The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasliza.ezza, 2021-09-08 05:51:06

SENI VISUAL HIASAN DALAMAN

SENI VISUAL HIASAN DALAMAN

06 SENI VISUAL Real Estate Listing | January 2020

HIASAN DALAMAN

EDIT BY CIKGU HASLIZA KAMARUDIN

Merupakan satu perancangan dan penyusunan untuk menghias
ruang dalaman dengan mementingkan aspek fungsi, cita rasa dan
tabiat pengguna

hiasan dalaman merupakan satu perancangan dan penyusunan ruang untuk
mempertingkatkan kualiti persekitaran dalaman bangunan
Aspek utama yang ditekankan ialah fungsi, citarasa, trend masa kini,
fahaman dan keperluan semasa
rekaan bentuk hiasan dalaman terbina hasil daripada struktur binaan yang
terdiri daripada dinding, lantai dan siling
elemen utama hiasan dalaman terdiri daripada perabot dan hiasan seperti
pokok dan air terjun
sejarah reka bentuk hiasan dalaman berkait rapat dengan perkembangan
seni bina. pada zaman permulaan ketamadunan manusia di timur tengah dan
Eropah, senibinanya lebih tertumpu kepada tempat tempat ibadat.

1. Ruang
2.Peredaran udara
3. Pencahayaan
4. Warna
5.Susunan perabot

1. Ruang
Ruang ialah elemen terpenting dalam mewujudkan
ruang dalaman yang selesa
Ruang dinilai dari aspek saiz dan reka bentuknya.
ruang harus disesuaikan dengan penggunaan warna,
jenis perabot dan susun atur
Ruang dalaman yang kecil akan kelihatan selesa dan
luas dari segi visualnya jika mengikut kaedah
penyusunan dan menggunakan warna yang betul
Pemilihan perabot haruslah bersesuaian dengan saiz
ruang yang ada

2. Peredaran Angin
Peredaran angin berkait-rapat dengan keselesaan
dan kesihatan penghuni
Kitaran udara yang baik menjadikan suasana di
dalam ruang menjadi lebih nyaman dan segar
Malaysia mengalami cuaca panas dan lembab
sepanjang tahun, mekap edaran udara amat penting
dalam mereka bentuk ruang
Peredaran udara dipengaruhi oleh bukaan tingkap,
pintu, kekisi, dan susunan perabot yang betul dan
dibantu dengan penggunaan kipas ataupun
penyaman udara

3. Pencahayaan
Pencahayaan yang baik memberikan suasana
keceriaan dan keselesaan
Pencahayaan terhasil daripada sumber semula
jadi seperti cahaya matahari dan sumber buatan
manusia seperti lampu
Kesan pencahayaan dapat dipertingkatkan lagi
dengan penggunaan warna-warna cerah dan ceria
untuk menampakkan kesan ruang yang menarik
Kesan pencahayaan dapat ditingkatkan dengan
penggunaan cermin

4. Warna
Warna memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan suasana ruang yang ceria
Warna juga dapat mempengaruhi emosi dan
perasaan penghuni
Penggunaan warna yang cerah dan sejuk
menjadikan suasana lebih dingin dan memberi
kesan perluasan kepada penghuni. manakala
penggunaan warna yang gelap menyebabkan
ruang menjadi sempit
Pemilihan warna perlu disesuaikan dengan
kegiatan dan fungsi ruang

5. Susunan Perabot
Keluasan sesuatu ruang berkait-rapat
dengan susunan dan saiz perabot.
kedudukan perabot perlu disesuaikan agar
ruang tidak terlalu sesak dan menghalang
pergerakan di dalam sesuatu ruang
Susunan dan saiz perabot adalah penting
agar ruang tidak menjadi terlalu sesak dan
kosong
Pemilihan perabot dan kesesuaian
kedudukannya penting untuk mewujudkan
satu kesan ruang yang harmoni



R. TAMU

R. MAKAN

R. TIDUR

R. DAPUR

R. MEMBACA/KERJA

R. BILIK AIR

R. PEJABAT


Click to View FlipBook Version