Digital Flip Silang Budaya
Tajuk: Silang Budaya
Erat Hubungan Kaum
Nama Peserta : FOO L
E XUAN
Kelas : 6L
Alam
at Emel : [email protected]
Nama S
ekolah : SJKC CHI M
ING 2
Alamat Sekolah
: Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Johor
ISI KANDUNGAN
Definisi Silang Budaya m/s 1
Silang Budaya Di Malaysia m/s 2
Pakaian - Pak
aian Tradisional m/s
3-4
Usaha - Usaha U
ntuk
Memupuk Perpaduan Kaum
m/s 5-10
Aktiviti Silang
Budaya
m/s
11
Kepentinga
n Silang Budaya m/s
12
Cabaran Berko
munikasi Silang m/s
13
Budaya di Malaysia m/s
14
Penghargaan
RPeunjuu
kt
aunp m/s
15
m/s
16
Definisi Silang Budaya
MALAYSIA kaya dengan kepelbagaian
budaya, bahasa, adat resam dan agama.
Masyarakat luar sering memandang
Malaysia sebagai negara model
perpaduan atas keharmonian dan
kesejahteraan rakyatnya yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar
belakang. Silang budaya berlaku
apabila dua atau lebih individu
daripada latar belakang berbeza
berinteraksi.
Budaya dan adat resam adalah ciri istimewa sesebuah negara yang menjadi asas
kepada pegangan dan kepercayaan masyarakat setempat. Malaysia terkenal
sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri dari pelbagai
budaya dan adat resam. Dalam kepelbagaian warna-warna budaya dan adat
resam, yang lebih penting adalah setiap individu menghormati dan menghargai
nilai-nilai budaya dan adat resam setiap pihak demi menjaga kesejahteraan dan
keharmonian hidup bersama-sama. Jika setiap individu tanpa mengira peringkat
umur, status, dan latar belakang kehidupan menjaga tingkah laku, adab sopan,
tutur bicara dan pemikiran dalam menghormati budaya dan adat resam
setempat; maka keamanan dan kesejahteraan hidup di antara masyarakat
berbilang kaum dapat dicapai, produktiviti negara akan meningkat, kemajuan
akan digapai.
1
Silang Budaya di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang
berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah
Melayu, Cina dan India di samping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan
Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan
sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya
masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga
sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek
kesenian, bahasa, adat resam, muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-
undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh
yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh semua pihak agar tradisi
kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat
sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.
2
Pakaian - Pakaian Tradisional di Malaysia
Pakaian Tradisional Cina :
Ceongsam & Samfu
Pakaian Tradisional Melayu :
Baju Kurung & Baju Batik
Pakaian Tradisional India :
Doti & Sari
3
Pakaian Tradisional Kadazan Dusun :
Lelaki
1) Gaung'( baju lengan panjang),
2) souva ( seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo),
3) kaking atau toogot (bengkung pinggang hitam),
4) siga (penetup kepala), dan tupi' sinikat.
Perempuan
1). 'Sinuangga' - baju blaus pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda.
2). 'Sinompukung' - blaus dengan lengan 3/4 dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh
wanita pertengahan umur.
3). 'Kihongon' - blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual.
Pakaian Tradisional Iban :
Ngepan Iban & Baju Burung
4
Usaha - Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum
Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha
untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni.
Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di
Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara
kaum. Justeru, kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat
Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum "bagai aur dengan
tebing" untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman
makmur. Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi
erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab
bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah "bulat air kerana
pembetung bulat manusia kerana muafakat".
Selain daripada itu, kekuatan atau sinergi daripada semua belah pihak
diperlukan dalam berganding bahu melakukan usaha-usaha yang efektif dan
proaktif bagi merealisasikan aspirasi rakyat di segenap Malaysia.
Menganjurkan majlis
rumah terbuka
Melaksanakan sekolah
wawasan Usaha - Usaha Untuk Penerapan nilai-nilai
Memupuk Perpaduan budaya dan warisan
dalam aktiviti harian
Kaum
Program Kenegaraan Mengadakan Kempen 5
Melaksanakan seperti Memartabatkan Budaya
Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN)
1. Menganjurkan majlis rumah terbuka
Semasa kerajaan mengad
akan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat
negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi
komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan berhubung
dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis
sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.
Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan
kaum seperti kata pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh". Perpaduan
kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-
aktiviti yang djjalankan. Cara ini dapat memupuk semangat
kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain di
dalam masyarakat Malaysia. Keharmonian seperti ini senang
terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian
tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
6
2. Melaksanakan sekolah wawasan
Sehubungan dengan
itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan
komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan
pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan
kaum secara tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan
yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:
1. Sekolah Kebangsaan
2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat
mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh:
• Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur
bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di
peringkat antara sekolah.
• Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa
Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan
turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama
lain.
7
3. Program Kenegaraan seperti Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN)
Jika perkara ini diteliti dengan l
ebih lanjut, sebelum ini kerajaan telah
mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas untuk menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN
sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan
dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang bakal
menjadi pemimpin negara satu masa nanti. Selaras dengan modul
kenegaraan yang dijalankan, para remaja berbilang kaum berpeluang
untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti peribahasa "bagai
aur dengan tebing". Justeru, perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-
aktiviti berkumpulan tersebut. Sememangnya, tidak dapat disangkal
lagi bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam
membentuk perpaduan kaum.
8
4. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam
aktiviti harian
NInedgiaarayaknigtamteerrduipriakdaanripkaaduampeult
baamgaai kaum seperti Melayu, Cina dan
di Malaysia. Dengan itu, rakyat
boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri
dengan kaum lain dari aspek seperti:
1. Pemakanan
2. Pemakaian
3. Peradaban
Sebagai contoh, yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat
Malaysia, antaranya adalah seperti:
1. Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional
orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di
universiti.
2. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh
kaum-kaum yang lain.
3. Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan
India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih
jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan
hari perayaan kaum masing-masing.
9
5. Mengadakan Kempen Memartabatkan Budaya
Usaha lain yang boleh dilakuk
an ialah dengan mengadakan kempen-
kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan
budaya masing-masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke
luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta
mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa
pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan
oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan
haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-
hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah
“Bersama Kita Mengekalkan Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan
Bangsa”. Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang
tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang
berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-
puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan
Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak
atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan
dijalankan.
10
Aktiviti - aktiviti Silang Budaya
Menyambut
Merdeka
Bergotong-royong
membersihkan
kawasan taman
11
Kepentingan Silang Budaya
Banyak kebaikan yang kita peroleh jika mempelajari komunikasi silang budaya, antaranya
membantu memahami budaya sebagai sesuatu yang dapat menghasilkan dan memelihara
wacana secara positif serta penuh bermakna bagi anggota masyarakat.
Ia sekali gus membentuk hubungan harmoni dan memuaskan sesama anggota masyarakat
berlainan budaya, mendorong kita menjadi lebih terbuka dan bersedia melihat dan
menerima nilai yang baik dan universal dalam sesuatu bangsa atau kaum itu.
Apabila memahami dan menghargai budaya masyarakat lain, kita menjadi lebih peka
dengan anggota masyarakat berlainan budaya, sekali gus dapat merangsang pemahaman,
memperluas dan memperdalam pengalaman seseorang.
Hubungan Etnik
Kesimpulannya, hubungan etnik akan menjadi masalah sekiranya ada individu atau
kelompok etnik cenderung menolak budaya dianggap bertentangan dengan budaya dan
kepercayaan mereka.
Sikap seperti ini menjadi punca wujudnya prasangka dalam kalangan anggota masyarakat
berlainan etnik atau budaya. Justeru, kita mahukan masyarakat kita lebih terbuka.
Walaupun setiap etnik memiliki identiti budaya tersendiri, sikap saling menerima dan
memahami akan membentuk kekuatan kepelbagaian etnik dan budaya yang wujud itu
akan menjadi satu kekuatan buat negara tercinta.
Seharusnya masyarakat Malaysia bersatu dalam kepelbagaian.
12
Cabaran Berkomunikasi Silang Budaya di
Malaysia
Adakah Perbezaan Budaya Dan Adat Di Malaysia Mengekang
Kekuatan Perpaduan Masyarakat?
