The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1337-24-michelle, 2022-04-06 16:56:42

TUGASAN 1 BMMB1104 MICHELLE MARCELLA

TUGASAN 1 BMMB1104 MICHELLE MARCELLA

PENGHARGAAN

Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya
dapat melaksanakan serta menyiapkan tugasan Kerja Kursus Kesasteraan Bahasa Melayu kod
BMMB1104 tepat pada masanya.

Seterusnya, jutaan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu Encik
Awang Ahmad bin Ag Siring. Beliau banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya
untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Bukan itu sahaja, beliau juga sentiasa menjawab
pertanyaan-pertanyaan yang memabantu kami melaksanakan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong serta memahami saya
tiap kali saya mempunyai kekangan semasa melaksanakan tugasan ini. Seterusnya, saya ingin
berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu saya dengan menyumbang idea
kepada saya serta menyokong saya sehingga sekarang. Akhir sekali, terima kasih kepada semua
yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya secara langsung mahupun secara tidak langsung

1.0 PENGENALAN

Dalam era Generasi Z ini, jiwa kesusasteraan Melayu
semakin pudar dalam diri masyarakat. Hal ini dikatakan
demikian apabila ramai generasi zaman sekarang tidak
mendalami nilai sesuatu sastera tersebut malah mereka
belum lagi terdedah kepada jenis serta ciri-ciri
kesusasteraan Melayu kerana terlalu taksub dengan
budaya luar. Oleh itu, dalam penulisan ini, akan
diterangkan secara teperinci tentang kesusasteraan
Melayu.

2.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam konteks Pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal ditulis dalam
Bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada dalam bentuk novel,
cerpen, drama, sajak, prosa, puisi. Hal ini ialah untuk memastikan perkembangan intelek,
rohani, emosi dan jasmani sentiasa seimbang di samping untuk memaparkan nilai
kemanusiaan serta citra masyarakat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003)

3.0 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam dunia kesusasteraan Melayu, terdapat beberapa jenis yang perlu kita ambil tahu
seperti pada rajah 2.1

Rajah 2.1 Jenis Kesusasteraan Melayu

3.1 PROSA TRADISIONAL
Prosa tradisional merupakan karya turun-temurun yang disampaikan sejak zaman nenek

moyang lagi. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Prosa tradisional merujuk kepada hasil
kesusasteraan ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa yang mudah
pada zaman dahulu. Prosa ini terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ia merupakan
cerminan masyarakat Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana prosa ini memaparkan unsur-unsur
budaya kehidupan sesebuah masyarakat. Terdapat beberapa bentuk prosa tradisional seperti dilihat
pada rajah 3.1.1.

Rajah 3.1.1. Jenis Prosa tradisional

Prosa tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada dua jenis seperti rajah di atas. Naratif
lisan merupakan cerita yang disampaikan secara penceritaan. Sastera berbentuk lisan ini lahir
dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum munculnya sistem tulisan. Contoh naratif lisan boleh
dilihat pada rajah 3.1.2. manakala naratif tulisan lebih kepada karya yang ditulis apabila orang
Melayu mula menerima pengaruh India. Contoh naratif tulisan ialah seperti sastera sejarah, kitab,
undang-undang dan sebagainya.

Rajah 3.1.2 Contoh Naratif Lisan

Prosa tradisonal ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dimana isi ceritanya tidak
tetap kerana berlaku penambahan dari setiap generasi dan disampaikan kepada generasi
yang lain. Selain itu, ia juga bersifat universal dimana prosa tradisional ini adalah kepunyaan
setiap masyarakat. Dalam erti kata lain, semua masyarakat boleh menyampaikannya kepada
sesiapa pun.

3.2 PROSA MODEN

Prosa moden ini terdiri daripada cerpen atau novel (Mohammad Fadzeli et.al,2016). Cerpen
atau cerita pendek dapat ditakrifkan sebagai kisah cerita rekaan yang ringkas. Namun begitu, ia
mempunyai kesatuan yang dicapai kerana ia dilengkapi dengan unsur-unsur seperti tema, latar,
watak, gaya dan sebagainya.

Seterusnya, novel merupakan kisah rekaan cerita yang panjang dalam bentuk prosa. Kisah
cerita yang dinyatakan di dalam novel selalunya mengisahkan peristiwa yang sebenar atau
hanya imaginatif yang disertakan sekali dengan watak-watak yang menarik.

3.3 PUISI TRADISIONAL

Puisi Melayu Tradisional merupakan cermin masyarakat Melayu lama dimana ia sangat
berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Malah, dalam puisi tradisional itu sendiri
kita dapat melihat kesatuan masyarakatnya, kekuatan adat dan setiap penyampai puisi itu tidak
mencari isi-isi sendiri malah mereka menggunakan contoh-contoh yang ada di sekelilingnya (
Mohd Rosli, ). Puisi tradisional merangkami beberapa jenis seperti dilihat pada rajah 3.3.1.

