Tarikh : 15. 06. 2022 Hari : Rabu Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan SMK Dulang Objektif : 1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih sebagai barisan kepimpinan sekolah. 2. Memperkenalkan kepada murid-murid barisan Pemimpin Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pem bimbing Rakan Sebaya (PRS) , BADAR, Pengawas Kebersihan dan Keceriaan Ketua dan Penolong Tingkatan bagi tahun 2022/2023. 3. Memberi contoh dan teladan kepada murid. Majlis Pelantikan Watikah ini diwujudkan bertujuan membentuk peribadi unggul murid-murid yang terpilih seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membantu guru dalam pembentukan modal insan murid-murid di SMK Dulang. Murid-murid yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi dipilih untuk melaksanakan amanah ini. Majlis pelantikan dilaksanakan untuk melantik murid-murid yang terpilih ini secara formal dapat bersedia melaksanakan amanah yang diberikan.
Tarikh : 16 Jun 2022 Hari : Khamis Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan SMK Dulang Objektif : 1. Menyerahkan slip keputusan SPM 2021. 2. Menghargai pelajar yang telah Berjaya dalam SPM 2021. Majlis Apreisasi Pelajar SPM 2021/2022 melibatkan penyerahan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah dilaksanakan pada 16 Jun 2022, yang melibatkan seramai 143 pelajar . Penyerahan slip keputusan SPM disempurnakan oleh En. Hitayatullah Bin Haji Hassan, Pengetua SMK Dulang. Majlis ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2021. Majlis ini berlangsung sejurus sahaja keputusan SPM 2021 diumumkan. GPS bagi Peperiksaan SPM pada tahun 2021 ialah 6.03 berbanding 6.06 pada tahun 2020. Ini menunjukkan peningkatan GPS sebanyak 0.03 mata. Peratus layak sijil pada tahun 2021 ialah 81.06% . Seorang pelajar SMK Dulang iaitu Ranee Ooi Jing Ni telah mendapat 10A iaitu memperoleh semua A bagi semua mata pelajaran yang diambil. Selaras dengan Program Transformasi Sekolah (TS25) dalam usaha melahirkan modul insan yang unggul merangkumi 6 Aspirasi Murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013—2025, bertepatanlah dengan objektif utama majlis ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar SPM 2021 serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2021 yang menggambil keputusan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak pentadbir sekolah guru-guru, ibu bapa serta semua warga SMK Dulang atas kerjasama dalam menjayakan majlis.
Tarikh : 25. 06.2022 Hari : Sabtu Masa : 7.30 pagi Tempat : SMK Dulang 1. Murid boleh mengembangkan daya pemikiran, rohani dan jasmani melalui kegiatan merentas desa. 2. Dapat memupuk nilai kerjasama semua murid, guru dan warga kerja SMK Dulang dalam kegiatan kokurikulum sekolah. 3. Melaksanakan program yang telah di rancang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Takwim Persekolahan Tahun 2022 serta juga dalam takwim kokurikulum. 3. Membuka ruang pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas agar dapat menjaga kesihatan sendiri. 4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan murid dan guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan. 5. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan di peringkat daerah bagi tahun 2022. Merentas desa adalah satu aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan pasukan atau individu berlari pada pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semulajadi. Ia adalah sukan individu dan berpasukan yang dinilai berdasarkan masa individu dan markah keseluruhan bagi pasukan. Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu acara tahunan yang dijalankan sebagai tanda pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum berlangsungnya kejohanan sukan sekolah.Ia merupakan salah satu aktiviti yang boleh disertai oleh semua lapisan murid. Justeru itu, melalui program ini semua murid diberi peluang yang setara untuk mempamerkan potensi diri masing-masing disamping dapat mewujudkan budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
Tarikh : 27.06.2022 Hari : Isnin Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan Terbuka SMK Dulang Objektif : 1. Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah. 2. Mengeratkan silaturrahim di antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah S.W.T Mesyuarat PIBG kali ke-21 dapat disediakan mengikut garis panduan dan ketetapan yang ditetapkan.Program ini juga merupakan satu usaha kerjasama antara waris bersama warga sekolah disamping bermuzakarah bagi mencapai kata sepakat dalam meningkatkan kecemerlangan dalam segala bidang di sekolah. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik dan diberi Amanah untuk mengemudi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Dulang. Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung terutamanya tuan pengetua, YDP PIBG, rakan guru dan semua yang terlibat.
