The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firdausmuzafar2001, 2022-11-04 04:33:53

E MAJALAH AGAMA

E MAJALAH AGAMA

MPU 23032

PENGAJIAN ISLAM

SESI 2022/2023

TUGASAN BERASASKAN MASALAH:
CARA-CARA MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYRAKAT MAJMUK

NAMA PENSYARAH:
PUAN JAMILAH BINTI OMAR

AHLI KUMPULAN

Muhammad Firdaus Bin Muzafar
03DDT21F2047

Muhammad Faiz Bin Farizal
03DDT21F2040

Muhammad Amir Bin Abdul Razak
03DDT21F2029

Muhammad Ikmal Syafiq Bin Abdul Rahman
03DDT21F2034

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1-3

Objektif 4

Konsep Masyarakat Majmuk 5-6

Dalil 7

Punca-punca Masyarakat Berpecah Belah 8-9
Cabaran Perpaduan Dan Perkauman 10-16

Kebaikan Kemakmuran Negara 17

Cara-cara Memupuk Kemakmuran Dalam Masyarakat 18-23
Majmuk

Kesan Baik Dan Buruk Kepada Pelajar IPT 24-25

Pendapat Ahli Kumpulan 26-27

Kesimpulan 28

PENGENALAN

Masyarakat majmuk atau pluralistik merujuk kepada beberapa
kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan
politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana
yang di ajarkan dengan sultan, mengamalkan cara
hidup, adat dan kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain.
Berlawanan dengan masyarakat majmuk ialah masyarakat
homogen..

1

Menurut mendiang Tun V.T. Sambanthan iaitu bekas
Menteri Perpaduan Malaysia yang pertama, penubuhan
Kementerian Perpaduan kali ini menunjukkan keseriusan
kerajaan melaksanakan Dasar Perpaduan Nasional demi
memastikan keharmonian, kebahagiaan dan
kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Gagasan perpaduan rakyat membabitkan sejarah
panjang dan berliku. Kedudukan geografi Malaysia yang
strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan dalam
kalangan masyarakat serantau dan global.

Dasar imigrasi liberal dilaksanakan kolonial British
menggalakkan proses penghijrahan ke Tanah Melayu.
Berikutan itu, pihak kolonial melaksanakan dasar pecah
dan perintah menyebabkan terbentuknya masyarakat
majmuk.

2

Menerusi dasar itu, setiap kaum dipisahkan dari segi
penempatan, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.
Akibatnya polarisasi kaum semakin melebar dalam
kalangan penduduk.
Justeru, kegiatan nasionalisme bermula di Tanah
Melayu pada awal abad ke-20 memperjuangkan
kepentingan bangsa masing-masing.
Natijahnya, tiada kesatuan dan perpaduan dalam
kalangan rakyat menyebabkan Tanah Melayu begitu
mudah dijajah Jepun. Semangat perkauman menebal
menyebabkan kolonial British mempromosi slogan
'perpaduan sebelum kemerdekaan'.

3

OBJEKTIF

Tiada sifat rasis di dalam diri.
Menjadi warganegara yang
bertolak ansur sesame kaum.
Untuk mewujudkan negara
yang harmoni dan aman.
Mengenal erti hidup sama rata
sesama masyarakat.

4

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

Sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat
yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di
mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-
kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial, menurut
J.S.Furnivall (1939). Oleh itu, ia telah mewujudkan
kelompok-kelompok yang terdiri daripada pelbagai
ragam dalam satu kelompok unit politik. Kelompok-
kelompok pelbagai ragam dalam sebuah masyarakat
majmuk itu bercampur tetapi tidak bergabung tambah
J.S.Furnivall lagi.

5

Agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara –
cara kehidupan sendiri adalah ciri-ciri pegangan
kuat setiap kelompok. Masyarakat majmuk yang
terdiri daripada pelbagai komuniti hidup secara
berdekatan tetapi terpisah dalam unit politik yang
sama. Dalam bidang ekonomi pula, sistem
pembahagian buruh adalah berasaskan ras di mana
setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-
fungsi yang berlainan.

