The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmiarifin, 2021-07-17 12:15:19

3. Pengenalan - Sistem Kekerabatan

3. Pengenalan - Sistem Kekerabatan

BAB 1

PENGENALAN

Pendahuluan

1. Bab latar belakang menjelaskan sifat-sifat geogrfai dan politik Perak sebelum zaman
colonial.

2. Sistem apa diamalkan, bagaimana ikatan wujud, keharmonian dan tak wujud elemen-
elemen dikatakan feudalisme di Perak.

3. Bagaimana pandangan negatif dikemukakan pentadbir colonial dapat dibuktikan tidak
seleras dengan perkembangan yang wujud sebelumnya.

4. Banding dengan apa yang berlaku pada zaman kolonia, untuk jelaskan sejauh mana
kolonialisme itu sendiri adalah punca yang mewujudkan elemen-elemen negatif dan
perpecahan dalam system politi di Perak

Latar belakang Perak

Sejarah Perak moden boleh dikatakan bermula sejak pertengahan kurun ke-16, apabila Sultan
Muzaffar Syah daripada keturunan diraja Melaka ditabalkan menaiki takhta kesultanan negeri
Perak pada tahun 1528.1 Sebelum itu, wujud beberapa buah penempatan kecil di Perak, misalnya
Manjong dan Beruas, yang diperintah oleh golongan pembesar tempatan yang mempunyai
hubungan erat dengan Kerajaan Melaka, iaitu sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah
(1488-1511) lagi.2

Dari segi geografi, Perak terletak di sebelah pantai Barat dan utara Semenanjung Tanah Melayu,
yang dihimpit oleh beberapa buah negeri seperti Kedah dan Patani di sempadan sebelah utara,
Kelantan dan Pahang di sempadan sebelah timur, dan Selangor di sebelah selatannya.3 Perak
merupakan antara negeri Melayu terbesar di Semenanjung selepas Pahang. Perak mempunyai
keluasan kira-kira 8000 kaki persegi, serta dicirikan oleh sistem sungai utamanya iaitu Sungai
Perak, yang mengalir luas dan panjang dari hulu hingga ke hilir, menjangkaui jarak sepanjang
170 batu.

Pada masa dahulu kegiatan ekonomi Perak yang utama ialah perlombongan bijih timah. Negeri
Perak terkenal dengan kekayaan bijih timahnya, khususnya setelah dijumpai dan diusahakan
secara besar-besaran sejak tahun 1848 oleh Menteri Larut, Long Jaafar.4 Sejak itu, kepesatan
kegiatan perlombongan bijih timah menyaksikan orang luar berpusu-pusu datang ke Perak untuk
membuka kawasan perlombongan bijih timah. Kemasukan beramai-ramai imigran bukan
Melayu, khususnya orang Cina akibat kegiatan perlombongan bijih timah sudah berlaku sejak
pertengahan kurun ke-19 lagi. Kedatangan mereka secara beramai-ramai untuk bekerja mahupun
membuka lombong-lombong bijih timah telah menggalakkan kegiatan ekonomi dan pelaburan
yang pesat. Namun sejarah turut menyaksikan kehadiran mereka juga menimbulkan pelbagai
masalah sosial dan ketidakstabilan, khususnya membabitkan pergaduhan kongsi gelap Cina di
Larut dan Pulau Pinang sejak 1860-an.5

Walaupun perlombongan bijih timah menjadi sumber pendapatan utama Perak khususnya sejak
kurun ke-19, namun berasaskan bukti-bukti sejarah, aktiviti atau kegiatan ekonomi di Perak
bukan hanya bergantung kepada kegiatan perlombongan bijih timah semata-mata. Sebelum
merosotnya kegiatan perdagangan orang Melayu akibat eksploitasi kolonial Barat yang
memecahbelahkan monopoli mereka dan langkah-langkah pihak kolonial kemudiannya yang
‘memaksa’ orang Melayu terlibat dalam aktiviti pertanian, orang Melayu dari segi sejarahnya
merupakan golongan peniaga dan pedagang yang aktif. Kegiatan perdagangan, sama ada yang
berskala besar atau kecil, melibatkan hampir setiap peringkat golongan masyarakat peribumi
Melayu daripada golongan rakyat jelata hinggalah kepada golongan pembesar dan raja. Sumber
sejarah tradisional Perak antaranya Misa Melayu mengesahkan bahawa pemerintah Perak sendiri,
misalnya Sultan Iskandar Syah (1752-1765) pernah terlibat secara aktif dalam kegiatan menjual
bijih timah dengan pihak Belanda.6 Selain itu, raja-raja Perak juga pernah terlibat dalam aktiviti
perdagangan gajah yang menguntungkan dengan negara-negara luar seperti India dan Ceylon.7
Misalnya menurut Misa Melayu, pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Syah baginda sering
menjual gajah;

Adapun akan Sultan Iskandar itu terlalu banyak baginda menaruh
gajah. Maka itulah baginda menitahkan Tambi Kecil pergi akan
mengambil barang siapa mahu membawa kapalnya masuk berniaga ke
dalam negeri Perak ini, kerana baginda hendak berjual gajah. Adapun
Tambi Kecil itu orang Keling, berbini ia di negeri ini dan di negeri
Keling pun ada seorang perempuannya. Maka pergilah ia dititahkan
baginda ke benua Keling.8

Seperti kebanyakan negeri atau kerajaan Melayu kecil yang lain, Perak walaupun bukan sebuah
kerajaan kelautan (maritime) tetapi bergantung hampir sepenuhnya kepada kegiatan yang
berpusatkan sungai sama ada bagi urusan perhubungan, pusat pentadbiran dan juga
perdagangannya. Walaupun tidak sehebat Melaka, namun Perak juga amat terkenal dengan
kegiatan perdagangannya. Aktiviti perdagangan di Perak adalah berasaskan eksport beberapa
produk tempatan misalnya pelbagai jenis rotan, arak, serbuk belerang, gajah dan besi sebagai
tukaran bagi memperoleh bahan-bahan yang lebih diperlukan oleh masyarakat setempat seperti
pakaian, garam, tembakau, gambir, tembikar Cina, senjata seperti parang dan keris, ganja dan
rempah.9

Meskipun penduduk di kawasan pedalaman turut terlibat dalam aktiviti pertanian, tetapi tidaklah
begitu penting dan hanya bertujuan memenuhi keperluan asas masyarakat di kawasan itu sahaja.
Kegiatan pertanian orang Melayu selalunya bersifat kecil-kecilan bagi memenuhi keperluan diri
sendiri dan keluarga. Pertanian bukan berfungsi sebagai sumber ekonomi utama yang digunakan
bagi menunjangi keperluan seluruh masyarakat dan pemerintahan. Kefahaman awal tentang soal
ini adalah mustahak bagi mengelakkan timbulnya salah faham bahawa negeri-negeri Melayu
sebelum zaman kolonial, termasuk Perak, mengamalkan corak pertanian ‘feudal’ kerana
disalahfahami lebih banyak bergantung kepada kegiatan ekonomi pertanian sara diri berbanding
perdagangan.10

Meskipun pada masa kini merupakan salah sebuah negeri dalam sebuah kerajaan Persekutuan,
namun pada masa dahulu Perak berdiri sendiri sebagai sebuah ‘negara kecil’ yang bebas dan

berdaulat. Perak mempunyai garis sempadan negerinya yang tersendiri meskipun mungkin agak
longgar jika dibandingkan dengan persempadanan politik pada hari ini.11 Fakta ini amat penting
ditonjolkan bagi menafikan dakwaan yang mengatakan negeri-negeri Melayu pada zaman
sebelum kedatangan penjajah Eropah tidak bernegara dan tidak bersempadan, hanya ditadbir
sesuka hati mengikut tahap kekuasaan pembesar dan pemerintah di istana sahaja.

Sungguhpun panggilan ‘negeri dengan segala jajahan takloknya’12 sering digunakan dan disebut-
sebut dalam teks-teks tradisional bagi menggambarkan kawasan-kawasan yang membentuk
setiap kerajaan Melayu pada kurun ke-15 hingga ke-19, namun kefahaman tentang negeri-negeri
yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia pada hari ini tidak harus digunakan
dalam maksud yang sama bagi mentakrifkan sifat-sifat kerajaan Melayu awal. Hal ini kerana
kerajaan-kerajaan kecil Melayu yang terdapat di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada kurun
ke-19 itu adalah terdiri daripada kerajaan-kerajaan yang bebas dan tersendiri dan terbentuk
sebagai sebuah negara-bangsa yang lengkap. Pada masa dahulu masih belum wujud konsep
sebuah negara Tanah Melayu. Setiap kerajaan itu mempunyai pusat pemerintahannya, raja dan
pembesarnya, rakyat jelata, tentera, mata wang dan institusi undang-undang serta sempadan dan
kedaulatan wilayahnya yang tersendiri pula. Sekalipun mereka mempunyai hubungan budaya
dan keturunan yang sama, tetapi dari segi politik negeri-negeri kecil Melayu itu dahulunya
adalah terdiri daripada ‘negara-negara’ yang bebas dan terasing antara satu sama lain. Bahkan
mereka boleh bertelingkah atau berperang disebabkan oleh isu-isu sempadan, hak-hak politik dan
ekonomi dan kedaulatan masing-masing. Misalnya Perak, Selangor dan Kedah adalah negara
berdaulat yang berasingan dan pernah menjalinkan hubungan diplomasi, tetapi pada peringkat
sejarah yang tertentu pernah juga berperang antara satu sama lain atas sebab-sebab politik
mahupun ekonomi.

