PLC
PENYELARAS
KOKURIKULUM
SKKM 3
DISEDIAKAN OLEH :
NOR SHAFIKA BINTI ISHAK
PK KOKURIKULUM SKKM 3
Agenda 1
PAJSK 2021
●PAJSK merupakah satu sistem pentaksiran yang standard.
●Ada rubrik pemarkahan.
●Setakat harini, masih menggunakan sistem yang sama.
●Platform pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard bagi sekolah rendah dan
menengah.
●Menggalakkan dan meningkatkan pelibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid
●Murid akan lebih berminat dengan aktiviti koko.
●Penilaian kemasukan murid ke SBP, MRSM dan IPTA
●Memberi impak kepada masa depan murid/pelajar.
Agenda 1
PAJSK 2021
● PAJSK ada dalam SKPMg2 dalam pentaksiran kokurikulum 3.2.7
● Bukan semua aktiviti boleh ditaksir dalam PAJSK
● Hanya aktiviti yang dianjurkan oleh unit kokurikulum sekolah atau dengan kerjasama unit
kokurikulum sekolah
● Anjuran panitia sahaja tidak boleh ditaksir dalam PAJSK
● Mesti ada penglibatan unit Kokurikulum baharu boleh dimasukkan dalam pentaksiran PAJSK
● PAJSK ada 3 komponen segak, kokurikulum, ekstra kokurikulum.
Fokus kepada 2 komponen sahaja Kokurikulum & Ekstra Kokurikulum.
Agenda 1
Komponen 2 - Kokurikulum
● Kelab Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan Permainan
● Untuk PAJSK dari segi pemarkahan hanya akan ambil 2 markah yang tertinggi sahaja daripada 3 (Kelab
Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan Permainan)
● Setiap aktiviti kokurikulum ada pecahan markah yang sama banyak.
Jawatan dalam Kelab dan Persatuan
● Beza ahli aktif dan ahli berdaftar.
● Sebolehnya beri markah setiap murid ahli aktif sekiranya murid itu tidak aktif, buat satu aktiviti supaya
murid dapat sertai program.
● Elakkan letak ahli berdaftar
● Pengerusi hanya ada satu jawatan bagi satu sekolah untuk setiap Kelab Persatuan begitu juga dengan
jawatan tertinggi yang lain.
Komponen 2 - Kokurikulum Agenda 1
Jawatan Unit Beruniform
●Jawatan Unit Beruniform setiap pangkat ada markah dan berbeza mengikut unit beruniform.
●Bagi murid markah untuk ahli aktif.
●Galakkan murid terlibat dalam semua aktiviti supaya murid dapat didaftarkan sebagai ahli aktif,
sekurang-kurangnya murid boleh memperolehi 4 markah.
Jawatan Sukan dan Permainan
● Untuk sukan permainan, sebagai contoh kapten pasukan hanya ada seorang sahaja dalam satu sekolah
untuk satu permainan.
● Sekiranya seorang murid telah memegang jawatan kapten pasukan, untuk jawatan ketua rumah sukan
berikan kepada murid lain.
Oleh itu, lebih ramai murid yang akan dapat markah 10 untuk jawatan dalam sukan
dan permainan.
Komponen 2 - Kokurikulum Agenda 1
PELIBATAN MURID DALAM AKTIVIITI
● tMurid didaftarkan sebagai atlit dan peserta, ambil peluang ke peringkat negeri atau peringkat kebangsaan
untuk markah yang lebih tinggi.
● Murid didaftarkan sebagai peserta dapat markah dan dengan mudah murid memperolehi 14 markah
sekurang-kurangnya.
● Komitmen, boleh pilih 4 daripada 10.
● Bimbing murid supaya murid dapat menguruskan aktivti di dalam kelas tidak semestinya dalam aktivti
kokurikulum.
● Paling rendah murid boleh memperolehi 10 markah untuk bahagian ini.
● Khidmat Sumbangan, sekiranya murid telah memasuki pertandingan murid layak dapat 10 markah.
● Bagi murid yang tidak menyertai apa-apa pertandingan, boleh buat satu pertandingan untuk melibatkan
murid ini di peringkat sekolah, libatkan murid-murid yang belum mendapat skor 10, untuk memperolehi
markah penuh.
Komponen 3 - Ekstra Kokurikulum Agenda 1
● Sistem akan mengambil 1 markah tertinggi dalam ekstra kurikulum.
