The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmiarifin, 2022-03-21 03:19:01

Faktor-Faktor Kejatuhan Kota Melaka: Antara Feudalisme dan Pengkhianatan Asing

Forum Sejarah Melaka 2019

Keywords: Melaka,feudalisme,kesetiaan,sultam mahmud,pedagang asing

KEJATUHAN KOTA MELAKA 1511: SATU PERBAHASAN SEMULA
TENTANG PUNCA-PUNCANYA

Dr. Azmi Arifin
Bahagian sejarah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Di sebalik persetujuan umum dalam kalangan pengkaji tentang kedudukan Melaka sebagai
sebuah kerajaan yang kaya, tersusun dan utuh sehingga awal kurun ke -16, masih terdapat
percanggahan pendapat dan perdebatan meluas dalam kalangan pengkaji bersabit dengan
beberapa isu dalam pentafsiran sejarah Melaka. Antaranya ialah keperihalan dan kedudukan
teks Sulalat-us-Salatin, raja pertama membuka Melaka/memeluk Islam, tarikh sebenar
pembukaan Kota Melaka, dan tidak kurang pentingnya juga pun ca-punca sebenar yang
menyebabkan kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Sehingga kini, perbahasan yang menyentuh tentang punca-punca kejatuhan Kota Melaka
kurang diberi perhatian oleh ahli sejarah tempatan, termasuklah pakar-pakar sejarah Melaka.
Sebaliknya yang banyak mengupas tentang isu ini ialah para pengkaji sejarah amatur/penulis
daripada pelbagai bidang lain seperti ahli sastera dan sains sosial. Umumnya gambaran
diberikan penulis-penulis tersebut, yang rata-ratanya bersifat ideologikal dan amat bergantung
kepada naratif kolonial, mengaitkan hampir sepenuhnya kejatuhan Melaka dengan kejahatan
sistem politik dan pemerintahan institusi berajanya. Misalnya kejatuhan Melaka dikaitkan
secara terus dengan keperibadian dan kepimpinan raja Melaka yang terakhir, Sultan Mahmud
Syah, yang dianggap sebagai raja ‘berkuasa mutlak’. Tidak kurangnya juga ialah kepimpinan
para pembesar Melayu Melaka yang dianggap sebagai lemah, berpecah dan ‘feudal’.

Namun pandangan tersebut, walaupun kelihatan dapat diterima oleh pelbagai pihak, bukanlah
tidak ada kelompongan dan kecacatannya. Kertas kerja ini ingin mengupas semula isu tersebut,
dengan cuba untuk melihat dan mentafsirkan semula pandangan yang dikemuka kan oleh
penulis-penulis tentang punca kejatuhan Melaka, dan kaitannya dengan isu kepimpinan
raja/pembesar Melayu yang dianggap kejam dan lemah itu. Tujuannya adalah untuk
menjelaskan sejauh mana pandangan yang dipegang oleh sebahagian pengkaji itu, khususnya
ahli sejarah, dapat diterima dan dipertahankan. Kajian ini juga akan cuba untuk menyorot
semula tentang latar belakang yang mempengaruhi pandangan pengkaji tentang punca-punca
yang membawa kepada kejatuhan Kota Melaka pada tahun 1511.

Penulis Sejarah dan Faktor-Faktor Kejatuhan Kota Melaka 1511

Dalam mengupas tentang peristiwa kejatuhan Kota Melaka di tangan Portugis pada 1511, para
pengkaji (sama ada ahli sejarah atau pengkaji lain) umumnya mengaitkannya dengan beberapa
faktor utama. Seorang pengkaji misalnya menyenaraikan secara ringkas faktor-faktor tersebut
mengikut keutamaan seperti berikut;

(1) Kelemahan Sultan Mahmud
(2) Kelemahan dan perpecahan para pembesar Melaka
(3) Kemerosotan perdagangan di Melaka

(4) Pembelotan dalam kalangan penduduk Kota Melaka dan wilayah -wilayah di
bawah kekuasaan Melaka

(5) Kekuatan pengalaman dan persenjataan Portugis.1

Pendek kata, dalam membincangkan tentang faktor-faktor kejatuhan Melaka, tumpuan
pengkaji lebih terarah kepada usaha mempersalahkan kelemahan dan kejahatan raja Melaka
serta perpecahan pembesar Melaka sebagai faktor paling utama sedangkan faktor-faktor lain
seperti pengkhianatan orang asing yang tinggal di Melaka hanya dianggap sebagai faktor
pelengkap sahaja. Pandangan tersebut sehingga kini diterima dengan begitu meluas, jika diukur
dengan wujudnya begitu banyak tulisan (termasuklah gambaran yang sering ditonjolkan dalam
media massa, internet, dan catatan dalam buku-buku rujukan dan teks sejarah-sasteraperingkat
sekolah menengah) yang menjelaskan punca utama kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh
gejala rasuah, kejahatan raja dan kelemahan politik Melayu.2

Kecenderungan pengkaji mengaitkan keruntuhan Kota Melaka, bahkan negeri-negeri Melayu
lain dari kurun ke-16 hingga kurun ke-19, dengan kejahatan raja dan perpecahan pembesar
bukannya satu fenomena yang janggal dalam pemikiran sejarah di Malaysia. Umumnya,
pandangan yang dibawa khususnya oleh pengkaji sastera dan sains sosial itu dibentuk oleh
beberapa keadaan atau latar belakang. Pertama, wujudnya pandangan yang amat negatif
terhadap sistem politik ‘tradisional’ Melayu dalam kalangan penulis sejarah yangbegitu terikat
dengan tafsiran sejarah yang bersifat ideologikal, terutamanya dalam kalangan penulis yang
terpengaruh dengan pendekatan sosialis-Marxis dalam pentafsiran sejarah. Hal ini jelas dapat
dikesan dalam tulisan-tulisan misalnya oleh beberapa ahli akademik terkenal di
Malaysia/Singapura misalnya Kassim Ahmad, Syed Hussein Alatas, Chandra Muzaffar, Syed
Husin Ali, Shaharuddin Maaruf dan ramai lagi yang kebanyakannya terdiri daripada
sasterawan, sosiologis atau anthropologis yang berminat membicarakan sejarah dalam
kerangka teori-teori Barat, tetapi pada masa yang sama juga bergiat aktif dalam politik dan
sering menggunakan sejarah tidak lebih sebagai alat kritikan sosial/politik yang bersifat
prejudis dan berat sebelah. Misalnya, mereka sering menonjolkan kejahatan sistem ‘feudal’
yang kononnya diamalkan dalam pemerintahan Melaka sebagai bersifat zalim dan menindas.
Tujuan utama mereka bukanlah untuk memerihalkan sejarah ‘sistem feudal’ Melayu itu secara
teliti dan mendalam, tetapi hanya untuk menggunakannya sebagai alat kritikan (sama ada
bersifat akdemik mahupun politik) terhadap pihak yang mereka anggap mewakili nilai-nilai
kemunduran, khususnya parti dan pemimpin kerajaan yang memerintah pada zaman mereka.

Kedua, pandangan mereka, yang kemudiannya diperkuatkan oleh ahli sejarah, lahir daripada
pergantungan keterlaluan terhadap pemikiran, ilmu dan naratif kolonial. Bahkan contoh-contoh
dan bukti-bukti yang digunakan oleh mereka jelas diperolehi daripada catatan-catatan kolonial
yang dipertikaikan. Wacana mereka amat jelas dipengaruhi bentuk pemikiran Eurosentrik dan
naratif kolonial (pengaruhnya ketara sehingga ke hari ini) yang sering memperlihatkan sistem
politik dan budaya tempatan dalam konteks justifikasi penjajahan yang amat negatif – bahawa
kerajaan-kerajaan Melayu sejak zamanMelaka hingga kurun ke-19telah diperintaholeh sistem
kuku besi, ‘feudal’ dan ‘raja berkuasa mutlak’. Pergantungan ini jelas dapat dilihat melalui
hujah-hujah misalnya yang dikemukakan oleh ahli sejarah terkenal, Profesor Cheah Boon
Kheng tentang amalan ‘feudalisme Melayu’ yang membawa kepada kejatuhan kerajaan-
kerajaan Melayu sejak zaman Melaka.

Dalam satu tulisannya beliau seolah-olah menyalahkan sepenuhnya amalan ‘feudalisme
Melayu’ sebagai satu-satunya punca yang mendorong kepada perpecahan dan kejatuhan
Melaka serta negeri-negeri Melayu kurun ke-19 ke tangan penjajahan asing.3 Menurut Cheah;

...perpecahan negeri-negeri Melayu Semenanjung sudah wujud secara
tersendiri kerana corak feudal sistem politik dan sosialnya. Jika kita
menumpukan perhatian kepada perkembangan setiap kerajaan Melayu
dari kesultanan Melaka sehingga abad ke-19, kebenaran pernyataan ini
adalah ketara. Misalnya, apabila kerajaan Melayu Melaka yang besar
dan kuat runtuh pada tahun 1511 ia diganti oleh kerajaan Johor, tetapi
proses perpecahan terus berlaku. Pembesar di jajahan takluk Melaka
telah membebaskan diri masing-masing – di Siak, Jambi, Patani,
Kelantan, dan Pahang... Maka sepanjang abad ke-19 tidak ada sebuah
pun negeri Melayu Semenanjung yang terlepas daripada perpecahan
atau perebutan kuasa; Kedah/Perlis 1821-1848; Terengganu 1831-
1839; Kelantan 1838-1839; Johor 1840-1855; Pahang 1857-1863;
Selangor 1867-1874; Negeri Sembilan 1869-1889 dan Perak 1871-
1877.

Namun gambaran Cheah bahawa perebutan kuasa dan perpecahan orang Melayu merupakan
faktor ‘semulajadi’ yang menyebabkan keruntuhankerajaan-kerajaan Melayu sejakdari zaman
kerajaan Melaka hingga kurun ke-19 jelas tidak berasas. Tidak ada satu bukti pun telah
dikemukakan dalam sejarah yang dapat menunjukkan bahawa sesebuah negeri Melayu,
termasuklah Melaka, pernah runtuh hanya disebabkan oleh gejala perpecahan dan perebutan
kuasa, kecuali melibatkan elemen campurtangan luar. Pada masa yang sama, beliau seolah -
olah menafikan sama sekali peranan yang dimainkan oleh kuasa-kuasa penjajah asing yang
datang menjajah dan meruntuhkan satu persatu kerajaan-kerajaan Melayu itu. Begitu juga
beliau langsung tidak menyebut atau menjelaskan tentang peranan sebenar yang telah
dimainkan oleh golongan pedagang-kapitalis asing (Eropah dan Asia) dalam mempengaruhi
keruntuhan kerajaan Melaka dan negeri-negeri Melayu kurun ke-19, seolah-olah peranan
mereka itu tidak begitu penting baginya. Walhal punca utama yang menyebabkan kerajaan-
kerajaan Melayu itu terjajah adalah hasil mainan politik dan manipulasi yang dilakukan oleh
pihak-pihak asing tersebut.

Penelitian mendalam yang dilakukan menjelaskan istilah ‘feudalisme Melayu’ itu sendiri
sebenarnya hanya merupakan satu mitos yang sengaja dicip ta pada zaman kolonial untuk
memburukkan sistem politik Melayu supaya dengan itu menyenangkan lagi proses
campurtangan pihak kolonial British di negeri-negeri Melayu. Konsep ‘feudalisme Melayu’
itu sendiri sebenarnya tidak wujud, dan seperti pengenalan kon sep-konsep lain misalnya
‘peribumi malas’ dan ‘raja berkuasa mutlak’, ia digunakan secara meluas dalam catatan -
catatan pentadbir kolonial British tanpa disokongoleh teori ilmiah dan bukti-bukti yangkukuh,
sekadar dicipta bertujuan bagi menghina masyarakat peribumi.4 Dalam konteks sejarah
Melaka, dengan menjelaskan bahawa pemerintah Melaka pada zaman itu mengamalkan
‘sistem feudal’, para pentadbir kolonial Barat berhasrat untuk memperlihatkan kemunduran
dan keburukan sistem politik Melaka dan negeri Melayu secara keseluruhannya jika
dibandingkan dengan kemajuan dan keagungan yang dicapai oleh negara-bangsa Eropah yang
menjajah.

Kekejaman Sistem Pemerintahan Beraja, Watak Sultan Mahmud Syah dan Kejatuhan
Kota Melaka

Dalam perbincangan sejarah Malaysia, mitos tentang kejahatan pemerintahan
beraja/kesultanan Melayu dan institusi pembesarnya menjadi amat popular dan seolah-olah
diterima umum. Walaupun tidak terdapat bukti kukuh dikemukakan menunjukkan sistem

pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu benar-benar kejam dan menindas, seperti
digambarkan dalam kelemahan utama catatan British, namun watak kejahatan raja sering
ditonjolkan setidak-tidaknya melalui keperibadian dan kepimpinan dua manusia yang bernama
Mahmud, iaitu Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Mahmud Syah II (mangkat dijulang)
di Johor.

Dengan memberi tumpuan kepada contoh penulisan yang menggambarkan watak Sultan
Mahmud Syah di Melaka, dapat dijelaskan bahawa gambaran yang diberikan sehingga kini
tentang watak raja tersebut adalah dalam bentuk yang amat negatif dan prejudis. Penilaian dan
pengadilan moral telah dijatuhkan ke atas setiap keputusan dan tindak tanduk baginda secara
agak keterlaluan, terutamanya dalam kes hukuman mati yang dijatuhkan terhadap Bendahara
Seri Maharaja Tun Muzahir dan ahli keluarganya yangdikaitkan secara tidak adil, termasuklah
oleh penulis teks Sulalat-us-Salatin sendiri, dengan sikap cemburu buta baginda terhadap
perkahwinan Tun Fatimah anak BendaharaTun Muzahir. Didorongbukan sahaja oleh ideologi
politik dan pandangan negatif terhadapinstitusi kesultanan Melayu dan naratif kolonial tentang
sistem politik Melayu yang mundur, watak Sultan Mahmud digambarkan dalam bentuk en
totale sebagai raja yang tidak berakhlak, tidak berperikemanusiaan, bernafsu b uruk dan
memerintah dengan cara yang amat kejam dan membuta tuli.5 Paling ketara, melalui satu
tulisan yang ditulis oleh Raja Mohd Affandi dalam bukunya yang bertajuk Tokoh-Tokoh
Melayu yang Agung Dalam Sejarah (diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1974),
dipaparkan kelemahan politik Melaka yang menyebabkannya tumbang di tangan Portugis
adalah kerana keburukan peribadi Sultan Mahmud Syah dan kekejaman pemerintahannya. 6
Bahkan Raja Mohd membuat kritikan yang agak keterlaluan apabila menyatakan sokongannya
terhadap rancangan pembunuhan awal Sultan Mahmud (oleh datuknya Raja Tua), dengan
menyatakan bahawa tindakan Tun Perak menghalang Sultan Mahmud Syah daripada dibunuh
semasa baginda masih kecil sebagai ‘...satu tindakan yang silap.’7

Pada masa yang sama, para pengkaji cuba menonjolkan betapa tidak bersalah, setia dan
mulianya Bendahara Melaka Seri Maharaja Tun Muzahir yang dianggap menjadi mangsa
kepada kerakusan dan kejahatan Sultan Mahmud Syah itu. Pandangan yang dikemukakan
menggambarkan corak pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang kejam dan hukuman mati
yang ‘tidak adil’ dijatuhkan terhadap Bendahara Melaka itu menjadi punca utama Melaka
lemah dan akhirnya dapat dikalahkan oleh Portugis. Cheah menyebut;

Sekiranya kita merujuk kepada pembunuhan Seri Maharaja Tun
Mutahir yang tidak berdosa itu, seperti yang digambarkan oleh
pengarang Sejarah Melayu, jelaslah Sultan Mahmud Syah sudah
melakukan kesalahan di sisi hukum syarak. Baginda juga telah
menggunakan kekerasan ke atas orang lain dan mengenakan hukuman
bunuh tanpa usul periksa. Jadi apabila kerajaannya dibinasakan, maka
jelas itu adalah balasan dari Tuhan yang menimpakan bala ke atasnya.8

Sesungguhnya amat sukar dinafikan berbanding keperibadian pemerintah yang lain, Sultan
Mahmud Syah benar-benar kelihatan seperti seorang yang mempunyai peribadi dan gaya
kepimpinan yang amat buruk. Gambaran yang dikemukakan oleh pelbagai sumber yang
sebenarnya berasaskan pandangan pengarang Sulalat-us-Salatin itu sendiri dapat menjelaskan
betapa sukarnya untuk menafikan keburukan perilaku Sultan Mahmud Syah itu. Antara
kesalahan baginda yang utama seperti yang dijelaskan dalam Sulalat-us-Salatin ialah sikapnya
yang gilakan perempuan dan sanggup berbuat apa sahaja dalam memenuhi nafsu buasnya itu.
Misalnya Sultan Mahmud terlibat dalam peristiwa pembunuhanTun Ali Sandanghanya kerana

niatnya untuk melakukan ‘kejahatan’ dengan Tun Dewi terhalang.9 Baginda kemudiannya
telah bermukah dengan isteri hulubalangnya sendiri Tun Biyajit sehingga hampir mendorong
Tun Biyajit melakukan kekerasan terhadap baginda.10 Beberapa lagi peristiwa yang dikaitkan
dengan sikap ‘suka berfoya-foya’, ‘gila perempuan’ dan ‘kuat nafsu’ baginda ialah peristiwa
peminangan Puteri Gunung Ledang dan ‘penculikan’ Tun Teja, yang merupakan tunangan
Sultan Pahang Sultan Abdul Jamil, sehingga hampir mencetuskan peperangan saudara antara
kedua-dua kerajaan.11 Berdasarkan senarai keburukan yang telah dilakukannya itu, tidak
hairanlah seorang pengkaji sejarah Melaka menjelaskan sebagai ‘...seorang yang bermata
keranjang, Sultan Mahmud akan berusaha sedaya upaya tanpa mempertimbangkan sifat-sifat
kemanusiaan untuk memenuhi nafsu dan kehendaknya.’12

Selain itu, baginda juga terlibat dalam beberapa peristiwa pembunuhandan hukuman mati yang
dianggap mencerminkan kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan baginda. Selain daripada
membunuh Tun Ali Sandang kerana gagal bermaksiat dengan Tun Dewi, baginda juga
dijelaskan dalam teks Sulalat-us-Salatin berperanan dalam peristiwa penghukuman mati
terhadap beberapa watak lain, bermuladengan Seri Bija Aldiraja,13diikuti kemudiannya dengan
pembunuhan Raja Zainal, adik kandung baginda sendiri, yang dibunuh atas arahan baginda 14
kerana didakwa cemburu dengan ketampanan wajah adiknya itu yang menjadi kegilaan wanita
Melaka.15 Kemuncak kekejaman Sultah Mahmud Syah ditonjolkan melalui tindakan baginda
menjatuhkan hukuman mati ‘secara tidak adil’ terhadap Bendahara Melaka dan bapa
saudaranya sendiri iaitu Seri Maharaja Tun Muzahir kerana dikatakan berahikan anak
perempuan Tun Muzahir, Tun Fatimah. Sultan Mahmud Syah dikatakan berdendam dengan
Tun Muzahir kerana telah mengahwinkan anaknya itu dengan sepupunya Tun Ali tanpa
memaklumkan baginda terlebih dahulu.16 Bahkan, Sultan Mahmud didakwa turut terlibat
dalam satu lagi kezaliman apabila bertindak membunuh anaknya sendiri Sultan Ahmad, 17
sehingga melengkapkan lagi gambaran ‘nafsu serakah’ dan kekejaman baginda.