Konsep Persekutuan Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia dalam acuan yang wujud pada hari
ini adalah ciptaan zaman kolonial, yang walaupun semangatnya telah lama wujud, tetapi
bentuknya yang ada kini bukanlah menjadi teras entiti politik sebenar pada masa lalu.
Kefahaman ini amat penting kerana hal itu menjelaskan kepada kita betapa salahnya untuk
menganggap bahawa negeri-negeri Melayu pada masa lalu, misalnya sepanjang kurun ke-19 itu,
berada dalam keadaan yang berpecah atau ‘feudal’ hanya kerana mereka berdiri sendiri dan tidak
bergabung dalam satu unit pemerintahan yang lebih besar seperti dalam bentuk persekutuan yang
wujud pada hari ini.13 Walaupun garisan politik yang membentuk sempadan Tanah Melayu pada
hari ini terbentuk hasil daripada sistem birokrasi yang diasaskan kemudiannya pada zaman
kolonial, namun proses penyatuan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dalam satu unit politik
yang lebih besar bukanlah suatu hal yang baharu, yang hanya bermula pada zaman kolonial itu
semata-mata.14 Dari segi sejarahnya, negeri-negeri Melayu seperti Johor, Perak atau Pahang dan
negeri-negeri Melayu yang lainnya pada suatu masa dahulu pernah berada di bawah satu unit
pemerintahan yang lebih besar dan berpusat, yang terbentuk sekurang-kurangnya sejak zaman
kerajaan Srivijaya (683-1288) lagi, namun menjadi lebih jelas pada zaman kerajaan Melayu
Melaka (sekitar 1400?-1511).15

Umumnya negeri-negeri Melayu yang terbentuk pada hari ini adalah terdiri daripada wilayah-
wilayah yang pada suatu masa dahulu pernah menjadi sebahagian daripada jajahan takluk
kerajaan Melayu yang berpusat di Melaka. Bahkan wilayah-wilayah Melayu dalam kekuasaan
Melaka bukan hanya mencakupi negeri-negeri kecil Melayu di Semenanjung sahaja, tetapi juga

merangkumi beberapa bahagian penting wilayah-wilayah di Sumatera dan Kepulauan Riau, yang
pada suatu masa dahulu merupakan wilayah kekuasaan Srivijaya yang berpusat di Palembang.
Selat Melaka yang membahagikan Semenanjung Malaysia dengan Indonesia pada hari ini pada
masa dahulunya tidak pernah dianggap oleh masyarakat tempatan sebagai laut pemisah, tetapi
sebaliknya jambatan persaudaraan yang mengikat hubungan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi
kerana sifat masyarakat di sekitar Selat Melaka pada ketika itu yang bergantung pada laut
sebagai jalan perhubungan utama. Laut yang kini memisahkan antara Semenanjung Tanah
Melayu dengan Sumatera yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak sebagai Selat Melaka itu
pernah menjadi sumber dan tenaga kepada jalinan ekonomi, ikatan politik, persemendaan dan
keutuhan perhubungan yang berasaskan tradisi bersama ketika itu. 16 Pada hakikatnya,
Semenanjung dan Sumatera serta beberapa bahagian lain yang membentuk sebahagian wilayah
Indonesia kini adalah serumpun dan berkongsi identiti darah dan politik yang sama, namun telah
dipecahkan oleh proses kolonialisme. Pandangan serong dan prejudis yang dibawa oleh
sesetengah ahli politik yang menyatakan orang Melayu adalah ‘imigran’ dari Indonesia
mencerminkan kedangkalan mereka terhadap hubungan sejarah dan ikatan darah ini.

Justeru itu, tidak hairanlah jika pengkajian sejarah tentang negeri-negeri Melayu sekurang-
kurangnya di Semenanjung itu sering dimulakan dengan penelitian terhadap keadaan-keadaan
yang pernah wujud pada zaman kerajaan Melayu Melaka, meskipun hakikat sebenarnya Melaka
itu sendiri lahir daripada suatu tradisi politik Melayu yang lebih awal iaitu kerajaan Srivijaya di
Sumatera. Menurut Khoo Kay Kim;

The Melaka Sultanate formally established a set of traditions which
crystallised into what may be justifiably termed the ‘political culture’
of the peninsular Malays.17

Asas yang membentuk kerajaan-kerajaan Melayu seperti Johor, Perak dan Kedah misalnya,
menurut para pengkaji, tidak terpisah jauh daripada tradisi politik yang dibina dan diamalkan di
Melaka.18 Oleh itu, dalam menerangkan tentang sifat-sifat dan struktur politik kerajaan-kerajaan
Melayu, seseorang pengkaji mestilah mengambil kira keadaan-keadaan yang wujud dan tradisi-
tradisi yang pernah berkembang pada zaman kerajaan Melaka. Kedudukan ini bermakna rujukan
terhadap sumber-sumber tradisional tentang sejarah Melaka, khususnya Sulalat-us-Salatin, akan
menjadi penting dan amat berguna, selain keperluan meneliti sumber-sumber tradisional Perak
sendiri.

Institusi Kesultanan Melayu

Sulalat us-Salatin merupakan satu teks Melayu klasik kurun ke-16 yang amat penting digunakan
bagi memahami dengan lebih mendalam tentang sifat-sifat, ideal dan asas struktur politik serta
kuasa istana yang terdapat sama ada di Melaka, Johor mahupun Perak. Ketiga-tiga kerajaan
tersebut mempunyai ikatan yang amat rapat kerana mempunyai tradisi politik dan jalinan
pemerintah yang berasal-usul daripada keturunan yang sama. Dalam kes Perak, kemunculan
waris sah kerajaan Melaka melalui Sultan Muzaffar Syah mengukuhkan lagi tradisi politik
keMelayuan yang berasaskan keturunan Bukit Siguntang Mahameru itu.

Misa Melayu sendiri memulakan pengkisahannya tentang asal-usul pemerintah Perak yang
dipercayai daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dan Sang Saperba yang turun ke Bukit
Siguntang sebagai warisan suci keluarga diraja Perak; satu pengkisahan yang sama disebut dalam
Sulalat-us-Salatin dan beberapa kitab Melayu yang lain.19 Tradisi dan struktur politik yang
terdapat di Perak juga hampir sama dengan apa yang digambarkan dalam Sulalat-us-Salatin
tentang tradisi politik Melayu di Melaka. Oleh itu, banyak perkembangan yang berlaku di Perak
pada waktu kemudiannya, yang begitu kabur dan sukar difahami oleh pengkaji, dapat
diterangkan dengan lebih jelas dan mudah apabila dilihat dan dikaitkan dengan sifat-sifat serta
tradisi yang diterangkan dalam Sulalat-us-Salatin itu.

Sulalat us-Salatin mencatatkan sifat dan struktur politik Melayu dibentuk berasaskan satu sistem
kekerabatan yang tersusun, yang melibatkan dua institusi penting saling mengikati, lengkap
melengkapi dan kukuh mengukuhi, iaitu institusi raja dan institusi pembesar Melayu. Institusi
raja atau kesultanan Melayu adalah yang paling asas dan merupakan tiang utama yang
membentuk entiti politik Melayu dan mengabsahkan kewujudan seluruh struktur dan organisasi
dalam sistem tersebut. Menurut Leonard Andaya;

Without his presence to justify all activity and to reward the labours of
the people with titles and robes of honour, the kingdom would be
indistinguishable from many other riverine or estuary settlements in
the Malay world.20

Institusi kesultanan itu sendiri diperkukuhkan dengan sifat-sifat kemuliaan dan kemegahan yang
dikaitkan dengan leluhur suci dan agung. Misalnya asal-usul keturunan raja-raja Melayu
dikaitkan secara langsung dengan Raja Iskandar Zulkarnain dan warisnya yang menjelma dari
Bukit Siguntang. Pemerintah-pemerintah Perak, seperti juga Melaka dan Johor, dihubungkaitkan
dengan kemuliaan keturunan yang suci dan agung itu, lebih-lebih lagi kerana Sultan Perak yang
pertama iaitu Sultan Muzaffar Syah adalah anak sulung yang sah daripada pemerintah terakhir
Melaka. Disebabkan hubungan tersebut, kaitan antara asal-usul raja-raja Perak dengan Melaka
dan warisan Iskandar Zulkarnain itu sering ditekankan dan ditonjolkan dalam teks-teks Melayu
Perak.

Misa Melayu dan beberapa teks tradisional Melayu Perak yang lain sering memulakan
pengkisahan tentang Perak dengan cerita tentang asal-usul keturunan raja-raja Perak daripada
Raja Iskandar Zulkarnain dan warisan suci Bukit Siguntang. Bahkan apabila warisan tersebut
mula terancam akibat ketiadaan putera lelaki yang berhak bagi mengantikan takhta Perak pada
pertengahan kurun ke-17, para pengkaji menjelaskan bagaimana hubungan berasaskan keturunan
suci Bukit Siguntang itu tetap dipertahankan dan diperkukuhkan dengan berlangsungnya
perkahwinan penting antara puteri raja Perak dengan Raja Sulung, yang dipercayai merupakan
pewaris langsung daripada Sang Sapurba yang muncul di Bukit Siguntang dan kemudiannya
memerintah Pagar Ruyong.21 Raja Sulung kemudiannya telah diangkat sebagai Sultan Perak
menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah II (1636-1653) dan dikatakan bahawa selepas itu
‘...anak-anaknya, cucu-cucunya, cicit-cicitnya dan keturunannya sekarang menjadi raja di
Perak.’22

Perkaitan dengan warisan suci itu dipertahankan dan ditonjol-tonjolkan bukan bertujuan untuk
menunjukkan sejarah kemunculan dan kaitan keagungan warisan kerajaan Melayu Melaka dan
Perak itu sahaja. Sebaliknya turut berfungsi sebagai penegasan terhadap apa yang dikatakan
sebagai hak susunan moral, iaitu satu hak bagi menaiki dan mengekalkan ketakhtaan kerajaan
hanya di tangan para pewaris yang sah.23 Menurut Barbara Andaya;

It was also a measure of the state’s prestige, for to this genealogy
dynastic traditions were attached which chronicled the political
development of the country. These could be reinterpreted with the
passing of time so that the past constantly vindicated the claims of the
present. Since such a progenitor and such a genealogy were part of the
trappings of a ruler, it was inconceivable that a commoner could
become raja without such legitimisation.24

Penekanan terhadap pewarisan dan hak-hak yang sah itu merupakan satu doktrin yang terbina
kukuh dan digunakan secara berkesan oleh pemerintah Melayu bagi mengekalkan hak
ketakhtaan, mengelakkannya daripada tuntutan dan penabalan yang bertindih kerana adat resam
bagi sesebuah kerajaan Melayu itu menetapkan bagi setiap negeri itu harus mempunyai seorang
raja sahaja. Orang biasa bukan berdarah raja yang suci tidak boleh mencabar hak ketakhtaan
tersebut, termasuk para pembesar Melayu itu sendiri. Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan
Perak menetapkan bahawa apabila seseorang raja itu mangkat, maka hanya salah seorang
daripada anak gahara sahaja boleh menggantikan kekosongan takhta tersebut. 25 Apabila
berlakunya perpecahan dalam politik Perak pada tahun 1746 yang menyaksikan munculnya dua
orang pemerintah di Perak, Misa Melayu dengan jelas menggambarkan keadaan tersebut yang
dianggap sebagai melanggar adat dan tidak dapat diterima sama sekali oleh seluruh rakyat Perak.
Hal ini kerana adat Melayu menetapkan bahawa tidak mungkin boleh wujud keadaan ‘negeri
sebuah, Raja dua.’26 Perkara ini dapat menjelaskan kenapa begitu sukarnya kita mencari satu
bukti yang terpancar jelas dalam tradisi politik Melayu yang diasaskan sejak zaman Melaka atau
Srivijaya itu, yang dapat menunjukkan seseorang pembesar Melayu yang berkuasa telah atau
benar-benar bersedia mencabar sultannya bagi merebut jawatannya itu, kecuali sultan itu dicabar
oleh para pewarisnya sendiri atau anak raja daripada keturunan yang sama.

