The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 BMMB1134 MICHELLE MARCELLA SENNIA BMSK3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1337-24-michelle, 2022-04-27 09:13:30

TUGASAN 3 BMMB1134 MICHELLE MARCELLA SENNIA BMSK3

TUGASAN 3 BMMB1134 MICHELLE MARCELLA SENNIA BMSK3

BMMB1134 KETERAMPILAN

BERBAHASA

HALANGAN

KOMUNIKASI
& ISU KETERAMPILAN

BERBAHASA

MICHELLE MARCELLA SENNIA

MICHELLE MARCELLA

SENNIA ANAK DANIEL

PPISMP BMSK3 SEMSTER 2

DEFINISI

KOMUNIKASI

Menurut kamus dewan edisi keempat,
komunikasi merupakan perhubungan
secara langsung atau dengan melalui
media massa. Menurut Brynes (1975),
komunikasi adalah proses interaksi
anatara manusia yang melibatkan
pertuturan dan pertukaran pendapat,
gerak badan dan simbol. Proses ini
bertujuan untuk bertukar-tukar
pendapat , maklumat dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, komunikasi juga
dapat mempengaruhi tingkah laku
serta dapat memujuk mahupun
menukar fizikal dan mental seseorang
indiviidu.

HALANGAN

KOMUNIKASI

Komunikasi merupakan perkara yang

harus dijalankan dengan lancar

supaya maklumat yang diterima

daripada pengucap sampai kepada

penerima. Namun demikian, terdapat

halangan yang kebarangkalian akan

berlaku ketika komunikasi

dijalankan.

Maklum balas
Masalah saraf penerima
Gangguan emosi

HALANGAN


KOMUNIKASI

GANGGUAN LUARAN

Halangan ini berpunca daripada
faktor persekitaran di kawasan

umum. Kebiasaannya terjadi semasa
pengucapan awam secara terbuka.

Halangan yang melibatkan faktor
persekitaran dimana jika terdapat bunyi
bising daripada persekitaran seperti
bunyi kereta, bunyi kanak-kanak bermain,
bunyi pembinaan bangunan, jadi proses
untuk menerima maklum balas itu sangat
sukar.
Segala perkara ini terjadi apabila
pengucapan awam dilakukan di kawasan
terbuka.

HALANGAN

KOMUNIKASI

GANGGUAN SARAF PENERIMA

Halangan ini berpunca daripada faktor
yang melibatkan kesihatan fizikal sama
ada penerima atau pengucap.

Halangan ini bermaksud apabila
penerima mempunyai masalah
pendengaran saraf otak.
Apabila penerima tidak dapat
mendengar dengan jelas serta tidak
dapat memproses maklumat dengan
teliti, maka penerimaan maklumat
akan terganggu malah maklumat yang
disampaikan tidak akan sepenuhnya
diterima oleh penerima.

HALANGAN

KOMUNIKASI

GANGGUAN EMOSI

Halangan ini berpunca daripada faktor
dalaman yang datang dari pengucap itu
sendiri yang mampu menjejaskan
pengucapan awam.

Gangguan emosi ini merupakan faktor
dalaman yang dapat menjejaskan proses
komunikasi. Secara tidak langsung, halangan
ini datang dari pengucap itu sendiri.
Pengucap akan berasa gementar atau cemas
sebelum atau semasa mekalukan pengucapan
awam.
Perkara ini akan mengganggu proses
komunikasi dimana pengucap akan
berkemungkinan melupakan akan isi-isi yang
ingin mereka sampaikan.

ISU

KETERAMPILAN

BERBAHASA

ISU BAHASA

Pengucap kebiasaannya

mencampuradukkan penggunaan bahasa.

Sebagai contoh, penggunaan Bahasa

Melayu di dalam pengucapan awam

dicampur dengan Bahasa Inggeris.

Perkara ini menjadi satu isu kerana

terdapat pengucap yang menggunakan

bahasa yang bercampur dimana ia boleh

mengelirukan penerima sehingga mereka

tidak dapat menerima maklumat dengan

sepenuhnya.

ISU

KETERAMPILAN

BERBAHASA

ISU PENGGUNAAN

KATA

Isu ini berkaitan dengan kata panggilan
yang digunakan oleh pengucap kepada
pengguna. Sesetengah pengucap
menggunakan panggilan yang kasar
kepada penerima sehingga dapat
mengguriskan hati audien. Pengucap
juga sering kali menggunakan nada
suara yang tinggi. Perkara ini akan
menunjukkan sikap seorang pengucap
tersebut ialah tidak patut dicontohi. Hal ini
kerana audien akan rasa tidak dihormati.

ISU

KETERAMPILAN

BERBAHASA

ISU MEDIA SOSIAL

Isu media sosial dalam keterampilan

berbahasa merupakan isu yang

melibatkan pengaruh bahasa yang

asing yang dapat mencemarkan

bahasa ibunda serta menjejaskan

keterampilan berbahasa. Sebagai

contoh, penggunaan bahasa rojak

semasa proses komunikasi dapat

menunjukan bahawa kita kurang

mempunyai keterampilan berbahasa.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,

keterampilan dalam

berkomunikasi harus

ditekankan serta harus

ada dalam diri setiap

individu terutamanya

pelajar. Hal ini dikatakan

demikian supaya isu-isu

yang diingini timbul.

RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kee. L, Edi Rizal Kassim & Wilson C. V. S. (2018). Halangan dan
gangguan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah serta cara menangani. IDEA’S Penulisan Ilmiah. Kolej Komuniti
Tawau.

Nirwana Anas. (2021). Komunikasi antara kognitif dan kemmapuan
berbahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Indonesia, 1(1). 1-8.

Irma Wani Othman. (2019). Kemahiran penggunaan bahasa sebagai
skil universal dalam improvasi keyakinan dan keterampilan jati diri
akademik ekspatriat di university awam Malaysia. International
Journal of Modern Trends in Social Sciences, 2(10). 91-106.

Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K. S. T., Ramli,
A. J., Mokhdzar, Z.A., Jamaluddin, J., Bajuri M., & Ali, M. E. M.
International Journal of Law, Government and Communication
, 4(15),141-153.

Azlina Kamaruddin. (2017). Analisis kualitif terhadap faktor kegagalan
komunikasi pembujukan dalam konteks pengucapan awam.
Malaysian Journal of Communication, 33(3). 89-106.


Click to View FlipBook Version