Beberapa tragedi besar yang disebutkan teks Sulalat-us-Salatin berlaku pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah jelas menunjukkan kekejaman dan konflik yang
sememangnya wujud dan sukar ditolak ketepi. Lebih-lebih lagi pengarang teks Sulalat-us-
Salatin sendiri juga ternyata cenderungbukan sahaja menyalahkan Sultan Mahmud Syah dalam
insiden-insiden tersebut, bahkan dari awal lagi cuba memaparkan watak Sultan Mahmud Syah
sebagai seorang yang mempunyai sikap yang buruk. Pendek kata, dengan segala bentuk
kejahatan dan keburukannya semasa memerintah Melaka hingga munculn ya kuasa Portugis,
maka seolah-olah ada kewajarannya para pengkaji menyalahkan sepenuhnya pemerintahan
Melaka di bawah kepimpinan Sultan Mahmud Syah sebagai punca utama keruntuhan Melaka.

Namun sikap dan keperibadian Sultan Mahmud itu haruslah dibaca dalam konteksnya yang
sebenar, dengan meneliti setiap elemen yangberhubungkait dan mempengaruhi setiap langkah
dan keputusannya. Pengkaji tidak boleh terlalu dipengaruhi oleh pandangan politik dan nilai
semasa yang berasaskan prasangka keterlaluan terhadap institusi pemerintahan beraja, yang
sering diperlihatkan sebagai mundur dan ketinggalan zaman. Mereka juga haruslah bersikap
telus dan adil dalam menjatuhkan pengadilan moral dan tidak melakukannya secara berat
sebelah atau separuh masak, dengan memperbesar-besarkan keburukansesetengahpihak tetapi
pada masa yang sama pula menutup kesalahan sesetengah pihak yang lain. Membongkarkan
keburukan dan kelemahan Sultan Mahmud Syah tidak mewajarkan pula ahli sejarah
menyembunyikan keburukan dan kelemahan sebenar watak-watak yang didakwa menjadi
mangsanya itu.

Bahkan pemerintahan Melaka itu sendiri haruslah dilihat sebagai satu bentuk rantaian kuasa
dan institusi yang lengkap, bukan hanya bergantung atau bergerak melalui peranan yang
dimainkan oleh seseorang individu seperti Sultan Mahmud Syah sebagai raja Melaka itu sahaja.
Dalam erti kata lain, perjalanan politik Melaka tidak ditentukan hanya berdasarkan kelakuan
seorang raja yang memerintah, tetapi turut dipengaruhi oleh jalinan keputusan dan kepimpinan
institusi-institusi lain yang saling berhubung kait, terutamanya institusi pembesar Melaka.
Dalam konteks ini, adalah agak janggal mengaitkan kejatuhan Kota Melaka di tangan Portugis
hanya disebabkan oleh perlakuan-perlakuan individu dan peribadi buruk yang dimiliki oleh
Sultan Mahmud Syah itu semata-mata, tanpa melihat jalinan faktor lain yang lebih penting.
Percubaan sesetengah pihak, misalnya pandangan Cheah di atas yang mengaitkan kejatuhan
Kota Melaka hanya dengan perilaku buruk seseorang raja yang memerintah dan balasan Tuhan
terhadapnyasebenarnya merupakan satu teori yanglemah dandikritik oleh sesetengah pengkaji
sebagai bukan bersifat historiografi, tetapi hagiografi.18

Dalam konteks ini, kedudukan Sultan Mahmud Syah juga wajar dikaji berdasarkan kaitannya
dengan elemen-elemen lain tersebut, terutamanya latar belakang yang mampu menjelaskan
sifat-sifat peribadi dan corak kepimpinannya. Pada hakikatnya, walaupun Sultan Ma hmud
Syah diperlihatkan sejahat-jahat dan selemah-lemah sultan, namun sebenarnya baginda
bukanlah selemah-lemah dan sekejam-kejam pemimpin seperti yang digambarkan dalam
sesetengah tulisan sehingga tidak ada lagi kewibawaan, karisma dan kemuliaan pada dirinya.
Dari satu sisi, baginda adalah seorang manusia biasa, lahir dan hidup dalam kelompok
golongan kebanyakan anak raja yang dipenuhi pengikut setia, pangkat, kuasa dan kemewahan,
dan dalam keadaan tidak dipandu oleh ajaran agama dan pendidikan yang be tul, tidaklah
menghairankan jika baginda tidak dapat lari daripadamembuat kesalahandan silap perhitungan
semasa zaman remajanya. Peribadi baginda semasa zaman remajanya sememangnya buruk.
Banyak kesalahan dilakukan baginda semasa menjadi Sultan Melaka ketika berada pada zaman
remaja itu.19 Namun sejauh mana kekuasaan dan ‘kekebalannya’, baginda tetap terikat dengan
kehendak undang-undang dan hukum bicara para pembesarnya. Baginda bukanlah seorang
pemimpin yang berkuasa mutlak, berkuku besi atau tirani sep erti didakwa oleh sesetengah
pihak, yang mampu dan boleh berbuat apa sahaja yang disukainya tanpa sebarang sekatan.

Keperibadian baginda yang buruk adalah disebabkan sejak kecil baginda telah diasuh dengan
cara yang tidak betul oleh pemangku sultan dan penjaganya iaitu Bendahara Tun Muzahir
sendiri, sehingga tidak menghairankan baginda menjadi seorang pemerintah yang berhati
keras.20 Misalnya pada zamannya menjadi pemangku sultan, Tun Muzahir memang terkenal
sebagai seorang pemerintah yang zalim. Kezalimannya itu bahkan telah ditegur dan diberi
amaran oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak tentang kesan buruknya kepada bakal sultan
yang masih kecil yang sedang dibesarkannya. Hal ini kerana perbuatan Tun Muzahir itu,
mengikut pemerhatian Bendahara Paduka Raja, adalah seperti ini mengajar Sultan Mahmud
agar mempunyai sikap dan hati yang keras sepertinya. Dalam Sulalat-us-Salatin ada disebut;

Arakian tidak berapa lama baginda (Sultan Mahmud) kerajaan, ada
seorang orang salah dibawa mengadap kepada baginda, salah nya pun
tiada apa bahananya; maka oleh Seri Maharaja disuruhnyabunuh, maka
dibunuh oranglah. Maka kata Bendahara Paduka Raja, ‘Lihatlah Seri
Maharaja! Anak harimau diajarnya makan daging. Kelak
ditangkapnya.21

Namun begitu, Tun Muzahir yang memang terkenal mempunyai sikap ego yang tinggi tidak
berminat mendengar nasihat orang lain yang dianggap tidak setaraf dengan kedudukannya.

Sikap buruknya semasa Melaka di bawah kepimpinannya telah menyebabkan Tun Perak dapat
mengesan keburukan sikap Tun Muzahir lalu menasihati atau memberi amaran kepada Tun
Muzahir tentang kesan buruk sikapnya itu pada masa hadapan. Dalam wasiat terakhir yang
ditujukan khusus kepada Tun Muzahir sebelum meninggal dunia, Bendahara Paduka Raja
menyebut; ‘Muzahir, engkaulah kelak menjadi orang besar; daripada aku pun lebih
kebesarannmu. Tetapi jangan pada bicaramu engkau bapa saudara raja; jikalau melintas pada
hatimu engkau bapa saudara raja, engkau dibunuh orang.’22

Berdasarkan catatan dalam Sulalat-us-Salatin sendiri jelas menunjukkan Bendahara Tun
Muzahir merupakan seorang pemimpin yang suka membesarkan diri, tidak amanah, zalim dan
lemah dari segi kepimpinannya, walaupun tulisan-tulisan sedia ada jarang menonjolkan aspek
ini dan sering ‘membenteng’ keburukan sikap Tun Muzahir itu dengan penonjolan perlakuan-
perlakuan buruk rajanya. Pada masa pemerintahannya sebagai Bendahara Melaka, Tun
Muzahir telah merancakkan amalan rasuah dengan beliau sendiri terlibat sebagai seorang
penerima rasuah. Beliau juga kurang mempedulikan tentang soal kecekapan dan ketelusan
dalam pentadbiran serta begitu mudah terdedah dengan mainan atau manipulasi orang asing
yang mengambil kesempatan atas minatnya terhadap kekayaan dan kelemahan peribadinya.
Sikapnya yang negatif itulah yang telah diperturunkankepadaSultan Mahmud yangdididiknya
sejak kecil. Raja itu dibiarkan oleh Bendahara sebagai bapa saudaramahupun sebagai penasihat
hidup dalam keadaan yang serba mewah,bebas dantidak terkawal, dan kejamtanpa bimbingan
betul sejak baginda masih kecil lagi. Jadi tidak hairanlah jika Sultan Mahmud setelah
membesar mempunyai sikap dan keperibadian yang agak buruk dan keras disebabkan bentuk
asuhan yang diterima oleh baginda.

Dalam tidak menafikan keburukan peribadi Sultan Mahmud melalui pendidikan yang
diterimanya, tetapi perlulah dijelaskan bukan sepanjang hidupnya hanya menjadi seorang
pemerintah yang zalim dan jahat sahaja. Bahkan di sebalik kelemahannya kerana didikannya
itu, ada terselit beberapa sifat baik dan kemuliaan hati baginda yang kurang dijelaskan atau
diceritakan khususnya semasa baginda sudah mencapai usia dewasa. Ahli sejarah cenderung
menonjolkan hanya sisi jahat watak itu untuk mewajarkan kritikan mereka terhadap
kemunduran institusi kesultanan Melayu dan mengaitkan institusi kesultanan itu den gan nasib
buruk yang menimpa negeri-negeri Melayu, sedangkan pada masa yang sama secara sengaja
atau tidak sengaja menyembunyikan perkara-perkara yang mereka tidak ‘gemar’ dalam proses
untuk mewujudkan kritikan tersebut.

Dengan menonjolkan bukan sahaja sisi buruk dan negatif keperibadian Sultan Mahmud Syah,
kita akan dapat mengimbangi pandangan berat sebelah dan berpihak, dan menjelaskan
perkembangan peristiwa yang berlaku dengan lebih mendalam tanpa memasukkan sebarang
unsur prejudis. Pertama dari segi peribadinya, dapat diperlihatkan Sultan Mahmud Syah
merupakan seorang Sultan yang begitu penyabar dan mudah mengakui kesalahan. Sikap
penyabar dan mudah mengakui kesalahan yang ada pada baginda tidak mencerminkan diri
baginda sebagai seorang pemerintah yang berkuasa mutlak, berkuku besi atau tirani. Sebagai
seorang raja yang amat tahu akan batas undang-undang dan kelemahan diri, baginda mudah
mengakui kesalahan yang telah dilakukan, cepat menginsafi diri dan tidak menutup atau
menindan kesalahan yang dilakukan itu dengan keburukan dan kejahatan lain yang menjadi
kelaziman bagi seseorang pemerintah yang sebenar-benarnya zalim dan berkuku besi.
Misalnya kerana terlanjur melakukan kesalahan bermukah dengan isteri Tun Biyajit, Sultan
Mahmud secara terbuka mengakui kesalahan besarnya itu, malah menyatakan kewajaran
baginda dijatuhkan hukuman mati setelah diancam bunuh oleh Tun Biyajit. Baginda tidak
merasa benci dan berdendamdengan Tun Biyajit yangmenunjukkan kemarahan secara terbuka

atas perbuatan baginda yang salah itu kerana memahami tindakan Tun Biyajit itu adalah sah.
Dalam teks Sulalat-us-Salatin ada disebutkan pertembungan antara Tun Biyajit dan Sultan
Mahmud itu dan sikap baginda terhadap reaksi marah yang dilepaskan oleh Tun Biyajit dan
‘pernderhakaan’ Tun Biyajit selepasnya yang tidak mahu lagi mengikut titah Sultan selepas
itu.

“Hei Sultan Mahmud Syah! Demikianlah pekerti tuan hamba! Sayang,
tuan hamba tuan pada hamba; jikalau tuan hamba bukan tuan pada
hamba, nescaya lembing ini kutikamkan dada tuan hamba!” Maka
segala hamba raja itu hendak gusar, maka titah baginda, “Jangan kamu
sekalian amarah, karena kitab [katanya] itu benar, sebut Saidi, salah kita
pada itu, hukumnya patut dibunuhnya. Oleh dia hamba Melayu tiada
mau durhaka mengubahkan setianya, maka demikian itu lakunya”.
Maka baginda pun kembali ke istananya. Maka oleh Tun Biyajit akan
isterinya itu diberinya talaknya syahadania pun tiadalah mau mengadap
dan bekerja lagi. Maka oleh Sultan Mahmud Syah, akan Biyajit itu
dibujuknya, dihantar baginda seorang gundik baginda, Tun Iram
Sendari namanya, diambilnya oleh Tun Biyajit; tetapi sungguhpun
demikian, tiada juga Tun Biyajit mau ke majlis.23

Selepas peristiwa itu tidak ada lagi gambaran yang dikemukakan dalam Sulalat-us-Salatin
menunjukkan Sultan Mahmud masih meneruskan perangai buruknya bermukah dengan isteri
orang sesuka hati. Dalam kes Tun Biyajit itu, baginda mungkin telah mendapat pengajaran
sebaiknya dan menyedari akan perbuatannya yang bersalah dan berdosa itu.

Dari segi kepimpinan pula, Sultan Mahmud sememangnya merupakan seorang yang ada
karisma di sebalik keburukan sikapnya itu. Baginda mempunyai disiplin dan tegas biar apapun
tanggapan negatif akibat kecenderungan pengkaji mengaitkan kepimpinannya dengan nafsu
buasnya pada zaman remajanya itu. Sikap tegas baginda dalam melaksanakan hukuman
sebagai pemerintah adalah bersebab, bukan sesuka hati atas nama raja berkuasa mutlak dan
berkuku besi yang boleh berbuat sesuka hatinya. Misalnya tindakan baginda menghukum Seri
Bija Aldiraja adalah bersebab.Hal ini kerana perbuatanSeri Bija Aldiraja itu sendiri yangsejak
dari awalnya lagi telah menolak dan menunjukkan secara terbuka penderhakaannya terhadap
Sultan Mahmud. Bahkan hukuman yang dilaksanakan terhadap Seri Bija Aldiraja bukannya
dilakukan secara sesuka hati kerana dinyatakan secara bertulis beberapa kesalahan Seri Bija
Aldiraja yang menderhakai rajanya itu.24

Selain itu, hukuman mati yang dikenakan terhadap adinda baginda iaitu Raja Zainal, walaupun
dilakukan secara terselindung, adalah bertujuan untuk mengelakkan timbulnya fitnah dan
kerosakan besar akibat perbuatan Raja Zainal sendiri memalukan nama keluarga dan
kerajaannya, bukannya lahir daripadaperasaan cemburu baginda. Kerosakanyangdibawa oleh
perlakuan Raja Zainal itu dinyatakan dengan jelas dalam teks Sulalat-us-Salatin;

Apabila Raja Zainal Abidin akan berkuda, maka baginda memakai.
Setelah sudah memakai, maka berpasak jebat-jebatan digosokkan
baginda pada kuda itu, maka pergilah baginda berkuda. Maka
gemparlah segala orang di pekan melihat baginda lalu itu; segala anak
bininya orang dan anak dara-dara orang yang taruhan sekaliannya
berterpaan, hendak melihat Sultan Zainal Abidin; ada yang menegok
pada pintu, ada yang menengok pada kisi-kisi, ada yangmenengok pada

tingkap, ada yang menengok padaatap, ada yangmemesukdinding, ada
yang memanjat pagar. Maka rupa pengidah perempuan akan Raja
Zainal Abidin pun tiadalah tersebut lagi, maka rupa sirih masak
berpuluh cepu gantal, dan lelat jangan dikata lagi. Maka bau-bauan dan
narwastu beratus-ratus cembul, jebat masak bermandi-mandi, bunga
cempaka digubah dan bunga melur diangkat berceper-ceper, putar-
putar bunga apatah lagi? Maka barang yang berkenan, diambilnya oleh
Raja Zainal Abidin, barang yang tiada berkenan, diberikan baginda
pada segala orang muda-muda. Maka cabullah negeri Melaka pada
masa itu.25

Kepimpinan, sikap penyabar dan berhukum secara beradat juga terserlah dalam kes hukuman
mati yang dijatuhkan terhadap Bendahara Melaka Seri Maharaja Tun Muzahir. Walaupun para
pengkaji ternyata memihak kepada Bendahara Melaka dan mengaitkan hukuman mati terhadap
Bendahara itu dengan dendam kesumat serta nafsu gelojak Sultan Mahmud terhadap Tun
Fatimah, namun jelasnya beberapa keterangan penting yang terdapat dalam teks Sulalat-us-
Salatin telah tidak diberi perhatian oleh pengkaji sehingga menonjolkan kedangkalan tafsiran
mereka.

Sebenarnya sejak daripadaawal lagi Bendahara Tun Muzahir telah melakukanbanyak tindakan
yang boleh dianggap menderhakai dan membelakangi rajanya, dan seperti diberi amaran oleh
Bendahara Paduka Raja, Tun Muzahir kelihatannya seorang yang begitu melampau, tidak
mahu mempedulikan atau tidak menghormati perasaan Sultan Mahmud memandangkan beliau
pernah memegang jawatan pemangku Sultan dan baginda pula adalahanak saudaranya sendiri.
Dengan kedudukannya itu, Tun Muzahir barangkali merasakan dirinya amat berkuasa. Dalam
setiap perbuatan atau keputusannya, sikap melawan atau membelakangi sultan begitu terserlah
seperti digambarkan dalam teks Sulalat-us-Salatin, mencerminkan wataknya sebagai seorang
Bendahara yang tidak pandai memelihara adat dan lunas-lunas hubungan dengan sultan. Di
sebalik beberapa tindakannya yang meremehkan titah sultan, ada beberapa kesalahan besar
yang jelas dilakukannya melanggar adat resam dan tatasusila seorang pembesar, khususnya
semasa memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.