Keabsahan dan kesucian institusi raja itu diperkukuhkan lagi dengan wujudnya konsep daulat
dan derhaka dalam amalan politik Melayu tradisional. Secara teorinya, para pemerintah Melayu
di Perak, seperti juga di negeri-negeri lain warisan kerajaan Melaka, dianggap sebagai simbol
dan pemegang kemuliaan serta warisan leluhur suci yang diperkuatkan dengan konsep daulat,
satu konsep kesucian yang dikaitkan dengan kewujudan kuasa sakti seseorang pemerintah,
kesucian peribadinya dan kuasa-kuasa ghaib yang melindunginya.27 Ketinggian institusi raja
yang ditonjol-tonjolkan menyebabkan raja dianggap sebagai institusi yang teramat mulia dan
diperlihara oleh Tuhan. Baginda berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada manusia
biasa. Sekalipun tugas dan tanggungjawab pemerintah terhadap rakyatnya sering ditekankan
dalam teks-teks Melayu, namun dikatakan raja hanya bertanggungjawab terhadap Tuhannya.
Rakyat seharusnya menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan tidak ada seorang
pun daripada kalangan mereka yang berhak menghukum seseorang raja kerana ketidakadilannya
atau pemerintahannya yang jahat, kecuali Tuhan.28 Kedudukannya yang tinggi dan suci itu;
bahkan kadangkala diperbesar-besarkan sebagai bersifat ‘keramat’ dan ‘berkuasa mutlak’;

dianggap tidak boleh dipersoal, disentuh, atau dicabar oleh mana-mana pembesar dan rakyat
yang tidak berada pada kedudukan yang setaraf dengannya.29

Ternyata gambaran tersebut yang umumnya dibina dalam tradisi persejarahan kolonial tidak
boleh dipegang kuat kerana lebih menggambarkan sistem pemerintahan beraja di Perancis atau
Britain pada kurun ke-18 berbanding Tanah Melayu pada kurun yang sama. Bahkan penggarapan
unsur-unsur kesucian institusi raja, konsep daulat dan derhaka, kekuasaan mutlak dan kesetiaan
yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah dalam tradisi pensejarahan orang Melayu hanya
wujud sebagai teori, bahkan dakyah, tetapi tidak secara praktiknya.30 Penekanan unsur kesucian
raja bahkan harus dilihat hanya sebagai satu bentuk indoktrinasi atau penerapan ideologi para
pemerintah bagi meningkatkan lagi kemuliaannya pada kacamata rakyat dan seterusnya
mengekang unsur-unsur penentangan dalaman daripada berlaku.31 Walaupun rakyat akhirnya
telah benar-benar menghormati dan mengagungkan raja, namun hal itu berlaku bersandarkan
realiti yang wujud daripada pemerintahannya yang adil dan kemakmuran kerajaannya dan
bukannya bersifat penerimaan bulat-bulat terhadap mitos-mitos tentang sifat-sifat keluarbiasaan
dan ketuhanan raja, yang tidak mungkin diterima akal orang biasa. Bahkan konsep ‘Raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah’ sentiasa wujud dalam tradisi kepatuhan dan ketaatsetiaan
orang Melayu terhadap rajanya. Raja-raja yang berlaku zalim sering diketepikan, diingkari dan
dihukum di sepanjang perjalanan sejarah sejak zaman kerajaan Melaka lagi. Sebenarnya
penggarapan unsur-unsur mitos raja yang sakti dan bersifat ketuhanan hanya wujud dengan
begitu ketara pada zaman pengaruh Hindu. Namun sejak kemunculan Islam, agama baharu
masyarakat Melayu itu mula mengubah sifat dan mempengaruhi lunas-lunas hubungan sebenar
pemerintah-rakyat. Ajaran Islam memastikan konsep kesetiaan serta penghormatan terhadap
institusi itu diselaraskan dengan tuntutan agama. Konsep daulat kini dikaitkan dengan sifat
amanah, kesetiaan, keimanan dan tanggungjawab bersama pihak pemerintah mahupun rakyat
berdasarkan dogma agama.

Islam telah menegaskan lagi konsep daulat dan derhaka, tetapi berdasarkan bukannya kepada
prinsip kepatuhan yang mutlak dan membuta tuli, sebaliknya pemerintahan raja yang adil dan
berdaulat. Gagasan ‘raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah’ telah dipegang sebagai
prinsip utama yang mengikat hubungan pemerintah-rakyat. Daulat yang diterapkan bukan lagi
bermaksud atau berasaskan prinsip raja sakti atau bersifat ketuhanan, dan oleh itu baginda tidak
boleh dipersoalkan atau dihukum, tetapi berasaskan prinsip keadilan dalam pemerintahannya
yang bertunjangkan ajaran agama. Prinsip itu penting kerana agama telah menjadi sumber
rujukan masyarakat dan tunjang kekuatan pemerintahan kesultanan Melayu.

Institusi raja kini menjadi payung rakyat dan raja bukan lagi hanya bertanggungjawab kepada
Tuhannya, tetapi sebagai wakil yang memegang dan melaksanakan amanah Tuhan di muka
bumi. Dalam konteks ini raja yang memerintah dituntut memegang dan melaksanakan amanah
mereka sebagai Khalifatullahi fil Ardh, penegak agama, kebenaran dan keadilan. Raja itu
diibaratkan sebagai seorang pengembala kepada ternakannya (rakyatnya).32 Menurut Andaya,
konsep pemerintahan ideal orang Melayu amat dipengaruhi oleh adat dan perintah agama yang
menetapkan dengan jelas tentang tanggungjawab, perlakuan dan tugas-tugas sebenar seseorang
pemerintah. Adat Melayu menetapkan ‘the Raja must speak of all things, whether good or evil,
to his chiefs. The chiefs also should tell the raja all things and should inform the rakyat of good

and ill.’33 Aturan Islam pula mewajibkan pemerintah sentiasa berlaku adil dan mendahulukan
kebajikan rakyat.

He must not rule arbitrarily and should always consider the welfare of
his people. He must defend their honour and should never legislate
against laws laid down in the Koran; he was the representative of God
on earth (khalifat’llah f-il-ardl), wise, learned and just.34

Dalam Sulalat-us-Salatin ada dijelaskan bahawa ‘raja-raja yang adil itu dengan nabi Allah
upama dua permata pada sebentuk cincin. Lagipun yang raja itu upama ganti Allah; apabila
berbuat kebaktian akan nabi Allah, serasa berbuat kebaktian akan Allah, seperti firman Allah
Ta’ala di dalam Quran, ‘Ati’ulLaha wa ati’urrasula wa ulilamriminkum.’35

Dalam teks-teks Melayu sering ditegaskan bahawa raja-raja itu selamanya dituntut agar berlaku
adil dan memerintah dengan hukum dan kebijaksanaan. Sering digambarkan dalam satu bentuk
pengajaran yang cukup jelas dan bermakna bahawa apabila seseorang raja tidak berlaku adil dan
terpesong dalam pemerintahannya, maka baginda akan dicabar atau dihukum seberat-beratnya
oleh rakyatnya. Cabaran terbuka terhadap pemerintahan beraja yang tidak berkarisma atau tidak
adil selalunya dikepalai oleh para pembesarnya sendiri. Apa yang menarik ialah kenyataan
bahawa penentangan terhadap raja yang zalim bukanlah satu gejala yang luarbiasa atau ganjil
berlaku dalam tradisi politik Melayu berbanding tradisi politik pada zaman yang sama misalnya
di Eropah Barat. Hubungan yang adil dan harmoni antara raja dan rakyat diperlihatkan sebagai
satu daya pengimbang yang dapat memastikan sistem dan institusi kesultanan itu sendiri berjalan
dengan lebih berkesan selama institusi itu bergerak seiring dengan kehendak dan restu rakyat
keseluruhan.

Kedudukan ini menjelaskan dalam pembentukan sesebuah kerajaan Melayu yang utuh, bukan
hanya raja secara fizikal dan peribadi itu sahaja yang penting, tetapi sebaliknya institusi raja
itulah yang lebih diutamakan. Hal ini kerana secara prinsipnya, dan dalam gambaran sejarah
yang amat jelas, kedudukan raja-raja itu secara peribadi bukanlah berkuasa mutlak. Baginda
boleh ditukarkan dan dijatuhkan, bahkan dibunuh, tetapi institusi raja itu tetap kekal berdiri pada
kedudukan yang tertinggi, tidak boleh dicabar dan perlu dipertahankan. Sejauhmana pun
berlakunya keadaan rakyat atau pembesar memberontak terhadap seseorang raja akibat
kelemahan dan keburukan peribadinya, penentangan hanya berlaku secara peribadi juga,
manakala institusi kesultanan itu sendiri tetap dipelihara dan dianggap suci.

Institusi raja dan bangsa sebenarnya terikat secara bersama. Raja bagi masyarakat Melayu boleh
diganti oleh sesiapa pun yang layak, tetapi institusi kesultanan itu sendiri adalah sumber
kewujudan dan kedaulatan seluruh bangsa. Justeru itu institusi raja tidak boleh ditukarkan atau
diganti dengan unsur yang lain. Menderhakai institusi tersebut dianggap satu dosa yang paling
besar yang amat dinista dan boleh menyebabkan rakyat menerima hukuman ‘tulah’. Kes yang
paling jelas ialah pengkhianatan Sang Ranjuna Tapa terhadap institusi raja dan kerajaannya
hingga menyebabkan beliau suami isteri dikatakan dimakan sumpah atau tulah menjadi batu.36
Dalam menegaskan keperipentingan institusi raja kepada orang Melayu berbanding kedudukan
raja itu secara peribadinya, seorang pengkaji menjelaskan;

Kewibawaan raja Melayu itu tidaklah mutlak. Yang mutlak dan
berdaulat adalah institusi kesultanan dan bukannya orang yang
mengisi institusi itu. Kesultanan adalah keramat dan dianggap sebagai
lambang kedaulatan nusa dan bangsa dan kerana itu tidak pernah
dicabar. Namun, Sultan boleh dan dianggap perlu dicabar demi
kemuslihatan nusa dan bangsa. Kepatuhan dan ketaatsetiaan rakyat
kepada Raja adalah bersyarat dan bukanlah bersifat membabi buta.
Kisah-kisah kepatuhan mutlak kepada raja seperti yang terdapat di
dalam hikayat-hikayat Melayu itu lebih merupakan kisah-kisah
peribadi dan kekecualian, yang sebenarnya menyimpang daripada
lunas perhubungan Raja-Rakyat Melayu yang asasi. Umumnya “raja
adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” walaupun
penyanggahan itu jarang dilakukan dengan kekerasan.37