Aktiviti : Mesyuarat Agung PIBG Tarikh : 27/06/2022 Tempat : Dewan SMK Dulang
Tarikh : 25. 07. 2022— 26.07.2022 Hari : Isnin dan Selasa Masa : 7.30 pagi Tempat : Padang SMK Dulang Objektif : 1. Melibatkan semua murid dalam acara sukan olahraga di sekolah. 2. Memberikan peluang kepada semua murid untuk menyumbangkan mata atau markah kepada rumah sukan masing-masing. 3. Sebagai salah satu medan pemilihan atlet rumah sukan. Aktiviti Sukantara sesi 2022/2023 telah berlangsung selama dua hari melibatkan satu hari dua rumah sukan terlibat mengikut acara dan jadual yang ditetapkan. Acara yang dipertandingkan ialah acara 100m, lontar peluru dan lompat jauh. Dalam aktiviti ini Rumah Kuning telah dinobatkan sebagai Johan sukantara bagi sesi 2022/2023.
Tarikh : 13. 08. 2022 Hari : Sabtu Masa : 7.30 pagi Tempat : Padang SMK Dulang Objektif : 1. Menerapkan semangat kesukanan ke dalam diri pelajar dengan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka. 2. Mencungkil bakat dan keupayaan para pelajar bagi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Pada 13 Ogos 2022 Perasmian Kejohanan Olahraga SMK Dulang kali ke-21 bagi sesi 2022/2023 telah disempurnakan oleh Tuan Sabri Bin Osman, Timbalan Pengarah Pendidikan Pembangunan Murid. Kejohanan ini melibatkan pelbagai acara balapan dan padang termasuklah perbarisan yang bertemakan pahlawan pengadilan melibatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti turut dilaksanakan bagi memeriahkan majlis selaras dengan matlamat program transformasi sekolah (TS 25) iaitu mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum menjadi pemacu kemenjadian murid selaras dengan anjakan ke–3 iaitu melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai dan anjakan ke-10 iaitu memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025.
Aktiviti : Kejohanan Sukan Tarikh : 13/8/2022 Tempat : Padang SMK Dulang
Tarikh : 29. 09. 2022 Hari : Khamis Masa : 7.30 pagi Tempat : Dewan SMK Dulang Objektif : 1. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. 2. Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju serta berdaya saing 3. Membantu membina budaya sekolah yang lebih cemelang dan proaktif serta bersifat positif. 4. Mengembangkan bakat pelajar dari segi kepimpinan, keyakinan diri serta berkemahiran dan berpengetahuan. 5. Mengeratkan kerjasama antara pihak pentadbiran, guruguru dengan ibu bapa dan pelajar-pelajar. 6 Membina semangat berdisiplin dan berketerampilan di kalangan warga sekolah SMK Dulang. Pada 29 September 2022 Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sesi 2021/2022 telah berlangsung dan disempurnakan oleh YB Ustaz Sabri Bin Yazid, Ahli Parlimen Jerai dengan jayanya. Majlis Anugerah Kecermerlangan ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar dan guru yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan ke arah melahirkan modal insan unggul selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Program ini juga melibatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti turut dilaksanakan bagi memeriahkan majlis selaras dengan matlamat program transformasi sekolah (TS 25) iaitu mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Selain itu diadakan perasmian mural keceriaan sekolah dimana dana disumbangkan oleh YB Ustaz Sabri Bin Yazid bertujuan untuk menceriakan sekolah bertujuan bagi menarik minat pelajar hadir ke sekolah yang ceria dan bersih.
