The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasliza.ezza, 2023-02-05 03:40:23

Final Katalog Printing Artwork SV S3 22

Final Katalog Printing Artwork SV S3 22

Cetakan timbulan ialah kaedah pencetakan di mana blok cetakan, plat atau matriks yang telah menggunakan dakwat pada permukaannya timbul, dibawa bersentuhan dengan kertas. Permukaan timbul (atasan) akan meninggalkan dakwat di atas kertas, manakala kawasan permukaan bawahan tidak seperti dalam karya yang dihasilkan pleh pengkarya iaitu "The Genius Penguin". Penguin mempunyai keunikan untuk menjaga keseimbangan saat berada di darat, penguin menggunakan ekor dan sayapnya untuk menjaga keseimbangan ketika berjalan. Sedangkan di air, sayapnya ia gunakan untuk berenang. Penguin mampu berenang dengan kecepatan 6-12 kilometer per jam. Bahkan, pernah tercatat hingga 27 kilometer per jam. Dalam karya ini menunjukan seekor penguin yang tinggal bersendirian di tempat sejuk dapat difahamkan bahawa penguin mampu bertahan menampung kehidupan di lautan kutub yang sejuk dan luar. Penguin ini juga merupakan spesies yang terakhir kutub utara. Warna yang suram dalam karya dapat disampaikan bahawa perasaan pengkarya yang bergelora dan dalam kesunyian. Roselind Nain Anak Manggi "The Genius Penguin" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Keistimewaan cetakan ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan dianggap asli, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The Great Blue Whale” yang dikenali sebagai haiwan terbesar yang pernah wujud. Pengkarya memilih paus biru sebagai subjek utama kerana keunikan spesis ini yang ramai tidak tahu. Antaranya, paus biru boleh berenang dengan kecepatan 8 kilometer per jam atau kecepatan tertinggi iaitu 50 kilometer per jam. Paus biru juga memiliki pendengaran yang sangat baik, mampu mendengar suara paus lain yang jaraknya sekitar 1.600 kilometer darinya. Berdasarkan karya tersebut, pengkarya meluahkan perasaan dimana paus biru yang semakin pupus serta kehidupannya semakin sunyi ibarat warna putih yang kekosongan. Maka, pentingnya untuk rakyat bumi memelihara dan mengekalkan haiwan yang unik ini. Anastacia Belenyun Voon "The Great Blue Whale " 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “Sorrow Leopard Cat" yang dikenali sebagai Kucing Batu yang dijumpai di hutan Borneo Sarawak. Pengkarya memilih haiwan ini sebagai subjek utama karya kerana Kucing Batu ini hampir sama dengan kucing domestik dan berwarna jingga dan bertompok hitam seperti Harimau Bintang. Disebalik penampilan haiwan ini, ia merupakan haiwan hidup bersendirian dan diancam kepupusan. Karya ini melambangkan ketakutan terhadap ancaman manusia yang memusnahkan habitatnya melalui pembalakan haram, pembakaran hutan pemburuan haram dan lainlain, lalu Kucing Batu bersendirian selepas berlari ketakutan apabila manusia mula melakukan aktiviti yang mengancam persekitaran hutan. Allveerin Dee Anak Dunstand Benji "Sorrow Leopard Cat" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan


Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat seperti karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “ Turtle Under The Sea”.Penyu dijadikan sebagai subjek pertama oleh pengkarya. Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour.Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia. Penyu boleh dijumpai di kesemua lautan kecuali wilayah berhampiran kutub bumi.Karya ini menunjukkan bahawa penyu sedang melindungi diri di dasar laut seolah olah melindungi diri daripada ancaman kerana penyu adalah merupakan spesies haiwan yang semakin pupus pada masa kini. CHRISYA ORLANDA ICHA "Turtles Under The Sea" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan timbulan ialah kaedah pencetakan di mana blok cetakan,plat atau matriks yang telah menggunakan dakwat pada permukaan timbul, dibawa bersentuhan dengan kertas. Permukaan yang timbul akan meninggalkan dakwat di atas kertas, manakala kawasan permukaan bawahan tidak. Bukan itu sahaja, cetakan timbulan ini mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “ The Unique Hornbill Of Sarawak”, burung ini adalah bernama Burung Enggang Kelingking yang merupakan sama spesis dengan burung enggang kenyalang, burung yang terkenal di negeri Sarawak. Pengkarya memilih burung ini sebagai subjek utama ini kerana burung enggang kelingking ini adalah sejenis burung yang mempunyai paruh tapi tidak bergigi. Namun, mempunyai suara yang melengking dengan keras, ini dilambangkan ketegasan, keberanian dan bebudi luhur. Oleh itu, burung enggang kelingking ini telah dipilih juga menjadi lambang negeri Sarawak kerana sikap rakyat Sarawak yang tegas dan berani dalam mempertahankan negeri Sarawak. Namun , burung enggang kelingking ini semakin pupus kerana habitatnya telah pupus disebabkan aktiviti manusia yang tidak kemanusiaan. Maka, masyarakat hendaklah sedar bahawa haiwan yang unik ini hendaklah dipelihara dengan baik untuk mengekalkan keturunannya yang unik. Michelle Ann Anak Gerunsin “The Unique Hornbill of Sarawak” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke atas blok kayu dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakan dakwat dan dicetak, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “Ocean Predator”. Predator yang menjuarai tempat pertama di lautan ialah ikan paus orca atau lebih dikenali sebagai ikan paus pembunuh (killer whale). Ramai yang menyangka ikan jerung merupakan predator lautan ataupun penguasa laut yang sebenar namun gelaran ini dimiliki oleh ikan paus pembunuh. Ikan paus pembunuh ini merupakan pemangsa puncak yang bermaksud mereka berada di kedudukan tertinggi di rantai makanan dan kadangkadang mereka dipanggil sebagai “serigala laut”. Ikan paus pembunuh ini memburu mamalia lain seperti anjing laut, ikan lumba-lumba dan juga ikan jerung putih. Karya ini menunjukkan seekor ikan paus pembunuh yang mencari mangsa untuk dimakan. Warna gelap menunjukkan keadaan laut yang suram dengan kehadiran ikan paus pembunuh yang ditakuti oleh kehidupan laut yang lain. Rowena Senia "Ocean Predator” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan


Gaya penampilan bagi karya seni cetakan diatas ialah separa abstrak. Separa abstrak membawa maksud objek asal yang ditiru kemudian diubahsuai atau digayakan dalm imej yang baru dan kelihatan tidak realistik lagi. Seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya dia atas iaitu "Owl Hoot At Night" yang bermaksud bunyi burung hantu di waktu malam. Pengkarya memilih burung hantu sebagai subjek utama kerana pengkarya mengagumi keunikan burung hantu yang mampu untuk terbang dengan senyapnya pada waktu malam. Hal tersebut memberi kelebihan besar kepada burung hantu untuk mencari mangsa yang tidak mempunyai kemampuan pendengaran pada waktu malam. Nurfarahin Binti Mohd Syakur Bari "Owl Hoot At Night" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat serta dicetak, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu " Long Lost Wildlife". Pengkarya memilih Malaya tapir sebagai subjek utama kerana keunikan Malaya tapir yang hanya ditemui di setiap hutan di seluruh Semenanjung Malaysia. Tapir tergolong dalam kalangan haiwan yang aktif pada waktu malam sungguhpun memiliki penglihatan yang lemah kerana tapir amat sensitif pada bau dan bunyi di sekitarnya yang membantu memudahkan tapir untuk mencari makan di hutan. Disebalik karya ini, pengkarya ingin menyerlahkan penampilan tapir dan gajah dimana populasinya yang semakin terancam. Perbuatan manusia menjadi faktor utama kepupusan Malaya tapir, pembalakan hutan dan pembinaan jalan raya yang meluas telah mengakibatkan haiwan ini kehilangan habitatnya. Macashley Dandan Anak Stanley Mattew "Long Lost Wildlife" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa kepingan hasilan yang disebut edisi, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The Adventure of Slowloris ” atau dikenali sebagai kongkang. Pengkarya memilih kongkang sebagai subjek utama kerana ciri-ciri kongkang yang menarik. Kongkang adalah sejenis binatang yang pemalu dan bentuknya menyerupai monyet kecuali di bahagian mata kerana saiz matanya yang agak besar dan menakutkan. Kongkang mempunyai bulu yang seakan sama dengan warna dahan pokok untuk memudahkan penyamaran. Jika pemangsa dikesan menghampirinya, Kongkang akan berhenti bergerak dan statik sehingga ancaman pergi jauh darinya serta mempunyai gigitan toksik untuk menghalang pemangsa daripada memakannya. Berdasarkan karya tersebut, pengkarya ingin menyampaikan mesej ini bahawa pentingnya mengekalkan populasi Kongkang ini di dunia. Hal ini kerana, populasi Kongkang yang semakin terancam kerana spesis ini sangat diinginkan oleh semua pemburu. Joehanes Douglash Anak Jonathan "The Adventure of Slowloris" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan


Cetakan timbulan merupakan kaedah pencetakan di mana blok cetakan, plat atau matriks yang telah menggunakan dakwat pada permukaannya timbul, dibawa bersentuhan dengan kertas. Permukaan timbul (atasan) akan meninggalkan dakwat di atas kertas manakala kawasan permukaan bawahan tidak seperti karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The Muse”. Monyet belanda atau proboscis monkey merupakan monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo. Pengkarya memilih monyet belanda sebagai subjek utama kerana tidak ramai orang yang mengetahui asal usulnya. Monyet ini diberikan nama timangan monyet belanda kerana ia disamakan oleh orang tempatan dengan penjajah Belanda yang demikian besar perut dan hidungnya. Karya ini melambangkan ketakutan terhadap ancaman manusia yang memusnahkan habitatnya melalui aktiviti pembalakan yang semakin berleluasa, lalu monyet belanda ini hidup bersendirian daripada kelompoknya setelah melarikan diri ketakutan apabila manusia semakin mementingkan diri mereka untuk memusnahkan habitatnya demi keuntungan diri sendiri. Emilly Roxanne "The Muse" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat seperti karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “Delphinidae”.Dophin atau nama dalam Bahasa Melayu nya iaitu ikan lumba-lumba dijadikan sebagai subjek utama oleh pengkarya. Ikan lumba-lumba adalah sejenis haiwan yang cerdas dan tergolong dalam keluarga haiwan jenis mamalia.Hal ini kerana ikan lumba-lumba akan timbul ke permukaan laut untuk menghirup udara,berdarah panas dan melahirkan anak.Ikan lumba-lumba tergolong dalam keluarga Delphinidae iaitu nama saintifik bagi jenis ini.Fakta menarik mengenai ikan lumba-lumba ini adalah mereka menggunakan siulan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. FEDERICK RODGER "DELPHINIDAE" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang mempunyai pelbagai kelebihan kerana hasil boleh dilakukan berulang-kali yang disebut edisi, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “Eye Of Deer”. Rusa adalah haiwan mamalia yang termasuk dalam keluarga Cervidae. Keluarga ini dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok Cervinae yang mencakup Kijang dan Elk sereta kelompok Capreolinae yang mencakup Rusa Kutub dan Moose. Spesies Rusa ditemukan di seluruh benua kecuali di Australia dan Antartika, spesies Rusa paling banyak ditemukan di Asia. Keistimewaan Rusa adalah memiliki tanduk yang merupakan pertumbuhan tulang yang sentiasa berkembang setiap tahun. Dalam karya ini menunjukkan seekor Rusa yang menatap ketakutan ke arah audien dengan berselindung di belakang batang pokok. Matanya seakanakan berbicara supaya kemusnahan hutan dihentikan dan mereka dapat hidup dengan bebas tanpa ketakutan. Bukan itu sahaja, warna yang kontra digunakan jelas mewujudkan keunikan dalam karya ini kerana dapat menimbulkan kesan menarik. MERRISA HAGUE "EYE OF DEER” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan


Cetakan ialah proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa kepingan hasilan yang disebut edisi. Seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “En Memoria De Koko” dalam Bahasa Spanyeol yang bermaksud “In Memory Of Koko”. Koko merupakan seekor Gorilla betina yang terkenal selepas dikenalkan sebagai seekor Gorilla yang terpandai yang mempunyai IQ sebanyak 75 hingga 95.Koko lahir pada 4 July 1971 dan meninggal pada 19 June 2018. Pengkarya menghasilkan karya tersebut untuk memperkenalkan kewujudan Koko, Gorilla terpandai di dunia. Gorilla iaitu primat herbivor yang tinggal di hutanhutan tropika Afrika tengah. Pengkarya memilih Gorilla sebagai subjek utama kerana keunikannya yang hampir sama seperti manusia. Antaranya, DNA Gorilla sangat menyerupai manusia, kira-kira dalam 95%~99% dan merupakan saudara evolusi terdekat Manusia selepas Chimpanzi. Brenda Pura Kulai "En Memoria De Koko" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Celin "The Chelonioidea " 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Seni cetakan ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Seni cetakan dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan karya. Penghasilan ulangan cetakan edisi dan dikira sebagai hasil akhir. Cetakan yang dihasilkan oleh pengkarya ialah “The Chelonioidea”. Penyu lipas ataupun nama saintifiknya “The Chelonioidea” merupakan hidupan di laut. Penyu lipas adalah penyu terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia. Purata saiz badannya adalah antara 15-65 sm Panjang dengan berat badannya sehingga 50 kg. Musim bertelurnya antara Mac-Jun dengan purata 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya bulat, kulit yang lembik dan bergaris pusat 4.0 sm. Berdasarkan karya tersebut, warna biru melambangkan air laut yang tenang manakala warna hitam disebaliknya melambangkan haiwan di dalam air laut telah terancam akibat daripada minyak bot nelayan yang mencemari hidupan akuatik. Penyu juga merupakan hidupan akuatik di laut. Maka, kita perlu mengukuhkan ikatan dan bekerjasama bagi memelihara sungai kita tanpa perlu menoleh ke belakang sebaliknya mengatasi masalah tersebut secara bermaufakat kerana muafakat membawa berkat. Seni cetakan ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Seni cetakan dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu unutk menghasilkan karya. Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira sebagai hasil akhir. Cetakan yang telah dihasilkan oleh pengkarya ialah “The Ox & Common Myna Continuity”. Seladang atau nama saintifiknya, Bos gaurus merupakan mamalia darat kedua terbesar di Malaysia selepas gajah. Biasanya, spesies ini tinggal di hhutan Tropika atau mendiami kawasan hutan tanah pamah. Usia matang seladang yang berada dalam kurungan adalah sekitar dua tahun empat bulan. Di habitat asal, pembiakan spesies ini berlaku sepanjang tahun walaupunu terdapat empoh kemuncak antara bulan Disember dan Jun. Berdasarkan karya yang telah diolah, pengkarya meluahkan perasaan dimana seladang yang semakin pupus serta kehidupannya yang hanya dengan burung tiong. Ekspresi yang ditunjukkan oleh seladang menunjukkan bahawa ia di dalam kepupusan spesiesnya. Bentuk badan burung tiong tidak begitu nampak menunjukkan bahawa burung tiong tidak semestinya akan menemani seladang setiap masa. Maka pentingnya untuk rakyat di muka bumi unutk memelihara dan mengekalkan haiwan yang unik ini supaya haiwan dalam hutan hujan tropika dapat dipelihara. MUHAMMAD ALSYKHIN BIN OSMAN “The Ox & Common Myna Continuity” 21cm x 29.7cm Cetakan Timbulan