Namun kewujudan dan kewibawaan institusi kesultanan dalam sistem kekerabatan Melayu harus
bergantung pula kepada wujudnya dan kukuhnya institusi-institusi lain yang dapat
menunjanginya, iaitu institusi pembesar dan rakyat. Kewujudan sesebuah kerajaan Melayu tidak
akan berlaku atau wujud secara lengkap tanpa adanya institusi pembesar dan rakyat bawahan
yang mengangkat dan mendaulati kelangsungan institusi raja tersebut. Pandangan yang
dilontarkan oleh sesetengah pengkaji yang menyatakan konsep kerajaan bagi orang Melayu
hanyalah membawa maksud wujudnya ‘satu keadaan hanya mempunyai seseorang raja’38 adalah
tidak tepat dan terkeluar daripada garis prinsip pemerintahan Melayu yang sebenarnya. Contoh-
contoh sejarah dapat menerangkan prinsip sebenar yang diamalkan itu. Peristiwa misalnya Sultan
Mahmud Melaka yang dihalau Portugis diberitahu semasa dalam pelariannya tentang berapa
banyak kerajaan boleh dibentuk jikalau baginda menginginkannya sebagai ganti adalah satu
bukti yang amat penting yang sering digunakan bagi menunjukkan betapa pentingnya kedudukan
seseorang pemerintah secara peribadi. Namun peristiwa seterusnya yang menjelaskan bagaimana
baginda kemudiannya telah dipaksa dan bahkan diugut amuk (diberontak dan mungkin dibunuh)
oleh pembesarnya sendiri kerana tidak mahu santap tidak harus diketepikan dan perlu diberi
suatu tafsiran yang lebih luas dan bermakna.39

Konsep Kekerabatan Melayu

Sebenarnya keutuhan sesebuah kerajaan dan pemerintahnya amat bergantung kepada sejauh
mana baginda berupaya mengekalkan sifat-sifat kekerabatan dalam pemerintahannya.
Kekerabatan merujuk kepada satu bentuk hubungan raja-rakyat yang berasaskan ikatan kesetiaan
dan persemendaan berpusatkan istana dan sifat-sifat kekerabatan Melayu itu wujud berasaskan
beberapa perkara. Pertama, raja-raja Melayu itu berasal-usul daripada keturunan yang suci;
kedua, institusi raja itu hendaklah berdaulat, dan kedaulatan pemerintahannya diukur bukan
sahaja melalui kesucian keturunannya, tetapi juga karisma dan keadilannya dalam
pemerintahannya; ketiga, kepatuhan raja terhadap lunas-lunas agama; dan keempat hubungan
baik baginda dengan semua para pembesarnya. Dalam keempat-empat ciri tersebut, dua ciri yang
terakhir adalah prinsip terpenting yang menjadi tunjang sistem kekerabatan Melayu meskipun
sesetengah pengkaji lebih menekankan dua ciri yang pertama. Apapun yang pasti, kesemua ciri
tersebut menjelaskan bahawa dalam amalan politik Melayu, kekuatan dan kedaulatan
pemerintahan yang suci dibina bukan berasaskan keturunan yang suci, kuasa dan kekuatan

tentera atau kekayaan ekonomi semata-mata, tetapi juga pemerintahan yang baik, berdaulat,
lunas-lunas agama yang dihormati dan jalinan kesetiaan yang amat rapat antara pemerintah, para
pembesar dan seluruh rakyat.

Andaya menegaskan konsep pemerintahan yang ideal dalam budaya politik Melayu dipengaruhi
dengan begitu kuatnya oleh tuntutan agama Islam terhadap tugas, amanah dan tanggungjawab
seseorang raja. Sebagai seorang ketua kerajaan baginda mestilah seorang yang beriman, kerana
keimanan itu menentukan kedaulatannya pada pandangan rakyat. Hanya dengan itu sahaja
pemerintahanya menjadi lebih adil, kebajikan rakyatnya pun terbela, raja akan menjaga maruah
kehormatannya, kerajaannya dan rakyatnya dan tidak pula memerintah mengikut hawa nafsu
sebaliknya mengikut apa yang dituntut dan diperintahkan oleh agamanya. Baginda yang
memerintah adalah wakil Allah di muka bumi, dan oleh kerana itu harus memperlihatkan sifat-
sifat seseorang pemerintah yang sebenarnya, yang taat, bijaksana, amanah dan adil. Dengan itu
terpancarlah sinar kedaulatan pemerintahan baginda. Rakyat akan memberikan taatsetia yang
tidak berbelah bahagi, kerajaannya pula akan direstui dan dilindungi rakyat, dan negerinya akan
sentiasa teguh berdiri sebagaimana yang diungkapkan dalam satu rangkap syair Melayu;

Raja ini raja beriman
Daulatnya terdiri senantiasa.40

Sifat-sifat keadilan dan prinsip permuafakatan sering ditekankan dalam teks-teks Melayu bagi
menggambarkan tentang ukuran sebuah pemerintahan kekerabatan yang baik. Antaranya melalui
wasiat-wasiat yang disampaikan oleh pemerintah yang sedang sakit kepada bakal penggantinya
dan para pembesarnya. Wasiat yang diucapkan dengan penuh kejujuran menggambarkan sifat-
sifat ideal seorang pemerintah dan bentuk pemerintahan sebenar yang perlu diterapkan dalam
sistem kekerabatan dan adat resam Melayu, manakala bagi yang melanggarinya adalah satu
bentuk pelencongan. Misalnya dalam Sulalat-us-Salatin diperikan bahawa sewaktu Sultan
Malik-ul-Zahir gering, baginda telah berwasiat kepada anakanda baginda Sultan Ahmad dengan
berkata;

Hei anakku, cahaya mataku, buah hatiku, jangan engkau melalui
sembah segala hambamu barang suatu pekerjaanmu. Hendaklah
engkau musyawarah dengan segala menterimu, dan jangan engkau
segera menggerakkan hati hambamu; dan hendaklah kau perbanyak
sabar pada segala pekerjaan yang keji; dan jangan kau peringan-
ringankan ibadatmu akan Allah Subhanahu wa Ta’ala; dan jangan
engkau mengambil hak segala manusia dengan tiada sebenarnya.41

Wasiat yang lebih kurang sama diungkapkan oleh beberapa raja yang lain di hadapan pewaris
dan pembesarnya. Misalnya tatkala Sultan Mansur Syah jatuh sakit, baginda meninggalkan satu
wasiat yang jelas kepada pewaris dan para pembesarnya. Wasiat kepada pembesarnya berbunyi;

Ketahui olehmu kamu sekalian, bahawa dunia ini lepaslah rasanya
pada genggamanku; melainkan negeri akhiratlah semata-mata yang
kehendakku. Adapun petaruh kita pada Bendahara Paduka Raja dan
orangkaya-kaya sekalian anak kita Raja Radin ini; ialah akan ganti

pada tuan sekalian. Jikalau ada barang sesuatu salahnya, hendaklah
dimaafkan oleh tuan-tuan sekalian, karena ia budak tiada tahu akan
istiadat. Lebih segala orangkaya sekalian mengajari dia pada barang
sesuatu halnya.42

Kepada anakandanya sendiri pula Sultan Mansur Syah berpesan;

Adapun engkau, hendaklah baik memeliharakan hambamu sekalian;
barang salahnya hendaklah banyak ampunmu akan dia, karena firman
Allah Ta’ala: ‘InnalLaha ma’assabirin’. Syahadan jikalau datang
sesuatu pekerjaanmu, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan
dirimu ke hadrat Allah, karena sabda Nabi: ‘Min tawakkal ‘alalLahi
kafi’. Hei, anakku, turut seperti ini, nescaya adalah engkau berkat
diberi Allah Ta’ala dan berkat Nabi SallalLahu ‘alayhi wasallam’.43

Betapa pentingnya seseorang pemerintah bermuafakat dengan pihak yang menentukan kuasa
yakni para pembesarnya dalam menjalankan pemerintahannya berkali-kali ditekankan dalam
wasiat-wasiat itu. Sultan Mahmud sendiri yang dikatakan banyak mencabuli tatasusila institusi
kesultanan Melayu itu pun turut berpesan kepada anakandanya ketika baginda sakit;

Hei anakku...engkau kerajaan, sangat sabarmu; dan barang suatu
bicaramu jangan meninggalkan Bendahara dan sekalian menteri
hulubalangmu; sangat-sangat adil saksama pada barang hukum atas
bala tenteramu. Jangan engkau dengar-dengaran sembah orang tiada
dengan sebenarnya; sangat-sangat ampun periksamu akan mereka itu
sekalian, akan ia bernaung kepada keadilan dan kemurahanmu; dan
jangan engkau taksir daripada mana-fahus dan memeriksai atas
rakyatmu, supaya sentosa kerajaanmu.44

Dalam Misa Melayu juga ada dicatatkan wasiat-wasiat yang ditinggalkan oleh raja-raja Melayu
Perak kepada para penggantinya. Misalnya semasa saat nazaknya Sultan Muzaffar Syah III
(1728-56), baginda berpesan-pesan kepada bakal penggantinya, Raja Muda, dan para
pembesarnya serta seluruh ahli keluarganya dengan berkata;

Adapun pada perasaan beta, akan dunia ini lepaslah daripada dalam
genggaman beta, demikian akhirnya telah; yang beta harap sekarang,
baiklah anak kita Raja Mudalah akan ganti kita. Maka hendaklah
bicara orang besar-besar dan segala hulubalang pegawai pada
memerintahkan takhta kerajaan anak kita dan selenggarakan hukuman
negeri ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak
ini....Anak kita Raja Muda pun hendaklah kiranya baik bicara
berusahakan segala orang besar-besar dan anak raja-raja dan
memerintahkan negeri dan membela sekalian rakyat bala tentera dan
segala saudara-saudara dan hamba sahaya sekalian dan hendaklah
muafakat sama-sama kepada barang bicara dengan sekalian orang

besar-besar hulubalang dan pada anak raja-raja dan yang memegang
agama kita dan imam pegawai dan saudara anak buah sekaliannya.45

Raja yang beriman dan berkarisma telah digambarkan dalam teks Misa Melayu diwakili oleh
pemerintahan Sultan Iskandar Syah yang amat terserlah kebaikan, keimanan dan
kebijaksanaannya, bahkan sejak baginda menjadi Raja Muda lagi. Baginda digambarkan bukan
sahaja seorang pemerintah yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentang
kebajikan seluruh rakyatnya, malah pada waktu yang sama juga adalah seorang yang beriman.
Keadilan, kewarakan dan kebijaksanaan Sultan Iskandar menyebabkan pemerintahannya
dianggap sebagai pemerintahan yang unggul dan berdaulat. Baginda amat dihormati, disanjungi
dan ditakuti oleh seluruh pembesar mahupun rakyatnya. Pemerintahannya yang berlandaskan
keimanan mewujudkan bukan sahaja keamanan bahkan kemakmuran hingga zaman
pemerintahannya dianggap sebagai ‘zaman mas’. Keadaan ini digambarkan dalam Misa Melayu;

Adapun pada zaman Sultan Iskandar itu memakai tiga saat tiga tempat
semayam. Maka pagi-pagi lepas sembahyang subuh baginda semayam
dibalai lepu dan dihadap sekalian hamba yang karib-karib dan segala
budak-budak sampai toleh tenggala. Maka baginda pun berangkat naik
semayam di sayap lalu baginda santap. Setelah sampai tengahari,
maka baginda pun semayam di balairung dihadapi segala dayang-
dayang dan kundangan. Maka sampailah waktu lohor lalu baginda
sembahyang. Telah lepas baginda sembahyang lohor, maka baginda
berangkatlah keluar ke balai penghadapan dihadapi oleh segala raja-
raja dan orang besar-besar sida-sida bentara hulubalang rakyat
sekalian dan segala dagang sentri dan ulama-ulama dan fakir miskin,
masing-masing pada tempatnya. Demikianlah kebesaran baginda itu.
Maka diceritakan oleh orang yang empunya cerita, maka tatkala itu
tiadalah orang teraniaya dan menganiaya di dalam negeri Perak.46

Seperti dijelaskan sebelum ini, keunggulan institusi kesultanan amat penting bagi menjamin
kewujudan sebuah kerajaan yang teguh, namun kewujudannya sahaja tidak mencukupi dan tidak
bermakna tanpa disokong oleh institusi pembesar Melayu. Tanpa institusi pembesar, raja-raja
dan kerajaan Melayu itu tidak akan mampu berdiri sendiri dalam membentuk dan mengendalikan
sesebuah pentadbiran yang baik. Bagi menyusun pemerintahan secara berkesan, raja-raja perlu
bergantung kepada orang besar-besarnya atau menteri-menterinya yang akan berkhidmat sebagai
tangan-tangannya, yang akan mempertahankan kemuliaan dan kekuatan institusi raja dan
melaksanakan semua urusannya. Oleh itu, seseorang raja yang memerintah dengan baik perlu
melantik para pembesar yang serasi dengan pemerintahannya. Dalam Sulalat-us-Salatin ada
disebutkan melalui wasiat Sultan Alauddin Syah kepada bakal penggantinya tentang kepentingan
memelihara hubungan dan bermuafakat dengan para pembesarnya.

