INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB 1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU –
PENGHASILAN PRODUK
Nama : NUR FATHIAH HUDA BINTI AHMAD
No. K/P NAZIM
: 030914110132
Angka Giliran : 2021242310095
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : UNIT X3
Nama Pensyarah : Dr. Mohamad Nazri
bin Zainuddin
Tarikh Hantar : 14 Mac 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
hudaTandatangan Pelajar:_____ ______Tarikh : ______14 Mac 2022______
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
hudaTandatangan Pelajar:______ ________Tarikh : _____________________
JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan
DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
TUGASAN
PENGHASILAN PRODUK X9,X10 DAN X11.
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; :
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit) TARIKH MULA TARIKH HANTAR
22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
14 MAC 2022 08 APRIL 2022
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)
2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)
3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-
ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda
perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.
4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.
5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:
2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 28 JANUARI 2022 Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Disahkan oleh:
.......................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.
Tarikh: 04.02.2022
KESUSASTER
AAN
KEBUDAYAAN
MELAYU
Hasil karya dan seni masyarakat
Melayu
Kesusasteraan
Melayu
01 02
Takrif Bentuk, jenis
kesusteraan dan ciri -ciri
kesusasteraan
Melayu
Melayu
03 04
Fungsi Manifestasi akal
kesusasteraan budi dalam
karya puisi
Melayu tradisional
01
Takrif
kesustera
an Melayu
Takrif kesusteraan Melayu
Melalui buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan hasil tulisan Ali
Ahmad (1994) ada menerangkan berkenaan definisi kesusasteraan yang
lebih luas dan mendalam. Apabila membicarakan berkenaan
kesusasteraan, kehalusan atau estetika dan bahasa sering dikaitkan
sebagai perkara utama dalam penghasilannya. Hal ini kerana
kesusteraan itu merupakan kehalusan penciptanya hasil daripada
keindahan bahasa melalui proses penceritaannya dan keinginan
pembaca mencari serta memahami kehalusan itu. Sejajar dengan itu, Ali
Ahmad berpendapat bahawa hasil kesusteraan itu wujud daripada
keindahan penggunaan bahasa yang boleh dikatakan sebagai asas
perciptaan. Tambahan pula pengucapan indah yang mewujudkan
kesusasteraan tidak dispesifikkan bentuknya iaitu sama ada dalam
penulisan atau lisan. Ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Hashim Awang
(1987) yang menyatakan bahawa kesusteraan itu merupakan satu bentuk
ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Istilah kesusasteraan ini
sebenarnya berasal daripada perkataan “sastera” yang merupakan
bahasa sanskrit yang terimbuh daripada awalan “su” yang bermaksud
indah, baik dan kata dasar “-sas” yang bermaksud mengarahkan,
mengajar atau memberi petunjuk. Oleh hal yang demikian,
kesusasteraan Melayu itu ialah hasil karya orang melayu yang
mempunyai pengucapan yang indah iaitu juga mempunyai mesej dan
makna tersirat yang ingin disampaikan kepada masyarakat.
02
Bentuk,
jenis dan
ciri-ciri
Kesusaster
aan Melayu
Bentuk Kesusasteraan Melayu
Prosa Prosa
tradision moden
al
Puisi Puisi
Tradision Moden
al
Prosa Tradisional
Menurut Abdul Aziz (2011), Prosa tradisional boleh dikatakan
sebagai hasil kesusasteraan ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa
dengan menggunakan tatabahasa yang mudah pada zaman dahulu.
Bentuknya yang mudah difahami dan mempunyai pelbagai sumber
pengetahuan yang boleh dipelajari daripadanya menjadikannya kekal
sehingga ke hari ini. Berbeza dengan puisi dan pantun, prosa
tradisional ini kebiasaannya disusun dalam bentuk karangan. Sifa
prosa tradisional yang kekal lama sejak turun-temurun amat
berlawanan dengan sastera lama yang tidak kekal serta bersifat
sementara. Pada awalnya, prosa tradisional tidak mendapat sambutan
yang baik oleh masyarakat kerana penggunaan bahasa saskrit dan
Melayu Kuno yang sukar difahami. Namun begitu, perubahan berlaku
apabila islam datang menggantikan agama Hindu dan Buddha
sehingga muncul tulisan jawi yang juga merupakan kesusasteraan
prosa tradisional. Agama Islam yang bertapak di Istana telah
mengambil kesempatan yang bijak dengan menjadikan istana sebagai
pusat perkembangan kesusasteraan melayu klasik yang utama.
