The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hasnan Bani Hassan, 2022-06-15 10:54:11

EMAJALAH PI

EMAJALAH PI

EDISI JUN 2022

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

USTAZ MOHD FADZIL BIN AZIZ
AHLI KUMPULAN

ANIQ HAFIY BIN ROSLAN MUHAMMAD AMIR IZZAT BIN ROZALI

SHAIKH HAZIQ HARIRI BIN SHAIKH HAMZAH MUHAMMAD HAFIZ BIN AMDAN

MUHAMMAD HASNAN BIN HASSANNUDIN

ISI KANDUNGAN

i. PENGENALAN
ii. DEFINISI MASJID
iii. PERANAN MASJID
iv. AKTIVITI INSTITUSI MASJID
v. MASJID TUMPUAN MASYARAKAT
vi. GALERI ALBUM
vii. PENUTUP
viii. SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,saya rasa bersyukur dengan izin-Nya
dapat juga menyiapkan e-majalah yang telah ditugaskan. Terlebih dahulu saya
ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada penasihat yang telah
memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Ketua
Editor. Tidak dilupakan juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang telah
memberikan kerjasama yang baik dalam menghasilkan e-majalah ini. Berkat
kerjasama dan kegigihan semua pihak yang terlibat, akhirnya e- majalah SOLUSI
telah dapat diterbitkan.

Peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli sidang redaksi ini membolehkan
sayA mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal- hal yang berkaitan dengan
penerbitan e-majalah. Saya dan juga ahli sidang redaksi yang lain dapat
mempelajari dan mengembangkan lagI ilmu pengetahuan yang berkaitan pereka
grafik dan suntingan e- majalah. Pengalaman yang diperoleh ini akan dijadikan
sebagai kenangan dan inspirasi untuk masa hadapan

Saya mengharapkan agar pengguna e-majalah SOLUSI inI berpuas hati dengan
haSil yang terdapat di dalam e-majalah ini dan menjadikan e-majalah in sebagai
panduan.

Akhir kata, saya bagi pihak sidang redaksi ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam usaha menerbitkan e-majalah ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada penyumbang dan penaja yang telah bermurah
hati memberikan sumbangan bag menghasilkan e-majalah SOLUSI. Tidak
dilupakan juga, penghargaan kepada jawatankuasa sidang redaksi yang banyak
memberikan idea yang kreatif untuk menghasilkan e-majalah yang berkualiti.
Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang
penerbitan e-majalah ini. Sekian, terima kasih

PENGENALAN

Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang amat
penting. Ia bukan sekadar merupakan satu tempt bagi umat (Islam
melakukan ibadat-ibadat khusus seperti sembahyang, membaca al-
Qur'an, berzikir dan seumpamanya, bahkan la telah dijadikan pusat
pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh. Oleh kerana
itulah usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk
membentuk masarakat dan negara Islam di Madinah ialah mandirikan
masjid.

Masjid Nabawi di Madinah telah menjadi nadi kepada kegiatan
penting di zaman Rasulullah, di mana baginda mendidik umatnya
supaya dapat mengatur urusan hidup dan urusan agama pada
peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Masjid telah
memainkan peranan yang amat luas yang mencakupi aspek-aspek
ibadat, ilmu, politik,ekonomi, ketenteraan, pentadbiran,pembentukan
dasar negara, perhubungan antaranegara dan sebagainya. (Lokman
dan Musa, 1996)

DEFINISI MASJID

Pengertian dari segi bahasa :

• Tempat sujud
• Tempat mengerjakan sembahyang
• Tempat yang mulia di sisi Allah S.W.T.

Pengertian dari segi istilah syarak :

Definisi masjid dari segi istilah syarak ialah tempat yang dipersiapkan
untukmenunaikan solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin.

Di antara dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari:323 dan
selainnya dari Jabir bin Abdillah Rasulullah S.A.W. bersabda :

PERANAN MASJID

Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah "Institusi Masjid", maka kita
haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid
sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang
boleh diterjemahkan sebagai ibadah .Institusi Masjid haruslah mempunya
sekurang-kurangnya 50 peranan utama , iaitu:

1 PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan
pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari
masjid.

2 MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGONGAN ISLAM

Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru, kawasan
perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan
pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan
itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam
bertumpu ke tempat itu.

3 PUSAT PERCAMBAHAN ILMU

Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid
haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan
buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan
muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan
sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini
boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin masjid itu sanggup
meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan pustaka, syarikat
percetakan dan sebagainya.Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh
memohon derma dalam bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah
berkenaan.

4 PUSAT TAMADUN ISLAM

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam
di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan
dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah
mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan,
kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian
Ilmu Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya.Justeru
itu haruslah dipamerkan gambar-gambar dan sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir,
Imam Ghazali dan sebagainya.

5 PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan
fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-
kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai
tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.

6 RUMAH SUCI

Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam
tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam
yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau
daerah di mana masjid itu terletak.

7 PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI

Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci.
Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang
boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam dapat berundur dalam
sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi
Imam, kemudian Imam boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam
membaca terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi
Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.

8 PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran
.Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan
yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga
menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya
sendiri membaca ayat-ayat suci.
9 PUSAT PENDIDIKAN
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak
serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat
pengukuhan ilmu.

10 PUSAT PENGISIAN JIWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang
luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian
Ilmu dan sebagainya.