Syahadan hendaklah engkau muafakat dengan segala perdana menteri
dan segala orang besar-besar, karena raja-raja itu jikalau bagaimana
sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada ia
muafakat dengan segala pegawai, tiadalah akan sentosa adanya, dan
tiada akan dapat ia melakukan ‘adilnya. Adapun raja-raja itu upama

api, segala perdana menteri upama kayu, karena api itu jikalau tiada
kayu tiada akan nyala. ‘Arra’iyyatu juan bakhasta sultan dirakht’,
ertinya yang rakyat itu upama akar, raja itu upama pohonnya; jikalau
jikalau tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri;
demikianlah raja-raja itu dengan segala rakyatnya.47

Mengakui kepentingan wujudnya institusi pembesar inilah yang mendorong Sultan Perak yang
pertama daripada waris Melaka iaitu Sultan Muzaffar Syah segera melantik Tun Mahmud (Seri
Agar Diraja) sebagai bendahara Perak, manakala salah seorang pembesar yang menjadi
pengiring setia baginda dilantik sebagai Seri Nara Diraja, iaitu sebagai penjaga ciri.48 Begitu pula
contohnya dengan Raja Iskandar Syah. Setelah diangkat sebagai sultan, baginda dengan segera
menstruktur dan memilih semula para pembesar yang serasi dengan kehendak pemerintahannya.
Misa Melayu menjelaskan bagaimana para pembesar Perak yang gagal hadir ke istana semasa
kemangkatan Sultan Muzaffar dan penabalan baginda sebagai sultan baharu telah dipecat dan
dihukum, tetapi sesetengahnya ada yang diberikan semula jawatan mereka dan ada pula
pembesar baharu yang dilantik oleh baginda.49 Tindakan yang dibuat oleh Sultan Iskandar itu
amat penting bagi memastikan setiap pembesar yang dilantik memberikan ketaatsetiaan
kepadanya agar dapat mengukuhkan lagi kedudukan dan kestabilan kerajaannya.

Perak dari segi geografi dan jumlah penduduk tidaklah seramai dan seteguh Melaka, dan dengan
keadaan fizikalnya yang luas dan jalan perhubungan yang sukar, maka hal ini menimbulkan
suatu kesukaran pula kepada pihak pemerintah untuk mengawal sepenuhnya hasil kekayaan
negeri itu daripada mengalir keluar secara yang tidak sah. Walaupun bijih timah menjadi
komoditi perdagangan, tetapi pergantungan utama pemerintah Perak sebenarnya bukanlah
kepada penjualan bijih timah semata-mata, tetapi juga hasil yang dikutip melalui cukai daripada
kegiatan perlombongan dan tol-tol yang dikenakan oleh para pembesar di sepanjang Sungai
Perak. Tol dan cukai yang dikenakan melalui kegiatan di sungai amat lumayan dan berfungsi
bagi menampung perbelanjaan kerajaan kerana sungai merupakan jalan utama kegiatan ekonomi
dan perdagangan Perak. Menurut Andaya;

In Perak the ruler was by right entitled to a large share of the profits
obtained from tin production. He not only bought up substantial
supplies himself to re-sell, but also received duties on mines, and tolls
on any tin leaving the country. Because tolls comprised an important
part of the royal revenue, most rulers were concerned that all tin
produced in the statewould be duly delivered downstream in order for
it to pass through the legitimate toll stations. But to retain such a hold
over royal prerogatives would have entailed the co-operation of every
subject, since the extent of the tin deposits made it possible for almost
everyone in the state, regardless of where he lived, to engage in
mining as a source of income.50

Bagi mentadbir kerajaannya dan punca pendapatannya dengan berkesan, di samping
menyebarluaskan kuasanya ke seluruh pelusuk daerah dan rakyat, maka raja akan melantik
wakil-wakilnya yang terdiri daripada para hulubalang dan penghulu yang bertanggungjawab
kepada bendahara atau orang besar di istana, manakala bendahara dan orang besar itu pula

bertanggungjawab kepada baginda.51 Raja mungkin tidak mengambil berat dan menyerahkan
segala urusan pentadbiran daerah-daerah itu kepada para pembesarnya. Namun ini tidak
bermakna para pembesarnya bebas dan boleh melakukan sesuka hatinya terhadap daerah yang
dipertanggungjawabkan kepadaya.

The ruler was unconcerned with the manner in which these ministers
managed their fiefs as long as there was peace in the kingdom and
wealth continued to flow to the ruler’s coffers. In case of rebellion or
other disturbances in an outlying area, the chief minster himself was
despatched to the scene to supervise the normalization of affairs. In
such cases it was common for the official in whose area of jurisdiction
a disturbances had occurred to be removed and another favourite of
the chief minister put in his place.52

Di sebalik perkongsian tradisi politik dan budaya yang sama dengan warisan Srivijaya-Melaka,
perkembangan setiap negeri kecil Melayu turut dipengaruhi oleh pengaruh sekelilingnya dan
keadaan setempat. Negeri Perak pada kurun ke-18 hingga ke-19 mencerminkan satu corak politik
dan kerajaan Melayu yang bukan hanya mewarisi tradisi Srivijaya-Melaka, tetapi juga
bercampuraduk dengan tradisi politik luar, terutamanya Aceh. Keadaan ini tidak menghairankan
kerana selain pernah berada di bawah naungan kerajaan Melaka, negeri Perak juga pernah
ditakluki dan dikuasai Aceh. Pernah terjadi kes Sultan Perak serta ahli keluarganya yang ditawan
dibawa ke Aceh. Ada ahli kerabat diraja Perak yang ditawan dan dibawa ke Aceh itu
kemudiannya ditabalkan sebagai pemerintah di Aceh, dan begitu juga ada yang dihantar semula
ke Perak menjadi pemerintah di sana. Begitu juga ada anak-anak raja di Aceh itu yang
kemudiannya ditabalkan sebagai pemerintah di Perak.53 Jadi dalam keadaan sedemikian, Aceh
dan Perak pernah bersemenda dalam satu corak sistem kekerabatan, pemerintahan dan tradisi
politik yang sama. Pengaruh Aceh jelas wujud dalam tradisi politik Perak di samping pengaruh
tradisi Melaka, walaupun dominasi Aceh sebenarnya telah terhapus sejak tahun 1700 lagi.
Menurut Patrick Sullivan, hanya pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Syah barulah institusi
yang dibentuk oleh pengaruh Melaka dan Aceh itu digabungkan dan disusun secara sistematik.54

Walaupun diikat oleh sistem kekerabatan yang sama, namun berbeza dengan sistem yang
diamalkan oleh kerajaan Melaka, iaitu sultan memerintah melalui satu kelompok pembesar di
istana (Orang di Balai), tradisi Aceh pula memperlihatkan pemerintahan baginda adalah secara
berkongsi kuasa secara terus dengan para pembesar daerah khususnya pembesar Lapan (disebut
Hulubalang Delapan dalam tradisi Aceh) yang dipertanggungjawab sepenuhnya untuk
menjalankan kuasa di setiap daerah yang dikawal mengikut kehendak baginda. Melalui sistem
tersebut, setiap pembesar diberikan surat kuasa yang luas terhadap daerah tertentu yang
membolehkannya ditadbirkan mengikut kebolehan dan kebijaksanaannya sendiri. Namun ini
bukan bererti bahawa para pembesar Melayu yang dilantik itu boleh bertindak sesuka hati
sebagai seorang pembesar yang bebas dan berkuasa mutlak di daerahnya, yang sering disamakan
oleh sesetengah pengkaji dengan kedudukan seorang pemerintah feudal yang bebas di tanah
pegangan feudal. 55 Bezanya kedudukan seseorang pembesar feudal seperti yang terdapat di
Eropah Barat Zaman Pertengahan dengan pembesar Melayu pada kurun ke-19 itu ialah pembesar
feudal merupakan pemerintah yang sebenarnya (merdeka) dan berfungsi sebagai seorang raja di
kawasannya. Dia memiliki tanah-tanah dan kuasa kerajaan sebagai hak milik peribadinya sendiri.

Kedudukan para pembesar Melayu kurun ke-19 pula, meskipun mereka mungkin lebih kaya dan
berpengaruh daripada rajanya, namun tetap terikat dengan kehendak, restu dan keputusan-
keputusan yang ditetapkan oleh istana.

