The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasliza.ezza, 2021-09-09 10:03:55

1.BENTUK SENI VISUAL (SUBJEK)

1.BENTUK SENI VISUAL (SUBJEK)

BENTUK
SENI VISUAL

SUBJEK
ASPEK FORMAL
KANDUNGAN DAN KONTEKS

SUBJEK (TEMA)

fenomena Kebudayaan keagamaan kepercayaan
Teknologi utility Lain-lain

❑ Merupakan kajian bagi pengkarya dalam melahirkan ekspresi dan memberi
mesej tertentu dalam pengolahan karya.

❑ Terdiri dari HAL BENDA yang menjadi perkara utama dalam sebuah karya. Hal
benda adalah imej utama yang digunakan menyampaikan TEMA tertentu.

❑ Pelbagai imej dalam hal benda boleh diolah secara realistic ataupun abstrak
berdasarkan tema yang ingin disampaikan dalam sebuah karya.

❑ Pelbagai tema yang dapat diampaikan melalui olahan hal benda dalam
sesebuah karya seperti diatas.

FENOMENA

Kebudayaan keagamaan kepercayaan
utility Lain-lain
Teknologi

❑ Adalah sesuatu kejadian yang benar-benar berlaku dapat diperhatikan atau
dilihat. Fanomena boleh membawa kepada pelbagai perkara yang berkaitan
tanda kewujudan, keajaiban, fakta kejadian petanda atau gelagat.

❑ Berlaku secara semulajadi. Sama natural atau perbuatan manusia.

❑ Berlaku dalam peristiwa semasa cth: FB/EMAIL/ GOOGLE MEET dan peristiwa
sejarah. Cth: PEPERANGAN

❑ Berlaku dalam bentuk pengalaman sama ada pengalaman peribadi cth:
PEKERJAAN, MIMPI, KEJAYAAN ataupun pengalaman sosial cth: KEMERDEKAAN,
PERGAULAN

❑ Hal benda atau imej yang berkaitan dengan fenomena boleh dijadikan idea atau
digunakan sebagai tema dalam penghasilan karya seni visual

FENOMENA [contoh karya]

Kebudayaan keagamaan kepercayaan
utility Lain-lain
Teknologi

Pelukis: Abdullah Ariff
Tajuk: 'Bumi Bahagia Lombong Bijih
Malaya(1960)
Media : cat air

Pelukis: Mohd Hoessein Enas
Tajuk: Memetik Daun Tembakau di Kelantan
(1962)
Media : cat minyak

KEBUDAYAAN

fenomena keagamaan kepercayaan
Teknologi Lain-lain
utility

❑ Ialah kemajuan fikiran dan akal budi yang mewujudkan tamadun atau peradapan
dalam kehidupan manusia.

❑ Kebudayaan dalam kehidupan manusia melibatkan keseluruhan cara hidup manusia
yang bersifat turun temurun serta lahir daripada generasi ke generasi

❑ Bidang kebudayaan terbahagi kepada beberapa aspek iaitu: 1. fikiran/ idea (ilmu
pengetahuan, Bahasa, falsafah, dan kepercayaan) 2. kebendaan/ material( seni
bina, alat, mesin, makanan dan ubat-ubatan) 3. kesenian(seni lakonan, tarian,
muzik, lukisan, dan kraf tangan) 4. nilai dan norma(undang-undang, perlakuan,
adab sopan dan upacara)

❑ Dalam penghasilan karya,pelbagai imej yang boleh ditampilkan imej material
seperti: senjata, perabot, peralatan domestik serta imej kebudayaan bukan material
seperti tarian, upacara, ritual atau pelbagai perlakuan yang melibatkan kepercayaan.