Aktiviti : Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tarikh : 29/09/2022 Tempat :
Tarikh : 15.08.2022 (Pelancaran) dan 15.09.2022 (Penutupan) Hari : Ahad (Pelancaran) dan Rabu (Penutupan) Masa : 7.30 pagi (Pelancaran) dan 1.45 Petang (Penutupan) Tempat : Dewan SMK Dulang Objektif : 1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar -pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa. 2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan. 3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat. 4. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini. 5. Melahirkan murid yang berpengetahuan dan peka perkembangan semasa negara dan sekolah. 6. Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada negara dan sekolah. Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 disambut di SMK Dulang dengan pelbagai aktiviti yang menarik yang diatur bagi merealisasikan matlamat warga SMK Dulang menunjukkan semangat cintakan negara. Pelancaran Hari Malaysia ke-65 dilaksanakan pada 15.08.2022 dirasmikan oleh Pengetua SMK Dulang. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan kebangsaan antaranya kelas merdeka, kuiz, sajak, melukis poster digital kemerdekaan, kuiz kemerdekaan, kibaran Jalur Gemilang, pertandingan tulisan jawi dan pelbagai aktiviti lagi. Program ini merupakan satu aktiviti bersifat patriotik yang dapat meningkatkan semangat cinta akan negara dan sekolah serta menambah pengetahuan sedia ada murid terhadap sejarah negara dan warisannya yang perlu dipelihara dan dihargai melalui pelaksanaan aktiviti yang memerlukan murid mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir, mensintesis, dan merumus maklumat serta fakta sejarah kemerdekaan negara. Penutupan bulan kebangsaan pula dilaksanakan pada 15.09.2022 dengan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang telah mengikuti pertandingan dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan. Semoga aktiviti ini dapa meniupkan semangat cintakan negara dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
Aktiviti : Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 Tarikh : Ogos-September Tempat : Dewan SMK Dulang
Tarikh : 08.10.2022 Hari : Sabtu Masa : 7.30 pagi Tempat : SMK Dulang Objektif : 1. Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 2. Mengadakan program kecergasan yang sihat untuk warga sekolah. 3. Menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk mengadakan program Hari Sukan Negara. 4. Mengadakan Jalinan dengan agensi luar bagi merealisasikan aktiviti sukan. Hari Pelaksanaan Hari Sukan Negara merupakan sambutan yang diadakan pada Hari Sabtu minggu pertama bulan Oktober setiap tahun. Sebagai tanda sokongan kepada program ini, pihak sekolah akan mengadakannya pada 08 Oktober 2022 dengan meibatkan Kerjasama jalinan dengan Pejabat Daerah Yan. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagian En. Mohamad Subhi Bin Abdullah, Tuan Pegawai Daerah Yan. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan melibatkan warga sekolah dan jemputan agensi luar serta kominiti setempat bagi memeriahkan aktiviti Hari Sukan Negara bagi tahun 2022. Antara aktiviti yang berlangsung ialah kayuhan merdeka, senamrobik, memanah, petanque, pertandingan bola jaring dan timbang bola, aktiviti sukaneka pelajar tadika serta fun walk bagi pelajar SMK Dulang. Aktiviti dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah yang lumayan.