Dari segi kuasa dan jawatannya, dan juga daerah-daerah yang diserahkan kepadanya sebagai
wakil raja, seseorang pembesar amat bergantung kepada kehendak dan restu kerajaan dan
jawatannya itu sendiri adalah berpunca daripada lantikan istana. Kedudukan ini menjelaskan
bahawa seseorang pembesar itu boleh dilucutkan jawatannya pada bila-bila masa sahaja jika
dikehendaki oleh pemerintah di istana. Jadi seseorang pembesar Melayu tidak boleh menentang
istana sewenang-wenangnya kerana institusi raja dan istana itulah punca keabsahan segala kuasa
dan kedudukannya. Pada masa yang sama pula Sultan tidak boleh berdiri sendiri tanpa terikat
dengan kekuatan isntitusi pembesar. Pepatah Melayu mengumpamakan pembesar Melayu yang
kuat adalah berfungsi kepada pemerintah pusat lebih seperti ‘sepit bagi ketam’ atau ‘sayap bagi
burung’. 56 Semakin kuat kedudukan dan pengaruh para pembesar Melayu maka semakin
teguhlah institusi kesultanan itu sendiri dan bukan sebaliknya. Pandangan yang dibawa misalnya
oleh Andaya dan Khoo Kay Kim bahawa institusi pembesar Melayu secara berpotensi atau
realitinya sentiasa bersaing dan mengancam kedudukan sultan adalah tidak tepat dan tidak
disokong oleh bukti-bukti sejarah yang kukuh.57

Sifat politik dan adat resam dalam institusi kekerabatan Melayu menekankan kedudukan raja
tidak harus dicabar oleh para pembesarnya. Jawatan Sultan adalah satu jawatan suci berasaskan
asal-usul keturunan, prinsip kedaulatan dan kesetiaan dan dipertegaskan pula dengan waad
politik dan jalinan hubungan kekerabatan antara kedua-dua pihak. Tidak pernah berlaku suatu
keadaan iaitu seseorang pembesar mencari helah bagi menyingkirkan raja untuk menaikkan
dirinya sendiri sebagai sultan kerana dalam sistem kekerabatan Melayu, perkara sedemikian
tidak mungkin berlaku. Hal ini kerana kedudukan raja bukan ditentukan oleh pengaruh ekonomi
dan kekuatan ketenteraan semata-mata.

Sejarah menunjukkan bagaimana kuat pun seseorang pembesar, misalnya dalam masa
pemerintahan raja yang amat lemah atau tidak cukup usia seperti di Johor pada kurun ke-17,58
atau di Selangor pada kurun ke-19,59 namun pembesar tetap perlu bergantung kepada restu raja
untuk mengesahkan kedudukannya sebagai seorang pembesar dan bersaing dengan pembesar-
pembesar yang lain. Keadaan ini menjelaskan sebab sebenar kenapa seseorang pembesar Melayu
tidak mungkin tergerak untuk menentang sultannya sendiri disebabkan keinginan merebut kuasa
atau menandingi kedudukan sultan. Di Perak, Menteri Larut iaitu Menteri Seri Paduka Tuan
Ngah Ibrahim pernah didakwa berminat terhadap jawatan sultan dan memanipulasi pengaruh
serta kedudukannya bagi memenuhi tujuan yang dianggap melanggar tatasusila politik Melayu.
Namun itu hanyalah andaian atau tohmahan yang dibuat oleh para pentadbir kolonial British
yang kurang berpengetahuan tentang sistem politik Melayu, dan mempunyai niat yang tertentu
pula terhadap kedudukan Menteri Larut itu.60 Dalam tradisi politik Melayu, terutamanya di
Perak, jawatan sultan ditentukan bukannya oleh seorang individu, biar sejauh mana pun kaya,
hebat dan kuat pengaruhnya, tetapi secara muafakat dan bersama oleh semua pembesar. Institusi
pembesar Melayu, dengan konsep muafakat dan kuasa sebenar yang dipegang olehnya, boleh
memutuskan pada waktu yang perlu dan terdesak untuk melantik dan memutuskan nasib sesuatu
ketakhtaan kerajaan. Oleh itu, kemampuan atau keinginan seseorang pembesar yang berpengaruh
seperti Ngah Ibrahim untuk diangkat menjadi sultan tidak boleh diketepikan sepenuhnya jika
itulah yang diputuskan berdasarkan kehendak dan sokongan seluruh pembesar. Namun hal

sedemikian hanya boleh berlaku jika pembesar benar-benar tidak mempunyai pilihan lain dan
tiadanya waris sah daripada keturunan yang asal itu.

Amalan politik Melayu menetapkan hubungan kekerabatan dan kesetiaan wujud berasaskan
kepercayaan terhadap keturunan yang suci dan dari sudut ini, peranan institusi pembesar Melayu
sebagai pihak yang menjalankan amanah mempertahankan institusi raja yang suci itu adalah
unsur yang menghalang terjadinya perebutan terhadap jawatan sultan. Adat resam politik Melayu
menutup ruang kepada timbulnya persaingan raja-pembesar akibat perebutan kuasa yang sering
terjadi apabila pembesar menjadi terlalu kaya dan kuat seperti yang berlaku dalam struktur
politik feudal di Eropah Barat pada Zaman Pertengahan. Di sebalik gambaran menyatakan
wujudnya ‘feudalisme’ kerana pembesar lebih berkuasa daripada sultan, wujud penegasan yang
menghalang pembesar daripada melebihi tahap yang sepatutnya hingga ke peringkat bertindak
untuk mencabar dan merebut kedudukan sultannya sendiri. Satu penegasan yang terdapat dalam
adat resam politik Melayu adalah tentang hak keturunan raja itu sendiri. Hanya mereka daripada
keturunan asal Iskandar Zulkarnain dan Bukit Siguntang Mahameru sahaja layak memegang
jawatan raja atau yang Dipertuan. Rakyat pula harus taat dan memberikan kesetiaan tertinggi
kepada pemerintah lebih-lebih lagi yang memerintah dengan baik dan adil. Waad politik dan
konsep kesetiaan dalam institusi politik dan kekerabatan Melayu yang dipegang teguh oleh raja-
raja dan para pembesar menjadi pengikat unsur penegasan itu.

Oleh itu, walau bagaimana pun lemahnya seseorang sultan Melayu, tidak pernah terjadi kes yang
menunjukkan secara jelas para pembesar berkeinginan mencabarnya bagi merampas
kedudukannya, walaupun pembesar itu mungkin seorang yang cukup kaya atau mempunyai
pengikut yang begitu ramai. Jawatan pembesar itu sendiri terikat dengan restu dan perkenan raja
yang diangkat secara muafakat oleh seluruh pembesar itu sendiri. Jika institusi raja yang suci itu
dicabar dan disingkirkan maka hilanglah segala punca kekayaan, legitimasi dan pengaruh para
pembesar itu sendiri terhadap semua pengikutnya. Kes pertelingkahan antara Bendahara dan
Temenggung di Johor pada kurun ke-17 dan kemudiannya pembunuhan waris kesultanan Melaka
terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah pada 1699 amat jelas dapat menerangkan dengan lebih tepat
lagi tentang keadaan tersebut.61 Namun pada masa yang sama kedudukan raja itu pula ditentukan
oleh para pembesar yang mempunyai kuasa untuk memilih atau menentukan siapa Sultan atau
Yang Dipertuan yang sesuai yang akan diangkat secara muafakat.62

Secara prinsipnya, kedudukan seseorang pemerintah dan pembesar amat terikat oleh kepentingan
dan pengukuhan kuasa yang ditentukan secara bersama. Pembesar bergantung kepada restu raja,
tetapi pada masa yang sama seseorang raja perlu bergantung kepada sokongan para pembesarnya
dan seluruh rakyat. Dalam keadaan ini, institusi pembesar yang telah memilih seseorang raja
secara muafakat tidak boleh menjatuhkan seseorang pemerintah itu kecuali dengan sebab yang
amat munasabah dan dengan cara muafakat juga.63 Seorang raja hanya boleh digantikan oleh
anak-anak raja lain jika baginda sudah uzur, hilang akal atau kewarasan, atau melakukan
ketidakadilan yang keterlaluan atau tidak berupaya lagi daripada segi moral atau fizikalnya untuk
melaksanakan tugasnya sebagai pemerintah tertinggi. Dan jika berlaku pula kes seorang raja itu
mangkat tanpa meninggalkan waris, maka hanya Bendahara adalah jawatan yang paling layak
diangkat sebagai pengganti baginda kerana biasanya seseorang yang memegang jawatan
Bendahara mempunyai ikatan keturunan yang sama dengan seseorang sultan. Namun begitu
kedudukan tersebut masih perlu diputuskan oleh para pembesar secara muafakat dan seseorang

bakal raja perlu mendapat sokongan seluruh pembesar untuk menjadi pemerintah. Keadaan ini
menimbulkan kekusutan bagi pegawai British apabila mereka cuba melanggarnya dengan
menaikkan Raja Abdullah sebagai sultan baharu dengan mengenepikan raja yang dipilih oleh
para pembesar dan rakyat Perak iaitu Raja Ismail. Akibatnya, rakyat Perak menolak kesultanan
Raja Abdullah dan tidak dapat menerima apa-apa jua peraturan baharu yang cuba diperkenalkan
oleh pihak British dengan menggunakan nama dan perkenan Raja Abdullah.

Seperti warisan kerajaan Melaka yang lain, sistem pembesar utama di Perak juga telah disusun
mengikut fungsi pembesar empat, lapan, enam belas dan tiga puluh dua.64 Sumber-sumber
tradisi menjelaskan hubungan yang terbentuk antara institusi raja-pembesar Melayu adalah
begitu erat dan diumpamakan seperti sebuah kerajaan dalam sebuah bahtera. Raja diumpamakan
sebagai nakhoda kapal manakala pembesar-pembesarnya menjalankan fungsi masing-masing
untuk mengawal dan memastikan kesempurnaan perjalanan bahtera itu.

Perak was often described by Malays as ship; the ruler was the
nakhoda or captain and each of his ministers was a member of the
crew. The Laksamana, for example, was the mate (jurubatu) who was
stationed at the bow, Kuala Perak and the Sri Adika Raja, the
steersman (jurumudi), guarded the stern, represented by the ulu.
Government was seen as effective co-operation under the command of
the Yang Dipertuan, the one who is lord. The chiefs were the means
by which the ruler could reach his subjects.65

Amalan pemerintahan Melayu adalah berasaskan prinsip kekeluargaan, muafakat dan gotong
royong antara para pemerintah dan pembesar-rakyat dalam menyusun pentadbiran yang
mengikuti lunas-lunas sistem kekerabatan. Raja Melayu tidak pernah berfungsi sebagai seorang
pemerintah berkuasa mutlak dan kuku besi yang memusatkan seluruh kuasa hanya di tangannya
dan menekan atau menyekat semua kuasa yang wujud dan berfungsi di bawahnya. Teks-teks
sejarah tradisional Melayu dengan jelas menggambarkan hubungan erat yang terjalin antara raja-
pembesar, dengan pemerintah sering mendahulukan nasihat dan bermuafakat dengan para
pembesarnya dalam mencapai sesuatu keputusan yang amat penting berkaitan dengan soal
politik dan pentadbiran negara. Seperti yang dijelaskan oleh Andaya, konsep kerajaan kolektif
dan berasaskan kepentingan bersama bukanlah sesuatu yang asing dalam amalan politik Melayu
Perak.