Bermula daripada itu hikayat yang terhasil semakin banyak dan
berkembang sehingga menjadi sumber pengenalan masyarakat
Melayu kepada masyarakat luar. Prosa yang merupakan karya naratif
ini mengandungi pelbagai elemen seperti watak dan perwatakan, latar,
sudut pandangan pencerita, tema dan gaya bahasa serta
perkembangan plot yang menceritakan sesuatu peristiwa (Ali Hussin,
2018)
Jenis prosa tradisional beserta
ciri–ciri
Sastera Rakyat
(Lisan)
Sastera rakyat atau juga dikenali sebagai
sastera lisan merupakan sastera yang
Melayu yang tertua dalam masyarakat
melayu. Sastera lisan yang muncul sebelum
kedatangan sistem tulisan ini merupakan
warisan budaya bangsa Melayu yang tinggi
nilainya dan kekal terpelihara mesikpun
masyarakat melayu berada dalam era
kemodenan. Anatara ciri sastera rakyat ialah
berbentuk pola dengan plot yang hampir
sama, merupakan hak milik semua
masyarakat yang menghasilkannya,
disebarkan secara lisan dan mempunyai
penulisan yang bersifat sederhana, spontan
tetapi terkadang kasar bergantung kepada
mesej yang ingin disampaikan.
Contoh Sastera Rakyat
Mitos Legenda Cerita rakyat
Cerita yang Cerita yang Cerita yang
bersifat dipercayai popular
benar-benar dalam
dongeng dan berlaku tetapi kalangan
berfungsi rakyat
untuk tidak walaupun
dianggap tidak
menerangkan suci seperti dianggap
asal-usul
sejarah benar-benar
kejadian yang tempat, terjadi dan
mengisahkan peristiwa
kejadian alam masa silam, menjadi
tokoh, sumber
semesta, keramat dan hiburan
manusia, sebagainya. masyarakat.
binatang,
tumbuh-tumbu
han, bentuk
muka bumi
dan kejadian
alam.
Sastera Istana tulisan
Sesuai dengan namanya, sastera istana yang diperkenalkan selepas
menerima islam pada abad ke-15 ini mula berkembang dalam
lingkungan istana. Sastera Hikayat terbahagi kepada beberapa jenis
iaitu sastera hikayat berunsur Hindu seperti Hikayat Seri Rama,
Sastera Hikayat berunsur Islam seperti Hikayat Sultan Damsyik dan
Sastera Hikayat berunsur Hindu-Islam Seperti Hikayat Putera Jayapati.
Sastera Undang-undang yang merupakan merupakan bahan kajian
tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis
masyarakat ini terbahagi kepada dua iaitu adat temenggung dan adat
perpatih.Contoh bagi sastera undang-undang ialah seperti Hukum
Kanun Undang-undang, laut Melaka, Undang-undang Pahang, Adat
istiadat dan sebagainya. Sastera epik pula dikenali sebagai Sastera
Pahlawan dan bersifat sejagat kerana mementingkan ciri
kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Sastera ini terbahagi
kepada dua iaitu Epik Kebangsaan seperti Hikayat Hang Tuah dan Epik
Berunsur Islam yang terdiri dari Hikayat Muhamad Hanafiah dan
Hikayat Amir Hamzah. Sastera Panji pula mempunyai isi yang berkisar
sekitar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak
utamanya digelar sebagai panji. Sastera agama pula lebih
berfokuskan cerita-cerita kehebatan dan keagungan Nabi Muhammad
SAW dalam menyebarkan agama islam. Sastera Ketatanegaraan pula
mempunyai salah satu kitab yang bertajuk kitab nasihat Segala
Raja-Raja yang digunakan sebagai panduan pemerintahan oleh
Sultan Zainal Abidin III.