11 PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta
pusat pengukuhan rohani.

12 PUSAT PELENGKAP
Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah
dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap
adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah
dijadikan "finishing school".

13 PUSAT SANTAPAN ROHANI

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk
mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid daerah
haruslah d reka dapat menghayati kesucian Islam.

14 PUSAT EKONOMI

Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di
sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial.Kedai
adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid
haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan
masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual artifak yang ada
hubungannya dengan mukim.

15 PUSAT PENGGEDARAN PRODUK DAERAH

Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah
mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu tempat
untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah tersebut
sebagai satu ibadat.Dengan cara itu, rezeki penduduk akan bertambah.Insya-
Allah.

16 MASJID SEBAGAI TAMAN

Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenihi dengan
kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih
sebelum atau selepas sembahyang.Konsep itu belum nampak dilakukan di
Kedah mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di
kawasan sempit.Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina , maka kawasan
tempat masjid itu dibina hendak dibina hendaklah mempunyai pandangan yang
cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.

AKTIVITI INSTITUSI MASJID

Kurator Berita : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
PUTRAJAYA – Penganjuran Program Kembara Rahmah
bertemakan “Mencari Damai Dihati” telah berjaya
mencapai objektifnya apabila mendapat sambutan
yang baik dikalangan para peserta iaitu seramai 65
buah motorsikal berkuasa tinggi turut bersama
menyertai program ini. Program ini berlangsung Selama
dua hari satu malam bertempat di perkampungan
Nelayan Parit Jawa, Muar Johor.

Kembara bermotosikal kuasa tinggi ini juga merupakan
pendekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
dalam usaha mempelbagaikan aktiviti serta melebar
luas peranan dan memperkasa institusi masjid. Pogram
ini juga mengabungkan peranan beberapa agensi
kerajaan yang lain dalam mendekati masyarakat
dengan pelbagai program

Sebanyak 8 Agensi turut berkolaborasi dalam
menjayakan program ini antaranya ialah Majlis Agama
Islam Johor Daerah Muar, Polis Di Raja Malaysia (PDRM),
Pejabat Agama Islam Daerah Muar, Masjid Jamek Al
Ehsan Muar, All Bikers Club Malaysia dan lain-lain.

Menurut Ustaz Hamdan Muhamad, Unit Komunikasi
Korporat MTMZA, Program Kembara Rahmah ini akan
diadakan pada setiap tahun mengikut lokasi - lokasi
yang terpilih. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang
dua hari program berlangsung iaitu:

- Konvoi bermotosikal berkuasa tinggi sebanyak 65 buah
- Kursus teori dan pratikal pengurusan jenazah
- Ceramah perdana bersama Imam Besar MTMZA
- Kuliah subuh dan maghrib bersama para peserta
konvoi
- Sesi Usrah Santai peserta dan Imam MTMZA
- Sumbangan asnaf

Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Tuan Hj Nor
Azamir bin Hj Alias, Imam Besar MTMZA, serta wakil - wakil
agensi terlibat.

ANTARA MASJID-MASJID
TUMPUAN MASYARAKAT

Dengan terdapatnya masjid-masjid yang cantik di negara kita,ianya
akan sekaligus akan menarik tumpuan masyarakat untuk datang ke
masjid tidak kiralah mereka berlainan agama ataupun bangsa.
Justeru itu, masyarakat di negara ini akan sering mengunjungi masjid
-masjid di negara kita untuk melihat sendiri keindahannya.

1.Masjid Kristal ,Kuala Terengganu

2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

fff3. Masjid Putra, Putrajaya
4. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
5. Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

GALERI ALBUM



PENUTUP

Berdasarkan tajuk yang kami terima ini, kami mendapati
bahawa peranan masjid amatlah besar untuk masyarakat
Islam di negara ini.Hal ini dibuktikan dengan keberkesanan
peranan yang ditunjukkan oleh institusi masjid di negara ini.

Pelbagai cara atau kaedah telah dilakukan oleh institusi masjid
demi untuk menarik minat masyarakat untuk mengimarahkan
suasana masjid.Justeru masyarakat perlulah menyokong
semua usaha yang dilakukan untuk mengeratkan hubungan
antara masyarakat Islam untuk mengetahui pentingnya
peranan masjid kepada masyarakat Islam.

Akhir sekali, cadangan kami agar pihak berwajib untuk
melipat-gandakan usaha untuk mengimarahkan masjid-masjid
di negara ini sekaligus dapat menarik minat masyarakat untuk
mendekati dan mengimarahkan masjid.

SUMBER RUJUKAN

➢ https://agbaling.tripod.com/peranan.html
➢ https://www.scribd.com/doc/271203688/Pengenalan-Masjid
➢ https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=masjid
➢ https://eajuitmct.uitm.edu.my/v2/images/vol5issue2/CRPID59-

PEMERKASAANPERANANMASJID.pdf
➢ https://coklatvanilla.com/5-masjid-tercantik-di-malaysia/

DISEDIAKAN OLEH:

ANIQ HAFIY BIN ROSLAN
18DDT21F1026

MUHAMMAD AMIR IZZAT BIN ROZALI
18DDT21F1014

MUHAMMAD HAFIZ BIN AMDAN
18DDT21F1114

MUHAMMAD HASNAN BIN HASSANUDDIN
18DDT21F1044

SHAIKH HAZIQ HARIRI BIN SHAIKH HAMZAH
18DDT21F1120


Click to View FlipBook Version