Budaya merupakan asas integrasi bangsa, di
mana ia merupakan satu elemen yang
penting dalam mengasaskan sebuah negara bangsa yang bertamadun. Dalam konteks
istilah, budaya dapat ditafsir sebagai cara hidup dan warisan tradisi sesebuah masyarakat
yang telah menjadi norma dalam kehidupan seharian. Budaya juga merangkumi pelbagai
aspek dalam kehidupan, seperti adat, moral, nilai-nilai murni, kesenian, agama dan juga
tingkah laku yang dipelajari dan diterapi daripada kelompok masyarakat. Antara negara-
negara besar yang di mata dunia, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan
termahsyur sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersatu padu. Kesepaduan sosial
dan integrasi kaum yang dikecapi telah menyumbang kepada kestabilan dan
keharmonian dalam masyarakat Malaysia.
Selain daripada itu, prasangka yang wujud antara kaum Secara umumnya, perbezaan budaya
akibat kepelbagaian budaya dan adat juga merupakan salah dan adat di Malaysia telah
satu faktor yang mengekang kekuatan perpaduan membentuk keunikan masyarakat di
masyarakat. Perbezaan budaya, terutamanya dari segi samping menonjolkan Malaysia
bahasa menyebabkan jarak sosial yang ketara. Hal ini sebagai masyarakat majmuk di mata
menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi dalam dunia. Walaupun demikian, kita
kalangan masyarakat, dan akibat daripadanya adalah harus sedar bahawa perbezaan ini
masyarakat tidak dapat saling memahami antara satu sama
lain. Ketidakfahaman yang ditimbulkan telah membawa bagaikan bilah bermuka dua, ia juga
kepada sikap prasangka dalam kalangan masyarakat yang mampu mencetuskan konflik antara
masing-masing mempunyai pegangan agama, adat istiadat, kaum selain daripada
budaya hidup yang berlainan. Sebagai contohnya, memperkenalkan nama Malaysia di
masyarakat Melayu yang menganuti agama Islam selalunya persada antarabangsa. Justeru itu, isu
bermurah hati untuk bersedekah kepada masyarakat yang perbezaan budaya ini seharusnya
miskin, sedangkan amalan ini merupakan satu pegangan dipandang serius dan dihadapi
ajaran yang dituntut dalam agama Islam. Namun begitu, dengan sikap positif, untuk
masyarakat lain mungkin akan bersalah faham dengan mengelakkan kekangan kekuatan
sikap murah hati masyarakat Melayu itu dan berprasangka perpaduan masyarakat. 13
bahawa masyarakat Melayu merupakan golongan kaya.
Penghargaan
Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada guru Pendidikan Moral iaitu Cik Hue Wen Shin kerana
telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran cikgu
memberikan tunjuk ajar amat saya hargai.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak mendorong
saya untuk terus berusaha . Dan saya juga ingin
menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya
sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam
menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah saya pelajari
sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan . Ianya
memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu ini .
14
Penutup
Saya berasa gembira kerana saya dapat menyelesaikan
flipbook ini dengan masa yang cukup. Di dalam flipbook ini,
saya dapat belajar dengan banyak nilai.
Semasa saya membuat kerja kursus ini, saya telah mengalami
banyak masalah tentang mengumpul maklumat. Demi
mendapat maklumat yang lebih lanjut. Saya telah mendapat
tunjuk ajar daripada guru. Oleh itu, hubungan saya dengan
guru menjadi rapat.
Melalui flipbook ini, juga hubungan saya dengan kawan-
kawan, anggota keluarga dan saudara-mara menjadi semakin
rapat dan erat. Ini adalah kerana mereka menolong saya
mencari maklumat dalam masa yang singkat.
Kesimpulannya, saya berasa bangga kerana dapat
menyelesaikan flipbook ini dengan sempurna.
15
Rujukan
https://www.sinarharian.com.my/article/42540/KO
LUMNIS/Silang-budaya-pupuk-perpaduan
https://www.bharian.com.my/rencana/surat-
pembaca/2018/03/394767/model-silang-budaya-
mampu-perkasa-perpaduan-kaum-anak-muda
https://solidaritas.my/adakah-perbezaan-budaya-
dan-adat-di-malaysia-mengekang-kekuatan-
perpaduan-masyarakat/
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-
memupuk-perpaduan-kaum.html
16
Sekian,Terima Kasih