pembiayaan yang diperolehi).
• Menjadikan barang emas yang lebih produktif. (barang emas kini boleh
dijadikan sebagai modal).
KELEBIHAN-KELEBIHAN AR-RAHNU
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba).
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada
perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada
gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan
faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak
Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi
pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot.
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak
berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah
di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang
berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan.
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang
yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan
diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.
Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan
dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari
nilai barang gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat.
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,
penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas
barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak
perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka
sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
5. Caj perkhidmatan Yang Rendah.
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn
melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai
Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan
ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima
atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan
tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku
semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang
unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan
ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah.
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah
dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh
diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional
yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya
pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan.
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai
sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa
membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian
akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan
untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya.
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana
Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk
menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi
nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh
penggadai.
KESIMPULANNYA
• Sistem pajak gadai adalah sistem pinjaman berbentuk cagaran dan telah
lama digunakan.
• Sistem pajak Gadai dimanopoli oleh golongan yang berpendapatan rendah
bagi mendapatkan tunai segera dan mempunyai prosedur yang mudah.
• Oleh itu, sistem Ar-Rahnu adalah satu cara yang digunakan oleh peniaga
kecil-kecilan di Pantai Timur.
• Ar-Rahnu boleh menjadi sumber utama bagi modal perniagaan dan diterima
ramai oleh orang ramai dalam perniagaan.
• Ar-Rahnu boleh menjadi asas ekonomi bagi mengukuhkan pembangunan sosio
ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan ia selari
dengan prinsip koperasi.