Aktiviti : Hari Sukan Negara Tarikh : 8/10/2022 Tempat : SMK Dulang
Tarikh : 12.10.2022 dan 13.10.2022 Hari : Rabu dan Khamis Masa : 7.30 pagi Tempat : SMK Dulang Objektif : 1. Menanam sifat kecintaan kepada diri Rasulullah, dengan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. 2. Mendorong pelajar mempraktikkan sunnah baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya. 3. Membantu pelajar mengembangkan potensi yang ada serta membina jati diri melalui pertandingan yang dijalankan. 12 Rabiul Awal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan meraikan hari bersejarah ini bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kehadiran baginda telah memberi sinar baru kepada seluruh manusia yang menemui cahaya dari kepompong kejahilan. Murid-murid di sekolah diberi pendedahan dan iktibar berdasarkan sirah kehidupan Rasulullah. Justeru, sekolah berperanan mendedahkan ilmu sirah dalam pelbagai kaedah. Mengadakan majlis sambutan dengan pengisian pertandingan membuat kain rentang Mauliddur Rasul, perarakan berserta selawat, ceramah dan sebagainya merupakan di antara perndekatan positif untuk mencapai objektif sebenar. Oleh itu, di peringkat sekolah perlu dijalankan aktiviti sebegini bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan murid-murid mengenai sirah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Semoga ia menjadi iktibar dan panduan bagi umat Islam khasnya warga sekolah ini. Program adalah salah satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Panatia Pendidikan Islam SMK Dulang bagi menyambut dan meraikan hari-hari kebesaran Islam.
Aktiviti : Sambutan Mauliddur Rasul Tarikh : 12-13/10/2022 Tempat : SMK Dulang
Tarikh : 16.10.2022 Hari : Ahad Masa : 11.30 pagi Tempat : SMK Dulang Objektif : 1. Menghargai jasa sepanjang berkhidmat di SMK Dulang. 2. Memberi kesedaran kepada warga sekolah bahawa mereka amat penting menghargai sumbangan dan jasa warga yang berkhidmat di sekolah. 3. Merapatkan hubungan seluruh warga sekolah. Detik persaraan merupakan hari yang bersejarah dalam diari seorang pejawat awam. Oleh itu bagi meraikan persaraan Pn Hajah Ruhizah Binti Osman warga SMK Dulang telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih, Budi Dikenang, Bakti Dikenang pada 16.10.2022. Majlis bertemakan Arab ini disambut gilang-gemilang anjuran Kelab Guru dan Staf SMK Dulang. Melalui aktiviti yang dijalankan, ia dapat memupuk sifat menghargai orang lain, mengambil tahu dan meraikan seseorang pada hari yang istimewa agar menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan cara yang dikenang sepanjang masa. Puan Hajah Ruhizah pernah menyumbang bakti di Sek Men Panglima Bukit Gantang, Perak pada tahun 1986 sehingga 1993. Kemudiannya beliau bertukar dan meneruskan perjuangan sebagai pendidik di SM. ST George, Taiping Perak selama 4 tahun. Pada tahun 1998, beliau pulang ke Kedah dan meneruskan khidmat bakti di Sek Men Keb Che Tom Sg Petani sehingga tahun 2000 sebelum beliau bertugas di Sek Men. Keb Sg Pasir, Sungai Petani dari tahun 2001 sehingga 2015 dan seterusnya menabur bakti di SMK Dulang bermula 2016 sehingga hari ini di majlis persaraan beliau. Terima kasih Cikgu Ruhizah atas sumbang bakti kepada SMK Dulang dan seterusnya dalam bidang pendidikan negara.