6

DALIL

‫ٰ ٰيٓاَيُّ َها النَّا ُس ِانَّا َخلَ ْق ٰن ُك ْم ِم ْن َذ َك ٍر َّواُ ْناَ ٰثْك َىر َم َوُك ْمَجعَ ْلِعٰنْن ُكَد ْمّٰلهل ِاُشعُاَ ْتْو ٰقبًاى ُك َّْمو ۗقَ ِابَ ۤا َّنِٕى َٰلّلهلِلاَتَ َعاَع ِلَرْيفُم ْوا َۚخبِ ِاْي َّرن‬

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan, kemudian Kami jadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar
kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah
Maha Mengetahui, Mahateliti.

7

PUNCA-PUNCA
MASYARAKAT

BERPECAH
BELAH

1.Jenayah
- Jenayah boleh membangkitkan kemarahan kaum-kaum
tertentu.

2. Propaganda Perkauman Di Laman Sosial
- Contohnya kejadian yang berlaku ini di mana seorang
seorang warga cina telah memuat naik gamba yang
berunsur penghinan di laman facebook nya. Kes ini telah
membuat banyak pihak tidak berpuas hati dan membuat
laporan polis. Bukan itu sahaja, ahli agama yang
mengkritik secara langsung dan tidak langsung pada kaum
lain juga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di
Negara kita.

3.Kurang Penerapan Nilai Insaniah
- Ibubapa perlu memberi didikan yang sewajarnya tentang
kepentingan penyatuan dalam perpaduan dan perkauman.

8

AKIBAT!!!

Akibat adalah perkara yang paling digerungi oleh semua
pihak. Akibat juga akan membuat sesebuah Negara
tergugat. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan
antara kaum merupakan satu keistimewaan dan juga daya
tarikan warga asing untuk melancong atau melabur di
Negara kita. Sehubungan dengan itu , terdapat beberapa
akibat seperti Negara akan menjadi hura hara dan kacau-
bilau apabila tiada perpaduan antara kaum. Selain itu,
keselamatan dan keamanan Negara akan terancam apabila
tiada perpanduan antara kaum. Sebagai contoh, apabila
tiada perpanduan antara kaum Negara akan mudah di jajah
dan Negara asing akan mengambil kesempatan untuk
menjajah Negara kita.

9

CABARAN PERPADUAN DAN
PERKAUMAN

Landskap politik negara

Cabaran pertama adalah dari segi politik negara. Perbezaan
parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah
menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya
penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu
yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza.
Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan
mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing
perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi
kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara
ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu
bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya membela
nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi
mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman
parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan
perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para
pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti
perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan
menjadi lebih erat.

10

CONTOH-CONTOH PARTI POLITIK
YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

PARTI ISLAM PARTI PERIBUMI
SEMALAYSIA BERSATU
MALAYSIA
BARISAN
NASIONAL PARTI KEADILAN
RAKYAT

11

Jurang dan dominisasi
ekonomi

Di samping itu, dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu
bidang ekonomi juga telah mewujudkan jurang ekonomi
antara perkauman. Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman
penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi petani
dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaum
Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan
perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku
perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang
pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha dengan
betul. Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu, kesannya
masih dapat dilihat sampailah sekarang dimana sektor
perniagaan masih didominisasi oleh kaum Cina dan
kebanyakan orang India masih tinggal di ladang. Rentetan
senario ini telah menyebabkan interaksi sosial di antara
mereka terbatas. Kesannya, perasaan prasangka dan
perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara
sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan.

13

Kewujudan sistem pendidikan
yang berbeza

Cabaran seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda
dimana sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah
wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik. Pengenalan
sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan
hubungan masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai
rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk
bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa
merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu
sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana
untuk kita berkomunikasi dan memahami individu lain yang
berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat majmuk
melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan
berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan,
persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Pada hemat
saya, mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem pendidikan
negara serta penekanan tehadap penggunaan bahasa kebangsaan
dapat menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin
membelenggu masyarakat hari ini. Persis kata mutiara, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

14

LANGKAH—LANGKAH
MENGATASI

Pada masa yang sama, ledakan teknologi hari ini
juga merupakan cabaran dalam mengekalkan
perpaduan kaum. Kemudahan media massa dan sosial
yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu
teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya.
Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular
terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitivi
perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya
bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan
atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan
mungkin tidak sahih.