Antaranya beliau melanggar adat Melaka dengan mengahwinkan anaknya Tun Fatimah tanpa
ditunjukkan terlebih dahulu pada Sultan,26 sedangkan menurut adat yang diamalkan dalam
tradisi politik Melayu, seseorang Bendahara akan menjodohkan anaknya dengan Sultan lebih-
lebih lagi Sultan Mahmud Syah sendiri pada ketika itu telah pun kehilangan permaisurinya.
Tindakan Bendahara ini jelas mengaibkan Sultan Melaka pada pandangan seluruh rakyat dan
pembesar Melaka, menggambarkan betapa tidak pedulinya dan acuh tidak acuhnya pembesar
utama dan penasihat Sultan Melaka itu terhadap keaiban rajanya sendiri. Perbuatan itu
dilakukannya secara sedar dan bahkan Tun Muzahir sendiri telah diperingatkan akan
kesalahannya itu. Kerana memahami tindakan tersebut mungkin akan mendatangkan
kemurkaan Sultan Melaka, maka bapa saudara Sultan Mahmud iaitu Raja Di Baruh telah
menegur serta mengingatkan Bendahara Seri Maharaja akan kesalahannya itu.

Setelah Raja Di Baruh melihat rupa Tun Fatimah, maka terlalu
hairanlah baginda memandangparasnya, maka kata Raja Di Baruh pada
Bendahara Seri Maharaja, “Yang Dipertuan pun adakah sudah melihat
anakanda ini?” Maka sahut Bendahara Seri Maharaja, “Belum Yang
Dipertuan memandang dia”. Maka kata Raja Di Baruh, “Bendahara,
jikalau tiada gusar, mari beta berkata kepada Bendahara”. Maka kata

Raja Di Baruh, “Akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya,
pada hati beta, tiada patut ia bersuami orang keluaran. Jikalau
Bendahara mau mendengar kata beta ini, jangan anakanda ini diberi
bersuami dahulu, karenasekarangRaja Perempuan,Permaisuri Pahang,
telah mangkat. Yang istiadat raja Melayu, apabila tiada Raja
Perempuan, anakanda Bendahara akan Raja Perempuan”. Maka sahut
Bendahara Seri Maharaja, “Tuanku,patik orangjahat, patut sama orang
jahat juga.” Maka kata Raja Di Baruh, “Baiklah, yang mana kesukaan
Bendahara kerjakanlah, karena beta sekadar mengingatkan juga.”27

Ternyata dalam kes ini Bendahara Seri Maharaja tetap berdegil dengan keputusannya itu, tanpa
rasa bersalah atau takut akan kemurkaan Sultan. Bahkan lebih teruk lagi beliau juga telah
menjemput Sultan Mahmud Syah hadir ke majlis perkahwinan Tun Fatimah. Tindakan
Bendahara sememangnya kelihatan seperti sengaja menjatuhkan air muka Sultan,
mengaibkannya di hadapan orang ramai dan memperlihatkan sikap derhakanya terhadap
Sultannya. Namun persoalan yang harus ditimbulkan ialah, apakah reaksi sebenar Sultan
Mahmud Syah sebagai seorang sultan yang dikatakan berkuasa mutlak terhadap perbuatan
Bendahara yang mengaibkan baginda itu? Berdasarkan teks Sulalat-us-Salatin, dinyatakan
bahawa Sultan Mahmud Syah merasa begitu marah dan menyimpan dendam terhadap
Bendahara. Namun pernyataan itu mungkin hanya merupakan tafsiran penulis Sulalat-us-
Salatin itu sendiri, yang ketara dalam beberapa kes, ternyata begitu memihak kepada
Bendahara. Namun apa yang nyata dan kurang ditonjolkan oleh pengkaji ialah setelah
dimalukan, diaibkan dan diderhakai sedemikian rupa, tiada tindakan segera diambil oleh Sultan
Mahmud Syah terhadap Bendahara Tun Muzahir kecuali baginda hanya mengundurkan diri
dalam keadaan penuh malu dan kecewa. Soalnya, adakah ini menunjukkan sikap sebenarnya
Sultan Mahmud, sultan yang dikatakan amat jahat, memerintah secara kuku besi dan berkuasa
mutlak itu?

Ternyata daripada peristiwa itu dan pernyataan yang terdapat dalam Sulalat-us-Salatin, maka
ramai penulis dengan mudahnya telah menuduh Sultan Mahmud menyimpan dendam terhadap
Bendahara tanpa mempunyai sebarang bukti yang jelas.28 Dendam itu dikatakan dibalas
melalui tindakan baginda menjatuhkan hukuman mati terhadap Bendahara Tun Muzahir
kemudiannya. Namun persoalannya, bagaimanakah para penulis tersebut boleh mengaitkan
dendam Sultan Mahmud itu dengan hukuman mati terhadap Bendahara Tun Muzahir
sedangkan hukuman itu hanya dilaksanakan beberapa bulan selepas peristiwa perkahwinan
Tun Fatimah? Adakah Sultan Mahmud sebagai sultan yang berkuasa mutlak dan boleh berbuat
apa sahaja itu perlu menunggu masa yang begitu lama untuk melunaskan dendamnya itu
terhadap Tun Muzahir hanya kerana mencari satu sebab yang sesuai? Adakah raja berkuasa
mutlak dan tirani juga perlu mencari sebab yang munasabah dalam sesuatu tindakannya
walaupun jelas tindakan Bendahara itu bersalahan pada hukum dan kacamata umum? Atau
adakah sebenarnya tuduhan terhadap Sultan Mahmud itu telah dibuat secara prejudis, dangkal,
tanpa melihat secara teliti dan kritikal keadaan sebenarnya yangberlaku dan faktor-faktor yang
lebih kukuh yang mempengaruhi kepada keputusan hukuman mati terhadap Bendahara ?

Para pengkaji telah menuduh Sultan Mahmud bertindak menghukum Bendahara Tun Muzahir
atas sebab berdendam tanpa melihat beberapa fakta yang mungkin menjadi dorongan sebenar
kepada hukuman mati yang dijatuhkan terhadap Bendahara dan keluarganya itu. Pertamanya,
hukuman mati dijatuhkan kerana wujudnya berita yang disampaikan oleh Laksamana Melaka
iaitu Khoja Husain yang menyatakan Bendahara Seri Maharaja Tun Muzahir mempunyai
rancangan untuk menjatuhkan Sultan Mahmud dan merampas kuasa. Berdasarkan penjelasan

yang terdapat dalam teks Sulalat-us-Salatin, kita dapat merumuskan bahawa hukuman mati
yang dilaksanakan terhadap Bendahara Tun Muzahir atas alasan mahu memberontak dan
merampas kuasa sebenarnya adalah amat munasabah dan bersebab. Hal ini berpunca daripada
sikap dan gaya kepimpinan yang korup, bermewah-mewah dan bermegah-megah yang
diamalkan oleh Bendahara, bahkan sikapnya yang tidak menghormati Sultan, berlagak
melebihi taraf seorang raja yang tidak pernah ditunjukkan oleh Bendahara lain sebelumnya.
Dengan begitu banyak tindakannya yangmencerminkansikapnyayangtidak menghormati raja
dan lagaknya yang seolah-olah setaraf sultan pada ketika itu, maka apakah berita yang
disampaikan oleh Laksamana Khoja Husain itu tidak boleh dipandang serius atau diterima
sebagai sesuatu yang betul? Masalahnya pada pembesar mana lagi yangboleh diperoleh nasihat
dan harus diletakkan kepercayaan oleh Sultan Mahmud, sedangkan yangmenyampaikan berita
itu ialah Laksamana Melaka sendiri, manakala Bendahara dan pembesar-pembesar utama lain
adalah pihak yang dituduh bersyarikat dan merupakan ahli keluarga Bendahara.

Sebenarnya jika dihayati sepenuhnya perkembangan yang berlaku pada zaman pemerintahan
Sultan Mahmud itu, jelas kita dapat melihat watak utama yang memulakan segala bentuk
kekeruhan dan pergolakan dalam politik Melaka bukannya Sultan Mahmud Syah, tetapi
Bendahara Tun Muzahir itu sendiri. Dari segi pemerintahan, jawatan Bendahara memainkan
peranan penting dalam politik, bukan hanya sebagai penasihat Sultan tetapi juga sebagai
peneraju utama dalam struktur politik Melaka. Bendaharalah yang memikul tanggungjawab
bukan sahaja menasihati malah memimpin Sultan. Kemakmuran pemerintahan beraja akan
ditentukan oleh karisma Bendahara yang menerajui kerajaannya sedangkan kelemahan
kepimpinan seseorang Bendahara pula akan menjadikan kerajaan dan kepimpinan negara itu
lemah, dan kerosakannya yang dilakukannya akan merosakkan kerajaannya. Namun
kelemahan dan kerosakanlah yang amat terserlah dibina di bawah kepimpinan Bendahara Tun
Muzahir sehingga menjelaskan kenapa beliau akhirnya menerima hukuman yang diakibatkan
oleh perbuatannya sendiri, bukannya disebabkan oleh kezaliman Sultan Mahmud seperti yang
cuba ditonjolkan.

Di sebalik tanggapan yang sangat baik dan positif diberikan terhadap beliau, hal ini sebenarnya
jelas bercanggah dengan gambaran yang terdapat dalam Sulalat-us-Salatin sendiri. Walaupun
Bendahara Melaka itu lebih mendapat simpati pengarang Sulalat-us-Salatin berbanding Sultan
Mahmud Syah, namun pengarang tersebut secara tidak langsung juga telah menggambarkan
keperibadian Bendahara Seri Maharaja sebagai seorangpemimpin yanglemah, bermasalahdan
korup. Kehidupan politiknya sejak awal lagi amat dikuasai dan dipengaruhi oleh kekayaan dan
kebendaan yang menjadi keutamaannya, walaupun ketika memegang jawatan-jawatan penting
sebagai pembesar dan pemerintah Melaka. Beliau juga digambarkan sebagai seorang yang
amat bermegah-megah dengan kekuasaan dan kekayaan, sehingga lagaknya kelihatan
mengalahkan seorang Sultan. Dalam beberapa tindakannya, beliau jelas melanggari tatasusila,
adat resam dan lunas-lunas budaya politik yangdipegangdalam institusi pemerintahanMelaka.
Beliau selalu mengingkari kehendak, titah dan arahanSultan, sengaja menimbulkankemarahan
dan kemurkaan Sultan, walaupun beberapa kali pernah ditegur. Beliau juga sering
menyalahgunakan jawatan dan kuasanya untuk mendapatkan kekayaan dan meluaskan
pengaruh serta meramaikan penyokong. Pendek kata, dengan senarai tersebut yang dinyatakan
secara jelas dalam teks Sulalat-us-Salatin, maka adalah tidak keterlaluan jika timbul tuduhan
yang mengatakan beliau sebenarnya mahu merampas kuasa atau menderhaka terhadap
Sultannya.

Pada zaman beliau memegang kuasa sebagai Bendahara, iaitu jawatan tertinggi selepas Sultan,
Tun Muzahir banyak mencipta gejala baharu yang memberi kesan yang amat negatif terhadap
kemakmuran dan kestabilan pemerintahan Melaka. Beliau juga gagal, bahkan boleh dikatakan

tidak berminat, untuk mengekalkan hubungan baik dengan Sultan Melaka. Terdapat empat
kelemahan utama semasa pemerintahannya seperti yang dapat dirumuskan berdasarkan
gambaran dalam Sulalat-us-Salatin. Pertama, beliau seorang yang amat mementingkan harta
dan kemewahan, dan sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pembesar Melaka
disebabkan oleh keutamaannya terlibat dalam kegiatan mencari kekayaan (berniaga) walaupun
ketika memegang beberapa jawatan utama sebagai pembesar Melaka. Kedua, disebabkan
kedudukan dan kekayaannya, beliau sering membelakangi dan mengingkari titah Sultan,
sehingga menyerlahkan sikapnya yang tidak menghormati Sultannya itu. Ketiga, sikapnya
yang suka menerima sogokan menjelaskan keperibadiannya yang tidak sesuai sebagai tunjang
kepada institusi pemerintahan beraja. Keempat, beliau merupakan seorang yang amat senang
dipujuk dan dipengaruhi oleh orang lain dalam membuat keputusan, terutamanya melalui
sogokan dan harta benda sehingga menyebabkan wujudnya ketidakadilan dan pilih kas ih dari
segi layanannya terhadap rakyat dan para pedagang yang terdapat di Melaka. Sikapnya yang
rapat dengan orang asing dan mudah dimanipulasi oleh harta benda menimbulkan ancaman
kepada keselamatan Melaka.

Kesan-kesan negatif daripada kelemahan peribadi dan kepimpinannya itu dapat diperjelaskan
melalui beberapa contoh. Misalnya dalam kes perbicaraan Tun Perpatih Hitam (Menteri di
bawah Sultan Mahmud Syah) dengan seorangsaudagar, Bendahara Tun Muzahir diperlihatkan
telah tidak berlaku adil sehingga mendorong tindakan protes oleh Tun Perpatih Hitam. Rasa
tidak puashati Tun Perpatih Hitam dinyatakan dalam Sulalat-us-Salatin melalui perlakuannya
menggunakan kakinya menguis-nguis tikar di hadapan Bendahara seraya berkata ‘Menteri
apatah ini, yang dibicarakan orang sebegini?’29 Berkemungkinan besar pengadilan tersebut
telah disangsikan oleh Tun Perpatih Hitam disebabkan oleh perbuatan Bendahara menerima
rasuah saudagar tersebut sehingga mempengaruhi keputusannya tidak boleh diketepikan.

Hal ini dapat dijelaskan melalui sikap sama yang ditunjukan oleh Bendahara Tun Muzahir
dalam kes hukuman terhadap pertelingkahan yang melibatkan dua orang Tamil iaitu Raja
Mendaliar dan Nina Sura Dewana yang dikendalikannya. Pedagang asing itu begitu licik
memanipulasi Bendahara Tun Muzahir dengan mempergunakan kelemahannya dengan
memberi sogokan untuk mencapai matlamat mereka. Tun Muzahir sendiri sanggup menerima
rasuah daripada Nina Sura Dewana yang berharap untuk menang dalam kes penghakiman
beliau menentang Raja Mendaliar. Sebaliknya seorang lagi Tamil iaitu Kitul yang mempunyai
ikatan keluarga dengan Nina Sura Dewana pula mengambil kesempatan daripada
pertelingkahan kedua-dua pedagang itu untuk melangsaikan hutang beliau terhadap Raja
Mendaliar dengan membuat fitnah terhadap ahli keluarganya sendiri. Dalam usaha untuk
melangsaikan hutang, Si Kitul sedia mengacum kemarahan Raja Mendaliar dengan
mendedahkan bahawa ‘…Malam tadi Nina Sura Dewana, persembahkan sepuluh kati emas,
hendak menyuruh bunuh tuan hamba; akan sekarang Datuk Bendahara telah sebicaralah
dengan Nina Sura Dewana, tuan hamba hendak dikerjakannnya…’30 Mendengar sahaja
perkhabaran tersebut, Raja Mendaliar yang merasakan dirinya terancam telah membuat fitnah
pula terhadap Bendahara Tun Muzahir melalui Laksamana Khoja Husain, dengan merasuah
pula Laksamana itu untuk menyampaikan berita bahawa Bendahara Tun Muzahir ingin
memberontak menentang Sultan.

‘… Sahaya mengadap orang kaya ini, sahaya berlepas taksir, supaya
jangan sahaya dikatakan orang sebicara dengan penghulu sahaya;
kerana telah sahaya ketahui bahawa Datuk Bendahara hendak derhaka.
Orang kaya persembahkanlah ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia
berbuat takhta kerajaan, menempa ciu emas; kasad hendak naik raja
dalam negeri Melaka...’31

Kemuncak daripada pertelingkahan para pedagang dan manipulasi kuasa dalam istana Melaka
menjadi lengkap dengan sampainya berita yang dibawa oleh Laksamana Khoja Husain kepada
Sultan Mahmud Syah yang telah membawa kepada terlaksananya hukuman mati terhadap
Bendahara Tun Muzahir sekeluarga. Dalam menggambarkan kelemahan sikap Tun Muzahir
tersebut, seorang pengkaji menjelaskan bahawa sebenarnya Tun Muzahirlah punca yang
membawa kepada segala masalah dan ketidakstabilan di Melaka. Menurut pengkaji tersebut;

Disiplin yang ia pelajari daripada Bendahara Paduka Raja tidak kekal
dihormatinya. Dapat dikatakan yang ia telah mabuk dengan kekayaan,
dan kerana itu ia terlalu mensia-siakan hartanya. Di samping itu mudah
juga ia mengambil apa jua harta yang diberi oleh orang kepadanya,
tanpa memikirkan akibatnya. Sesungguhnya penerimaannya terhadap
pemberian Nina Sura Dewana membawa ia ke ambang kecelakaan
dirinya. Ini tidak pula terpisah dari perhubungannya yang kurang baik
dengan Sultan Mahmud yang berpunca daripada tindakan Bendahara
mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Faktor-faktor
yang kait mengait ini berakhir dengan satu tragedi pembunuhan
Bendahara Sri Maharaja yang mengakibatkan seterusnya kejatuhan
Melaka.32

Seorang lagi pengkaji pula menjelaskan bahawa pihak yang sebenarnya bertanggungjawab
terhadap kematian Bendahara Tun Muzahir bukanlah Sultan Mahmud, tetapi individu-individu
tertentu yang mengambil kesempatan atau menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka
bagi manfaat diri sendiri. Walaupun ahli sejarah mengaitkan konflik tersebut dengan gejala
‘feudalisme Melayu’ dan ‘konsep ‘raja berkuasa mutlak’, namun pada hakikatnya bagi Haron
Daud ia lebih merupakan satu konflik peribadi yang melibatkan persaingan dan pertelingkahan
antara sesama kelompok Tamil yang berpengaruh di Melaka, melibatkan beberapa individu
berkepentingan seperti Raja Mendaliar, Nina Sura Dewana, Si Kitul, dengan LaksamanaKhoja
Husain dan Bendahara Tun Muzahir yang menguasai kepimpinan politik Melaka pada ketika
itu menjadi alatnya, sedangkan Sultan Mahmud Syah pula hanya menjadi mangsa keadaan,
dipergunakan, diseret atau dihasut untuk melengkapkan lagi perseteruan tersebut. 33

