SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA) 2023 a) Warganegara Malaysia; b) Murid tahun enam SRA/SIRAJ/SRAI/KAFA di bawah kelolaan JAWI Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; c) Telah mencapai umur 11 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan UPSRA tersebut; d) Mengikuti kurikulum SRA JAWI sekurang-kurangnya tiga tahun di SRA/SIRAJ/SRAI/KAFA; e) Merupakan calon UPKK tahun 2022 f) Nama calon didaftarkan dalam portal SIMPENI *Sekiranya calon bukan warganegara, perlu mengemukakan bukti calon belajar di Sekolah Kebangsaan atau visa belajar yang sah.