The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T2 PROSA TRADISIONAL PELANDUK MENGAJAR MEMERANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu An Chuli, 2021-09-01 10:49:22

T2 PROSA TRADISIONAL PELANDUK MENGAJAR MEMERANG

T2 PROSA TRADISIONAL PELANDUK MENGAJAR MEMERANG

ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA
(TINGKATAN 2)

PROSA TRADISIONAL
PELANDUK MENGAJAR

MEMERANG

KERTAS 1 - PEMAHAMAN TEKS DAN
PEMAHAMAN PETIKAN

OLEH CIKGU AN CHULI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nilai yang terdapat dalam prosa tradisional

Pelanduk Mengajar Memerang dengan betul secara individu.

TEKA NAMA HAIWAN DI BAWAH:

GAMBAR 1 GAMBAR 2

SINOPSIS

TEMA

Perbicaraan adil dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
berlaku ketika zaman Nabi Sulaman dengan rakyatnya yang
terdiri daripada binatang.

Bercakap benar PERSOALAN

Sang Memerang, Syah Alam di RImba, Sang Bubut, Sang Labi-labi,
Sang Udang, Sang Biawak dan Sang Sebarau bercakap benar di
hadapan Nabi Sulaiman.

Pemimpin yang bijaksana

Nabi Sulaiman bijak mengadili masalah yang berlaku di
negerinya.

Sikap tamak

Sang Memerang tamak kerana telah memakan kesemua
anak dan isteri Sang Sebarau kecuali Sang Sebarau.

Sentiasa berwaspada
dalam menghadapi musuh

Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang
Udang dan Sang Biawak sentiasa bersedia dengan
ancaman musuh.

WATAK DAN 1.Syah Alam di Rimba
PERWATAKAN
(WATAK UTAMA) Merupakan seekor pelanduk.
Salah satu daripada lima Perdana Menteri Nabi
Sulaiman.
Bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Handal bersilat
Tidak terburu-buru membuat keputusan.
Sentiasa mengambil berat akan masalah rakyat.
Jujur.
Taat kepada Nabi Sulaiman.

WATAK SAMPINGAN

2. Sang Memerang

Mempunyai tujuh ekor anak.
Amat menyayangi anak-anaknya.
Bersikap tamak berkaitan hal makanan.
Mempunyai sikap pentingkan diri sendiri tanpa
menghiraukan perasaan binatang lain.
Taat kepada Nabi Sulaiman.
Sukar mengaku kesalahan yang dilakukan.

WATAK SAMPINGAN

3. Nabi Allah Sulaiman

Mempunyai rakyat yang terdiri daripada binatang. Misalnya
Sang Memerang, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut dan
sebagainya.
Seorang pemerintah yang adil.
Tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman.
Seorang pemerintah yang bijaksana.
Seorang yang tegas dalam membuat keputusan.

WATAK SAMPINGAN

4. Sang Sebarau

Merupakan rakyat Nabi Sulaiman.
Anak dan isterinya telah mati dimakan oleh Sang
Memerang.
Menuntut keadilan atas kematian anak dan isterinya.

WATAK SAMPINGAN LAIN

5. Sang Labi-labi 6. Sang Udang

7. Sang Bubut 8. Sang Biawak

BINAAN PLOT

TEKNIK PLOT

LATAR TEMPAT

Lubang - tempat tinggal Sang Memerang,
isteri dan anak-anaknya.
Hutan - tempat Syah Alam di Rimba
memerintah.
Lubuk - tempat tinggal Sang Sebarau dan
anak-anaknya.
Istana - tempat singgahsana Nabi Allah
Sulaiman dan menteri.

LATAR MASA

Pada zaman dahulukala - Adalah konon masa zaman Nabi Allah Sulaiman
alaihissalam...(hlm.35)
Waktu siang - Seketika lagi hari pun siang. Memerang laki bini lepas makan ia pun
pergilah menghadap Nabi Allah Sulaiman. (hlm.37)
Waktu petang - Hatta seketika lagi hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang
ke tempat lubangnya itu. (hlm.36)
Waktu malam - Hari pun malamlah. Bermesyuaratlah keduanya pagi esok hendak
menghadap Nabi Allah Sulaiman permaklumkan hal kematian anaknya oleh
kerana kelakuan Syah Alam di Rimba membuat aniaya ke atasnya. (hlm.37)

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang tinggal di hutan - Misalnya, Sang Memerang, Sang Bubut, dan
Sang Labi-labi.
Masyarakat yang jujur semasa berhadapan dengan pemerintah - Syah Alam di
Rimba dan binatang lain jujur dengan bercakap benar semasa di hadapan Nabi
Allah Sulaiman.
Masyarakat yang bijak - Nabi Allah Sulaiman dan Syah Alam di Rimba bijak dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang terjadi kepada rakyatnya.

GAYA BAHASA

NILAI DAN Tanggungjawab
PENGAJARAN
Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang
Kebijaksanaan bertanggungjawab terhadap anak-anak.

Kita mestilah bijak dan bersiap sedia Contohnya, Sang Memerang keluar mencari makanan
sekiranya diserang oleh musuh. untuk anak-anaknya.

Contohnya, Nabi Allah Sulaiman seorang Kejujuran
yang bijak dalam menyelesaikan masalah.
Kita haruslah bercakap jujur dan benar
di hadapan pemimpin.

Contohnya, semua binatang yang menghadap Nabi Allah
Sulaiman bercakap benar dan jujur.

APA YANG
ANDA
BELAJAR HARI
INI?

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version