Prosa Moden
Prosa moden amat berbeza zamannya
dengan prosa tradisional Perbezaan ini
menunjukkan bahawa unsur dan bentuknya
juga berbeza dan perlu difahami
perbezaannya. Misalnya, sajak bebas pada
hari ini merupakan suatu penyimpangan
daripada bentuk puisi lama seperti syair dan
pantun (Azman Rahmat et al.,2022). Prosa
moden ialah karya sastera Bahasa Melayu
yang bebas dari segi ciptaannya,
pengalaman yang digambarkan, pemikiran,
persoalan isu, atau kehidupan sebenar
dalam bentuk tulisan karya untuk
menyampaikan mesej yang tersirat.
Jenis Prosa Moden berserta
ciri-ciri
Cerpen
Perkataan cer ialah cerita manakala pen pula
bermaksud pendek. Gabungan daripada dua perkataan
maka terhasillah cerpen. Perkembangan cerpen amat
berkait rapat dengan penerbitan akhbar dan majalah
malah cerpen juga boleh dikatakan sastera akhbar dan
majalah (A.Wahab Ali, 2009). Bentuk penulisan cerpen
menggambarkan perasaaan, pandangan dan fikiran
serta gambaran berkenaan suatu zaman yang meliputi
masalah sosial, politik atau ekonomi. Oleh kerana cerpen
merupakan penulisan yang pendek, kisahnya akan
mengutamakan sesuatu kejadian atau peristiwa serta
mempunyai satu tema sahaja di samling beberapa
persoalan untuk memberikan kesan yang mendalam
kepada pembaca. Bagi memastikan cerita pendek tetapi
kaya dengan isi penceritaan, hanya terdapat satu plt
sahaja yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak
rumit.
Novel
Rahman Shaari (2001) menyatakan bahawa novel boleh dianggap
sebagai karya fiksyen yang panjang. Isi penulisan novel ini
menggambarkan sebuah kehidupan yang merangkumi
pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi. Bagi
menghasilkan sebuah kisah penceritaan yang menarik, watak, latar,
unsur-unsur fiksyen amatlah memainkan peranan yang penting
ditambah lagi dengan konflik, percubaan menyelesaikan konflik,
puncak dan akhirnya peleraian cerita. Novel juga merupakan
karangan yang berbentuk fiksyen dan tergolong dalam kategori
prosa naratif.
Drama
Drama yang merangkumi aspek sastera seperti cerita dani
unsur-unsur karya kreatif iaitu pemikiran, plot, watak, bahasa dan
latar serta aspek teater iaitu drama dilihat sebagai hasil
pementasan menjadikannnya sebuah karya kreatif yang unik. Bagi
mewujudkan pementasan drama yang mempunyai unsur intrinsik
bermaksud satu kesatuan yang membentuk karya yang
keseluruhan, peranan pengarah dalam penyelarasan drama
amatlah penting. Sejajar dengan itu, pementasan akan lebih
menarik dan menambat hati penonton apabila ditambah dengan
unsur pencahayaan, bunyi, pakaian dan tata rias yang sesuai
dengan isi drama.
Puisi Tradisional
Genre sastera yang paling awal bagi bangsa di
dunia ialah puisi. Peranan puisi membawa
kepada perkembangan yang positif apabila
masyarakat Eropah berjaya menghasilkan dua
buah epik yang berjudul lliad dan Odyssey
menggunakan puisi manakala Masyarakat
Hindu berjaya melahirkan Mahabhrata dan
Ramayana menggunakan puisi. Malah,
kesusasteraan awal bangsa Arab juga ditulis
dalam bentuk puisi. Bagi menghargai karya
puisi tradisional yang terbaik, puisi-puisi
tersebut akan digantung di Ka’bah sewaktu
Zaman Jahiliah.
Jenis puisi tradisional berserta
ciri-ciri
Pantun Gurindam
Pantun merupakan salah satu jenis Gurindam merupakan kategori
puisi yang berbentuk terikat. bukan naratif dan berbentuk
Menggunakan kaedah rangkapan, terikat iaitu terdiri daripada dua
orang Melayu pada zaman dahulu baris serangkap yang
sangat mahir berbalas pantun melalui merangkumi tiga hingga enam
surat menyurat. Meskipun pantun patah perkataan dengan skima
terdiri daripada beberapa rangkap rima akhir ‘a’. ‘A’. manakala suku
yang genap seperti dua, empat, enam, kata gurindam dalam sebaris
lapan dan dua belas namun rangkap ialah antara 8 hingga 12 suku
yang paling popular ialah pantun dua kata. Setiap untai gurindam
kerat dan pantun empat kerat. Walau mengandungi dua baris ayat iaitu
apa juga bilangan rangkap pantun, baris pertama dikenali sebagai
bentuk fizikal utamanya mestilah syarat, manakala baris kedua
mempunyai unsur pembayang dikenali sebagai jawab.