● Sekiranya ketua murid terus dapat 10 markah.
● Untuk jawatan SLB tidak boleh diberi markah 10 hanya layak dapat 7 markah
sama seperti jawatan pengawas.
(SLB hanya ada di negeri Johor sahaja).
● Untuk AJK utama dan jawatankuasa kecil.
Komponen 3 - Ekstra Kokurikulum Agenda 1
Anugerah Khas
● Kalau murid masuk pertandingan inovasi peringkat antarabangsa boleh ditafsir bawah anugerah KHAS
● Anugerah Kecemerlangan Bakat Murid Kokurikulum dapat 8 markah.
● Buat anugerah Khas kokurikulum murid lelaki dan murid perempuan di sekolah untuk menambah markah
dalam PAJSK.
● Pengakap negeri Rambu tahun 6 dapat anugerah.
● Sekolah perlu mohon ke jabatan untuk mendapat markah 10 bagi SLB sekiranya pihak sekolah mahu
meletakkan markah penuh.
● Jabatan akan keluarkan surat untuk pemberian markah bagi SLB dan hanya layak mendapat 7 markah dalam
PAJSK.
Komponen 3 - Ekstra Kokurikulum Agenda 1
Khidmat Masyarakat
● Ada 7 aktiviti, maksimum ialah 4 drp 7.
● Kalau boleh pastikan murid-murid yang tiada markah sekurang-kurangnya dapat 4 markah dengan
menjalankan aktivti yang dirancang oleh pihak sekolah.
● Atau minta murid membaca buku, 720 buku untuk sekolah menengah dan 600 buku untuk sekolah rendah.
Nilam akan memperolehi markah penuh.
Tugas-tugas Khas
● Kalau ada boleh beri markah sekiranya terlibat
● Secara keseluruhannya penailaian dari Sukan Permainan, Unit Beruniform, Kelab Persatuan akan dipilih 2
yang terbaik untuk dikira sebagai markah keseluruhan dalam PAJSK.
Agenda 1
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PAJSK 2021
HEADCOUNT PAJSK
● Kenal pasti murid nearmiss cemerlang dan nearmiss lulus.
● Bantu murid untuk dapat A dalam PAJSK.
● Ada maklumat setiap murid, markah yang murid perolehi, dan program yang akan
dijalankan untuk membantu murid.
● Sekolah boleh buat satu program khas untuk melibatkan murid nearmiss cemerlang
untuk dapat A dengan membantu sekolah merangka program intervensi.
● Buat dialog prestasi kokurikulum setahun 2 atau 3 kali.
Untuk tahun 2021 dicadangkan buat sekali.
Agenda 1
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PAJSK 2021
BENGKEL PAJSK
● Buat bengkel pengisian PAJSK.
• Beri cara yang betul untuk isi PAJSK.
• Panggil penceramah untuk bengkel pengisian
PAJSK (sekiranya perlu).
• Pastikan tiada kesilapan semasa pengisian.
Agenda 1
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PAJSK 2021
PGB BERKARYA
● Untuk melaksanakan PGB berkarya sangat mudah, libatkan sekurang-
kurangnya 5 sekolah dalam satu daerah.
PENGURUSAN DATA YANG CEKAP
● JPNJ mencadangkan sekolah perlu mempunyai sistem pengurusan data yang diurus dengan
baik.
● Uruskan semua data sukan dan kokurikulum dengan baik di samping pengurusan pentaksiran
kokurikulum.
Agenda 1
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PAJSK 2021
PENGURUSAN DATA YANG CEKAP
● Semua data ialah termasuk data sukan dan data kokurikulum.
Perlu ada surat atau arahan untuk guru kelas mengumpulkan data
daripada murid.
● Dari kutipan data isi dalam sistem dan laksanakan verifikasi data.
● Sebelum buat pengesahan data PAJSK, rujuk PGB dan setelah dipersetujui oleh PGB
baharu lah boleh disahkan data tersebut.
● Setelah selesai->buat analisis dan buat penambahbaikan.
Agenda 1
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PAJSK 2021
PENGURUSAN DATA YANG CEKAP
1. Muat turun slip PAJSK simpan dalam folder dan cetak,
kemudian berikan sekali semasa memberi pelaporan PBD
kepada ibu bapa semasa keputusan pertengahan tahun untuk
2022.