Aktiviti : Majlis Lambaian Kasih, Budi Dikenang, Bakti Dikenang Tarikh : 16/10/2022 Tempat : Dewan SMK Dulang
Tarikh : 19 — 21 10.2022 Hari : Rabu, Khamis dan Jumaat Masa : 7.30 pagi Tempat : Kampung Acheh Management Centere (KAMC) Objektif : 1. Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 2. Memupuk semangat kepimpinan dan kebertanggungjawaban yang tinggi di dalam diri setiap peserta. 3. Membuka sebahagian minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan. 4. Melatih diri mengurus serta merancang penggunaan masa dengan betul. 5. Mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan. Pada 19 —21 Oktober 2022 Unit kurikulum dengan Kerjasama Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kem Unit Uniform dan Kecemerlangan SPM yang dirasmikan oleh YB. Dato Wira Dr. Ku Abd. Rahman Bin Ku Ismail, Exco Kerajaan Negeri Kedah merengkap Adun Guar Chempedak. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan melibatkan murid tingkatan 5. Antara aktiviti yang berlangsung ialah perkhemahan unit beruniform, aktiviti ikatan dan simpulan, reakreasi dan slot ceramah teknik menjawab mengikut mata pelajaran melibatkan penceramah jemputan yang berkongsi teknik-teknik menjawab bersama pelajar dan guru Turut diadakan program jaya waris pada hari perasmian. Moga aktiviti yang dilaksanakan mendapat impak yang tinggi dan memberikan keberhasilan yang diimpikan.
Aktiviti : Kem Unit Uniform dan Kecemerlangan SPM Tarikh : 19-21 /10/2022 Tempat : Kampung Acheh Management Centere (KAMC)
Tarikh : 04.01.2023 Hari : Rabu Masa : 7.30 pagi Tempat : Yan, Kedah Objektif : 1. Mengekalkan kelestarian bakau. 2. Memberi kesedaran kepada penduduk mengenai kepentingan bakau, membuka ruang kerjasama antara pusat pengajian dengan komuniti, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Menyedari kepentingan pokok bakau dan usaha mengembalikan kelestarian alam sekitar, pelajar Kelas Subjek GMTJT3113 Pentadbiran Alam Sekitar dengan kerjasama Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan Program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau di Yan, Kedah, baru-baru ini. Disertai seramai 106 peserta, program yang juga projek Service Learning (SULAM) bagi semester A221 itu adalah program khidmat masyarakat yang membabitkan pensyarah, mahasiswa, pelajar dari Sekolah kebangsaan Sungai Limau, Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Jabatan Perhutanan Kedah dan Pejabat Daerah Yan.Penyertaan dan pembabitan semua pihak dalam program ini dilihat menunjukkan jalinan hubungan yang baik dengan universiti terutama dalam aspek pelaksanaan aktiviti. Selain menanam 501 pokok kayu bakau, peserta turut mendengar taklimat berkenaan kepentingan pokok itu bukan saja kepada persekitaran, tetapi kelestarian bakau. Program ini dijalankan bagi mengembalikan kelestarian bakau kerana ramai yang tidak menyedari kepentingannya yang dapat mengharmonikan kehidupan manusia.Pokok bakau ini dapat meneutralkan air di kawasan sekitarnya. Bukan itu saja, fungsi paling penting bakau ini adalah ia mampu menghalang daripada kejadian banjir yang teruk di kawasan sekitar.Jadi, melihat kepada kepentingan bakau ini sendiri, melalui program ini, sekali gus dapat memberikan sesuatu kepada alam sekitar.
Aktiviti : Program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau Tarikh : 4/01/2023 Tempat : Yan, Kedah
Tarikh : 08.01.2023 — 12.01.2023 Hari : Ahad—Khamis Tempat : SMK Dulang Objektif : 1. Menggunakan masa untuk mengulang kaji pelajaran. 2. Menguasai teknik dan strategi menjawab soalan peperiksaan. 3. Mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan berfokus. Perkampungan Ilmu SPM 2022 dilaksanakan dengan kerjasama seluruh warga sekolah dan PIBG bagi memastikan murid bersedia dan bersemangat untuk menghadapi SPM 2022 yang bakal berlangsung bermula Februari dengan ujian bertutur dan mendengar dan seterusnya peperiksaan bertulis bermula Mac. Pelbagai aktiviti telah dirancang meliputi aktiviti gempur ulang kaji, ceramah teknik menjawab daripada guru-guru berpengalaman yang berkongsi tips dan teknik menjawab bagi semua subjek SPM, ceramah motivasi dan aktiviti riadah yang mendapat kerjasama daripada pelajar UUM melalui program khidmat masyaraka dalam projek Service Learning (SULAM) bagi pelajar UUM semester A221. Sepanjang program berlangsung dengan kerjasama pihak PIBG dan PIBK menyediakan makanan sepanjang murid berkampung di sekolah dalam perkambungan ilmu kali ini. Pada malam penutupan diadakan makan secara makan bertalam yang unik iaitu murid disajikan nasi ambang memberikan pengalaman baharu buat murid-murid yang terlibat. Diharapkan segala usaha yang dilaksanakan akan meningkatkan pencapaian calon-calon SPM 2022 dalam peperiksaan SPM ini.