maksud dan maksud. Misalnya,baris Penggunaan bahasa gurindam
pertama dan kedua pantun empat agak serius dan berat yang
kerat ialah pembayangatau sampiran memupnyai mesej tersirat
manakala dua baris kemudiannya berkaitan nasihat, pengajaran,
ialah maksud. Selain itu, kebiasaannya kebenaran dan pernyataan rasa
pantun empat kerat akan memakai cinta.
skema rima a-b-a-b
Syair Seloka
Syair ialah sebuah puisi berlagu Seloka merupakan jenis puisi
yang berasal daripada yang digunakan dalam epik
perkataan arab iaitu ‘sy’ir’ yang Mahabharata dan Ramayana
bermaksud puisi. Syair juga walaupun sloka melayu tidak
merupakan sebuah puisi naratif sama dengan sloka sasnkrit.
yang mempunyai pelbagai Bentuk seloka ini bercorak
bentuk rangkap yang mana karangan berangkap tetapi
setiap rangkap mempunyai rangkapnya tidak tetap kerana
empat baris manakala setiap jumlah baris serangkap dan
baris mempunyai purata empat jumlah perkataan sebaris tidak
patah perkataan. Rima mempunyai ketetapan.Namun
dihujungnya juga ialah sama begitu, kebanyakan seloka
dan akan diakhiri dengan Melayu ditulis dalam bentuk
a-a-a-a. Berbeza dengan terikat iaitu empat serangkap
pantun, syair tidak mempunyai seperti pantun atau syair.
pembayang dan maksud serta Unsur yang terkandung dalam
tidak dapat berdiri dengan seloka mengandungi jenaka,
sendiri pada setiap rangkap gurau senda, olokan, ejekan dan
kerana memerlukan bantuan sindiran.
lebih daripada satu rangkap
untuk melengkapkan sesuatu
idea.
Puisi Moden
Muhammad Hj Salleh (1991) bersetuju sesuai
dengan namanya, puisi Melayu Moden
mengandungi suasana serta pandangan
terhadap yang lebih moden. Puisi moden tidak
mempunyai ciri-ciri yang khusus dan berbentuk
bebas dari segi jumlah suku kata, baris dan
pembentukan rima. Puisi Moden ini juga
berperanan sebagai didaktik untuk memberikan
pengajaran dan pendidikan kepada
masyarakat. Jenis puisi Moden hanyalah satu
iaitu sajak. Setiap puisi Melayu Moden akan
diikuti dengan nama penulis walaupun
menggunakan nama samaran atau nama pena
bagi membuktikan pengakuan hak ke atas
sesebuah hasil karya yang telah dicipta.
Jenis puisi Moden berserta
ciri-ciri
Sajak
Menurut HB. Jassin (1983), sajak adalah karya yang
mengandungi pengucapan perasaan dengan
perasaan yang di dalamnya pula terakandung
fikiran dan tanggapan. Oleh itu, Sajak merupakan
hasil kesenian yang membawa pelbagai mesej yang
ingin disampaikan.Penulisan sajak juga boleh
menggambarkan suara hati dan luahan rasa
penyairnya. Sajak merupakan puisi yang tidak
terikat pada jumlah baris, jumlah perkataan,
rangkap rima dan sebagainya. Dengan kata lain
berbentuk bebas iaitu tidak menggunakan ciri
penulisan tradisional seperti penggunaan rima,
rangkap, ayat dan sebagainuya.