Diana Emilia "the fantastic dolphin’’ 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan proses terapan blik atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan juga mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa kepingan hasilan yang disebut edisi seperti yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu ‘’the fantastic dolphin’’ yang dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang melompat -lompat di atas ombak yang bergelora. Pengkarya memilih haiwan ini sebagai subjek utama karya kerana ikan lumba-lumba ini mempunyai keistimewaan tersendiri seperti ikan ini dianggap sebagai mamalia yang paling cerdas di muka bumi dan juga mamalia ini memiliki intuisi yang tajam. Sikap mereka juga baik di lautan dan juga kepada manusia. Berdasarkan karya tersebut, pengkarya meluahkan perasaan yang tenang dan damai. Oleh sebab itu, pengkarya menggunakan warna yang sejuk seperti warna biru dan putih. Maka, pentingnya untuk menjaga dan meniru sikap lumba-lumba yang cerdas ini. Cetakan ada;ah sesuatu bidang pengkaryaan yang semua hasil karyanya dianggap asli serta mempenuyai nilai estetik, seperti karya yang dihasilkan oleh pengkarya “The Stripes” . Karya ini dikenali sebagai harimau, juga dikenali sebagai Pak Belang atau Raja Rimba. Pengkarya memilih haiwan ini sebagai subjek utama kerana harimau adalah lambang negara Malaysia yang terdapat dalamJata Negara. Berdasarkan karya “The Stripes”, seekor harimau merehatkan diri di sebuah hutan yang berwarna hitam. Pengkarya ingin menunjukkan perasaan kebimbangan terhadap kepupusan harimau akibat pencemaran alam sekitar yang dilakukan oleh manusia. Reanne Giana Leonard "The Stripes" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "Freedom" yang dikenali sebagai burung Rasmi di Sarawak. Burung Kenyalang memiliki saiz bentuk yang besar dan menarik. Pengkarya memilih Burung Kenyalang sebagai subjek utama kerana populasi Burung Kenyalang semakin terancam dan sukar untuk dijumpai. Berdasarkan karya tersebut, pengkarya meluahkan perasaan mengenai seekor Burung Kenyalang yang terasing daripada spesiesnya demi menyelamatkan nyawa. Burung Kenyalang tersebut membawa diri jauh daripada petempatan manusia agar hidupnya tidak terancam. Oleh itu, melalui karya ini pengkarya berharap agar masyarakat bekerjasama untuk menjaga dan memelihara kehidupan Burung Kenyalang daripada terus pupus dan terancam. Angela Janta "Freedom" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan


Daphne Wynessa anak Alvin "The Life of Painted Terrapin" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa kepingan hasilan yang disebut edisi. Dalam sesuatu edisi itu, semua hasil cetakan dianggap karya asli. Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok seperti karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The Life Of Painted Terrapin”. Pengkarya memilih Tuntung Laut sebagai subjek utama. Tuntung Laut atau nama saintifiknya Callagur Borneoensis merupakan sejenis haiwan afimbia yang bercengkerang keras. Spesies inibiasanya bertelur di pantai berpasir berdekatan muara sungai. Tuntung laut jantan dewasa akan bertukar warna di sepanjang musim membiak. Bahagian atas kepalanya bertukar menjadi keputih-putihan dan tanda jalur merah menyala menjadi semakin jelas di antara mata dan permukaan karapasnya pula akan mempunyai tompok-tompok hitam besar. Tuntung Laut merupakan haiwan terpelihara di Malaysia dan pusat pemuliharaan Tuntung ditubuhkan di tempat Tuntung Laut bertelur seperti di sungai Perak. Karya ini menunjukkan bahawa Tuntung Laut merupakan spesies terancam pada masa kini dan hendaklah dipelihara untuk mengelakkan kepupusan spesies Tuntung Laut di Malaysia. Darrel Max Chambai "The Loneliness Panda" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "The Loneliness Panda" yang dikenali sebagai Panda yang hampir pupus populasinya. Berdasarkan karya yang dihasilkan, pengkarya meluahkan perasaan mengenai spesies Panda yang hampir pupus. Hal ini dibuktikan apabila Panda di negara China semakin berkurangan akibat berlakunya pencemaran alam yang memusnahkan habitat mereka iaitu pokok buluh. Oleh itu, melalui karya yang dihasilkan pengkarya berharap agar habitat Panda dijaga oleh semua masyarakat. AZEELIA SONIA GENA "The Great Eagle" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan “The Great Eagle” iaitu burung helang merupakan haiwan yang dipilih oleh pengkaji sebagai karya dalam kerja kursus seni visual. Seperti yang kita tahu, burung helang merupakan lambang keberanian yang mampu terbang bebas di udara. Helang juga terkenal dengan kelebihan penglihatan yang sangat tajam sehingga dapat mengesan mangsa yang jauh berpuluhpuluh meter. Oleh sebab itu, burung helang dijadikan sebagai subjek utama dalam karya ini kerana habitat helang semakin hari semakin pupus disebabkan oleh perbuatan pemburuan manusia walaupun helang dikenali sebagai haiwan yang agung. Karya ini dihasilkan melalui kaedah cetakan di mana prises terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa kepingan hasilan yang disebut edisi. Dalam sesuatu edisi itu, semua hasil cetakan dianggap karya asli. Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.