Kedua, kita juga tidak boleh memandang remeh tentang sebab kenapa hukuman bunuh
dilaksanakan terhadap keluarga Bendahara Tun Muzahir, sama ada kerana berpunca daripada
dendam disebabkan perkahwinan Tun Fatimah-Tun Ali atau sememangnya wujud rancangan
penderhakaan oleh Bendahara Tun Muzahir terhadap Sultan Melaka ketika itu. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini, tuduhan ingin menderhaka dan memberontak yang dibawa oleh
Laksamana Khoja Husain terhadap Bendahara Tun Muzahir bukannya tidak boleh
dipertahankan walaupun ahli sejarah tidaklah menonjolkanaspek ini sebagai penyebabsebenar
hukuman mati terhadap Bendahara Tun Muzahir. Selain daripada sikap dan kelakuan
Bendahara Tun Muzahir itu sendiri yang agak keterlaluan, terdapat juga bukti yang
dikemukakan oleh sumber Portugis tentang beberapa pihak yang berkomplot dengan
Bendahara Tun Muzahir bukan sahaja untuk merampas kuasa bahkan untuk membunuh Sultan
Mahmud Syah. Catatan Afonso de Alburqueque misalnya menjelaskan tentang kisah
pemburuannya terhadap seorang individu yang bernama Nakodabeuga (Nakhoda Benggali?)
yang dikatakan telah melarikan diri ke negeri Pacé (Pasai?), sebuah pelabuhan di timur Pedir,34
setelah hukuman mati dijatuhkan oleh Sultan MahmudSyah terhadapBendaharaTun Muzahir.
Tindakan melarikan diri oleh Nakodabeuga dilakukan kerana beliau dikatakan takut
komplotnya dengan Bendahara Tun Muzahir untuk membunuh Sultan Mahmud dan merampas
takhta diketahui Sultan Melaka itu. Pada masa sama, individu yang disebut sebagai
Nakodabeuga itu juga diburu oleh pihak Portugis kerana beliau merupakan antara pihak yang

didakwa turut memainkan peranan mengacum pemerintah Melaka agar mengambil tindakan
menyerang pedagang Portugis di Melaka pada 1509.35

Sejauh mana pernyataan daripada sumber Portugis itu boleh dipercayai atau tidak, tidak dapat
dipastikan. Namun sesetengah pengkaji percaya memang wujud rancangan pemberontakan36
atau sekurang-kurangnya laporan Laksamana Khoja Husain itu dibuat dalam keadaaan yang
benar-benar meyakinkan sehingga telah mempengaruhi keputusan Sultan Mahmud Syah.
Seperti dipersoalkan sebelum ini, dalam keadaan beberapa pembesar utama Melaka iaitu
Bendahara (Seri Maharaja Tun Muzahir), Penghulu Bendahari (Seri Nara Aldiraja Tun Tahir)
dan Temenggung (Tun Hassan) dituduh sebagai pihak y ang terlibat dalam rancangan
pemberontakan oleh Laksamana Melaka sendiri, maka pada siapa lagi Sultan Mahmud Syah
harus meletakkan kepercayaannnya? Apapundari segi amalan politik, sebagai penerima rasuah
yang mencipta banyak fitnah dan keburukan dalam pemerintahan Melaka, Bendahara Tun
Muzahir sememangnya wajar dihukum bahkan sejak awal lagi kerana melakukan kesalahan
besar yang boleh menimbulkan bahaya kepada perpaduan dan keselamatan Melaka. Menurut
Abdul Rahman Haji Ismail, apa yang dilakukanoleh Sultan MahmudSyah, walaupunkelihatan
seperti terburu-buru dan tidak bijaksana, tetapi adalah sesuai atau bertepatan dengan amalan
perundangan dan keadaan semasa yang wujud pada ketika itu.37 Jika hukuman berat dijatuhkan
terhadap kesalahan kecil, inikan pula kesalahan yang amat besar yang dianggap jenayah
terhadap bangsa dan negara bagi zaman dahulu mahupun pada hari ini. Oleh itu, tindakan
Sultan Mahmud Syah wajar dilihat dari segi konteksnya yang wujud pada masa itu. Baginda
telah bertindak mengikut hukum yang sepatutnya bukannya bertindak ikut suka dan tiada usul
periksa seperti yang didakwa oleh kebanyakan pengkaji sebelum ini.

Tindakan Bendahara Tun Muzahir yang tidak pula menentang keputusan Sultan, bahkan
seakan-akan menerima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, menunjukkan ada
kemungkinan besar tuduhan yang dibuat ke atasnya itu benar dan oleh itu beliau merelakan
sahaja hukuman yang dijatuhkan terhadapnyatanpa soal. 38 Ahli keluarga beliau yang lain turut
menerima hukuman kerana bersyarikat dalam penderhakaan tersebut.39 Selain Tun Fatimah,
seorang lagi ahli keluarga Bendahara iaitu Tun Hamzah anak Seri Nara Aldiraja tidak
dijatuhkan hukuman, bahkan Mia Sima, anggota rombongan pertama yang mencederakan Tun
Hamzah, yang tidak diperintahkan dibunuh, dihukum bunuh pula oleh sultan kerana
tindakannya yang melampaui arahan Sultan.40 Walaupun akhirnya perlu diakui bahawa cara
atau bentuk hukuman yang dilaksanakan pada zaman itu mungkin tidak sama dengan zaman
kini, lalu dianggap sebagai zalim, namun adalah tidak adil untuk kita membuat satu pengadilan
moral berat sebelah berasaskan penilaian sezaman dan amalan keadilan masyarakat yang agak
berbeza.

Ketiganya, timbul juga persoalan sejauh manakah hukuman mati yang dikenakan terhadap
Bendahara dan ahli keluarganya itu telah menjadi punca sebenar yang membawa kepada
kejatuhan Melaka? Walaupun sesetengah pandangan menjelaskan hukuman mati terhadap
Bendahara dan keluarganya telah melemahkan struktur politik Melaka dan membuka peluang
kepada Portugis,41 tetapi dari satu segi yang lain tindakan Sultan Mahmud juga boleh dilihat
sebagai satu proses penyucian dalam amalan politik yang boleh mengukuhkan lagi kedudukan
politik Melaka. Hukuman keras terhadapmerekayangmenyalahgunakan kuasa danmelakukan
rasuah merupakan satu tindakan yang perlu dan wajar dilakukan bagi membanteras anasir-
anasir yang boleh mewujudkan perpecahan dan kerosakan terhadap seluruh sistem politik dan
perpaduan Melaka. Malah membiarkan sahaja rasuah itu berlaku tanpa diambil sebarang
tindakan tegas akan menonjolkan kelemahan sebenar pemerintah Melaka. Seperti tindakan
keras yang sama dilakukan oleh pemerintah hari ini terhadap kegiatan rasuah yang

membahayakan negara, begitu jugalah harus dilihat bagaimana Sultan Mahmud Syah telah
bertindak sewajarnya menyelamatkan kerajaannya daripada anasir-anasir ‘subversif’ akibat
gejala tamak, rasuah dan adu domba yang menguasai para pedagang dan pemerintah Melaka
itu. Proses ini bukan perkara yang tidak pernah berlaku sebelum mahupun selepas kejatuhan
Melaka, dan sebagaimana yang dijelaskan oleh sesetengah pengkaji, proses penyucian politik
terhadap anasir-anasir yang membawa kepada cabaran, penderhakaan terhadap raja dan
perpecahan sesungguhnya akan memperkuatkan lagi kedudukan dan keutuhan sesebuah
pemerintahan.42

Walaupun tidak dinafikan akibat hukuman mati yang dilaksanakan terhadap keluarga
Bendahara Tun Muzahir menyebabkan wujudnya kekosongan kuasa yang sedikit sebanyak
mengganggu kesiapsiagaan Melaka menghadapi serangan Portugis pada 1511, tetapi jelasnya
hukuman itu sendiri bukanlah penyebab sebenar yang menjadi faktor kejatuhan Kota Melaka.
Namun oleh kerana hukuman itu berlaku hampir serentak dengan tarikh kehadiran dan
serangan Portugis ke atas Melaka, maka hal ini telah mendorong para pengkaji dengan begitu
mudah sekali mengaitkan kejatuhan Melaka dengan keputusan Sultan Mahmud Syah ketika
itu, walaupun kaitannya hanya secara tidak langsung sahaja, iaitu wujud andaian bahawa
Melaka telah menjadi lemah kerana wujudnya kekosongan kuasa dan oleh itu, dengan begitu
mudah pula dapat ditundukkan. Apa yang jelas, kecenderungan pengkaji menyalahkan
‘kejahatan’ Sultan Mahmud Syah sebagai punca utama kejatuhan Melaka telah menyebabkan
mereka mengenepikan faktor-faktor lain yang mempunyai kaitan yang jauh lebih jelas dan
secara langsung, antaranya manipulasi serta pengkhianatan anasir-anasir asing di Melaka
semasa serangan Portugis.

Pengaruh dan Kesetiaan Baharu

Kelemahan utama tafsiran yang telah dikemukakan tentangpunca kejatuhanKota Melaka 1511
ialah para pengkaji terlalu menumpukan perhatian kepada kelemahan sistem politik Melayu
atau ‘feudalisme Melayu’, dengan menyalahkan sepenuhnya kejahatan institusi pemerintahan
beraja sebagai punca semulajadi terhadap kelemahan dan keruntuhannya. Namun p enelitian
yang lebih mendalam dapat menunjukkan kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis pada
1511 bukanlah berpunca daripada kelemahan institusi pemerintahan beraja, atau gejala
‘feudalisme Melayu’, sebaliknya telah didorong oleh sebab -sebab lain yang masih jarang
disentuh atau dibicarakan secara teliti.

Seperti yang dinyatakan oleh seorang pengkaji, sejak Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah
hinggalah pemerintahan Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah), suasana politik dalam
negara Melaka adalah begitu aman dan tidak begitu diganggu oleh unsur rasuah, perpecahan
dan perebutan kuasa dalam kalangan pemerintahnya. Konsep kesetiaan dan kedaulatan
hubungan rakyat-raja yang diterapkan seperti dalam waad antara Seri Teri Buana dan Sang
Sapurba menjadi asas yang telah mengukuhkan sistem kekerabatan dan menjamin kestabilan
politik berpusatkan istana Melaka. Sistem pemerintahan tradisional berjaya mewujudkan
keseimbangan dan kemakmuran di Melaka. Elemen konflik dan perpecahan tidak pernah
wujud kecuali dalam bentuk konflik peribadi yang tidak membawa kesan yang besar terhadap
kemakmuran dan kestabilan politik Melaka. Elemen konflik, penyalahgunaan kuasa, rasuah
dan perpecahan hanya menjadi begitu ketara bermula sejak Melaka berada di bawah
kepimpinan Tun Ali dan Tun Muzahir, dua individu kaya yang mula dipengaruhi oleh bentuk
kesetiaan baharu pada zaman Melaka mencapai kemakmurannya.

Pada zaman Tun Ali dan Tun Muzahir berkuasa di istana Melaka menyaksikan kepimpinan
politik mula dikotori oleh penglibatan mereka dalam kegiatan perniagaan dan mencari
kekayaan walaupun ketika masih memegang jawatan sebagai pembesar utama di istana.
Mencampuri urusan politik dengan perniagaan telah mendorong lahir dan merebaknya gejala
buruk seperti rasuah dan penyalahguaan kuasa, dan ini merupakan satu gejala baharu yang
bertentangan dengan amalan yang dipegangdalam tradisi politik Melaka. Kedua-dua pembesar
itu mulai diracuni oleh kekayaan dan kekuasaan baharu itu. Demi mencapai pengaruh dan
kekayaan, mereka memanipulasi institusi kesultanan dan cuba menguasainya serta
mempergunakannya demi kepentingan mereka. Misalnya keinginan untuk menegakkan kuasa
dan pengaruh sebahagiannya telah menjadi pendorong kepada terjadinya penderhakaan
pertama yang menyaksikan Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid) terbunuh semasa masih kecil
dalam komplot yang melibatkan beberapa pihak di luar dan dari dalam istana Melaka,
antaranya ialah Maulana Jalalu’d-Din,Penghulu Bendahari Seri Nara Diraja Tun Ali, manakala
Bendahara Seri Amar Diraja pula dimanipulasi dengan taktik kotor oleh Tun Ali bagi
mendapatkan sokongan menjatuhkan Sultan Abu Syahid yang memerintah. Terdapat
perdebatan sama ada saudara tiri kepada Sultan Abu Syahid dan anak saudara Tun Ali iaitu
Raja Kassim (tidak terpilih menjadi Sultan Melaka kerana bukan keturunan anak gahara) yang
dikatakan dipengaruhi oleh nasihat Maulana Jalalu’d-Din untuk merampas kuasa turut terlibat
sama dalam komplot besar itu. Tetapi baginda akhirnya berjaya dinaikkan sebagai sultan yang
baharu menggantikan Sultan Abu Syahid yang mati dibunuh dengan gelaran Sultan Muzaffar
Syah.43

Peristiwa penyingkiran Sultan Abu Syahid merupakan satu komplot pembunuhan dan
penderhakaan pertama yang terbuka terhadap Sultan Melaka yang sah (anak gahara) dan oleh
itu, telah melanggar batas susila budaya politik Melayu yang telah dipegang sejak zaman
berzaman. Sejak itu, jawatan-jawatan utama di istana Melaka mulai dibolot dan dikuasai
sepenuhnya oleh kepimpinan baharu yang berasal daripada satu kelompok keluarga yang kaya
itu. Kelompok yang lain mula disisihkan daripada istana seperti Tun Perak dan para
pengikutnya yang pernah tersingkir atau disingkirkanhasil mainan dan pengaruh besar Tun Ali
terhadap Sultan Melaka yang telah dinaikkannya. Jawatan Bendahara yang sepatutnya
dipegang oleh Tun Perak bagi menggantikan tempat ayahnya Seri Wak Raja Tun Perpatih
Sedang juga misalnya telah diambil alih oleh Tun Ali melalui pengaruhnya yang ada terhadap
Sultan Melaka yang baharu. Walaupunakhirnya jawatan Bendahara itu telah berpindah semula
ke tangan Tun Perak, namun selepas itu jawatan-jawatan penting dalam istana Melaka seperti
Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung umumnya telah dipegang dan dimonopoli
oleh legasi kelompok pemerintah Melaka dari keturunan Tun Ali-Tun Muzahir itu.

Dalam konteks ini, kajian ini ingin menonjolkan bahawa kejatuhan Kota Melaka akibat
serangan Portugis pada 1511 lebih didorong oleh kerosakan budaya politik yang dibawa oleh
pucuk pimpinan baharu itu ditambah dengan manipulasi serta pengkhianatan orang asing –
pedagang asing yang mengambil kesempatan atas kelemahan dan ketamakan mereka terhadap
kekayaan. Boleh dikatakan politik Melaka menjadi semakin lemah bermula sejak Melaka
berada di bawah pimpinan Bendahara Tun Ali dan kemudian anaknya Bendahara Seri
Maharaja Tun Muzahir. Kedua-dua pimpinan ini, yang dikuasai oleh kepentingan perniagaan
dalam jawatan, terdedah kepada segala bentuk keutamaan baharu dalam politik dan tidak lagi
berpegang kepada teras budaya politik Melayu yang asal, yang berasaskan ikatan waad,
kesetiaan dan sanjungan terhadap nilai kedaulatan pemerintahan berasaskan tradisi yang
dipegang kuat oleh orang Melayu sejak zaman kerajaanSrivijaya lagi. Tradisi politik Srivijaya -
Melaka yang berpaksi kepada kesetiaan berasaskan kesucian institusi raja, keluhuran
keturunannya yang suci dan kedaulatan kuasa yang berasaskan kesetiaan rakyat dan penolakan

terhadap sebarang unsur penderhakaan telah mulai digantikan dengan budaya baharu –
kesetiaan terhadap individu berdasarkan pengaruh wang, pangkat dan kekayaan.

Ketaksuban terhadap kekayaan itulah yang telah menjadikan Bendahara Tun Muzahir seorang
yang begitu lemah, alpa dan tinggi diri, dan telah menggunakan kekayaannya itu untuk
mempengaruhi kesetiaan pengikut yang berada di bawahnya. Bahkan tindak -tanduknya
mempamerkan kekayaan dan kuasa kepada umum menampakkan sikapnya yang keterlaluan.
Kelakuan atau sikap bangga diri Bendahara Tun Muzahir diberikangambaran yangjelas dalam
teks Sulalat-us-Salatin;

Adapun Bendahara Seri Maharaja sediakala ia menyuruhmencari, tiada
pernah rosak. Jika Bendahara Seri Maharaja imak-imak,
dikampungkannya segala anak buahnya maka Seri Maharaja berkata,
“Budak-budak! Embuhkah memandang emas?” Maka kata segala anak
buah Bendahara, “Embuh, datuk.” Maka kata Bendahara Seri Maharaja,
“Pergi ambil peti arah ke anu.” Maka segala anak buah Bendahara pun
pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya, dibawanya ke hadapan
Bendahara Seri Maharaja. Maka oleh Bendahara Seri Maharaja
disuruhnya tuangkan pada tikar, maka disuruhnya su kat dengan
gantang. Maka kata Bendahara pada segala anak buahnya, “Ambil
olehmu segenggam seorang, buat permainan”. Maka diambilnya oleh
segala anak buah Bendahara Seri Maharaja itu. Maka emas itu
dibubuhnya pada segenap pahatan bendul dan pahatan dinding; sudah
itu maka semuanya turun pula. Maka segala orang yang mengerjakan
rumah itu pun datang bekerja, maka dilihatnya emas, lalu diambilnya.
Segala anak buah Bendahara itu ingat akan emas itu, maka ia pun naik
ke rumah itu hendak mengambil emas tadi, hendak permainan; maka
dilihatnya tiada lagi, maka semuanya menangis. Setelah didengar oleh
Bendahara Seri Maharaja, maka ditanya, “Apa ditangiskan budak-
budak itu?” Maka sahut orang, “Emas tadi hilang, tuanku.” Maka kata
Bendahara Seri Maharaja, “Janganlah menangis! Kata benarlah,
nescaya aku mengganti”. Maka diberi pula oleh Bendahara emas
segenggam seorang.44

Kelunturan budaya politik Melayu yangberasaskantradisi kekerabatandan kedaulatan institusi
raja adalah berpuncadaripada tiadanya seorangSultan yangbenar-benar berwibawa yangdapat
mengawal kerosakan yang telah dilakukan oleh pemerintah baharu itu. Su ltan Muzaffar yang
dinaikkan sendiri oleh Tun Ali ternyata begitu terhutang budi atau telah pun dikuasai oleh
Bendahara Tun Ali sehingga tidak mampu menyekat pengaruh dan kekuasaannya yang
semakin kuat di istana. Sejak munculnya penguasaan Tun Ali dan disa mbung oleh Tun
Muzahir yang memegang jawatan Bendahara, fungsi sebenar jawatan itu sebagai penasihat dan
pengimbang pemerintahan beraja telah menjadi semakin longgar.

