The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11782655, 2021-08-28 05:58:39

PERAYAAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

PERAYAAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Nama : Dharun Vijayan PENGHARGAAN

Kelas : 2 Vetri . Saya berbesar hati untuk menyertai pertandingan
anjuran pihak sekolah.
Nama Cikgu : Puan Santhe
Saya Dharun A/L Vijiyan ingin merakamkan jutaan
Tajuk : Perayaan Tradisional terima kasih kepada sekolah saya atas penganjuran
Pertandingan Buku Skrap Digital Tahap 2 sempena

Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2021.

Terima kasih juga kepada guru mata pelajaran RBT
Cikgu puan shante kerana banyak membantu saya bagi

mendapatkan maklumat dalam menghasilkan buku
skrap digital ini.

Selain itu, terima kasih juga kepada ibubapa saya yang
banyak membantu secara langsung dan tidak langsung
akhir kata, penghasilan buku skrap digital ini juga dapat
membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai perjuangan Pejuang kemerdekaan bagi
mencapai kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang merayakan
pelbagai perayaan mengikut agama dan suku kaum .Di
Malaysia mempunyai 6 jenis perayaan utama iaitu Hari

Raya, Tahun Baru Cina,Deepavali,Kristmas , Pesta
Kaamatan(Sabah) ,Pesta Gawai(Sarawak).Setiap
Satunya mencirikan bangsa dan agama yang dianuti.

Ini merupakan bukti bahawa Malaysia merupakan
sebuah negara yang harmoni dan muhibah. Semua
kaum berkongsi nilai perpaduan yang sama. Malaysia

menjadi model perpaduan bangsa dan negara

PERAYAAN
KAUM
MELAYU

HARI RAYA
AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri disambut pada
1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali

sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari
Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang

disambut oleh umat Islam di seluruh dunia bagi
menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Ia merupakan perayaan terbesar bagi umat Islam,

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu
melalui melihat anak bulan ataupun secara hisab
(kiraan). Sekiranya melalui rukyah apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal,

iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam.
Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh
pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu

maghrib di beberapa tempat strategik.

PAKAIAN

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang
dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya.

Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan
songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi
kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju
kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi

mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini

MAKANAN

Lemang enak dimakan bersama rendang ayam,
daging mahupun kuah kacang. Lemang dimasak

menggunakan beras pulut, santan dan disalut
dengan daun pisang yang sudah siap diisi di

dalam batang buluh. Antara menu wajib
menjelang Hari Raya Aidilfitri .

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau
pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan
direbus dalam periuk. Ketupat biasanya
dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Ia
biasanya dihidangkan dengan rendang dan

serunding serta kuah kacang. Ketupat palas ialah
ketupat yang menggunakan daun palas sebagai
pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas

dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat
dengan pulut yang telah dimasak.

PERAYAAN
KAUM
HINDU

DEEPAVALI

Perayaan Deepavali ialah suatu perayaan
dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan

kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap
kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam

erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud
tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri

kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan
mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk
perkembangan rohani.
Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak

bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan
badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli
keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu
bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang
akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang
disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi
rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu

malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga
api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.

PAKAIAN

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki.
Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna
putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perayan kerana Dhoti diperbuat daripada lembaran

kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha.. Ada
juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning

susu.

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan
dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua
meter lebar dan panjangnya lima.Sari ialah pakaian
yang berwarna-warni ini lebih menarik untuk sari yang

dipakai pada musim perayaan.
.

.

MAKANAN

Perayaan Deepavali memang banyak juadah yang ‘wajib’
dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga

Muruku menjadi makanan kegemaran kaum India,.
Rasanya yang lemak dan sangat rangup memang sedap

dimakan
Tosai dan idli ialah antara menu utama yang perlu ada

ketika perayaan Deepavali pada setiap rumah kaum
India.

.

TAHUN
BARU
CINA

TAHUN BARU
CINA

Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina
bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan
dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula,

sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan

pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih
bakul. Kaum keluarga akan makan besar. Golongan muda pula
akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik yang masih

belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.

.

MAKANAN DAN
PAKAIAN

Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di
depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar .

Cheongsam Pakaian ini dipakai oleh wanita
berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-

upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan
semasa Tahun Baru Cina.

Yee sang sejenis salad ikan mentah biasanya terdiri
daripada potongan daging ikan mentah

(khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan
sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan
ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng"
diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh

dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan
kesuburan.

Hari Krismas

Hari Krismas atau Hari Natal ialah perayaan terbesar
untuk penganut agama Kristian disambut setiap tahun

memperingati kelahiran Yesus Adat resam moden
perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan
keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan,

termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, Santa
Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang
sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena

Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil
gabungan.Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh
penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang

bukan penganut agama ini sebagai salah satu
perayaan kebudayaan yang

berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version