AUDREY RACHEAL "THE ZEB" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, dan unik, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "The Zeb" yang merupakan seekor kuda belang, pengkarya memilih kuda belang sebagai subjek utama karya, kerana kuda belang mempunyai warna yang menonjol dan mempunyai nilai-nilai estetik yang tersendiri. Kuda belang merupakan seekor haiwan yang terancam kerana manusia ingin mengambil kulitnya untuk dijadikan pakaian. Dengan itu, kuda belang dilindungi dan diletakkan di bawah akta haiwan perlindungan. Kuda belang juga sangat popular dalam kalangan masyarakat kerana warnanya dan jarang dijumpai di Malaysia. Di belakang kuda belang merupakan pokok kering yang berada di atas bukit. Subjek kedua pula merupakan seekor burung helang. Burung helang sangat kerap dijumpai di Hutan Hujan Tropika, dan di Malaysia, burung helang dijadikan tarikan pelancong seperti di Pulau Langkawi. Andyson Gilbert "The Last Of Haliastur Indus" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan dapat didefinasikan sebagai proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan atau proses menekap huruf dan gambar di atas kertas, kain dan di dinding, seperti karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “ The Last of Haliastur Indus “. Pengkarya memilih burung helang merah sebagai subjek utama kerana burung helang merah ini susah untuk ditemui pada masa kini. Burung helang merah merupakan burung pemangsa, mempunyai sayap dan bulu pelepah putih pada kepala dan pada dadanya serta paruhnya yang tidak bergigi. Salah satu keunikan burung helang merah ialah mereka mampu menggunakan kelebihan termal udara panas untuk membantu mereka meluncur dengan cepat. Berdasarkan karya haiwan yang dihasilkan ini, burung helang merah semakin dilanda kepunahan akibat aktiviti manusia iaitu pemburuan. Oleh itu, burung helang merah sangat susah untuk didapatkan kerana spesis tersebut semakin terancam. Machlyn Inchi Anak Lagat "The Two Rhinoceros" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "The Two Rhinoceros" yang dikenali sebagai badak sumbu, pengkarya memilih badak sumbu sebagai subjek utama karya, kerana badak Sumatera terakhir Malaysia dilaporkan mati di Santuari Badak Borneo. Pada tahun 2015, Badak sumbu Sumatera diisytiharkan pupus di Malaysia. Harapan saya ialah masyarakat hendaklah menghormati kehidupan liar yang telah pupus.


Mangelica Chemai Anak Masing "The Chelonia Mydas" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Cetakan mempunyai nilai estetik yang tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The Chelonia Mydas” yang juga dikenali sebagai penyu hijau. Taburan penyu ini meluas di lautan tropika dan subtropika seluruh dunia dengan dua populasi berbeza di lautan- lautan Atlantik dan Pasifik. Pengkarya memilih penyu sebagai subjek utama kerana ingin menghargai kewujudan penyu yang semakin pupus akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab manusia. Maka, kita harus saling bekerjasama dalam memelihara hidupan laut agar populasi mereka tidak berkurang akibat diancam kepupusan. Magdalene Anak Jais "The Black Chelonioidea” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia merupakan blok cetakan yang telah menggunakan dakwat pada permukaan timbul, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "The Black Chelonioidea" yang dikenali sebagai penyu. Pengkarya memilih penyu sebagai subjek utama karya, kerana habitat penyu diancam kepupusan akibat semula jadi dan ancaman manusia. Peranan penyu terhadap ekosistem ialah bertindak sebagai spesies penunjuk dalam ekosistem dengan ia menujukkan sebarang tanda perubahan disebabkan perubahan persekitaran. Harapan saya ialah, masyarakat haruslah menjaga habitat penyu agar tidak diancam kepupusan. Dhiya Izzati “Our Last Wave” 21cm x 29.7cm Cetakan Timbulan Pengkarya telah memilih ikan lumba-lumba sebagai subjek utama dalam karyanya yang bertajuk “Our Last Wave”. Seperti yang kita ketahui, ikan lumba-lumba ialah mamalia laut yang sangat pintar dan mudah dilatih oleh manusia. 2 ikan lumba-lumba yang terdapat di dalam karya adalah sepasang kekasih yang cuba memperbaiki hubungan mereka. Kesan ketidaksamarataan di dalam karya jelas menunjukkan perjuangan kedua mamalia tersebut dalam menempuh segala duri ranjau dan kesakitan yang dirasai oleh kedua-duanya ketika bersama. Akhirnya, mereka telah memutuskan untuk melepaskan hubungan tersebut setelah berkali-kali gagal. Karya ini dihasilkan melalui kaedah cetakan, iaitu kaedah perectakan di mana blok cetakan, plat atau matriks yang telah menggunakan dakwat pada permukaanya timbul (atasan) akan meninggalakam dakwat di atas kertas, manakala kawasan permukaan bawahan tidak.


