SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
BY:CHE SYAFIQAH HUSNI
PENGENALAN
• Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah
satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa
Melayu pada 16-21 September 1956.
• Sidang tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja
tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu.
• Sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang
ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi
bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.
PRINSIP EJAAN YANG
DITETAPKAN
• Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi
bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja.
• Kedua, perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku
kata awal dan suku akhir tertutup.
• Ketiga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali
dengan sistem Za’ba yang banyak sekali menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes
tertentu sahaja.
• Keempat, terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan
tertentu disebabkan ejaan Kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan
sebutannya yang asal.
• Kelima, terdapat perubahan dalam penggunaan
kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan
penanda sama/satu
se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya
tanpa penggunaan sempang.