Aktiviti : Perkampungan Ilmu SPM 2022 Tarikh : 08-12/01/2023 Tempat : SMK Dulang
Tarikh : 28.01.2023 Hari : Sabtu Tempat : Cinta Sayang Resort Sungai Petani Objektif : 1. Menghargai jasa dan pengorbanan guru dan Staf. 2. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan ukhwah antara warga Sekolah. Jamuan akhir tahun merupakan salah satu majlis yang menjadi acara tahunan bagi SMK Dulang saban tahun sebelum sesi persekolahan berakhir. Jamuan ini merupakan salah satu daripada cara untuk merapatkan hubungan sesama warga sekolah tidak kira sama ada warga lama atau baru di sekolah dalam suasana yang santai dan tidak formal. Penganjuran majlis ini juga merupakan salah satu wadah dalam memperluaskan jaringan antara sekolah, PIBG, Komuniti setempat dan meningkatkan kerjasama antara pihak-pihak lain di luar sekolah melalui sumbangan hadiah cabutan. Dalam slot cabutan bertuah yang diadakan menambahkan lagi suasana keceriaan majlis makan. Acara turut dimeriahkan dengan pertandingan “King” dan “Queen” yang menggayakan busana yang kreatif dan menepati tema iaitu “Smart and Casual” . Selain itu juga turut diadakan perlantikan pengerusi baharu sesi 2023/2024 dan penyerahan tugas Majlis Kelab Guru Dan Staf sesi 2022/2023. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru dan menambahkan ukhwah antara guru dan semua warga sekolah.
Aktiviti : Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf 2022/2023 Tarikh : 28/01/2023 Tempat : Cinta Sayang Resort
DUDUK DARI KIRI: LAU ZHENG XUAN , SHAIFUL HAKIMI, SOLEHIN,AFIQ AZWAN ,AIDIL ASWAD,PUTRA AIDIL ADI,CIKGU LELA, AUNI BATRISYIA, SUHAILA,LU YEN JING, AINA BATRISYIA ,AIN, ERIS BERDIRI DARI KIRI : ILHAM MUSTAQIM, IBNU HADI,AFIQ HAIKAL,IMAN,ADAM HAKIMIE, HASSAN BASRI,OOI JUN LI, RUSYDAN,FATIN,LAM ZHIYAN,QAIRINA,MAZIAH ,ANNUR, HUDA,ERIN,SHIMA TIADA DALAM GAMBAR : -
DUDUK DARI KIRI: HUZAIRI,ADAM MUQRIS,IMAN IMADUDDIN,AFIQ ASYRAF,AKASHAH,CIKGU MIMI,SHAZWANA HANIS,NUR QAIREEN MIRZA,AISHAH,KHAIRUNNISA,NUR AQILAH. BERDIRI DARI KIRI: REFFA DANIA,NURUL ALIYA MAISARAH,NUR ALIA SYAHIRA,NUR SYAHIRAH,HARIZ HADIF,SYAHMI,ARIFF HAQIMI,AQIL DANIEL,ADAM HAREEZ,SYAHMI NAQLI,AKIF RAIYAN,ARIF HAIKAL,SITI NUR NATASYA,BATRISYIA BALQIS,NUR SALSABILA,AUNI BATRISYIA.