Bermula dari situlah, muncul gejala-gejala baharu yang menonjolkan kesetiaan terhadap
institusi kesultanan dan kekerabatan Melayu mula digantikan dengan kesetiaan terhadap
kekayaan. Selain terjadinya buat pertama kalinya peristiwa penderhakaan – dalam bentuk
rampasan kuasa pertama dicetuskan - kedaulatan institusi kesultanan telah mulai dicabar
dengan sikap kurang menghormati dan membelakangi sultan kerana kedudukan keluarga dan
amalan kronisme yang begitu kuat dalam istana Melaka. Bermula dari Tun Ali yang
menggunakan segala pengaruhnya terhadap kedudukan Sultan Muzaffar, pentadbirannya yang

mendahulukan perniagaan dan kekayaan daripada menunjukkan kepimpinan dan memenuhi
tanggungjawabnya, hingga menularnya budaya baharu iaitu penglibatan pemerintah Melaka
secara langsung dalam kegiatan perniagaan yang menguntungkan - dan sudah tentunya
melibatkan unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah - semuanya telah meracuni tradisi politik
berasaskan kekerabatan yang dibina daripada warisan kerajaan Melayu Srivijaya-Melaka.

Misalnya penglibatan secara langsung dalam kegiatan perniagaan dan pembinaan kekayaan
telah menyebabkan Bendahara Tun Muzahir menjadi seorang yang begitu kaya dan
berpengaruh. Dalam banyak kes, beliau telah membelakangi Sultan Melaka dan menonjolkan
dirinya seolah-olah lebih tinggi kedudukannya berbanding Sultan; suatu perlakuan yang tidak
pernah wujud dalam konteks hubungan Sultan-Bendahara sebelumnya. Sejak kepimpinan
istana Melaka diterajui oleh Bendahara Tun Muzahir, beliau juga terlalu memberatkan
kelompok pedagang tertentu yang mula mengambil kesempatan daripada sikap dan corak
pentadbirannya itu, misalnya para pedagang Islam Gujerat yang begitu rakus mengejar
keuntungan, menyebabkan Melaka menanggung akibat buruknya. Hasilnya bertunas dan
berkembanglah gejala kronisme, manipulasi kuasa dan rasuah yang diamalkan akibat
keinginan semua pihak untuk mengejar keuntungan dan kemewahan, yang sebelumnya tidak
pernah wujud dalam amalan politik Melaka. Golongan pedagang pula ternyata mengambil
sepenuhnya kesempatan atas peluang yang ada untuk menguasai pemerintah Melaka.
Perkembangan itu menyebabkan pentadbiran Melaka mula dikuasai oleh elemen-elemen asing
yang begitu negatif. Kegiatan di pelabuhan telah dimanipulasi dan berlaku penyelewengan dan
pilih kasih, ketidakpercayaan dan persaingan sesama pedagang menimbulkan perbalahan dan
sengketa, adu domba dan permusuhan, serta manipulasi kuasa di istana menyaksikan hubungan
institusi kesultanan-pembesar itu sendiri menjadi semakin lemah.

Kerosakan semakin ketara kerana adanya individu yang tertentu seperti Nina Sura Dewana,
Raja Mendaliar, Si Kitul mahupun Laksamana Khoja Husain yang mendahulukan kekayaan
diri dan kebendaan daripada kesetiaan terhadap Melaka. Sebagai contoh, wujud persaingan,
perseteruan dan hasad dengki antara sesama mereka dan antara para pedagang yang berlainan
bangsa. Demi menjaga kepentingan periuk nasi masing-masing, maka pedagang tertentu telah
melancarkan pelbagai tipu muslihat, termasuklah merasuah dan mengadu domba pihak
pemerintah. Misalnya sewaktu kedatangan Portugis ke Melaka pada 1509, wujud fitnah dan
adu domba oleh kelompok pedagang Gujerat khususnya yangbegitu irihati dengan kemunculan
pedagang Portugis yang dilihat akan mengancam monopoli perdagangan mereka di Melaka.
Keinginan mengaut keuntungan dan ketamakan menjadi punca yang telah mendorong para
pedagang asing itu bertindak mempengaruhi pemerintah Melaka untuk melancarkan dasar
konfrontasi terhadap orang Portugis, sama ada pada tahun 1509 mahupun 1511.45

Pembelotan Orang Asing dan Sumbangannya terhadap Kejatuhan Melaka

Adalah sukar dinafikan hukuman mati yang dilaksanakan terhadap Bendahara Tun Muzahir
sekeluarga (dan juga hukuman-hukuman terhadap pembesar lain sebelumnya) telah memberi
kesan terhadap keutuhan politik dan kekuatan Melaka. Dengan kehilangan beberapa tonggak
utama kepimpinan negara, termasuklah juga Sultan Mahmud Syah sendiri yang akhirnya
melepaskan takhtanya setelah mempercayai berita disampaikan oleh Laksamana Khoja Husain
merupakan satu fitnah, maka Melaka benar-benar menghadapi satu tempoh kekosongan kuasa
yang sedikit sebanyak membuka peluang kepada Portugis untuk mencapai kejayaan dalam
kempen penaklukannya. Menurut Abdul Rahman;

Selepas peristiwa itu [hukuman mati terhadap Tun Muzahir dan
keluarga] tercetuslah kemelut dalaman politik Kesultanan Melayu
Melaka yang menjerumuskan kepimpinannya ke tahap terlemah dalam
sejarah. Tunjang kekuatan Melaka tiba-tiba rebah apabila semua
peneraju utamanya sama ada dibunuh, dipecat atau mengundurkan diri.
Peristiwa yang berlaku pada akhir tahun 1510 itu menyebabkan tiga
tonggak utama kekuatan Melaka, iaitu Bendahara (Seri Maharaja Tun
Muzahir), Penghulu Bendahari (Seri Nara Aldiraja Tun Zahir) dan
Temenggung (Tun Hassan) mati dibunuh: Laksamana (Khoja Husain)
dikembiri dan dipecat; dan Sultan Mahmud Syah sendiri sebagai nadi
kuasa, tonggak kedaulatan dan lambang perpaduan negara turun takhta,
lalu mengakibatkan kepimpinan Kerajaan Melaka lumpuh, pengurusan
negara bercelaru, dan pertahanan kucar kacir. Pada awal Julai 1511 tiba
pula angkatan perang Portugis yang lebih besar dalam empat puluh
buah kapal, dipimpin oleh Afonso d’Albuquerque. Setelah beberapa
pertempuran dan dengan bantuan beberapa pihak termasuk orang asing
yang membelot terhadap Kerajaan Melayu Melaka, Portugis akhirnya
menguasai istana dan pusat pentadbiran Melaka pada 10 Ogos.46

Pandangan Abdul Rahman menjelaskan bahawa Melaka sememangnya menghadapi
kehilangan politik yang begitu besar yang pastinya sedikit sebanyak menjejaskan kecekapan
pemerintahan dan pertahanannya ketika itu. Namun persoalan harus juga ditimbulkan bukan
sahaja terhadap kewajaran tindakan Sultan Mahmud, tetapi juga kesan sebenar akibat hukuman
tersebut. Sejauh manakah pelaksanaan hukuman mati itu benar-benar telah mengakibatkan
pemerintahan dan pertahanan Melaka benar-benar menjadi lumpuh, bercelaru dan kucar kacir?
Sebenarnya tindakan Sultan Mahmud Syah menjatuhkan hukumanberat atas para pembesarnya
yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penderhakaan merupakan satu
tindakan yang sememangnya wajar dan kena pada tempatnya, yakni sebelum Melaka bena r-
benar ditimpa oleh penyakit perpecahan dan kehancuran akibat gejala -gejala negatif itu.
Tindakan baginda itu sendiri bukanlah satu bentuk kekejaman sebaliknya merupakan satu
‘ubat’ bagi menyembuhkan penyakit ‘barah’ yang semakin teruk menghimpit Melaka. Dengan
hukuman itu, Melaka sebenarnya telah dapat melepaskan dirinya daripada belenggu yang akan
melemahkan dan menghancurkannya secara jangka panjang jika gejala-gejala negatif itu tidak
ditangani segera. Menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang melakukan kesalahan besar
terhadap negara merupakan satu tindakan yang akan memperkuatkan negara tersebut dan
bukan sebaliknya melemahkannya. Bahkan Melaka tidak akan menjadi semakin kuat jika
Sultan hanya membiarkan sahaja semua pihak tersebut melakukan apa sahaja yang mereka
mahukan demi keuntungan dan kepentingan peribadi mereka.

Malah dari satu segi dan secara jangka panjang, tindakan Sultan Mahmud Syah menjatuhkan
hukuman berat terhadap pesalah, walaupun terdiri daripada para pembesarnya sendiri,
menggambarkan ketegasan sultan itu yang pastinya akan dapat menyucikan dan
menyembuhkan semula kekuatan politik Melaka. Walaupun Melaka terpaksa kehilangan
beberapa teraju kepimpinan utamanya, namun kepimpinan masih boleh diganti dengan yang
lebih baik secara jangka panjang dan memenuhi kekosongan yang ada 47. Tindakan Sultan
Mahmud itu sendiri tidaklah meninggalkan kesan yang begitu buruk dan menimbulkan
perpecahan besar dalam politik Melaka. Proses penyucian politik yang menyaksikan
tersingkirnya elemen-elemen yang melemahkan pentadbiran Melaka hanya melibatkan
pertembungan sekumpulan elit politik yang kecil dan tidak menjejaskan seluruh kehidupan
bermasyarakat dan berkerajaan. Rakyat dan para pembesar umumnya masih setia dan patuh

kepada Sultan yang memerintah. Kerajaan Melaka juga masih kekal stabil dan tidak ada
sebarang pemberontakan berlaku terhadap kerajaan atau pemerintah. Jika dikaji dengan teliti,
proses penyucian politik itu telah dilaksanakan dengan begitu lancar. Namun nasib Melaka
agak malang kerana pada ketika proses penyucian politik itu masih sedang berlaku, kuasa
Portugis kemudiannya muncul pada ketikayangpalingsesuai untuk melancarkan serangandan
menjatuhkan Kota Melaka. Sebenarnyakehadirankuasa Portugis tepat pada masanya itu bukan
berlaku secara kebetulan. Laporan-laporan telah pun dihantar dari dalam Melaka khususnya
oleh orang Portugis yang ditahan di Melaka dan sumber-sumber dari pedagang asing yang
membelot yang menceritakan kepada Portugis bukan sahaja tentang wujudnya kekosongan
politik di Melaka, bahkan yang paling penting ialah kesediaan orang asing di Melaka untuk
membelot dan membantu Portugis dalam menjayakan penaklukannya itu.48 Jadi, tindakan
pengkhianatan orang asing di Melaka sebenarnya memainkan peranan jauh lebih signifikan
kerana dengan itu telah membolehkan Portugis mengambil kesempatan masa yang paling
sesuai untuk melancarkan serangan terhadap Kota Melaka.

Jadi proses penyucian politik itu sendiri bukan merupakan penyebab kejatuhan Kota Melaka
kerana sangat jelas walaupun Melaka mungkin menjadi lemah akibat ketidaktentuan yang
berlaku, dan tiadanya pengganti pentadbir yang sesuai, namun ia tidak terjejas sama sekali
tanpa adanya serangan Portugis yang datang tepat pada masanya. Bukti yang dapat
menjelaskan bahawa Melaka masih belum lemahsepenuhnya akibat daripadaproses penyucian
politik tersebut dapat ditunjukkan melalui kemampuan Melaka untuk mempertahankan diri
daripada beberapa serangan Portugis sehinggalah pada 10 Ogos 1511, apabila Portugis mula
mendapat bantuan yang signifikan daripada pihak pedagang asing di Melaka yang berpaling
tadah dan kemudiannya askar-askar upahan asingMelaka yangmula meninggalkan pertahanan
Melaka. Perihal serangan Portugis dan kerjasama orang asing di Melaka itu dijelaskan oleh
seorang pengkaji Marco Ramerini seperti berikut;

After their arrival in India, the Portuguese soon became aware of the
importance of the city. An expedition sailed to Malacca in 1509 but
failed, and many of the Portuguese were captured and imprisoned by
the Sultan. In 1511, the Viceroy of India, Afonso de Albuquerque,
decided to organize an expedition destined to conquer Malacca. At the
head of 1.100 - 1.200 men and 14 ships, Afonsode Albuquerque arrived
in view of Malacca in June of 1511 and immediately demand ed the
rescue of the Portuguese that were taken prisoners in the 1509
expedition. The Sultan tried to gain time to strengthen the town
defenses. He was well aware of the small number of Portuguese troops
and was confident on his powerful army of 20.000 men and 2.000 guns.
Albuquerque wasted no time. At down of 25 July 1511 the Portuguese
attacked the town concentrating the assault on the bridge on the river
dividing the town. After a fierce battle the bridge was conquered by the
Portuguese, but at nightfall they were forced to retreat. After some days
of preparations, on 10 August 1511, the Portuguese renewed the attack.
Albuquerque had the assistance of some Chinese junks that were
anchored in the port. The use of a junk offered by the Chinese merchants
was decisive, as this junk was used as a bridgehead. This time the attack
was successful and the Portuguese finally succeeded in establishing a
bridgehead in the town. There were then several days of siege in which
the Portuguese bombarded the city. On 24 August 1511 the Portuguese
again attacked only to discover that the Sultan had escaped. With

Malacca was now in Portuguese hands, they sacked the town, but
following Albuquerque’s orders, they respected the property of those
who sided with them. B. W. Diffie and G. D. Winius in the book
"Foundations of the Portuguese Empire 1415-1580" write: "the capture
of Asia's greatest trading city by a mere 900 Portuguese and 200 Indians
must rank as an event in the history of European expansion no less
stunning than the better known conquest of Tenochtitlan by Hernando
Cortes".49

Jelasnya dalam kajian tentang kejatuhan Kota Melaka, terdapat beberapa faktor penting yang
telah dipinggirkan, yang jelas memainkan peranan secara langsung dan paling utama dalam
memastikan runtuhnya kubu pertahanan Kota Melaka. Selain daripada kerosakan dalaman
akibat wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh segelintir pemerintah Melaka yang dijelaskan
sebelum ini, satu faktor paling penting yang sewajarnya lebih difokuskan oleh ahli sejarah
dalam perbincangan mereka ialah pengkhianatan orang asing yang turut mempunyai kaitan
dengan penyalahgunaan kuasa dari istana Melaka itu. Peranan unsur asing dalam konteks
kejatuhan Kota Melaka adalah begitu nyata dan menyeluruh, kerana melibatkan pengkhianatan
secara besar-besaran dan melibatkan pelbagai pihak ‘sekutu Melaka’ yang dinyatakan oleh
sumber-sumber Portugis sendiri sebagai memainkan peranan amat berkesan dalam membantu
serangan Portugis dan memecahbelahkan pertahanan Melaka.50 Oleh itu, amatlah
menghairankan jika faktor yang sebegitu penting dan berperanan secara langsung itu
diketepikan hanya kerana ahli sejarah lebih bertumpu kepada faktor kelemahan dan kezaliman
Sultan Mahmud Syah yang mempunyai kaitan secara tidak langsung sahaja dengan kejatuhan
Kota Melaka.

Dari sudut ini, Melaka sebenarnya boleh dikatakan menerima kesan buruk akibat daripada
pergantungannyasemata-mata kepadakesetiaanorangasingyangdiberikankepercayaanuntuk
menjadi penyelamatnya. Dalam menikmati kemajuan dan kepesatan perdagangan, Melaka
telah menerima kesannya akibat kehadiran populasi asing yang begitu ramai. Ramai bangsa
asing telah menjadikan Melaka sebagai tempat untuk mencari untung dan kekayaan, tetapi
disebabkan oleh hubungannya hanya atas kapisiti pedagang dan penump ang, maka pemerintah
Melaka tidak pernah menjalankan usaha-usaha berkesan bagi menyerapkan mereka dengan
nilai-nilai peryebatian yang dapat menyatukan kelompok-kelompok asing tersebut dengan
tradisi dan budaya masyarakat tempatan. Selain tradisi budaya, agama dan bahasanya yang
pelbagai dan berbeza-beza melibatkan pelbagai latar belakang pedagang asing, proses
penyebatian yang melibatkan pencampuran dan perkahwinan campur antara kelompok-
kelompok berrbeza amat jarang terjadi. Tanpa adanya satu resapan buday a yang membolehkan
wujudnya keserasian budaya, ikatan darah dan semangat kekitaan yang mengukuhkan konsep
setia dan daulat-derhaka yang dipegang dalam tradisi Melayu, kesetiaan tidak menjadi elemen
utama yang menyatupadukan seluruh masyarakat. Dalam istana Melaka sendiri wujud
kelonggaran apabila tradisi politik yangdahulunya dibentukberasaskanhubungan kekerabatan
dan kesetiaaan terhadap kesucian institusi raja kini telah digantikan dengan bentuk kesetiaan
berasaskan pengaruh, wang dan kuasa. Akibatnya banyak aspek hubungan mula ditentukan
oleh asas pengaruh dan kekayaan, termasuklah dalam konteks hubungan antara pembesar-
sultan dan pemerintah-orang asing di Melaka.

Kehadiran pedagang asing yang begitu ramai, daripada pelbagai bangsa -negara yang jauh
berbeza budaya seperti Cina, Keling, Benggali, Jawa, Burma, Jepun dan sebagainya
menjadikan Melaka sebuah bandar kosmopolitan yangbegitu majmuk, longgar dari segi ikatan
budaya dan jati diri kebangsaannya. Dalam kelompok pedagang yang sekadar datang untuk

mencari kekayaan itu, tidak ramai yangmempunyai sebarangikatan – bahasa, agama mahupun
budaya - yang boleh menyatukan mereka dan mewujudkan semangat kemelakaan sehingga
membolehkan tertanamnya perasaan setia dan terhutang budi kepada Melaka yang menjadi
tempat mereka mencari nafkah dan kesenangan hidup. Bahkan tidak sedikit pula yang merasa
asing dan tidak berpuashati terhadap segala peluang yang telah diberikan, sehingga bersedia
pula menjadikan sekatan-sekatan tersebut sebagai alasan untuk mengkhianati Melaka. Ramai
pedagang asing di Melaka sedia menyambut kedatangan Portugis dan memberi kerjasama
dengan harapan untuk memperoleh peluang kekayaan yang jauh lebih baik. Para pedagang
yang tamak mencari kekayaan dan menjaga berkepentingan diri hanya berminat memperolehi
kekayaan tanpa mengira dari siapa atau pihak mana yang boleh memberikan mereka apa yang
dimahukan. Kehadiran mereka sedikit sebanyak telah membantu menjadik an Melaka sebuah
kota perdagangan yang kaya dan pesat membangun, megah dengan masyarakatnya yang
berbilang bangsa, budaya dan agama, tetapi keberbilangan budaya dan bangsa itu telah
menjadikan Melaka cukup lemah dari segi ketahanan politik dalam jangka masa panjang dan
terutamanya ketika diuji oleh cabaran besar.