Even in the normal functioning of government the orang besar and
chiefs could exert influence on decisions concerning state matters.
This was because of the tradition, hallowed in Malay adat, of
muafakat, discussion between the ruler and his officials. ‘The raja
must speak of all things, whether good or evil, to his chiefs. The chiefs
also should tell the raja all things and should inform the rakyat of
good and ill.’ No decision could remain secret from the court and
anything which affected the country at large must be discussed in the
Assembly [mesyuarat bicara]. This consisted of all the principal
nobles and chiefs (orang besar, anak raja and hulubalang) and because
it was held publicly in the ruler’s balai or audience hall, it was also

open to members of the public who, however, took no part in the
decision-making progress.66

Hal ini bermakna lunas-lunas kebebasan bersuara dan ‘demokrasi’ dalam amalan berkerajaan
bukan semata-mata ciptaan orang Barat dan kolonial. Apapun keadaannya, keutuhan sesebuah
pemerintahan di negeri-negeri Melayu amat ditentukan oleh sejauh mana kemampuan para
pemerintahnya mengimbangi hubungan dengan para pembesarnya dalam satu sistem atau
hubungan kekerabatan. Hubungan kekerabatan di sini bolehlah ditakrifkan sebagai jalinan kuasa
yang terbentuk berdasarkan hubungan erat antara pemerintah, para pembesar dan rakyat Melayu
berasaskan tradisi politik yang berpusatkan istana dan ikatan kesetiaan terhadap kedaulatan dan
kesucian institusi raja yang asal. Jalinan tersebut memastikan setiap struktur, lapisan dan aktiviti
dalam masyarakat saling ikat mengikati dan kukuh mengukuhi antara satu sama lain dan berjalan
dengan harmoni berpusatkan kepada institusi raja yang dianggap institusi paling mulia, suci dan
berdaulat. Beberapa ciri utama yang terkandung dalam sistem kekerabatan telah pun dijelaskan
sebelum ini.

Namun beberapa sifat tambahan perlu dihuraikan bagi menjelaskan amalan utama dalam sistem
kekerabatan Melayu. Dalam sistem tersebut, semakin dekat dan setia seseorang individu dengan
istana, maka semakin kuat pengaruh dan fungsinya serta semakin tinggilah pula status dan
kedudukannya. Sebaliknya semakin jauh kedudukan pembesar dengan istana maka semakin
kuranglah kewibawaan politik dan pengaruhnya sama ada terhadap kerajaan mahupun
pengikutnya. Hubungan kekerabatan terpancar bukan sahaja daripada hubungan yang rapat dan
tradisi muafakat antara para pemerintah dan pembesar, bahkan juga diperkuatkan lagi dengan
jalinan perkahwinan, persemendaan dan ikatan kekeluargaan antara raja, pembesar dan seluruh
rakyat. Misalnya perkahwinan antara raja yang memerintah dengan anak pembesarnya adalah
tradisi yang mengikat hubungan kekerabatan. Hubungan kekerabatan juga terpancar daripada
konsep muafakat dan kesetiaan antara pemerintah dan rakyat. Tiada jurang yang memisahkan
hubungan antara kedua-dua pihak selagi hubungan itu berlandaskan amanah, kepercayaan dan
keadilan. Dalam Misa Melayu digambarkan bagaimana ikatan yang kuat dijalin antara
pemerintah-rakyat melalui kerjasama, muafakat dan gotong royong (berkerah) antara mereka
bukan sahaja dalam soal pemerintahan, malah aktiiti lain misalnya dalam hal membina masjid,
istana atau menyempurnakan perkahwinan diraja. 67 Seluruh rakyat dan pemerintah turun
bersama-sama ‘meringankan tangan’ dan bersatu hati dalam melaksanakan tanggungjawab
mereka hingga mewujudkan satu jalinan atau ikatan yang begitu harmoni antara istana dan
rakyat bawahan. Jika dilihat secara kasar, hubungan pemerintah-rakyat wujud dalam suasana
yang amat rapat dan muhibah seperti dalam satu ikatan kekeluargaan atau kekerabatan yang
besar.

Sistem politik tradisional Melayu Perak dan kebanyakan kerajaan Melayu yang lain telah
mengalami perubahan besar selepas kemasukan dan asakan kuasa-kuasa imperialis Barat
mahupun Timur pada kurun ke-19. Perak sendiri melalui pengalaman sejarahnya terpaksa
menghadapi pelbagai liku dan cabaran daripada campurtangan kuasa-kuasa asing, sama ada
tempatan atau luar, antaranya Aceh, Bugis, Siam, Belanda dan British. Namun dalam kalangan
kuasa-kuasa penakluk itu, British adalah kuasa kolonial yang paling dominan dalam menentukan
dan mengatur nasib Perak hingga menjadi negeri di bawah kekuasaan kolonial selepas tahun
1874. Campurtangan British di seluruh Semenanjung yang bermula dari Perak tidak berlaku

dengan begitu mudah. Percubaannya menguasai negeri-negeri Melayu sejak 1874 mendapat
reaksi dan tindakbalas yang keras daripada orang Melayu, yang terbukti tidak dapat menerima
secara mudah kemaraan kolonialisme asing itu. Hanya dengan mainan politik dan kekuatan
senjata sahajalah British dapat memecahbelahkan kekuatan politik orang Melayu Perak dan
menggunakan peluang itu bagi menghapuskan seluruh anasir penentangan terhadapnya.
Penjajahan dan campurtangan British di Perak menandakan satu permulaan episod baharu
sejarah kemaraan kuasa kolonial British di seluruh Semenanjung, yang menyaksikan
kemudiannya semua negeri Melayu mula diletakkan satu persatu di bawah satu bumbung
penjajahan yang panjang hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 1957.

Nota hujung:

                                                           
1 Raja Muzaffar Syah adalah putera kepada Sultan Mahmud Shah Melaka (1488-1511) hasil perkahwinan

baginda dengan Puteri Onang Kening, Puteri Sultan Kelantan. Walaupun telah diangkat sebagai bakal sultan bagi
menggantikan tempat ayahandanya itu, namun Raja Muzaffar akhirnya diketepikan bagi membolehkan Raja
Alauddin Syah, putera kepada Sultan Mahmud hasil perkahwinannya dengan Tun Fatimah, diangkat menjadi bakal
pengganti sultan yang baharu (digelar Sultan Muda). Lihat Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu: The Malay
Annals: MS Raffles No. 18, Reprint No. 17, Kuala Lumpur: MBRAS, 1998, hlm. 272. Bagaimanapun Buyong Adil
menjelaskan terdapat dua versi berbeza tentang asal-usul pelantikan Sultan Muzaffar Syah sebagai Sultan Perak
pertama itu. Untuk gambaran yang lebih jelas tentang hal ini lihat Buyong Adil, Sejarah Perak, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 6-7; dan Khoo Kay Kim, “The Perak Sultanate: Ancient and Modern”,
Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 59, 1986, hlm. 1-22. Terdapat beberapa tulisan lain
yang turut menyentuh secara sepintas lalu tentang hal ini, misalnya R.O. Winstedt, “The Early Rulers of Perak,
Pahang and Acheh”, JMBRAS, Vol. X, 1932; W. E. Maxwell, “The History of Perak From Native Sources” dalam
Winstedt, R.O. dan R. J. Wilkinson, A History of Perak, Kuala Lumpur: Malaysian Branch, Royal Asiatic Society,
1974; dan M. A. Fawzi Basri, Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak, Cetakan Pertama, Ipoh: Yayasan
Perak, 1986.

2Maklumat tentang beberapa sumber Portugis yang menjelaskan tentang kewujudan kerajaan Beruas/Bruas yang
disebut dengan pelbagai nama dibincangkan oleh Tomé Pires. Lihat Armando Cortesao (penyusun dan
penterjemah), The Suma Oriental of Tomé Pires: An Account of the East, From the Red Sea to Japan written in
Malacca and India in 1512-1515, Vol. 1, London: The Hakluyt Society, 1944, hlm. 107. Lihat juga W. E. Maxwell,
“The History of Perak From Native Sources” dlm R. O. Winstedt......hlm. 193-195; dan Husain Mahmud, “The
Ancient Kingdon of Bruas”, Malaysia in History 13 (1), 1970, hlm. 2-4.

3Lihat peta pada…
4Buyong Adil, Sejarah Perak, hlm. 51.
5 Tentang sejarah kedatangan orang Cina ke Perak dan kesan-kesan ekonomi, politik serta sosialnya lihat
beberapa tulisan, misalnya Pickering, Chinese Secret Societies and Their Origin, 1878, Wynn, Triad and Tabut,
1941, Purcell, The Chinese in Malaya, Leon Comber, Chinese Secret Societies in Malaya, 1959, dan Khoo Kay
Kim, The Western Malay States, 1972.
6Misa Melayu, hlm. ???
7Bandaya, hlm. 401. Lihar artikel The Star
8Misa Melayu, hlm. 43.
9B. Andaya, Pre-Colonial State, hlm. 26.
10Pandangan yang dikemukakan antaranya oleh Norbi Husin yang merujuk secara umumnya tentang keadaan
ekonomi masyarakat Perak sebelum 1874. Lihat Norbi hlm. 35-37. Pandangan tentang wujudnya kegiatan pertanian
berasaskan amalan ‘feudalisme’ dipegang misalnya oleh Cheah Boon Kheng, ‘Feudalisme Melayu: Ciri-Ciri dan
Pensejarahannya’ dlm…..Namun wujud kritikan meluas terhadap pandangan tentang wujudnya amalan atau sistem
feudal baik dari segi ekonomi, politik atau sosialnya di negeri-negeri Melayu sebagaimana yang telah dikemukakan
oleh beberapa penulis. Antaranya ialah Wan Hashim Wan Teh, Hanapi Dollah dan Azmi Arifin.
11Maxwell kata tak ada sempadan negeri, Perak dipenuhi hutan dan tiada jalan darat (Sullivan? 20). Ini tak tepat
kerana kenyataan dibuat semasa dia melakukan penjelajahan dengan berjalan kaki melintasi sawah padi dan hutan

                                                                                                                                                                                               

yang dilapangkan. (fn 10). Memang ada penempatan sungai ketara tetapi ada juga penempatan jauh dari sungai, yg

ini diketepikan pengkaji kolonial hanya kerana mereka sukar ke sana dan kerana melihatnya penempatan tidak

penting. (20) (fn 11-12)

Misalnya pada zaman Sultan Mansor Syah (1549-1577), iaitu sultan Perak yang kedua, baginda bersama

bendaharanya iaitu Megat Terawis telah berangkat ke Hulu Perak bagi menetapkan garis sempadan negerinya

dengan negeri Reman (di bawah kekyuasaan Siam) di satu tempat yang bernama Tapong. Begitu juga semasa Perak

di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (1825-1830), satu perjanjian ditandatangani antara

pemerintah Perak dan Selangor pada 6 September 1825 yang menetapkan Sungai Bernam sebagai sempadan Perak

dan Selangor. Lihat M. A. Fawzi Basri, Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak, Ipoh: Yayasan Perak,

1986, hlm. 16 dan 44. Menurut Sullivan pula, pada zaman Sultan Malik Syah????, Sultan kedua Perak, melawat

sampai headwater di Sungai Perak dan mendikrikan sempadan negerinya, sebelum tinggal di Kota Lama beberapa

90 batu daripada river mouth. (20, fn 8). Sempadan wujud ialah Sungai Krian di utara dan Bernam di Selatan, pantai

barat dan timur sungai Perak dan pergunungan di tengah. (20)
12Khoo, Western, 3.
13Kesalahfahaman sarjana tentang keadaan perpecahan Tanah Melayu ini dapat dilihat misalnya dalam tulisan