Tommy Anak Thomas "The Lonely Red Panda" 29.7cm x 21 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan dianggap asli, seperti dalam karya yang dihasilkan pengkarya iaitu “The Lonely Red Panda” yang dikenali sebagai panda yang lebih rendah, kucing beruang merah, beruang kucing merah, dan musang merah adalah mamalia yang berasal dari Himalaya timur dan barat daya China. Pengkarya memilih Panda Merah kerana spesies yang jarang diketahui oleh orang ramai. Panda Merah mempunyai bulu coklat kemerah-merahan, ekor panjang, berkerut, dan berjalan lengan kerana kakinya yang lebih pendek. Panda Merah adalah kira-kira saiz kucing domestik, walaupun dengan badan yang lebih panjang dan agak berat. Ia adalah arboreal, makan terutama pada buluh, tetapi juga makan telur, burung, dan serangga. Panda Merah adalah haiwan bersendirian, terutamanya aktif dari senja hingga subuh, dan sebahagian besarnya tidak aktif pada siang hari. Berdasarkan karya tersebut, pengkarya meluahkan perasaan dimana panda merah sedang diancam kepupusan yang hanya menunggu masa untuk dilupakan oleh generasi muda. Maka, pentingnya untuk orang ramai mengetahui tentang kewujudan panda merah untuk memelihara haiwan yang begitu unik. Daryl Jawan Anak William Cannon Essau "The Elephant In The Forest” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "The Elephant In The Forestl". Gajah merupakan mamalia besar daripada keluarga Elephantidae dan order Proboscidea. Gajah juga merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di berbagai habitat, seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Ia cenderung berada di tepi air. Ia dianggap sebagai spesies kunci kerana impaknya terhadap alam sekitar. Terdapat dua spesies gajah yang diakui, iaitu gajah Afrika (Loxodonta africana) dan gajah Asia (Elephas maximus). Gajah Afrika mempunyai telinga yang besar, punggung yang cekung, kulit yang lebih berkerut, kawasan perut yang miring, dan dua sambungan seperti jari di hujung belalai. Telinga gajah Asia lebih kecil, punggungnya cembung, kulitnya lebih halus, kawasan perutnya mengufuk dan kadang-kadang melengkung di tengah, dan hujung belalainya hanya mempunyai satu sambungan. Tonjolan di gigi geraham gajah Asia lebih sempit bila dibandingkan dengan geraham gajah Afrika yang berbentuk seperti berlian. Gajah Asia juga mempunyai benjolan di bahagian dorsal kepalanya dan tanda depigmentasi di kulitnya.Secara umum, gajah Afrika lebih besar daripada gajah Asia. Namun, pada masa kini hanya ada sedikit sahaja bilangan gajah yang masih hidup akibat daripada aktiviti manusia memburu habitat mereka secara haram. Masyarakat pada masa kini perlu sedar bahawa haiwan ini perlu dipelihara dan dikekalkan bagi generasi yang akan datang melihat gajah secara realiti dan bukannya dalam gambarsahaja. Fathin Fathnin “The Lonely Snow Leapard” 21cm x 29.7cm Cetakan Timbul Pada 3000 SM cetakan timbul telah dihasilkan oleh orang Sumeria sdengan Salinan kulit kerrang di atas tanah liat yang berbentuk 4 segi. Cetakan mempunyai keistimewaan tersendiri kerama dapat menghasilkan beberapa kepingan hasilan yang disebut sebagai edisi. Dalam konteks tersebut, semua hasil cetakan dianggap karya asli. Definisi untuk cetakan pula merupakan proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas seperti kain, kertas atau bahan yang lain. Pada asasnya, cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Bukan itu sahaja, malah keunikan cetakan ini, blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang sama berulang kali. Dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya tersebut telah membuktikan bidang pengkaryaan ini sangat menarik dan mempunyai nilai estetik tersendiri. Karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The lonely snow leapard” . Snow leapard atau dikenali sebagai harimau bintang salji. Snow leapard ini dijadikan sebagai subjek utama oleh pengkarya yang diletakkan di atas batu yang besar. Keunikan snow leapard ini adalah saiz dan corak pada badannya yang menjadi focus dalam karya tersebut. Snow leapard diletakkan bersendirian di atas batu besar berhampiran dengan air terjun. Habitat harimau bintang salji juga hidup bersendirian. Karya i]ini menunjukkan tidak semua habitat harimau bintang hidup dalam kekeluargaan dan ada juga yang berdikari untuk mencari kehidupan sendiri. Bukan itu sahaja, harimau bintang salji ini membiasakan dirinya ditempat yang tenang tanpa ada ancaman daripada binatang buas yang lain kerana ini juga membuktikan harimau bintang salji tersebut melindungi dirinya tanpa bantuan spesiesnya yang lain.


Annasthassia Sherra Ida Anak Jade "Panther The Black Cat" 29.7cm x 21 cm Cetakan Timbulan Cetakan timbul merupakan proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak dan ia dapat membuat karya menjadi menarik dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri seperti karya yang telah dihasilkan oleh pengkarya iaitu “Panther The Black Cat” yang dikenali sebagai spesies lain harimau seperti jaguar dan harimau bintang yang hanya akan ditemui di kawasan yang mempunyai tumbuhan yang lebat sahaja. Pengkarya memilih Harimau kumbang sebagai subjek utama kerana ia merupakan pemburu dalam senyap berbeza dengan spesis harimau yang lain. Bulu harimau kumbang yang gelap mampu dijadikan penyamaran dengan lingkungan sekitar dengan mulus oleh itu,Harimau kumbang dapat bertahan hidup dan membesar dengan lebih baik. Berdasarkan karya tersebut meluahkan perasaan harimau kumbang yang semakin berkurang habitatnya akibat sering diburu dan diancam oleh manusia. Pengkarya berharap habitat ini akan kekal hidup untuk menjaga hutan tropika supaya tidak dimusnahkan. Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “ The Black Manatees”. Dugong merupakan sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu daripada empat spesis Sirenia yang masih hidup selain manati. Pengkarya memilih haiwan ini sebagai subjek utama kerana dugong merupakan spesis yang hampir pupus. Harapan pengkarya supaya haiwan ini tidak diancam pupus. Nursafina Abdul Rashid "THE BLACK MANATEES” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Melissa “The Black Turtle” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan timbulan ialah merupakan proses mengukir sebuah blok kayu ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.Keistimewaan cetakan ini juga mampu menghasilkan keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The Black Turtle” yang dikenali sebagai haiwan tinggal di kawasan laut atau pantai.Pengkarya memilih penyu sebagai subjek utama kerana keunikan haiwan spesies ini yang mampu menarik pelancong dari luar negara.Antaranya penyu mampu membuatkan pelancong tertarik dengan cara mereka hidup di kawasan laut. Berdasarkan karya tersebut, pengkarya dapat meluahkan perasaan dimana penyu semakin pupus serta terancam ibarat kehidupan penyu semakin sunyi disebabkan semakin terancam.Daripada karya tersebut, sangat penting untuk semua pihak menjaga serta memulihara kehidupan spesies ini.


Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan di mana blok cetakan, plat atau matriks yang telah menggunakan dakwat pada permukaannya timbul, dibawa bersentuhan dengan kertas. Permukaan timbul akan meninggalkan dakwat di atas kertas manakala kawasan permukaan bawahnya tidak seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The Fierce Eagle”. Burung helang adalah burung mangsa dari keluarga helang iaitu burung yang paling hebat daripada urutan burung. Oleh itu, burung ini telah menjadi simbol bagi masyarakat di banyak negeri. Bukan itu sahaja, burung Helang juga dijadikan subjek utama kerana ia mampu untuk mempengaruhi audien supaya berfikir untuk tidak memburu mereka . Hal ini dikatakan demikian kerana burung Helang merupakan burung memiliki kebebasan yang lain daripada burung lain dan dsebabkan itu ia mampu terbang tinggi daripada burung yang lain. Ester Elizabeth "The Fierce Eagle" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Fancylyana Lawi "The Greetest Hornbill" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "The Greetest Hornbill". Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang (Rhinoceros Hornbill) merupakan ikon utama Sarawak Bumi Kenyalang. Menurut istilah saintifiknya lebih dikenali sebagai Buceros Rhinoceros. Burung Kenyalang mampu untuk membesar sehingga 110 – 127 cm dan beratnya boleh mencecah sehingga 2 – 3 kg bagi burung kenyalang dewasa dan kerana itulah burung ini dikategorikan sebagai spesis burung enggang terbesar di dunia. Tujuan pengkarya memilih burung ini sebagai subjek utama adalah ini menyampaikan bahawa habitat burung ini semakin hari semakin pupus akibat perbuatan manusia. Oleh itu, pengkarya ingin memberi kesedaran kepada audien bahawa habitat burung ini perlulah dijaga kerana ia merupakan haiwan liar yang sangat berharga kepada negara untuk dijadikan tatapan generasi akan datang. Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “Sand of Kame”. Penyu adalah sejenis reptilia lautan daripada superkeluarga Chelonioidea dari oder Testudines. “KAME” ialah membawa maksud penyu dalam bahasa Jepun. Penyu juga boleh dijumpai di kesemua lautan ataupun pasir kecuali wilayah berhampiran kutub bumi. Pengkarya memilih haiwan ini sebagai subjek utama karya kerana “Penyu” ini adalah salah satu haiwan yang terancam di dunia. Penyu terancam dan mengalami kepupusan kerana telurnya diambil dan dijual laris di pasaran dengan harga yang sangat tinggi. Dua ekor penyu di dalam karya tersebut merupakan spesies penyu belimbing yang mengalami kepupusan kerana sikap manusia yang tidak bertnggungjawab. Oleh itu, pengkarya memilih haiwan ini dijadikan ilham di dalam karya.. Maria Eidelwise Genta "Sand of kame" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan


Cetakan timbulan merupakan kaedah percetakan di mana blok cetakan, plat atau matriks yang telah menggunakan dakwat pada permukaannya timbul, dibawa bersentuhan dengan kertas. Permukaan timbul (atasan) akan meninggalkan dakwat di atas kertas, manakala kawasan permukaan bawahan tidak seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “The Predator and Prey”. Burung helang merupakan salah satu spesis yang dikenali “Helang Botak” atau “Bald Eagle” dan didapati di negara Amerika Syarikat sahaja. Karya menunjukkan seeokor burung helang memburu dan menangkap ikan yang hidup di laut. Pengkarya memilih burung helang tersebut sebagai subjek utama kerana burung helang botak merupakan lambang kebebasan yang terbang di langat dan memburu mangsanya untuk meneruskan hidupnya. Dalam karya tersebut, pengkarya ingin meluahkan perasaan di mana burung helang bukan sahaja memburu untuk hidup, malah mencari makanan untuk membesarkan anaknya dan memain peranan yang penting dalam rantai makanan. Mohd Hafizzudin “The Predator and Prey” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cyrill Lim "Secret Of Unity" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik kerana ia memiliki nilai estetiknya tersendiri. Bukan itu sahaja, cetakan juga mampu menghasilkan banyak kepingan karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “Secret Of Unity” ,seperti yang diketahui ialah secret merupakan rahsia manakala unity merupakan perpaduan. Oleh itu, tajuk ini dipilih kerana pengkarya ingin menujukkan perpaduan antara beberapa haiwan liar iaitu Panda, Zifarah dan Gajah. Perpaduan merupakan sesuatu penting dalam sesebuah habitat kerana jika tiada perpaduan perbalahan boleh terjadi dalam kalangan haiwan liar ini. Bukan itu sahaja, warna yang pengkarya pilih juga memainkan peranan penting iaitu hijau, hitam, putih yang jelas digunakan untuk menimbulkan suasana nyaman dan selesa. Warna ini juga dapat menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang. Farah Anak Fendy "A Lonely Panda in a Sugarcane Field" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Seni cetak dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan karya.Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira sebagai karya asli. Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "A Lonely Panda in a Sugarcane Field" yang dikenali sebagai panda yang merupakan sejenis mmalia sekarang dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae), yang berasal dari China Tengah. Warna hitam putih panda memiliki dua fungsi yang berbeza iaitu kamuflase dan komunikasi. Sebahagian besar wajah, leher, perut, dan leher panda yang berwarna putih untuk membantu bersembunyi di tempat bersalji. Manakala lengan dan kakinya yang berwarna hitam dapat membantunya bersembunyi di tempat teduh. Tanda pada wajah panda yang khas digunakan untuk berkomunikasi dengan panda yang lainnya. Panda merupakan salah satu daripada spesis haiwan yang populasinya diancam kepupusan akibat pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupuan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.