Sebelum bermulanya serangan Portugis, kesetiaan mereka telah pun diuji dengan gejala rasuah
dan pilih kasih yang berleluasa dalam kalangan pemerintah di istana Melaka dan
penyalahgunaan kuasa yang menyaksikan kebajikan pedagangan tidak lagi diberikan
keutamaan. Cukai-cukai telah dinaikkan dan berlaku kes-kes ketidakadilan serta
penyelewengan yang menunjukkan pentadbiran Melaka di bawah pimpinan Tun Muzahir telah
melayan golongan pedagang itu secara tidak adil dan sama rata. Dengan wujudnya pilihan
baharu yang membolehkan mereka mencuba nasib untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi
keuntungan mereka, para pedagang telah memilih untuk menyokong Portugis setelah
dijanjikan peluang perdagangan dan layanan yang lebih baik.

Pengkhianatan terhadap Melaka melibatkan beberapa individu dan pelbagai kelompok asing
yang besar, dan kebanyakan pedagang melakukan kerosakan dan pengkhianatan terhadap
Melaka dengan pelbagai bentuk dan cara, umumnya disebabkan oleh k etamakan dan
persaingan sesama sendiri dalam merebut kekayaan Melaka. Dalam proses mengejar
keuntungan dan menjatuhkan para pesaing, mereka bertindak menikam Melaka daripada
belakang kerana tidak menganggap Melaka sebahagian daripada diri mereka atau merasa
terhutang budi dengan nikmat yang mereka perolehi daripadanya. Antara beberapa kelompok
yang ketara memainkan peranan mengkhianati Melaka ialah para saudagar dari negara India,
China, Burma dan Jawa, serta beberapa individu yang tertentu yang berasal dari negara-negara
tersebut. Misalnya peranan para pedagang dari India, khususnya para pedagang Tamil dan
Tamil-Muslim dari Gujerat yang mempunyai hubungan rapat dengan Bendahara Tun Muzahir,
adalah begitu ketara sekali. Mereka menggunakan kesempatan kelemaha n pemerintahan
Bendahara Tun Muzahir untuk membolot keuntungan dan meracuni pentadbiran Melaka
dengan rasuah. Sikap mereka yang memanipulasi kelemahan Tun Muzahir membolehkan
mereka memonopoli kegiatan perdagangan dan mendapat layanan lebih istimewa berbanding
dengan para pedagang lain sehingga menyebabkan wujudnya diskriminasi dari segi layanan,
ketidakadilan terhadap cukai dan seterusnya perasaan cemburu para pedagang berlainan
bangsa.

Sikap tamak para pedagang khususnya dari Gujerat mempengaruhi kepada tercetusnya konflik
dan pertembungan Melaka-Portugis yang menyaksikan kejatuhan kota perdagangan itu.
Misalnya mereka adalah pihak yang mula-mula mendesak, mengacum, mempengaruhi dan
merasuah pemerintah Melaka agar mengambil tindakan menyerang ‘para pedagan g’ Portugis
pada 1509, hanya disebabkan wujudnya perasaan irihati mereka terhadap kehadiran Portugis
yang dirasakan boleh mengugat kepentingan perdagangan mereka.51 Mereka juga adalah antara

pihak yang menggesa pemerintah Melaka agar tidak sesekali berdiplomasi dengan Portugis
ketika armada perang Portugis sampai di Melaka pada 1511 dan cuba mengadakan rundingan
dengan pemerintah Melaka.

Dengan meyakinkan Sultan Mahmud Syah dan kepimpinan Melaka bahawa Melaka adalah
kuat dan mampu mengalahkan Portugis, kedudukan Portugal yang jauh serta janji bahawa
peperangan dengan Portugis akan mendapat sokongan padu para pedagang di Melaka, maka
mereka telah memainkan peranan penting mempengaruhi keputusan Melaka dari berkonflik
hingga berperang dengan Portugis pada 1511.52 Namun desakan dan janji para pedagang asing
itu hanyalah demi memastikan keuntungan ekonomi dan kekayaan perdagangan Melaka kekal
di tangan mereka. Mereka bersedia menukar pendirian atau kesetiaan jika ia membawa
kerugian kepada mereka. Misalnya sewaktu Portugis bersiap untuk melancarkan serangan
kedua terhadap Kota Melaka pada 1511, kelompok para pedagang Gujerat yang menerima
ugutan secara langsung daripada Afonso terhadap kepentingan perdagangan mereka di Melaka
telah menukar sikap mereka, berpaling daripada menyokong tindakan kekerasan kepada
memujuk dan mendesak supaya pemerintah Melaka agar tidak meneruskan lagi perang dan
cuba berdamai dengan pihak Portugis.53 Sikap mereka ini telah menimbulkan kemurkaan
Sultan Mahmud Syah yang memutuskan untuk terus mengekalkan keputusan berperang, di
samping mengkritik para pedagang tersebut yang beberapa hari sebelumnya telah memberi
nasihat yang bertentangan kepada baginda.54

Selain kelompok atau bangsa pedagang asing, pemimpin atau individu tertentu juga
memainkan peranan yang penting dalam peristiwa kejatuhan Kota Melaka, sama ada
melibatkan mereka yang beragama Islam atau bukan Islam. Abdul Rahman Haji Ismail dalam
tulisannya menyatakan bahawa walaupun tidak menegaskan tentang pengkhianatan yang
dilakukan oleh orang asing sebagai punca kekalahan Melaka, namun Sulalat-us-Salatin sendiri
telah mencatatkan tentang peranan watak tiga orang ‘Keling’ – Raja Mendaliar (berjawatan
Syahbandar), Nina Sura Dewana (yang disebut sebagai ‘kepala’ segala saudagar) d an Kitul55 –
semuanya merupakan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Bendahara Melaka
dan mengambil kesempatan atas kelemahannya untuk memanipulasi kedudukan politik
Melaka. Bahkan mereka adalah individu yang bertanggungjawab dan menjadi punca kepada
‘fitnah’ terhadap Bendahara sehingga membawakepada hukuman mati dan kerosakan terhadap
pentadbiran Melaka. Dalam memperjelaskan sikap dan kelakuan mereka yang amat besar
pengaruhnya terhadap kelemahan pentabiran Melaka, Abdul Rahman menyebut;

Soal harta, hutang-piutang dan amalan rasuah (‘sorong’) nampaknya
berleluasa dalam kalangan pembesar Melaka termasuk Bendahara di
tengah-tengah kehadiran ramai orang asing yang giat mencari untung
dan mencampuri urusan para pembesar Melaka. Akibatnya, suasana
kemakmuran yang tidak terkawal ini telah menjerumuskan Melaka ke
jurang kemusnahan dan kegagalan menghadapi serangan Portugis pada
1511.56

Selain tiga watak tersebut, terdapat ramai lagi individu yangmemainkan peranan pentingdalam
menjayakan kempen serangan Portugis. Antaranya ialah Nina Chatu, seorang saudagar Hindu
kaya yang mungkin dapat dijadikan contoh jelas tentang sikap dan perwatakan orang asing
terhadap Melaka.57 Beliau yang memperolehi kekayaan hasil daripada kegiatan perdagangan
yang menguntungkan di Melaka, mahu memperolehi keuntungan yangjauh lebih besar dengan
mengkhianati Melaka sejak dari awal lagi. Dengan pengetahuannya tentang kemungkinan
kemaraan Portugis ke Melaka setelah berjaya menguasai sebahagian negara India, Nina Chatu
cuba mengambil kesempatan untuk mewujudkan hubungan baik dengan Portugis dengan

menggunakan kesempatan penahanan Ruy de Araujo di Melaka sebagai jalan untuk
menonjolkan sikap menyokong dan setianya kepada Potugis.

Nina Chatu telah melakukan pembelotan yang begitu besar terhadap Melaka dengan
melaksanakan tiga peranan yang dapat merealisasikan kejayaan serangan Portugis di Melaka.
Pertama, demi perancangan masa depan dan menjangkakan Portugis, yang telah diketahui
menakluki Goa dan pastinya akan menguasai Melaka, Nina Chatu telah mengambil
kesempatan untuk melayan tawanan Portugis dengan sebaik mungkin dan dalam usahanya itu,
telah menggunakan sepenuhnya kedudukan dan kekayaannya untuk merasuah pihak berkuasa
di Melaka khususnya Bendahara. Nina Chatu sememangnya merupakan seorang yang begitu
pandai memainkan peranan talam dua muka. Dalam usaha memastikan kedudukannya dapat
dilindungi, dan serangan Melaka dapat dijayakan, beliau telah berlagak seperti seorang yang
ikhlas menolong Melaka dengan menasihati dan meyakinkan pemerintah Melaka, supaya
melepaskan sahaja Ruy de Araujo dan juga tawanan-tawanan Portugis lain yang ditangkap
pada 1509 supaya dengan itu akan membuka peluang kepada jalan diplomasi antara kedua-dua
pihak.58 Namun pada hakikatnya, tujuan sebenar Nina Chatu ialah untuk menguatkan lagi
jentera serangan Portugis terhadap Melaka memandangkan banyak rahsia kelemahan Kota
Melaka telah pun didedahkan oleh beliau kepada Ruy de Araujo.

Nina Chatu juga mengetahui sejak awal tujuan sebenar kedatangan Portugis ke Melaka, tetapi
dalam masa yang sama cuba meyakinkan pemerintah Melaka bahawa Portugis hanya berniat
untuk membebaskan orangnya yang ditawan di Melaka dan tidak mempunyai niat lain selain
daripada itu. Dengan itu, Nina Chatu dapat meyakinkan Bendahara Melaka agar membebaskan
sahaja tawanan Portugis dan mengelakkan peperangan. Nina Chatu juga berharap dengan
pembebasan tersebut, berita tentang kebaikannya terhadap tawanan itu akan sampai jua ke
telinga Afonso dan dengan itu, beliau akan mendapat balasan sewajarnya daripada pihak
Portugis.59 Dalam usaha pembebasan itu, Nina Chatu juga telah memberikan rasuah kepada
Bendahara untuk melepaskan banduan-banduan Portugis tersebut. Tindakan Nina Chatu dari
satu segi telah menimbulkan kekeliruan kepada pemerintah Melaka yang menganggap tujuan
utama kedatangan Portugis hanyalah untuk mendapatkan semula orangnya daripada tahanan
Melaka, dan oleh itu Melaka telah pun membebaskan tahanan-tahanan Portugis tetapi tindakan
tersebut telah menyebabkan pihak Portugis kini tidak lagi teragak-agak untuk menyerang
Melaka.

Kedua, beliau juga bertindak menjadi orang tengah dalam menyebarkan maklumat tentang
kubu pertahanan Melaka dan kelemahan pentadbiran Melaka serta kesediaan pedagang as ing
bekerjasama bagi membolehkan pihak Portugis menyusun serangan pada masanya yang paling
tepat dan sesuai. Pada masa yang sama, Nina Chatu, dengan kerjasama seorang lagi saudagar
India bernama Abdallah,60 membantu Portugis dengan menyeludup surat tawanan Portugis di
Melaka untuk dihantar kepada Afonso de Albuquerque di India. Surat tersebut mengandungi
permintaan daripada Ruy de Araujo yang meminta Afonso melancarkan serangan segera
terhadap Melaka.61 Hal ini memandangkan kerajaan Melaka pada ketika itu, menurut laporan
oleh Ruy de Araujo, sedang memperkuatkan angkatannya dan kelengkapan perangnya setelah
mengetahui kemenangan Portugis di Goa.62 Selain itu, laporan juga menyebut bahawa wujud
keadaan tegang di Kota Melaka kerana para pedagang asing dan wilayah-wilayah di bawah
jajahan Melaka juga dikatakan telah bersedia untuk bangkit menentang Melaka kerana benci
dengan kekejaman, ketidakadilan serta pemerintahan yang tidak popular Bendahara Melaka
(Bendahara Tepok) yang menggantikan Tun Muzahir.63

Sebenarnya peranan Naina Chatu amat besar, kerana beliau terlibat secara langsung dalam
proses penaklukan Portugis ke atas Melaka. Melalui peranannya itu, Nina Chatu bukan sahaja
telah menyalurkan maklumat tentang pertahanan Melaka kepada Portugis, bahkan beliau juga

telah memujuk sendiri Portugis agar tidak melaksanakan dasar diplomasi sebaliknya mendesak
Portugis agar terus sahaja menyerang Melaka demi memastikan tercapainya rancangannya
untuk menyingkirkan pedagang Gujerat daripada penguasaan di istana Melaka. Pengkhianatan
Naina Chatu ini dijelaskan oleh seorangahli sejarah Portugis Paulo Jorge de Sousa Pinto seperti
berikut;

... the Chinese and Hindu merchants were the main source of
information. These, namelya Hindu Keling from the Coromandel Coast
called Nina Chatu who was his advisor on this issue were certainly
interested in persuading the Governor to solve the conflict with the
Sultan by force, for it would allow them to supersede the Gujarati
community that was dominant in the sultanate. 64

Sebagai balasan atas semua bentuk kerjasama dan pembelotannya itu, Ruy de Araujo melalui
suratnya kepada Afonso telah meminta Afonso memberikan perlindungan dan layanan
istimewa kepada Nina Chatu.

Sumbangan Naina Chatu dalam membantu Portugis mengalahkan Melaka terbukti amat besar
apabila sewaktu serangan Portugis ke atas Melaka menyaksikan banyakpembunuhan ngeri dan
rumah-rumah penduduk Melaka telah dibakar serta dimusnahkan, tetapi tindakan itu tidak
dilakukan terhadap rumah Nina Chatu. Dikatakan Nina Chatu telah diberikan satu benderaoleh
pihak Portugis dan meminta beliau memasangbendera itu di hadapanrumahnyasupaya dengan
itu apabila orang Portugis menyerang bandar Melaka, keselamatan beliau seperti yang
dijanjikan oleh Ruy de Araujo dapat dipastikan.65 Ternyata pengkhianatan Nina Chatu itu
sangat berbaloi kerana setelah Portugis berjaya menakluki Melaka, beliau telah dianugerahi
dengan pangkat dan kedudukan penting sebagai seorang pembesar utama di Melaka di bawah
pentadbiran Portugis.

Seorang lagi individu yang tidak kurang peranannya dalam melakukan pembelotan terhadap
Melaka semasa serangan Portugis ialah Utimuturaja. Beliau merupakan seorang pemimpin
Jawa yang tinggal di Melaka (Upe) dan dikatakan oleh sumber Portugis sebagai seorang yang
amat kaya hasil kegiatan perdagangan di Melaka dan mempunyai begitu ramai pengikut
(sekitar 5-6 ribu orang hamba), sebahagian besarnya berkhidmat sebagai askar upahanMelaka.
Catatan Afonso sendiri menjelaskan tentang pengkhianatan Utimuturaja, yang turut
memainkan peranan sebagai seorang pemimpin ‘talam dua muka’. Utimuturaja telah
mengambil kesempatan tekanan Portugis terhadapMelaka untukmendesak pemerintahMelaka
agar membayar upah kepada askar-askar Jawa yang tertangguh dan juga menuntut bayaran
upah tiga bulan ke hadapan untuk khidmat mereka sebagai askar upahan. Sebelum itu, majoriti
orang Jawa di bawah kekuasaannya bersikap tidak bersungguh -sungguh berperang untuk
mempertahankan Melaka sehingga menimbulkan kebimbangan Sultan Mahmud tentang
bantuan orang Jawa di Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan Melaka sekian lama.
Namun pada masa yang sama, demi memastikan kedudukannya, keluarganya dan para
pengikutnya terjamin, beliau juga telah mengadakan pakatan secara sulit dengan pihakPortugis
dengan menghantar beberapa tanda persahabatan (berupa sandal kayu) kepada Afonso de
Albuquerque, ‘…and secretly begged a safeguard for himself and for all that settlements
wherein he lived, declaring that he desired to have peace and friendship with him, and to serve
the king of Portugal in all that lay in his power.’66 Apabila beliau dikritik oleh pihak Portugis
kerana turut memberikan bantuan kepada Melaka, Utimuturaja menjelaskan tindakannya
mengarahkan pengikutnya membantu pemerintah Melaka membina benteng pertahanan
Melaka adalah sekadar untuk mengaburi dan mengambil hati pemerintah Melaka sahaja.
Dengan pengkhianatan itu, walaupun kemudiannya beliau tetap diragui dan kemudiannya
dihukum mati oleh Portugis, namun ia telah menyebabkan Afonso mengeluarkan arahan

kepada para askarnya untuk tidak menyerang dan bertempur dengan pengikut Utimuturaja
kerana dengan cara itu, Melaka akan semakin kehilangan sokongan daripada sekutunya. 67

Satu lagi kelompok yang tidak kurang pentingnya memainkan peranan besar dalam
mempengaruhi kejatuhan Kota Melaka ialah para pedagang China. Sumber Portugis
menjelaskan mereka bertindak mengkhianati Melaka kerana tidak berpuashati dengan arahan
untuk menyediakan kapal bagi menjayakan kempen perang Melaka menentang Aru. Selain itu,
mereka juga tidak berpuashati dengan sistem pentadbiran cukai dan layanan tidak sama rata
yang diberikan oleh pemerintah Melaka terhadap para pedagang, Malah, pentadbiran Melaka
di bawah kepimpinan Bendahara Tun Muzahir dilihat lebih mengutamakan para pedagang dari
India.68 Mereka amat berharap dengan kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis akan
membolehkan pihak Portugis menghapuskan segala sekatan dalam kegiatan perdagangan
Melaka dan memenuhi segala janjinya untuk mewujudkan peluang perdagangan yang lebih
menguntungkan kepada pedagang China.