03
Fungsi
kesusasteraan
Melayu
Fungsi kesusasteraan Melayu
Hiburan Pendidikan
Dakwah Kritikan
sosial
Fungsi kesusasteraan Melayu
dalam aspek hiburan
Sebahagian daripada karya sastera terkandung unsur - unsur
keindahan kata-kata yang menghasilkan irama indah apabila
diungkapkan. Keindahan rentak ini dapat mencuit hati masyarakat
terutama apabila menghayati bait-bait ayat yang mengandungi mesej
dan pengajaran yang ingin disampaikan. Hal ini dapat dibuktikan dengan
karya sastera yang berupaya membawa keindahan yang menghiburkan
iaitu pantun. Rentak dan irama pantun yang bukan sahaja boleh
disampaikan melalui irama pantun biasa tetapi juga disampaikan dalam
bentuk nyanyian atau dikir barat yang boleh menambat hati sesiapa
sahaja yang mendengarnya. Kepelbagaian irama pantun ini telah
menjadi hiburan yang berilmu kepada masyarakat. Bukan itu sahaja,
unsur hiburan juga dapat dilihat daripada karya sastera yang
mempunyai lawak jenaka seperti cerita rakyat Pak Kaduk ataupun Pak
Pandir. Jalan penceritaan yang menghiburkan masyarakat disebabkan
oleh sikap Pak Kaduk dan Pak Pandir yang tidak bijak telah berjaya
menjadikan cerita rakyat sebagai salah satu hiburan dalam
kesusasteraan Melayu. Namun begitu cerita ini bukan sahaja bertujuan
untuk menghiburkan pembaca semata-mata tetapi juga mengandungi
mesej dan pengajaran tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya cerita
Ayam Pak Kaduk yang menyedarkan masyarakat bahawa perjudian
yang merupakan perkara haram dalam islam tidak akan membawa
manfaat malah boleh menghancurkan negara.
Fungsi kesusasteraan Melayu
dalam aspek pendidikan
Menurut Abdul Aziz (2009) salah satu daripada fungsi
kesusasteraan Melayu ialah sebagai alat pendidikan. Hal ini kerana
kesusteraan sebenarnya boleh dijadikan sebagai bahan ilmu untuk
masyarakat. Hasil karya sastera yang menceritakan tentang
kehidupan dalam pelbagai aspek termasuklah ekonomi, politik,
sosiologi dan agama dapat memberikan pendidikan secara langsung
kepada pembaca kerana mempunyai pelbagai unsur-unsur
pengajaran, moral dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Ini menjadikan
sastera sebagai satu kompenan penting dalam kurikulum pendidikan
di negara (Abdul Aziz, 2009). Buktinya, dalam subjek bahasa Melayu
terdapat kompenan sastera yang dikenali sebagi KOMSAS yang perlu
dipelajari oleh pelajar sekolah menengah. Mereka akan mempelajari
setiap unsur yang terdapat dalam KOMSAS ini termasuklah nilai
murni, plot cerita, pengajaran dan sebagainya. Manakala di peringkat
pengajian tinggi rujukan bahan sastera Melayu amat diperlukan
untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang berkaitan dengannya. Oleh
hal yang demikian, Kesusteraan Melayu mempunyai peranan yang
sangat penting dalam bidang pendidikan kerana mampu untuk
memberikan pendidikan berteraskan kebudayaan dan memupuk nilai
sejagat dalam diri pembaca.
Fungsi kesusasteraan Melayu
dalam aspek dakwah
Kedatangan islam telah membawa perkembangan yang
positif terhadap kesusasteraan Melayu. Malah, teks-teks cerita
tentang kepahlawanan islam mampu untuk mengatasi teks-teks
daripada tradisi Hindu seperti Ramayana dan juga Mahabharata.
Bukan itu sahaja, kisah-kisah mengenai para nabi juga mula ditulis
pada abad ke-17M (Zahir Ahmad,2005 ). Ini membolehkan
masyarakat islam mengetahui kisah perjuangan dan kehidupan
para nabi untuk dijadikan iktibar. Selain itu, terdapat juga teks yang
menceritakan berkenaan orang soleh yang mempunyai ilmu dan
keimanan yang timggi. Misalnya seperti Hikayat Lukman Al-Hakim
yang mengandungi cerita tentang wasiat Lukman kepada anak
lelakinya. Banyak ilmu dan panduan yang boleh diambil melalui
wasiat Lukman sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang
muslim. Oleh hal yang demikian, hikayat-hikayat tersebut
merupakan bukti bahawa karya sastera islam boleh membentuk
akhlak manusia Melayu jika diteliti dan difahami isi kandungan
sastera tersebut. Apatah lagi karya dalam islam mesti mempunyai
ciri seperti waqi’iy iaitu realistik, dan ijabiyah yang bermaksud
positif.