2. PAJSK adalah komponen PBS.
Agenda 1
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PAJSK 2021
PENGIRAAN MARKAH PAJSK
● Template ini bukan perkara yang wajib, ini hanya sekadar membantu sekolah untuk buat
headcount. Guna atas suka rela tiada paksaan dari JPNJ.
● Markah yang ditunjukkan adalah bukan markah rasmi, mungkin tak sama dengan markah
PAJSK.
● Templat ini adalah secara individu.
● GPK Kokurikulum perlu peka dan proaktif dengan setiap pertandingan yang dijalankan
supaya murid boleh memperolehi markah yang tinggi dalam pentaksiran PAJSK.
● Aktiviti perjumpaan kokurikulum mengikut kiraan jam bukan bilangan
15 kali, satu perjumpaan bersamaan 2 jam bukan 1 jam untuk sekolah
rendah.
Agenda 1
SKPMG 2 : 3.2.1 PENGURUSAN KOKURIKULUM
● Pelaksanaan pentaksiran, perlu ada dalam takwim kokurikulum.
● Dalam perancangan atau takwim perlu ada tarikh dan masa untuk taklimat
dan pengisian markah dalam PAJSK.
● Perlu ada kertas kerja untuk buat bengkel.
● Perlu ada proses kerja melaksanakan pentaksiran.
Agenda 1
SKPMG 2 : 3.2.1 PENGURUSAN KOKURIKULUM
● Selepas data diisi, GPK Kokurikulum perlu buat analisis data untuk bentangkan dalam
mesyurat pengurusan sekolah atau menyuarat pengurusan Kokurikulum.
● Selagi data masih belum disahkan, GPK masih boleh melaksanakan program untuk
penambahbaikan markah PAJSK.
● Analisis data juga boleh digunakan sebagai perancangan strategi baharu untuk tahun
hadapan bagi meningkatkan lagi prestasi sekolah.
Agenda 2
TAKLIMAT SUKAN :
CABARAN SUKAN MSSJ 2021
FASA 2
TAKLIMAT SUKAN : Agenda 2
CABARAN SUKAN MSSJ 2021 - FASA 2
● Mempromosikan MSSJ Fasa 2
● Menggalakkan semua murid dapat menyertai sukan fasa 2
● 28 hingga 30 Ogos surat hebahan kepada SU Sukan
● 1 – 19 September ialah pendaftaran pemilihan untuk peserta
● 12 – 19 September penghantaran video boleh serentak dengan pendaftaran, jangan lakukan di
saat-saat akhir.
● Semua eviden yang akan dihantar akan disertakan dengan link mengikut sukan masing-masing
● 20 – 30 September ialah penjurian.
● Ada 12 permainan yang ditawarkan untuk fasa 2.
TAKLIMAT SUKAN : Agenda 2
CABARAN SUKAN MSSJ 2021 - FASA 2
● Contoh video kemahiran sukan perlu diberikan untuk dijadikan rujukan kepada murid bagi
menghasilkan video.
● Sekiranya sekolah tiada dalam kelab sukan atau permainan yang di pertandingakan, sekolah
masih boleh hantar peserta untuk sukan dan permainan tersebut.
● Mohon semua SU sukan dapat sertai semua taklimat sukan yang diadakan.
● Tidak semestinya setiap sekolah hantar lengkap mengikut kuota, sekiranya sekolah nak
hantar seorang peserta sahaja pun boleh. Sekiranya lebih dari kuota yang di tetapkan, tidak
boleh.
● Setiap murid hanya 2 sukan sahaja dalam fasa 1 dan fasa 2.
TAKLIMAT SUKAN : Agenda 2
CABARAN SUKAN MSSJ 2021 - FASA 2
● Pertandingan menggunakan video hanya boleh dibantu oleh rakan di kawasan rumah, ibu bapa atau jiran di
kawasan rumah sahaja.
● Tidak boleh dirakam di kawasan sekolah, hanya di kawasan di rumah sahaja.
● Murid boleh meminjam alatan dari pihak sekolah tetapi tidak boleh merakam video di sekolah.
● Murid digalakkan berpakaian sukan lengkap.
● Penghantaran video dan pendaftaran hanya di uruskan oleh GPK Koko atau SU Sukan sahaja.
● Pemenang akan mewakili MSSJ ke MSSM pada bulan Oktober nanti.
● Semua maklumat pertandingan dikongsikan melalui taklimat (GM).
● Sasaran 100% sekolah SM dan SR Daerah Pasir Gudang menyertai Cabaran Kemahiran Sukan.