Muhamad Farhan Bin Naqiuddin "The Magnificenc of Macaw" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "The Magnificence of Macaw" yang dikenali sebagai burung Kakak Tua Biru Kuning, pengkarya memilih burung kakak tua sebagai subjek utama karya, kerana mempunyai keunikan iaitu makaw ini dapat meniru pertuturan manusia ia tidak benar-benar bercakap, tetapi boleh mengeluarkan bunyi yang sama dan mengeluarkan bunyi yang sama dan mengulang perkataan. Pengkarya juga menampilkan paku pakis iaitu tumbuhan yang sering dijumpai di lantai-lantai hutan yang sesuai untuk menindahkan alam sekitar. Dalam karya ini juga, pengkarya menggunakan warna harmoni iaitu menggunakan warna sejuk dan warna panas iaitu warna hitam, warna coklat dan warna hijau. Pengkarya menunjukkan keseimbangan hidupan alam sekitar iaitu mempunyai tumbuhan dan haiwan. Selain itu, pengkarya menampilkan seekor burung yang bersendirian mengambarkan seseorang yang harus berdikari dalam sebuah kehidupan kerana tiada yang kekal lama dan tiada tempat untuk bergantungan hidup. Muhamad Farhad Bin Naqiuddin "The Nepenthes Red Panda" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan ialah proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan. Cetakan juga mempunyai kelebihan iaitu boleh dilakukan secara berulang-kali. Seperti dalam karya pengkarya mewarnakan blok mengggunakan media basah dan permukaan yang tidak dipahat akan terkena warna dan terhasil. Hasil cetakan yang terhasil kelihatan menarik dan estetik seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu "The Nepenthes Red Panda" iaitu gabungan nama red panda dan nama sainstifik periuk kera, pengkarya memilih red panda sebagai subjek utama karya, kerana red panda ialah haiwan yang unik dan salah satu haiwan yang hidup bersendirian serta aktif pada waktu malam. Haiwan ini adalah salah satu haiwan yang terancam daripada kepupusan akibat kehilangan habitat. Pengkarya memilih periuk kera kerana pokok ini sangat unik kerana tumbuh di kawasan tanah yang berasid dam salah satu tumbuhan jenis karnivor yang memakan serangga untuk dijadikan sumber makanan yang membekalkan nitrogen. Pengkarya memilih hutan untuk dijadikan latar belakang kerana hutan adalah habitat bagi hidupan liar tersebut. Pengkarya juga menggunakan unsur kepelbagian iaitu dari segi penggunaan warna yang pelbagai yang terdiri daripada hijau, hitam dan coklat. Pengkarya juga menggunakan Teknik keseimbangan iaitu subjek utama dan subjek sampingan seimbang pada bahagian kiri dan kanan. Dalam karya ini pengkarya ingin menunjukkan semua hidupan saling memerlukan antara satu sama lain iaitu dalam karya menunjukkan Kerjasama antara dua buah negara iaitu Malaysia dan China bagi memelihara hidupan liar contohnya Malaysia salah satu negara yang memulihara panda dan menghantar semula ke China apabila cukup umur ini menunjukkan negara Malaysia dan China saling memerlukan bagi menangani masalah kepupusan hidupan liar.


Cetakan merupakan salah satu bidang pengkaryaan yang sangat menarik, ia mempunyai nilai estetik tersendiri, seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “ Le Seul Cheval Dans La Mer” yang merupakan kuda laut. Pengkarya mendapat inspirasi untuk memilih kuda laut sebagai subjek utama kerana kuda laut tergolong dalam spesies ikan tetapi mempunyai bentuk yang unik. Kepala dan muncungnya panjang berleher menyerupai kuda begitu juga dengan ekor badan. Ciri-ciri yang sangat unik, kuda laut jantan yang bertugas untuk melahirkan, kuda laut betina akan menyimpan telur di dalam kantung yang berada pada dada si jantan, kemudian akan dibuahi selama 10 hari hingga 6 minggu. Kuda laut ini ialah salah satu haiwan yang boleh digunakan sebagai perubata. Berdasarkan karya yang dihasilkan, pengkarya ingin menyebarkan mesej untuk memelihara populasi yang unik ini untuk mengekalkan populasi kuda laut yang semakin pupus atas faktor keperluan perubatan. Clarissa Inez "The Vegetarian Tapir" 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan Cetakan timbulan ialah proses mengukir dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak sama seperti dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu “ The Vegetarian Tapir”. Tapir mudah dikenali dari cirinya yang berupa “pelana”. Bulu-bulu di bagian lain tubuhnya berwarna hitam kecuali ujung telinganya yang berwarna putih. Binatang lain mungkin mengiranya batu besar dan bukannya mangsa saat tapir berbaring atau tidur. Dalam karya ini, tapir merupakan salah satu haiwan herbivor dan tidak memakan daging. Ia hanya mencari makanan berupa ubi empuk dan daun-daunan dari lebih 115 jenis tumbuhan. Tapir juga merupakan haiwan yang penyendiri dimana mereka mampu membela diri dengan rahang yang kuat serta giginya yang tajam. Roldan Elmynovich Tija " le seul cheval dans la mer” 21cm x 29.7 cm Cetakan Timbulan


Printing Artwork 2023 Gardenia Gloxinia Semester3 Sesi 2022/2023 By: cikgu H.SZA -Tamat


Click to View FlipBook Version