KEBUDAYAAN[contoh karya]

fenomena keagamaan kepercayaan
Teknologi Lain-lain
utility

Pelukis:Ismail Embong
Tajuk : etnik-etnik di
Malaysia

KEAGAMAAN

fenomena Kebudayaan kepercayaan
Teknologi utility
Lain-lain

❑ Ialah sesuatu yang berkaitan dengan agama iaitu melibatkan keperayaan
kepada tuhan atau sesuatu yang dipercayai amat berkuasa.

❑ Dalam olahan karya seni visual pelbagai imej yang melibatkan keagamaan dapat
diwujudkan sebagai tema atau penampilan hal benda.

❑ Antara imej kritikan sosialyang berkaitan dengan upacara keagamaan ,
perbuatan, objek-objek atau gabungan pelbagai imej yang menjadi simbol
dalam sesuatu agama

KEAGAMAAN[contoh karya]

fenomena Kebudayaan kepercayaan
Teknologi utility
Lain-lain

Pelukis:Arl Heinrich Bloch
Tajuk: Sermon on The Mount
Media : cat minyak (1977)

Pelukis:Hasnul Jamal Saidon
Tajuk: Mohon/ ask
Media :cat minyak (2010)

KEPERCAYAAN

fenomena Kebudayaan keagamaan
Teknologi utility Lain-lain

❑ Ialah sesuatu yang diyakini pada sesuatu kebenaran, perkara atau benda. Secara
psikologi, kepercayan bermaksud keadaan jiwa yang memihak pada sesuatu
pihak atau sesuatu yang dieprcayai benar atau sahih.

❑ Kepercayaan melibatkan keyakinan seseorang terhadap diri sendiri, agama,
alam benda, unsur semula jadi kebudayaan dan sebagainya.

❑ Kepercayaan membawa kepada pelbagai amalan tertentu serta dapat mengawal
kelakuan, kebebasan dan tingkah laku seseorang individu atau masyarakat.

❑ Berdasarkan kepercayaan juga pelbagai objek atau imej visual yang dihasilkan
oleh manusia sebagai representasi terhadap keperayaan sedia ada.

KEPERCAYAAN[contoh karya]

fenomena Kebudayaan keagamaan
Teknologi utility Lain-lain

Pelukis: Nik Zainal Abidin
Tajuk: Puja Pantai
Media :cat minyak (1958)

Pelukis:Hasnul Jamal Saidon
Tajuk: Mohon/ ask
Media :cat minyak (2010)

TEKNOLOGI

fenomena Kebudayaan keagamaan kepercayaan
utility Lain-lain

❑ Ialah ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji
kebenarannya.

❑ Melibatkan aktiviti pengahsilan yang dibuat oleh manusia serta berkembang
mengikut kemahiran manusia

❑ Penggunaan teknologi berkembang mengikut peredaran zaman

❑ Teknologi melibatakan aktiviti atau kajian menggunakan penegetahuan sains.
Terdiri daripada: teknologi mekanikal dan teknologi elektronik

TEKNOLOGI[contoh karya]

fenomena Kebudayaan keagamaan kepercayaan
utility Lain-lain

Pelukis:Ismail Zain
Tajuk: Magic Marker
Media :cetakan
computer(1988)

UTILITI

fenomena Kebudayaan keagamaan kepercayaan
Teknologi Lain-lain

❑ Dalam karya seni visual Ialah merujuk kepada kepelbagaian gunaan yang dapat
menyenangkan dan memudahkan manusia.

❑ Dapat memberi manfaat dan kepuasan kepada manusia. Berubah fungsi
mengikut keperluan dan kehendak manusia mngikut situasi berbeza

❑ Tema utiliti dalam hasil karya boleh diaplikasikan dalam pelbagai rekaan seperti
reka bentuk industri, arca, tekstil, bidang fesyen, dan kraf tradisional.

LAIN-LAIN

fenomena Kebudayaan keagamaan kepercayaan
Teknologi utility

❑ PENDIDIKAN
❑ ALAM SEMESTA
❑ ALAM SEKITAR


Click to View FlipBook Version