The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAI.Pengislaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8898769, 2021-03-09 22:53:05

PAI.Pengislaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq

PAI.Pengislaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq

PENGISLAMAN SAIDINA ABU
BAKAR AS-SIDDIQ

Nama:Faiz Zharif B. Fizaril Amzari
Kelas:2Aktif

1. Pada awal pernikahan Nabi
Muhammad SAW bernikah dengan
Khadijah binti Khuwailid, Baginda
tinggal berjiran dan berdekatan
dengan kediaman Abu Bakar. Sejak
itulah mereka saling berkenalan
dan bersahabat, tambahan lagi
kedua-duanya hampir sebaya dan
sama-sama sebagai pedagang.

2. Abu Bakar as-Siddiq juga
memeluk agama Islam atas ajakan
Rasulullah sendiri. Bahkan beliau
adalah orang terawal yang memeluk
Islam dalam golongan lelaki. Melalui
beliau juga lebih ramai kaum Quraisy
yang menerima Islam dan menjadi
sahabat setia Baginda dalam
membantu menyebarkan Islam.

3. Abu Bakar as-Siddiq sememangnya
sudah memiliki sifat terpuji sebelum
beliau memeluk agama Islam lagi.
Disebabkan itulah, dikatakan beliau
sebenarnya sudah ‘muslim’ sebelum
pengislamannya lagi.

4. Sebelum masuk islam dan
mengenal Rasulullah,Abu Bakar
memiliki nama asli Abdullah bin
Utsman At Taimi.Beliau dilahirkan di
Mekah pada bulan Oktober tahun 573
Masihi.Diketahui bahawa Abu Bakar
adalah sosok terpelajar yang memiliki
kebijaksanaan sebagai seorang hakim.

5. Rasul lantas mengenalkan islam
kepada Abu Bakar dan beliau dengan
lapang hati mau menerima islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Abu bakar juga merupakan orang yang
menemani Rasul SAW saat beliau
hijrah ke Madinah di tahun 622 M. Abu
Bakar senantiasa melindungi Rasul
dan menaatinya.

6. Abu Bakar as-Siddiq merupakan
usahawan yang berjaya. Beliau sangat
adil dalam perniagaannya, selain jujur
dan pintar dalam berdagang.Abu
Bakar as-Siddiq Tidak menipu
ataupun menjual barang terlarang
dalam islam. Banyak orang lebih
memilih untuk berurusan dengan
beliau kerana sifat-sifat baik yang
dimilik olehnya.

7. Saidina Abu Bakar adalah seorang
yang sangat menjaga kehormatan
dan maruah dirinya. Beliau sangat
tidak gemar meminum arak, bahkan
sangat benci akan minuman keras.
Abu Bakar sendiri mengharamkan

khamr (arak) ke atas dirinya. Beliau
tidak pernah minum minuman haram
tersebut setitispun sepanjang
umurnya, walaupun ketika itu beliau
masih belum mengenali Islam.
Baginya, orang yang meminum arak.
adalah orang yang melalaikan
kehormatan dirinya.

8. Walaupun ketika itu seluruh
masyarakat jahiliyah menjadikan
sembahan berhala sebagai cara
menyembah tuhan mereka, tetapi
Abu Bakar tidak pernah
melakukannya seumur hidupnya,
walaupun masih kanak-kanak.

Kemuliaan ini adalah sama seperti
Rasullah SAW dan Ali bin Abi Talib yang
tidak pernah menyembah berhala
sepanjang hidup mereka. Hal ini sangat
ketara, kerana kebanyakan sahabat
Rasululalh SAW pernah menyembah
berhala di masa jahiliyah mereka dahulu.

9. Bukan sahaja pintar dan berilmu
pengetahuan tinggi dalam kalangan
masyarakatnya, Abu Bakar as-Siddiq
juga dikatakan tidak pernah
melakukan perbuatan atau kesalahan
tingkah laku. Ini kerana beliau sangat
menjaga dirinya walaupun ketika itu
beliau masih belum menjadi Muslim.

10. Semasa kekhalifahan atau
kepemimpinan Abu Bakar As-Siddiq
dimulai sejak Rasul SAW meninggal
dunia. Nabi Muhammad SAW sendiri
telah mengisyaratan bahwa Abu
Bakarlah yang akan menggantikan
dirinya setelah beliau wafat. Suatu
peristiwa juga terjadi tatkala Abu Bakar
dan para sahabat mendengar berita
wafatnya Rasulullah SAW. Umar bin
Khatab tak mempercayai berita
tersebut dan ia merasa marah. Tatkala
hal tersebut terjadi, Abu Bakar
kemudian menenangkan Umar dan
berkata barang siapa diantara kalian
ada yang menyembah Muhammad,
maka sesungguhnya Muhammad telah

mati. Kalau kalian menyembah Allah,
maka sesungguhnya Allah Maha Hidup
dan tidak akan pernah mati.

11. Abu Bakar As-Siddiq ditunjuk
sebagai khalifah atas dasar
musyawarah antara kaum muhajirin
dan Anshar yang ada di Madinah.
Akhirnya mereka membaiat Abu Bakar
menjadi khalifah meskipun beberapa
kalangan terutama kaum syiah tidak
menerima Abu Bakar sebagai khalifah
dan mereka lebih memilih Ali bin Abi
Thalib sebagai penerus kepemimpinan
nabi Muhammad SAW.

12. Saat masa kepemimpinan Abu Bakar
As- Siddiq islam mulai disebarkan diluar
jazirah Arab seperti penyebaran ke arah
utara termasuk Iraq dan Syria. Abu
bakar juga berperanan dalam
membukukan atau meletakkan Al-
quran dalam suatu naskhah atau ditulis
kembali.

13. Ia membentuk team tersebut
dengan diketuai oleh Zaid bin Tsabit.
Hal ini dikarenakan banyaknya
penghafal Al-quran yang tewas saat
perang Riddah. Perang riddah sendiri
adalah perang melawan pasukan nabi
palsu yakni Musailamah Al kazab.

14. Selain itu saat masa kepemimpinan
Abu Bakar, beliau juga bertindak tegas
dan adil termasuk menindak mereka
yang tidak membayar zakat dan juga
memerangi kaum kafir.

15. Sesungguhnya Abu Bakar as-Siddiq
adalah insan terpilih sebagai sahabat
Rasululah SAW. Beliau seorang yang
ikhlas dalam mencintai dan mengasihi
Baginda. Bahkan cinta dan kasihnya
terhadap Nabi Muhammad SAW tidak
mampu ditandingi oleh mana-
manapun insan lain. Sehingga selepas
kewafatan Rasulullah SAW, kesetiaan
dan kecintaan Abu Bakar tidak pernah
kurang sedikitpun bahkan semakin
kuat dan teguh.

16. Abu Bakar berperang penting dalam
kepemimpinan islam dan beliau SAW
wafat pada tanggal 8 Jumadil Awal
tahun 13 Hijriyah dalam usia 63 tahun.
Ia kemudian dimakamkan disisi makam
Rasulullah SAW. Demikianlah
sepenggal kisah dari Abu Bakar As-
Siddiq, karena kejujuran dan
kebenarannya serta kebaikan budi
pekertinya beliau menjadi salah satu
orang yang sangat dicintai Allah dan
Rasulnya.


Click to View FlipBook Version