Fungsi kesusasteraan Melayu
dalam aspek kritikan sosial
Kritikan sosial dalam sastera ialah satu bentuk komunikasi
dalam masyarakat yang berfungsi sebagai pengawalan
berkaitan jalan sesuatu cerita dalam sistem bermasyarakat atau
dengan kata lain merupakan penilaian terhadap keadaan
masyarakat pada satu masa tertentu. Tiga perkara dalam
kritikan sosial seperti menilai, membandingkan, dan
mengungkapkan sesuatu perkara perlulah diambil perhatian bagi
memelihara sistem sosial masyarakat. Sesetengah karya sastera
yang mengandungi kritikan terhadap sosial masyarakat sama
ada secara tersurat mahupun tersirat mampu untuk memberikan
pengajaran kepada masyarakat. Sebagaimana penulis cerita Pak
Kaduk yang mengkritik perbuatan lurus dan tidak bijak Pak
Kaduk supaya dapat menyampaikan nilai moral kepada
pembaca untuk lebih bijak dalam membuat keputusan. Di
samping itu, terdapat pengarang yang melontarkan kritikan
sosial dalam hasil karyanya untuk memberikan teguran terhadap
masyarakat berdasarkan kehidupan manusia yang berada
dalam lingkungannya. Misalnya cerita Mat Jenin yang suka
berangan-angan menyebabkannya jatuh sewaktu memanjat
pokok kelapa kerana asyik dengan angan-angan menunjukkan
bahawa penulis ingin memberikan teguran terhadap golongan
yang suka berangan-angan tanpa usaha yang gigih.
04
Manifestasi
akal budi
dalam karya
puisi
tradisional
Karya puisi tradisional
Pantun Syair
Seloka Gurindam
Manifestasi akal budi dalam
pantun
Pantun merupakan kemahiran masyarakat melayu lama yang lebih awal
sebelum mereka menggunakan sistem tulisan. Oleh itu, dalam pantun terkandungnya
akal budi hasil daripada pemikiran masyarakat tradisi dahulu yang kaya dengan
ilmunya. Pantun bukan sahaja mempunyai keindahan dari segi kalimatnya yang
berirama malah perkataan yang dicoretkan membawa seribu satu makna tersirat.
Misalnya bagi pantun :
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,
Berdasarkan pantun di atas dapat dilihat maksud tersirat yang ingin disampaikan
melalui perbandingan antara emas dan budi. Hal ini kerana emas merpakan sesuatu
yang amat bernilai
Malah pada zaman dahulu emas hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan dan
raja sahqja. Ini membuktikan bahawa emas tersebut mempunyai nilai yang tinggi.
Namun begitu, budi yang dibandingkan mempunyai nilai yang tidak terhingga kerana
budi seseorang itu akan dikenang walaupun sudah meninggal dunia. Ini menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu terdahulu tidak melihat status atau kekayaan seseorang
apabila sudah meninggal tetapi akhlak baik akan membuatkan diri seseorang itu
dihormati meskipun sudah meninggal dunia. Pegangan masyarakat Melayu yang
mementingkan adab dan kesopanan ini dapat dijadikan teladan bagi masyarakat
untuk berakhlak mulia dan sentiasa berbuat baik kepada orang sekeliling. Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahawa pantun bukan sahaja menjadi hiburan tetapi juga
mempunyai nilai keindahan dan pengajaran yang mampu untuk membentuk jati diri
masyarakat (Norazimah Zakaria et al., 2017).