Terdapat tiga peranan utama yang telah dimainkan oleh para pedagang China dalam usaha
membantu kempen pihak Portugis menakluki Kota Melaka. Pertama, mereka bertindak
mengacum pihak Portugis agar tidak menggunakan sebarang langkah diplomasi, sebaliknya
membuat keputusan muktamad untuk terus menyerangMelaka. Persekongkolan dankerjasama
para pedagang Cina-Portugis ini telah digambarkan secara jelas oleh Pinto yang mengkaji
tentang bentuk hubungan perdagangan Portugis-China di Melaka pada kurun ke-16 dan ke-17.
Menurutnya;

The Chinese merchants in Melaka influencedthe Portugese governor in
his decision to use the force of arms instead of diplomacy to resolve the
conflict that opposed him to the Malay sultan. They also played a
leading role in the success of Albuquerque’s strategy that followed the
conquest of the city, not only supporting the assault, but also acting on
behalf of the Portuguese in the diplomatic field and providing
substantial information about commercial life in the Far East.69

Kedua, mereka juga turut memberi maklumat tentang kubu pertahanan Melaka dan titik -titik
kelemahannya sebagai panduan pihak Portugis. Menurut sumber Portugis, pedagang China
telah menceritakan kepada Portugis bahawa di dalam Kota Melaka terdapat;

…more than twenty thousand fighting men, Javanese, Persians, and
Coraçones men in whom the king reposed the greatest confidence;
while of the natives, the king could have as many soldiers as he wished;
and he had twenty war elephants, with their castles well armed, and
plenty of artillery and arms of every kind, which the Guzarates had
bought for him from Cambaya, and as for all other things necessary for
the war, he was not in need of anything…70

Orang Cina juga mendedahkan kepada Portugis kelemahan utama Melaka iaitu
pergantungannya kepada bekalan makanan daripada luar dan oleh itu telah meyakinkan
angkatan Portugis bahawa mereka hanya mampu memenangi peperangan tersebut sekiranya
dapat menyekat bekalan makanan yang didatangkan ke Melaka dari Jawa.71 Akibatnya, dengan
melaksanakan sekatan makanan itulah yang membolehkan askar-askar Portugis mendapatkan
makanan sedangkan bagi pihak askar-askar Melaka dan para pedagang yang berpihak kepada
Melaka pula mereka terpaksa menghadapi kebuluran yangamat teruk setelah bekalan makanan

ke Melaka disekat dan dirampas oleh askar-askar Portugis. Sumber Portugis menjelaskan
sekatan bekalan makanan terhadap Kota Melaka telah mengakibatkan ramai orang di pihak
Melaka mengalami kebuluran dan terpaksa meninggalkan kubu pertahanan m asing-masing
bagi merayau mencari apa sahaja yang ada untuk dimakan, sehingga mendedahkan mereka
sepenuhnya kepada serangan ganas pihak Portugis.72

Yang ketiga, bantuan oleh para pedagang China terhadap Portugis dapat dilihat apabila orang
Cina telah menawarkan anak-anak tongkangserta tongkang-tongkangmereka untuk digunakan
oleh pihak Portugis bagi melepasi kubu pertahanan Melaka dan berperang dari dalam kubu
Melaka itu sendiri.73 Bantuan ini diberikan walaupun tawaran mereka kepada Portugis untuk
terlibat sama menyerang Melaka ditolak. Oleh itu, Afonso de Albuquerque telah menggunakan
empat buah tongkang besar milik pedagang Cina yang telah dipersiapkan oleh pemerintah
Melaka dengan kelengkapan senjata dalam misi berperang dengan Aru. Catatan Portugis
menjelaskan walaupun melalui tindakan tersebut pihak Portugis tidaklah terus berjaya
menawan Kota Melaka, tetapi ia telah mendatangkankerosakanyangbegitu besar kepada kubu
pertahanan Melaka dan memberi kesan psikologi kepada askar-askar dan orang asing yang
berperang di pihak Melaka, sehingga menyebabkan ramai askar upahanMelaka mengikut jejak
langkah pedagang China untuk berpaling tadah.74 Misalnya askar-askar upahan Melaka terdiri
daripada orang Pegu, Jawa dan Cape Camourin telah meninggalkan medan pertempurantatkala
Melaka diserang menjelaskan keperipentingan faktor pengkhianatan pedagang asing terhadap
kejatuhan Kota Melaka. Jelasnya, semua tindakan pengkhianatan yang dilakukan oleh para
pedagang asing itu amatlah besar sumbangannya terhadapkejayaanseranganPortugis. Tentang
pengkhianatan besar-besaran oleh ramai pihak asing terhadap Melaka, faktor-faktor dan
bagaimana pengkhianatan itu dilakukan, dijelaskan oleh seorang pengkaji dengan catatan
berikut;

On the 10th of August 1511 the Portuguese army launched a massive
attack on Melaka port. They were aided by about 1000 traders from
China, Java, India, Burma and others that were unhappy with the
Melakan authorities who had imposed veryhigh taxes in trade. To avoid
being noticed by the people of Melaka, many Portuguese soldiers
boarded Chinese ships to go into the port. They attacked the port,
Melaka bridge, the fort, market, mosque and other places. After a fierce
battle for 14 days, Melaka was captured by Portuguese on the 24th of
August 1511.75

Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa para pedagangasing, dalam konteks hubungan mereka
dengan Melaka, hanya mengutamakan keuntungan daripada keinginan membalas budi dan
mempertahankan Melaka yang menjadi sumber kekayaan serta tempat mereka menumpang
rezeki. Seperti yang dijelaskan oleh seorang pengkaji;

Kesetiaan orang luar dan pedagangdi Melaka bukan kepadanegara dan
kerajaan Melayu Melaka tetapi kepada keuntungan dan peluang
menambah kekayaan yang berada di hadapan mereka. Apabila
kemampuan kerajaan Melayu Melaka mengusir Portugis mula diragui,
sebahagian daripada peniaga pun mula ‘melabur saham’ dengan
membantu Portugis, mula-mulanya secara bersembunyi dan
kemudiannya secara terbuka.76

Dalam memerihalkan kesan pengkhianatan secara besar-besaran ini, seorang pengkaji Barat
iaitu Paul Wheatley turut memberikan pandangan yang lebih kurang serupa;

Kelemahan pertahanan Melaka bukanlah dari segi peralatan, tetapi
terdapat dalam struktur masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai
jenis manusia yang berhimpununtuktujuan-tujuanperdagangan. Selagi
Melaka makmur matlamat bersama dan nilai-nilai perdagangan
menyatukan kumpulan-kumpulan yang berlainan itu, tetapi apabila
perdagangan tergendala dan barang dagangan dirampas, terbakar atau
reput di dalam gudang, kumpulan-kumpulan yang berlainan itu mula
menyelamatkan diri sendiri.77

Rumusan

Perbincangan di atas mendedahkan beberapa kelemahan tafsiran sejarah yang memungkinkan
wujudnya salah faham tentang punca-puncasebenar kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis
pada 1511. Dalam membincangkan perihal tersebut, didapati wujud kecenderungan yang
begitu jelas dalam kalangan pengkaji, termasuklah ahli sejarah, untuk meletakkan sepenuhnya
tanggungjawab dan kesalahan atas kejatuhan Kota Melaka itu hanya kepada watak Sultan
Mahmud Syah, terutamanya kerana baginda menjadi sultan terakhir yangmemerintahkerajaan
Melayu yang berpusat di Kota Melaka itu. Dorongan mempersalahkan Sultan Mahmud
bukanlah disebabkan adanya bukti-bukti kukuh yang dapat mengaitkan keruntuhan Kota
Melaka dengan kepimpinannya, sebaliknya berpunca daripada kecenderungan para pengkaji
yang melihat kemunduran institusi kesultanan dan sistem politik ‘feudal’ Melayu sebagai asas
yang menyebabkan kerajaan-kerajaan Melayu menjadi lemah dan mempengaruhi kepada
kejatuhannya.

Sebahagian ahli sejarah masih berpegang ketat kepada tafsiran sejarah tradisional yang
mengaitkan jatuh bangun sesebuah kerajaan Melayu - bukan sahaja pada zaman Melaka kurun
ke-15-16 itu bahkan seluruh kerajaan Melayu sehingga kurun ke-19 - hanya dengan kekuatan
dan kelemahan seseorang Sultan yang memerintah, sehingga sedia mengenepikan jalinan
pelbagai faktor lain yang jauh lebih signiifikan. Pendekatan seperti itu tidak boleh menjelaskan
secara terperinci keadaan-keadaan sebenar yang mendorong kepada kejatuhan Kota Melaka
dalam hujahnya yang lebih kukuh dan boleh dipertahanakan, namun ia diterima secara meluas
dalam perbincangan sejarah sehingga kini. Dalam usaha mengaitkan kejatuhan Kota Melaka
dengan watak Sultan Mahmud Syah yang diperlihatkan sebagai seorang pemerintah yang
lemah dan kejam itu, ahli sejarah ternyata bersikap berat sebelah kerana hanya berusaha
menonjolkan kelemahan-kelemahan watak itu sahaja tetapi menyembunyikan pula aspek-
aspek yang dapat menonjolkan kekuatan dan kewibawaannya.

Seorang pengkaji sejarah McRoberts dalam kajiannya meremehkan usaha mengaitkan Sultan
Mahmud Syah dengan keruntuhan Kota Melaka dan menjelaskan pelbagai sebab lain yang
paling berkait, iaitu aspek-aspek mekanikal serangan Portugis dan tindakbalas pemerintah
Melaka terhadapnya sebagai punca yang dapat menjelaskan kenapa Melaka dapat dikalahkan
Portugis. Misalnya menurut McRobert, beberapa sebab utama yang membolehkan Portugis
mengalahkan Melaka ialah strategi peperangan yang dilaksanakan oleh pihak Portugis, salah
sangkaan oleh pemerintah Melaka tentang tujuan utama Portugis mengepung Melaka dan
keputusan yang diambil oleh Sultan Mahmud Syah untuk berundur dari Kota Melaka kerana
percaya kedatangan Portugis adalah bersifat sementara sahaja danPortugis akan meninggalkan
Melaka setelah mendapatkan apa yang diinginkannya.

Namun jika diteliti secara lebih mendalam, semua aspek yang dibincangkan oleh McRoberts
itu ada kaitannya dengan kesan pembelotan yang dilakukan oleh para pedagang asing terhadap
Melaka. Kejayaan strategi Portugis misalnya lebih banyak dibantu oleh maklumat-maklumat
yang diberikan oleh pedagang China dan India yang mempunyai pengetahuan mendalam
tentang selok belok pertahanan Melaka dan titik-titik kelemahannya. Melalui peranan
merekalah Portugis dapat merancang strategi yang cukup berkesan untuk membolehkan
mereka memecahbelahkan dan meruntuhkan kubu pertahanan Melaka yang begitu kuat. Ruy
de Araujo sendiri, yang didedahkan dengan pengetahuan yang begitu luas tentang titik-titik
kelemahan pertahanan Melaka oleh Nina Chatu, telah memberikan cadangan kepada Afonso
untuk menyerang jambatan Sungai Melaka yangpentingbukansahaja untuk memisahkan pusat
pertahanan Melaka daripada kawasan yang menempatkan askar-askar upahan dan pedagang
asing, tetapi juga menjadi titik penting yang dapat memastikan bekalan makanan tidak sampai
ke Melaka. Tanpa idea itu dan saranan Nina Chatu serta pedagang China, serangan Portugis
secara terbuka terhadap benteng pertahanan Melaka dikatakan tidak akan dapat merobek dan
meruntuhkan kubu pertahanan Melaka itu. Serangan terhadap jambatan di Sungai Melaka itu
dapat dijayakan dengan menggunakan kapal-kapal dan anak-anak kapal pedagang China yang
membolehkan Portugis menyamar masuk dan berperang dari dalam Melaka sendiri dan
tindakan ini cukup penting dalam melemahkan pertahanan Melaka. Sikap pedagang China
yang menyokong Portugis secara terbuka pula menjadi satu pendorong kepada pedagang-
pedagang dan askar-askar upahan asing dari pelbagai negara untuk turut berpaling tadah dan
meninggalkan medan pertempuran.

Malah dengan nasihat dan maklumat palsu yang diberikan oleh para pedagang asing kepada
pemerintah Melaka mengenai tujuan sebenar Portugis datang ke Melaka telah mengaburi dan
mempengaruhi pemerintah Melaka bukan sahaja untuk bertindak membebaskan tahanan
Portugis, bahkan berundur dari Kota Melaka dengan kepercayaan bahawa tujuan Portugis
menyerang Melaka hanyalah bersifat sementara. Portugis dipercayai akan beredar setelah
memperolehi apa yang dikehendakinya iaitu barang-barang rampasan perang dan pembebasan
orangnya daripada tahanan Melaka. Namun setelah Kota Melaka dapat ditawan dan Portugis
terus membina pertahanan di Melaka, barulah pemerintah Melaka menyedari akan kesilapan
mereka sebahagiannya kerana terlalu bergantung kepada kesetiaan orang asing itu.
Kesimpulannya, jauh daripada meletakkan kesalahan kepada Sultan Mahmud atau sistem
politik tradisional Melayu sebagai punca utama kejatuhan Kota Melaka di tangan Portugis,
kajian ini menjelaskan wujudnya pengkhianatan orang asing yang memainkan peranan jauh
lebih penting dan berkesan dalam mempengaruhi kejayaanPortugis dan penguasaannya ke atas
Kota Melaka pada 1511.

Nota akhir

1Mohd Jamil Mukmin, ‘The Fall of Melakato thePortuguese in 1511 and Sultan Mahmud Syah’s Struggle to
Free Melaka (1511-1528)’, Melaka: Journal of Heritage, hlm. 4. Lihat juga Mohd Jamil Mukmin, Melaka: Pusat
Penyebaran Islam di Nusantara, Edisi Kedua, Melaka: IKSEP, 2004, hlm. 48-49.

2Lihat beberapa buah buku yang membincangkan isu kemerosotan Melaka akibat kezaliman, kebobrokan
moral, rasuah, perpecahan dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan pemerintah Melayu, antaranya Qasim
Ahmad (ed.), Kekerasan Dalam Sejarah: Masyarakat dan Pemerintah, khususnya bab 3 dan 4; dan Abdul
Rahman Haji Ismail dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu): Cerakinan Sejarah, Budaya dan
Bahasa, Pulau Pinang: Penerbit USM, 2008, khususnya bab 5. Selain itu lihat b eberapa rujukan dalam talian
sesawang, antaranya https://www.thepatriots.asia/10-faktor-kekalahan-melaka-kepada-portugis/; dan
http://www.kosmo.com.my/jurnal/iktibar-di-sebalik-kejatuhan-melaka-1.704406.

3Cheah Boon Kheng, ‘Feudalisme Melayu: Ciri-Ciri da n Pensejarahannya’ dlm Abu Talib Ahmad dan Cheah
Boon Kheng (eds.), Isu-Isu Pensejarahan: Esei Penghargaan kepada Dr. R. Suntharalingam, Pulau Pinang:

Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1995, hlm. 23. Lihat juga tulisan beliau yang sama dalam bahasa Inggeris
berjudul ‘Feudalism in Pre-Colonial Malaya: The Past as a Colonial Discourse’, Journal of Southeast Asian
Studies 25 (2), 1994, hlm. 243-269.

4Azmi Arifin, ‘Feudalisme Melayu: Asal-Usul Pemikiran, Sejarah dan Pensejarahan’, Tesis PhD, Jabatan
Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007 . Lihat juga Azmi Arifin,
‘ImperialismeEropah dan Warisan Pemikiran tentang FeudalismeMelayu’ dlm Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi

Arifin dan Nazarudin Zainun (eds.), Nasionalismedan Revolusi di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah,
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2006, Bab 2.

5Lihat beberapa pandangan umum tentang Sultan Mahmud Syah seperti yang dikemukakan oleh Muhammad
Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, Bab 3; dan Cheah
Boon Kheng, ‘Ketidakadilan Raja dan Keruntuhan Kerajaan Melaka: Pengadilan Moral dalam Sejarah Melayu’

dlm Qasim Ahmad (ed.), Kekerasan Dalam Sejarah, Bab 4.
6Raja Mohd Affandi, Tokoh-Tokoh Melayu yang Agung dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1982, hlm. 56.
7Ibid. Menurut Raja Mohd Affandi; ‘Pada masa Sultan Mahmud gering dan hendak dibunuh oleh nindanya

yang lebih sayangkan Raja Menawar [kekanda Sultan Mahmud], Bendahara dan Laksamana telah memelihara

Sultan Mahmud sehingga rancangan itu gagal. Inilah satu tindakan Tun Perak yang buruk kesannya kemudian
kepada Melaka kerana Sultan Mahmud ialah Sultan yang peribadinya zalim, melemahkan Melaka dan
menyebabkan Melaka kalah di tangan Portugis pada T. M. 1511. Raja Menawar mungkin dapat menjadi raja yang
lebih baik dari Sultan Mahmud.’

8Lihat Cheah Boon Kheng, ‘Ketidakadilan Raja dan Keruntuhan Kerajaan Melaka: Pengadilan Moral dalam
Sejarah Melayu’ dlm Qasim Ahmad (ed.), Kekerasan Dalam Sejarah, hlm. 83. Dalam hal ini Abdul Rahman Haji
Ismail menjelaskan; ‘Sikap memihak kepada pembesar empat beranak ini dan kecenderungan membabit semua
kesalahan kepada Sultan Mahmud Syah amat ketara dalam tulisan-tulisan separa ilmiah yang dihasilkan oleh
penulis tempatan untuk bacaan peringkat sekolah. Dorongan hawa nafsu sultan yang dikatakan “gila perempuan”
sering disebut sebagai punca kejadian. Bercanggah dengan apa yang diceritakan dalam Sejarah Melayu,
Bendahara Seri Maharaja digambarkan sebagai tokoh unggul yang bukan sahaja berpegang kepada lunas adat
tetapi juga bijaksana dalam segala tindak-tanduknya.’ Antara tulisan yang membandingkan ‘kebaikan’ dan
‘kebijaksanaan’ watak Bendahara Seri Maharaja dengan ‘kebuasan’, ‘kegilaan seks’ dan ‘kejahatan’ Sultan
Mahmud Syah terhadap keluarga Bendahara itu ialah Mustafa Mohammad Isa, Perwatakan Dalam Sejarah

Melayu, Alor Setar: Pustaka Jasmin, 1977, hlm. 45-46; Yusoff Iskandar dan Abdul Rahman Kaeh (eds.), Sejarah
Melayu: satu Perbincangan Kritis Dari Pelbagai Bidang, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, 1978,
hlm. 109, 111-112, 207-209; Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 45 dan Haron Daud,

Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka,
1993, hlm. 127. Walau bagaimana pun terdapat juga penulis yang menyalahkan kedua-dua pihak. Lihat misalnya

Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 72-
73 dan ‘Halangan dalam Pengislahan Pemimpin Melaka Berdasarkan Sulalat-us-Salatin’ dlm Abdul Rahman Haji
Ismail dan Haron Daud (eds.), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu): Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa,

hlm. 47.
9Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm. 214.
10Ibid., hlm. 217-218.
11Ibid., hlm. 238-246.
12Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 45.
13Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm. 214.
14Ibid., hlm. 222.
15Pandangan yang menjelaskan Sultan Mahmud bertindak membunuh Raja Zainal disebabkan sikap cemburu

baginda dijelaskan oleh Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 48. Pandangan ini tidak
pula menjelaskan kelakuan sebenar Raja Zainal yang menimbulkan kemurkaan Sultan Mahmud Syah walaupun
turut dijelaskan dalam Sulalat-us-Salatin pada halaman yang sama.

16Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm. 257 dan 261. Berdasarkan pernyataan dalam teks Sulalat-
us-Salatin itu, Muhammad Yusoff yang berpegang kepada pandangan penulis teks itu terus meletakkan kesalahan

kepada Sultan Mahmud Syah sebagai seorang yang berdendam kerana dipengaruhi oleh nafsu serakahnya.
Menurut beliau, ‘Peristiwa perampasan Tun Fatimah dan pembunuhan terhadap semua keluarga Tun Fatimah
(kecuali Tun Fatimah) hanya kerana tidak dapat memperisterikan Tun Fatimah, adalah satu contoh dorongan
emosi, nafsu, ingin membalas dendam, tindakan yang terburu-buru…’ Lihat Muhammad Yusoff Hashim, Ibid.,
hlm. 45.

17Abdul Rahman Haji Ismail, Ibid, hlm. 270.

18R. W. McRobert, ‘An Examination of theFall of Melaka in 1511’, Journal of Malayan Branch Royal Asiatic

Society, Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society 57 (1), 1984, hlm. 26. Kecenderungan ini umumnya

dipegang oleh ahli sejarah yang melihat kejatuhan Kota Melaka sebagai balasan Tuhan bagi ketidakadilan yang
dilakukan oleh pemerintahnya. Misalnya Cheah menjelaskan dalam tulisannya, ‘Oleh kerana sudah dibayangkan
bahawa keruntuhan kerajaan akan berlaku jika raja menzalimi rakyat atau memberi ‘aib kepada orang Melayu,

atau berzina dengan isteri orang, maka kita lihat kebinasaan ini telah berlaku pada peringkat awal kerajaan

Singapura di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Syah dan pada peringkat akhir kerajaan Melaka di bawah

pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kedua-dua kerajaan ini dimusnahkan oleh Tuhan melalui serangan kuasa
asing.’ Lihat Cheah Boon Kheng, ‘Ketidakadilan Raja dan Keruntuhan Kerajaan Melaka: Pengadilan Moral dalam
Sejarah Melayu’ dlm Qasim Ahmad (ed.), Kekerasan Dalam Sejarah, hlm. 83.

19Andaya dalam kajiannya menjelaskan sikap biasa anak-anak raja yang digelar sebagai ‘anak nakal’, yang

suka memberontak, melawan arus dan berhibur. Namun sikap mereka akan berubah b ergantung kepada

tanggungjawab yang mereka pegang atau kemtangan yang mereka tempuh. Tentang hal ini lihat Barbara W.
Andaya, ‘The Role of the Anak Raja in Malay History: A Case Study from Eighteenth-Century Kedah’, Journal

of Southeast Asian History 7 (2), 1976, khususnya hlm. 162-164.
20Muhammad Yusoff Hashim. Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 40.
21Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm. 201. Dalam mentafsirkan peristiwa ini Muhammad Yusoff

Hashim menjelaskan ‘Peristiwa tersebut telah menunjukkan kepada kita bahawa semasa kecil lagi Sultan Mahmud

telah diajar bersifat zalim, maka tidak hairanlah jika semasa baginda dewasa, sifat begitulah yang diamalkan oleh

baginda. Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 40.
22Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm. 205.
23Ibid., hlm. 218.
24Sikap Seri Bija Aldiraja yang tidak menghormati Sultan Mahmud bermula sejak pelantikan Sultan Mahmud

Syah sebagai Sultan Melaka lagi. Teks Sulalat-us-Salatin mencatatkan Seri Bija Aldiraja yang tidak menyukai

atau mahu mengiktiraf pelantikan Sultan Mahmud sebagai Sultan Melaka melalui wasiat Sultan Alauddin Riayat
Syah; ‘Maka Bendahara Putih berkata kepada Seri Bija Aldiraja, “Orangkaya, Yang Dipertuanlah amanat
Marhum, akan ganti baginda”. Maka sahut Seri Bija Aldiraja, “Tiada beta mendengar amanat”. Perbuatan Seri

Bija Aldiraja yang sering mempamerkan sikap tidak hormatnya terhadap Sultan Mahmud sejak awal dan secara

terbuka menimbulkan keaiban, kekecewaan dan kemarahan Sultan Mahmud sehingga beliau dengan itu akhirnya

menerima hukuman yang wajar terhadap sikap derhakanyaitu. Lihat Ibid., hlm. 213-214.
25Ibid., hlm. 222-223.
26Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 46.
27Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm.256.
28Lihat misalnya Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 45.
29Seperti dipetik oleh Haron Daud, ‘Sulalat-us-Salatin: Landasan Kehancuran Negara Kota Melaka?’ dlm

Abdul Rahman Haji Ismail dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu): Cerakinan Sejarah,

Budaya dan Bahasa, hlm. 63.
30Haron Daud, Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Dewan Bahasa dan

Pustaka: Kuala Lumpur,1989, hlm. 241.
31Ibid., hlm. 242.
32Kajian Sejarah Melayu, hlm. 3-4 (rujukan tidak disebut secara lengkap) seperti dipetik oleh Ali Ahmad,

‘Halangan dalamPengislahan Pemimpin MelakaBerdasarkan Sulalat-us-Salatin’ dlm Abdul Rahman Haji Ismail

dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu): Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa, hlm. 48-

49.
33Lihat selanjutnya dalamHaron Daud, ‘Sulalat-us-Salatin: Landasan Kehancuran Negara Kota Melaka?’ dlm

Abdul Rahman Haji Ismail dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu): Cerakinan Sejarah,

Budaya dan Bahasa, hlm. 66.
34Lihat Afonso Brás de Dalboquerque, The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, hlm. 59.
35Ibid., hlm 59-60.
36Perihal wujudnya usaha-usaha atau sikap yang menjelaskan keinginan merampas kuasa oleh Tun Muzahir

diakui oleh sesetengah pengkaji. Lihat antaranya R. O. Winstedt, A History of Malaya (revised edition) Kuala

Lumpur and Singapore: Marican & Sons, 1982, hlm. 59-60; dan Paul Wheatley, Impressions of the Malay

Peninsula in Ancient Times, Singapore: Eastern Universities Press Ltd., 1964, hlm. 169-170.
37Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Kekerasan Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka: Penilaian Berdasarkan

Sejarah Melayu’ dlm Qasim Ahmad (ed.), Kekerasan Dalam Sejarah: Masyarakat dan Pemerintah, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 39.
38Ibid.
39Ibid.
40Ibid.

41Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Sulalat-us-Salatin dan Perjuangan Orang Melayu Melawan Portugis padaAwal
Kurun Ke-16’ dlm Abdul Ra hman Haji Ismail dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu):

Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa, hlm. 29.
42Lihat Leonard Y. Andaya dan Barbara W. Andaya, A History of Malaysia, Macmillan Asian Histories Series,

Houndmills, Basingstoke, Hampshire and London: Macmillan Press Ltd, 1982, khususnya pada hlm. 143-144.
43Lihat Haron Daud, ‘Sulalat-us-Salatin: Landasan Kehancuran Negara Kota Melaka?’ dlm Abdul Rahman

Haji Ismail dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu): Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa,
hlm. 61; dan Ismail Azman Omar, Mani Purindan dalam Sejarah Melayu, Bab 5.

44Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm. 258.
45Dalam hal ini Buyong Adil menjelaskan; ‘…Oleh sebab orang Portugis yang mula-mula sampai ke Melaka

itu telah menjalankan perniagaan yakni mereka telah membeli dagangan-dagangan di bandar Melaka, timbullah
cemburu saudagar-saudagar bangsa Gujarati dan lain-lain saudara bangsa Timur yang ada di Melaka, kerana
mereka terlalu khuatir perniagaan merekadi Melaka itu ditangani oleh orang Portugis…’ Lihat Haji Buyong Adil,

Sejarah Melaka Dalam Zaman Kerajaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1973. hlm 65-66.
Menurut Zainal Abidin pula; ‘…Maka, di Melakapun orang-orang Portugis itu telah membangkitkan dengki dan
cemburu saudagar-saudagar Hindi dan Arab di sana. Maka oleh saudagar-saudagar Arab itu dihasutnya orang-

orang Melayu melanggar gudang-gudang perniagaan yang telah dibenarkan orang-orang Portugis itu membuatnya
di tepi pantai negeri Melakaitu…Syahbandar bangsa Gujerati yang adadi Melakaitu telah meminta kepada Sultan

supaya baginda jangan membuat perjanjian damai dengan orang Portugis yang datang itu, kerana perbuatan itu
akan membenarkan orang Portugis berniaga di Melaka dan kalau mereka berniaga di Melaka, binasalah
perniagaan saudagar-saudagar bangsa Asia di Melaka yang ditandinginya…’ Lihat Zainal Abidin (Za‟ba) Sejarah

Ringkas Tanah Melayu, North Bridge Road: Singapore, 1961, hlm. 52-53 dan 70.
46Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Sulalat-us-Salatin dan Perjuangan Orang Melayu Melawan Portugis padaAwal

Kurun Ke-16’ dlm Abdul Rahman Haji Ismail dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu):

Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa, hlm. 29.
47Namun dalam keadaan tidak banyak pilihan dan pergantungan baginda kepada pembesar lama dalam

pentadbirannya, Sultan Mahmud telah gagal mengambil peluang yang ada apabila hanya menggantikan Tun
Muzahir dengan Paduka Tuan (Bendahara Tepok) sedangkan Paduka Tuan telah terlalu uzur dan lumpuh. Beliau
juga dikatakan seorang yang tidak amanah, sangat lemah peribadinya dan sangat boros dalammenggunakan harta

kerajaan. Sumber Portugis, walaupun mungkin bersifat prejudis dalam hal ini, menyebut bahawa Paduka Tuan
merupakan seorang bersikap ‘...by nature a treacherous man and a tyrant..’. Lihat Portuguese Documents on
Malacca, hlm. 87 dan 89. Lihat juga The Suma Oriental of Tome Pires, hlm. 254.

48Lihat ‘A Letter From Rui de Araujo and His Companions Who Were in Captivity, To. D. Afonso De
AlbuquerqueMalacca, 6th Februari 1510’ dalam Portuguese Documents on Malacca, hlm. 131-139.

49Lihat pandangan oleh Marco Ramerini, ‘PortugueseMalacca 1511-1641: History of Colonial Malaysia’ dlm

https://www.colonialvoyage.com/portuguese-malacca-1511-1641.
50Hal ini digambarkan dengan jelas dan terbuka dalam catatan-catatan Portugis seperti yang terdapat dalam

Portuguese Documents on Malacca.
51Dalam menjelaskan tentang peristiwa ini Tomé Pires mencatatkan; ‘...the Gujaratees went to the said king

Mafamut [Mahmud] with a great present, and also the Parsees and Arabs and Bengalees and many of the Klings

reported to thesaid king together, that thePortuguese had reached theport, and consequently were bound to come
there every time, and that, besides robbing by sea and by land, they were spying in order to come back and capture
it [Malacca], just as all India was already in the power of the Portuguese – whom they call Franks (Framgĕs) here
– that because Portugal was far away they ought to kill them all here and that the news could not reach Portugal
for a long time, if ever, and that Malacca would not be lost, nor its merchants, emphasising thecase in such a way

that the king replied that he would speak to the Bemdara, and he would decide what seemed best to him in this.
These who had spoken went to the Bemdara; they took him double the present- and most of it was from the
Gujaratees; they converted theBemdara to their plot, and they further suggested to the said Bemdara that heshould
ask king for the flag-ship for himself, for it carried many bombards.’ Lihat Tomé Pires, The Suma Oriental of
Tomé Pires, hlm. 255; dan Portuguese Documents on Malacca., hlm. 155.

52Portuguese Documents on Malacca., hlm. 155.
53Ibid., hlm. 171; Afonso Brás de Dalboquerque, The Commentaries of theGreat Afonso Dalboquerque, hlm.
110.
54Afonso, Ibid.
55Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Sulalat-us-Salatin dan Perjuangan Orang Melayu Melawan Portugis padaAwal
Kurun Ke-16’ dlm Abdul Rahman Haji Ismail dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu):

Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa, hlm. 37.
56Ibid.
57Muhammad Yusoff Hasim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm 330. Lihat juga Luis Filipe F. Reis Thomaz,

Nina Chatu and the Portuguese in Malacca (Terj. M. J. Pintado), Bandar Melaka: Luso-Malaysian Books, 1991.

58Afonso Brás de Dalboquerque, The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, hlm. 45.
59Ibid.
60Afonso Brás de Dalboquerque, The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, hlm. 46-47;
Portuguese Documents on Malacca., hlm. 137.
61Ibid., hlm. 46-48.
62Dalam surat Araujo kepada Afonso dinyatakan beberapa perkara iaitu (1) Niat jahat pemerintah Melaka
terhadap tawanan Portugis (2) Perlindungan yang diberikan secara rahsia oleh sesetengah pedagang asing yang
kaya di Melaka kepada para tawanan (3) Paksaan oleh pemerintah Melaka terhadap tawanan untuk membuat

senjata api dan peluru bagi mengukuhkan pertahanan Melaka (4) Kebencian pihak penguasa Melaka terhadap
Kristian (5) kemakmuran Melaka yang menjadi tumpuan para pedagang (6) Makluman kepada Afonso waktu

sesuai menakluki Melaka (7) Penduduk dan pedagang asing tertentu di Melaka (disebutkan dalam surat itu
khususnya Naina Chatu dan para pedagang Chittys (Chettiar) yang menyokong kedatangan Portugis dan sedia
berpihak kepada Portugis. Liha t ‘Carta de Rui de Araoujo e de seus companheiros de cativeiro A. D. Afonso de
Albuquerque’, Malaca 6 de Fevereiro de 1510 dlm A. Basílio de Sá (ed.), Documentação para a História do
Padroado Português do Oriente – Insulíndia, 6 vols., Lisbon: Agência Geral do Ultramar, 1954, Vol. I, khususnya
hlm. 20-24.

63Afonso Brás de Dalboquerque, The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, hlm. 46.
64Paulo Jorge de Sousa Pinto, ‘Share and Strife: The Straits of Melaka and the Portuguese (16th and 17th
Centuries)’, Orientierungen themenheft, hlm. 70.
65Afonso Brás de Dalboquerque, The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, hlm. 74.
66Ibid., hlm. 108-109.
67Ibid., hlm. 110. Pengkhianatan Utimuturaja berlanjutan sehingga selepas Kota Melaka ditawan Portugis.
Misalnya ketika kempen Portugis menyerang pertahanan Melaka yang berundur ke Muar, Utimuturaja telah
menyumbang seramai 1900 orang pengikut manakala Nina Chatu pula telah menyumbang 700 orang untuk
menyertai Portugis dalam ekspedisi tersebut. Lihat Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Sulalat-us-Salatin dan Perjuangan
Orang Melayu Melawan Portugis pada Awal Kurun Ke-16’ dlm Abdul Rahman Haji Ismail dan Haron Daud

(eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu): Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa, hlm. 39.
68Menurut Pinto, pedagang Cina melihat Melaka sebagai sebuah kerajaan atau tributari yang tunduk di bawah

pemerintahan empayar China, yang menjadi punca tarikan kedatangan mereka ke Melaka. Walau bagaimanapun,

mungkin kerana mereka menganggap merekatidak seuntung pedagang dari Gujerat yang diberi layanan istimewa
oleh pemerintah Melaka, maka pedagang Cina merasa amat tidak berpuas hati. Oleh itu, tindakan para pedagang
Cina adalah cenderung ke arah bekerjasama dengan Portugis. Misalnya apabila rombongan Portugis di bawah

pimpinan Diogo Lopes de Sequeira berkonflik dengan pemerintah Melakadan sebahagian daripada orang Portugis
dipenjarakan, pedagang Cina sedia berkhidmat sebagai perantara, dan apabila Afonso Dalboquerque tiba di
Melaka dan merasa ragu-ragu sama ada memilih diplomasi atau berperang dengan Melaka, pedagang Cina

meyakinkan kepada Portugis akan sokongan dan bantuan mereka jika Albuquerque memilih untuk merampas
bandar Melaka melalui cara kekerasan. Lihat Paulo Jorge de Sousa Pinto, ‘A China pelos Olhos de Malaca: A
Suma Oriental e o conhecimento europeu do Extremo Oriente’ dlm Roberto Carneiro, Guilherme de Oliveira
Martins (eds.), China e Portugal, cinco centúrias de relacionamento: uma leitura académica, Lisboa : CEPCEP-
Centro Nacional de Cultura, 2014, hlm . 18.

69Paulo Jorge de Sousa Pinto, ‘Chincheus and Sangleys: Ten Remarks on the Chinese Presencein Melakaand
Manila (16th-17th Centuries)’, Revista de Cultura 43, 2013, hlm. 59. Pandangan Pinto adalah berasaskan kajian
yang dikemukakan oleh Afonso. Lihat Afonso Brás de Dalboquerque, The Commentaries of the Great Afonso

Dalboquerque, hlm. 108-113.
70Afonso, Ibid., hlm. 99.
71Pedagang asing di Melaka memberi nasihat kepadaAfonso semasa Portugis sedang dalam usaha menyerang

Melaka dengan menjelaskan bahawa; ‘…unless the city were taken by starvation (though the inhabitants had
provided even for this contingency), by stopping thesupplies which came to her from Jaoa, they (pedagang Cina)

thought it very doubtful if any victory could beobtained against her; therefore they told him (Afonso) this, because
they would be very sorry to see him in any peril.’ Lihat Ibid., hlm. 99.

72Ibid., hlm. 125.
73Buyong bin Adil, Sejarah Melaka Dalam Zaman Kerajaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur, 1973. hlm 71-72. Mengikut catatan buku Afonso, tongkang Cina itu dilengkapi dengan kelengkapan

perang kerana ia sedang dalam ekspedisi menyerang Aru melalui arahan pemerintah Melaka pada ketika itu, yang
ketika itu sedang dalammelaksanakan kempen berperang dengan Aru. Lihat Afonso, Ibid., hlm. xxi-xxii.

74Afronso, Ibid., xxii-xxv.
75Mohd Jamil Mukmin, ‘The Fall of Melaka to the Portuguese in 1511 and Sultan Mahmud Syah’s Struggle
to Free Melaka (1511-1528)’, Melaka: Journal of Heritage, hlm. 6.

76Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Sulalat-us-Salatin dan Perjuangan Orang Melayu Melawan Portugis padaAwal
Kurun Ke-16’ dlm Abdul Rahman Haji Ismail dan Haron Daud (eds), Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu):

Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa, hlm. 38.
77Paul H. Wheatley, Impressions of theMalayPeninsula in Ancient Times, hlm. 175 seperti yang dipetik oleh

Abdul Rahman Haji Ismail, Ibid.


Click to View FlipBook Version