Rajah 3.3.1 Puisi-puisi tradisional

Pantun merupakan puisi tradisional yang masih pupular hingga sekarang (Johari Yahaya,
2016). Ia juga merupakan idea kreatif orang Melayu pada zaman dahulu kerana mereka
mampu menghasilkan pantun berdasarkan pengamatan serta pemerhatian di sekeliling
mereka. (Siti Hajar Bidin, 2021). Syair pula merupakan satu bentuk puisi klasik yang bersifat
wadah cerita atau naratif. Perkataan syair itu terbit daripada bahasa Arab yang membawa
maksud ‘perasaan yang menyedari’. (Zurakintan Abdul Razak et.al,2015). Kemudian,
gurindam pula adalah satu bentuk puisi dua rangkap yang dibawa oleh pengaruh sastera
Hindu manakala seloka merupakan sebuah puisi pada zaman dahulu yang mengandungi
ajaran sama ada dalam bentuk sindiran, jenaka dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat).

3.4 PUISI MODEN

Puisi moden merupakan sajak yang berbentuk karangan bebas dan tidak terikat pada jumlah

baris. Namun begitu, ia masih menekankan pemilihan kata untuk membawa impak yang berkesan

kepada masyarakat. Sajak juga merupakan ciptaan hasil seni orang melayu untuk menyampaikan

sesuatu mesej kepada orang ramai. Wujudnya sajak dalam puisi Melayu adalah disebabkan

pengarub perkembangan sajak di Indonesia. Rajah 3.4.1 menunjukkan bentuk sajak serta ciri-

cirinya.

Sajak juga mempunyai tema yang

merupakan inti utamanya. Antara contoh

tema yang selalu digunapakai ialah

patriotism, kemanusiaan, penindasan

dan banyak lagi. Dalam

mendeklamasikan sajak, bunyi dan

irama sangat penting untuk melahirkan

sajak yang indah dan menarik Rajah 3.4.1 Bentuk dan ciri-ciri sajak

4.0 FUNGSI SASTERA MELAYU

4.1 HIBURAN
Fungsi sastera sebagai unsur hiburan juga sangat popular pada zaman ini. Ia merupakan satu

keperluan bagi kita untuk mengiburkan dan menghasilkan karya-karya sastera yang memberi
keseronokan kepada orang ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana hiburan merupakan satu perkara
yang memberikan kesenangan dan dapat merehatkan minda kita. Hiburan sangat ditekankan dalam
sesebuah sastera terutamanya dalam sastera kanak-kanak kerana ia lebih menarik minat mereka
untuk mempelajari sesuatu perkara apabila terselitnya hiburan. Rajah 4.1 menunjukkan jenis-jenis
hiburan beserta contoh.

Antara jenis hiburan yang selalu didengari ialah pantun. Pantun merupakan satu sastera yang
mampu menghiburkan pembaca dari segi maksud pantun serta cara penyampaian pantun tersebut. Ia
juga selalu disampaikan dalam bentuk dikir barat dimana ia sangat memberi hiburan kepada
pendengar. . Rajah 4.1 menunjukkan contoh rangkap hiburan dalam pantun.

Rajah 4.1 Contoh rangkap hiburan dalam pantun

4.2 PENDIDIKAN

Fungsi sastera sebagai Pendidikan sangat diketahui kerana kebanyakkan penulisan karya-karya
sastera berkaitan dengan fakta, sejarah dan sebagainya. Justeru itu, karya sastera sesungguhnya
mampu menjadi wadah dan media untuk mendidik setiap lapisan masyarakat sekaligus
mendisiplinkan masyarakat yang berilmu (Fathin Noor Ain Ramli et.al, 2018). Dalam konteks ini,
karya sastera yang berfungsikan Pendidikan kebiasaannya berunsurkan keindahan sama ada
berbentuk novel, cerpen, drama, sajak. Selain itu, karya sastera

Fungsi sastera sebagai Pendidikan ini mempunyai peranannya tersendiri dimana ia membolehkan
pelajar serta masyarakat mendalami nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan ,
kewarganegaraan dan banyak lagi. Di samping itu, ia dapat membantu kita untuk membina insaniah
dalam kehidupan kita untuk menjadi insan yang menghargai setiap karya-karya sastera yang
diterbitkan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengasah minda kita untuk lebih maju dan mampu berfikir
secara kritis. Antara contoh karya-karya yang digunakan dalam Pendidikan ialah seperti pada rajah
4.2.

Rajah 4.2 Contoh karya dalam Pendidikan

4.1 DAKWAH

Kesusasteraan Melayu tradisional mengalami perkembangan yang maju selepas Islam tersebar
di Tanah Melayu sekitar abad ke -13 (Muhd Norizam Jamian et.al,2015). Kemunculan kerajaan
Melayu-Islam telah menggalakkan aktiviti penulisan dengan menjadi pusat-pusat kesusasteraan dan
kebudayaan Melayu. Perkara ini bermula dengan karya-karya sastera kitab yang bertujuan untuk
menyebarkan dakwah Islam dan perkara inibtersu dilakukan sehingga kini. Melalui sejarah yang lalu,
dapat dibuktikan bahawa sastera sememangnya berfungsi sebagai dakwah bukan sahaja dalam
agama Islam malah semua agama yang terdapat di muka bumi ini.

