The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by plaxoe, 2023-05-12 00:23:49

paperwork plan intervensi BI

paperwork plan intervensi BI

SK FELDA JENGKA 17, 26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK, JENGKA PAHANG KERTAS KERJA PELAN INTERVENSI PANITIA BAHASA INGGERIS TAHUN 2023/ 2024 TAHUN 4 DAN 5


PELAN INTERVENSI BAHASA INGGERIS SK(FELDA) JENGKA 17 1.0 PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai visi membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi melaksanakan hasrat tersebut pihak sekolah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan modal insan berkualiti yang mampu berdaya saing. Selain itu UASA juga merupakan penentu dan kayu ukur serta kemuncak kejayaan bagi Panitia Bahasa Inggeris secara umum dan setiap murid khususnya. Justeru itu, Panitia Bahasa Inggeris SK (FELDA) Jengka 17 telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Pelan Intervensi bagi Tahun 4 dan Tahun 5. 2.0 MATLAMAT Pelan Intervensi bertujuan untuk mempersiapkan murid- murid Tahun 4 dan Tahun 5 sesi 2022/2023 yang telah menduduki UASA kerana mereka juga bakal menjawab soalan Pentaksiran 2023. Mereka akan diberikan pendedahan dengan pengetahuan dan teknik menjawab soalan penilaian dengan betul sebelum menduduki pentaksiran. 3.0 RASIONAL Terdapat dalam kalangan murid-murid dari tahap dua masih lemah dan kurang pendedahan dalam aspek teknik menjawab soalan pentaksiran dengan betul bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Justeru itu objektif untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman ini sangat penting bagi memastikan murid- murid menjawab soalan dengan betul dan berkualiti serta memenuhi matlamat yang diperlukan.


4.0 OBJEKTIF PROGRAM 1. Membolehkan murid-murid menjawab soalan pentaksiran dengan betul dan berkualiti serta mencapai matlamat pentaksiran yang dijalankan. 2. Menambah kuantiti dan kualiti bilangan murid menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris (TP 3 sehingga TP 6) 3. Menghasilkan peningkatan bilangan murid daripada TP 1 dan TP2 kepada TP3. 5.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT BIL TARIKH SUBJEK TEMPAT 1. Sepanjang tempoh bermula Mac 2023 sehingga Februari 2024 ( setelah selesai satusatu topik ) Bahasa Inggeris Di kelas muridmurid Tahap 2 6.0 KUMPULAN SASARAN 1. 34 orang murid Tahun 4 2022 2. 25 orang murid Tahun 5 2022


7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Nazaharuddin bin Hj. Mohsin ( Guru Besar ) Naib Pengerusi 1 : Pn. Nor Hidayah binti Sani Guru Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Pn. Hajah Sariza binti Baharuddin Guru Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 3 : En. Shahidan bin Md Yatim Guru Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha : Puan Nurul Aisyah Binti Mohamad Bendahari : Cik Hajah Hasmiza binti Yaakob Ahli Jawatankuasa Kerja 1. Penyediaan Bahan / Alatan Aktiviti Puan Siti Hajar binti Ab Halim Encik Azizul Fitri bin Muslihat 2. Bengkel Pemantapan Program Semua ahli Panitia Bahasa Inggeris 3. Dokumentasi Puan Siti Hajar Binti Ab Halim


8.0 SUMBER PENDAPATAN PCG Panitia Bahasa Inggeris 9.0 PENUTUP Panitia Bahasa Inggeris mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan, dan semoga diberi ruang dan peluang serta diberkati atas nilai murni dari semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Disediakan oleh, Disahkan oleh, (PN.SITI HAJAR BINTI AB HALIM) (HJ. MOHD NAZAHARUDDIN BIN HJ. MOHSIN) Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Guru Besar. Sk (FELDA) Jengka 17, SK (FELDA) Jengka 17, Bandar Jengka, Pahang. Bandar Jengka, Pahang.


Click to View FlipBook Version