Manifestasi akal budi dalam syair
Syair merupakan sejenis puisi Melayu lama yang merupakan ciptaan asli
masyarakat Melayu. Penemuan batu nisan tua di Minye Tujuh, Aceh
membuktikan bahawa Syair telah wujud sebelum kejatuhan kerajaan Melaka
dan Portugis. Syair Burung Nuri merupakan salah satu daripada syair
tradisional yang mengisahkan tentang adab dalam kehidupan yang sering
ditempuhi oleh seseorang seperti masalah kekecewaan dalam perhubungan,
masalah kehidupan yang terambing-ambing dan masalah kegagalan berfikir
secara rasional yang akan memusnahkan kehidupan seseorang. Contoh syair
Burung Nuri :
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Rangkap pertama syair ini menunjukkan bahawa penyair menceritakan
sebuah warkah yang ditulis oleh sesorang yang dipandang hina sehinggakan
kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah
fikirannya yang kurang sempurna. Aspek akal budi yang terdapat dalam
rangkap ini ialah berkaitan adab dengan orang lain iaitu tidak memandang hin
atau merendahkan sesiapa sahaja kerana setiap orang mempunyai
keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Oleh hal yang demikian, dapat
dilihat bahawa syair mempunyai nilai yang tinggi dari segi ilmu dan
pengajaran yang disampaikan berdasarkan pemikiran penyair yang kaya
dengan akal budinya.
Manifestasi akal budi dalam
Seloka
Seloka merupakan merupakan salah satu jenis puisi kesusasteraan Melayu yang
paling tua dan diepercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan
agama Hindu di Asia Tenggara. Berbeza dengan syair dan pantunvseloka lebih
merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mepunyai unsur jenaka,
gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Salah satu seloka yang terkenal dalam
kalangan masyarakat Melayu ialah seloka Pak Kaduk. Berikut merupakan contoh
Seloka Pak Kaduk :
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pisang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa berlayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Aduhai malang Pak Kaduk
Akal budi manifestasi masyarakat Mekayu yang terdapat dalam seloka ini ialah
penulis mengkritik dan menyindir kebodohan Pak Kaduk yang tidak mampu untuk
berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perbuatan atau memutuskan
sesuatu keputusan. Ketidakbijaksanaan Pak Kaduk ini menyedarkan masyarakat
supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan sama ada perbuatan
tersebut akan memberikan kesan yang baik ataupun merugikan diri sendiri. Unsur
sindiran yang terdapat dalam Seloka menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
Tradisional tiadk mengkritik secara secara berterus-terang tetapi secara halus.
Manifestasi akal budi dalam
gurindam
Gurindam pula merupakan suatu bentuk puisi Melayu tradisional
mengandungi isi pemikiran yang bernas dengan bahasa riang yang
dinyanyikan. Gurindam yang tersohor ialah “Gurindam Dua Belas” yang
dikarang pada tahun 1846 dan diperkenalkan oleh Raja Ali Haji. Berikut
merupakan rangkap gurindam dua belas pasal yang pertama :
Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-sekala tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat
Berdasarkan Gurindam Dua Belas pasal yang pertama akal budi masyarakat
Melayu yang dapat dilihat ialah apabila pengarang menerangkan kepada
pembaca bahawa hidup seseorang irtu akan sia-sia tanpa tujuan kerana tidak
mengenal agama iaitu Tuhan. Hidup yang tidak diberkati oleh tuhan akan
menyebabkan mereka sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan.
Oleh itu, pentingnya mengenal dan mempelajari ajaran tasawuf yang
menerangkan berkenaan empat perkara iaitu syari’at, ma’rifat, tarikat dan
hakikat supaya hidup lebih tenang dan terang tanpa ada perasaan curiga
akan kekuasaan Tuhan dalam diri.
Sumber rujukan
Azman Rahmat, Mohd Nazri bin Zainuddin Shamsudin bin Abu Bakar, Haji
Abdul Rani bin Hassan, Hasnah binti Awang. (2022). Pengenalan
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al- Ehsan
Hashim Awang. (1987). Glosari mini kesusasteraan. Fajar Bakti
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Muhammad Al Afzan Ali Hussin. (2018, April 16). Konsep Prosa Tradisional.
Blogspot.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/konsep-prosa-tradision
al.html
A.Wahab Ali, (2009). Perkembangan cerpen Melayu: Dari cerita moyang
ke Dewan Sastera. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27, 109-123.
http://www.ukm.my/sari/index.html
HB Jassin. (1983). Tifa penyair dan daerahnya. Gunung Agung.
Zahir Ahmad. (2005). Peranan sastera islam dalam pembentukan akhlak
penduduk Alam Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. 15, 254-265
Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi
Hanida Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti Jalwa Jamaldin, Mashitah
Sulaiman & Rosmah Derak. Akal budi dan cerminan jati diri Melayu
dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin Shah, 4 (2). 89-97.