Oleh itu, fungsi utama sastera sebagai dakwah ialah untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan agama. Dalam hal ini, masyarakat akan mendapat pengajaran berkaitan dengan
agama masing-masing.

4.1 KRITIKAN SOSIAL

Kritikan sosial merupakan sebuah tema dalam karya sastera yang mengisahkan ketidakadilan
dalam kalangan masyarakat yang betujuan untuk memberi kesedaran kepada pembaca supaya
keadilan sosial harus ditegakkan.

Dalam karya sastera, kritikan sosial berfungsi sebagai komunikasi dalam kehidupan masyarakat
untuk mengawal sesuatu jalan cerita dalam sistem kemasyarakatan. Selain itu, ia juga berfungsi
sebagai penyampai mesej kepada pembaca. Hal ini demikian agar pembaca sentiasa mengambil
langkah yang bijak berdasarkan karya yang mereka baca.

Oleh itu, fungsi utama kritikan sosial dalam karya sastera ialah untuk memberi pengajaran kepada
masyarakat supaya sentiasa hidup dalam keadana yang terkawal.

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI
TRADISIONAL

Akal budi setiap individu dapat mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang
manusia. Begitu juga dengan puisi tradisional dimana kitab oleh menilai sesuatu berdasarkan karya
yang dihasilkan oleh orang Melayu.

5.0 PANTUN
Rajah 5.1 merupakan serangkap pantun yang dipetik dari Pantun Rumpun Melayu yang bertajuk
Sumur Di Ladang.

Berdasarkan pantun di atas, ia jelas memberitahu kita bahawa ia
merupakan pantun perpisahan di mana ia digunakan ketika kita
berpisah seperti di majlis persaraan. Dalam pantun empat rangkap
ini juga penulis menggunakan panggilan yang sopan dimana penulis
merendah diri dengan menganggap dirinya sebagai hamba. Bukan itu
sahaja, tanpa kita sedari terselitnya kata-kata doa dalam pantun ini
dimana penulis berharap supaya kedua-dua pihak mempunyai umur
yang panjang dan sentiasa sihat walafiat.

5.2 SYAIR
Rajah 5.2 merupakan satu rangkap syair karya Hamzah Fansuri.

Rajah 5.2 Syair Perahu oleh Hamzah Fansuri



Berdasarkan syair di atas, tema yang digunakan ialah tema kehidupan dimana penulis menjelaskan
bahawa kita seharusnya mengetahui diri kita terlebih dahulu dan tujual asal kehidupan kita. Dalam
sajak perahu ini, penulis menggunakan perkataan-perkataan yang gramatis seperti tamsil dan beliau
juga menggunakan ayat songsang dimana ia memerlukan kita befikir telebih dahulu sebelum
mengetahui makna syair tersebut. Syaur ini lebih kepada memberi nasihat kepada para remaja zaman
sekarang.

5.3 GURINDAM
Rajah 5.3 menunjukkan dua rangkap gurindam yang bertajuk Gurindam Beberapa Petua Hidup.

Rajah 5.3 Kalung Bunga Za’ba, Dewan Bahasa dan Pustaka
Dipetik dari KOMSAS Tingkatan 5



Berdasarkan gurindam di atas, jelas dilihat b
ahawa ia bertemakan ilmu pengetahuan dimana
penulis cuba untuk memberi pengajaran kepada anak muda di luar sana supaya sentiasa menghargai
ilmu pengetahuan yang ada dan carilah ilmu selagi dapat kerana ilmu tidak datang dengan sendirinya.
Pada pendapat saya, penulis menggunakan perkataan-perkataan yang mudah dalam menyampaikan
gurindam ini supaya ia mudah difahami oleh anak-anak muda yang membacanya.

5.4 SELOKA
Rajah 5.4 merupakan seloka empat kerat yang dipetik dari Seloka Pak Kaduk.

Rajah 5.4 Seloka Pak Kaduk



Seloka di atas jelas menunjukkan bahawa ia
merupakan seloka yang berbentuk sindiran. Penulis
menggunakan tema wang dimana beliau menyindir orang-orang kaya yang berhutang. Pada pendapat
saya, penulis ini sangat berbudi pekerti kerana walaupun seloka berbentuk sindiran, beliau masih
menggunakan perkataan yang sopan dan tidak menggunakan perkataan yang kesat. Seloka ini juga
mudah difahami oleh ramai kerana ayatnya yang disusun dengan betul.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa
kesusasteraan Melayu merupakan satu perkara yang
harus diketahui secara turun-temurun dan tidak boleh
dilupakan mahupun diabaikan. Hal ini kerana
kesusasteraan Melayu merupakan cerminan masyarakat
Melayu sejak dahulu lagi.

Seterusnya, kita juga sepatutnya sentiasa
memperbanyak bacaan terhadap karya-karya sastera
supaya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita
di samping memelihara adat dan budaya masyarakat
Melayu dalam bidang sastera

RUJUKAN


Click to View FlipBook Version