Cheah, Konsep dlm Zuraina Majid.
14Ramai sarjana berpendapat Tanah Melayu atau Malaya adalah satu bentuk penyatuan ciptaan British, sebelum

itu tidak pernah wujud dalam keadaan bersatu kecuali negeri-negeri yang terasing dan berpecah. Misalnya menurut

Parkinson, ‘Malaya as we know it, did not exist. It remained for the British to invent it.’ Lihat C. N. Parkinson,

British Intervention in Malaya 1867-1877, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1964, hlm. xx. Cheah Boon

Kheng pula menyebut; …………….dlm Zuraina Majid.
15 Wujud perdebatan tentang tarikh kewujudan Melaka…
16Menurut Andaya, ‘The Melaka Straits had been for Malays an inland sea, a natural highway serving to link

together the adjoining shores since the dawn of history. The division of the old sultanate of Johor brought about by

the treaty (Anglo-Dutch Treaty 1824) destroyed the essential unity of the Malay world. The Bendahara of Pahang

expressed the shock which was felt by Malays, the pawns in a European political gambit. ‘We have been struck with

amazement at the dispensation of the Lord, the Creator of all the worlds, who has accomplished his divine will and

decree in a way which is not comprehensible to us, parting brother from brother, father from son and friend from

friend.’ Lihat Barbara W. Andaya, A History of Malaysia, hlm. 2. Ucapan yang dibuat oleh Bendahara Pahang itu

dijelaskan dalam Notes and Queries No. 4, JSBRAS, XVII, 1886, hlm. 111-113.
17Khoo Kay Kim, Pelanduk, hlm. 22,
18Lihat Andaya, Dianne Lewis – Pre-Colonial State in Southeast Asia, Politicl SEA
19Tentang hal ini lihat Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu: The Malay Annals (disusun oleh Cheah

Boon Kheng), Repinrit 17, Kuala Lumpur: MBRAS, 2010, bab 3 khususnya hlm. 83-85; dan Raja Chulan Ibn Raja

Hamid, Hikayat Misa Melayu (Kajian oleh Jelani Harun dan susunan Zainal Abidin Borhan), Kuala Lumpur: RNS

Publication dan Yayasan Karyawan, 2015, hlm. 5.
20 L. Andaya, Political, 2-3)
21 B. Andaya, hlm. ???
22 B. Andaya, 25.
23 B. Andaya, 24.
24 Bandaya, 24.
25 Bandaya 24). Lihat juga Undang-Undang 99 Perak.
26 Bandaya 24. Lihat Misa Melayu. Lihat juga Azmi Arifin, Misa Melayu.
27 Bandaya, hlm. ???
28 Abode, 27.
29Pandangan bahawa Sultan Melayu khususnya pada zaman kerajaan Melaka mempunyai kuasa mutlak dan

konsep daulat dan derhaka adalah gagasan yang mengukuhkan lagi kekuasaan mutlak dan kepatuhan mutlak rakyat

terhadap rajanya dipegang misalnya oleh Zainal Abidin Abdul Wahid, Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran

Kuno atau Moden?, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm. 6. Lihat juga

Zainal Abidin Abdul Wahid, ‘Power and Authority in the Melaka Sultanate: The Traditional View’ dlm K. S.

Sandhu dan Paul Wheatly (eds.), Melaka: The Transformation of a Malay Capital C. 1400-1980, Vol. I, Kuala

Lumpur (?), 1982, hlm. 102.
30 Abdul Rahman, Kemutlakan Kuasa Raja
31 Abdul Rahman, Sejarah Melayu sebagai Dakyah, hlm.
32 Abdul Rahman, Sejarah Melayu, hlm. 212.

                                                                                                                                                                                               
33J. Rigby (pnys.), The Ninety-Nine Laws of Perak seperti yang dipetik semula oleh Barbara W. Andaya, “The

Nature of the State in Eighteenth Century Perak” dlm Anthony Reid & Lance Castles (pnys.), Pre-Colonial State
Systems in Southeast Asia, hlm. 29.

34Ibid., hlm. 23.
35Abdul Rahman Haji Ismail (pngr.), Sejarah Melayu: The Malay Annals (disusun oleh Cheah Boon Kheng),
Reprint No. 17, Kuala Lumpur: MBRAS, 1998, hlm. 205.
36 Dalam Sulalat as-Salatin disebut tentang kisah pembelotan Sang Ranjuna Tapa ini. Lihat Abdul Rahman Haji
Ismail, Sejarah Melayu, 119. Lihat juga Abdul Rahman Haji Ismail, Kewibawaan Mutlak, hlm. 45
37 Abdul Rahman Haji Ismail, Kewibawaan Mutlak, 50.
38 A. C. Milner, Kerajaan. Lihat juga satu tulisannya yang lain iaitu The Malays ???
39 Ugutan tersebut diucapkan oleh Seri Nara Aldiraja, pembesar yang mengiringi Sultan Mahmud, semasa
baginda dan para pembesarnya dalam pelarian setelah dikalahkan oleh Portugis. Tujuannya adalah bagi memaksa
Sultan Mahmud maka. “Baik Yang Dipertuan santap, jikalau tuanku tiada mendengar sembah patik, patik amuk;
sekali inilah Melayu derhaka.’ Sulalatus Salatin seperti yang dipetik oleh Abdul Rahman Haji Ismail, hlm. 50.
40 Andaya, Pre-Colonial State
41 Abdul Rahman Haji Ismail, Sulalatus Salatin, 116.
42 Abdul Rahman, 196
43 196.
44 Sulalatus Salatin dipetik dari Abdul Rahman Haji Ismail, 51.Kewibwaan Mutlak Raja dan Ketaatsetiaan
Mutlak Rakyat Kepada Raja:
45 Fauzi, 23.
46 Fauzi, Misa Melayu, hlm. 57.
47 Sejarah Melayu, 212-13.
48 (Buyong Adil, 7; kemudian lantik.... Bandaya, 20),
49 Misa Melayu, 24-25
50 Andaya, Abode, 26.
51 (Bandaya, Abode, 27)
52 Andaya, Pre Colonial, hlm. 4-5.
53Aceh telah menyerang dan berjaya mengalahkan Perak pada tahun 1573. Selepas serangan itu, Sultan Perak
ahli kerabatnya yang ditawan telah dibawa ke Aceh. Terdapat versi yang berbeza tentang peristiwa tersebut. Namun
dikatakan pengaruh Aceh terhadap politik Perak telah wujud dalam tempoh yang begitu lama iaitu sejak dari 1573
hingga 1650, iaitu dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah hingga Sultan Muzaffar Syah II (1636-1653). Lihat
Buyong Adil, 9-10, 13-15; dan M. A. Fawzi Basri, Cempaka Sari, hlm. 19.
54 Patrick Sullivan (8),
55 Lihat Syed Hussien Alatas, Shaharuddin Maaruf, Cheah
56 Andaya, Pre-Colonial, Abode of Grace
57 Khoo, Western, 25. Lihat komen Patrick Sullivan terhadap Andaya…Seorang lagi pengkaji iaitu M. A. Fawzi
Basri mengatakan; ‘Pada umumnya, di abad ke-18 Negeri Perak mengalami pelbagai cabaran yang diakibatkan oleh
system politiknya yang mempunyai potensi tumbuhnya konflik, otonomi pembesarnya yang jelas mengakibatkan
Sultan tidak berdaya mengawal kerajaannya.’ Lihat Fawzi, Cempaka Sari, hlm. 37.

58

59

60Dakwaan meluas oleh pentadbir kolonial. Disambung oleh ahli sejarah Barat dan tempatan yang merujuk dan
bergantung kepada sumber-sumber kolonial itu.

61 Leonard Andaya, Johor.
62 Mengikut Khoo, pelantikan seseorang raja diputuskan secara bersama khususnya oleh orang besar-besar
penting iitu orang besr-besar empat dan lapan khususnya. Tidak ada pemilihan atau penerusan secara automatic dari
seorang raja kepada anaknya di Perak. Tetapi sejak kurun ke-18 adalah menjadi kebiasaan politik dalam sistem
penggilran yang mentapkan seseorang pemerintah baru dipilih daripada kalangan anak raja mengikut giliran dan
yang telah melalui atau memegang jawatan-jawatan dari bawa hingga ke atas iaitu dari Raja Di Hilir, kemudiannya
raja Bendahara dan Raja Muda sebelum boleh dilantik sebagai sultan Perak. Namun sistem penggiliran itu sendiri
bukanlah satu adat resam Melayu sebenarnya yang hrus diikuti secara mutlak, kerana ia hanyalah ciptaan baru
bertujuan memudahkan urusan pemilihan sultan. Pelantikan sultan yang sebenarnya hanyalah ditentikan secara
muafakat melalui persetujuan semua pembesar. Lihat Khoo, 21-22.

                                                                                                                                                                                               
63 Di Perak kes pelantikan Raja Ismail dan penolakan Raja Yusuf dan Raja Abdullah telah diputuskan secara

mufakat d.an berdasarkan suara majority dalam kalangan pembesar
64 Khoo, Western, 18.
65 B. Andaya, Pre-Colonial, 28. Lihat juga Wilkinson, Peninsula Malay, hln. 142 dan Patrick Sullivan, hlm. 8.

Untuk gambaran tentang hubungan itu, lihat lampiran yang dibuat dalam tulisan Melayu tentang bentuk hubungan

seperti di atas sebuah kapal itu.
66 (Andaya, 29, Bandaya Abode 28). Pandangan Andaya ini berasaskan rujukuannya terhadap Undang-Undang

99 Perak (fasa 99) yang jelas menyebut; “Undang-undang raja-raja dengan orang-orang besar-besar dan rayat, dan

rayat dengan orang besarnya, maka apa hukumnya?’ Maka sembah Menteri, ‘Ya-tuanku, jika ada barang apa-apa

yang dating baik atau jahat, jangan di-taroh di-dalam hati mau-lah dititahkan pada orang besar-besar itu, jika ada
apa-apa baik dan jahat mau di-sebutkan pada raja-nya, janga-lah di-taroh di-dalam hati. Dan lagi raja-raja atau orang

besar-besar jikalau apa-apa bichara baik dan jahat itu mau-lah di-nyatakan pada rayat boleh tahu ia dan ingat; dan

tiap-tiap raja dan orang besar-besar itu barang apa-apa bichara hendak di-terangkan; jika di-sembunyikan apa-apa
titahkan sa-mula, jangan tidur adat negeri ada-nya.” Lihat J. Rigby (diedit dan diterjemah), “The Ninety-Nine Laws

of Perak” dlm R. J. Wilkinson, Papers on Malay Subjects, Kuala Lumpur: F.M.S. Government Press, 1908.
67 Misa Melayu, pertunangan diraja, 14-15, perkahwinan diraja 18-19 dan membina istana, 29-30 dilakukan

secara bekerjasama dan bergotong royong semasa pemerintah dan seluruh rakyat.


Click to View FlipBook Version