DUDUK DARI KIRI : HABIL , HAKIMI HUSSIN , IZHAM , DANISH , AIDID , TC.HER MAZLENA , SYAFIQAH , AINUN , FARHANA , AUNI , ALIYA BERDIRI DARI KIRI : AMMAR , SARAH , ARISSA , HUDA , EZZANY , HAKIMI HAIKAL , AFIF FARIS , AIDIL , ANDREAN , ALIF , FARIS DINZLY , INSHERA , NATASYA , IEFFA , MAIZATUL , AFNAN TIADA DALAM GAMBAR : MARRIZA SHAFIZ
DUDUK DARI KIRI: ARIL,ADAM,HAZIQ,DANIAL, CIKGU SYAROFAH,IQMA,AMIRA,ASMA,SYIFA, BERDIRI DARI KIRI : ATIKAH,HANIS,AZRIN,ADLI,NASRUL NAZHAN,SYAHIR,AMIRUL,MUAZ,ASIL,FARIS,ILHAM,ARISSA,IRDINA PENCAPAIAN : JOHAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEBANYAK 4 KALI (OGOS, SEPTEMBER, OKTOBER, NOVEMBER)
DUDUK DARI KIRI: IKRAM, IKHMAL, ZAMREE, AFIQ, CG ROZITA, AINA, SAFIA, AHLAM, INTAN NUR SYIFA BERDIRI DARI KIRI : AZRI, ALIF NAJMI, FARRISYA, INTAN SYAFINAZ, ALIF FAISAL, HAIQAL, ADLI, SOLLAHUDIN, ALIF THAQIF, AIMAN NAJMI, ADIB FAHIM, AMIRUL FATHI, FARHANA, ALIA ZAFIRAH, FARIS DANIEL, QAYYUM
DUDUK DARI KIRI: DUDUK DARI KIRI. MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN MOHD AZHAN FARIZ. MUHAMMAD AQIL HAKIMY BIN KHAIRUL ASHADI. MUHAMMAD AFIQ NABIL BIN ARSHAD. OOI JIA QIAN. NG JIA WEI. (KETUA TINGKATAN) FAUZIAH BINTI HAMID (GURU KELAS). OOI PEI RU (PENOLONG KETUA KELAS). HENG SHERLYN. NURUL DANIA BINTI NOH. NUR DINI FARZANA BINTI MOHD TAJUDDIN. NURUL IMAN BINTI NOORDIN. BERDIRI DARI KIRI: AZREEN SUFEA BINTI ABDUL RANI. NURUL 'AIN AMANINA BINTI FADZIL. ELLIS ZAHRAA BINTI MOHD SHAHRIL ANWAR. HANNAN BINTI SHARUDIN. CHIEW JUN FAN. LU YI YONG. AKMAL FIKRI BIN MOHD JUHARI. INTAN SUZANA BINTI RAMLI. CHOO ZI YI. NUR AISYAH NAJWA BINTI MOHAMMAD HAFIZ. MUHAMMAD DANIAL KHUZAIMI BIN ZAMRI. ADI HAIKAL BIN ZAIDI. MUHAMMAD EMIR AKMAL BIN SABRI. NURUL NUHA BINTI SHAFFI. NUR FARRA BATRISYIA BINTI MOHD TARMIZI. NUR QISTINA SYAZWANI BINTI RIDZUWAN. NUUR IMAN FATIHAH BINTI KHAIRUL IZZUAN.
DUDUK DARI KIRI: IMAN, SYAFIQ ,SYAZWAN, AMSYAR, RAUF , CIKGU ZAFIRAH, SYAZA QISTINA , SITI AIEDA, NATASHA, ALESYA, SYAZA ASYIFA . BERDIRI DARI KIRI: SARA, NADIA, INTAN, AMMAR,ABID, SYAQIL, JUHAIZ, ALIF, ISRAF, AMIER ,ARFA, FADLIN, AMNI, ALYAA, AUNI, SYIFA, NUUR IMAN FATIHAH BINTI KHAIRUL IZZUAN.