TAKLIMAT SUKAN : Agenda 2
CABARAN SUKAN MSSJ 2021 - FASA 2
● Guna dengan sebaik mungkin apa yang ada di sekolah dan tidak mengganggu PdPR.
● Ikut kesesuaian, kemampuan sekolah, guru dan murid serta dibantu oleh ibu bapa di rumah.
● Video dihantar kepada SU Sukan untuk diupload dan dihantar.
● Tingkatkan penyertaan murid dalam MSSJ terutama untuk murid tahap 2.
● Masa yang diberikan sangat singkat untuk menguruskan setiap sukan.
● Sekolah cuba buat seminimum mungkin, sekurang-kurangnya dapat seorang murid untuk
mewakili setiap sukan dan permainan.
INFO DARIPADA PPD Agenda 2
● Mohon ambil makluman Tindakan Pelaksanaan Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan di
sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2021. Surat ini telah dikongsi dalam
grup telegram Pengetua dan Guru Besar pada 26 Ogos 2021. Tarikh pelaksanaannya
disambung semula sehingga 15 September 2021.
(untuk murid hanya Tahun 6 sahaja yang menjawab soal selidik).
● Pertandingan Nyanyian Lagu Hari Raya Aidilfitri dan Lagu Patriotik Daerah Pasir Gudang
Tahun 2021 secara atas talian anjuran Sektor Pembangunan Murid PPD Pasir Gudang
ditangguhkan memandangkan keadaan kesihatan Tuan Hj Md Yunan (Timbalan PPD
Pembangunan Murid) selaku penaja dan ketua hakim yang tidak mengizinkan buat masa
ini.
INFO DARIPADA PPD Agenda 2
● Pengiktirafan program / pertandingan peringkat negeri boleh disemak di pautan
https://bit.ly/iktirafJPNJ
● Pengiktirafan program / pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa
boleh disemak di pautan http://bit.do/iktiraf.
● Tahniah juga diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah, sedang dan akan
mengelolakan pertandingan / program di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Pengelolaan ini secara tidak langsung dapat membantu markah PAJSK murid dan
menyokong PGB Berkarya.
INFO DARIPADA PPD Agenda 2
● Sentiasa memastikan sebarang perkongsian di media sosial mematuhi etika yang
ditetapkan.
(Rujuk Etika Penggunaan Media Sosial dan Pegawai Awam)
● Peka dengan tarikh-tarikh penting.
Contoh : Tarikh tutup pertandingan, Tarikh tutup pembayaran (jika
berkaitan), Tarikh tutup penghantaran dokumen atau maklumat dan
tarikh tutup sistem PAJSK.
● Sekiranya ada sebarang permasalahan berkaitan kokurikulum dan sukan, sila rujuk
dengan kami (Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid) – Puan Suhaila, Encik Baharudin
atau Encik Rizal di PPD Pasir Gudang.
Agenda 3
PEMBUGARAN KOKO ONLINE
SKKM 3
Agenda 3
PEMBUGARAN KOKO ONLINE SKKM 3
• Semua unit kokurikulum perlu main peranan untuk memastikan aktiviti
koko secara online dapat dijalankan dengan baik.
• Setiap minggu pastikan sekurang-kurangnya ada 1 aktiviti kokurikulum
daripada 3 unit dikongsikan dalam FB sekolah.
• Bincangkan anugerah untuk murid yang aktif dalam kokurikulum online
ikut aliran.
• Bincangkan satu program yang boleh melibatkan semua murid untuk
sertai.
• Contoh : CAMPING ONLINE, SENAMROBIK MELALUI FB LIVE /GOOGLEMEET/
HARI SUKAN NEGARA ( OKTOBER)
( FOKUS UNTUK BANTU MARKAH PAJSK MURID. PASTIKAN TIADA MURID YANG
DAPAT SKOR RENDAH PAJSK.)
Tindakan : Pylrs Sukan Permainan, UBB dan Kelab Persatuan
HAL-HAL LAIN Agenda 4
• GERAK KERJA untuk semua guru dirancang semula,
terutama untuk bengkel pengisian SKPMg2 , bengkel
PAJSK 2021.
(tindakan Su Koko dan Penyelaras PAJSK).
• Semua data berkaitan koko akan disimpan dalam bentuk
digital hanya surat yang perlu disimpan dalam fail induk
sahaja dicetak.