15

Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum
memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh
tentang perkauman dan agama. Pihak berkuasa wajar
menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku
yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang
mampu menggolakkan perpaduan antara kaum. Ahli
masyarakat juga bertanggungjawab menjadi mata-
mata pihak berkuasa dimana jika ternampak sesuatu
perkara yang akan menimbulkan kemarahan sesebuah
kaum atau penganut agama, wajar untuk kita laporkan
kepada pihak polis. Intihannya, penggunaan teknologi
seperti media sosial sepatutnya menjadi perkara yang
positif dalam kehidupan harian kita sebaliknya,
penularan isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum
menjadi bahan perbualan masyarakat hari ini.

16

NEGARA AKAN
TERUS MAJU

KEHARMONIAN
JADI CABARAN
UTAMA

KEJUJURAN
MEMBAWA
KEPADA
NEGARA
MAKMUR

17

CARA-CARA MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT MAJMUK

1.MENGANJURKAN RUMAH TERBUKA
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling
bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam
masyarakat Malaysia. Keharmonian seperti ini senang
terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang
dilihat kian tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.

18

CARA-CARA MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT MAJMUK

2. MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN
Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita
iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di
sekolah-sekolah kebangsaan membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain.

19

CARA-CARA MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT MAJMUK

3.PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA DAN WARISAN
Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang
kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu
sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan
kaum dalam negara.

20

CARA-CARA MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT MAJMUK

4.PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
ⒸMAortdikuel lkAensaegl Daria:ahnttPpLsK:/N/wswewm.eipmeanndgidniykaanb.emrtyu/juusaanhuan-tuuskaha-
unmtuekla-mhierkmaunpsuekm-paenrgpaatdpuearpn-akdauuamn .dhatmlaml sanubari

remaja daripada masyarakat majmuk yang bakal
menjadi pemimpin negara satu masa nanti.

21

CONTOH KERATAN AKHBAR
BERKAITAN KEMAKMURAN
MASYARAKAT MAJMUK

22

23

KESAN BAIK DAN BURUK
KEPADA PELAJAR

INSTITUSI TINGGI ( IPT )

KESAN
BAIK

- Pelajar dapat melakukan tugasan
secara bercampur ahli kumpulan dan
tidak berpuak-puak.

- Dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang selesa dan
harmoni.

24

Manakala untuk mendapakan kesan yang buruk
daripada kemakmuran masyarakat majmuk
kebarangkaliannya ialah hampir 0% . Hal ini kerana,
jika semangat perpaduan dapat dipupuk dalam diri
setiap pelajar IPT maka persekitaran belajar mereka
akan menjadi sangat proaktif dan aman tanpa berlaku
sebarang pergaduhan. Oleh itu, sifat toleransi sesama
pelajar IPT sangat penting untuk menjadikan mereka
manusia yang kaya dengan nilai-nilai murni di dalam
diri kerana besar kemungkinan mereka juga yang akan
menjadi memimpin negara kita suatu hari nanti.

25

PENDAPAT AHLI KUMPULAN
TENTANG TAJUK YANG DIPILIH

FIRDAUS:

Setiap individu perlu bersatu padu untuk
mencapai masyarakat majmuk untuk
memastikan keharmonian sesebuah negara itu
sentiasa wujud

FAIZ:

Masyarakat yang majmuk dapat membantu
ekonomi negara kerana kita saling
menyokong produk local.

26

AMIR:

Negara dapat menjadi contoh kerana
dapat mengkekalkan perpaduan antara
kaum dan saling berfikir terbuka
apabila berlakunya perselisihan faham.

IKMAL:

Sensitiviti terhadap kaum dapat dikurangkan
demi menjaga kedaimaian generasi yang akan
dating.

27

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk
di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar
ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu.
Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan
antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial,
budaya dan politik.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan
negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai
kaum, pelbagai adat resam dan perayaan tradisi.
Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman
dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang
konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan
inilah wujudnya rasa perpaduan dalam naluri dan
nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara
Malaysia merupakan sebuah negara yang aman
walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang
pada tanggapan masyarakat dunia sukar
dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik
agama, budaya, bahasa dan adat kepercayaan.

28

RUJUKAN

1.https://www.ipendidikan.my/cabaran-
dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html

2.http://jafawaraya.blogspot.com/2016/07/perpad
uan-dan-perkauman.html

3.http://kheu.gov.bn/Lists/Khutbah/NewDi
splayItem.aspx?ID=461&ContentTypeId=0
x0100EE34442FD552CC4FAECE608C6A
2C143B

4.https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-
untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html


Click to View FlipBook Version