DUDUK DARI KIRI : NAZRUL , KHAIRUDIN , AZRI , ALIFF AIMAN , NUR HAKIM , USTAZAH FAIZAH , NUR NATASHA , NURIL AWATIF , NUR DANIA HANUM , NURUL FARHANA , NURUL ADIRA BERDIRI DARI KIRI : QISTINA BALQIS , AMALINA BALQIS , NURUL ADILAH , SYIFANUR MUWADDA , ARIF IQBAL , NAUFAL FARHAN , AIMAN IDERIS , ADIB , KHAIRUL AMRI , AMSYAR HAZIQ , IYAD AMNI , HAKIM , AQIL , SYAIDATUL NURAIN , SYASYA ADRIANA , AMIRAH AFIFAH
DUDUK DARI KIRI : ARIQ,SALMAN,AMER,ZAKUAN,CIKGU HIDAYAH, AIN,EZLYN, DAHLIA,PUTERI BERDIRI DARI KIRI: SYASYA,SYAMIMI,EZZATUL,AMIN,AFIQ,CHONG, AMANI,IKHWAN,ADAM,HAIKAL,LIM,SYAZWANI,SYABILA TIADA DALAM GAMBAR: MUIZ, ASWAD
DUDUK DARI KIRI : SYAMIMI, FITRAH ELYANA, DANIYAL, CIKGU TAUFIQ, SITI AISHAH, AMIRA SOFFIYA, AIN NAZIRAH BERDIRI DARI KIRI : HAFIS, BAZLI, AHMAD ALIF, ABDUL NIZAR, NAZRUL, SYAZWAN, ANAS SOLIHIN, TAUFIQ, ARFAN TIADA DALAM GAMBAR : AIN AWATIF, ALEEYA, AIMAN
DUDUK DARI KIRI : MUHAMMAD ADAM, MUHAMMAD IRFAN,MUHAMMAD FARIS DANIEL,MUHAMMAD AMIRUL,MUHAMMAD HAIKAL DANISH,MUHAMMAD NABIL ASYRAAF,CIKGU LIM,NURFAIZAH, NURUL HUSNA, NUR SYIFA, NUR AISYAH YASMIN, SITI KHADIJAH,HAWA NUR FATNIN. BERDIRI DARI KIRI : NUR ALIAH,NUR ANIS FARHANA, NUR AINA SOFEA, MUHAMMAD AQIL HAKIMI, CHEW WEI XIONG, MUHAMMAD AQIL IMRAN, MUHAMAD YUSUF, MUHAMMAD SYAZWI NAZRIN,MUHAMMAD ADHAM SHAH, MUHAMMAD AIMAN, MUHAMMAD KHAIRUL IMAN,MUHAMMAD FITRI ASHRAF, AHMAD IDHAM NAUFAL, AHMAD FARIS IDHAM, NORLI IZZAH IEZANI,PUTERI NUR ANISSA, NURDAMIA KHADIJA, NUR FARZANA, TIADA DALAM GAMBAR : AZRIAL SYAZHAN BIN MD ASZRI
DUDUK DARI KIRI : LUTHFIL, HAFIZ, IRFAN, ADI PUTRA, SYAFIQ (KETUA KELAS), CIKGU ROSHIDAYANI, FARISYA ( PENOLONG KETUA KELAS), HAFIZA, ALIA NAJWA, AYU NABILA, FAEZA BERDIRI DARI KIRI : NURSYAHFIEKA, SYARAFANA, ADILA, NADIA, MIRZAN, FITRI, AKID, FAUZAN, IDHAM, SYAWAL, SYAHMI, ADIB FAHMI, IRWAN, BALQIS, NORASNIDA, NAJWA, PUTERI TIADA DALAM GAMBAR : RIZKI